Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:19 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Bijaknya Thailand untuk dapat emas Olimpik Rio

Posted: 12 Aug 2016 09:20 PM PDT

Dua pingat emas sudah berjaya diraih Thailand pada hari keempat temasya Sukan Olimpik 2016 Rio.

Lebih menakjubkan, kedua-dua penyumbang pingat emas itu merupakan atlit muda berusia 21 tahun, menerusi aksi sulung mereka di pentas Olimpik.

Sopita Tanasan cipta kejutan apabila mengungguli saingan sukan Angkat Berat kategori 48 kilogram wanita, dengan melakukan jumlah angkatan keseluruhan pada 200 kilogram.

Selang beberapa hari kemudian, Sukanya Srisurat pula mendakap emas kedua buat Thailand di Rio dengan mengangkat jumlah bebanan keseluruhan 240 kilogram.

Kejayaan ini cukup bermakna buat Sukanya, terutama selepas kembali beraksi setelah menjalani penggantungan dua tahun sejak Mei 2011 lalu akibat positif doping.

Malah dia berjaya memecah rekod di temasya itu, yang dicipta atlit China, Li Xueying pada edisi 2012 lalu di London.

Tetapi...

Bagaimana negara Asia Tenggara itu berupaya menempatkan diri mereka kini dalam kelompok sepuluh negara teratas senarai kedudukan 206 negara yang bertanding?

Jawapannya mudah.

Kerana - mereka tahu saingan tidak begitu hebat dalam acara itu. Dalam kategori itu.

Kerana - berdasarkan fizikal majoriti negara yang bertanding, agak sukar untuk menempatkan atlit di situ.

Jarang sekali atlit dari negara Barat terutamanya, diwakili individu yang se'comel' warga Asia.

Mereka juga lebih memandang kepada sukan yang berprestasi, serta berkemahiran tinggi.

Pun begitu, tidak bermakna kita menafikan kemampuan dan kehebatan kedua-dua atlit Thailand itu yang berjaya merangkul pingat idaman seluruh dunia itu.

Cuma tersedar,...betapa logiknya strategi yang dipertaruhkan negara Gajah Putih itu.

Kita pula?

Masih lagi mengimpikan kehadiran emas sulung buat Malaysia.

Masih lagi cuba menstruktur dan memperhalusi pelan pembangunan atlit, dengan pelbagai program jangka pendek dan jangka panjang diadakan.

Semua ini dalam membentuk dan menghasilkan atlit yang berkelas dunia, bersaing dengan barisan elit yang sebahagian besarnya jelas tiada tandingannya.

Sekaligus terlintas di fikiran, apakah mungkin Malaysia juga mampu untuk melakukan pencapaian yang sama sekiranya bijak itu terlebih dahulu tercetus dalam dek akal kita?

Mungkin selepas ini Malaysia juga boleh mengintai sukan, acara, dan kategori yang berpotensi tinggi seperti itu?

Kalau, KALAU lah benar, pingat emas Sukan Olimpik itu, yang menjadi sasaran utama Malaysia selama ini.

astro

Comments (0)