Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:38 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Deritalah Malaysia Jika Idea Noh Omar Diterima

Posted: 10 Sep 2016 05:00 AM PDT


Boleh dikatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar layak dikritik, dibidas malah diherdik sekalipun atas cadangan beliau untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.

 Ini kerana bukan saja portal propembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang mengkritik cadangan Noh itu, malah bantahan turut disuarakan portal prokerajaan dan pelbagai organisasi lain.

Rata-rata pelbagai pihak menyuarakan sentimen dan maklum balas negatif terhadap cadangan Noh yang disifatkan bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi kerumitan di kalangan rakyat negara ini yang belum memiliki rumah.



Antara yang ketara menyuarakan pandangan sedemikian ialah bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong yang menegaskan pemaju perumahan lebih suka menggunakan dana sedia ada untuk membina lebih banyak rumah berbanding memberi pinjaman kepada pembeli.

Pendapat Ng disokong ketua pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker.

Katanya, pemaju sepatutnya memberikan fokus kepada pembinaan harta tanah.

Terikat bayaran jangka panjang

Pembeli pula katanya tentu tidak mampu untuk berasa gembira dengan cadangan sedemikian kerana beban hutang akan bertambah.

Ia kerana faedah setinggi 18 peratus yang akan dikenakan syarikat pemaju adalah lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan bank tempatan untuk pinjaman perumahan.

Jika pembeli tidak mengambil pinjaman penuh (100 peratus) sekalipun daripada pemaju perumahan, dengan kadar 18 peratus itu mereka akan terbeban, ditambah pula dengan tanggungan baki pinjaman yang diambil dari bank tempatan.

Bayangkan seorang pembeli yang mengimpikan memiliki sebuah rumah tetapi kemampuan semasanya terhad cuma menyediakan deposit 10 peratus kepada pemaju.

Pihak bank pula sekadar meluluskan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga rumah berkenaan selepas mencongak tahap kemampuan kewangan pemohon tersebut.

Ini bermakna pembeli terpaksa mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan 20 peratus lagi daripada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Dalam keadaan ini, pembeli tersebut terikat dengan bayaran ansuran bulanan jangka yang panjang kepada pihak bank daripada pinjaman 70 peratus tadi.

Pada masa sama, pembeli juga terpaksa menanggung bayaran ansuran yang tinggi bagi pinjaman 20 peratus pada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.

Bagi segmen pembeli berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah pula, persoalan utama yang timbul ialah sama ada mereka mampu untuk membayar dua pinjaman sekaligus dalam tempoh sebulan bagi memiliki seunit rumah untuk tempoh yang lama.

Keadaan akan bertambah buruk jika pembeli mengambil pinjaman penuh (100 peratus) daripada pemaju, kerana jumlah hutang tersebut akan menjadi empat hingga enam kali ganda berbanding nilai pinjaman pokok.

Sewa sampai bila-bila

Ini bermakna kadar bayaran ansuran bulanan - untuk suatu tempoh yang lama juga - akan menjadi lebih tinggi daripada sepatutnya.



Akhirnya ia akan menyebabkan harga harta tanah di Malaysia menjadi semakin mahal di masa depan.

Dalam kenaikan gaji tahunan pekerja tempatan yang kian mengecil serta peningkatan harga barangan serta perkhidmatan yang seolah-olah tidak terkawal pada masa ini, hasrat untuk memiliki rumah mungkin sekadar angan-angan terutama di kalangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju

Posted: 10 Sep 2016 01:00 AM PDT


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan membatalkan cadangan memberi lesen pemiutang kepada pemaju terpilih.

Beliau mendakwa, tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah berisiko tinggi.

"Kadar faedah seakan riba yang ditetapkan dalam kadar 12 hingga 18 peratus adalah tidak rasional dan bakal menambah bebanan hutang peminjam dalam keadaan ekonomi sedia ada.

"Perlu difahami bahawa golongan berpendapatan rendah akan terperangkap dalam kepompong kemiskinan sekiranya gagal melunaskan biaya pinjaman perumahan itu," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan, pemaju perumahan yang layak boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli hartanah, khususnya syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh.

Lesen berkenaan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011. – MYNEWSHUB.CC


Persatuan Pengguna Islam Turut Pertikai Cadangan Bodoh Noh Omar..

Posted: 09 Sep 2016 10:31 PM PDT


"PEMBELI boleh mati!" demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan apabila diminta mengulas mengenai cadangan bahawa pemaju boleh menyediakan pinjaman perumahan.

Ini susulan cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar yang bakal memberi lesen kepada pemaju perumahan untuk menyediakan pinjaman kepada pembeli untuk projek hartanah mereka.

Nadzim berkata, memberi lesen pinjaman kepada pemaju perumahan boleh meningkatkan kes jenayah seperti kes pinjaman kepada along.

"Cadangan itu sebenarnya baik. Tetapi kita mahu yang terbaik untuk pengguna yang mahu membeli rumah sendiri.

"Kita takut, cadangan yang tergesa-gesa dengan memberi lesen kepada pemaju boleh membawa kepada masalah yang lain seperti kes-kes along atau pinjaman wang berlesen.

"Masalah along di negara ini pun masih lagi tidak selesai, takkan kita nak tambah beban lagi.

"KPKT perlu dapatkan maklumat dan pendapat orang ramai khususnya stakeholder sebelum meluluskan pemberian lesen kepada pemaju," katanya kepada Mynewshub, sebentar tadi.

Sementara itu, Nadzim turut menyifatkan kadar faedah yang bakal dikenakan pemaju perumahan sehingga 18 peratus kepada pembeli mereka sebenarnya sebagai 'mencekik darah'.

"Dengan kadar faedah sehingga 18 peratus yang ditetapkan pemaju. Pembeli boleh mati!

"Tambahan pula, siapa authorities yang akan menjaga perihal pinjaman daripada pemaju ini? Apa yang berlaku sekiranya gagal dilunaskan oleh pembeli pula?

"Oleh itu PPIM berharap, kaji sebaik mungkin sebelum laksanakan pemberian lesen ini agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari," katanya lagi.

Terdahulu, Noh dalam satu kenyataannya memberitahu pemaju boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaaan perumahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011.

Jelasnya, kemudahan itu disediakan bagi membolehkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan untuk membantu pembeli yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan termasuk bank. – MYNEWSHUB.CC


Comments (0)