Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:03 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Tun Mahathir Tidak Layak Bersikap Angkuh, Kerana Sslama Ini Adab Dan Nilai Murni Bangsa Melayulah Yang Banyak Menyelamatkan Tun M... #SahabatSMB

Posted: 26 Aug 2016 11:09 PM PDT

MAHATHIR UMPAMA 'HANTU RAYA' TIDAK BERTUAN...


Walaupun pelbagai usaha dan gerakan demi gerakan  yang dibuat oleh Tun Mahathir , rasanya yang memisahkan beliau dengan tembok batu hanyalah disebabkan kerajaan Malaysia hari ini yang masih lagi berpegang kepada prinsip menghormati beliau sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia

Jika seluruh saf pimpinan negara memilih untuk menolak jauh-jauh rasa keramat menghormati mereka yang bergelar tokoh maka sudah tentulah Tun Mahathir sudah lama berdepan dengan tindakan undang-undang dan mungkin sudah pun menghuni rumah baru berpintu satu.

Tetapi pemimpin kita punya prinsip yang kukuh dan selagi mana kita merasakan bahawa komplikasi kesan tindakan Tun Mahathir itu masih minima maka kita seboleh-bolehnya tidak mahu bertindak.

Itulah jiwa dan roh yang terpahat dalam keperibadian pemimpin negara kita , tenang dalam mendepani situasi politik dan bijak mengawal emosi dan semua ini kerana kita adalah serumpun.

Walaupun begitu , Tun Mahathir perlu beringat betapa kesabaran itu ada hadnya.Jangan diuji kesabaran yang masih lagi berpegang kuat kepada rasa hormat itu kerana kesannya cukup besar.

Hari ini seluruh negara dapat melihat sendiri bagaimana kerana terlalu emosi dan gagal mengawal rasa hati , Tun Mahathir sudah melakukan satu lagi kesilapan besar apabila menyentuh tentang bangsa Johor.

Pada hemat penulis , sewajarnya Tun Mahathir perlu sedar bahawa bangsa Johor tidak pernah memberikan sebarang masalah kepada keutuhan negara semenjak Merdeka.Malahan istilah bangsa Johor ini sudah pun wujud sejak zaman sebelum merdeka.

Dalam konteks parti UMNO itu sendiri , bangsa Johor (Melayunya) adalah sebahagian daripada kumpulan orang Melayu terbesar yang menjadi aset paling bernilai kepada parti.

Dan bila kita berbicara tentang bangsa melayu , maka bangsa Johor tidak pernah menidakkan Ketuanan Melayu bahkan menjadi benteng paling ampuh dalam mendepani sebarang isu melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam itu sendiri.


Soalnya apa yang Tun Mahathir cuba lakukan ?

Apakah Tun Mahathir sudah hilang percaya terhadap orang Melayu Johor yang selama ini menunjukkan taat setia mereka terhadap agama dan negara ?

Barangkali Tun Mahathir terlupa agaknya , yang bangkit berjuang dan mempertahankan maruah Melayu dan Islam di Malaysia selama ini adalah semua orang Melayu bukan sekumpulan Melayu yang terlalu taksub dengan kenegerian.

Tidak salah untuk Johor menggunakan istilah bangsa Johor kerana apa yang mereka lakukan itu bersebab.

Ringkasnya bangsa Johor adalah rangkuman masyarakat yang hidup serumpun tanpa mengira bangsa dan agama.Masing-masing saling menghormati sesama sendiri dengan berpegang kepada asas perlembagaan negara seperti mana semua bangsa lain yang menghuni bumi bertuah Malaysia ini.

Malahan kebimbangan Tun Mahathir kononnya istilah bangsa Johor itu boleh mengakibatkan berpisahnya bumi Johor dengan Malaysia hanyalah satu tuduhan melulu tanpa mengambil kira taat setia seluruh warga Johor.

Tun Mahathir perlu sedar dan belajar untuk menerima hakikat bahawa bangsa Johor tidak pernah lupa bahawa bumi bertuah Malaysia ini hadir dalam keadaan nenek moyang mereka turut sama bangkit berjuang untuk meMerdekakan Tanah Melayu.

Terimalah hakikat Tun , betapa tindakan Tun itulah yang sebenarnya membawa malapetaka bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga seluruh warganya.


Tahukah Tun , tindakan Tun ini ditambah dengan gerakan bersama-sama dengan pembangkang jauh lebih membahayakan sehingga ianya mampu menggadaikan seluruh negara yang selama ini kita warisi daripada mereka-mereka yang terdahulu dari kita.

Benarlah kata-kata seorang bekas pemimpin UMNO dan negara Malaysia bahawa "MELAYU MUDAH LUPA" dan hari ini Tun sebenarnya terlupa bahawa orang Melayu punya ADAT & BUDAYA yang tersendiri.

Mereka tidak akan sesekali bangkit semata-mata untuk merosakkan sesuatu apatah lagi jika ianya berkisar kepada bangsa Melayu itu sendiri.

BANGSA JOHOR tidak SALAH , yang SALAH apabila kita mengikut emosi dan hati dengan membuat tuduhan sembrono tanpa mengambil kira soal TAAT & SETIA seperti mana yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Sikap yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir ini jelas adalah usaha menghasut untuk melaga-lagakan perpaduan yang selama ini berdiri teguh atas nama rakyat Malaysia.

Penulis akui ada segelintir daripada mereka di luar sana yang sudah terlalu jauh dari asas sebagai rakyat Malaysia , menyerang dan membuat pelbagai tohmahan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah politik mereka namun yakinlah daripada segelintir itu masih ada dikalangan mereka yang terus menyatakan setianya terhadap negara.


Orang tua-tua pernah bercerita , jangan bela hantu raya kerana satu hari nanti ianya akan makan tuan !!!

Mengambil kira pandangan itu maka penulis syorkan kepada Tun Mahathir kembali kepada fitrah sebagai manusia kita tidak maksum dan kerana itu kita perlu lebih banyak bermuhasabah diri.

"Jangan jadi hantu raya Tun !"

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Comments (0)