Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:16 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Prasarana Latih Pemandu Tren MMMSL Baharu Kalangan Warga Arab Saudi

Posted: 09 Aug 2016 05:30 AM PDT


Buat julung-julung kali, seramai 23 pemandu tren warga Arab Saudi akan terlibat bagi mengemudi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) pada musim haji di Mekah, Arab Saudi.

Jurucakap MMMSL, Mohamad Hashim Mamot berkata, berbeza dengan operasi tahun pertama musim lepas, kesemua pemandu tren Arab Saudi itu akan turut menyertai 103 pemandu tren Malaysia untuk bertugas di MMMSL tahun ini.

Katanya, 23 pemandu Arab Saudi terlibat sudah mula menerima latihan di Akademi Rel Prasarana sejak awal tahun ini.

"Pemandu dari Arab Saudi ini mengikuti kursus selama tiga bulan di Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling-Ampang, yang menggunakan sistem hampir serupa di MMMSL.

"Selesai kursus di Malaysia, mereka kembali ke Arab Saudi untuk mempelajari pula sistem yang terdapat di MMMSL. Alhamdulillah, mereka menggunakan ilmu yang mereka pelajari di Malaysia dengan baik untuk memperkemaskan pemanduan dan teknik mengatasi masalah bila berlaku kerosakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Jelas Hashim yang juga Pengarah Negara Arab Saudi, Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME), operasi MMMSL akan bermula 8 September dan berakhir pada 14 September.

Pada waktu puncak, MMMSL yang akan beroperasi menggunakan tren 12 gerabak akan menampung 350,000 penumpang sehari.

Mahasiswa Pembangkang Semakin Bijak Sibuk Campuri Urusan Politik Negara

Posted: 09 Aug 2016 01:57 AM PDT


Belajar bagi habis dulu lah !

Nampaknya, mahasiswa Melayu sekali lagi diperbodohkan apabila kini wujud satu gabungan yang kononnya mahu turun berhimpun untuk mendesak #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini. Persoalanya sekarang, adakah mahasiswa melayu tali barut DAP ini tahu siapa itu #MalaysiaOfficial1 ?
Sehingga hari ini, Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat tidak langsung mengeluarkan kenyataan siapa yang mereka rujuk sebagai #MalaysiaOfficial1 namun nampaknya mahasiswa Melayu tali barut DAP ini lebih tahu siapa itu #MalaysiaOfficial1 berbanding DOJ. Mana dapat info?

Lebih pelik lagi, #MalaysiaOfficial1 yang dirujuk oleh mahasiswa Melayu tali barut DAP ini tidak lagi didakwa di mana - mana mahkamah didalam dunia. Namun, #PenangOfficial1 iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).


Peliknya. mahasiswa melayu tali barut DAP ini tidak pula mahu mewujudkan satu gabungan untuk turun berhimpun untuk mendesak #PenangOfficial1 ditangkap walaupun dengan terang telah didakwa di mahkamah dibawah akta pencegahan rasuah. Persoalanya, kenapa mahasiswa tali barut DAP ini perlu bersikap hipokrit?

Konklusinya, mahasiswa melayu pada masa ini perlu bijak menilai isu dan bukan hanya menjadi mahasiswa melayu tali barut DAP Akhirnya, yang rugi adalah mahasiswa melayu ini sendiri yang memperjuangkan DAP namun mahasiswa Cina menggunakan masa yang terluang untuk belajar dan mencapai cita - cita mereka. Akhirnya melayu juga yang menjadi bodoh di bumi sendiri.

Zuraida Mak Lampir Menyirap Pemimpin Kanan PKR Dedah Kekayaannya

Posted: 08 Aug 2016 09:30 PM PDT


Siapa yang Ahli Parlimen Ampang ini maksudkan?

Pada 7 Ogos Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin menggesa ahli-ahli parti supaya tidak menyokong serangan terhadap pemimpin parti mereka, termasuk dirinya sendiri.

Dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan wanita cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan, Zuraida kesal kerana terdapat #anggota kanan parti yang dikenali secara peribadi menyebarkan dakwaan dengan mempersoalkan sumber kekayaan beliau.

"Sifat apa ini? Apa pendirian kita? Setiap kali bila pemimpin kita diserang, kita kena pertahankan," kata Ahli Parlimen Ampang itu dalam menepis dakwaan memiliki sembilan kenderaan mewah.

Baca lagi.

Mesyuarat Perwakilan Patut Sembang Hal Gerak Kerja PRU Bukan Menjilat Perasmi

Posted: 08 Aug 2016 08:10 PM PDT



Ucapan semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian perlu menjurus kepada gerak kerja Pilihanraya Umum akan datang bukannya tempat untuk Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri tunjukkan sokongan kepada perasmi.

Menangkan PRU baru kita cerita pemilihan parti.

* gambar hiasan

Comments (0)