Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:18 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Regu lelaki negara catat sejarah mara ke final badminton Olimpik Rio

Posted: 16 Aug 2016 08:11 AM PDT

Hari kesebelas Sukan Olimpik 2016 melakar kenangan manis buat pemain beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong apabila pasangan ini melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menewaskan pasangan dari China Hong Wei dan Chai Biao di Stadium Riocentro di Rio malam ini.

Kemenangan mereka dalam set pembukaan dengan 21-18 seolah-olah menjadi pembakar semangat pemain beregu harapan negara ini.

Biarpun kalah dalam set kedua dengan 12-21, pasangan No.12 dunia itu seolah-olah bangkit dengan persembahan mantap dalam set ketiga dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 64 minit.

"Memang tak boleh percaya kita buat ini history… main ini permainan bukan baik sangat tapi kita tak give up, kita akan catch up lagi, keep pushing but we happy we make it, menurut Wee Kiong kepada Astro ARENA di Rio malam ini.

V Shem yang tampak beremosi turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan tanpa henti.

"Saya sangat gembira hari saya dapat silver medal, at least harap final boleh buat lebih baik. Saya rasa ini moment paling best untuk saya, saya mahu berterima kasih kepada family (keluarga), coach, fans kerana sokongan yang diberikan," kata V Shem.

Kemenangan di separuh akhir itu, sekaligus mendorong mereka melakukan yang terbaik bagi meraih pingat emas di final nanti.

Pasangan V Shem dan Wee Kiong bakal beraksi dalam peringkat final pada 19 Ogos (Jumaat), 10.50 malam (waktu Malaysia).

Ayuh Malaysiaku!

Astro Arena

Comments (0)