Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:52 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Ingatkan Kerajaan PKR Selangor Jer Ada Skandal Rasuah Seks Rupanya Finas Pun?

Posted: 25 Aug 2016 12:30 AM PDT


Antara whatapps dalaman finas yang tersebar sekarang. Apakah benar? Pihak berkaitan kenalah siasat.

1. Benarkah dua orang kuat Finas sekarang sudah dibeli Ahli Lembaga Pengarahnya Hor Chee Leong atau nama glamornya CL Hor pemilik Mega Visual Sdn Bhd yang mengarahkan Filem "Green Love" yang dilancarkan 14 Julai lalu?


2. Whatapps dalaman Finas terdedah mengatakan ahli Lembaga Pengarahnya CL Hor telah mendapat RM13 juta geran Finas untuk 5 filem atas arahan dan penerbitan syarikatnya. Apalah filem itu hanya boleh dijelaskan oleh KP Finas sekarang. Menarik pendedahan ini.

3. Banyak lagi yang menarik dari Skandal Finas Hong Kong termasuk di China yang dilaporkan kesilapan melantik Produksi Namewee itu. Termasuk "kisah cinta terlarang" orang kuat finas dan rakan perniagaan ahli lembaga pengarah itu. Kita simpan dulu.

4. Yang penting menjelas FFM28 ini biar kita dengar sendiri cerita panas Finas dari mulut Ketua Pengarah Finas itu sendiri. Dia kan jenis memilih orang yang dia akan tolong!


Bagi Kamil cara baru ialah bantu artis dan pengarah yang sentiasa menyokongnya.Sebab tu Bront Palaree yang menyokong Datuk Kamil KP FINAS mendapat bantuan untuk filem barunya berkisar cerita Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apakah ini ada unsur kepentingan?


Kurang Setahun Cadangan 50% Diskaun Tambang LRT Kini Dilaksanakan, TQ PM - @razlanrafii @NajibRazak

Posted: 24 Aug 2016 09:12 PM PDT


TERIMA KASIH PM DATO' SRI NAJIB RAZAK TUNAI PERMINTAAN BADAN PERHUBUNGAN UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak atas pengumuman tawaran diskaun 50% untuk pengguna perkhidmatan LRT dan monorel pada awal pagi.

Meskipun tawaran diskaun tersebut hanya tertakluk untuk satu jam pertama permulaan perkhidmatan tren ini, namun ianya sedikit sebanyak menggembirakan pelbagai pihak terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang lepas, saya mewakili Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan membahaskan usul kos sara hidup warga kota yang terbeban dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam dan kenaikan kadar tol di Lembah Klang dan pelbagai isu lagi.

Alhamdulillah suara warga kota didengari dan direalisasikan oleh kerajaan pusat yang ditadbir oleh Presiden UMNO kurang setahun daripada cadangan ini disampaikan. Ini membuktikan kerajaan di bawah Dato' Sri Najib Tun Razak peka, sentiasa mendengar dan mencari pelbagai inisiatif membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini.

PPUWP akan terus ke hadapan memperjuangkan untung nasib warga kota dan dalam masa yang sama berharap lebih banyak lagi insentif sebegini terus diberikan kepada rakyat pada masa akan datang.

Terima kasih Perdana Menteri.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Comments (0)