Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:41 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Kejutan regu campuran negara mara ke final Olimpik Rio

Posted: 15 Aug 2016 08:52 PM PDT

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi wakil pertama negara berjaya mara ke pentas akhir acara badminton pada aksi Sukan Olimpik Rio kali ini.

Kemenangan itu bukan sahaja memastikan pingat Perak dalam genggaman mereka, tetapi juga meletakkan pemburuan emas pertama Malaysia itu pada sukan Olimpik berada di landasan terbaik.

Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-12, 21-19 sebentar tadi pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pavilion 4, Riocentro.

Lebih manis, kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final itu paling bersejarah kerana sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992, beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat.

"Persefahaman antara kami meningkat di atas gelanggang dan menghadapi pasangan China bukan tugas yang mudah.

"Namun kekuatan mental yang menentukan kemenangan ini dan kami akan buat terbaik di pentas final nanti," kata Peng Soon selepas perlawanan mereka.

Pada aksi akhir, Peng Soon-Liu Ying bakal menanti pilihan utama Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China atau pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyanas Natsir yang akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sinar Harian

Proton Persona: Tiada lagi CamPro, ia diganti dengan enjin 1.6 liter VVT

Posted: 15 Aug 2016 08:46 AM PDT

Selain dari melancarkan model-model baharu tahun ini, Proton turut membuat susunan semula terhadap barisan enjin pada modelnya, menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa. "Kami sedang menyusun semula model dan enjin kami untuk mengelakkan mereka bertindih dan 'membunuh pasaran' sesama sendiri," kata beliau kepada paultan.org.

Pengenalan Persona 2016 akan menyaksikan berakhirnya penggunaan enjin CamPro IAFM (Intake Air-Fuel Module) pada model segmen-B Proton. Dan ia akan digantikan dengan enjin 1.6 liter VVT (Variable Valve Timing) dari Iriz.

Penggunaan enjin IAFM juga akan ditamatkan pada model lain termasuk Saga dan Preve. Saga baharu yang bakal dilancarkan selepas Persona nanti akan menggunakan enjin 1.3 liter VVT juga dari Iriz. Saga FLX sedia ada yang masih lagi berada dalam pasaran pula hanya akan dibekalkan dengan enjin IAFM untuk varian CVT dan manual.

Persona dan Saga generasi baharu akan bertukar kepada penggunaan enjin VVT atas faktor penggunaan bahan api yang lebih efisien. Dari segi kuasa, enjin 1.3 liter VVT pada Iriz menghasilkan kuasa kuda yang sama dengan enjin 1.3 IAFM+ pada Saga FLX (95 PS/120 Nm), manakala enjin 1.6 liter VVT juga menghasilkan kuasa kuda yang hampir sama dengan enjin 1.6 liter IAFM+ (109 PS/150 Nm). Setakat ini, hanya Iriz yang menggunakan kedua-dua jenis enjin berkenaan dalam barisan model Proton.

Untuk Preve pula, enjin IAFM pada varian Executive manual dan CVT akan digugurkan pada masa hadapan, dan ia hanya hadir dalam varian 1.6 liter Turbo CFE dengan kotak gear CVT. Begitu juga Exora, yang hanya ditawarkan dengan enjin 1.6 liter Turbo CFE untuk ketiga-tiga variannya iaitu Executive, Premium dan Super Premium.

Enjin CamPro CPS (Cam Profile Switching) tidak akan diproduksi lagi selepas ini dan tidak lagi dipadankan pada mana-mana model Proton sedia ada. Enjin berkenaan mula diperkenalkan pada Gen2 facelift sekitar tahun 2008, sebelum turut dipadankan pada model lain seperti Waja, Satria Neo dan Exora.

paultan.org

Comments (0)