Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Tiba masa rakyat Terengganu merdeka minda

Posted: 29 Aug 2016 09:50 PM PDT

Isu hak negeri Terengganu sebagai pengeluar petroleum sudah kita bangkitkan berkali kali secara konsisten bertahun tahun.

Soalnya rakyat Terengganu dan pemimpinnya punya ketegasan pendirian atau tidak di atas prinsip ini?

Atau masih punya penyakit inferiority complex atau rendah diri yang kronik.

Bangsa yg berjaya mereka perjuang hak mereka dan mencari cari jalan dan alasan untuk melakukkannya.

Bukannya berdolak dalih dan mencari helah untuk berlepas diri darinya. Mementingkan kepentingan peribadi mengatasi rakyat dan negeri.

Singapura pernah dilihat tidak punya peluang langsung dari segi hujahan dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih. Kerajaan Malaysia pamerkan kepada rakyat ketika itu kononnya tuntutan Singapura tidak berasas.

Sekarang setelah keputusan mahkamah, apa standard dakwaan Malaysia kononnya kes kita kuat sangat? Bukan setakat mereka dapat pulau batu 'dua butir' itu. Ia datang
bersekali wilayah maritim dan Zon Ekonomi Eksklusif yang beratus batu nautika keluasannya.

Dalam kes saman Royalti Terengganu yg ditarik balik oleh pimpinan UMNO konon yg penting dapat 'pitih' . Tak kira lah namanya ehsan, dana khas pun (yang implikasinya sangat besar!). Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yg mengetuai pasukan peguam yg mewakili Terengganu telah berucap ditempat awam mendedahkan saman itu telah berpihak kpd Terengganu di pusingan pertama hingga kerajaan Msia melambatkan proses selanjutnya yg dipercayai ada pujuk memujuk, lobi memperdaya yg tiba2 perlantikan Ahmad Said sbg MB baru dan penarikan tiba tiba saman royalti.

Ada beza antara royalti dan ehsan. Seperti mana ada bezanya peminta sedekah dengan rakan kongsi yang mempunyai hak. Begitulah bezanya konotasi antara 'merayu' dengan 'menuntut'.

Akhir akhir ini DS Ahmad Said sendiri mendedahkan Terengganu diperdaya oleh UMNO pusat.

Sampai bila Terengganu mahu terus jadi lebai malang?

Di ambang sambutan merdeka kita masih belum merdeka minda, berjiwa hamba.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
30HB OGOS 2016

JDT hampiri hatrik juara Liga Super

Posted: 24 Aug 2016 09:46 PM PDT

Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan jurang kepada tujuh mata dengan pesaing terdekat, Felda United, susulan kemenangan 3-2 dalam pertembungan Liga Super kedua-dua pasukan di Jengka, malam ini.

Perlawanan berlangsung penuh dramatik dengan insiden kekasaran dan kelakuan tidak puas hati terhadap beberapa keputusan pengadil berlaku, selain menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas jaringan.

JDT kini semakin hampir untuk menjulang trofi Liga Super buat kali ketiga, dengan saingan hanya berbaki tiga perlawanan.

Skuad dari selatan itu lebih banyak mengasak kubu lawan di awal perlawanan dengan bebebera usaha menarik ditunjukkan, terutama menerusi sepakan percuma Safiq Rahim yang hanya sempat menemui garisan sebelum dikeluarkan.

Tidak lama kemudian, Azni Taib terpaksa diusung keluar padang akibat menerima terjahan keras Ahmad Syamim Yahya, yang turut memaksa pengadil melayangkan kuning kepadanya.

Amri Yahyah melakukan voley kemas pada minit ke-30 untuk menghadiahkan gol pertama JDT, selepas kekalutan di depan pintu gol Felda yang membawa bola tiba tepat ke kakinya.

Lapan minit berselang, nasib malang berulang buat Felda apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT akibat kekasaran pemain pertahanan, Nor Fadzly Alias, ke atas Amri di dalam kotak penalti. Sepakan tersebut disempurnakan Juan Martín Lucero pada minit ke-37.

Felda, bagaimanapun, menyamakan kedudukan, dengan kedua-dua gol dijaringkan dalam tempoh tujuh minit, masing-masing menerusi Mohd Syahid Zaidon dan Hadin Azman.

Jorge Pereyra Diaz hampir menyumbang gol ketiga JDT apabila penjaga garisan sekali lagi tidak mengesahkan jaringan, sebelum ia dikeluarkan pertahanan lawan.

Kem JDT yang tidak puas hati dengan keputusan itu meluru ke arah penjaga garisan selepas wisel rehat dibunyikan.

Sebaik separuh masa kedua dimulakan, Fadzly memaksa Felda bermain tempang apabila dia dihalau keluar kerana mengutip kad kuning kedua akibat kesilapan memeluk leher Lucero.

JDT tidak menunggu lama untuk menggunakan kesempatan itu, dengan kembali mendahului perlawanan selepas Aidil Zafuan Abdul Radzak menyempurnakan gol ketiga pasukanya.

Amri turut tidak terlepas daripada meraih kad kuning kerana kekasaran ke atas Hadin.

Keputusan perlawanan malam ini:

Felda United 2-3 JDT
Kelantan 1-2 Kedah
PDRM 1-2 T-Team
Perak 4-1 P Pinang
Terengganu 1-1 Pahang
Sarawak 1-1 Selangor

Astro Arena

Perbahasan Kongres Rakyat Terengganu

Posted: 23 Aug 2016 09:36 PM PDT

Kongres Rakyat Terengganu, TER, Kuala Ibai. 20 Ogos 2016

Usul-Usul:

1) Kluster Pembangunan Tanah dan Felda-Naraza Muda
Isu 1-beban hutang, tiada penyata terperinci tentang hutang peneroka. Sebagai Gen2, kami tak mahu mewarisi hutang ini. Hutang tutupkira RM169k, tak termasuk hutang sedia ada.
Cadang desak Felda kaji balik hutang. Saran kepada parti.politik letak dalam manifesto PRU yang berkait dengan hutang.

Isu 2-perumahan anak peneroka. Janji siap rumah 2017. Banyak projek rumah di banyak tempat terbengkalai. Desak kerajaan negeri supaya projek perumahan ini diteruskan.
Isu 3-ceroboh khazanah hutan-lombong, balak.
Cadang buat laporan rasmi kepada SPRM.

2) Kluster Pelancongan-Wan Adib
Riadhah dan rekreasi, pelancungan dengan konsep agama. Cadangan: antaranya perkampungan tokoh Islam silam. Sukan diperkasa.

3) Kluster agama-Hj Abd Harith
RUU355-Akta digubal 1965. Justifikasi ubah-sejarah negara berasaskan Islam. Kongres seru ahli parlimen fahami semangat pindaan RUU355. Tanggungjawab semua letak asas perundangan Islam, seru ahli Parlimen sokong.

4) Kluster Kesihatan-Dr Mujahid Fauzi Sulong
2 isu kesihatan
Isu 1-Prasarana kesihatan-populasi Terengganu 1.17 juta, katil hospital kurang 1000, doktor pakar kurang, yang ada HSNZ dan Hospital Kemaman. Hospital Dungun dicadang dibina 16 tahun.lepas. Hospital Kemaman dicadang dalam Rancangan Malaysia ke 11. Hospital UNISZA tak dapat terus kerana isu tanah. Masalah kesesakan parkir di HSNZ, hilang konsep mesra keluarga pesakit
Isu 2-Kesihatan sosial-statistik HIV menurun, dadah meningkat. Cadang Dasar Keluarga Darul Iman

5) Kluster Wanita-Puan Nurul Hanis
Usul 1-perkasa perundangan kepada wanita-tambahbaik kuatkuasa tuntutan nafkah di mahkamah syariah
Usul 2-kebajikan untuk lsu wanita-perkasa usaha galak penyusuan susu ibu
Usul 3-isu sosial. Saranan-antaranya kursus pasca kahwin.
Semua NGO wanita sokong Pindaan RUU 355

6) Kluster Ekonomi-Hj Amzad
Isu 1MDB, GST, kejatuhan nilai ringgit, import keperluan asas, harga barang naik, buang pekerja, kontraktor kroni Kuala Nerus, urustadbir negeri, LPT2 dan pelbagai isu ekonomi

7) Kluster Pertanian- Hj Muhammad Said
Bekalan makanan-peratus pengeluaran kurang. Projek pertanian di Terengganu ada 12, RM 60 juta semuanya, majoriti gagal. Tiada kajian sempurna, tiada pengurusan baik. Pertanian-projek fertigasi 100% gagal, ternakan kambing-tinggal bangsal sahaja.
Faktor gagal-tiada kepakaran, pilih kasih peserta peringkat JKK, tiada konsep gotong royong, jentera pertanian seperti traktor dan lain-lain kurang, pasar borong tak diurus dengan baik. Cadangan: memorandum supaya kepentingan mengusahakan padi beras diberi balik kepada pengusaha asal.

8) Kluster Kebajikan-Kapt (B) Zulkifli Muda
Isu kebajikan tentera-pembangunan tanah untuk bekas tentera, pengurusan duit tentera. Isu pendatang asing berkait minyak dan gas.

9) Kluster pendidikan, pembangunan insan-Prof Madya Burhanudin
Isu 1-Henti biasiswa/pinjaman Yayasan Terengganu
Isu ke 2-pendidikan agama, moral bukan subjek teras. Cadangan: jadikan agama, moral subjek wajib
Isu 3-tiada pusat ilmu berteras Islam. Cadang: kembalikan Unisza atau wujudkan institusi lain sebagai pusat ilmu berteras Islam.
Isu 4-program dwi bahasa BI dan BM
Isu 5- institusi kemahiran tak berpaksi Islam
Isu 6-kelemahan penghayatan agama dan asas fardhu ain
Isu 7-kurang peruntukan pendidikan

10) Kluster politik, kepimpinan, pemerintahan-Ust Faizul
Isu 1- Royalti, Bertam, royalti yang ditukar kepada wang ihsan, Perjanjian Petronas, projek Tasik Kenyir. Cadang: Tuntut kembali royalti dan tuntut dari 5% kepada 20%.
Isu 2- LPT2-lewat 5 tahun, 2 kontraktor tak dapat terus, kos bertambah, tawar projek, kontraktor sama dapat?
Banyak kecacatan LPT2. Cadangan: aduan kepada SPRM siasat ada atau tidak unsur rasuah dalam pemberian projek
Isu 3-MB ditarik gelaran, politik tak stabil, pimpinan tak kuat, hubungan dengan istana.
Gerakkan NGO untuk tolak umno, BN dalam PRU 14

11) Kluster Belia-Shafie Ghazali
Isu 1-Pengangguran belia, tenaga asing ganti tenaga tempatan. Cadang: galakkan keusahawanan dan lain-lain.
Isu 2-Gejala sosial di kalangan remaja-rempit, dadah.

Cadangan: anjur kahwin percuma, pejabat agama diperkasa, wajibkan pendidikan Islam, cegah program galak budaya hedonisme,
Isu 3-Belia dan politik-dipandu kepada politik betul, matang.
Kluster Belia seru supaya ditunjuk kepada belia cara berpolitik sebenar.

Rumusan Kongres Rakyat Terengganu oleh Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid

1. Pembangunan tanah dan Felda-Isu ini seluruh negara, berkait dengan hutang. Tun Razak ambil perhatian isu tanah, tapi peneroka sekarang berhutang ratusan ribu. Bagaimana pula tentang perumahan rumah peneroka? SAM Kedah tegur MB Kedah tentang pencerobohan tanah.

2. Pelancungan Islam-Saya balik dari China. Akhbar China tak bincang tentang dapat pingat tapi keutamaan ialah kepada cara hidup sihat.

3. Akta 355 akan jadi perbincangan panas kerana Isu ini nak angkat martabat Mahkamah Syariah.
Pengurusan agama-Isu zakat, sekolah agama, Perkemas pentadbiran Islam.

4. Isu kesihatan-bagaimana nak tingkat kualiti kesihatan.

5. Isu kewanitaan perlu diberi perhatian

6. Isu ekonomi- 1MDB, GST mungkin naik ke 8%, kenapa? Tak ada duit.

7. Isu pertanian-keselamatan makanan perlu diangkat dalam Kongres Rakyat.

8. Isu kebajikan tentera yang diabai.

9. Isu jutaan ringgit untuk konsultansi pelan induk yang memakan ratus juta ringgit.

10. Isu belia sangat penting.

Ini adalah sebahagian perbahasan dan perbincangan yang sempat dicatat. Masih banyak yang perlu diketahui rakyat dan digarap dari Kongres ini. Pohon buat pembetulan jika ada yang tersilap catat.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan
Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT

TER, Kuala Ibai
2 ptg
20 Ogos 16

Comments (0)