Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Datuk Paduka Husam Musa Dengan Idea " Politik Baru Di Malaysia "

Posted: 06 Aug 2016 09:58 PM PDT

Oleh Hayar Hassan
Nama Datuk Paduka Husam Musa @ DPHM tentunya sudah tidak asing bagi orang awam Malaysia yang penuh minat mengikuti perkembangan politik Tanah Air khususnya rakyat bumi Kelantan Darul Naim. ADUN Salor ini yang telah menang atas tiket PAS semenjak PRU ke 12 telah diberikan kepercayaan oleh Almarhum TGNA menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa @ Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan mulai 8.3.2008 sehinggalah TGNA meninggal dunia. Sebelum itu, TGNA yang menjawat jawatan MB telah melantik DPHM menjadi Setiausaha Akhbar MB.
DPHM akhir-akhir ini kembali menarik perhatian ramai apabila membuat suatu kenyataan terbuka , agak provokasi dan pedas terhadap survival Kerajaan PAS Kelantan pada Majlis Dailog Dengan Rakyat di Kota Bharu lewat 1Julai 2016 lalu. DPHM meramalkan bahawa PAS akan gagal untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU ke 14 nanti ! Tiada respon segera dari pimpinan PAS Pusat ke atas kenyataan DPHM ini. Adakah mereka terkejut dan cemas ke atas kenyataan DPHM ini ? Walau apa pun kenyataan DPHM itu hampir ada kebenarannya. Pada waktu ini PAS Kelantan sepertinya tiada mempunyai tokoh yang berkarisma untuk menerajui Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Dahulu ketokohan dan karisma Almarhum TGNA lah yang memenangkan PAS dalam setiap PRU ! Ini adalah fakta yang sukar disanggah oleh semua orang.
Setelah dua minggu berlalu, iaitu pada 13 Julai 2016, selepas DPHM membuat kenyataan yang agak kontroversi itu, barulah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man @ DTITM, selaku Timbalan Presiden Pas membuat kenyataan terbuka, mengajak parti-parti pembangkang membuat "Genjatan Senjata " sesama parti-parti pembangkang. DTITM mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama sendiri. Tugas utama parti-parti pembangkang adalah untuk menjatuhkan UMNO/BN. Anjuran DTITM ini telah disambut secara positif oleh semua pimpinan PH. Kita semua berharap ini adalah suatu titik permulaan yang baik untuk kesepakatan parti-parti pembangkang dalam menghadapi PRU ke 14 nanti. Sayangnya saranan DTITM ini tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh lain-lain pimpinan PAS Pusat
Kembali menyorot sosok yang bergelar DPHM ini, di peringkat Parlimen , DPHM telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal mulai 1994 hingga 2004. Ringkasnya sosok tubuh yang bergelar DPHM ini bukanlah sebarangan aktivis dalam PAS. DPHM mempunyai pengalaman yang luas dan komitmen yang tinggi terhadap PAS dan Kerajaan Kelantan Darul Naim semasa TGNA menjadi MB. Beliau dikatakan sebagai "Blue Eyed Boy "@ anak emas TGNA. Beliau suatu masa dahulu dikatakan mempunyai masa depan politik yang amat cerah khususnya untuk warga Kelantan Darul Naim. Akhbar portal popular Malaysiakini.com telah memertabatkan beliau sebagai "Newsmaker of The Year 2003".
DPHM adalah penasihat utama kepada Almarhum TGNA khususnya dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan pembangunan Kelantan. Berbekalkan peribadi yang tidak tercalar, dihormati, disegani oleh semua pihak, tepat dalam mengambil keputusan politiknya, Almarhum TGNA berjaya mengemudi pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim selama 23 tahun. Suatu pencapaian yang luar biasa, memandangkan UMNO/BN sentiasa memasang perangkap dan tipu muslihat untuk mencemarkan intergriti serta kepimpinan TGNA dan seterusnya menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim. Namun impian buruk ini tidak kesampaian sewaktu TGNA masih hidup. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat jika ianya akan berjaya setelah ketiadaan Almarhum TGNA sebagai Menteri Besar dan ketiadaan DPHM dalam barisan kepimpinan Exco Kerajaan PAS Darul Naim
Berbekalkan sekeping ijazah ekonomi daripada Universiti Malaya ( BEc 1980 - 1983 ) , DPHM mula mendekati PAS dengan tekad untuk memberikan sumbangannya kepada kelangsungan politik PAS Kelantan dalam bidang ekonomi dan kewangan. Umum berpendapat bahawa pada waktu itu PAS amat ketandusan orang-orang yang berkelulusan ekonomi dan kewangan. Kebanyakan daripada lulusan-lulusan bidang ini memilih untuk aktif dalam UMNO kerana peluang dan labanya amat besar sekali jika dibandingkan daripada apa yang boleh ditawarkan oleh PAS. Setelah saya amati DPHM adalah antara beberapa orang politikus-politikus pembangkang yang mampu memberikan analisa dan saranan yang bernas berkaitan dengan ekonomi dan kewangan negara. Keupayaan beliau adalah setara dengan YB Rafizi Ramli daripada PKR dan YB Tony Phua daripada DAP. Komen-komen mereka adalah ditunggu-tunggu oleh semua orang. Amat rugi lah bagi PAS yang telah memecatnya. Pada waktu ini orang ramai masih menunggu-nunggu jika ada pemimpin-pemimpin PAS yang mampu berbicara tentang ekonomi, kewangan dan pelaboran yang merupakan nadi kelangsungan ekonomi sesabuah negara.
Read More / Baca Lagi >>

Najib dulu hapus MECD, Tajuddin kini cadang kementerian khas untuk Bumiputera

Posted: 06 Aug 2016 09:56 PM PDT


Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tampil mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kementerian khas bagi membantu ekonomi Bumiputera ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.1 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diseleweng sejak 2009 oleh sekutu-sekutu Malaysian Official 1.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman seperti dipetik dilapor berkata, pada masa ini pelbagai agensi seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera.
"Jadi sudah tiba masanya untuk kita pusatkan agenda tersebut agar pelaksanaannya dapat dilakukan di bawah satu pentadbiran dengan menubuhkan sebuah kementerian baharu supaya usaha tersebut lebih mudah," ujarnya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Segamat semalam.
Untuk rekod Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam Kabinet barunya sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Terdahulu, MECD sejak 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera dengan menterinya yang terakhir ialah Datuk Noh bin Omar.
Keputusan Najib membubarkan kementerian berkenaan dilihat banyak pihak membantutkan pembangunan usahawan serta menjejaskan kira-kira empat juta pertubuhan koperasi dan enam juta ahli koperasi ketika itu.

Parti baharu cabaran besar buat Umno - Dr Ahmad Marthada

Posted: 06 Aug 2016 09:49 PM PDT

Penubuhan parti baharu yang dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bakal memberi cabaran besar kepada Umno selepas ini.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, parti baharu tersebut semestinya menyasarkan ahli dari kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang merupakan kubu kuat Umno buat masa ini.
"Jadi Umno sekarang terpaksa bersaing dengan parti ini yang turut menjadikan kebajikan orang-orang Melayu sebagai agenda utama mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan Pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Dalam pada itu, Marthada berkata, kebanyakan ahli-ahli Umno yang dibuang dan tidak berpuas hati dengan keadaan parti kini dilihat cenderung untuk menyertai pakatan baharu tersebut.
"Ini adalah kerana barisan kepimpinan parti baru itu juga adalah dari kalangan bekas pemimpin besar Umno sebelum ini.
"Dan sudah semestinya mereka akan mengikut jejak bekas-bekas pemimpin Umno tersebut selepas ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Parti Mahathir bukan serpihan dan boleh celakakan Umno, kata Bung Moktar

Posted: 06 Aug 2016 09:44 PM PDT


Parti Mahathir boleh celakakan Umno kata Bung MokhtarParti Mahathir boleh celakakan Umno kata Bung Mokhtar
Parti baharu yang bakal ditubuhkan Tun Mahathir Mohamad tidak boleh dianggap enteng (remeh) atau seolah ia hanya parti serpihan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada Umno. Inilah masanya untuk Umno fokus ke arah memperkuatkan parti supaya beri keyakinan kepada ahli dan rakyatnya.
Malah parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu mampu 'mencelakakan' Umno jika penubuhan parti itu dianggap remeh oleh ahli dan kepimpinan Umno.
Kebimbangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang senada dengan kenyataan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa parti baharu Dr Mahathir mampu bertahan lama dan bergerak jauh.
"Kalau ahli Umno leka, maka kesilapan besar akan berlaku dan Umno bakal 'dicelakakan' oleh parti pembangkang," katanya seperti dilaporkan FMT.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengakui, status parti tertua tidak akan memberi jaminan kepada Umno, parti Melayu itu untuk kekal memerintah.
"Walaupun Umno sebuah parti yang berjaya tetapi sejarah tidak akan membantu Umno untuk terus kekal sebagai pemerintah, kecuali Umno sendiri melibat gandakan usaha ke arah itu," katanya.
Terdahulu kebimbangan sama disuarakan Khairy apabila mengingatkan pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu Dr Mahathir dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Katanya, adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain Dr Mahathir sendiri.
Perkembangan terkini dalam Umno khususnya di Sabah memang jelas kritikal  selepas Datuk Seri Shafei Afdal meninggalkan parti itu.
Di bahagian Semporna kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada Umno bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.
"Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah timbalan ketua bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin Umno Bahagian Semporna.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB tak guna duit rakyat sembang Najib

Posted: 06 Aug 2016 09:43 PM PDT

KUBANG PASU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menggunakan duit rakyat bagi membiayai dan menguruskan hal-hal berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, semua perbelanjaan berkaitan syarikat kerajaan itu adalah menggunakan duit pinjaman daripada bank.

"Masa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kita pakai duit rakyat buat kilang Perwaja, tapi gagal. Kemudian Proton labur banyak duit, guna duit rakyat dan duit pembayar cukai, habis.

"Tapi Najib kata tak mahu guna duit rakyat, keuntungan kita bagi kepada rakyat. Tapi kerja pembangkang adalah membangkang," katanya pada ucapan perasmian Mesyuarat  Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kubang Pasu, di Bustani Hotel, Jitra, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharum yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Temerloh, Pahang.

Mohd Sharkar berkata, perdana menteri juga pernah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB dalam satu temu bual di Indonesia.

"Kita kalau nak tunggu cukup duit baru nak berniaga, sampai bila tak akan berniaga. Jadi kita kena pinjam dengan bank.

"Yang sedihnya kalau sekiranya perkara itu dibesarkan oleh pembangkang tidak apa, tapi ini orang-orang kita (Umno) sendiri. Pertama sekali Tun Mahathir apabila dia lihat Datuk Seri Mukhriz Mahathir kalah tanding Naib Presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Parti Dedak: Hati ahli Umno terluka dengan tuduhan liar....

Posted: 06 Aug 2016 09:39 PM PDT

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan ahli Umno khususnya Wanita Umno Bahagian Shah Alam supaya tidak mengkhianati pemimpin dan perjuangan parti itu.

Menurutnya, ahli Umno perlu membulatkan tekad dan melaungkan sokongan kepada pucuk pimpinan kerana ia adalah azimat yang dipegang dalam parti selama ini.

"Kita hendaklah sentiasa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi, sebulat suara kerana itulah hasil didikan kita. Saya masih ingat lagi, saya diajar untuk taat kepada pemimpin dan itulah kita pegang hingga hari ini," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Shah Alam, di Bangunan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, semalam.

Katanya, ahli Umno mesti berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan perlu memberi ruang serta kepercayaaan kepada kepimpinan.

"Kita mesti percaya kepada hikmah pemimpin-pemimpin kita, tidak ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kerana Umno adalah parti keramat," katanya.

Rosnah berkata, hati ahli Umno cukup terluka apabila melihat bahawa tuduhan terhadap pemimpin dimainkan orang yang begitu dekat dengan parti.

"Kita pernah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada individu itu dan beliau pernah juga menasihatkan kita supaya kekal setia serta taat kepada pemimpin.

"Tetapi bila beliau melepaskan bermacam-macam tuduhan kepada pemimpin tertinggi parti, pastinya hati kita terluka," katanya.

Dalam perkembangan sama, Rosnah begitu kagum dengan semangat Wanita Umno.

"Apa yang mengagumkan kita adalah semangat Wanita Umno, bukan sahaja semangat setianya, tetapi semangat kerja mereka yang cukup luar biasa.

"Ketua Wanita Umno bahagian dan kepimpinan dapat mempertahankan Umno serta meyakinkan rakyat walaupun dengan permasalahan yang berlaku. Saya cukup bangga dengan rentetan program yang dilaksanakan tanpa jemu," katanya.

Beliau turut menyarankan kepada Wanita Umno Bahagian Shah Alam terus memainkan peranan sebagai pendengar setia kepada masyarakat.

"Saya percaya mereka memerlukan ruang untuk menyatakan isi hati, ada yang marah sahaja, namun harus ditelan sebagai pemimpin, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk menjernihkan keadaan.

Read More / Baca Lagi >>

Fasa SRC: Perkara belum selesai dalam skandal 1MDB

Posted: 06 Aug 2016 09:31 PM PDT

Pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bulan lalu bahawa ia telah merampas kira-kira AS$ 1 bilion aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB menandakan satu peristiwa penting dalam mendedahkan skandal global itu.
Ini kerana buat pertama kali jejak yang lengkap dan terperinci mengenai wang yang disalahgunakan telah diletakkan dalam rekod awam.
Dalam kenyataan 136 mukasurat, DOJ menggariskan bagaimana AS$ 3,657 bilion (RM14.7 bilion) telah dicuri dari 1MDB dalam tiga fasa, yang disebut sebagai fasa Good Star, fasa Aabar-BVI dan fasa Tanore.
Bagaimanapun, penyiasat Switzerland seawal Januari tahun ini telah merujuk kepada empat fasa dan meletakkan jumlah keseluruhan yang disalahgunakan kira-kira AS$ 4 bilion (RM16 bilion).
Dalam satu kenyataan meminta bantuan bersama Malaysia pada 29 Januari, Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland menyifatkan tiga daripada empat komponen itu seperti 'PetroSaudi', 'Genting / Tanjong' dan 'ADMIC'.
Ini pada dasarnya sama dengan fasa disebut oleh DOJ.
OAG menamakan jejak wang itu berdasarkan syarikat yang terlibat dalam urus niaga perniagaan dengan 1MDB tetapi telah digunakan bagi pengubahan wang haram sedangkan DOJ menggunakan nama entiti luar pesisir di mana wang itu kemudian dialihkan.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Hayat politik Razif seperti Nizar?

Posted: 06 Aug 2016 09:28 PM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SITUASINYA sama seperti ketika Dato' Seri Mohammed Nizar Jamaluddin menerajui Perak pasca kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2008.
Kini, Terengganu mengalaminya buat kali ketiga, selepas kejutan berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pertengahan tahun ini.

Kedah telah bertukar kemudi, Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu yang menggantikan Dato' Ahmad Said pula diganggu oleh orang yang digantinya di kedudukan nombor satu negeri itu. Mukhriz mengikut jejak langkah Nizar, namun Mukhriz untung kerana tidak dijatuhkan secara tidak terhormat dengan 'pelarian' kerusi, dan kini Nizar pula membawa kerusi PAS kepada PAN.
Adapun Ahmad Razif yang bertahan kerana dipertahan Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat semacam sukar dijatuhkan walaupun percubaan Ahmad said sebenarnya suatu yang sangat menggugat.
Andai usulnya diluluskan dengan permainan regu konco yang baik, maka Ahmad Said telah dengan mudah mematikan hayat politik Ahmad Razif yang lebih junior berbanding Ahmad Said.
Tanggal 8 Ogos ini Dun Terengganu akan bersidang.
Tidak sampai pun hari persidangan, akhbar mula melaporkan kegemparan yang bakal berlaku. Mahu tidak mahu, sumber dalaman Umno di Terengganu mengakui adanya usaha beberapa Adun dan pimpinan yang kurang selesa dengan Ahmad Razif sedang merancang sesuatu.
Apatah lagi sidang Dun akan sentiasa mendapat perhatian, sama ada media, pemerhati politik mahupun pemimpin itu sendiri.
Sumber dalaman Umno menyebut, Ahmad Razif bakal sekali lagi berdepan cubaan di Sidang Dun mungkin melalui watak yang sama yang kini sedang berusaha mendapatkan sokongan Adun BN yang kurang selesa dengan pentadbiran Razif.
Dalam masa yang sama kata sumber itu, Ahmad Razif telah menyediakan 'wall' yang lebih ampuh dengan campur tangan Najib khasnya berdepan dengan pihak yang berpengaruh.
"Ahmad Razif tahu pihak tertentu sedang menunggu dan menanti masa dia leka, dan tidak bersedia, maka Ahmad Razif memasang 'konco' dalam kelompok penentangnya agar akses maklumat segera diperolehi.
Read More / Baca Lagi >>

MUSIM PEMIMPIN UMNO MENGAUTAKAN ORANG MELAYU

Posted: 06 Aug 2016 08:07 PM PDT

Daripada 1 Ogos hingga 15 September depan, semua UMNO bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing. Pemimpin tertinggi UMNO, khususnya yang berjawatan menteri dan timbalan menteri akan bertebaran pada setiap hujung minggu untuk melakukan perasmian di sana sini.

UMNO bahagian yang  tertentu pula, mungkin bernasib baik dapat menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikannya.

Selain kehadiran pemimpin itu bertujuan untuk melakukan perasmian, udang di sebalik batunya ialah untuk menonjolkan kepimpinan dan meraih undi bagi pemilihan UMNO yang akan datang. Ada yang ingin mengekalkan jawatan, ada juga yang mahu naik lebih tinggi daripada jawatan sekarang.

Maka, ucapan bercorak mempertahankan Melayu dan mengecam Cina adalah lumrah yang biasa kedengaran. Tun Mahathir yang akan menubuhkan parti baru serta mereka yang keluar UMNO, pasti sekali akan menjadi kecaman ramai kali ini.

Dalam masa yang sama, UMNO akan digambarkan sebagai parti yang terbuka, sedia menerima kritikan, manakala yang meninggalkan parti dilabel sebagai penderhaka kepada Melayu.

Oleh kerana tahun ini juga panas dengan isu saman Jabatan Kehakiman AS, isi-isi ucapan akan dilebarkan lagi kepada mengajak orang Melayu untuk mempertahankan negara daripada campurtangan negara asing.

Memandangkan pemimpin yang bercakap itu memakai baju Melayu, bersongkok dan lengkap bersampin, malah ada juga memakai tengkolok, maka bertepuk soraklah yang mendengarnya seolah-olah mereka itulah penyelamat Melayu.

Sedarlah wahai Melayu, sebenarnya mereka itulah pengauta Melayu.

Di sebalik bercakap berkenaan Melayu, menjaga Melayu, hak Melayu mesti dipertahankan dan sebagainya, siapakah di antara pemimpin-pemimpin Melayu tersebut yang tidak ada tauke Cina di belakang mereka?

Siapakah yang menjadikan tanah rizab Melayu semakin pupus sejak puluhan tahun lalu?

Siapakah yang menjual IPP, tanah 1MDB, memberi kontrak berpuluh ribu juta kepada negara China serta tunduk kepada kemahuan Singapura dalam beberapa perkara yang mahu dilakukan di negara sendiri?
Read More / Baca Lagi >>

Cakap Rahman Dahlan 'hanya orang bodoh tak tahu MO1' diserang netizen

Posted: 06 Aug 2016 07:48 PM PDT


Hanya orang bodoh tak tahu MO1 kata Abdul Rahman DahlanHanya orang bodoh tak tahu MO1 kata Abdul Rahman Dahlan
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," ujar Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan malam tadi.
Bagaimanapun, kenyataan Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong itu hanya mengundang 'serangan' netizen.
Lebih mengundang kritikan pengguna Facebook apabila ahli Majlis Tertinggi Umno tersebut menafikan Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) itu sebagai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kalau tak Najib MO 1 (Malaysian Official 1), siapa lagi? Hanya orang bodoh sahaja yang tidak tahu macam Rahman Dahlan," bidas Annuar Salleh.
Pengguna Facebook, Ishak Majid pula berkata, "macam cakap kat diri sendiri je" manakala Low Kam Fai menulis, "Percubaan yang baik tetapi langsung tidak masuk akal dan buat kamu (Rahman Dahlan) kelihatan bodoh atau terencat."
Sementara itu, Lee Sau Min berpendapat panggilan Malaysian Official 1 merupakan ganti nama seseorang yang berkuasa atau berautoriti dalam menentukan sesuatu keputusan.
"Ganti nama sering digunakan untuk menunjukkan kedudukan, kuasa dan peranan," jelasnya lagi.
Tidak kurang 'tajamnya', apabila Anjang Aki menganggap kenyataan Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menjejaskan nama baik kalangan guru yang mendidiknya sebelum ini.
"Jawapan dan penjelasan yang begitu dangkal dan dungu, maka sudah diketahui taraf mana minda dan kecerdikan Rahman Dahlan ini. Sayang, memalukan guru-guru yang pernah mengajarnya dulu," tegasnya.
Dokumen undang-undang yang diumumkan oleh Peguam Negara AS, Loretta Lynch pada 20 Julai lalu memaklumkan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia dan memegang jawatan yang berkuasa dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Hanya PRN boleh selesai kemelut

Posted: 06 Aug 2016 05:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Situasi politik Terengganu yang kini dilihat semakin meruncing dan merimaskan rakyat hanya boleh diselesaikan dengan PRN.
Pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hamdan Aziz berkata, tiada jalan lain selain PRN memandangkan penyebab kepada permasalahan utama ialah kerusi yang sedikit yang dimiliki Umno dan BN dalam PRU13.
Hamdan Aziz "Memang tiada jalan lain sebagaimana yang disebutkan menteri besar (Ahmad Razif Abd Rahman) sendiri, 'ibu' segala pergolakan ialah disebabkan kerusi yang sedikit yang dimiliki Umno dan BN. Sebab itulah peluang itu digunakan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said kerana beliau adalah 'pemegang' kepada 'kunci' permasalahan tersebut.
"Sekiranya menteri besar sekarang terus pegang tampuk pemerintahan, akan timbul lagi masalah dan masalah yang lain. Jika Datuk Seri Ahmad Said keluar dengan membawa seorang lagi pengikut, situasi tidak sulit, Pas akan terus memerintah. Kalau dia (Ahmad Said) sahaja yang dipecat atau keluar, akan jadi 16-16 kerusi.  Masalah tidak juga akan selesai," katanya.
Selain PRN, katanya, usul undi tidak percaya juga tidak akan membantu menyelesaikan kemelut politi dan masalah dalaman Umno Terengganu.
"Sekiranya ada notis usul undi tidak percaya kepada Speaker Dun, masalah ini juga tidak dapat diselesaikan kerana ia perlu dapatkan sokongan majoriti. Perlu diingat bahawa  orang Pas akan sokong pendapat Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini jelas mengatakan beliau tidak akan sokong usul undi tidak percaya," katanya.
"Dengan itu, sistem perjalanan pemerintahan negeri masih juga tidak akan stabil malah kemelut ini dilihat akan semakin merimaskan rakyat walaupun sebenarnya ia tidak pun melibatkan semua," katanya.
Menurut Hamdan, sekiranya diadakan PRN, Umno dan BN tidak semestinya akan menang dengan mudah atau memperoleh majoriti selesa berdasarkan beberapa faktor termasuk pengaruh pengundi muda yang celik IT di negeri ini.
"Berdasarkan situasi politik sekarang, liabiliti (bebanan) dilihat berada di pihak Umno dan BN tetapi 50-50 sebab Pas pun ada pesaing terdekat iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).
Tetapi sokongan akar umbi Amanah dilihat tidak begitu menyerlah kerana kebanyakan akar umbi amanah terdiri dari golongan kelas pertengahan dan kelas atasan.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Ahmad Razif yakin tiada usul undi tidak percaya esok....

Posted: 06 Aug 2016 04:42 PM PDT

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyatakan keyakinan tidak akan ada usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang Dun, Isnin ini.

Menjelaskan perkara itu, beliau sekali lagi menegaskan krisis yang berlaku di negeri itu seperti ribut di dalam cawan.

"Ini berlaku di mana-mana. Saya rasa tidak ada apa yang perlu ditimbulkan lagi kerana saya yakin dan percaya tak ada apa-apa.

"Saya rasa kita jangan bimbang. Keadaan di Terengganu begitu stabil dan insya-ALLAH bahawa dewan (Dun) tidak ada perkara luar biasa dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Anok Tranung di Perantauan, semalam.

Menurutnya, perkara lebih penting buat negeri itu adalah menjayakan pembangunan.

"Saya nampak kita ada peluang bina jaringan berkaitan dengan pelancongan," katanya.

Diasak adakah beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku, Ahmad Razif berkata tidak ada masalah kerana sering bertemu dengan Najib.

"Jadi saya rasa tak ada apa-apa. Saya beri keyakinan pada Najib bahawa tak ada apa-apa masalah dan terkawal.

"Biasalah suami isteri ada berlaku sedikit ketegangan apatah lagi adik beradik. Ini perselisihan adik beradik sahaja yang tak ada apa-apa, malah ia akan menguatkan lagi solidariti dan boleh diselesaikan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Masih ada harapan dalam negara ini - TMJ

Posted: 06 Aug 2016 04:28 PM PDT


Masih ada harapan dalam negara ini - TMJ


KUALA LUMPUR: Walau berdepan dengan pelbagai tohmahan dan cabaran yang melanda negara, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat jelata agar tidak berputus asa.

Beliau mahu rakyat agar terus berjuang, malah menurutnya segala yang berlaku bukan satu pengakhiran buat negara ini.

"Beritahu anak-anak anda agar belajar rajin-rajin, bekerja dengan rajin. Masih ada harapan buat Malaysia untuk menjadi negara yang hebat. Ini bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan.

"Pada akhirnya nanti anda akan faham, kekuatan negara ini bukan datang daripada kami, tetapi daripada anda rakyat Malaysia. Rakyat adalah kekuatan negara," katanya.

Pertemuan dengan PM penting demi negara - TMJ

Posted: 06 Aug 2016 04:27 PM PDT


Pertemuan dengan PM penting demi negara - TMJ


KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berbincang mengenai penambahbaikan masa depan negara dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Ogos nanti.

Ia berkait rapat dengan faktor duluan yang akan timbul sekiranya pemimpin yang ada sekarang sudah tiada dan meninggalkan acuan kepimpinan yang akan diikuti pemimpin berikutnya.

"Ada beberapa perkara peribadi yang saya ingin bincang bersama beliau kerana, saya tidak bimbangkan waktu pemerintahan beliau sekarang, apa yang saya bimbangkan adalah apabila beliau sudah tiada.

"Jika kita membuat keputusan yang salah, kita akan tetapkan satu duluan yang akan menyambung keputusan yang salah yang telah dibuat.

"Jadi, ideanya adalah membuat keputusan yang betul sekarang demi kemajuan negara di masa hadapan," katanya.

Baginya, kedudukan ahli kerabat diraja bukan untuk menentang mana-mana sistem, tetapi untuk berkongsi pandangan demi kebaikan masa depan negara.

Beliau berkata demikian dalam episod kedua temubual eksklusif rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.

'Perang' Dua Ahmad, MB Terengganu Tolak Dakwaan Sabotaj Pilihan Raya

Posted: 06 Aug 2016 04:25 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Perbalahan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said semakin rancak menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditunggu-tunggu pada Isnin ini.

Ahmad Razif pada Jumaat menafikan dakwaan sabotaj dan "rampasan kuasa" semasa pilihan raya umum lepas untuk melemahkan Ahmad yang ketika itu adalah menteri besar.

"Adalah tidak masuk akal untuk menuduh saya sabotaj atau mengadakan rampasan kuasa bagi menggulingkan menteri besar dengan kuasa saya yang terhad pada ketika itu. Mengapa saya akan berbuat demikian?

"Saya hanya seorang calon pilihan raya pada masa itu dan memberi tumpuan untuk memenangi kerusi saya sendiri di Seberang Takir," katanya.

Ahmad Razif berkata Ahmad hanya perlu menerima tanggungjawab dan bukannya cuba untuk menyalahkan orang lain.

Ahmad yang menjadi duri dalam daging bagi pentadbiran Ahmad Razif telah menyalahkan menteri besar itu berikutan prestasi buruk Terengganu pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi hanya 17 kerusi berbanding 14 oleh PAS dan satu lagi oleh PKR.

Perbalahan lisan antara kedua-dua Ahmad itu telah menambah kepada spekulasi kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan di Terengganu.

Ahmad mendakwa Ahmad Razif tahu mengenai rampasan kuasa untuk menggulingkannya sebagai menteri besar.

Ahmad juga mendakwa bahawa Ahmad Razif telah bertemu beliau untuk memberitahu mengenai rampasan kuasa selepas pilihan raya umum dan mengulangi permintaan agar menteri besar itu perlu meletak jawatan.

Sementara itu di pihak Ahmad Razif, beliau telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin terdahulu apabila mengeluarkan kenyataan menunjukkan bahawa Ahmad adalah penyebab atau "ibu segala masalah" yang menyebabkan BN hampir kalah di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

Pada 2008 BN menang 28 daripada 32 kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Penyu: Buang Ego Kalau Benar Sayangkan Parti, Pesan Veteran Umno Terengganu

Posted: 06 Aug 2016 04:22 PM PDT


KEMAMAN: "Kalau benar sayangkan parti...bertenang, cukup-cukuplah menyalahkan sesama sendiri, selesaikan secara baik, ketepikan ego masing-masing."
Ia pesanan beberapa veteran Umno kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berhubung kemelut terbaharu yang melanda politik Terengganu.
Ketika ditemui Bernama, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali berpendapat perbincangan merupakan penyelesaian terbaik, malah beliau berharap Ahmad memberi peluang kepada Ahmad Razif mentadbir negeri mengikut cara tersendiri dengan dibantu barisan Exco dan Umno negeri.
"Bantulah beliau (Ahmad Razif) mentadbir dengan baik. Jika beliau tidak mendapat bantuan daripada lain-lain, takkan berjaya. Beliau baru sahaja memegang pentadbiran selama dua tahun. Tolonglah beliau...ini tiba-tiba baru sahaja ambil alih dah diminta itu ini," kata Abu Bakar, yang menceburi bidang politik sejak 1970 dan menjadi Adun Kemasik bermula 1986 selama lima penggal.
"Masing-masing diberi peluang mentadbir. Setelah tamat giliran kita, berilah peluang untuk pengganti melaksanakan tanggungjawab pula. Andai kita asyik mecari silap dan mengheret persengketaan, siapa yang rugi?," tegasnya.
Bekas Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang mempunyai pendapat sama, berkata langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukanlah mudah kerana ia perlu melibatkan Istana dan imej kepimpinan parti.
"Seboleh-bolehnya biarlah sokongan padu terus diberi kepada Ahmad Razif dan inilah masa untuk bersatu padu bukannya mencari salah sesiapa," kata Rosol yang dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat Dan Pakatan Harapan ,Persamaan Dan Perbedaan

Posted: 06 Aug 2016 04:19 PM PDT

Oleh Hayar Hassan

Mengikut sejarahnya Pakatan Rakyat@PR telah direalisasikan pada tahun 2008 oleh beberapa tokoh pemimpin PAS,PKR dan DAP pada 1 April 2008 . PR kemudiannya  menyertai PRU ke 12 dan ke 13. Prestasi terbaik PR adalah dalam PRU ke 13. PR mempunyai 89 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi parlimen.. PR juga mempunyai 239 kerusi DUN daripada 576 keseluruhan kerusi DUN. Di samping itu, PR mampu menghantar 8 ahli-ahlinya ke Dewan Negara. PR juga meraih undi popular 51.0 % daripada keseluruhan undi. Ini bermakna PR lebih popular daripada BN. PR juga masih mampu menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen.  Itu lah kenangan yang amat manis buat pemimpin dan penyokong-penyokong PR !

Namun begitulah putaran kejadian alam ini, sesuatu yang bermula pasti akan menemui penghujungnya. PR telah berkubur pada 16 Jun 2015. PR hanya dapat bertahan selama sekitar lebih kurang 7 tahun. Banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan PR tidak dapat bertahan lama seperti BN. Kebanyakan daripada kita sudah maklum akan faktor-faktor tersebut.

Namun demikian, pimpinan PKR, DAP dan golongan Anwarinas dalam PAS tidak berlarut-larut dalam kesedihan apabila PR berkubur. Barang yang lepas tak perlu dikenang, biarkannya berada dalam lipatan sejarah sahaja. Kita hanya perlu mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi. Pastinya semua kejadian itu ada hikmahnya.  

Setelah 3 bulan masa berlalu, Pakatan Harapan@PH berjaya ditubuhkan pada 22 September 2015. Keanggotaannya tetap daripada parti-parti pembangkang utama, cuma PAS tetap memilih untuk bersendiri membentuk apa yang dikatakan Blok ketiga. Tempat PAS telah diambil oleh Parti Amanah Negara@Amanah. Walau pun PAS telah dijemput bersama, namun undangan itu tetap dipandang sepi oleh pimpinan PAS terkini. Biarkan lah  PAS dengan sikapnya yang suka bersendirian dan Kepimpinan Ulamaknya. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Semua orang boleh memilih caranya sendiri dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan  Persekutuan.

Hanya selepas 7 bulan penubuhan PH, ujian kesepakatan dan kerjasama PH diuji dengan PRN Sarawak. Ternyata BN  mengambil manafaat daripada terkuburnya PR apabila membubarkan DUN Sarawak.  Dalam kedaan yang singkat dan perbedaan kesefahaman yang belum kuat lagi antara pimpinan PH Semenanjung Malaysia dan pimpinan parti-parti pembangkang Sarawak, PRN Sarawak tetap diadakan. Ternyata, PRN Sarawak tidak memperlihatkan kesepakatan yang mantap antara PH dan parti-parti pembangkang Sarawak. Banyak berlaku pertandingan pelbagai penjuru antara parti-parti politik pembangkang Sarawak. Lebih malang lagi ada juga terjadi pertembungan antara parti-parti dalam PH itu sendiri. Hujung-hujungnya BN menang penuh bergaya dalam PRN Sarawak dan tetap mempunyai majoriti 2/3.

Tidak lama selepas PRN Sarawak, berlaku lagi 2 PRK di Semenanjung Malaysia yang juga dimenangi oleh BN. Ternyata BN akan terus memenangi setiap PRK atau PRN kalau parti-parti pembangkang tidak bersatu. Pertandingan 3 penjuru akan menyebabkan BN menang mudah. Itulah sifirnya.  Dalam hal ini BN akan sentiasa berusaha keras untuk terus memperalatkan mana-mana parti pembangkang yang kurang cerdik agar pertandingan 3 penjuru tetap terjadi untuk kawasan Parlimen atau DUN yang dimenangi oleh parti pembangkang dengan majoriti yang tipis.

Apakah wajar sebuah parti politik pembangkang yang sudah lama wujud terus diperalatkan oleh UMNO/BN?
Read More / Baca Lagi >>

Azmin says Umno is major culprit in Malay reserve land grab

Posted: 06 Aug 2016 04:03 PM PDT

Najib: We now have a Selangor team and let's start working

Posted: 06 Aug 2016 04:03 PM PDT

Najib says BN has found new candidacy formula for GE14

Posted: 06 Aug 2016 04:02 PM PDT

Najib purportedly slams Tun M for inconsistency

Posted: 06 Aug 2016 04:02 PM PDT

Najib: What failed nation?

Posted: 06 Aug 2016 04:02 PM PDT

Najib PM paling tertekan di dunia, ampu Rahman Dahlan

Posted: 06 Aug 2016 03:57 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri yang paling tertekan di dunia, kata pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Sejak dia memegang jawatan (pada tahun 2009), beliau menjadi perdana menteri yang paling tertekan di dunia.
"Kenapa, kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak mahu menggunakan otak mereka. Mereka hanya menggunakan emosi.
"Ini politik yang merosakkan. Itulah sebabnya kita tertekan sepanjang masa. Tetapi, Najib bersabar, berani dan sentiasa tersenyum," katanya.
Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, beliau berkata Najib telah menjaringkan 15-0 terhadap pesaing beliau.
Beliau memetik ahli-ahli parlimen, menteri-menteri kabinet, parti-parti komponen BN, ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno, Umno Bahagian, sayap Umno, penjawat awam, polis, tentera malah raja-raja juga bersama Najib.
"Untuk mengalahkan Najib, mereka (pembangkang) terpaksa melakukan dakwaan berulang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Umno Bahagian Kepong.
"Kadang-kadang kita meminta pemain import untuk mengalahkan pemain negara kita. Ini bahaya. Jika pemain import datang, maka akan hancur," katanya.
Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud berkata Pemuda Umno diajar untuk mempertahankan negara dari unsur-unsur asing, tanpa mengulas lanjut.
"Kita tahu mereka (kuasa asing) mempunyai campur tangan kasar dan lembut. Jika (mereka) mahu kasar, pergi ke Mesir, Afghanistan, Syria, Lebonon, Iraq dan Iran; jika (mereka) mahu lembut, datang ke Malaysia," katanya.
"Mereka akan menggunakan rakan-rakan di mana sebahagian daripada mereka berusia lebih 90 tahun, yang harus bersara daripada politik," katanya.
Beliau kemudian meminta pengkritik Najib bersikap 'gentlement' dengan mengalahkannya dalam pemilihan parti.
"Memang benar bahawa Dr. Mahathir Mohamad, 1MDB dan Jabatan Kehakiman adalah isu-isu kepada kami, kami akan menyelesaikannya satu demi satu," katanya.

Skandal 1MDB: 'Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1, tapi Najib tak terlibat' - Abdul Rahman Dahlan

Posted: 06 Aug 2016 03:56 PM PDT

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adlah bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai identiti MO1 kerana sesetengah pihak mendakwa MO1, yang disebut 36 kali dalam dokumen mahkamah DOJ, sebenarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah mereka yang sudah biasa dengan isu itu dan membaca dokumen mahkamah akan tahu siapa yang MO1.
"Soalan yang paling penting ialah mengapa mereka meletakkan Malaysian Official 1 (dalam kertas mahkamah dan bukannya terus menamakannya)?
"Malaysiakini tak tanya, mereka hanya tanya siapa MO1. Mengapa mereka (DOJ) tidak menamakan dia tetapi nama MO1 ...?
"Sebab mengapa orang itu tidak dinamakan sebagai Najib adalah kerana beliau tidak terlibat atau sebahagian daripada siasatan," katanya.
DOJ hanya menggunakan ini bagi merujuk mengenai seseorang kerana menamakan beliau tidak akan berlaku adil kepadanya, katanya.
"Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa Najib bukan di kalangan orang-orang yang disiasat," katanya.
"Mereka menggunakan nama samaran kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan dan ini adalah satu perkara yang baik," katanya.
Rahman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong malam tadi.

Politik Penyu: Terengganu kini berat nanang

Posted: 06 Aug 2016 03:49 PM PDT

Nampaknya selepas diberi jawatan timbalan exco, Datuk Ahmad Said mungkin rasa 'dihina' oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Jadi mungkin beliau cuba 'mengusik' semula penggantinya itu termasuk mendakwa Ahmad Razif telah menandatangani dan menyerahkan medan telaga minyak Bertam di perairan negeri itu dan 1MDB.
Bagaimanapun ia dinafikan Ahmad Razif.
Ahli Dewan Undangan Kijal yang juga dikenali Ahmad Said Nelang itu nampaknya sekali lagi cuba mengocakkan keadaan selepas berbuat demikian baru-baru ini dengan mendakwa Ahmad Razif tidak layak menjadi MB.
Beliau juga mengugut akan keluar UMNO dan menyertai Pas tetapi hari ini Ahmad Said menafikannya pula.
Pada kedudukan 17 kerusi BN, 14 kerusi Pas dan satu PKR - kedudukannya memang bahaya. Jika Ahmad Said dan dua lagi ADUN lain jadi wakil rakyat bebas ia bermakna kedudukan kerusi BN akan sama dengan Pas.
Jika itu berlaku maknanya pilihan raya negeri (PRN) perlu dilakukan sebagai jalan terbaik tetapi risiko kerajaan negeri ditawan Pas agak cerah.
Hendak-hendak dalam keadaan Pas kini sudah tidak lagi bersama DAP dan presidennya anak tempatan yang memungkinkan apa sahaja di negeri itu.
Pas pun pernah menjadi kerajaan negeri dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menjadi MB Terengganu.
Jadi macamana sekali pun, jika Ahmad Said keluar UMNO dan tidak bersama Pas pun Pas akan mendapat kelebihan.
Itu sebab Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal lagi menyatakan kesediaan merampas semula Terengganu.
Malah Pas cuba menaikkan kemarahan dengan mencabar Ahmad Said keluar UMNO daripada bercakap pom pam pom pam sahaja.
Bagi Pas jika ada dua negeri di bawahnya, Pas akan lihat lebih mantap terutama di depan Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun ramai melihat tidak sesuai mengadakan PRN memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah hampir dan melibatkan kos yang tinggi.
Ahmad Razif juga berpendapat yang sama tetapi jika berlaku BN sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Beliau juga meletakkan segala kekusutan yang berlaku di Terengganu kepada Ahmad Said kerana pada zaman bekas MB itu BN negeri kalah teruk pilihan raya umum.
Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13.
Fakta tetap fakta. Kesimpulannya kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yg di tinggalkan oleh MB lama, katanya baru-baru ini.
Tetapi tiba-tiba sekarang Ahmad Said mengaku menjadi 'penyelamat' pula bukannya membantu memperkuatkan BN negeri.
Menurut Ahmad Razif, faktor jawatan MB adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukan boleh diminta sesuka hati.
Realiti di sini bermakna perlu segera ada bantuan daripada pimpinan atasan UMNO supaya menyelesaikan perkara itu secara tegas dan orang seperti Datuk Seri Ahmad Shabery Chek dan Datuk Seri idris Jusoh perlu campur tangan kerana mereka anak negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)