Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BUDAYA APA & KE MANA HALUAN PARTI BAHARU PIMPINAN MUHYIDDIN?

Posted: 08 Aug 2016 05:17 PM PDT

Jika sebelum ini ada tuduhan UMNO adalah 'Parti Najib',  parti baharu ini jangan pula dikawal atau dimiliki oleh seseorang atau kalangan tertentu sahaja...juga apakah pemimpinnya akan tunduk selama-lamanya kepada percaturan 'Godfather' mereka iaitu  Dr Mahathir?"
Wujudnya parti baharu memang  lebih meriah. Ia  menawarkan pilihan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera memilih wadah perjuangan baharu yang mereka kehendakli.
Namun, apakah pilihan yang dibuat itu akan mendatangkan kekuatan dan kepaduan dalam perjuangan untuk mencapai cita-cita dan kepentingan orang Melayu?
Ini antara persoalan apabila petang ini, parti baharu yang mungkin dikenali dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia didaftarkan secara sah.

Parti ini akan didaftarkan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selepas ditunggu penubuhannya secara rasmi sejak beberapa bulan yang lalu.
Ramai tidak sabar dan teruja untuk mengetahui apa perjuangan sebenar parti Melayu dan Bumiputera ini. Apakah perjuangannya berbeza atau bertindan dengan perjuangan parti Melayu yang sudah ada atau yang sudah berkubur sebelum ini.
Memanglah akan ada yang mahu mencuba 'rasa dan nikmat politik baharu' selain akibat merajuk atau kecewa atas sebab-sebab tertentu, ada yang  memilih untuk menikmati 'resepi baru.'

Malah, mungkin  kerana teruja atau mahu menguji, mereka mungkin menterjemahkan sikap mereka dengan memberi undi kepada parti baharu dalam pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya ialah, apakah parti baharu akan dibayangi oleh budaya politik UMNO kerana hampir keseluruahnya ia bakal diterajui oleh bekas pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.

Sekiranya cara pentadbiran dan budaya perjuangan adalah celupan (duplication) daripada Umno, tidak ada sebab untuk rakyat menyertai parti baru. Lebih baik mereka kekal atau yang baru, sertai sahaja UMNO.

Rakyat memerhatikan  jati diri pemimpin-pemimpin parti baharu. Paling utama, apa sahaja buitran kritikan yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO, pemimpin parti baharu mesti melakukan sesuatu yang bertentangan. Yang paling utama mereka hendaklah  mengamalkan budaya politik BERSIH, dilihat BERSIH serta memiliki rekod BERSIH.
Memang ramai teruja pada peringkat permulaan ini tetapi bagaimana jika ia tidak mampu mengekalkan momentum perjuangan dan wujud pemimpin yang boleh dipersoalkan kredibiliti mereka?
Jika sebelum ini ada tuduhan UMNO adalah 'Parti Najib' maka parti baharu ini jangan dijadikan atau menjadi yang dikawal atau nampak dimiliki oleh seseorang atau kalangan tertentu sahaja.
Apa juga tindakan dan keputusan sewajarnya adalah keputusan semua pihak.menjadi milik eksklusif sesetengan pemimpin sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana kita harus menanggapi parti baru Mahathir

Posted: 08 Aug 2016 05:14 PM PDT


rencana_partibarumahathir


Rupa-rupa bukan semua yang meyakini demokrasi sejujurnya. Ini kita sedari seawal ketika Tun Mahathir disebut-sebut bernafsu semula untuk menubuh parti baharu yang hanya boleh disertai oleh orang Melayu/Bumiputera sahaja. Mulanya kita dihidang dengan kritikan tidak membina dari pihak UMNO sahaja, tetapi kini turut tumpang selori mengkritik penubuhan parti itu adalah beberapa pihak dari blok pembangkang.
Kenapa kita tidak boleh melihat dari kacamata yang lebih luas, lebih berkesan dan lebih bermanfaat? Biarpun cerita ini belum boleh dibuktikan kesahihannya, ada tokoh wartawan yang telah mengesahkannya di media.
Saya termasuk dalam senarai mereka yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat (DR) dan menyetujui gerakan politik 'Selamatkan Malaysia' yang diusahakan Tun Mahathir dan beberapa pimpinan parti dalam blok Pakatan Harapan (PH).
Bukan niat memperkecilkan usaha beliau dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang lain. Saya cuma melihat ia tidak lebih daripada kaedah politik yang tidak praktikal yang tidak seharusnya disertai parti komponen PH yang sepatutnya menumpukan usaha memasarkan jenama Pakatan Harapan yang kebetulan baru sahaja ditubuhkan ketika itu.
Malah gerakan yang tidak pula dipimpin oleh mana-mana pemimpin PH ini dilihat pula sebagai satu kelemahan PH oleh rakyat. Rakyat menyimpulkan yang PH telahpun tewas ketika mendepani BN lalu berputus asa di tengah jalan, dan Tun Mahathir menyambut dan kemudiannya menyambungnya.
Persepsi ini menjadi sangat buruk ke atas PH di mata rakyat. Akibatnya berlaku sedikit gejolak kecil sesama parti dan pimpinan dalam PH. Malah saya sebenarnya telah lebih awal melahirkan kebimbangan gerakan ini boleh merubah batu asas perjuangan politik blok pembangkang dan boleh memperlahankan momentum PH yang sepatutnya diangkat melebihi DR dan gerakan 'Selamatkan Malaysia' ini.
Mujurlah warkah Anwar dari penjara telah sama berkongsi kebimbangan tersebut dan ianya sedikit sebanyak meredakan kegelisahan saya.
Tetapi apabila Tun Mahathir mula menyusun langkah baru bersama pemimpin UMNO terbuang, mahu menubuh parti baharu, saya melihatnya sebagai satu langkah agresif yang wajar dan perlu disegerakan. Saya bersama-sama beliau kali ini. Biarpun secara prinsip ideologi politik parti yang mahu beliau asaskan itu berbeda atau tidak mencapai nafsu blok pembangkang, namun ia seharusnya dilihat sebagai sebahagian elemen yang ada baiknya juga untuk PH.
Bukankah kita jujur mahu menjulang prinsip demokrasi yang memberikan hak buat mereka untuk menyampaikan hajat perjuangan politik mereka. Amanah yang ditubuhkan telah cuba mendakap sasaran semua bangsa sambil mengangkat nilai-nilai Islam yang membawa rahmat buat sekalian alam.  Ia sebagai sasaran yang meluas melangkaui idea politik parti PAS yang pernah mereka anggotai dulu. Mereka mungkin akan mewakili kerusi-kerusi PH yang lebih seimbang ataupun lebih sedikit nisbah Melayu/Islam yang menerima konsep Islam yang lebih universal, dan bukannya Islam yang terhad dan lebih jumud.
Ketika DAP dan PKR yang tentunya akan dipertanggungjawabkan kepada kerusi-kerusi majmuk yang majoritinya bukan Melayu/Islam, sudah tentu parti baharu Tun Mahathir ini boleh mengisi kekosongan kerusi majoriti atau hampir keseluruhan  Melayu/Islam yang sebelumnya hanya dimenangi UMNO melalui BN.
Read More / Baca Lagi >>

Pribumi Bersatu Malaysia, parti baharu Dr M

Posted: 08 Aug 2016 05:02 PM PDT

Parti itu berpaksikan perubahan dan akan berjuang untuk semua kaum, kata salah seorang ahli jawatankuasa penaja.
muhyiddin-mahathir-saddiq-1
PETALING JAYA: Parti baharu naungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, menurut sumber yang terlibat dalam penubuhannya kepada FMT.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan jawatankuasa penaja parti itu akan menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti baharu itu di Jabatan Pendafataran Pertubuhan di Putrajaya, petang ini.
Mengesahkan perkara itu, aktivis pelajar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut menganggotai jawatankuasa itu berkata beliau akan menemani Muhyiddin.
Saddiq turut membalas kritikan sesetengah pihak mengenai keputusan menjadikan keahlian parti itu kepada Melayu dan Bumiputera sahaja.
"Walaupun untuk Bumiputera sahaja, ia akan memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia demi perubahan.
"Parti ini sebuah parti Bumiputera yang berpaksikan perubahan," katanya, sambil menambah ia bukan sepenuhnya berlandaskan satu kaum.
Saddiq bagaimanapun enggan mendedahkan butir lanjut, sekadar berkata akan ada beberapa kejutan.
Penubuhan parti baharu itu diumumkan Dr Mahathir bulan lalu, selepas mendapat persetujuan Pakatan Harapan.
Parti itu dijangka mengadakan kerjasama dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Politik Penyu: Ghazali Taib U-Turn, ikrar komited sokong Ahmad Razif

Posted: 08 Aug 2016 04:59 PM PDT


Ghazali komited sokong RazifGhazali komited sokong Razif
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Ghazali Taib hari ini menyatakan komitmennya untuk terus menyokong kepimpinan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman menerajui negeri ini.
Katanya sebagai wakil rakyat, beliau mengharapkan kepimpinan sedia ada akan terus kukuh dan tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) sekali gus pilihan raya negeri.
"Biasalah kami semua satu pasukan dan satu kepimpinan serta kepimpinan negeri sekarang berjalan macam biasa dan lancar," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi rehat Sidang DUN Terengganu bagi penggal keempat di Wisma Darul Iman hari ini.
Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Ghazali mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.
Baru-baru ini beberapa akhbar tempatan melaporkan Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri meminta kepimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan segera menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri yang didakwanya gagal berfungsi sehingga memberikan kesan kepada rakyat.
Ghazali berkata laporan kemelut itu telah disensasikan media sedangkan tiada sebarang masalah dan berjalan dengan baik.
"Biasalah adik-beradik saling ingat mengingati ... media sukakan (benda) sensasi, jadi benda yang saya bagi tahu adalah benda yang baik tetapi diambil peluang pihak yang mengharapkan kehangatan," katanya.
Sementara itu, Adun Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata kesemua barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tetap bermuafakat menghadapi sebarang masalah dalam pentadbiran negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri itu berkata persidangan DUN yang berlangsung lancar hari ini dengan tiada usul tergempar membuktikan laporan kemelut itu sekadar digembar-gemburkan tanpa asas kukuh pihak tidak bertanggungjawab.
"Isu hari ini selesai ...tidak ada apa-apa yang berlaku ...kesemua 17 kita (ADUN Barisan Nasional) datang. Kadang-kadang kebebasan IT (teknologi maklumat) ini menyebabkan pelbagai andaian tersebar," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RM90 juta: Selesai di dunia dulu, sebelum akhirat - Idris Ahmad

Posted: 08 Aug 2016 04:55 PM PDT



APA motif Sarawak Report yang melaporkan pimpinan Pas menerima RM90 juta daripada DS Najib. Ini yang ditunggu oleh PAS kerana selama ini hanya bermain daripada mulut ke mulut. Perkara ini berlegar di dalam komuniti masyarakat Cina, sehingga mereka begitu marah dengan Pas.

Saya dapat kesan dalam empat bulan yang lalu, apabila orang Cina di kawasan Parlimen Bukit Gantang memberi tahu saya ketika saya lepak di kedai kopi dengan mereka. Apabila saya tanya daripada mana mereka dapat.

Mereka beri tahu, ini perbualan kedai kopi sahaja. Saya beritahu kalau ada di dalam mana-mana tulisan, PAS mahu saman. Mereka menjawab tidak ada. Jadi susahlah, fasal tidak ada bukti bertulis.

Sekarang sudah ada bentuk hitam putih. Senang proses dan tindakan undang-undang diambil dan hendak membersih nama PAS selama ini.

Sebelum Mahkamah Akhirat, kita selesai Mahkamah dunia dulu. Golongan fitnah ini mereka tidak kisah sangat seksa akhirat. Mereka sudah kebal,hati mereka sikit tidak kisah soal dosa pahala. Pada mereka neraka bukan nampak pun.

Sarawak Report janganlah merosakkan jenama media kamu. Kalau sudah buat fitnah semacam ini, maka laporan yang benar pun orang kata tidak benar. Apabila fitnah tersebar dan sudah masuk ke dalam kepala otak orang ramai. Baru buat penjelasan ia hanya kecurigaan meluas.
Read More / Baca Lagi >>

DOKUMEN HILANG : SIAPA SABOTAJ ANWAR DI MAHKAMAH SYARIAH ?

Posted: 08 Aug 2016 04:52 PM PDT


1. Mahkamah Rayuan Syariah menolak permohonan Anwar untuk mengheret Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf kerana gagal mengemukakan 4 saksi. Hakim beri alasan dokumen Anwar tidak lengkap.

2. Padahal, semua dokumen itu telah diterima oleh mahkamah berdasarkan "cop akuan terima" yang ditandatangani oleh pendaftar mahkamah.

3. Dalam kata lain, dokumen itu hilang di tengah jalan sebelum sampai ke tangan hakim.

4. Untuk rekod, Menteri Agama Jamil Khir, bekas Pengarah JAWI dan Ketua Penguatkuasa JAWI pernah memfailkan permohonan membantah permohonan Anwar itu.

5. Sebab itu selagi regim Umno berkuasa, undang-undang dari langit sekalipun tidak boleh tertegak secara adil dan saksama seperti digariskan Islam.

6. RUU 355 atau hudud akan rosak, imej Islam dan mahkamah Syariah tercemar jika ada yang percaya, pemimpin Umno ikhlas menegakkan keadilan dalam Islam.

Siapa sabotaj Anwar di Mahkamah Syariah ?

Politik Penyu: Percaturan krisis politik Terengganu

Posted: 08 Aug 2016 08:51 AM PDT

Guling Najib: 'Bukan Setakat Khairul Azwan, Pemuda Umno Terlibat'

Posted: 08 Aug 2016 08:47 AM PDT

Mana ada syarikat Cina tak mahu ambil orang Melayu, jawab MCA

Posted: 08 Aug 2016 08:30 AM PDT

Tajuddin perlu kemuka bukti atau dituduh menyebarkan dakwaan dalam percubaan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Cina, desak Koh Chin Han
Koh-Chin-Han-1PETALING JAYA: Seorang ahli Jawatankuasa Pusat MCA menyifatkan Tajuddin Abdul Rahman "mengarut" kerana menuduh syarikat Cina mendiskriminasikan orang Melayu.
Menjawab kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak semalam di perasmian mesyuarat sayap Umno Bahagian Permatang Pauh, Koh Chin Han berkata siswazah yang diambil bekerja dinilai atas dasar merit bukan kaum.
Chin Han juga menuntut Tajuddin kemukakan bukti menyokong dakwaannya.
"Adakah Tajuddin mempunyai apa-apa bukti yang sah mengenai dakwaan beliau syarikat swasta milik Cina enggan menggajikan orang Melayu?
"Jika tidak ada sama sekali, dia hanya menyebarkan dakwaan dalam percubaan untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Cina, yang merupakan satu perbuatan yang sangat ganas," kata Chin Han menurut laporan Malaysiakini.
Beliau turut menuduh Tajuddin tidak yakin akan kemampuan orang Melayu mendapat kerja di sektor swasta dan mengesali seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno perlu menggunakan kad perkauman akhirnya.
"Saya agak tertanya-tanya sama ada Tajuddin tinggal dalam lingkaran berasaskan kaum dalam jangka masa yang panjang dan dengan itu menjadi seperti katak di dalam perigi, mula melihat sesuatu dengan pemikiran perkauman?
"Atau adakah Tajuddin kurang yakin dengan keupayaan orang Melayu hingga dia fikir sektor swasta mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu?" menurut laporan itu lagi.
Menegaskan merit mengatasi kaum apabila permohonan siswazah dinilaikan, Chin Han berhujah kemampuan calon, sikap, pengalaman dan sejarah prestasi kerja ditekankan demi kemakmuran syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ: Perak memang negeri bermasalah

Posted: 08 Aug 2016 07:19 AM PDT

Selain JDT, pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah apabila berkunjung ke negeri itu
tmj-perak
PETALING JAYA : Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan negeri berkenaan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menghadapi masalah setiap kali berkunjung ke Perak.
Katanya, selain daripada JDT, pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah yang sama apabila berkunjung ke negeri berkenaan.
"Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka.
"Saya tidak faham mengapa anda begitu terkejut kerana kes tersebut sudah kerap berlaku. Sebelum ini, saya sentiasa mengambil berat perkara sebegini kerana saya mahu menjaga nama baik negeri saya tetapi sekarang saya tidak perlu memperjelaskannya atau peduli lagi," katanya dalam wawancara yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Semalam, berlaku kekecohan membabitkan penyokong Perak dan JDT membabitkan kedua-dua pasukan selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak.
Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan JDT dan seorang jurufoto akhbar cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras, selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan Harimau Selatan itu.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail yang merupakan pemilik kelab itu berkata, apabila seseorang individu tidak menyukai individu lain walaupun telah banyak perkara baik dilakukan, individu tersebut tetap akan dianggap jahat.
Beliau dalam masa yang sama turut berasa hairan mengapa isu kekecohan di Stadium Ipoh membabitkan JDT dan Perak dijadikan isu yang sangat besar.
"Tidak kira berapa banyak perkara yang baik yang kami lakukan, kami akan sentiasa dianggap sebagai jahat. Tidak kira betapa betul sekalipun kami, di mata mereka kita akan sentiasa salah.
"Ia sentiasa merupakan kesalahan kita. Kami telah menjadi mangsa sejak dari Stadium Lumut sehingga ke hari ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Salah sendiri Najib tertekan, kata pembangkang

Posted: 08 Aug 2016 07:16 AM PDT

Salahuddin berkata, Najib tertekan kerana beliau sehingga kini tidak boleh menjawab secara tuntas isu berkaitan 1MDB.
pembangkang
PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan diingatkan supaya tidak menjadi 'ahli politik kesiangan' dengan menyalahkan pembangkang sebagai punca Datuk Seri Najib Razak tertekan.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, Najib menjadi perdana menteri paling tertekan di dunia disebabkan tindakan beliau sendiri.
"Ahli politik kesiangan ini sudah siang pun tidak sedar, bermimpi lagi.
"Penyakit itu dicari Datuk Najib sendiri. Layaklah dia mendapat penyakit itu. Sampai ke hari ini dia tidak boleh menjawab secara tuntas isu berkaitan 1MDB. Dan tentang fitnah yang dilemparkan pembangkang, itu paling lucu bagi saya.
"Kerana apa? Kerana Datuk Rahman Dahlan sendiri tidak kenal ke Tun Dr Mahathir Mohamad? Tidak kenal ke Tan Sri Muhyiddin Yassin? Tidak kenal ke Datuk Seri Shafie Apdal? Juga Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) yang mereka daripada Umno sendiri mendedahkan penyelewengan 1MDB itu," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Abdul Rahman dalam mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepang pada Sabtu lalu menyifatkan Najib adalah perdana menteri paling tertekan di dunia kerana sering dihujani kenyataan berbentuk fitnah dan tuduhan liar daripada pembangkang.
Beliau mendakwa pembangkang sudah tewas dan cuba meraih modal politik dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Najib, "bermula hari beliau mengambil alih" jawatan perdana menteri, pada 2009.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad pula berkata, Najib perlu bersikap telus dalam pentadbirannya dan beliau boleh menyaman sesiapa sahaja yang memfitnahnya.
"Dia ada kuasa semua…peguam negara bawah dia, ketua polis negara bawah dia, samanlah kalau tuduhan itu menimbulkan fitnah. Itu yang sepatutnya dilakukan.
"Tak timbul tertekan atau tidak. Kebetulan zaman hari ini zaman media sosial. Maknanya orang-orang Umno ini bawa masalah semua berpunca daripada kepimpinan Umno yang uruskan negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

ITU PON MASIH ADA LAGI NAK SOKONG DOKONG UNDI BN LAGI KA !!!

Posted: 08 Aug 2016 07:01 AM PDT

SAMPAI BILA menteri2 yg dibayar gaji oleh 'taxpayer' rakyat utk bohong & perbodohkan rakyat !!!

TAK SIA-SIA Najib lantik beliau.....

Posted: 08 Aug 2016 06:58 AM PDT

Hebat.. selagi boleh nak pertahankan MO1.. lagilah buat rakyat tambah benci kecuali mereka yang 'REDHA' dgn UMNO saja.. tak kisah..

HARAP JANGAN JADI MACAM SAMAN HARI SELASA WSJ-NAJIB...

Posted: 08 Aug 2016 06:56 AM PDT

Baguslah ambil tindakan saman demi nak bersihkan nama PAS yg dikaitkan dgn Umno..

SEMOGA tindakan saman tersebut dapat dibuktikan dgn memfailkan saman terhadap Sarawak Report dlm masa terdekat..

Politik Penyu: Ahmad Razif Jamin Politik Terengganu Selesai

Posted: 08 Aug 2016 06:48 AM PDT

Politik Penyu: Kemelut Terengganu selesai - Ahmad Razif

Posted: 08 Aug 2016 06:47 AM PDT

Politik Penyu: Sidang DUN Ogos 2016 Usul Kutipan Tol LPT2

Posted: 08 Aug 2016 06:46 AM PDT

Poliik Penyu: Sidang DUN Ogos 2016 Kita Tunggu PRU 14

Posted: 08 Aug 2016 06:45 AM PDT

Politik Penyu: PAS tidak sokong, punca Ahmad Said gagal bawa usul tak percaya pada MB Terengganu

Posted: 08 Aug 2016 06:43 AM PDT

BN Sarawak alukan keputusan tahan permit pekerja Petronas

Posted: 08 Aug 2016 06:30 AM PDT

Langkah membeku permohonan permit kerja baharu oleh rakyat bukan Sarawak yang mahu bekerja di Petronas negeri disifatkan sebagai berpatutan.
James-Masing
KUCHING: Pimpinan BN Sarawak menyokong langkah membekukan semua permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas bukan anak watan yang mahu bekerja di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata kuasa imigresen kerajaan negeri digunakan secara berpatutan dalam hal ini.
"Ini adalah langkah terbaik dan satu-satunya jalan yang boleh diambil kerajaan Sarawak untuk menghalang Petronas daripada mengambil orang luar bekerja dalam industri minyak dan gas di perairan Sarawak. Kita ada kuasa imigresen disemadikan dalam Perjanjian Malaysia 1963, jadi gunakan kuasa itu bukannya teriak Petronas berlaku tak adil terhadap orang Sarawak," kata Masing kepada FMT.
"Apa gunanya ada kuasa kalau tak guna?"
Masing, yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), menambah Petronas tidak boleh menggunakan ketersediaan pekerjaan di Sarawak untuk "mendiskriminasikan" anak watan berkelayakan yang mencari kerja dalam industri itu.
"Saya menggesa Petronas supaya bersikap munasabah dan beri rakyat Sarawak pekerjaan yang selayaknya dan peluang perniagaan yang kami mampu lakukan," tambahnya.
Menteri Kerajaan Tempatan Dr sim Kui Hian mengulangi keyataan Masing, dengan berkata keputusan kerajaan negeri pernah mencipta suatu duluan.
"Kita perlu campurtangan bagi pihak guru dalam sistem kerajaan. Tidak ada sebab mengapa peraturan yang sama tidak boleh digunakan untuk syarikat milik kerajaan," kata Kui Hian.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya parti macam Umno boleh lawan Umno

Posted: 08 Aug 2016 05:20 AM PDT

Ahli Umno, biarpun setinggi gunung benci Najib, mereka sekali-sekali tidak meredhai dan menyenangi parti pembangkang.
mahathir51
Oleh Nor Miswary Ramli
Rupa-rupanya, bukan semua yang meyakini demokrasi sejujurnya.
Ini sebermulanya apabila Tun Dr Mahathir Mohamad disebut-sebut bernafsu semula menubuh parti baharu yang hanya boleh disertai oleh orang Melayu/Bumiputera sahaja.
Mulanya kita dihidang dengan kritikan tidak membina dari pihak Umno, tetapi kini turut tumpang selori mengkritik datang juga daripada bebarapa pihak blok pembangkang.
Kenapa kita tidak boleh melihat dari kaca mata yang lebih luas, lebih berkesan dan lebih bermanafaat? Biarpun cerita ini belum boleh dibuktikan kesahihannya, ada tokoh wartawan yang mengesahkannya di media.
Saya termasuk dalam senarai mereka yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat (DR) atau menyetujui gerakan politik "Selamatkan Malaysia" yang diusahakan Dr Mahathir dan beberapa pimpinan parti dalam blok Pakatan Harapan (PH).
Bukan niat memperkecilkan usaha beliau dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang lain. Saya cuma melihat ianya tidak lebih daripada kaedah politik yang tidak praktikal yang tidak seharusnya disertai parti komponen PH yang sepatutnya menumpukan usaha memasarkan jenama Pakatan Harapan yang kebetulan baru sahaja ditubuhkan ketika itu.
Malah gerakan yang tidak pula dipimpin oleh mana-mana pemimpin PH ini dilihat rakyat sebagai satu kelemahan PH.
Mereka menyimpulkan yang PH sudah tewas ketika mendepani BN lalu berputus asa di tengah jalan, dan Dr Mahathir menyambut dan kemudiannya menyambungnya. Persepsi ini menjadi sangat buruk ke atas PH di mata rakyat. Akibatnya berlaku sedikit gejolak kecil sesama parti dan pimpinan dalam PH.
Memang sudah dijangkakan kebimbangan gerakan ini boleh merubah batu asas perjuangan politik blok pembangkang dan boleh memperlahankan momentum PH yang sepatutnya diangkat melebihi DR dan gerakan "Selamatkan Malaysia" ini.
Mujurlah warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sama berkongsi kebimbangan tersebut dan ianya sedikit sebanyak meredakan penulis.
Sekutu baharu Pakatan Harapan?
Tetapi apabila Dr Mahathir mula menyusun langkah baru bersama pemimpin Umno terbuang, mahu menubuh parti baharu. Ia satu langkah agresif yang wajar dan perlu disegerakan.
Biarpun secara prinsip ideologi politik parti yang mahu beliau asaskan itu berbeza atau tidak mencapai nafsu blok pembangkang, namun ia seharus dilihat sebagai sebahagian elemen yang ada baiknya juga untuk PH.
Bukankah kita jujur mahu menjulang prinsip demokrasi yang memberikan hak buat mereka untuk menyampaikan hajat perjuangan politik mereka.
Amanah yang ditubuhkan cuba medakap sasaran semua bangsa sambil mengangkat nilai Islam yang membawa rahmat buat sekelian alam.
Ia sebagai sasaran yang meluas melangkaui idea politik parti PAS yang pernah mereka anggotainya dulu. Mereka mungkin akan mewaklili kerusi PH yang lebih seimbang ataupun lebih sedikit nisbah Melayu/Islam yang menerima konsep Islam yang lebih universal, dan bukannya Islam yang terhad dan lebih jumud.
Ketika DAP dan PKR yang tentunya akan diberi kerusi majmuk yang majoritinya bukan Melayu/Islam, sudah tentu parti baharu Dr Mahthir ini boleh mengisi kekosongan kerusi majoriti atau hampir keseluruhan Melayu/Islam yang sebelumnya hanya dimenangi Umno melalui BN.
Parti ini jika keberatan, tidak perlu menganggotai PR, mereka boleh sekadar mengikat satu persefahaman politik yang lebih dinamis yang mungkin hanya untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan menarik minat ahli Umno menyertai ataupun mengundi mereka. Telahan ini mudah untuk kita perolehi jika kita menyedari sejak gerakan "Selamatkan Malaysia" melalui kempen tandatangan Deklarasi Rakyat.
Ahli Umno ini, biarpun setinggi gunung pun benci mereka kepada Najib, mereka sekali-sekali tidak meredhai dan menyenangi parti politik pembangkang yang lain. Menolak Najib dan menyertai DAP misalnya adalah premis paling tidak munasabah bagi mereka ini. Biarpun ramai yang tentunya menolak faham ini, tetapi mereka hanya percaya dengan sistem parti politik yang serupa dengan Umno itu sahajalah untuk menumbangkan Umno.
PH akan mempunyai lebih alternatif
Read More / Baca Lagi >>

Guling Najib: Peguam senaraikan kemungkinan tiga pertuduhan jenayah

Posted: 08 Aug 2016 05:18 AM PDT

Peguam Zulhazmi Sharriff berkata, tiga pertuduhan jenayah boleh dikenakan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kerana membuat laporan polis mendakwa tiga bekas penjawat awam kanan berkonspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zulhazmi membuat laporan polis terhadap Khairul Azwan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini, disertai oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan bekas exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Tan Khiew.
Dalam laporannya, Zulhazmi menggesa pihak polis untuk menyiasat Khairul Azwan mengikut Seksyen 182, 194 dan 499 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Seksyen 182 adalah berkenaan memberi maklumat, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain.
Seksyen 194 pula memperkatakan memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan atas kesalahan hukum bunuh.
Manakala seksyen 499 memperkatakan tentang jenayah fitnah.
Khairul Azwan dalam laporannya mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkomplot untuk menjatuhkan Najib.
Polis menutup kes itu setelah mengesahkan bahawa laporan polis Khairul Azwan itu berdasarkan andaian.
Zulhazmi berkata laporan polis Khairul Azwan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penjawat awam.
"Tuduhan Khairul adalah sangat serius dan apabila ketua polis negara berkata bahawa ia berdasarkan andaian dan tiada tindakan akan diambil ke atas Khairul, ini menimbulkan soalan berhubung prejudis, keraguan dan dwi-standard," katanya.
Zulhazmi berkata beliau akan mengambil tindakan susulan berhubung laporannya selepas 14 hari.
Liu juga menggesa polis mengambil tindakan segera.
"Undang-undang sangat jelas. Tiada siapa yang boleh membuat laporan polis palsu.
"Dalam kes ini kita tidak minta banyak. Kita hanya mahu ketua polis dan pihak polis untuk mengambil tindakan yang perlu, jika tidak polis sendiri akan dilihat sebagai tidak melakukan tugas mereka dengan baik," katanya.

Malaysia Airlines lantik ketua pegawai komersil baharu

Posted: 08 Aug 2016 05:06 AM PDT

Arved von zur Muehlen menggantikan CCO Paul Simmons yang akan meninggalkan syarikat penerbangan itu September depan.
Arved-von-zur-Muehlen-1
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines pada Isnin mengumumkan perlantikan Arved von zur Muehlen sebagai ketua pegawai komersil (CCO) baharu berkuatkuasa 5 September.
Muehlen akan menggantikan CCO sekarang, Paul Simmons, yang akan meninggalkan syarikat itu pertengahan September depan, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Sebelum perlantikan itu, Muehlen adalah naib presiden kanan untuk operasi rangkaian komersil Qatar Airways.
Syarikat penerbangan Malaysia, yang bergelut sejak kehilangan penerbangan MH370 dan kejadian penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, melantik ketua pegawai eksekutif baharu bulan lepas.

RM90 JUTA: HARAP KATA AKAN DIKOTA

Posted: 08 Aug 2016 05:05 AM PDT

Walaupun Sarawak Report akhirnya menjelaskan dakwaannya bahawa Pas menerima RM90 juta daripada Najib Razak lebih berdasarkan kecurigaan meluas yang disampaikan kepada laman pembocor maklumat itu, tindakan undang-undang adalah sebaik-baik jalan untuk membersihkan nama parti Islam itu.

Dalam hal ini, penegasan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa dakwaan itu berniat jahat, palsu dan tidak lain selain bertujuan untuk mengaitkan parti itu dengan UMNO serta akan mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya, tentu saja diterima baik oleh sesiapa juga yang cintakan kebenaran.

Saman, jangan tak saman dan biar kata tetap dikota.

Semoga Presiden Pas, Hadi Awang serta Mursyidul Amnya, Dr Haron Din, dua pemimpin tertinggi yang mempunyai kata pemutus dalam parti itu turut sependirian dengan Tuan Ibrahim dalam tindakan undang-undang yang mahu diambil terhadap Sarawak Report itu.
Jangan jadi macam Najib, sudah berpuluh hari Selasa telah berlalu, saman terhadap Wall Street Journal tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini.

Politik Penyu: Krisis politik Terengganu ‘selesai’

Posted: 08 Aug 2016 04:58 AM PDT

Ahmad Razif lega sidang DUN hari ini tidak menampakkan "situasi panas" seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Ahmad-Razif-
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan krisis politik di negeri itu selesai dan berharap tidak timbul lagi masalah seumpama itu yang boleh menjejaskan kepimpinan negeri di masa depan.
Beliau lega sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tidak menampakkan "situasi panas" seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
"Alhamdulillah, keadaan hari ini terkawal dan tak ada apa-apa perkara yang berlaku…keadaan (kemelut) politik di Terengganu sudah selesai.
"Yang penting sekarang ini kita hendak bergerak ke hadapan untuk memastikan agenda pembangunan rakyat perlu diberi keutamaan," katanya sebaik sahaja selesai sidang DUN hari ini.
Beliau berkata, apa yang berlaku membuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya lebih bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Comments (0)