Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:28 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Seorang Timbalan Presiden PAS...

Posted: 20 Aug 2016 10:01 PM PDT

Ya..... insan yang anda lihat ini adalah insan yang rela dicerca, rela menanggung segala panahan pedih menusuk jiwa. Dia membantu seorang insan yang kian dimamah usia, bila-bila masa nyawa disentap dari jasadnya.

Dia pemberi semangat agar Presiden Pas gagah berdiri melorek perjalanan Parti Islam yang didiami sejuta ahli.

Satu hari.... musuh akan memuji-muji insan ini untuk mengherdik ketuanya. Percayalah musuh akan mencari helah walau melalui sebesar lubang jarum. Mereka meresapi agar orang membenci ketuanya, mencari setiap inci salah ketua, satu senjata pujian untuk membunuh.

Namun...percayalah insan ini akan mengikut jalur dan akar haraki parti. Yakinlah mereka punyai ilmu agama yang tinggi, ilmu politik yang tersendiri. Mereka berdua akan saling mengukuhkan. Kita semua saling melengkapkan binaan sebuah kota yang kalis dari anasir dalam dan luar.

Kita doakan agar Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umurnya, dikurniakan kesihatan dan kekuatan agar mampu mengepalai kita dan umat dunia dan dibantu teguh ikatan terjalin kejap Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mampu membantu Presiden dan menjadi penerus perjuangan Parti PAS.


Tuan Naraza Muda

Hasrat emas Chong Wei masih belum kesampaian

Posted: 20 Aug 2016 08:55 AM PDT

Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sudah melakukan yang terbaik, namun rezeki ternyata masih belum berpihak kepadanya untuk merangkul emas temasya Olimpik 2016 apabila tewas kepada pemain China, Chen Long 21-18, 21-18 di Riocentro Pavilion 4.

Ini bermakna Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi untuk cuba membawa pulang pingat idaman itu selepas kali pertama menyertai Sukan Olimpik, 60 tahun lalu.

Dalam penampilan keempat Chong Wei di pentas Olimpik, pencapaiannya cukup menakjubkan - tiga kali final selepas Beijing 2008, London 2012 dengan ketiga-tiga dengan pingat perak.

Awal pertarungan mereka, pencabar dari China itu hanya membenarkan Chong Wei memungut mata pertama ketika dia sudah mendahului empat mata. Bermula detik itu Chong Wei berupaya untuk mendahului lawannya buat pertama kali dengan kedua-dua pemain itu saling berbalas serangan.

Sehinggalah Chong Wei mula menjarakkan kedudukan dengan lawannya 13-9 pada mata ke-7.

Namun gangguan Chen Long yang meminta 'challenge' dua kali berturut-turut seakan mengganggu rentak pemain nombor satu dunia itu sebelum berjaya menyamakan kedudukan 13-13.

Kesilapan demi kesilapan di depan jaring membenarkan Chen Long menamatkan pertarungan selama 35 minit itu.

Sekali lagi skrip yang sama berulang pada set kedua, Chong Wei. Tetapi permainan Chen Long lebih kemas sambil Chong Wei terus memberikan mata mudah kepada lawan yang mendahului selesa 16-20.

walaupun cuba bangkit di akhir permainan, ternyata Chen Long lebih unggul di pentas final kali ini.

Begitupun, pemain negara itu berlapang dada, mengakui lawannya beraksi lebih baik dalam pertemuan kali ini.

"Saya kena terima juga, memang saya kalah kerana pemain lawan bermain lebih bagus. Saya cuba 100 yang terbaik.

"Takut dan gemuruh itu memang ada, saya bermain seperti biasa dan menikmati aksi Olimpik kali ini.

"Berbanding Olimpik 2008, 2012, saya rasa permainan kali ini yang terbaik. Lawan saya lebih bagus, saya perlu terimalah," tutur atlet dari Pulau Pinang itu jujur.

Malah Chen Long dilihat sudah membuat persiapan rapi untuk menggunakan kelebihannya di perlawanan akhir.

"Chen Long tengok bulu tangkis yang bulu tangkis yang boleh dikejarnya dan dia dapat membaca permainan saya. Semasa saya mendahului, dia ubah permainannya dengan membuat hantaran yang saya tak suka dan tak selesa untuk saya.

"Set pertama penting untuk saya.

"Saya kena terima dapat tiga kali pingat perak. Saya tahu bukan saya seorang, rakyat Malaysia juga kecewa. Saya minta maaf semua orang yang menonton secara langsung.

"Sekarang otak tak fikir apa, kosong... Harap rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepada pasukan badminton.

"Sayang sedikit lagi nak dapat emas.

"Mungkin untuk (Tokyo) 2020 peluang kita tinggi ya. Saya harap (Goh) V Shem-(Tan) Wee Kiong, (Goh) Liu Ying-(Chan) Peng Soon naikkan semangat lagi untuk empat tahun akan datang.

"Saya tahu jurulatih saya terdahulu, Misbun (Sidek), keluarga saya dan yang menonton di televisyen semua kecewa.

"Saya cuba yang terbaik. Rakyat Malaysia akan kecewa. Saya tak boleh buat apa, saya minta maaf, saya sudah cuba yang terbaik."

StadiumAstro

Comments (0)