Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:55 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


42 billion untuk PTPTN, PKR penuh dengan orang bodoh

Posted: 27 Aug 2016 07:31 PM PDT


1. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, menghasut orang ramai bahawa dengan jumlah RM 42 Bilion hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ia boleh menyediakan dana yang besar untuk Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

2. Apa yang Fahmi tidak faham atau buat-buat tidak faham ialah hutang 1MDB berasaskan pembelian aset dan jualan bon atas kepercayaan industri bahawa 1MDB mampu membayar balik hutang berserta faedah. Ini pinjaman bercagar dan jualan bon berasaskan kemampuan perniagaan BUKANNYA dana kerajaan dimasukkan dalam 1MDB.

3. Sekarang kita minta Fahmi tunjukkan bank mana yang begitu bodoh hendak memberi pinjaman sebanyak RM 42 bilion untuk membiayai dana PTPTN; yang kemudian akan "hangus" sahaja kerana peminjam telah "dihasut atau didorong" oleh PKR dan sekutunya supaya tidak perlu membayar pinjaman terbabit?

4. Kerajaan telah menyafahmi-pkrlurkan dana sebanyak 56 bilion sejak penubuhan PTPTN dan hanya RM 8 bilion pinjaman dibayar semula. Agak-agak ada bank akan memberi dana kepada PTPTN?

5. Terima kasih kepada PKR dan sekutunya yang sentiasa memberi tanggapan bahawa pinjaman PTPTN tidak perlu dibayar kerana ia tanggungjawab kerajaan, hari ini dana PTPTN telah berkurangan dan jumlah pinjaman juga perlu dikurangkan.

6. Jika PKR mampu mencari dana dari sumber bukan kerajaan untuk memenuhi kantung PTPTN eloklah mereka buat satu tabung pendidikan sendiri. Pasti jutaan orang muda akan menyokong mereka.

7. Pemimpin PKR jika bercakap, lembu pun lagi cerdik. Lembu pun pandai pilih rumput yang akan mahu diragut, pemimpin PKR ini "campaklah apa sahaja pun pasti mereka akan jadikan isu".

8. PTPTN ialah kesilapan besar kerajaan. Ia membolehkan ramai yang kurang pandai masuk universiti dan sekarang perasan pandai sebab mereka telah lulus universiti. Kumpulan seperti ini ramai dalam PKR sekarang.

mykmu.net




Sent from Samsung tablet.

Comments (0)