Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:59 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Persempadanan Semula : Senjata ampuh untuk memecahkan dominasi pembangkang

Posted: 25 Sep 2016 06:16 AM PDT

 Gerrymandering (manipulasi dalam persempadanan pilihan raya) telah sekian lama menjadi senjata UMNO/BN untuk mengekalkan kekuasaan politik di Malaysia.

Pengumuman SPR akan persempadanan baru ini sepatutnya telah dibuat lama dahulu kerana kali terakhir persempadanan dilakukan zaman Pak Lah dahulu tahun 2003.

Menurut perlembagaan, kajian persempadanan semula mestilah dilakukan antara 8-10 tahun oleh SPR dan dibentangkan ke Parlimen untuk kelulusan.

Setahu saya, perbentangan ke Parlimen harus tidak lewat dari 10 tahun, dengan tambahan selama enam bulan (mohon pengesahan pakar undang2).

Tetapi peliknya sehingga kini, tempoh kajian dan tempoh perbentangan RUU Persempadanan Baru sudah hampir melebihi 13 tahun dari yg telah ditetapkan oleh perlembagaan.

 Saya difahamkan, SPR telah pun menyiapkan kajian dan cadangan persempadanan baru dengan tambahan kerusi Parlimen, dan ia telah dipersetujui Perdana Menteri (persetujuan PM adalah satu dari peraturan yg mesti dipenuhi SPR) sebelum PRU 13 lagi.

 Dan persempadanan baru ini sepatutnya digunakan dalam PRU Ke 13 (2013) yg lalu, tetapi ia tidak dibawa ke Parlimen memandangkan BN tidak mempunyai kuasa 2/3 Parlimen untuk meluluskan RUU Persempadan Baru tersebut. Keadaan diburukkan lagi apabila BN sekali lagi gagal memperolehi majoriti 2/3 dan keadaan ini menggagalkan impian UMNO/BN untuk memanipulasikan persempadan baru yg dirancangkan.

 Bagaimanapun think thankers UMNO/BN mempunyai idea bahawa PAS mungkin boleh dipengaruhi untuk menyokong RUU Prrsempadanan Baru ini dengan potensi mewujudkan krisis PAS-DAP dgn memprovokasi idu hudud. Namun sekali lagi usaha UMNO/BN gagal disebabkan perpecahan PAS yg kemudiannya membawa keluar sekurang2nya separuh dari Ahli Dewan Rakyat PAS kepada parti Amanah.

 Jadi memandangkan tempoh kajian persempadanan telah hampir melepasi 13 tahun, UMNO/BN yg terdesak ini telah menggunakan idea 'persempadanan tanpa penambahan kerusi'.

 Menurut kaedah ini, persempadanan baru ini dilakukan tanpa menambahkan kerusi baru (kekal 222 kerusi), tetapi SPR mengubah lokaliti (belahan lokaliti) Daerah Mengundi untuk memecahkan dominasi pembangkang di kerusi2 tradisi mereka.

 Persempadanan tanpa menambah kerusi ini mudah bagi BN kerana ia tidak memerlukan sokongan majoriti 2/3 di Parlimen.

 Tidak sukar untuk saya menjangka mengapa parti2 pembangkang menentang persempadanan baru ini yang jelas memberi kelebihan kepada Umno/Bn dalam semua segi.

 Persempadanan tanpa menambah kerusi baru Parlimen terutamanya di kawasan2 bandar (kubu pembangkang) yg mengundinya melimpah sehingga 150,000 terutama di Lembah Klang.

Ini menjadikan pemberatan (weightage) antara bandar dan luar bandar sehingga 10 kali ganda.

Ini bermaksud di satu2 kawasan, 1 ahli Parlimen (DR) pembangkang bersamaan 10 ahli Parlimen BN.

 Selain itu, belah lokaliti menjadi senjata ampuh untuk memecahkan dominasi pembangkang ke atas sesuatu kerusi dengan memindahkan Daerah Mengundi melepasi dari satu sempadan ke satu sempadan asal yg lain.

nSistem 'first past the post' ini terus menjadi beban demokrasi terhadap pembangkang, sebaliknya kelebihan berterusan buat UMNO/BN yg mengambil kesempatan dari kuasa yg mereka miliki.

 Kita juga tidak sukar menjangka bahawa SPR terus menjadi alat kepada UMNO/BN, contohnya mengapa negeri Sabah dicadangkan persempadanan baru dengan menambah kerusi DUN sebanyak 13 kerusi, dan tidak di negeri2 lain secara menyeluruh?

 Ini kerana BN tidak mempunyai majoriti 2/3 di beberapa negeri lain justeru cadangan penambahan kerusi DUN di negeri2 ini pasti tidak dipersetujui jika wujud elemen2 manipulasi (gerrymandering). Saya berpendapat, tiada ruang demokrasi dalam isu ini untuk pembangkang meluahkan perasaan tidak puas hati mengikut saluran demokratik.

 Hanya reformasi melalui gerakan BERSIH dan desakan2 reformasi yg berterusan dari NGO ini dan sokingan 'sivil society' sahajalah yg mampu mengekang tindakan jahat dan tidak demokratik UMNO/BN yg berterusan "membujur lalu melintang patah" mecabul prinsip2 demokrasi yang kita junjungi ini.

DMAS
25 September 2016 

 DMAS adalah  seorang penganalisis politik semasa 

Komen al-Husseyn : 

 Manipulasi dalam persempadanan pilihan raya memang telah sekian lama menjadi senjata UMNO/BN untuk mengekalkan kekuasaan politik di Malaysia.

  Ini telah diakui sendiri oleh bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melalui satu kenyataan secara terbuka yang pernah disiarkan oleh Malaysian Insider sekitar February 2015; bahawa  SPR adalah badan pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah.

 Testimoni yang dikumpul ketika Tribunal Rakyat pada September 2013 yang lalu pernah mendedahkan kewujudan ahli-ahli parti politik yang aktif menjadi petugas SPR ketika Pilihan Raya Umum yang ke 13 lepas. Sebelumnya, timbul dakwaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR juga mempunyai keahlian dalam Umno.

 Dalam PRU-13 lalu, PR kalah dari segi kerusi (89 kerusi) tetapi jumlah undi popular lebih memihak kepada pihak PR dengan meraih 50.87% berbanding BN yang mendapat 47.38% (133 kerusi).

 Jumlah undi yang sedikit menguasai keadaan. Di sinilah liciknya percaturan SPR dalam mengatur persempadan kawasan pilihanraya.

Comments (0)