Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Siapa Malaysian Official 1

Posted: 07 Aug 2016 05:00 PM PDT

Oleh Hishamuddin Rais
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia. Pasal apa ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil dan tidak masuk akal dia mahu melepaskan glamor first lady. Mustahil dia tidak mahu lagi dipanggil first lady. Apakah kucing sudah mula pakai.?

Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kisah di belakang kisah. Surahnya panjang macam Syair Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok-Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari gambir Sarawak. Surah ini akhirnya memberi pencerahan untuk kita semua memahami geopolitik dunia. Amin.

Kisah bermula pada Rabu 20 Julai 2016 di Washington DC. Seorang minah membuat sidang akhbar. Minah ini diapit oleh tiga sosok. Sosok pengapit 'orang gagah' ini tidak ada apa-apa hubungan dengan gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal peribadi kerana minah ini takut kena simen macam yang telah terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.

Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Putih. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah wakil lembaga daulah Amerika.

Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah peguam negara Amerika - sama macam Apandi Ali. Cuma Loretta Lynch membuat kerja tanpa disuruh arah oleh Obama atau buat kerja kerana dedak.

Sosok yang mengapit ialah pegawai besar FBI. Seorang lagi pegawai besar Jabatan Kehakiman Amerika. Dan hadir sama ialah pegawai siasatan jenayah. Saya ulangi, pegawai siasatan jenayah Trial Attorney Criminal Division.

Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya ketua Twitter negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat arif dalam hal jenayah menjenayah. Ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang dan Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.

Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah. Kes jenayah dunia telah dicatat. Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) telah mengeluarkan waran rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas.

Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan DOJ.

Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaran tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.

Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia?

Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sebagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.

Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain kartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes rampasan kali ini.

Putar ingatan
Read More / Baca Lagi >>

Umno bergelek kerana masih baru dalam politik....!!!

Posted: 07 Aug 2016 04:56 PM PDT

KANTOI..!!! Bila video gelek dah jadi viral baru lah kononnya 'tersedar'. "Kami masih baru dalam politik.."

Abes tu masa mula2 nak rancang & gelek tu adakah masih tidak sedar lagi yang ianya sememangnya terang2 boleh menjatuhkan maruah & aib wanita, APATAHLAGI gelek yang begitu menggiurkan di hadapan bukan mahram terutamanya pemimpin VVIP MELAYU-AMENO !!!

Puteri Umno dah berusia 15 TAHUN tak kan masih nak kata.. "masih baru dalam politik.."

Tak kan sejarah Puteri Umno sendiri pon tak tahu !!!

SALAH SATU KEBODOHAN UMNO..

Posted: 07 Aug 2016 04:38 PM PDT

Kalau dah buat jenayah di negara mereka, SUDAH TENTU lah Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) siasat kerana berlaku penyelewengan/ korupsi dana 1MDB di negara mereka.

Mereka siasat di sana. BUKANNYA Amerika dtg siasat ke M'sia..

LEPAS TU kecoh nak disamakan dgn Iraq.
Saddam Hussein musuh AS. Iraq ada minyak. Jadi ada kepentingan strategik untuk AS jajah Iraq.

TETAPI di M'sia, Najib kamceng sama Obama. Main golf sama2 kat Hawaii..

NAMPAK TAK !!!

Nampak sgt KETOLOLAN juak pemakan dedak UMNgOK..

TAK HERANLAH ini semua hasil kerja tangan Umno..

Posted: 07 Aug 2016 04:36 PM PDT

Exco Hal Ehwal Agama Melaka sama2 bersekongkol berhibur buat maksiat..

Kes BELON KUNING vs. Skandal Kewangan 1MDB Terbesar Dunia

Posted: 07 Aug 2016 04:35 PM PDT

FAKTA:
Pej. Peguam Negara USA sibuk kejar kes balun berbilion 1MDB.

Pej Peguam Negara sini sibuk kejar kes belon kuning!!

APA DAH JADI pada AG?..

APA DAH JADI kpd sistem pengadilan di negara kita ??!!..

Kes belon kuning didakwa; kes balun bilion tak didakwa ??!!..

Suara Rakyat People's Voice 人民之声 Narrated by Anwar Ibrahim

Posted: 07 Aug 2016 07:17 AM PDT

Parti Melayu baru langkah strategik, kata Kadir Jasin

Posted: 07 Aug 2016 07:08 AM PDT

Adalah tidak adil menuduh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelakangkan kepelbagaian budaya dengan membuka keahlian hanya kepada bumiputera dalam parti baru yang akan ditubuhkannya.
Wartawan veteran Datuk Kadir Jasin berkata langkah itu adalah strategik supaya tidak bertembung dengan parti lawan BN yang berlatar belakang pelbagai kaum.
Kadir berkata ini adalah hasil perbincangan antara penganjur parti baru itu dan PKR, DAP, AMANAH serta PAS yang menunjukkan "tanda-tanda positif".
"Mereka yang datang dari parti berbilang kaum, terutamanya PKR dan DAP, tidak mahu melihat satu lagi parti pelbagai kaum bersaing untuk sokongan dan lebih teruk lagi, mencuri ahli-ahli mereka.
"Tetapi mereka telah sebulat suara bahawa parti Melayu / berdasarkan bumiputera baru itu akan memainkan peranan penting dalam pakatan pembangkang sedia ada," kata Kadir, yang juga mengambil bahagian dalam perbincangan itu.
Beliau berkata penganjur parti baru itu percaya parti itu akan menyediakan platform alternatif kepada Umno.
Matlamat utama, katanya, adalah untuk memecahkan hagemoni BN dengan menentang parti itu dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14.
Ini termasuk kerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang akan menubuhkan parti berasaskan bumiputera di Sabah.
"Oleh itu, adalah salah untuk menuduh mereka yang memulakan parti baru itu mengabaikan kepelbagai kaum. Parti baru ini berjanji untuk memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada berbilang kaum dan pembaharuan politik sambil meminimumkan konflik yang mungkin berlaku dengan parti-parti politik pembangkang yang sedia ada," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Pemuda Pas Terengganu sedia hadapi PRN, kata timbalan ketua

Posted: 07 Aug 2016 06:36 AM PDT


Hishamuddin, Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu.Hishamuddin, Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu.Walaupun sebelum ini berharap pilihan raya negeri (PRN) tidak diadakan kerana ia melibatkan kos yang tinggi, namun kini Pemuda Pas Terengganu telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya itu selepas kebanyakan pihak dalam Pas termasuk di Terengganu sedia untuknya.
Dalam satu dialog di Batu Rakit baru-baru ini, Timbalan Ketuanya Hishamudin Abdul Karim berkata, Pemuda telah bersedia bersama jenteranya jika berlaku sebarang kemungkinan PRN berdasarkan senario politik negeri yang begitu membimbangkan sekarang ini.
Dengan sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada Isnin ini Hishamudin berharap kemelut yang berlaku pada Umno tidak akan mengheret rakyat terus berada dalam situasi yang tidak menentu.
"Kita bersedia untuk ambil alih pentadbiran negeri yang berlaku banyak masaalah, mencetuskan kecelaruan dengan pelbagai isu seperti 1MDB, isu Bertam, LPT2 dan sebagainya," katanya di majlis sembang santai di Maras, Batu Rakit pada jumaat malam bersama masyarakat setempat, lapor media rasmi Pas Terengganu, Buletin Online.
"Pemuda telah bersiap sedia dengan seluruh jentera dalam menghadapi apa jua kemungkinan jika berlaku pembubaran DUN dalam masa terdekat," tegasnya yang menyokong pendirian pimpinan tertinggi negeri serta menolak anggapan sesetengah pihak yang menyatakan PAS ingin bekerjasama dengan Umno.
Sebelum ini, Hishammuddin berharap PRN tidak diadakan.
Kos perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu PRN adalah besar sedangkan kepentingan rakyat perlu didahulukan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kata Hishamudin kepada akhbar Sinar Harian itu yang membayangkan keraguan Pemuda Pas terhadap PRN itu.
"Kita harap PRN tidak berlaku sebab ia libatkan kos dan kepentingan rakyat. Kita kira sudah sampai pada satu tahap ia diselesaikan melalui PRU," katanya kepada Sinar Harian.
Hishammuddin yang juga Adun Tepoh menjelaskan pihaknya tetap bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan PRN Terengganu apatah lagi melalui desas-desus yang timbul sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, jentera Pemuda Pas peringkat negeri bila-bila masa sahaja akan bekerja untuk memastikan kemenangan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Situasi politik di Terengganu

Posted: 07 Aug 2016 06:25 AM PDT

Politik Penyu: PAS sedia ambil alih pentadbiran negeri Terengganu

Posted: 07 Aug 2016 06:24 AM PDT

Politik Penyu: Amanah tunggu dan lihat perkembangan sidang DUN esok - Salahuddin

Posted: 07 Aug 2016 06:23 AM PDT

Skandal 1MDB: Agamawan bisu kerana cari makan, kata Kassim Ahmad

Posted: 07 Aug 2016 05:39 AM PDT

Nampaknya golongan muda terpaksa ambil alih peranan yang sepatutnya dijuarai orang-orang agama, kata penulis kontroversi itu
 kasiim-ahamad
KUALA LUMPUR: Seakan kecewa dengan kegagalan sesetengah agamawan dalam menyuarakan keresahan masyarakat, penulis kontroversi Kassim Ahmad meletakkan tanggungjawab itu kepada golongan muda.

"Agamawan yang cari makan," katanya ringkas ketika ditanya berhubung kebisuan sesetengah golongan agama di saat negara dilanda pelbagai isu, terutama 1MDB.
Beliau berkata, golongan muda perlu membawa suara masyarakat dengan 'pandangan baru dan bersemangat' mereka.
"Pengajaran untuk golongan muda. Saya memberi harapan kepada dunia baharu yang sedang lahir, dengan fikiran dan konsep baharu. Ia sebenarnya bukan baru, tetapi (konsep) lama (yang lahir semula)," katanya lagi.
Kassim adalah tokoh kontroversi dan sikap kritisnya terhadap golongan agama bukanlah perkara baru, dan kerana itu beliau sekian lama 'diburu' pihak berkuasa agama yang tidak setuju dengan pandangannya.
Malah di saat usianya menghampiri 83 tahun, Kassim masih perlu turun naik mahkamah selepas didakwa atas tiga tuduhan menghina Islam dan pihak berkuasa agama dua tahun lalu.
Beliau yang jarang tampil di khalayak ramai hadir mendeklamasikan beberapa sajaknya – antaranya Sidang Ruh dan Dialog – serta memberi syarahan di sebuah program hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Polis minta Gelombang Kuning jangan ganggu sidang DUN Terengganu

Posted: 07 Aug 2016 05:37 AM PDT

Ketua Polis Terengganu tidak akan berkompromi keatas mana-mana pihak tidak kira pangkat yang didapati sengaja menimbukan huru hara
Sidang-Dewan-Undangan-Negeri-(DUN)-Terengganu
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak tidak kira pangkat atau kedudukan yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara semasa persidangan itu.
"Jangan cemari persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan huru hara kepada mana-mana pihak.
"Sekali lagi saya mengingatkan orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu berlangsung…biar ia berlansung dengan aman tanpa apa-apa (insiden)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Polis Terengganu mengesan satu gerakan bergelar 'Gelombang Kuning' yang dipercayai cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan negeri.
Polis tidak menolak kemungkinan gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Jadi saya menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan gerakan gelombang kuning ini kerana ia menyalahi di bawah Akta Hasutan.
"Dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan Istana di dalam gerakan ini," katanya.

MELAYU AUTA: NAK NANGIS ATAU KETAWA? KENAPA TAK CADANG PUTUS HUBUNGAN DENGAN AS?

Posted: 07 Aug 2016 04:58 AM PDT

Makin parah nampaknya tahap percubaan pemimpin UMNO mahu mengautakan orang-orang Melayu sekarang ini.

Malas nak ulas panjang-panjang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini,  nak bagi peluang penjenguk blog ini mengulasnya pula.
Kadang-kadang tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa bila pemimpin bercakap seperti ini. Malu kat rakyat beb!!

Cuma nak bagi satu contoh, jika mahkamah negeri Melaka mengambil tindakan merampas harta pencuri yang berasal daripada Kedah atau Perak, apakah ia bermakna Melaka mahu campurtangan dan menjatuhkan kerajaan negeri tersebut?

Tetapi, jika benar Idris Haron ada fakta kukuh bahawa Amerika ada perancangan mahu menjatuhkan Najib dan membunuh orang Melayu sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Iraq, ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan agar memutuskan hubungan diplomatik dengan kuasa besar itu.

Jangan gebang besar depan perwakilan UMNO saja?

Politik Penyu: Peletakan jawatan saya tak akan selesaikan masalah, kata Ahmad Razif

Posted: 07 Aug 2016 04:56 AM PDT

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, peletakan jawatan beliau tidak akan menyelesaikan kemelut politik di negeri berkenaan.
 
Memetik wawancara daripada Utusan Malaysia hari ini, Ahmad Razif berkata, ini kerana kedudukan kerajaan negeri tetap akan goyah memandangkan jumlah kerusi DUN milik Umno-Barisan Nasional (BN) yang tipis walaupun beliau berbuat demikian. 
 
Post Pic "..dan siapa yang boleh memberi jaminan bahawa tiada lagi yang akan memberikan ancaman?
 
"Sebab itu bagi saya hari ini, kita minta tidak berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) yang merugikan belanja dan masa," kata beliau dipetik akhbar berkenaan.
 
Bagaimanapun ADUN Seberang Takir itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah malah tetap bersedia menghadapi PRN sekiranya keadaan 'memaksa' dan bagi memastikan maruah parti tidak tercabar.
 
"Saya berkeyakinan penuh dan telah memberikan janji kepada Perdana Menteri bahawa majoriti dua pertiga jika berlaku PRN, dan saya akan ambil tanggungjawab sepenuhnya," ujar beliau.
 
Dalam pada itu, Ahmad Razif turut membidas tindakan segelintir individu yang gemar mengkritik kepimimpinan beliau sedangkan berada di dalam parti yang sama.
 
"Adalah lebih baik duduk dalam kelompok lain untuk senang dijawab tanpa dilihat bermusuh sesama sendiri," kata beliau tanpa menyatakan nama pihak yang dimaksudkan secara spesifik. 
 
Terdahulu hari ini, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang dipetik sebuah portal berbahasa Inggeris menyatakan beliau tidak berminat dengan PRN. 
 
Sebaliknya menurut Ahmad Said, beliau hanya ingin melihat penggantinya itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.
 
Ahmad Said berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Demonstrasi budaya kita?

Posted: 07 Aug 2016 04:24 AM PDT


'Demonstrasi bukan budaya kita', 'Ini mengancam ketenteraman negara', 'Kita ada saluran sah untuk suarakan pendapat', 'Haram, haram, haram', dan lain-lain retorik dan falasi begini biasa kita dengar bukan? Tahun 2016 dan masih ada lagi mentaliti semacam ini.
Mungkin negara pemerintahan kleptokrasi atau aristokrasi lupa kita adalah negara demokrasi berparlimen dan berperlembagaan. Mungkin juga mengalami amnesia bahawa lipatan sejarah negara sejak sebelum merdeka lagi membuktikan kita telah mengamalkannya.
Demo-GST-2Demonstrasi adalah organ kepada demokrasi itu sendiri. Hak berhimpun ini dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kita juga telah ada Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita juga telah pinda Seksyen 15 AUKU.
Cara fikir regresif, restriktif dan mandul dalam faham demokrasi dan politik baru sudah lapuk dan patut dimuziumkan serapinya.
Antara elemen-elemen dalam proses demokrasi semisal piket, memorandum, pilihan raya, parlimen termasuklah demonstrasi diamalkan secara sihat di seluruh negara demokrasi maju sebagai simbol ketamadunan. Demonstrasi adalah salah satu bentuk daripada cara warga mengekspresi hasrat.
Boleh jadi itu cara paling efektif dan termampu bagi marhaen yang tidak punyai kuasa pemerintahan. Parti BN sebagai contoh pabila jadi pembangkang di Penang, Kelantan dan Selangor, bukan sedikit siri demonstrasi atas kerajaan negeri tersebut. Ia proses normal dan tiada benda pelik berkenaannya bukan?
Semboyan BERSIH 5.0 telah dibunyikan pengerusinya. Ia adalah kesinambungan daripada BERSIH 1.0 (2007), BERSIH 2.0: Walk for Democracy (2011), BERSIH 3.0: Duduk Bantah (2012) dan BERSIH 4 (2015).
Gabungan BERSIH diketahui sedari awal penubuhannya bersama 8 tuntutan supaya pilihan raya dan politik adil, bersih dan telus. Ia bersifat 'apolitical'. Antara reformasi pilihan raya yang signifikan pasca penubuhan BERSIH adalah pelaksanaan dakwat kekal dan peti undi lut sinar.
Pengalaman peribadi, BERSIH 2.0 merupakan pengalaman sulung iaitu ketika aku mula bergelar mahasiswa walaupun pemerhatian awalku sejak di bangku sekolah lagi melalui media-media alternatif ketika itu. Cukup mengujakan sebenarnya sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu tanah airnya untuk menyahutnya. Tambahan pula jaminan PDRM sendiri sebagai pemudah cara acara terbaru ini selari peruntukan APA 2012.
Bagi aku, Himpunan BERSIH adalah sebuah himpunan masyarakat sivil yang benar-benar menterjemah semangat satu Malaysia yang rentas kaum, agama, status sosial bahkan fahaman politik kepartian. Ia sebuah 'Hari Terbuka', 'Hari Keluarga', 'Hari Riadah' terbesar untuk rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Kebenaran ada di luar sana

Posted: 07 Aug 2016 04:23 AM PDT



The X-Files merupakan sebuah drama bersiri seram fiksyen sains yang dilakonkan oleh David Duchovny sebagai Ejen Fox Mulder yang mempercayai perkara paranormal yang sukar dijelaskan dengan sains dan Gillian Anderson sebagai Ejen Dana Scully yang merupakan seorang realistik dan meletakkan sains keutamaan dalam kes X-Files.
imageDrama bersiri ini dihasilkan oleh Chris Carter. Drama bersiri ini sudah menjangkau 10 musim dan mempunyai 208 episod. Rancangan ini bermula pada tahun 1993 sehingga tahun 2002 dan telah dihidupkan kembali pada tahun ini. Tidak lupa juga terdapat dua filem The X-Files telah ditayangkan pada tahun 1998 dan 2009 namun kurang memberi impak kepada penonton.
Walaupun saya lahir pada tahun 90-an, saya masih setia dengan drama ini. Ketika rancangan ini disiarkan, saya masih bertatih dan menyebut beberapa patah perkataan sahaja.
Namun begitu, dengan adanya Internet dan rancangan streaming pada masa ini, saya berpeluang menonton rancangan bersiri ini. Drama ini mempunyai kekuatan sendiri dan mempunyai kesan yang mendalam kepada generasi Y seperti saya. Sarat dengan ilmu sains seperti fizik dan kimia dan konspirasi politik kerajaan, rancangan ini berjaya menarik minat saya untuk memahami jalan cerita tersebut. Kenapa saya memilih The X-Files sebagai drama bersiri yang harus dikupaskan?
Permainan Politik Orang Atasan
The Smoking Man (lakonan William B. Davis) merupakan watak antagonis paling berkuasa dan penuh misteri dalam rancangan fiksyen ini. Watak ini digambarkan telah membunuh John F. Kennedy dan Martin Lurther King Jr. Dia jugalah manusia yang bertanggungjawab menentukan pilihan raya, pasukan mana yang menang dalam permainan sukan dan menghapuskan bukti untuk diketahui orang awam.
Dia bagaikan Tuhan yang menentukan kuasa mutlak kepada manusia. Dia juga merupakan kunci utama kepada konspirasi kerajaan. Dia lebih bahaya berbanding makhluk asing, lebih dashyat berbanding makhluk paranormal yang disiasat oleh Ejen Mulder dan Ejen Scully.
'Saya mencuba meletak diri saya dalam watak tersebut dan melihat dunia ini melalui perspektif watak ini. Lagipun,penjahat tidak berfikir mereka ini penjahat'- William B. Davis bercakap mengenai wataknya.
Yang menarik mengenai watak ini, dia tidak sesekali memandang rendah kepada keupayaan Ejen Fox Mulder untuk mencari kebenaran. Walaupun The Smoking Man digambarkan sebagai watak paling berkuasa dan mempunyai pengaruh, dia juga mengambil langkah berhati-hati supaya agendanya tidak digagalkan.
Saya memandang watak antagonis ini digambarkan seperti Tun Mahathir. Walaupun keluar UMNO, pengaruh dan kuasanya masih mendapat perhatian dalam arena politik. The Smoking Man juga masih mengekalkan kuasa dan pengaruhnya walaupun The Syndicate(kerajaan bayang-bayang) telah musnah.
Saya tidak nafikan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir banyak kemajuan,namun pada ketika itu juga Tun Mahathir menggunakan kuasa politiknya untuk mencapai agenda tertentu.
Hak orang awam untuk mengetahui sesuatu seperti Tragedi Memali disekat. Sama juga dengan tindakan The Smoking Man yang menyekat tindakan Ejen Mulder untuk mengetahui kebenaran. Alasannya, mengelak cetusan panik orang awam untuk mengetahui kebenaran.
Antara Sains, Budaya dan Agama
Read More / Baca Lagi >>

Sudah-sudah lah tegakkan benang yang basah

Posted: 07 Aug 2016 04:21 AM PDT


Sejak beberapa hari lalu, watak-watak dalam UMNO sudah mula 'bertelagah' sesama sendiri dalam menjawab isu "Siapa 'Malaysian Official 1' ?" dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Di Indonesia, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam temubual bersama media televisyen tempatan di sana dengan tegas mempertahankan bahawa "dirinya, Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)" tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
imageSementara di tanah air, ironinya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan lantang pula mengatakan bahawa hasil siasatan hampir setahun pihak DOJ melalui FBI untuk menyita aset yang dipercayai 'dicuri' melalui 1MDB seolah-olah mengatakan bahawa Putrajaya sememangnya telah didapati bersalah.
Semalam, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Majlis Tertinggi UMNO berkata hanya orang bodoh sahaja yang tidak tahu bahawa 'MO1' itu merujuk kepada perdana menteri, tetapi sedikit cerdik apabila kata Najib tak terlibat dalam saman sivil berkenaan.
Namun, kenyataan yang paling boleh mengundang ketawa kita semua adalah datangnya dari tidak lain dan tidak bukan dari Datuk Bung Mokhtar sendiri, apabila beliau berkata tiada siapa pun tahu siapa 'MO1', ia boleh jadi sesiapa sahaja, boleh jadi saya, kita semua.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam dokumen saman setebal 136 muka surat tersebut dinyatakan ciri-ciri 'MO1', antaranya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Riza Aziz dan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara dan 1MDB.
Tidak mungkin rakyat marhaen seperti kita mampu dilabel sebagai 'MO1' yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman berkenaan.
Saman sivil DOJ itu bukan sahaja bertujuan untuk merampas aset-aset curi Riza Aziz dan Jho Low, tapi membawa bersama pelbagai pertuduhan penglibatan 'MO1' dalam usaha terancang individu-individu tersebut menjarah berbilion dolar AS wang rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: "Saya Hanya Mahu MB Letak Jawatan" - Mat Said

Posted: 07 Aug 2016 03:41 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Krisis politik di Terengganu menyaksikan pendirian terbaharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri A(dun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak berminat dengan pilihan raya negeri.

Sebaliknya menurut Ahmad, beliau hanya ingin melihat Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.

"Kerosakan itu telah dilakukan dan Ahmad Razif telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang beliau perlu pergi. Saya tidak mahu pilihan raya negeri tetapi apa yang saya mahu ialah beliau digantikan oleh orang lain," kata bekas menteri besar itu kepada The Star.

Ahmad berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.

"Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya. Mengapa menjadikan mereka mangsa?" soal beliau.

Ahmad berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Sementara itu tinjauan menunjukkan bahawa majoriti daripada orsng rsmsi menentang pilihan raya negeri.

Nor Sakinah Mohd Kadir, 22, berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, dengan mengatakan bahawa sudah ada terlalu banyak menteri besar dalam masa beberapa tahun.

"Ini telah menjejaskan atau mengganggu dasar atau projek-projek pembangunan," kata mahasiswa Diploma Kejuruteraan Kimia itu.

Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Boikot Sidang DUN Hanya Provokasi - Exco

Posted: 07 Aug 2016 03:38 AM PDT


KUALA TERENGGANU:"Ia hanya khabar angin dan satu provokasi pihak tidak bertanggungjawab," itu jawapan yang diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa enam orang exco dijangka memulaukan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang akan bersidang esok.
A Latif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan juga berkata pemulauan berkenaan tidak mungkin berlaku kerana ketika ini kesemua exco berada teguh menyokong kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya yakin ia tidak akan berlaku sebab ketika ini tahap kecintaan kami semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sangat tinggi terhadap Terengganu dan tidak mungkin akan berlaku perkara di luar jangkaan kerana kami tetap bersama MB (Menteri Besar)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di Wisma Darul Iman di sini, Ahad.
Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan akan berlaku 'perkara yang tidak dijangka' pada Sidang DUN esok, beliau mengharapkan tiada perkara luar biasa yang akan berlaku dan Sidang DUN dapat berlangsung seperti biasa.
"Saya menaruh harapan agar Sidang DUN esok dapat berjalan lancar dengan tertib dan kita juga berharap Sidang DUN kali ini akan memberi impak dan kesan yang baik kepada negeri Terengganu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Lepas Iraq, sekarang AS nak bunuh Melayu pula' - Idris Haron

Posted: 07 Aug 2016 02:02 AM PDT

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mendakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada helah politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan orang Melayu.
Idris mempersoalkan kredibiliti DOJ berbuat demikian dengan merujuk pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 serta dakwaan bahawa presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
"Kita nak beritahu Amerika, ini Asia Tenggara, ini Malaysia. Negara kita tanggungjawab kita. Apa kredibiliti Department of Justice itu?
"Serangan ke atas Iraq, (Amerika) kata apa? Ada senjata kimia besar-besaran; senjata kimia yang boleh memusnah dan sebagainya. Sampai mati Saddam Hussein, hari ini satu inci laras senjata kimia pun tak jumpa di Iraq.
"Kau tipu orang Iraq, kau bunuh orang Iraq, sekarang kau nak bunuh pula orang Melayu di Malaysia.
"Tuan puan, kita kena bangkit. Ini tidak lain dan tidak bukan daripada political plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, sebab dia tahu dengan polisi Datuk Seri Najib bawa ini, boleh angkat Melayu dihormati dan disegani satu dunia," ujarnya.
Idris memberikan ucapan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang bagi sayap pemuda, wanita, dan puteri parti itu.
DOJ bulan lalu mendakwa kira-kira AS$ 3 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB. Ia memfailkan saman sivil bagi merampas AS$ 1.5 bilion dalam bentuk aset, yang didakwa hasil pengubahan wang haram melalui sistem kewangan AS.
Sebagai tindak balas, Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali mendakwa tidak ada bukti penyelewengan daripada siasatan yang dilakukan. Bagaimanapun siasatan polis masih berjalan.
Terdapat spekulasi menyebut Najib merupakan individu dinamakan sebagai Malaysian Offical 1 dalam dokumen-dokumen mahkamah terbabit, yang didakwa di antara mereka yang mendapat kelebihan daripada penyelewengan itu.
Najib bagaimanapun secara konsisten menafikan salah laku tersebut, manakala Apandi sebelum ini membebaskan beliau daripada tuduhan itu.

Isu Keling: NGO Gesa Polis Siasat Tun Mahathir

Posted: 07 Aug 2016 01:48 AM PDT

Idris: Ini Masa Terbaik Rampas Selangor Pada PRU14

Posted: 07 Aug 2016 01:42 AM PDT

Zuraida selar 'orang tumpang semangkuk', jawab fitnah isu banyak kereta

Posted: 07 Aug 2016 01:41 AM PDT

Calon-calon UMNO adalah 'rubbish' di Selangor, kata Zuraida

Posted: 07 Aug 2016 01:40 AM PDT

Comments (0)