Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:23 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Free #RapidKL LRT & Monorail Services In Support KL Marathon #SCKLM2016

Posted: 03 Aug 2016 05:30 AM PDT


Providing transport convenience for participants and officials of the Standard Chartered KL Marathon 2016 this Sunday, Rapid KL will be providing free LRT and monorail services for four hours from 2am.

Covering all rail lines operated by Rapid KL – the LRT Kelana Jaya Line, LRT Sri Petaling Line, LRT Ampang Line and the Monorail Line, entry, however, are limited to selected stations to allow faster travelling time for the commuters.

"The Monorail Line, however, will open all its 11 stations. Participants and officials are encouraged to park their cars at the stations' park and ride facilities and continue their travel by rail to Dataran Merdeka, which will be the starting point for the event," Rapid KL spokesman Lim Jin Aun said in a statement today.

The list stations that will be opened are as follows:

KL Monorail – All stations
LRT Ampang Line – Ampang, Pandan Indah, Chan Sow Lin;
LRT Sri Petaling Line - Chan Sow Lin, Bandar Tasik Selatan, Awan Besar, IOI Puchong Besar, Putra Heights, Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, Masjid Jamek, Hang Tuah, Pudu;
LRT Kelana Jaya Line – Masjid Jamek, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Jelatek, KL Sentral, Taman Jaya, Kelana Jaya, Glenmarie, USJ 21


Apart from the multi-level parking complex at Ampang and Gombak LRT stations as well as Bandar Tasik Selatan, other stations with ample park and ride facilities are Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Glenmarie, Kelana Jaya and Putra Heights.

"We are recommending for all fans and supporters to use Rapid KL rail network as well to enjoy the event. Services will be free up to 6am. After that, it will be chargeable as per normal rates. But, it will provide you with a hassle-free traveling experience," added Lim, who is Head of Group Communications and Strategic Marketing of Prasarana Malaysia Berhad.

Kuala Lumpur traffic police has announced that a total of 24 roads including 2 highways around the city will face partial or full closure this Sunday to facilitate the running of the international event.
Road closure would start as early as 2am and the roads would be reopened after the marathon is being concluded at about 11am.

Ananda Krishnan Kroni Mahathir Sebabkan Kerugian RM18.64b Kepada India

Posted: 03 Aug 2016 12:58 AM PDT


ANANDA KRISHNAN KRONI MAHATHIR SEBABKAN ‪‎KERUGIAN‬ RM18.64B ( USD 4.6B) KEPADA INDIA MAHU DITANGKAP BIRO SIASATAN INDIA (CBI), MANAKALA DOJ AMERIKA SYARIKAT MALUKAN DIRI SENDIRI
1. Biro Siasatan Persekutuan India (CBI) memohon waran tangkap terhadap jutawan Malaysia yang juga kroni Mahathir terkemuka Ananda Krishnan dan pegawai Astro, Ralph Marshall kerana didakwa terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram hampir setengah billion Ringgit melibatkan bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan adiknya, Kalanithi Maran.

2. CBI membuat permohonan itu di Mahkamah Khas CBI selain waran terhadap Maxis Communication Berhad dan Astro All Asia Network PLC. Kes pengubahan wang haram Aircel - Marxis ini dikenali di India sebagai penipuan spektrum 2G.
3. Pada Ogos 2014, CBI telah mendakwa adik beradik Maran, Ananda, Marshal dan empat syarikat dalam kes ini. Dayanidhi didakwa telah memperolehi 'sogokan' berjumlah Rs742.58 crore (RM451 juta) dan wang itu 'disimpan' dalam firma adiknya, Kalanithi. CBI mendakwa Dayanidhi telah 'memberi tekanan' serta 'memaksa' pemilik syarikat telekomunikasi berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual sahamnya dalam Aircel dan dua anak syarikat telekomunikasi kepada firma Malaysia, Kumpulan Maxis pada 2006 termasuk sogokan dalam bentuk pelaburan daripada kumpulan Maxis pada 2011.

4. CBI mendakwa kerajaan India kerugian USD4.6 bilion (RM18.64 bilion). Penguatkuasa India pada 25 Mei 2016 mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat Ananda.

5. Lihat cara CBI mengeluarkan saman mereka terus menamakan Ananda Krishnan walaupun dia seorang jutawan. Tidak seperti DOJ Amerika Syarikat 20 Julai lalu membacakan saman sivil terhadap individu yang dikaitkan dengan IMDB tanpa bukti kukuh apa yang dikatakan Quintin Rozario, seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane (kelahiran Malaysia) DOJ "mempunyai kecacatan dari segi undang-undang" Kenyataan terbuka 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi".

6. Akhirnya Peguam Negara Loretta Lynch dan DOJ pada 2 Ogos terpaksa menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik Riza Aziz. Red Granite dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Riza juga telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membuat filem.

7. Lihat cara DOJ berunding dan bertindak. Mereka tarik balik perintah sekatan ke atas akaun Red Granite tetapi tuntutan sivil masih diteruskan dan hasil masa akan datang kedua-dua filem tersebut akan disimpan dalam escrow sekiranya Jabatan Kehakiman menang. Akan tetapi ........ penarikan balik perintah sekatan ke atas syarikat tersebut bermakna jika Jabatan Kehakiman kalah, syarikat tersebut tidak boleh menyaman balik atau menuntut balik daripada Jabatan Kehakiman atas kehilangan pendapatan dan ganti rugi.

8. Ini menunjukkan DOJ sendiri tidak yakin dengan saman sivilnya dan khuatir berhadapan dengan tindakan saman berbilion ringgit akibat kerugian perniagaan Red Granite. Inilah akibat dari menuduh tanpa bukti yang kukuh. Mereka ragu sebagaimana Amerika syarikat berkata terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS.

9. "Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak" itulah Amerika. Betapa hebatnya FBI untuk mengesan akaun orang lain di seluruh dunia tapi sangat ‪#‎ironis‬ emel Hillary Clinton 113 emel sulitnya dengan beberapa dokumen rahsia kepada Lorreta Lynch mereka gagal mentafsir sebagai satu jenayah dan rasuah memandangkan Lorreta Lynch turut bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton (suami Hilllary) di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona cubaan menyelamatkan isterinya. FBI hanya berkata Clinton dan kakitangan beliau "amat cuai" dalam mengendalikan bahan diklasifikasikan sebagai disebar secara tidak sengaja. Mahu menutup kesilapan mereka, maka mereka tunjukkan perkara lain untuk "divert".

10. Sesuatu yang kita pelajari dari Biro Siasatan Persekutuan India (CBI) dan FBI milik Amerika yang bersekongkol dengan DOJ ialah "bukti kukuh" dalam membuat tuduhan dan ‪#‎menangkap‬. CBI berani menamakan Ananda Krishnan dan syarikatnya Maxis Communication Berhad dan Astro All Asia Network PLC. CBI memohon waran tangkap walaupun kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah dari mahkamah negara ini. Selain tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

11. DOJ pula kelihatan malu sendiri. Jika benar DOJ berani mereka akan terus membekukan sahaja akaun Red Granite itu tanpa perlu mendengar pun rayuan bank-bank dan para vendornya. Sebab apa? takut menanggung kerugian besar dari kesilapan membuat tuntutan sivil melulu.

12. Kisah Ananda Krishnan Kroni Mahathir juga menunjukkan itulah cara Mahathir dan Kroni kaya raya. 22 tahun jadi PM dia merompak harta berbilion tanpa disedari rakyatnya. Itupun dia masih berlagak suci seolah-olah dia maksum.

Lihat sini ... rompakan Mahathir klik sini.

Apa kita nak hairan kalau Ananda Krishnan lakukan perkara sama untuk negara India.

‪#‎Nota‬ : Pasti pasukan proTun dan geng macai pembangkang kembali meroyan. Malaysiakini yang memuji-muji DOJ Amerika pun terpaksa memetik pemberitaan Akhbar kewangan Amerika, Financial Times untuk menyerang Obama Presiden Amerika Syarikat.

Captain M
3 Ogos 2016

Tolak Mereka Yang Menjemput Kuasa Asing Campuri Urusan Dalam Negara - PM @NajibRazak

Posted: 02 Aug 2016 08:55 PM PDT


Negara-negara Islam hen­daklah menolak campur tangan asing terhadap Dunia Islam dan menyatakan penolakan tersebut sejelas-jelasnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, semua telah menyaksikan kesan kemusnahan akibat campur tangan asing di dalam Dunia Islam, lazimnya berasaskan maklumat tidak lengkap, maklumat salah atau berat sebelah.

"Kita hendaklah menyatakan sejelas-jelasnya bahawa kita menolak campur tangan ini. Dan menolak juga mereka yang menjemput kuasa asing, atas dorongan politik untuk mencampuri urusan dalam negara mereka sendiri.
"Kita, sebagai umat Islam, hendaklah mengambil tanggungjawab ke atas diri kita sendiri dan berdoa untuk diberi bimbingan bagi melakukannya," kata Perdana Menteri semasa menyampaikan ucaptama dalam Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-12, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, bila dibandingkan, negara majoriti Islam seperti Malaysia dan Indonesia, yang tidak terkena campur tangan asing, adalah oasis ke­amanan dan kestabilan.

"Inilah mengapa para pemimpin di sini hari ini perlu be­kerjasama untuk menyelesaikan masalah dan isu mereka secara bersama. Saya sentiasa mendokong kepada prinsip keterbukaan dan kolaborasi.

"Namun, kita mesti pertahankan kedaulatan negara kita, undang-undang kita dan kerajaan kita yang dipilih secara demokrasi," kata beliau.

Najib berkata, campur tangan asing di negara-negara Islam telah mengakibatkan kesan-kesan terancang dan tidak dirancang, yang masih dirasai sehingga ke hari ini.

Katanya, penaklukan terhadap Iraq telah mencetuskan rantaian kemusnahan yang berterusan dengan kekacauan dan bencana serta perpecahan negara seperti di Iraq, Syria dan Libya.

Malah, kejadian 'Arab Spring' telah menyemai bibit-bibit ke­tidakstabilan di seluruh rantau tersebut, dengan ribuan terkorban, manakala pengganas dan militan bergerak bebas di tanah yang dulunya aman.

Mengenai Daesh, Najib berkata, negara majoriti Islam hendaklah menentang pembohongan mereka dengan kebenaran sebenar Islam dan menentang dengan segala kekuatan yang ada untuk menghalang cubaan mereka mendoktrinkan generasi muda.

"Kita mestilah memastikan undang-undang sewajarnya wujud bagi membolehkan pasukan keselamatan mengambil langkah yang perlu untuk menghentikan serangan sebelum ia dilakukan, dan membanteras mereka yang menyebarkan ketakutan dan kekacauan di tanah air kita," katanya.

Atas faktor ini, kata Perdana Menteri, inilah faktor Malaysia me­nubuhkan Pusat Komunikasi Counter-Messaging Digital Serantau yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

"Kami sedia berkongsi kepakaran kami dalam membanteras radikalisme dan membantu memulihkan mereka yang telah terjerumus ke dalam kumpulan jahat dan tidak Islam tersebut. Kami akan bertegas dalam perjuangan ini, kerana ia berkaitan kita semua," katanya.

Info Penutupan Jalan Bersempena Standard Chartered KL Marathon 2016 #SCKLM2016

Posted: 02 Aug 2016 07:24 PM PDT





Comments (0)