Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:04 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Lebih 60 NGO's lakar sejarah berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu

Posted: 19 Aug 2016 09:19 PM PDT

Buat julung kalinya, lebih 60 NGO's yang bergerak dalam pelbagai kluster dan mewakili pelbagai kelompok masyarakat berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu bagi membincangkan dan mencari solusi terhadap isu-isu rakyat di negeri cantik budaya menarik ini.

Turut hadir pada pagi ini, Pengerusi Kongres Rakyat Nasional, Tuan Haji Azmi Abdul Hamid, Speaker Kongres Rakyat Nasional, Mustafa Kamil Ayub, Penasihat Kongres Rakyat YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu Dato' Haji Mustafa Ali, Pengerusi Mapit, Dato Haji Hussain Awang yang juga merupakan bekas speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kongres akan dikendalikan oleh Tuan Wan Zainudin Wan Musa selaku Speaker. Seorang peguam kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peguam Terengganu yang pernah menjadi panel Penggubal Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

Kehadiran luar jangka dengan hadirin yang melimpah sehingga keluar dewan menggambarkan bagaimana keprihatinan rakyat Terengganu terhadap isu-isu rakyat walaupun pada hari ini juga PM bertamu di negeri Terengganu.

Buletin Online

Terlalu hampir gapai emas

Posted: 19 Aug 2016 09:03 PM PDT

Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sudah terlalu hampir menggapai emas, hanya untuk kesudahannya terhalang oleh dua kali dius, dua servis terkandas dan dua mata pemisah dalam final acara beregu badminton lelaki temasya Rio 2016.

Mereka tewas 21-16, 11-21, 21-23 kepada pasangan China, Fu Haifeng-Zhang Nan, untuk mengulangi pencapaian pingat perak pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock dalam temasya Atlanta 1996.

Namun, mereka tetap menyumbang pingat perak ketiga negara -- pencapaian terbaik Malaysia dalam temasya Olimpik -- pada ketika penyertaan mereka kali ini tidak pun disasarkan pingat.

Pada awal saingan, V Shem-Tan Wee Kiong bijak mencari segenap ruang gelanggang untuk menamatkan set pertama 21-16 dengan menyerlahkan keyakinan tinggi.

Ketika keyakinan Fu Haifeng-Zhang Nan seakan-akan goyah, sebaliknya V Shem-Wee Kiong bergelut untuk menjelmakan ketenangan seperti mana dalam set pertama, apabila kerap memberi mata mudah kepada lawan.

Selepas mendahului selesa 6-1, barulah beregu nombor empat dunia itu membenarkan mata berganjak buat V Shem-Wee Kiong.

Selesa dengan kedudukan itu, ia terus menyuntik semangat Haifeng-Zhang Nan untuk menamatkan set kedua dengan keputusan 11-21.

Dalam set penentuan, pasangan Malaysia mengamalkan pendekatan berbeza dengan memungut beberapa mata menerusi aksi agresif dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 12-12 sungguhpun Haifeng-Zhang Nan dari awal memimpin permainan.

Buat pertama kalinya, V Shem-Wee Kiong kembali di depan di kedudukan mata 18.
Bagaimanapun, kegopohan dan dua servis pendek membenarkan lawan menamatkan pertarungan selama sejam 10 minit itu dengan keputusan 21-23.

"Saya rasa bangga dapat pingat perak untuk diri sendiri dan Malaysia," kata Wee Kiong.

"Bagai mimpi menjadi kenyataan. Macam tak percaya," sambung V Shem pula.

Mengulas permainan mereka, Wee Kiong berkata, "Memang semasa set kedua, kawalan perasaan kami agak kurang. Kami cuba memberi tentangan tapi tak boleh buat apa. Sudah kalah.

"Ini persembahan terbaik daripada saya. Olimpik ini banyak beri saya keyakinan."

Seperti pasangannya, V Shem turut berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi dan harus memberikan mereka semangat baru dalam kerjaya.

"Keputusan ini akan terpahat dalam sejarah, Kami berasa puas dan bangga. Ia juga satu motivasi untuk kami untuk terus berjuang lagi.

"Terima kasih di atas sokongan anda semua, kami telah melakukan yang terbaik, ini untuk Malaysia."

Astro Arena

Regu lelaki negara rangkul perak Olimpik Rio

Posted: 19 Aug 2016 08:37 PM PDT

Pasangan regu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila mereka dikalahkan pasangan regu nombor empat dunia dari China, Fu Haifeng-Zhang Nan 21-16, 11-21, 21-23.

Goh V Shem & Tan Wee Kiong mempamerkan permainan baik di set pertama apabila menang 21-16. Pasangan China bangkit dan menang 11-21 di set kedua. Namun di set ketiga, Goh dan Tan tidak berjaya mengekang kebangkitan pasangan dari China apabila mereka kalah 21-23.

Acara badminton mula dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992. Kali terakhir beregu lelaki negara mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 1996 melalui pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock di mana mereka memenangi pingat perak. Kini Goh dan Tan mengulangi pencapaian yang sama 20 tahun kemudian.

Acara badminton kini menyumbang dua pingat perak; beregu lelaki dan regu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Dato' Lee Chong Wei bakal beraksi esok untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu lagi pingat perak untuk negara.

Ini merupakan pencapaian terbaik skuad Olimpik negara sepanjang kejohanan Olimpik berlangsung.

Tahniah Goh V Shem & Tan Wee Kiong. Anda sudah cuba yang terbaik.Kami tetap berbangga dengan pencapaian ini!

The Vocket

Chong Wei benam Lin Dan, mara ke final Olimpik Rio

Posted: 19 Aug 2016 06:47 PM PDT

Perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik Rio selepas mengalahkan seteru ketatnya, Lin Dan, dalam aksi amat mendebarkan, malam tadi.

Hampir sahaja air mata jaguh badminton negara itu bercucuran selepas berjaya mengalahkan musuh tradisinya itu 15-21, 21-11, 22-20 dalam pertarungan hampir 80 minit.

Lebih manis, kemenangan Chong Wei itu menebus kekalahannya kepada lawan yang sama dalam final temasya Beijing 2008 dan London 2012.

Berakhirlah sudah tempoh kekuasaan Lin Dan bagi tempoh dua temasya Olimpik berturut-turut, dengan final malam esok di antara Chong Wei dan Chen Long -- yang menundukkan Viktor Axelsen dalam satu lagi separuh akhir -- akan menabalkan seorang juara baru.

Namun, sebelum itu, dalam perlawanan separuh akhir ini, Lin Dan sentiasa memastikan dia mendahului jurang mata kepada angka enam di dalam set pertama itu.

Namun, Chong Wei yang tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan, kembali bangkit dalam set kedua dengan mendahului selesa 5-0 sebelum mengheret permainan ke set penentuan.

"Set pertama Lin Dan bermain pantas, saya cuba ikut rentaknya. Banyak bulu tangkis terlepas daripada saya, saya memang tak sukakannya.

"Saya memang banyak buat kesilapan mudah.

"Untuk set kedua, saya rasa dia akan berputus asa kerana saya jauh mendahuluinya. Saya tahu dia akan buang permainan kedua itu dan mencuba untuk permainan ketiga," katanya sejurus perlawanan berakhir.

Dalam set penentuan itu, Chong Wei dan Lin Dan sentiasa membuatkan peminat berdebar menanti kesudahan pertarungan mereka buat kali ketiga dalam Olimpik apabila dipisahkan dengan satu mata sahaja.

Pada pnghujungnya, Chong Wei membenarkan Lin Dan menyamakan kedudukan 20-20 biarpun satu ketika pemain negara itu sudah mendahului 20-17.

"Masa set ketiga, peluang 50-50.

"Ketika keputusan 12-13, saya tidak mahu mengulangi (kesilapan) Olimpik London. Saya fikir tiada apa yang rugi. kalau kalah...kalahlah. Saya kena cuba yang terbaik," jelasnya.

Chong Wei juga mengakui tidak menyangka bahawa dia akan kembali bangkit untuk merealisasikan impiannya untuk memburu pingat emas Olimpik.

"Saya tak pernah sangka akan masuk ke final dan mendapat gelaran pemain nombor satu dunia semula," katanya menyorot penggantungannya gara-gara kesalahan doping.

"Saya akan cuba esok lagi."

Menyusuli kemenangan separuh akhir Chong Wei, giliran Chen Long pula menyelamatkan maruah China dengan kemenangan straight set 21-14, 21-15 ke atas Axelsen.

Stadium Astro

Comments (0)