Followers

Nuffnang

The Unspinners

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:23 PG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bersih 5.0 impikan Mahathir boleh bawa 500,000

Posted: 08 Aug 2016 06:53 PM PDT


100,000 pun tidak pernah ..

Maria Chin, penganjur Bersih 5.0 telah umumkan dalam akhbar China Press pada 4 Ogos 2016 bahawa demo Bersih 5.0 akan dihadiri oleh 500,000 orang.

Kali ini, penganjur Bersih itu kelihatan teragak agak dan tidak yakin. Tidak dinyatakan bersama bila tarikh sebenar demo Bersih 5.0.

Juga tidak dinyatakan di mana lokasi demo akan dibuat. Lebih memeningkan lagi, penganjur sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dituntut oleh pendemo Bersih.

Ada yang meramalkan Bersih 5.0 mungkin diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016 di Dataran Merdeka. Ada juga yang meramalkan ianya akan diadakan selama lima hari sempena nama Bersih 5.0 bermula 17 hingga 21 September di Padang Kota, Pulau Pinang.

Mengapa perlu dibuat di Pulau Pinang? Ianya sempena hari perbicaraan kes Guan Eng yang akan disebut pada 22 September 2016.

Oleh itu, demo Bersih 5.0 perlu diadakan untuk menunjukkan sokongan rakyat masih lagi pada Guan Eng setelah rancangan mengadakan pilihanraya kecil di Pulau Pinang gagal.

Apa pun, himpunan Bersih 5 ini sudah nampak petanda awal kegagalanya. Momentum dan "trend" untuk mengajak rakyat turun dan berhimpunan atas jalan nampaknya sudah berlalu. Lebih ramai yang suka bermain Pokemon Go sekarang ini dari sertai demo Bersih 5.

Beberapa siri demo yang dibuat pembangkang pada tahun 2015 juga menemui kegagalan. Lokasi demo dari Sogo ke Dataran Merdeka sudah tidak lagi mendapat sambutan rakyat. Malah ada ketikanya mereka yang membeli belah di Sogo lebih ramai dari yang berdemo.

Pembangkang sudah hilang ketua. Mereka makin berpecah belah dengan kehadiran parti baru Mahathir.
Khabarnya Mahathir sakit ... itu yang dia agak diam. Bolehkah dia hadhir Bersih 5.0? Hanya ingatkan Maria Chin, Mahathir tidak lagi serupa dulu. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.
Ingatan sudah berkurangan dan kelakuan pun dikatakan sudah mula kebudak-budakan menandakan satu perubahan fizikal.

Comments (0)