Followers

Nuffnang

SERVANTHOOD

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:53 PTG | Posted in

sumber :-

SERVANTHOOD


Posted: 29 Aug 2016 12:30 AM PDT

Sabtu 27 Ogos 2016, beberapa hari sebelum negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke-59, YB Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas merangkap ADUN Sitiawan bersama YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis telah melawat sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang sungguh daif. Turut melawat keluarga tersebut ialah Encik Zain Bin Haji Mohamed daripada IKRAM, cawangan Manjung.


Keluarga ini yang tinggal di Kampung Permatang Tinggi, Pengkalan Baharu, di Pantai Remis sangat memerlukan bantuan lantaran keadaan kewangan mereka yang sangat kekurangan. Ibu mereka Rozita pula tidak bekerja, manakala anak sulung keluarga ini pula hanya bekerja di kedai makan bagi menyara adik beradiknya.

Namun begitu, masih ada sinar yang menanti esok mereka. Seorang anak daripada keluarga ini, Muhammad Alief yang baru sahaja menamatkan pengajian dari Kolej Matrikulasi Perlis dengan keputusan cemerlang, memperolehi PGNK 3.92.

Adik perempuannya juga merupakan pelajar cemerlang di SK Gangga Beruas dan ibu mereka Rozita memaklumkan sudah dua tahun yuran dan asrama sekolah tidak mampu dibayar oleh keluarganya.


Menurut Rozita lagi, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat bantuan  tetapi semua menemui jalan buntu.

Muhammad Alief pula akan menyambung pengajiannya di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian pada 28 Ogos 2016. Keadaan kewangan mereka yang sangat terhad seharusnya mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak Kerajaan Negeri Perak atau Kerajaan Persekutuan. Tanpa bantuan kewangan Muhammad Alief tidak akan dapat melanjutkan pelajarannya. 

YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Wong May Ing telah melawat keluarga ini dan memberi  sumbangan kewangan kepada Muhammad Alief melalui DAP Sunshine Projek ( program amal DAP ) untuk memulakan pengajian di UUM bermula Isnin ini. Diharapkan bantuan-bantuan yang lain juga akan dapat diberikan kepada keluarga ini supaya mereka mampu keluar dari belenggu kemiskinan yang dialami selama ini.


May Ing ( kiri sekali ), Zain ( ketiga dari Kiri ), Rozita (ke6 dari kiri) ,Alief & Dato Ngeh ( ke4 dari kanan )
Attachments area

Comments (0)