Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:10 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Restoran Malaysia kena denda di Australia

Posted: 22 Aug 2016 03:29 PM PDT

Sebuah mahkamah di Australia menjatuhkan hukuman denda AS$300,000 (RM920,747) ke atas sebuah restoran rangkaian popular Malaysia kerana menggunakan rekod palsu dengan tujuan membuat bayaran gaji rendah kepada pekerja mereka.

Menurut laporan Business Insider Australia, Mahkamah Persekutuan Australia memutuskan Restoran Mamak yang beroperasi di Goulburn Street, Haymarket melakukan 'kajian pasaran secara tidak rasmi mengenai kadar bayaran pasaran gelap' dan sudah membayar gaji rendah kepada pekerja bagi tujuan mengaut keuntungan maksimum.

The Fair Work Ombudsman, sebuah agensi berkanun bebas yang menyiasat aduan di tempat kerja dan melakukan penguatkuasaan mengikut undang-undang kebangsaan, mengambil tindakan mahkamah ke atas perniagaan itu, Januari lalu.

Ia berlaku sejurus selepas mereka mendapati enam pekerja di restoran berkenaan secara kolektif menerima gaji rendah berjumlah AS$87,000 (RM267,046) dengan pendapatan serendah AS$11 (RM33.76) di antara Februari 2012 sehingga April 2015.

Hakim Justin Smith mengenakan denda kepada ketiga-tiga pemiliknya - Joon Hoe Lee, Julian Lee dan Alan Wing-Keung Au dengan masing-masing berjumlah AS$36,992 (RM113,534), AS$35,360 (RM108,525) dan AS$35,360 (RM108,525) Syarikat Mamak Pty Ltd pula didenda AS$184,940 (RM567,671).

Smith berharap hukuman berkenaan, yang hampir maksimum di bawah undang-undang, akan menjadi satu pengajaran kepada majikan lain. -AGENSI

Berita Harian

Dah 8 bulan, bila DAP mahu saman dakwaan terima dana Israel RM1.2 bilion?

Posted: 22 Aug 2016 08:13 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak mengemukan saman bagi membuktikan partinya tidak pernah menerima dana RM1.2 bilion dari Israel untuk pilihan raya umum lalu seperti didedahkan bekas Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman, lapor sebuah portal berita.

Menurut portal berita berkenaan, desakan tersebut semakin kuat setelah poster kenyataan Kit Siang awal tahun ini disebarkan melalui media sosial.

Kit Siang, Januari lalu, berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Razali, namun setelah lebih lapan bulan, kepimpinan DAP dilihat masih membisu.

Tindakan kepimpinan parti tersebut yang terus menyepi menimbulkan tanda tanya dan seolah mengiyakan kenyataan Razali mengenai dana dari Israel itu.

Razali, bekas pegawai khas KM Pulau Pinang, mendedahkan bahawa parti DAP menerima USD 300 juta (RM1.2 bilion) dari kerajaan Israel secara bersyarat pada pilihan raya umum lalu, melalui kedutaan negara itu di Singapura.

AIDCNews

Comments (0)