Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:14 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Jenayah Rasuah Hanya Alasan Untuk Penjarakan Khir Toyo... Salah Khir Toyo Terbesar Adalah Kerana MENGGAGALKAN Hasrat Mukhriz Bergelar KETUA PEMUDA UMNO... #SahabatSMB

Posted: 30 Aug 2016 10:15 AM PDT

MUKHRIZ MUNGKIN SUDAH BERGELAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, JIKA KHIR TOYO MENARIK DIRI DARIPADA PERSAINGAN 3 PENJURU...


Siapa sangka, perkara yg sepatutnya sudah dikira selesai, dilupakan atau 'tutup buku', tak semena-mena terbongkar dan terdedah satu persatu... Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan orang lain akan hal ini, kerana Tun M sendiri yang terlebih dulu memilih untuk menghembus bara api yang sepatutnya sudah semakin padam... apakan daya, inilah politik... demi kuasa, demi kedudukan duniawi dan kerana takut hilangnya pengaruh, maka, sudah tentulah sesuatu yg berharga perlu dipertaruhkan... dan, selepas Mukhriz gagal dalam pertaruhan pertama, kini hanya tinggal maruah dan harga diri Tun M, dan jelas, Tun M memang sudah bersedia untuk mengorbankan maruah dan harga dirinya sendiri...

Tun M sebenarnya sudah tidak mampu untuk menelan kepahitan realiti, sudah tidak mampu menerima hakikat... hakikat bahawa cita-citanya untuk mewujudkan 'DINASTI MAHATHIR' tidak akan kesampaian... mungkin kerana ego, apatah lagi untuk menerima hakikat bahawa dirinya terpaksa tunduk kepada bekas 'orang bawahan'nya sendiri, iaitu Najib, memang sesuatu yg sukar... memang hakikatnya, MUKHRIZ SUDAH GAGAL... gagal memenuhi cita2 Tun M... gagal meneruskan legasi Tun M... dan gagal mewujudkan DINASTI MAHATHIR, seperti yg Tun M harapkan...

Kegagalan Mukhriz bukanlah baru hari ini berlaku... Mukhriz sebenarnya sudah gagal sejak mula2 bergiat aktif dalam politik UMNO lagi... khususnya setelah tewas dalam perebutan 3 penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tahun 2008... Mukhriz bukanlah seorang pemimpin hebat, sepertimana ayahnya... dalam banyak keadaan, Mukhriz lebih banyak dibayangi oleh keampuhan kuasa Tun M... kebergantungan Mukhriz terhadap Tun M bukanlah satu kekuatan kpd Mukhriz, tetapi sebenarnya ia adalah kelemahan dan kesilapan terbesar yg pernah Mukhriz lakukan...


Pada ketika Pak Lah diasak untuk berundur pada 2008, ramai yg melihat seolah-olah ia merupakan pengakhiran kepada karier politik KJ yg juga menantu Pak Lah... tambahan pula, selain kegagalan Pak Lah mempertahankan 2/3 kerusi parlimen dalam PRU12, isu KJ dan 'Geng Tingkat 4' juga dijadikan modal untuk mendesak Pak Lah... dan tentunya ramai yg masih ingat betapa bersungguhnya Tun M menekan Pak Lah dengan menyasarkan KJ, hingga sanggup keluar UMNO dan hanya akan menyertai semula UMNO sekiranya Pak Lah berundur...

Namun KJ boleh dikatakan bernasib baik, kerana ketika itu beliau sudah berada di kedudukan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia... paling tidak, KJ sudah berada di platform yg betul untuk memperkukuhkan sokongan pemuda bilamana menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda tahun 2008... menjelang pemilihan UMNO ketika itu, bapa mertuanya sudah menyatakan kesediaan untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan UMNO kepada Najib...

Najib yg ketika itu menerima jawatan Presiden daripada Pak Lah, bukan sekadar menerima dengan kemegahan, tetapi penerimaan yg penuh muslihat... bukan muslihat daripada Pak Lah, tetapi muslihat yg dikepalai oleh Tun M serta konco-konconya yg sudah bertebaran di dalam UMNO... Muhyiddin pada ketika itu sudah menyimpan cita2 untuk mengambil alih kedudukan Najib, setelah dia dikecewakan bilamana Pak Lah lebih cenderung untuk menaikkan Najib... jadi tidak hairanlah kenapa Muhyiddin menjadi antara yg paling lantang menekan Pak Lah dengan bersekutu bersama Tun M...


Untuk mengambil alih kedudukan Najib, Muhyiddin memang memerlukan Tun M... dan untuk itu, Muhyiddin terpaksa akur kehendak Tun M yg terlebih dulu mahu menyerap masuk Mukhriz dalam saf kepimpinan tertinggi UMNO, yakni sebagai Ketua Pemuda... bermakna, Muhyiddin perlu terlebih dulu bersabar sebagai Timbalan Presiden di belakang Najib untuk satu penggal... jika semua berjalan seperti dirancang, yakni Mukhriz dipilih sbg Ketua Pemuda, beerti menjelang pemilihan 2013, Muhyiddin sepatutnya akan mengambil alih kedudukan Presiden, dan dalam masa yang sama akan membuka laluan buat Mukhriz selaku Timbalan Presiden...

Itu seperti yg dirancang... malang bagi mereka apabila perancangan Allah jauh lebih hebat daripada apa yg telah dan cuba mereka aturkan... apabila Mukhriz menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO untuk mencabar KJ, tiba2 muncul seorang lagi calon yg turut menawarkan diri menjadikan persaingan 3 penjuru... beliau adalah DS Mohamad Khir Toyo yg juga merupakan mantan MB Selangor, sebelum negeri Selangor terlepas ke tangan pembangkang...

Tentunya hal ini sesuatu yg di luar dugaan Tun M... pada ketika Tun M sudah yakin Mukhriz akan dapat mengalahkan KJ, muncul orang ke-3 yang tentunya akan mengubah pola pengundian... tidak dinafikan, populariti KJ ketika itu sedang menjunam jatuh ekoran senario politik semasa ketika itu... dan memang Mukhriz mempunyai peluang yg sangat cerah untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda, jika hanya melibatkan pertandingan 2 penjuru...

Kehadiran Khir Toyo mencetuskan kemarahan Tun M... Tun M cuba meminta Najib supaya menasihati Khir Toyo untuk menarik diri... tetapi Najib memang seorang yg bijak... kesungguhan Tun M masuk campur dalam percaturan politik Mukhriz memang satu perkara yg sangat bahaya... Najib tahu, jika dia memilih untuk membantu Tun M menjatuhkan KJ dan menaikkan Mukhriz, tidak mustahil, akan tiba masanya, giliran dirinya pula akan Tun M jatuhkan demi untuk meneruskan kemaraan Mukhriz... dalam masa yg sama, Najib perlu juga berterima kasih kpd Pak Lah yg sedia berundur untuk memberi laluan kepada dirinya... dan sangat tidak wajar jika Najib menzahirkan tanda terima kasih itu dengan cara MENJATUHKAN MENANTU PAK LAH...


Maka, apa yg Najib perlu lakukan adalah berdiam diri dan menyerahkan sepenuhnya hak memilih kepada ahli UMNO... bermakna pertembungan 3 penjuru dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO antara KJ vs Mukhriz vs Khir Toyo memang tidak dapat dielakkan... dan keputusan pemilihan jelas menyebelahi KJ yg berjaya memperolehi 304 undi, lebih 50 undi berbanding Khir Toyo di tempat ke-2 (254 undi)... malang bagi Mukhriz yg jatuh di tempat tercorot dgn memperoleh undi sebanyak 232 undi...


Keputusan ini memang menyebabkan Tun M sangat marah dan tidak berpuas hati... pertama kepada Khir Toyo sendiri, kepada KJ dan Najib... Tun M mulai sedar bahawa Najib tidak menyebelahinya, bermakna Najib perlu dijatuhkan dengan apa cara sekalipun...

Satu yg menarik perhatian adalah, kenapa Khir Toyo memilih untuk turut bertanding dan menjadi pengacau daun kepada Mukhriz dan Tun M... Khir Toyo tentu sedar bahawa peluang untuknya adalah tipis apatah lagi beliau baru saja kehilangan Selangor ke tangan pembangkang... jawapannya mudah... Khir Toyo sebenarnya sudah menyedari wujud satu gerakan underground yg mahu menjatuhkannya di Selangor... gerakan yg didalangi konco2 Tun M ini telah mensabotaj jentera kempen UMNO BN di Selangor dalam PRU12... menyekat kemaraan Mukhriz bermakna merencatkan penguasaan blok Tun M di Selangor...

Dan pada 2009, tiba2 muncul isu panas dan sensasi, tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ke atas Khir Toyo... isu pembelian aset hartanah, iaitu 2 lot tanah beserta 1 unit banglo yg Khir Toyo dan isterinya perolehi di bawah harga pasaran ini berlaku sekitar 2007, pada ketika Khir Toyo masih lagi MB Selangor...



Pasukan penyiasat SPRM yg diketuai oleh Tan Sri Abu Kassim telah melengkapkan siasatan dan diserahkan kpada Peguam Negara untuk proses pendakwaan... siapakah Peguam Negara yg menerima laporan siasatan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan, Tan Sri Gani Pattail...

Mungkin juga semua rentetan ini hanya satu kebetulan... tapi yang pasti, Khir Toyo telah disabitkan bersalah setelah melalui tempoh perbicaraan yg panjang... dan beliau dijatuhi hukuman penjara, sebelum disambung dengan hukuman parol dan semuanya hanya berakhir ketika negara sedang sibuk berdepan dengan Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru2 ini...



Sebenarnya, kemaraan Mukhriz dan Tun M tidak hanya berakhir setelah gagal dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO... tetapi yg pasti, segala senario yg berlaku hari ini, sebenarnya sudah pun bermula sejak 2008 lagi... dan sejak itu, hingga kini, Najib masih lagi merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang sah...

Manakala Tun M, Mukhriz dan sebahagian besar konco-konconya yg setia sudah pun tersingkir dan tersasar daripada arus perjuangan sebenar UMNO, iaitu demi memartabatkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Malaysia tercinta...


[APABILA TOTOK UMNO BERSATU dengan TOTOK CAUVINIS]

Comments (0)