Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Lagi Isytihar Keluar UMNO Sertai PPBM

Posted: 12 Sep 2016 08:30 AM PDT


Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam. B

Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.

PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya mengumumkan keluar daripada parti Umno.

"Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab Universiti Malaya.

Beliau dianggap telah bersekongkol dengan parti pembangkang dalam sidang akhbar Deklarasi Rakyat yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.

Beliau juga didapati melakukan kesalahan yang dianggap berat dan serius kerana secara terbuka telah membakar Buku Perlembagaan Umno yang kemudiannya menjadi viral di internet kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan parti.

Bagaimanapun sehingga kini tindakan tata tertib tidak dikenakan ke atas beliau walaupun beliau telah memberikan keterangan bela diri kepada Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu.

Mengulas mengenai tiadanya sebarang tindakan dikenakan oleh parti terhadapnya setelah dipanggil membela diri, Rushdan berkata mungkin Umno kini semakin gentar kerana ramai ahli Umno yang mahu bertindak keluar parti.

"Saya rasa mungkin Umno takut...saya rasa mereka takut kekurangan satu ahli, jika mereka buang saya jadi tidak sampai 3juta jadi 2,999,999 ahli Umno sahaja.

"Jadi pada tarikh bersejarah pada malam ni (semalam) untuk keluar daripada Umno dan jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia seumur hidup," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Malah Rushdan berkata, dengan tertubuhnya PPBM, akan lebih ramai ahli Umno dijangka akan meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.

"Saya rasa mereka akan ambil keputusan yang sama akan keluar daripada Umno dalam masa terdekat," dakwanya.

Tindakan Rushdan membakar buku perlembagaan itu kerana kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya ketika memecat bekas timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa dipanggil membela diri padahal ia termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Tindakan membakar buku perlembagaan oleh Rushdan adalah dianggap selari dengan tindakan Umno yang tidak lagi mematuhi buku perlembagaan Umno itu lapor MalaysiaDateline


Ramai Minta Dan Rayu Mahu Kembali Ke UMNO Kata Ku Nan

Posted: 12 Sep 2016 07:00 AM PDT


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa, ramai ahli parti itu sebenarnya merayu untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semalam bahawa ada pemimpin bahagian Umno dari Kedah merancang untuk meninggalkan parti.

"Beliau (Mukhriz) kata orang mahu keluar, tetapi orang yang dipecat juga mahu kembali (ke Umno).

"Sebenarnya banyak yang minta, rayu-rayu (mahu kebali ke Umno).

"Banyak, jadi nak bagi senarai, saya tak ada (sekarang). Lain kali saya bagi senarai," kata Tengku Adnan pada sidang media selepas Program Ibadah Korban Sempena Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya, hari ini.

Sambil menyifatkan senarai mereka yang merayu menyertai semula Umno panjang, beliau berkata 'macam-macam dilakukan' mereka yang keluar parti termasuk mendakwa tindakan diambil parti itu adalah tidak adil dan tidak mengikut prosedur.

Mukhriz membuat kenyataan itu selepas Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing pada Sabtu lalu.

"Baharom dan yang lain, mereka adalah anggota parti yang sentiasa kontroversi.

"Lebih baik mereka keluar (parti) daripada menjadi duri dalam daging, " kata Tengku Adnan yang juga adalah menteri wilayah persekutuan.

Mukhriz, Sabtu lalu berkata "sebilangan" pemimpin bahagian memaklumkannya, bahawa mereka sudah tidak lagi mampu bersabar, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Umno.

Ini berlaku selepas pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan, minggu lalu.

Ditanya kemungkinan lebih ramai yang mungkin mengikut tindakan Baharom dan Tosrin, Tengku Adnan berkata 'tidak ada masalah bagi mereka mahu keluar parti' kerana ia tidak menjejaskan Umno.

Ditanya kemungkinan lebih ramai yang mungkin mengikut tindakan Baharom dan Tosrin, Tengku Adnan berkata 'tidak ada masalah bagi mereka mahu keluar parti' kerana ia tidak menjejaskan Umno.

Menurutnya tindakan keluar daripada parti adalah jalan terbaik bagi anggota Umno yang menimbulkan kontroversi.

"Mungkin ada pihak cuba tarik anggota Umno tetapi saya yakin anggota-anggota terus bersatu bersama Umno...anggota-anggota Umno sedar bahawa ia sebuah parti berstruktur, ada hala tuju dan bermatlamat bagi memastikan Malaysia terus aman dan sejahtera," katanya.

Mengenai penggantungan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen, Tengku Adnan berkata tindakan itu diambil selepas siasatan menyeluruh dilakukan dan terdapat bahan bukti kukuh seperti cakera padat video (VCD) serta rakaman.

"Oleh itu, jika tidak berpuas hati (dengan parti), janganlah suarakannya kepada umum dan mencalar imej parti. Sebab itulah, kami mengambil tindakan terhadapnya. Sepatutnya, suarakan sebarang ketidakpuasan hati dalam parti," kata beliau.

Mohd Rafiq digantung sebagai anggota Umno selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda Umno turut digugurkan.

Beliau didakwa cuba mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Sempena Aidiladha hari ini, Tengku Adnan menyumbangkan 120 ekor lembu untuk dikorbankan dan diserahkan kepada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perbadanan Putrajaya (PPj), Kementerian Wilayah Persekutuan, surau dan masjid selain diagihkan kepada cawangan Umno di Parlimen Putrajaya lapor Malaysiakini


Comments (0)