Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:23 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Usaha kerajaan untuk menyediakan peluang dan meningkatkan taraf hidup rakyat

Posted: 20 Aug 2016 02:21 PM PDT

Mintak tolong pada semua ya... Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima...
Kami sedang mencari anak-anak muda dari kategori tidak tamat sekolah menengah, gagal spm dan juga bagi yg berminat untuk mengikuti kursus kemahiran yang kami sediakan.
Peluang Untuk Ikuti Kursus Kemahiran Malaysia
Kepada Generasi Belia.
"SATU BELIA....SATU KEMAHIRAN!"
Kursus Yang Ditawarkan:-
Diploma Dan Sijil Kemahiran Malaysia
Kemasukkan:
.    July 2016
.    September 2016
.    November 2016
.    January 2017
KURSUS YG DITAWARKAN:
..Automotif
..Elektronik Industri
..Elektrikal
..Air conditioner
..Mekatronik
..Mekanik Industri 
..Kimpalan/Welding
..Jurugegas  Gas
..Piping Fabrication
..Electrical Plant
..Kecantikan
..Culinary
..Computer System
..Penyediaan Makanan
..Penyediaan Roti
..Pembuatan Pakaian Wanita
..Pembuatan Pastri
..Dressmaker
..Food & Beverage Services
Diploma Dan Sijil Akan Dianugerahkan Oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Tempoh Kursus :
18-24 bulan (thp2 &3) & 15 bulan ( thp4 )
Syarat Kemasukan;
# Umur 16 - 35 Tahun
# Lelaki & Perempuan
# Lepasan Sekolah/Tidak Tamat Sekolah Menengah (boleh membaca & menulis)
# PT3 / PMR / SPM / STPM
# Pinjaman Latihan Kemahiran Disediakan Untuk Generasi Belia Melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Di Bawah Kementerian Sumber Manusia.
# Duit Sara Diri RM400 Dipinjamkan oleh PTPK Kepada Setiap Pelajar Yang Mengikuti Kursus Tersebut.
# Asrama Disediakan.
# Pelajar Yang Tamat Kursus Akan Ditempatkan Bekerja Dengan Syarikat Yang Bekerjasama Dengan Pusat Bertauliah.
Berminat Untuk Memohon?
WhatsApp/sms ;-
<>Nama
<>Alamat
<>NO Kp
<>NO Hp
<>Email
<>Pilihan Kursus
Hantar Kepada NO Hp saya di bawah.
Aziz
▶011 282 12300
Whatsapp
▶011 1100 6208
Whatsapp
▶014   8123 888
Sms/telegram
Website :
www.wit.edu.my
Pohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
Bersama membantu anak muda kearah peluang kerjaya yang luas.
MOHON SHARE!!!
Tlg sebarkan berita baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 - anak2 kita. Jngn tutup pintu peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, inshaaAllah 7 pintu Allah buka utk kita....Amin

KES PENAHANAN DI UiTM CAWANGAN PERAK, KAMPUS SERI ISKANDAR

Posted: 20 Aug 2016 07:57 AM PDT


(20 Ogos 2016, Sabtu):

6.00pm - Kejadian berlaku
                 pada sebahagian
                 pelajar berkumpul
                 di kedai Rahmat,
                 berhadapan pintu
                 UiTM.
6.40 ptg - gerakan ke pintu
                 hadapan UiTM. Di
                 halang oleh Polis
                 Bantuan UiTM.
6.50 ptg - 3 orang suspek
                  telah merempuh
                  sekatan anggota
                  polis dan
                  memanjat masuk
                  pagar UiTM dan     
                  telah ditahan di
                  situ.

1. Arahan anggota Polis 
    Bantuan UiTM dan polis
    untuk bersurai tidak
    dipatuhi.
2. Anggota Polis Bantuan
    UiTM telah memaklumkan
    UiTM kawasan larangan
    kecuali yg mempunyai
    urusan pelajar dan
    kakitangan UiTM sahaja.
3. Peringatan telah
    diberikan.
4. Siasatan mendapati 3
    suspek terlibat bukan
    pelajar UiTM.
5. 3 orang suspek diserah ke
    IPD Perak Tengah pada
    jam 8.10 malam untuk
    siasatan lanjut.

Formula Umno Kekal Relevan

Posted: 20 Aug 2016 06:34 AM PDT

Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggariskan tiga perkara yang perlu diamalkan oleh kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk memastikan UMNO terus kekal mendapat sokongan rakyat dan sentiasa berada di hati rakyat.

Katanya, ketiga-tiga perkara ini biarpun bukan sesuatu yang luar biasa, namun sekiranya ketiga-tiga perkara ini menjadi pegangan dan amalan ahli-ahli, khususnya diperingkat kepimpinan cawangan, bahagian dan juga pusat, insyaAllah rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada UMNO untuk terus menerajui negara ini.

"Setiap kali saya berucap di mana-mana tempat sekali pun, saya sentiasa ingatkan kepada ahli dan kepimpinan UMNO tentang tiga petua yang kita mesti amalkan agar UMNO terus mendapat tempat di hati rakyat. Tiga perkara ini mesti ada pada pemimpin dan ahli UMNO jika mahu mengambil hati rakyat.

"Perkara pertama, jangan sombong. Kadang-kadang orang UMNO ini, kalau tidak ada jawatan sikap mereka peramah dan tidak sombong. Tapi bila dah ada jawatan sudah mulai sombong. Dulu rajin menjawab sms, rajin menjawab whatsapp, tapi bila sudah ada pangkat sedikit sudah mulai lupa dan malas mahu memberi respon.

"Petua yang kedua, kita jangan berlagak. Jangan sekali-kali kita berlagak. Kadang-kadang ada sesetengah dari kita merasakan apabila kita memegang jawatan, seolah-olah kita boleh buat sesuka hati kita. Kita tidak peduli apa orang lain fikir tentang perbuatan dan sikap kita.

"Petua yang ketiga, kita jangan kedekut, jangan lokek. Ertinya,  jangan kita lokek memberikan buah fikiran. Jangan kita lokek untuk memberikan khidmat untuk membantu parti baik di peringkat cawangan mahupun bahagian. Kita mesti bersyukur kerana kita mendapat jawatan disebabkan UMNO kini adalah tunjang pemerintahan di negara kita ini.

"Justeru itu saya nasihatkan semua ahli dan kepimpinan UMNO agar jangan lupa kepada tiga perkara ini. Jangan sombong, jangan berlagak dan jangan kedekut dalam menabur khidmat kepada parti dan juga kepada rakyat yang berada di sekeliling kita," jelas beliau dalam ucapannya di program perasmian serentak persidangan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Cheras.

IMG_9013

Tambah beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia , cara dan pendekatan politik hari ini sudah berubah, justeru itu ahli dan kepimpinan UMNO juga perlu mengubah pendekatan politik mereka agar UMNO terus kekal relevan sepanjang masa.

"Dalam dunia politik sekarang cara dan pendekatan sudah berbeza. Kita kena pastikan yang pertamanya, kita mesti memenangi hati rakyat dengan tiga perkara  yang saya sebutkan tadi. Setelah kita menangi hati rakyat, maka kita menangi perutnya. Ini bermaksud kita wujudkan pembangunan, kita sediakan peluang-peluang pekerjaan, peluang perniagaan di mana ianya perlu diagihkan dengan sebaik-baiknya.

"Selepas itu, yang ketiga barulah kita memenangi pemikiran mereka. Menangi ideologi politik mereka. Dan sekiranya perkara-perkara ini kita amalkan bersungguh-sungguh, saya yakin UMNO akan menjadi sebuah parti yang terus relevan. Ini kerana kekuatan UMNO bergantung kepada pemimpinnya di semua peringkat.

"Kalau pemimpinnya mengamalkan satu pendekatan yang dihormati dan diterima oleh rakyat, maka kita tidak akan ada masalah, kerana kita semua bersetuju bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mampu untuk membela kita orang Melayu sehingga hari ini," ujarnya.

Jelasnya, biarpun UMNO itu ada kelemahan dan kekurangannya, tetapi UMNO setakat hari ini mampu untuk menyelesaikan sebarang permasalahan jika mahu dibandingkan dengan parti-parti lawan.

"Kita tengok sahajalah gelagat parti-parti pembangkang hari ini. Mereka hari ini bergaduh sesama sendiri. Berebut siapa nak jadi ketua pembangkang, berebut kerusi untuk bertanding. Ini kerana mereka hanya berpolitik untuk mengejar jawatan, kejar kerusi dan kejar kuasa.

"Saya yakin rakyat sukar untuk memberikan harapan kepada parti-parti pembangkang berdasarkan senario politik mereka yang kucar kacir hari ini untuk mentadbir negara. Jadi jelas di sini, UMNO mempunyai kelebihan. UMNO sudah terbukti kemampuannya dalam mentadbir negara.

"Apa yang penting bagi kita hari ini adalah, untuk menentukan pendekatan kita kepada rakyat harus berubah mengikut trend pada masa kini dan pada masa akan datang. Rakyat sekarang tidak seperti dahulu. Mereka sentiasa memerhatikan gelagat kita, apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang menjadi medium penting dalam penyampaian maklumat hari ini.

" InsyaAllah jika perkara yang saya sebutkan itu mampu diamalkan oleh kepimpinan di semua peringkat, UMNO akan terus kekal relevan dan akan diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk terus mentadbir negara ini," katanya.-MediaUMNO




Sent from Samsung tablet.

Comments (0)