Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:28 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Semua Berkenaan Parti Madey Adalah Diciplak

Posted: 11 Aug 2016 08:00 AM PDT


Sekalipun tidaklah disebut secara rasmi, tapi mutakhir ini ramai orang mengenali Mahathir sebagai bapa "hijack" Malaysia. 

Apa pun program politik yang ada nilai publisiti, Mahathir akan ada disitu untuk meng'hijack'nya.

Bersih, Himpunan Anti GST, Nothing To Hide dan sebagainya, ini semua bukan asal Mahathir punya 'event' pun tapi dia ambil alih seolah-olah dialah disebalik penganjurannya.
Bazar Ramadhan pun Mahathir 'hijack' semata semata untuk mencari popia.

Termasuklah PRK di Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Mahathir akan hadir ceramah dan kempen untuk tumbangkan BN.

Namun yang tumbang dengan teruk adalah parti PAN dan PAS. Ini yang membuatkan pakatan pembangkang pecah teruk.

1 Mac 2016, Mahathir berkata "Tidak, saya tidak akan menyertai mereka (pembangkang). Saya tidak bersetuju dengan mereka".

Mulanya kata tidak setuju tetapi selepas itu, Mahathir lah yang beria ia kononnya dia adalah ketua pada pembangkang.

Tengok apa Mahathir cakap pada 24 Mei 2016. Mahathir seru pembangkang semua bersatu untuk mengalahkan Barisan Nasional.

Inilah yang dinamakan 'hijack'. Bila masa pula pakatan pembangkang lantik Mahathir jadi KETUA?

Maka kita tidaklah begitu hairan bila Mahathir 'hijack' nama Perkasa iaitu Pribumi untuk tubuh parti baru.

Dari logo, nama parti, keahlian dan sebagainya, semua menciplak apa yang sedia ada dibuat Perkasa, klinik Botox, logo Sukan Komanwel malah ada iras juga logo kelab 'Malaysia Gay and Lesbian'.

Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi ini buat kerja seolah melepaskan batuk di tangga. Malas sungguh 'grafic designer' parti Pribumi ini.

Logo guna konsep bunga kebangsaan, nama parti ada unsur UMNO (Bersatu), ada unsur Perkasa (Pribumi).

Keahlian tiru UMNO (Melayu dan Bumiputera), tiru PAS pun ada (ahli Bersekutu) dan sebagainya.

Kalau pun ada yang tak berkaitan politik, rekabentuk logo itulah yang dikatakan meniru logo sebuah klinik Botox.

Selain dari itu, tidak ada apa yang baru dan di luar kotak langsung, semuanya sama dan tidak berubah, macam Mahathir jugaklah.

Sebab itu ada orang muda yang sudah mula 'troll' parti Mahathir ini sebagai 'Parti Dinosaur' dan ada juga yang memanggilnya dengan singkatan PokeDot (Parti Orang Kecewa Dan Orang Tua"

Dan semua ini hanya bercakap tentang nama, logo serta lain-lain perkara asas pada borang yang baru dihantar kelmarin.

Kalau dah lulus dan tentu arah strukturnya, dasar partinya macam mana nanti?

Pasti terserlah lebih banyak apa yang diciplak dari yang difikirkan sendiri.

Sedangkan semua parti politik yang ditubuhkan selepas merdeka (waima sebelum merdeka pun), pasti mencari kelainan dan identiti sendiri.

Parti parti itu mahu matlamat perjuangan parti mereka berpaksikan kepada rakyat.

Kerana mereka tahu kuasa rakyat adalah penentu kuasa undi. Parti Pribumi ini tidak takutkah dengan kuasa rakyat?

Apakah mereka fikir rakyat bodoh dan boleh menerima bulat bulat hasil kerja ciplak mereka?

Sejauh mana hayat parti jelmaan Perkasa ini mampu bertahan. Mahathir dijangkan akan gagal lagi kali ini.

Selepas sebulan parti ini ditubuhkan, rakyat harus tanya berapa ramai ahli yang Pribumi sudah daftar?

Sudah sampaikah 6 juta ahli sebagaimana cakap Khairuddin atau 12 juta orang daripada rakyat Malaysia kata Ibrahim Ali.

Selepas sebulan, mungkin pada Hari Raya Haji ini parti 'hijack logo klinik Botox' ini sudah boleh diramal mampu bertahan atau akan terkorban.


Beruang Biru
11 Ogos 2016

Perkhidmatan LRT #RapidKL Dipanjangkan Sempena #DoaUntukMalaysia

Posted: 10 Aug 2016 11:30 PM PDT


PERKHIDMATAN LRT DIPANJANGKAN

Perkhidmatan Rapid KL LRT akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada hari Sabtu ini (13 Ogos) bersempena dengan program Doa Untuk Malaysia, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari berkenaan.

Melalui lanjutan perkhidmatan ini, para pengguna untuk kedua-dua Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling – Ampang boleh memasuki stesen Masjid Jamek sehingga 12 tengah malam untuk meneruskan perjalanan mereka ke stesen-stesen lain."Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa; tetapi akan membenarkan para penumpang untuk keluar dari stesen dan meneruskan perjalanan masing-masing," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nizam, pihak Rapid KL akan memantau keadaan di stesen Masjid Jamek melalui Pusat Kawalan Operasi di Subang dan Ampang bagi memastikan para pelanggan menikmati perjalanan yang selesa dan selamat.

"Seperti yang biasa kami lakukan, perkhidmatan boleh dipanjangkan lagi berdasarkan kepada keadaan di Stesen Masjid Jamek," tambah beliau.


Untuk makluman lanjut, sila hubungi pihak Prasarana Malaysia Berhad, En. Azhar Ghazali di 019-3837865 atau En. Mohd Sofian Hilmi di 019-4601110.

Visa Haji Menerusi @Tabung_Haji Kecuali Neelofa Boleh Dapat Terus Dari Arab Saudi

Posted: 10 Aug 2016 09:00 PM PDT


Seperti yang digembar gemburkan dakwaan sesetengah pihak kononnya artis wanita Neelofa telah mendapat kebenaran secara lisan untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini walhal beliau dikatakan baru sebulan mendaftar dengan Tabung Haji (TH).

Ada dakwaan mengatakan beliau telah mendaftar pakej Haji yang paling mahal dan hal itu membolehkan beliau menunaikan Haji dengan pantas tanpa menunggu giliran. Namun apa yang perlu diketahui oleh semua pihak adalah pengurusan visa menunaikan ibadah Haji hanya boleh dimohon melalui TH kepada kerajaan Arab Saudi.


Namun sekiranya Neelofa boleh mendapatkan visa secara terus daripada kerajaan Arab Saudi, mungkin ia tidak menjadi masalah kepada pihak TH membenarkan beliau menunaikan Haji tahun ini juga dengan pakej yang agak mahal.

Pelbagai dakwaan dan jawapan yang diberikan. Adalah lebih baik, semua pihak merujuk terlebih dahulu kenyataan TH berhubung perkara ini kerana pihak mereka yang lebih mengetahui status Neelofa.



KENYATAAN TH
Rabu, 10 Ogos 2016:

TIADA KELULUSAN KEPADA ARTIS TUNAI HAJI SEPERTI DIVIRALKAN

Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada isu berkenaan seorang artis yang dapat menunaikan haji selepas sebulan mendaftar haji yang diviralkan di media-media sosial.

TH sedia maklum akan rayuan artis berkenaan dan telah mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sediaada dan tiada kelulusan yang diberi untuk rayuan tersebut. Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.

TH sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

TH mohon agar isu ini tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pendeposit TH.

Kenyataan Oleh:
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat
Lembaga Tabung Haji

So tidak perlu timbul lagi dakwaan yang boleh membuatkan banyak pihak merasa tidak puas hati dengan TH berhubung penyalahgunaan kuasa mahupun apa² saja yang bertentangan dengan syarat² asas yang membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadah Haji melalui TH.

Nexus Clinic Jawab Isu Logo Nyaris Sama Seperti Parti Madey

Posted: 10 Aug 2016 07:10 PM PDT


Klinik yang menawarkan rawatan astetik dan kecantikan tanpa pembedahan beribupejabat di Kuala Lumpur, Nexus Clinic menganggap perbandingan yang dibuat pengguna laman sosial akan logo mereka dengan yang digunakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai satu jenaka.

Sejak petang semalam, logo digunakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkatakan pengguna laman sosial berikutan dikatakan mirip logo perniagaan digunakan Nexus Clinic.

Klinik yang terletak di ibu negara dan sering menjadi tumpuan golongan selebriti tempatan bagi mendapatkan rawatan astetik dan kecantikan tanpa pembedahan.

Ketika ditanya mengenai status logo milik Nexus Clinic itu, jurucakapnya memberitahu pihaknya tidak ada apa-apa kaitan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mahupun mana-mana parti politik di negara ini.

"Berkenaan dengan logo yang diumumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Nexus Clinic ingin menjelaskan kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka atau mana-mana parti politik di negara ini kerana kami adalah sebuah organisasi persendirian


Comments (0)