Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah

Posted: 09 Aug 2016 09:51 PM PDT


Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
KUALA LUMPUR: Tokoh politik, Tun Musa HItam disifatkan sebagai produk sebenar dalam konteks 'impian Malaysia' ketika rakyat negara ini mendambakan jangkaan dan aspirasi hebat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah sedemikian sewaktu acara pelancaran buku berjudul 'Frankly Speaking' hasil tulisan Musa di ibu negara hari ini.

Baginda antara lain mengimbau kenangan mengenali Musa sejak tahun 70-an, yang mana ketika itu Musa telah memapamerkan ciri-ciri tokoh muda politik yang mencerminkan dinamisme dan karisma dari segi pemikiran dan pengucapan.

Berikut adalah ucapan penuh baginda:


Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera.

Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah rahmat daripada Nya juga, Beta bersama Raja Permaisuri dapat berangkat ke Majlis Pelancaran Buku 'Frankly Speaking' yang dihasilkan oleh Tun Musa Hitam.  Tun bukan seorang kenalan baru.  Pada awal tahun-tahun tujuh puluhan, semasa masih seorang pelajar, Beta seringkali bertandang ke Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu, menziarahi Johari Razak (anak kepada Tun Abdul Razak).   Sekali sekala, Beta melihat kehadiran Tun Musa di Seri Taman, seorang tokoh muda politik yang ketika itu lagi, bukan sahaja mencerminkan dinamisme dan karisma dari segi pemikiran dan pengucapan, tetapi turut memiliki ketampanan tubuh dan kesegakan rupa; seorang idola di kalangan pemuda dan pastinya pula mempunyai ramai peminat di kalangan pemudi.  Sejak masih berusia muda, Beta turut berpeluang berkawan dengan anak-anak Tun, Mariana, Rashid dan Rozana.  Beta juga merasakan kehilangan dan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Rashid pada usia yang begitu muda, semasa berlakunya tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.  Semoga roh Carlos Rashid Musa dicucuri rahmat oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.  Al Fatihah.

2. For those of us who have had the privilege and benefit of knowing this commoner, as he describes himself in his book, Tun Musa Hitam is anything but common. The fact is that he has left an indelible mark on his country, and history, I am confident, will judge him as such.  As for the title of his book, "Frankly Speaking", again, for those who have come to know him, Tun Musa has never shied away from being frank. Has that been an asset? Or has that been the reason why, as some have said, he was the best Prime Minister Malaysia never had? That again, is perhaps, best left for history to judge. But as Tun Musa says in his foreword, there will be brickbats and there will be bouquets; and somewhere in between the pages of this book, readers will find the insights of a man who was a hair's breadth away from becoming the fifth Prime Minister of Malaysia, but walked away.

3. I had the pleasure of knowing Tun Musa closer when he spent a year as a Fellow at the Centre for International Affairs at Harvard. I was then a graduate student there. Since then, we have interacted on many occasions and I have had the benefit of listening to him at the many conferences we have attended together.

4. Tun Musa, as those who have followed his career will find, is among the handful of living Malaysians who have amassed a treasure of experience at the highest levels of government, politics and international affairs. It is no coincidence that he was viewed, as far back as four decades ago by Time magazine, as one of the top 150 individuals who would play a major role in world affairs.

5. Tun Musa is the son of a meter reader, and for those of this modern age who may not know, that was the job description for a person employed by the national electricity company to take manual readings of electricity consumption through meters placed outside people's homes. Tun Musa was the only one of ten siblings to have made it to university. Hence, perhaps because of his humble background, he frequently describes himself as a "commoner", for, in pre-independent Malaya, it was rare for someone of such modest beginnings to even dream of a tertiary education.

6. I would perhaps view Tun Musa as a product of "the Malaysian dream" when the citizens of this fledgling country harboured great expectations and aspired for great things. Many have achieved great things and the Malaysian story-book is replete with such tales – of sons and daughters of farmers, fishermen and labourers, becoming Prime Ministers and business leaders, academics and leading professionals, innovators and thinkers. But of the hundreds of thousands who have realised their own Malaysian dream, Musa Hitam stands out  among the handful who have left an ineradicable mark on the country he loves with a passion. By putting his experiences in print, Tun Musa walks us through a history many of us have forgotten and perhaps are unaware of. He observes that despite our physical progress as a nation, the challenges – from the time of pre-independence - remain the same, if not more dire.

7. Allow me to dwell on why Malaysia, and we as citizens who love this country, should view Tun Musa's observations seriously. Tun Musa started off as a student leader in the late 1940s and through the 1950s, both within a Malaya caught in the throes of fighting for independence amidst a terrifying prospect of a threatening communist insurgency, and on the international stage when long-colonialized nations were throwing off the shackles and embracing the same dreams that Malaya shared. Those were exciting and exhilarating times, especially for young firebrands like Tun Musa, who dreamed the proverbial impossible dreams.

8. Tun Musa, at that young age, travelled to places that few Malayans then would have even dreamed of, and he interacted with leaders from different parts of the world, gaining insights that would eventually bolster his credentials as a leader in a post-independent Malaya. After graduation, he became an assistant district officer in a rural part of Johore and was exposed to rural poverty and the dependence of Malayans on commodities such as rubber and tin, and how their hand-to-mouth existence depended on the vagaries of international demand and supply. This would shape his thinking and desire to improve the lot of his countrymen, first as a junior politician in the country's main political party, UMNO, then as a member of the Cabinet and eventually as the Deputy Prime Minister.

9. These early experiences would serve him well, when in the early 1970s, as a minister in the Cabinet of Tun Abdul Razak Hussein, he had to address and quell widespread dissatisfaction and protests from smallholders and workers in the rubber industry crippled by collapsing prices. His handling of this disquiet – better known as the Baling demonstrations -- probably established his credentials in the eyes of the country's leaders and paved the way for higher office.

10. Tun Musa's recollections of that period – when he walked into a hostile crowd of thousands of hungry and angry settlers and villagers, dismissing his police guard and stepping onto makeshift platforms in rural Baling and Sik to address them – marked him as someone whose crisis management skills were crucial in a country still traumatised by the devastating 1969 racial riots.

11. Of greater interest, perhaps, would be his attention to detail and an analytical approach to problem solving in that crisis. He writes:

"As Primary Industries Minister, the task had fallen on me to initiate dialogues with different groups about rubber prices in the rural north. I remember that we had many meetings, talking through various options, sometimes even well into the night. I cannot remember how many hours and days my officials and I spent huddled in these discussions but it certainly was a difficult time." (Page 163)

12. His approach to problem solving stood him in good stead when he spoke to the hostile crowds because he understood their problems; he accepted that their grouses were genuine, rather than try to blame these problems as instigations by external parties, as many did during that time; and he promised that he would try to find a solution to their problems. His honesty calmed the demonstrators, and his subsequent adherence to his promises, established his reputation as a man who would keep his word.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Leaders By Their Stupidity Have Lynched Najib - Matthias Chang

Posted: 09 Aug 2016 09:44 PM PDT

Musa told Tun M: To admit a mistake is a sign of courage and not a sign of weakness

Posted: 09 Aug 2016 09:42 PM PDT

Khairuddin files DOJ docs in support of judicial review bid

Posted: 09 Aug 2016 09:41 PM PDT

Musa was the 'best' PM Malaysia never had, says Sultan Nazrin

Posted: 09 Aug 2016 09:40 PM PDT

Isu video seks: Itu saya tak mahu komen, kata Ahmad Said

Posted: 09 Aug 2016 09:37 PM PDT

Saya baru balik, tak baca lagi - Presiden PAS

Posted: 09 Aug 2016 09:35 PM PDT

Sahih! UMNO itu parti politik, bukan bangsa Melayu

Posted: 09 Aug 2016 09:29 PM PDT


Melayu itu lebih besar dari UMNO. UMNO hanya sebuah parti politik yang disokong oleh bahagian yang lebih kecil dari keseluruhan orang Melayu. UMNO patut menerima realiti ini.
Rencana Ariff Sabri
RSN Rayer ialah seorang ADUN di Pulau Pinang untuk kawasan Sri Delima. Dalam tahun 2014, dia telah menyebut perkataan 'celaka UMNO' dalam dewan undangan negeri Pulau Pinang. Dia dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghasut dengan menuturkan istilah 'UMNO celaka'.
Beberapa hari yang lalu, Rayer dibebaskan dari pertuduhan tersebut tanpa perlu membela diri dalam mahkamah seterusnya.
Hakim memutuskan bahawa istilah 'celaka UMNO' bukanlah hasutan. UMNO bukannya bangsa tapi sebuah parti politik. Sama seperti parti lain yang dianggotai oleh bangsa-bangsa khusus tapi parti tersebut bukanlah bangsa itu sendiri.
Jadi kalau kita sebut 'celaka UMNO'; ianya bukan menghasut. Kerana ia tidak bermakna Melayu celaka. DAP sebagai contoh, selalu disebut sebagai DAPig, tapi jika orang UMNO sebut demikian, seperti yang mereka pekik selalu, itu bukanlah menghasut. Kerana yang disebut babi ialah DAP – parti politik, bukan bangsa Cina.
Kepada orang Melayu, signifikan keputusan mahkamah ialah UMNO itu ialah sebuah parti bukan bangsa. Maka apabila ada orang sana sini menjaja bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO, itu suatu dusta.
"Celaka punya UMNO"
UMNO hanya ada ahli seramai 3.5 juta. Itu kata mereka. Di atas kertas mungkin ada 3.5 juta. Realitinya, ia lebih kurang dari itu. 3.5 juta disebut sebut hanya untuk buat show dan menakutan orang lain.
Mungkin jumlah ahli sebenarnya tinggal 2.5 juta. Orang Melayu pula ada 15 juta. Ertinya, hanya seorang dari lima orang Melayu ialah ahli UMNO. Maka bagaimana UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO? Lebih ramai Melayu bukan ahli UMNO.
Demikian juga dalam PRU13 tahun 2013. UMNO memperolehi jumlah undi sebanyak 3.2 juta. Andaikan semua pengundi yang mengundi UMNO ialah Melayu. Jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi dalam PRU13 ialah hampir 7 juta orang. Jika UMNO dapat 3.2 juta undi dan semuanya Melayu pula, bererti 3.8 juta orang Melayu tidak mengundi UMNO.
Jadi bagaimana UMNO tanpa segan dan silu, mengatakan mereka mewakili Melayu? Lebih ramai orang Melayu mengundi parti bukan UMNO.
Tapi kita tahu, dari 3.2 juta yang mengundi UMNO, bukan semuanya Melayu. India pembodek dan Cina yang mahu kesenangan, ada juga mengundi UMNO. Mungkin 15% daripada undi yang diperolehi oleh UMNO datang dari bangsa bukan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno nafi kata 2M kaya-raya kerana rasuah

Posted: 09 Aug 2016 09:24 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menerima kritikan minggu lalu apabila beliau mendakwa 2M yang merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi kaya-raya lebih tujuh generasi dan sepatutnya berterima kasih kepada parti.
Ramai bertanggapan bahawa kenyataan Razlan itu sebagai pengakuan secara tidak sengaja mengenai budaya rasuah dalam Umno dengan panglima perang merampas wang rakyat untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.
Bagaimanapun, dalam wawancara dengan Malaysiakini, jelas Razlan, ia bukan apa yang beliau maksudkan.
Sebaliknya, ujar beliau, apa yang dimaksudkan ialah Muhyiddin dan Mahathir mendapatkan kedudukan yang baik dalam kerajaan, dibayar gaji yang tinggi dan diberikan layanan khas.
"Saya tidak maksudkan rasuah. Kesemua mereka hidup kaya-raya, diberikan kedudukan yang baik dalam pekerjaannya, gaji yang tinggi, mendapat layanan VIP, permaidani merah, penerbangan kelas perniagaan dan kelas pertama dan semua kerana Umno.
"Itulah yang saya maksudkan," kata Razlan di pejabat Malaysiakini, Jumaat yang lalu.
Tambahnya, beliau membuat kenyataan sedemikian agar mereka mengingati dan bersyukur di atas sumbangan parti itu kepada mereka.
"Jika anda mahu untuk berperang dalam parti lain, teruskan tetapi janganlah memperkecilkan tempat di mana kamu pernah mencari nafkah." katanya.
Mahathir keluar Umno pada awal tahun ini manakala Muhyiddin dipecat dua bulan lalu untuk bersekongkol dengan pembangkang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam menyerang Najib, kedua-dua pemimpin itu turut menzahirkan kritikan terhadap Umno atas sokongan berterusan kepada presiden parti.
Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, Razlan turut menafikan Muhyiddin pernah melakukan rasuah atau wujudnya budaya rasuah dalam Umno.
"Jika seseorang ingin melakukan rasuah, mereka boleh lakukannya walaupun menjadi kerani," kata Razlan lagi.

Mazlan ‘hero’ PPR Lembah Subang hutang sewa rumah lebih RM2OK

Posted: 09 Aug 2016 09:21 PM PDT

Individu yang sengaja melemparkan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri berhubung isu pengurusan rumah kos rendah di Petaling Jaya mempunyai rekod dan tunggakan pembayaran lampau.
Hasil semakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mazlan Md Yunos yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang didapati tidak menjelaskan tunggakan sewa rumah RM23,124.

PPRAhli Majlis, Ariffin Mahaiyuddin, berkata individu terbabit gagal melunaskan tunggakan pembayaran walaupun notis sudah dihantar.
"Kalau benar mahu buat aduan dan jadi juara, sepatutnya dia jadi contoh kepada penduduk lain. Tapi bila pihak kami buat semakan, dia pula yang paling banyak hutang.
"Bayangkan dengan pembayaran RM250 sebulan, sudah berapa lama dia tidak bayar hingga tunggakannya mencecah RM24,000?" katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini.
Beliau berkata, sikap individu seperti itu menjadi penyebab utama MBPJ terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar menyediakan fasiliti dan penyelenggaraan terbaik kepada penduduk.
Mazlan sebelum ini tampil membuat kenyataan di media Umno, TV3 mendakwa MBPJ gagal menyediakan fasiliti terbaik yang menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
Katanya, Kerajaan Negeri juga gagal memainkan peranan sebaiknya sehingga memerlukan campur tangan menteri, Tan Sri Noh Omar.
Bagaimanapun, dakwaan negatif mengenai kegagalan pengurusan projek PPR Selangor sebelum ini dibidas Exco bertangungjawab, Dato' Iskandar Abdul Samad.
Iskandar berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk membaik pulih PPR demi keselesaan rakyat ekoran kediaman itu tidak terurus sejak diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).

Harga PAS bukan RM90 juta - Ustaz Rosli

Posted: 09 Aug 2016 09:19 PM PDT



TIDAK ada orang berjuang dalam PAS kerana nak duit, kalau ada pun tak lama akan duduk dalam PAS, lambat laun akan lari juga tinggalkan PAS sebab yang ditunggu tak kunjung tiba.

Dalam PAS ada orang kaya dan ada orang miskin, orang yang kaya biasanya masuk PAS setelah dia kaya, bukan dia kaya kerana dapat keuntungan daripada PAS, malahan harta kekayaannya dihabiskan untuk perjuangan PAS.

Orang miskin pun begitu, bukan dia miskin setelah masuk PAS, biasanya memang dia dah sedia miskin, namun walaupun dia tahu masuk PAS tak jadi kaya, namun dia tetap juga berjuang dan berkorban apa yang mampu bersama PAS kerana dalam PAS banyak peluang untuk menabung bagi merebut kekayaan Akhirat.

Tidak berbaloi RM90 juta itu dengan pengorbanan ahli, RM90 juta itu bukan bandingan langsung, semua ahli PAS tak pandang semua itu, kecuali orang yang diresapi hatinya dengan hasutan syaitan supaya menjual perjuangannya.

PAS sudah membayar dengan harga yang tidak ternilai, demi membeli tawaran daripada Allah, bukan sahaja duit malahan nyawa demi perjuangan Islamnya dan kerana menuntut redha-Nya.

Apalah sangat RM90 juta dan Putrajaya jika dibandingkan dengan redha Allah.

PAS tidak terliur pun RM90 juta itu, sebagaimana PAS tidak terliur dengan Putrajaya yang tidak melaksanakan Islam. Kalau dapat duit tidak dapat redha Allah, semua tidak bernilai disisi Allah. Redha Allah bukan boleh jual beli, bukan boleh tebus dengan harta.

Redha Allah bukan boleh ditinggal kemudian, mesti didahulukan dalam semua urusan sebelum membuat keputusan dan wajib seiring dengan amalan, bodoh sangat kalau orang kata "kita cari Putrajaya dulu, redha kita cari kemudian", kerana amalan itu bernilai disisi Allah apabila tujuannya kerana menuntut Mardhatillah.Read More / Baca Lagi >>

"KALAU 'SAMPAH' JADI PRESIDEN UMNO, MAKA 'SAMPAH' JUGALAH PERDANA MENTERI KITA DAPAT"

Posted: 09 Aug 2016 09:16 PM PDT

Ramai yang bertanya, apa baiknya apabila sebuah lagi parti baru iaitu BERSATU diwujudkan?

Beberapa yang lain pula menanyakan, apa kelebihannya kepada Pakatan Harapan apabila BERSATU bekerjasama dengannya?

Sebagai parti politik yang akan ditunjangi oleh nama-nama besar seperti Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain dengan iltizam untuk melakukan perubahan, bukan saja kepada kepimpinan negara, tetapi juga restormasi dalam sistem pentadbiran kerajaan, kewujudan BERSATU tentu saja banyak manfaatnya untuk rakyat.

Ia tidak semata-mata untuk merubah atau menyingkirkan Najib Razak, malah juga mahu memperbaiki mana-mana sistem yang telah rosak atau yang telah disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Dengan itu, jika kita merasakan negara di bawah kepimpinan Najib sejak tujuh tahun yang lalu begitu memalukan dengan pelbagai masalah dan onar yang ditimbulkannya, inilah masanya yang terbaik untuk melangkah ke hadapan dan sama-sama memperbaikinya.

Berdasarkan apa yang telah Najib lakukan untuk mengukuhkan kuasanya sejak timbul isu 1MDB dan skandal kewangan melibatkan dirinya, hanya pilihanraya satu-satunya jalan untuk melakukan perubahan dan pemulihan dalam negara ini.

Jika perubahan tidak dilakukan pada PRU 14 akan datang, percayalah bahawa sebarang perubahan akan menjadi lebih sukar, bahkan boleh jadi mustahil untuk dilakukan selepas itu.

Melalui kerjasama yang diwujudkan antara BERSATU dengan Pakatan Harapan pula, ia sekaligus menjadikan gabungan itu lebih baik dan lebih lengkap berbanding BN.

Dalam BN, seperti mana yang kita maklumi, jawatan Perdana Menteri adalah milik UMNO dan parti-parti komponen BN lain tidak berhak sama-sekali untuk jawatan tersebut.

Siapa yang jadi Presiden UMNO, maka dialah yang automatik akan menjadi Perdana Menteri. Ini menjadikan, jika  "sampah" sekali pun yang jadi Presiden UMNO, maka "sampah" jugalah yang rakyat akan dapat sebagai Perdana Menteri. Ia muktamad dan tidak ada pilihan.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin fail dokumen DOJ bagi sokong semakan kehakiman

Posted: 09 Aug 2016 09:00 PM PDT

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan dokumen tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyokong permohonan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Peguam Khairuddin, Mohd Haniff Khatri Abdulla mengesahkan afidavit difailkan pada Isnin lalu berserta dengan laporan tindakan mahkamah Amerika setebal 136 muka surat itu sebagai eksibit.
Beliau berkata, afidavit itu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada hari yang sama.
Permohonan semakan kehakiman Khairuddin akan didengar pada Jumaat ini untuk menentukan sama ada kebenaran boleh diperolehi untuk memulakan prosiding mahkamah penuh.
Khairuddin pada 3 Februari lalu memfailkan usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Apandi dengan alasan bahawa pelantikan sebagai peguam negara adalah tidak sah.
Dalam usulnya, Khairuddin berkata cara bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan adalah menyalahi undang-undang kerana melanggar Perkara 156 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu juga memohon untuk mengketepikan segala tuduhan terhadapnya.
Khairuddin didakwa mensabotaj ekonomi selepas beliau membuat beberapa siri laporan terhadap 1MDB dengan pelbagai agensi penguatkuasaan asing.

"Bunuh Melayu": Ketua menteri Melaka layak ke pentas Raja Lawak

Posted: 09 Aug 2016 08:51 PM PDT

Perkasa yang mengaku juara Melayu pun tidak mendakwa Amerika Syarikat cuba bunuh umat Melayu melalui tindakan terhadap 1MDB, kata pemimpin Amanah.
raja bahrin
KUALA LUMPUR: Tuduhan kononnya Amerika Syarikat mahu "membunuh orang Melayu" selepas menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya sesuai di pentas pertandingan lawak, kata Datuk Raja Bahrin Shah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tiga hari lalu, yang mendakwa saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) untuk menyita aset berkait 1MDB sebahagian usaha menjatuhkan Najib dan orang Melayu, seperti apa yang berlaku di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein.
Katanya, kenyataan itu "bahan sesuai untuk inspirasi Raja Lawak Mega", merujuk rancangan terbitan Astro.
"Perkasa yang merupakan juara Melayu pun tidak teruja dengan tuduhan tersebut. Pada mulanya ada menteri menuduh ia komplot untuk jatuhkan Najib, ada juga yang kata hendak porak-porandakan Malaysia.
"Hebat betul panglima setia Najib ini," kata Raja Bahrin, yang juga ketua Amanah Terengganu.
Idris sebelum ini mempersoalkan langkah DOJ bulan lalu yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset di negara itu yang disyaki hasil daripada pengubahan wang haram.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu. Ini tidak lain dan tidak bukan plot politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, sebab dia tahu (Najib) boleh angkat Melayu dihormati dan disegani satu dunia," katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

'Seperti anjing dan kucing, macam mana PH nak tadbir negara' - Presiden MIC

Posted: 09 Aug 2016 08:43 PM PDT

'Muhyiddin, jangan kutuk tempat makan sendiri ketika dulu' - Razlan Rafi

Posted: 09 Aug 2016 08:42 PM PDT

Laluan sukar menanti DoJ dalam siasatan kes 1MDB

Posted: 09 Aug 2016 07:59 PM PDT

DoJ menubuhkan pasukan khas menyiasat kes kleptokrasi sejak enam tahun lalu yang menyasarkan pendapatan haram yang diperoleh menerusi saluran kewangan AS.
Department-of-justice-1mdb
PETALING JAYA: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyelesaikan kes siasatan 1MDB dan ia termasuk kesukaran pendakwa raya meyakinkan saksi luar untuk memberi keterangan terhadap pegawai yang berkuasa.
Financial Times melaporkan DoJ juga berdepan dengan cabaran tempoh masa yang terlalu lama bagi mendapatkan dokumen dari luar negara yang turut membabitkan perjanjian bantuan perundangan bersama.
Peguam dari Washington, Jack Blum yang juga konsultan anti rasuah kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata dalam banyak kes termasuk 1MDB, pendakwa berdepan kerumitan untuk menguraikan syarikat yang digunakan untuk menjalankan transaksi dalam penyelewengan itu.
"Sesetengah hakim di Amerika juga enggan mendengar kes kleptokrasi, kerana mereka percaya ia sepatutnya dibawa di mahkamah asing," katanya kepada Financial Times.
DoJ menubuhkan pasukan khas menyiasat kes kleptokrasi sejak enam tahun lalu yang menyasarkan pendapatan haram yang diperoleh menerusi saluran kewangan AS. Sejak dilancarkan, ia membekukan AS$2.8 bilion yang dicuri oleh pegawai luar di beberapa negara termasuk Korea Selatan, Equatorial Guinea, Taiwan dan Honduras.
Skandal 1MDB menunjukkan sitaan terbesar unit kleptokrasi itu, dengan pendakwa raya memperincikan rangkaian transaksi kewangan yang dilakukan hampir di seluruh dunia dalam aduan setebal 136 halaman, tetapi perjalanan perundangan dalam kes itu penuh dengan halangan.
"Daripada pengalaman peribadi saya, kes rasuah seperti ini amat sukar," kata Ketua Bahagian Pelucutan Hak Aset dan Pengubahan Wang DoJ, Kendall Day.
Setakat ini, katanya DoJ hanya berjaya memulangkan 5% dana seleweng yang berjaya dipintas, kepada pemilik sebenarnya dan biasanya ia mengambil masa beberapa tahun sebelum ia dapat dipulangkan semula.
Sebagai contoh, pada Julai AS memulangkan AS$1.8 juta kepada Taiwan, selepas menempuh pelbagai perbicaraan di mahkamah, enam tahun sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

BERSATU MENAGIH JANJI ZAHID HAMIDI

Posted: 09 Aug 2016 07:57 PM PDT

 Parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya BERSATU sah didaftarkan petang tadi oleh Muhyiddin Yassin di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya. 

Beliau turut diiringi oleh beberapa jawatankuasa penaja yang bakal menunjangi BERSATU serta ratusan penyokong yang bakal menyertai parti tersebut.

Walaupun bertunjangkan Melayu dan Bumiputera, BERSATU juga menerima keahlian bukan Melayu sebagai ahli bersekutu dan sekaligus menjadikan  ia sebuah parti yang inklusif untuk semua rakyat Malaysia.
Sebagaimana beberapa hari lalu Zahid Hamidi menjanjikan kelulusan segera kepada pendaftaran BERSATU jika semua dokumen dan syarat-syarat yang diperlukan telah dipenuhi, janji-janji beliau kini sedang ditagih dan diperhati oleh semua.

Dalam sehari dua ini, Zahid barangkali sudah boleh memeriksa dengan Pendaftar Pertubuhan untuk mengetahui sama ada semua borang, dokumen dan syarat-syarat penubuhan BERSATU yang dikemukakan Muhyiddin adalah lengkap atau sebaliknya.

Sesuai dengan janjinya itu, Zahid perlu memberi perhatian khusus kepada kelulusan BERSATU ini.

Surat kepada Anwar Ibrahim: Menyemai harapan dalam penjara

Posted: 09 Aug 2016 07:44 PM PDT

Salam reformasi Dato' Seri,
Baru-baru ini nampak gambar saudara di media, perasaan pertama yang timbul adalah saudara semakin kurus. Kami yang berada di luar, tidak dapat bayangkan betapa sepi dan sunyinya hidup dalam penjara.
Semasa saya menulis surat ini, saudara telah dipenjarakan selama 546 hari! Sudah lebih satu setengah tahun saudara dipenjarakan.
Saya sentiasa ingat saudara pernah berkata, "Saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan, keadilan dan saya tidak akan menyerah"
Berdepan dengan pemerintahan yang hampir sama dengan diktator, "saya tidak akan menyerah" seolah-olah adalah tentangan kita terhadapnya.
Kini Malaysia menjadi lebih teruk sebelum saudara dipenjarakan. Ekonomi negara sedang jatuh merudum. Disebabkan skandal 1MDB, keseluruhan sistem pemerintahan dan institusi penguatkuasaan menjadi lumpuh.
Tambahan pula dengan Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan, kuasa Najib sudah sampai ke kemuncak. Hak asasi manusia serta sistem negara kita dimusnahkan sepenuhnya.
Sebagai seorang aktivis politik yang melibatkan diri dalam usaha mereformasikan negara kita, saya berfikir "saya tidak akan menyerah" telah menjadi sekurang-kurangnya apa yang boleh kita buat untuk menentang pemerintah yang rakus ini.
Sebelum perbicaraan pada 10 Februari 2015, saudara tetap tabah dan gagah berdepan dengan segala fitnah dan penganiayaan. Sahabat-sahabat saudara yang kenal dengan kerakusan pemerintahan Malaysia juga menasihati saudara jangan pulang ke tanahair serta menyediakan perlindungan kepada saudara.
Namun saudara tetap memilih untuk pulang ke tanahair untuk berjuang bersama rakyat untuk menentang pemerintahan yang rasuah dan rakus ini.
ANWAR-NAJIB-660x471Semua rakyat sedar bahawa saudara dipenjarakan kerana penganiayaan politik. Pada PRU13, Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh saudara telah mencapai satu detik sejarah demokrasi Malaysia di mana undi popular parti pembangkang adalah lebih daripada parti pemerintah.
Keputusan pilihanraya bukan sahaja mengejutkan kita semua tetap juga kepada BN. Mereka tahu bahawa sekiranya parti-parti pembangkang bersatu, maka BN hendak terus memerintah adalah sangat sukar. Jiwa pemimpin saudara boleh menyatu-padukan semua pihak.
Penganiayaan yang dibuat oleh pemerintah ke atas saudara bukan sekadar individu sahaja, tetapi bertujuan untuk mematahkan semangat saudara yang boleh menyatu-padukan semua pihak.
Dalam perjalanan reformasi, setiap individu adalah begitu kecil. Apa yang boleh dipelajari oleh kita semua dari pengorbanan saudara adalah semangat "perpaduan". Oleh kerana kita berdepan dengan kuasa hegemoni BN, kita tiada modal untuk berpecah!
Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak serta dua pilihanraya kecil yang baru-baru ini telah menunjukkan bahawa pihak pembangkang, parti politik atau masyarakat sivil tidak dapat bergerak jauh sekiranya kita berpecah. Malahan sekiranya kita terus terjerumus dalam persengketaan dalaman, maka kita akan terus gagal.
Kadang-kala saya berfikir jikalau saudara tidak dipenjarakan, adakah keadaan politik Malaysia akan jadi tidak sama? Namun tiada 'jika" dalam sejarah, kita hanya boleh mencari jalan keluar dalam keadaan semasa.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA hairan Pengerusi PAC enggan buka semula kes 1MDB

Posted: 09 Aug 2016 07:40 PM PDT

PERKASA melahirkan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.
"Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa PERKASA berpendirian bahawa siasatan PAC terhadap 1MDB tersebut perlu dibuka semula memandangkan siasatan PAC yang terdahulu pun masih kurang lengkap, lebih-lebih lagi apabila PAC gagal untuk memanggil Jho Low serta Riza Aziz, dua nama penting yang sering disebut terkait dengan skandal 1MDB tersebut.
"PAC sepatutnya mengemaskini siasatan mereka seiringan dengan pendedahan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat melalui Peguam Negaranya, Loretta E. Lynch," kata setiausaha biro tersebut, Muhammad Faiz Na'aman dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, siasatan semula PAC itu penting kerana Amerika Syarikat mendakwa bahawa wang yang dicuri dari 1MDB telah digunakan oleh beberapa individu tertentu untuk membeli aset seperti lukisan mewah, hartanah mewah, jet peribadi dan pembiayaan filem "Wolf of Wall Street" yang dikaitkan dengan Riza Aziz dan Jho Low.
PERKASA mempersoalkan alasannya Hasan bahawa laporan jawatankuasa tersebut telah dibentang di parlimen, dan isi laporan tersebut juga telah dilaporkan oleh media, dan tindakan tegas telah diminta diambil terhadap pengurusan 1MDB.
Antara yang mendesak siasatan semula tersebut ialah beberapa anggota PAC itu sendiri seperti Tony Pua, Datuk Takiyuddin Hasan dan Timbalan Pengerusi PAC Tan Seng Giaw.
Pua telah keluar dari mesyuarat PAC pada hari Isnin selepas keengganan Hasan untuk membuka semula siasatan PAC, manakala ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa, kecuali Tan, dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat semalam sebagai tanda protes terhadap keputusan Hasan itu.

Akar umbi PKR masih sangsi parti Bersatu boleh perjuang reformasi

Posted: 09 Aug 2016 06:37 PM PDT

Ada juga ahli PKR yang masih marah dengan Dr Mahathir, luka sudah hilang tetapi parut masih ada.
onn-pkr
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin akar umbi PKR masih belum yakin sepenuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal diketuai bekas Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar membawa "agenda reformasi" seperti pembangkang.
Apatah lagi ia masih berasaskan kaum, yang menurut mereka tidak lagi relevan dengan kehendak semasa mahupun baik untuk demokrasi negara.
Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar mempersoalkan sama ada parti tersebut dapat memenuhi kehendak rakyat pelbagai kaum yang menginginkan perubahan menyeluruh terhadap sistem negara, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan sekarang.
"Sesebuah parti mampu bertahan kerana idealisme dan daya juang yang tinggi. Parti berasaskan kaum tidak serasi dengan masa kini," katanya kepada FMT.
Bersatu kini menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selepas permohonan dihantar Muhyiddin, presiden jawatankuasa penaja parti itu.
Parti baharu naungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu terbuka kepada semua kaum, bagaimanapun ahli bukan-Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.
Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata partinya akan menyokong mana-mana parti yang membawa agenda reformasi.
"Yang penting ialah keberanian untuk melaksanakan program reformasi," kata Azmin.
Luka lama
Onn berkata masih ada ahli PKR yang menyimpan kemarahan dengan Dr Mahathir dan ini boleh menimbulkan masalah dalam kerjasama kedua-dua parti pada masa akan datang.
"Ramai ahli yang masih menunggu untuk melihat sejauh mana kemampuan parti baru ini. Tidak dinafikan ada yang masih marah dengan Mahathir, luka sudah hilang tetapi parut masih ada," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kami tak akan biarkan sekolah kebangsaan jadi terlalu Islamik, kata menteri Umno

Posted: 09 Aug 2016 05:18 PM PDT

Mahdzir Khalid berkata peningkatan jumlah ibu bapa menghantar anak ke sekolah persendirian mencerminkan kejayaan sistem pendidikan.
Mahdzir-Khalid
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengisytiharkan kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi "terlalu Islamik", menekankan Malaysia ialah negara Islam yang moden.
"Kita tidak akan melihat ia berlaku," katanya ketika menjawab mengenai kebimbangan ibu bapa bukan Islam, tetapi enggan mengulas lanjut definisi "terlalu Islamik" itu.
Mahdzir bercakap demikian kepada wartawan selepas pelancaran Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025, di sini, hari ini. Hadir sama ialah timbalannya, P Kamalanathan.
Mahdzir ditanya adakah sekolah kebangsaan kini menjadi semakin terlalu Islamik, susulan laporan FMT memetik Prof Teo Kok Seong, yang berkata kajian mendedahkan ibu bapa bukan Islam tidak selesa dengan unsur keagamaan di sesetengah sekolah.
Ini termasuk bacaan doa ketika perhimpunan sekolah.
Teo ialah bekas ahli Majlis Penasihat Pendidikan Negara.
Mengenai dapatan bagi kajian yang sama mengenai peningkatan ibu bapa bukan Melayu menghantar anak ke sekolah persendirian, Mahdzir berkata ia mungkin disumbangkan daripada kejayaan sistem pendidikan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

RUPA-RUPANYA mereka nak cekau cukai atas pendapatan rakyat !!!

Posted: 09 Aug 2016 05:06 PM PDT

PATUTLER. sebelum ini profesor 3.85 Ahmad Maslan bermati-matian saran rakyat buat #2kerja buat bisnes online agar boleh tambah pendapatan rakyat...

Rakyat cari pendapatan tambahan kena cukai, BISNESS 1MDB yg diterajui penyangak besar pula DIKECUALIKAN CUKAI SELAMA 10 TAHUN !!!

'Saya tak harap sokongan ahli Umno' - Muhyiddin Yassin

Posted: 09 Aug 2016 04:55 PM PDT

PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengharapkan sokongan ahli Umno terhadap parti baharu yang bakal diterajuinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno bagaimanapun berkata, Bersatu sedia membuka ruang kepada ahli Umno yang kecewa dengan kepimpinan parti itu.

"Saya tidak harapkan sokongan dalam Umno kerana mereka ahli Umno. Saya faham kerana kami pun tahu sebagai bekas ahli Umno, boleh dikatakan ramai ahli parti yang saya kenal menunjukkan perasaan tidak 'menggalakkan' terhadap kepimpinan yang ada.

"Tetapi mereka tidak bersedia untuk menyatakan secara terbuka. Bagi saya, sekarang ini kita sudah menyediakan ruang baharu bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat dan perjuangan sama untuk bersama dengan kita," katanya selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja Bersatu iaitu bekas ahli Wanita Umno  Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin; Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman; pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.

Dua lagi ahli jawatankuasa penaja iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak hadir kerana difahamkan berada di luar negara.

Read More / Baca Lagi >>

Majoriti tenaga kerja di Sarawak ialah anak watan, kata Petronas

Posted: 09 Aug 2016 04:22 PM PDT

Petronas akan terus mengadakan perbincangan dan taklimat dengan pegawai kerajaan negeri di setiap peringkat.
petronas-sarawak-1
KUALA LUMPUR: Petronas menjangkakan majoriti pekerja yang diperlukan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja baharunya terdiri daripada rakyat Sarawak.
Bagaimanapun, beberapa jawatan dijangka diisi pekerja berpengalaman yang mungkin merangkumi rakyat negeri lain.
Syarikat minyak negara itu berkata, keputusan kerajaan Sarawak menggantung permohonan permit kerja baharu untuk kakitangannya dari luar Sarawak berpunca daripada salah faham terhadap penstrukturan semula Petronas.
Katanya, penstrukturan semula yang dilakukan di setiap peringkat itu menimbulkan tanggapan salah yang kakitangan dari Sarawak "terkesan secara tidak adil".
Sehubungan itu, beberapa perbincangan dan taklimat yang diadakan dengan pegawai kerajaan negeri di setiap peringkat, susulan penstrukturan semula itu akan diteruskan, termasuk dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Petronas dalam satu kenyataan hari ini memberi jaminan Sarawak kekal sebagai negeri pelaburan utamanya, di mana keperluan tenaga kerja akan terus berkembang.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)