Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:40 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ekonomi Lembap Bukan Salah Najib, Mahathir Dulu Bernasib Baik Zahid Kata?

Posted: 11 Sep 2016 07:30 AM PDT



Mahathir bernasib baik semasa jadi Perdana Menteri dia kata?.. tak habis-habis nak perbodohkan rakyat si Zahid Hamidi ni..

"Jika ada perdana menteri terdahulu menyatakan di zamannya ekonomi baik, beliau bernasib baik kerana ketika itu harga minyak, gas meningkat…beliau bernasib baik ketika itu harga komoditi meningkat kerana pasaran dunia menyebabkan keadaan itu berlaku.

"Peperangan di Iraq, peperangan timur tengah, peperangan di tempat lain yang menyebabkan permintaan kepada bahan petroleum…ini keadaan berbeza. Ini bukan salah kepimpinan…ini pergantungan kita kepada pasaran dunia," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini.



Kah.. kah.. kah..  Bernasib baik konon.. Zahid mungkin dah lupa.. ahli-ahli Parti Makkal Sakti itu juga mungkin sudah lupa..

Tapi apa yang kita perlu tahu ialah pada tahun 1981 Mahathir menjadi Perdana Menteri, empat tahun kemudian dari tahun1985 hingga 1986 Malaysia mengalami krisis ekonomi dan Tengku Razaleigh digugurkan sebagai Menteri Kewangan digantikan oleh Tun Daim Zainuddin.

Pada ketika itulah buat pertama kali ekonomi kita mengalami pertumbuhan negatif tapi kemudian dari tahun 1987 hingga 1997 ekonomi kita berkembang paling rancak dalam sejarah, dalam masa 10 tahun saja..

Bernasib baikkah itu?

Tetapi menjelang September 1997, ekonomi kita merosot akibat krisis kewangan Asia. Itupun Dr. Mahathir berjaya menanganinya.

Kita merosot dua, tiga tahun, selepas itu ekonomi Malaysia naik balik.

Bernasib baikkah itu??

Asas ekonomi yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir adalah cukup kuat tetapi mengapa dalam masa tidak sampai 10 tahun asas ekonomi kita jatuh dengan begitu buruk.

Sejak 20 tahun lalu belanjawan Kerajaan Pusat mengalami defisit, namun mengapa dalam tempoh lima, enam tahun defisit itu meningkat dengan banyak sehingga 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)?

Persoalannya ialah mampu atau tidak mentadbir ekonomi negara??..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara lebih baik pada zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu, kerana pemimpin negara bernasib baik ekoran pasaran dunia dan harga komoditi meningkat ketika itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemelesetan ekonomi ketika ini bukannya salah pucuk pimpinan negara, memandangkan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran dunia.

"Jika ada perdana menteri terdahulu menyatakan di zamannya ekonomi baik, beliau bernasib baik kerana ketika itu harga minyak, gas meningkat…beliau bernasib baik ketika itu harga komoditi meningkat kerana pasaran dunia menyebabkan keadaan itu berlaku.

"Peperangan di Iraq, peperangan timur tengah, peperangan di tempat lain yang menyebabkan permintaan kepada bahan petroleum…ini keadaan berbeza. Ini bukan salah kepimpinan…ini pergantungan kita kepada pasaran dunia," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini.

Zahid menambah, sebagai bekas pegawai bank, beliau tahu mengenai keadaan ekonomi negara dan kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.

"Kalau kita nak bincang atau membandingkan selama 22 tahun kononnya keadaan (ekonomi) lebih baik dari keadaan sekarang…kita lihat bagaimana (keadaan) ketika di stesen (minyak). Apabila inflasi terlalu tinggi, apabila depression berlaku.

"Saya tidak mahu membela mana-mana pemimpin, tetapi keadaan ekonomi sekarang ini harus kita tangani bersama, walaupun ia tanggungjawab kerajaan.

"Kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) masih mampu berikan yang terbaik kepada rakyat, masih mampu berikan bajet terbaik kepada rakyat keseluruhannya," katanya lapor FMT

Aku bukan menyokong Mahathir.. tapi dalam hal yang melibatkan ekonomi ni.. bagi aku Mahathir jauh lebih baik dari Najib pentadbirannya..



Nak tahu lebih banyak pasal ekonomi diera Mahathir tu.. bacalah apa kata A. Kadir Jasin di SINI

PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..

Posted: 11 Sep 2016 05:30 AM PDT


Keahlian PAS merosot 20 peratus sejak tahun lalu, sewaktu parti itu bergolak susulan krisis kepemimpin sehingga melahirkan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan mengakui di muktamar PAS bahawa ia kini mempunyai kira-kira 800,000 anggota berbanding sejuta orang pada Mac 2015.

"Kita pernah umumkan satu ketika dulu, keahlian sudah mencecah sejuta. Saya ingat menteri besar Kelantan pernah membuat upacara terima ahli kesejuta," katanya ketika ucapan penggulungan hari ini.



"Tetapi sekarang ini kita membuat pemutihan. [Proses] ini disebabkan ada yang meninggalkan parti, ada yang meninggal dunia. Jadi sekarang keahlian kita sebanyak 800,000."

Menjelang muktamar dan pemilihan PAS di Kuala Selangor setahun lalu, parti itu mengalami krisis dalaman yang parah.

Pemimpin yang dilabel "progresif dan moderat", cenderung bekerjasama dalam Pakatan Rakyat, kalah teruk dan mereka bersama penyokong meninggalkan parti untuk menubuhkan Amanah.

Barisan pemimpin PAS kini, yang dilabel "pro-ulama", dikatakan ingin meningkatkan hubungan dengan Umno, khusus dalam usaha parti itu melaksanakan hudud di Kelantan.

Walau memutuskan kerjasama dengan DAP, sekali gus meruntuhkan gabungan pembangkang, PAS masih mengekalkan kerjasama dengan PKR.

Amanah pula terus bekerjasama dengan dua parti pembangkang itu dalam gabungan baru Pakatan Harapan.



Baca seterusnya di Malay Mail Online

Kerana Mahu Kawal Rasuah, Husni Dihentam Pemimpin Hipokrit..

Posted: 11 Sep 2016 03:00 AM PDT


Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendedahkan pernah "dihentam" selepas menyatakan kebimbangan terhadap masalah rasuah dalam negara.

Risau dengan kedudukan Malaysia yang merosot dalam indeks Transparency International, beliau membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat, empat hari sebelum meletakkan jawatan.

"Dalam mesyuarat itu, saya membangkitkan kebimbangan atas kejatuhan ranking negara dalam laporan rasuah Transparency International.



 "Saya mengatakan sistem tender kita mestilah lebih telus. Saya dihentam. Peristiwa ini menyedarkan saya betapa di dunia ini terdapat elemen hipokrit," katanya kepada Sinar Harian.

Husni, yang tiba-tiba melepaskan jawatan menteri kewangan kedua pada 27 Jun lalu, bagaimanapun tidak menamakan individu yang menghentamnya.

"Saya menjangkakan konklusi [kesimpulan] mesyuarat tentulah saya diminta untuk menyediakan laporan dan cadangan yang lebih lengkap [untuk mengatasi rasuah]," tambahnya.

Dalam wawancara tersebut, wakil rakyat itu juga mengakui memang sangat sukar menjalankan tugas dengan "lurus" sewaktu berdepan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam [pada awal April] datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

"Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?" kata ahli parlimen Tambun.

Pada pagi sebelum berundur daripada kabinet, tiba-tiba Husni dikejutkan dengan berita beliau akan ditukarkan ke kementerian lain.

"Yang akhirnya, pada pagi Isnin, 27 Jun 2016, semasa di pejabat, saya terkejut membaca sebuah akhbar bahawa saya akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan kabinet yang akan dilakukan pada hari itu.

"[Kenapa] saya tidak dimaklumkan lebih awal?" katanya, yang bertekad mengambil keputusan berundur daripada kabinet pada hari yang sama setelah berbulan-bulan dalam dilema.

Bekas bendahari Umno itu berkata sejak tahun lalu lagi beliau ingin meletakkan jawatan akibat tekanan isu 1MDB tetapi membatalkan hasratnya pada Januari lepas.

Husni turut mendedahkan "tidak serasi" dengan cara pemimpin negara mengendalikan isu itu.

"Saya tetapkan pada Januari 2016 sebagai tarikh akhir dalam kabinet. Saya telah bincang dengan setiausaha politik menyatakan tidak serasi dengan pembawaan pimpinan," katanya.

"Bila tiba Januari, saya rasa tidak tergamak pula untuk meletakkan jawatan, saya terus berkhidmat. Kemudian pada April lalu, niat untuk letak jawatan kembali dan semakin kuat."

Tambah Husni, beliau juga berdepan dengan kecaman ketika memegang jawatan menteri kewangan kedua kerana gagal melayan kehendak mereka yang inginkan projek.

"Saya sedar bukan mudah duduk di Kementerian Kewangan. Kadangkala ada individu-individu yang menghentam saya kerana tidak meluluskan permohonan tender secara rundingan terus dan rundingan terhad.

"Saya berpendirian, tugas yang saya pikul adalah suatu amanah dari kerajaan dan Ilahi. Amanah ini harus saya pikul berprinsipkan good governance.

"Saya berpendirian bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menjaga negara dan kepentingan rakyat," katanya.

Peletakan jawatan Husni secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.

Beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Pada waktu itu Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi berkenaan lapor MMO



Akhirnya Husni Dedahkan Juga Punca Beliau Letak Jawatan..

Posted: 11 Sep 2016 12:47 AM PDT


Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.

Tekanan darah beliau naik mendadak selama lima jam pada awal April kerana begitu tertekan dengan urusan kerja sebelum meletakkan jawatan pada hujung Jun lalu, lapor Sinar Harian.

"Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.



"Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?"

"Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?" katanya, yang melepaskan jawatan mendadak pada 27 Jun, dalam wawancara dengan akhbar itu.

Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni meluahkan tidak setuju dengan cara ia dikendalikan oleh pemimpin negara.

Namun beliau menyebut ada pemimpin yang "hipokrit" mengendalikan isu berkaitan rasuah.

Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.

Beliau merancang meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tambahnya, tetapi membatalkan niat awalnya kerana "tidak tergamak" berbuat demikian.

Namun tekad Husni untuk berundur menjadi lebih kuat setelah mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.

"Pada hari Sabtu [selepas tekanan darah meningkat], saya terbang ke Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean. Tengah hari, saya tidak berapa sihat.

"Saya beritahu pegawai-pegawai, saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.

"Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata 'semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?'

"Kata-kata itu membuka hati saya... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega.

"1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya," ahli parlimen Tambun dipetik berkata.

Husni juga mendedah, walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.

Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.

Peletakan jawatan Husni secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.

Beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Pada waktu itu Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi itu lapor MMO



Comments (0)