Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:07 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Sedar lah wahai sahabat parlimen PART2

Posted: 25 Aug 2016 09:21 PM PDT

Tamrin tidak sokong parti baru tajaan Tun Mahathir

Posted: 25 Aug 2016 06:06 PM PDT


Anak kepada bekas Timbalan Perdana  Menteri  Allahyarham Tun  Ghafar Baba dan bekas Ahli Parlimen BN dari Batu Berendam  Melaka hari menetapkan pendirian beliau terhadap senario politik negara terkini.

Berikut adalah kenyataan beliau. 

Sukacita dimaklumkan satelah memikir dengan teliti maka saya memutuskan perkara2 berikut :

1) Tidak akan menyertai Parti baru yang sedang diusahakan oleh TSMY

2) Menarik diri dari Seketeriat Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Keputusan ini adalah muktamad .
Ia berkuatkuasa mulai hari ini.

Jumaat
26hb Ogos 2016
Tamrin Tun Ghafar

Sent from Samsung tablet.

Ride Haji 2016

Posted: 25 Aug 2016 05:00 PM PDT

Lima  penunggang motosikal Malaysia dalam misi menunaikan haji menggunakan jalan darat kini mula memasuki negara Iran.
Kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan bersemangat.  Motosikal Modenas edisi Harimau Malaya juga dalam keadaan baik.

DAP Paling Ceria, PAN raih keuntungan

Posted: 25 Aug 2016 04:27 PM PDT

Tidak lama lagi, jika diizinkan Allah, maka akan lahirlah sebuah lagi parti baru serpihan bangsa Melayu yang asalnya dari UMNO. Selepas Parti Negara, Semangat 46 dan PKR, parti baru yang berteraskan 'bunga raya' sedang menanti kelulusan dari ROS untuk disahkan sebagai parti politik di negara kita.

Seperti yang kita maklum, parti baru tersebut bakal diketuai oleh bekas-bekas pemimpin UMNO sendiri. Alasan mereka menubuhkan parti baru itu adalah untuk menewaskan UMNO pada PRU ke-14, walaupun sebelum itu mereka mendakwa hanya mahu menjatuhkan Presiden parti, Dato' Seri Najib Tun Razak sahaja.

Pada pandangan penulis, ia hanya sekadar alasan saja. Yang jelas dari tindakan mereka adalah mereka gagal menjatuhkan Najib dari dalam parti seperti yang pernah dilakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Maka kerana itu mereka sengaja mencari 'pasal' untuk dipecat dari parti dan menyalahkan kepimpinan UMNO setelah dipecat. Gagal menjatuhkan Najib dari dalam parti membuatkan maruah dan ego mereka tercabar. Lantas berlakulah senario 'marahkan nyamuk, maka kelambu dibakar'.

Pada penulis, hakikat yang mungkin mereka tidak beritahu pada jutaan ahli UMNO adalah 'mereka mahu jadi Presiden UMNO, sekaligus menjadi Perdana Menteri'. Maka semua peluru digunakan untuk menyerang Najib, hatta 'peluru kosong' pun terpaksa digunakan. Malangnya, semua 'peluru kosong' itu tidak berkesan.

Persoalannya, siapakah yang paling gembira dan menyokong pepecahan bangsa ini? Pada pandangan penulis, yang paling gembira sudah tentulah pihak pembangkang terutama DAP. Parti baru itu sudah tentu akan mendapat sokongan padu dari mereka.

Diapi-apikan parti baru itu, diberikan publisiti meluas dan pemimpin-pemimpin parti baru itu pastinya ditatang bagai minyak yang penuh. Jika boleh, mereka mahu parti baru itu menyerang UMNO siang dan malam hingga ke PRU ke-14.

Mereka tidak rugi apa-apa. Kita pun tahu betapa DAP, PKR dan pembangkang lain memusuhi Mahathir sebelum ini. Apa yang Mahathir tidak pernah lakukan pada mereka. Bukan hanya menghina, malah sumbat mereka ke penjara pun pernah dilakukan.

Namun semua itu tidak penting sekarang dan disimpan dalam hati saja. Asalkan Mahathir dan konco-konconya tidak menyerang pembangkang, sebaliknya menyerang parti tunjang BN, mereka akan bertepuk tangan, gembira bukan kepalang.

Pembangkang tahu bahawa parti baru tidak kuat seperti mereka dan terlalu mustahil untuk menguasai Parlimen. Sedangkan jika dirujuk pada PRU ke-13 dulu, statistik membuktikan DAP paling tinggi peratusan menang bertanding di peringkat Parlimen.

Apatah lagi sekarang sedang kecoh diperkatakan tiada sebab untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang, maka sudah tentu peluang untuk parti baru menjadi Perdana Menteri adalah sangat tipis. Jawatan Timbalan Menteri pun sudah cukup bagus jika diberi pada mereka nanti.

Cuba lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang. Cuba lihat kedudukan PAS yang teruk bekerja untuk memastikan DAP menang di negeri itu. PKR pula hanya bagai 'melukut ditepi gantang', bangkang sikit maka siap sedialah untuk 'dianak tiri' bagaikan musuh.

Maka kerana itulah penulis yakin bahawa pihak yang paling untung dari pepecahan bangsa Melayu dan penubuhan parti baru itu adalah DAP. Parti pembangkang lain hanya 'menurut perintah' saja, tidak lebih dari itu.

Namun sedarkah orang-orang Melayu yang memecah-belahkan itu? Bila dikatakan mereka hanya memperjuang kepentingan politik diri sendiri, mereka enggan bersetuju. Tapi jika dilihat pada tindakan politik mereka, memang itu yang berlaku…

Cenderawasih

Kerajaan prihatin terhadap rakyat dalam hal perumahan

Posted: 25 Aug 2016 02:59 AM PDT

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Negeri Perak

1.   Program kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan  dan Kerajaan  Tempatan dengan Kerajaan Negeri Perak
2.   Had gaji RM 3,000 ke bawah
3.   Jumlah unit yang ditawarkan bergantung kepada lokasi projek
4.   Harga sebenar RM RM155,000 ( harga jual RM35,000 )
5.   Sewa bulanan dibayar mengikut tempoh tertentu sehingga selesai jumlah pembayaran
6.   Projek PPR tidak boleh dijual kepada pihak ketiga
7. Seri Iskandar (99 unit) dijangka siap April 2018.
8. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang dilahirkan di Perak Tengah dan berkahwin
9. Jenis rumah adalah rumah teres setingkat.
10. Projek ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat Hua Yuang, pemaju Bandar Universiti, Seri Iskandar

Untuk pertanyaan dan permohonan, sila hubungi:

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bahagian Perumahan Awam
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tel     : 05 - 209 5000 samb. 5057
Fax    : 05 - 253 0001

Download borang permohonan pendaftaran untuk membeli rumah kos rendah di
http://www.perak.gov.my/index.php/rakyat/penerbitan-muatturun/muat-turun-borang/category/8-permohonan-pembelian-rumah-kos-rendah

Atau terus ke Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak.

Like FB: Seladang PERAK

INFO: Bagi PPR daerah-daerah lain dalam negeri Perak, sila berhubung terus dengan Pejabat Daerah Dan Tanah kawasan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya anda ada maklumat lengkap berhubung status projek PPR di daerah lain,sila kongsikan bersama kami.  Lokasinya adalah seperti berikut

1. Kampar (29 unit)
2. Batu Gajah ( 9 unit)
3. Buntong Permai (112 unit)
4. Tanjong Malim (45 unit)
5. Buntong Harmoni (416 unit)
6. Batu 2 1/2, Taiping (240 unit)
7. Kamunting ( 260 unit)

Comments (0)