Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:52 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: DAKWAAN BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI

Posted: 30 Aug 2016 02:53 AM PDT

30 Ogos 2016

1. Mungkin dakwaan terbaru daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ini adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada akuan berkanun Nika Gee. Dia adalah seorang lelaki yang membina kerjaya politiknya berlandaskan platform ketaatan kepada agama. Jadi, bagaimana dia boleh menjadi seorang Presiden parti baru Tun Mahathir Mohamad yang boleh dipercayai, apabila dia mempunyai rekod mahkamah di mana selama bertahun-tahun dia berlaku curang dengan isteri orang lain?

2. Kredibiliti dan kekuatan dalaman Tan Sri Muhyiddin telah dimusnahkan. Ianya jelas bahawa dia memperjuangkan sesuatu perkara untuk kepentingan politik, tetapi melakukan perkara sebaliknya secara peribadi. Sama seperti dia secara palsu menyerang Perdana Menteri kerana rasuah, apabila orang dalam semua tahu sejarahnya yang sebenar sebagai Menteri Besar Johor.

3. Kebenarannya adalah bahawa dana di dalam akaun Perdana Menteri telah disiasat secara komprehensif, dan beberapa pihak berkuasa telah memutuskan bahawa tiada undang-undang yang telah dilanggar. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah pergi ke Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen-dokumen undang-undang dan menemuramah wakil penderma. Menteri Luar Arab Saudi juga telah mengesahkan bahawa dana dalam akaun Perdana Menteri adalah sumbangan daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi.

4. Tan Sri Muhyiddin kecewa selepas dijadikan sebagai boneka oleh Tun Mahathir; kecewa kerana dia tidak akan menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, kerana usaha mereka untuk menggulingkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi gagal; dan marah kerana dia akan jatuh dengan cara yang sama yang dia gunakan untuk cuba menjatuhkan lawannya.

5. Ketidaksetiaan Tan Sri Muhyiddin, dan kesalahan perhitungannya yang didorong oleh cita-citanya semata-mata, telah membawa kepada kerjayanya yang berakhir dengan kehinaan. Dia kini terdesak – mengapa mesti orang mempercayai kata-katanya?

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

Comments (0)