Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bung Moktar beri amaran, parti baharu Dr M mampu ‘celakakan’ Umno

Posted: 05 Aug 2016 09:51 PM PDT

Ahli Parlimen Kinabatangan itu akui, walaupun Umno sebuah parti tertua namun ia tidak memberi jaminan kepada parti Melayu itu kekal memerintah.
Bung Moktar Radin
PETALING JAYA: Parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad mampu 'mencelakakan' Umno jika penubuhan parti itu dianggap remeh oleh ahli dan kepimpinan Umno.
Kebimbangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang senada dengan kenyataan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin bahawa parti baharu Dr Mahathir mampu bertahan lama dan bergerak jauh.
"Parti baharu Tun Mahathir tidak boleh dianggap enting (remeh) atau seolah ia hanya parti serpihan dan tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada Umno. Inilah masanya untuk Umno fokus ke arah memperkuatkan parti supaya beri keyakinan kepada ahli dan rakyatnya.
"Kalau ahli Umno leka, maka kesilapan besar akan berlaku dan Umno bakal 'dicelakakan' oleh parti pembangkang," katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengakui, status parti tertua tidak akan memberi jaminan kepada Umno, parti Melayu itu untuk kekal memerintah.
"Walaupun Umno sebuah parti yang berjaya tetapi sejarah tidak akan membantu Umno untuk terus kekal sebagai pemerintah, kecuali Umno sendiri melibat gandakan usaha ke arah itu," katanya.
Terdahulu kebimbangan sama disuarakan Khairy apabila mengingatkan pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu Dr Mahathir dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Katanya, adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain Dr Mahathir sendiri.

Jangan leka dengan penubuhan parti baharu Dr M - Pemuda Umno

Posted: 05 Aug 2016 07:49 PM PDT

Adalah terlalu angkuh untuk mengambil mudah penubuhan parti baharu yang ditunjangi nama-nama besar seperti Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
khairy
SEPANG: Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan lama…itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.
"Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan majoriti orang Melayu berbanding UMNO," katanya.
Berucap semasa menutup Persidangan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sepang di sini, malam tadi Khairy berkata keadaan mungkin berubah jika parti yang akan ditubuhkan itu membawa agenda lebih besar kepada negara, bukannya semata-mata untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
Beliau berkata hasrat parti yang dikatakan bakal diterajui Muhyiddin itu, bertujuan menarik sokongan dari kalangan penyokong dan anggota UMNO bagi menjayakan agenda menjatuhkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda selaku benteng hadapan parti.
Selagi Presiden tidak membuat perkara yang salah, selagi memegang amanah
dengan baik, tanggungjawab kita sebagai orang muda di dalam parti adalah untuk
mempertahankan institusi presiden dan kepimpinan parti yang dipilih secara
demokratik, katanya.
Khairy sekali lagi menegaskan bahawa anggota dan Pemuda UMNO tidak perlu risau digelar 'macai', 'balaci' atau lain-lain gelaran negatif dalam peranan mempertahankan parti dan Presiden kerana ia merupakan tugas yang perlu dilalui selaku jentera parti.
Read More / Baca Lagi >>

KEMELUT TERENGGANU: PAS TAMAK HALOBA, AHMAD RAZIF PERNAH SABOTAJ UMNO?

Posted: 05 Aug 2016 05:35 PM PDT

Jalan masih terbuka luas untuk mengelakkan kerajaan Barisan Nasional (BN) gugur walaupun bekas Menteri Besar mengancam keluar UMNO dalam kemelut politik ketika ini.
Biarpun dia membuat ancaman sedemikian, hati Datuk Seri Ahmad Said masih tetap dengan UMNO dan dia sayangkan UMNO.
Jangan cepat buat keputusan dengan kenyataannya.
Memanglah nampak dari luar dan menyedapkan analisis, The Star Online boleh mengatakan krisis UMNO Terengganu semakin meruncing malam tadi apabila Ahmad Said mengancam untuk keluar parti.
Beliau dikatakan akan bekerjasama dengan PAS, malah The Star Online malam tadi melaporkan bekas Menteri Besar itu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kijal sudah memberi memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.
Lihat dalam konteks pertikaian mereka berdua dan jangan melihat antara Ahmad Said dengan UMNO.
Walaupun ada pihak dalam UMNO sendiri selain Menteri Besar  yang mengecam Ahmad Said dengan mengatakanAhmad Said sebagai punca utama menyebabkan berlakunya kemelut politik dan kepemimpinan negeri, itu bukan halangan untuk mengatasi krisis.

Sokongan kepada Ahmad Razif pada waktu ini oleh Bahagian UMNO juga tidak matang kerana ia bukan membabitkan parti tetapi personaliti.


Benarkah ADUN Kijal itu hilang budaya hormat kepada ketua seolah-olah menjadi wakil pembangkang?

Yang penting semua pihak perlu mencari jalan agar UMNO dan BN dapat diselamatkan - bukan Ahmad Razif atau Ahmad Said - dalam keadaan terdekat demi menjamin kerajaan BN negeri akan mampu terus memerintah dengan beberapa penyesuaian.
Inilah waktunya UMNO dan BN menguji kebijaksanaan dan kewarasan kepimpinan pusat sama ada Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Putrajaya.
Melainkan jika UMNO dan Putrajaya merasakan cara keluar sudah tiada dan meminta perkenan diadakan pilihan raya negeri (PRN) maka kemungkinan berlakulah ia.
Sangat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam bahawa  kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dalam memelihara kestabilan politik negeri itu akan membolehkan BN kekal memerintah "sekurang-kurangnya" sehingga pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau tidak nampak masalah di Terengganu itu sesuatu yang tidak dapat diselesaikan.

"Saya harap kepimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak terjebak dengan permainan politik luaran atau ahli politik yang melayani 'kekecewaan' mereka yang telah berada di luar Umno," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau maklum tentang "gerakan" dalaman dan luaran yang sedang berlaku dalam politik Terengganu namun tetap yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan UMNO negeri.

Ahmad Zahid berkata parti-parti pembangkang di Terengganu juga memahami bahawa proses untuk menterjemahkan proses demokrasi di negeri itu dilakukan dalam pilihan raya umum dan bukan menerusi cara lain.

Dalam kemelut ini, yang menjadi sasaran ialah Ahmad Razif dan yang menjadi penyerang ialah Ahmad Said.
Selesaikan isu ini. Apakah mereka bersua tidak boleh bertentang mata atau 'duduk semeja' seperti sebelum ini?

Jika pelantikan Menteri Besar baru dibuat, ia akan dapat mereda dan mengatasi krisis ini.
Namun, jangan pula Ahmad Razif terpelanting begitu sahaja.
Ahmad Razif masih Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan ADUN Seberang Takir, satu-satunya DUN dimenangi oleh BN.
Ketika pilihan raya umum, Ketua Bahagian UMNO ialah Datuk Nasir Ibrahim Fikri dan kerana kalah di Parlimen dalam pilihan raya umum 2013, beliau turut hilang jawatannya dalam parti sebagai Ketua Bahagian.

Persoalannya apakah beliau sengaja dikalahkan dalam PRU-13 supaya 'hilang taring' ketika pertandingan parti di bahagian selepas pilihan raya umum?
Yang menariknya semalam, Akhmad Said mengatakan dalam menyelar Ahmad Razif kerana menyalahkan pemimpin terdahulu (rujukan kepada Ahmad Said) atas kegawatan politik di negeri itu sekarang, mengatakan "Saya ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut."
"Beliau (Ahmad Razif) bercakap mengenai prestasi saya dan bahawa kerana saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi semasa pilihan raya dan hanya menang tipis," Ahmad Said dipetik sebagai berkata.
Bekas menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya (Ahmad Said), BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, "dia tahu siapa yang menyelamatkan dan memberikan kemenangan."
Dengan tegas, Ahmad Said mengatakan  beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.
Kenapa pula Ahmad Said menyelamatkannya walaupun Ahmad Razif sabotaj UMNO? Ini kes berat. Tetapi kenapa Ahmad Said tetap mahukan Ahmad Razif?
Oleh itu, Ahmad Said menegaskan,  sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan sekarang, beliau mungkin keluar UMNO dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru.
Kerajaan UMNO Terengganu pernah dilanda krisis pada 2014 apabila Ahmad Said dan dua ADUN lain meletak jawatan, dan mengurangkan majoriti 17 kerusi parti pemerintah, berbanding 15 kerusi Pakatan Rakyat.
Keruntuhan kerajaan negeri itu akhirnya dapat dielakkan melalui formula  ADUN Seberang Takir Ahmad Razif mengambil alih jawatan menteri besar.
Apa yang juga menarik dalam kenyataan awal Ahmad Said mahu bekerjasama dengan PAS, tiba-tiba sahaja pemimpin Pas Pusat dan negeri tiba-tiba seperti 'beruk mendapat bunga'.
Malah, dilaporkan, PAS begitu  berkobar-kobar untuk kembali memerintah Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal itu untuk menggulingkan Ahmad Razif.
Itu baru cadangan Ahmad Said, entah ia atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Goldman dapat surat kedua Bank Pusat NY berhubung 1MDB

Posted: 05 Aug 2016 05:31 PM PDT

Goldman Sachs Group Inc. menghadapi pertanyaan kedua daripada Rizab Persekutuan New York berhubung pengumpulan dana untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan Perkhidatan Kewangan (DFS) New York sedang memohon maklumat mengenai pendedahan Goldman Sachs berhubung penawaran bon bank bagi menaja jamin bagi syarikat 1MDB, menurut sepucuk surat bertarikh 4 Ogos daripada pengawal selia itu.
DFS menghantar pertanyaan awal untuk mendapatkan maklumat daripada bank pada bulan Jun lalu.
Jabatan Kehakiman, Rizab Persekutuan dan Suruhanjaya Pertukaran dan Bursa juga sedang meneliti urusan Goldman Sach dengan 1MDB.

Dunia hormati undang-undang penggubahan wang haram

Posted: 05 Aug 2016 05:25 PM PDT

Wang yang diambil secara salah dibelanjakan di negara lain, maka negara berkenaan berkuasa bertindak di bawah undang-undang penggubahan wang haram negara masing-masing.
money-laundering-1
Oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar
Selepas insiden dikenali sebagai 9-11, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Konvensyen mengenai aktiviti penggubahan wang haram dan menjadikannya sebagai kesalahan serius di mana kebanyakan negara seluruh dunia menerima pakai Konvensyen itu dengan kelulusan Parlimen masing-masing.
Di negara kita umpamanya ia diluluskan pada 2001 dan dikenali sebagai AMLATFAPUAA 2001 (Anti Money Laundering, Anti Terrorist Financing And Proceed of Unlawful Activities Act 2001). Di samping itu juga Parlimen kita meluluskan pelbagai undang-undang lain termasuk Mutual Assistance In Criminal Matters Act 2002.
Skop penguatkuasaan undang-undang penggubahan wang haram berbentuk global selari dengan era dunia tanpa sempadan, membawa maksud jika wang yang asalnya sah dan melalui beberapa proses tertentu yang menyalahi undang-undang dan berakhir di negara lain dengan pembelian harta menerusi pelbagai perjanjian jual beli, maka negara berkenaan berhak mengambil tindakan tegas menahan, mendakwa dan menghukum semua pihak terlibat termasuk yang bersubahat, sekalipun wang itu berasal dari negara lain.
Fokusnya ialah wang berkenaan yang diambil secara salah dibelanjakan di negara lain, maka negara berkenaan berkuasa bertindak di bawah undang-undang penggubahan wang haram negara masing-masing.
Ketatnya elemen AMLATFAPUAA 2001 yang terpakai di Malaysia yang turut diguna pakai secara intipatinya di seluruh dunia ini ialah contohnya, jika seseorang pegawai bank mengesyaki sesuatu yang pelik dengan akaun bank tertentu, umpamanya kemasukan wang banyak berjuta, maka ia menjadi tanggungjawab pegawai bank berkenaan melaporkan terus kepada pihak berkuasa secara diam-diam tanpa perlu memaklumkan pegawai atasannya kerana tiada siapa tahu siapa yang terlibat dalam urusan disyaki aktiviti penggubahan wang haram itu.
Pihak berkuasa pula perlu amanah dan bertanggungjawab sebaik saja menerima laporan sulit pegawai bank agar tidak berlaku perkara tidak diingini umpamanya kebocoran maklumat sulit perbankan yang boleh menyebabkan nyawa pihak melapor terancam.
Orang yang disyaki terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram boleh ditahan dan mereka yang ditahan di bawah AMLATFAPUAA 2001 tidak akan dapat menikmati prosedur jenayah biasa diperuntukkan di bawah Kanun Acara Jenayah.
Hak tertuduh amatlah sedikit jika disiasat dan didakwa di bawah AMLATFAPUAA 2001. Sehubungan itu, Akta ini melayan tertuduh seolah-olah seperti bersalah sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah.
Akta ini juga meletakkan tanggungjawab melaporkan kepada pihak berkuasa aktiviti disyaki sebagai penggubahan wang haram kepada pelbagai badan dan pengamal profesional malah tanggungjawab dan skop siasatan juga diperluas kepada pelbagai badan penguatkuasa undang-undang termasuklah Bank Negara Malaysia, PDRM, SPRM dan sebagainya.
Firma firma guaman umpamanya diwajibkan melaporkan sekiranya terdapat aktiviti mencurigai oleh anak guam mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Penubuhan parti baharu demi selamatkan Umno - Dr Ahmad Atory

Posted: 05 Aug 2016 05:21 PM PDT

Penganalisis berkata, kepimpinan Umno menghadapi masalah dan ia perlu diselamatkan kerana parti itu tunggak BN dan negara.
Dr-Ahmad-Atory-Hussain
PETALING JAYA : Parti politik baharu berasaskan Melayu dan Bumiputera diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan hanya kerana Umno kini bermasalah, kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain.
Malah, katanya tujuan sebenar parti politik baharu itu ditubuhkan ialah untuk menyelamatkan Umno kerana parti itu saja yang dianggap memerintah Malaysia.
"Saya rasa soal hendak menyelamatkan Malaysia ini memanglah. Biasanya kalau selamat Umno, selamatlah Malaysia. Sebab Umno tonggak BN dan negara ini.
"Selama ini Umno mendapat dua pertiga, BN dapat dua perempat iaitu 148 daripada 222 (kerusi Parlimen). Kalau kepimpinan Umno dan Melayu ini jatuh, susahlah negara ini," katanya kepada FMT.
Selain itu, katanya tujuan parti itu ditubuhkan juga untuk membuat persediaan menumbangkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Raya Umum ke-14.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang fokus penubuhan parti baharu itu nanti adalah untuk orang Melayu dan Bumiputera.
Sebelum ini, bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga berkata parti diterajui Muhyiddin itu berasaskan Melayu kerana mahu mengelak bersaing keahlian dengan parti pembangkang berbilang bangsa yang lain.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir pula berkata penubuhan parti baharu yang menumpukan kepada Melayu tidak akan kekal.
"Berdasarkan rekod sejarah, parti serpihan Umno tidak dapat bertahan selepas beberapa waktu. Apatah lagi matlamatnya yang mencetuskan dan menggerakkan penubuhan parti baharu kerana kekecewaan mereka terhadap seorang pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ Tolak Jawatan Presiden FAM

Posted: 05 Aug 2016 04:33 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi bertegas menolak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bagaimanapun beliau sedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Tunku Ismail berkata, jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya disandang golongan keluarga diraja, atau mereka yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Sebaliknya, tegas Tunku Ismail, calon presiden badan induk itu mestilah seorang yang berkecuali kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian untuk mengelakkan gejala rasuah dan sikap pilih kasih.
"Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT (Johor Darul Ta'zim). Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya.
"Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan negeri atau kelab yang mengambil bahagian," katanya dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, Jumaat.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Bendahari FAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi taklimat kepada Tunku Ismail mengenai FAM.
Selain itu, ia turut membincangkan pelantikan beliau sebagai Presiden FAM, Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres FMLLP.

"Saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan (mengenai jawatan Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres FMLLP)," katanya.

Mengenai spekulasi rombakan besar-besaran dalam FAM, beliau berpendapat presiden dan anggota Exco FAM mesti digugurkan dan anggota baharu perlu terdiri daripada mereka yang berupaya menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara.

"Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang yang berkebolehan.

"Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala mengemukakan pertanyaan kepada FAM.

"Penyokong berhak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa akan datang," katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan pasukan kebangsaan menggunakan khidmat jurulatih luar negara dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Umno kata Bahagian Semporna masih utuh tapi gagal anjur mesyuarat

Posted: 05 Aug 2016 04:23 PM PDT


Umno kata Bahagian Semporna masih utuh tapi gagal anjur mesyuarat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban memberitahu Umno Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa walaupun mesyuarat bahagian tersebut gagal dilaksanakan ekoran tidak memenuhi syarat.
Menurut sumber diperoleh portal media Malaysia Gezette (MG), bahagian itu kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada Umno bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.
"Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah timbalan ketua bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin Umno Bahagian Semporna.
"Begitu juga dengan ketua wanita dan pemudanya yang masih belum ada pengganti apalagi barisan ahli jawatankuasa yang difahamkan tinggal dua orang yang masih setia bersama Umno. Akibatnya, mesyuarat tidak boleh diadakan kerana ramai yang berminat untuk mendapatkan jawatan yang telah dikosongkan itu," katanya seperti dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah T’ganu tubuh cawangan di semua daerah, sedia hadapi pilihan raya negeri

Posted: 05 Aug 2016 04:19 PM PDT


Read More / Baca Lagi >>

DAP Sabah sedia bekerjasama dengan Shafie Apdal untuk tumbangkan BN

Posted: 05 Aug 2016 04:13 PM PDT

Shafie
SANDAKAN, 5 OGOS: DAP Sabah menyambut baik dan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dan parti-parti pembangkang negeri itu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini termasuklah perjuangan untuk mendapatkan autonomi bagi Sabah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.
Mengalu-alukan langkah Shafie yang telah meninggalkan UMNO, Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt berkata perjuangan untuk memartabatkan hak negeri dan rakyat Sabah selaras dengan perjuangan DAP.
"DAP Sabah menyeru seluruh parti-parti politik yang bersetuju dengan perjuangan demi kepentingan rakyat Sabah supaya bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.
"Hanya melalui cara ini akan membawa perubahan yang lebih baik kepada Sabah dan Malaysia," ujar Ahli Parlimen Sandakan itu dalam satu kenyataan.
Sebagai parti di peringkat kebangsaan, Stephen berkata DAP sentiasa bekerja keras menjunjung prinsip Persekutuan dengan memperjuangkan autonomi demi Malaysia yang lebih adil dan saksama.
Malah, beliau sebelum ini telah mengusulkan pindaan Perlembagaan Persekutuan ke Dewan Rakyat bagi mengembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Usul itu jelasnya bertujuan membetulkan beberapa perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang gagal diteliti dan menyebabkan Sabah dan Sarawak sekadar menjadi anggota 13 buah negeri dalam Malaysia, dan bukan rakan kongsi setara dalam sebuah Persekutuan.

Tabung Pahlawan: MP cadang lelong barang mewah Rosmah

Posted: 05 Aug 2016 04:02 PM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melolong barang-barang peribadi berjenama miliknya untuk didermakan ke tabung hari pahlawan.
Beliau berkata, barang-barang berharga rosmah seperti cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan sebagainya jika ditukar dengan wang tunai boleh membantu prajurit yang telah banyak berjasakepada negara.
"Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga,jam berjenama, cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan.
"Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara," katanya.
Rosmah yang juga penaung Tabung Pahlawan sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.
Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Najib ulas hubungan 'hangat jadi masam' dengan Dr M

Posted: 05 Aug 2016 09:36 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berdepan dengan media Indonesia bagi menjelaskan dakwaan skandal 1MDB yang melanda dirinya.

Diwawancara Metro TV, beliau ditanya pelbagai perkara daripada isu tenaga kerja Indonesia di negara ini, hubungan dua hala dan hubungan "hangat jadi masam" beliau dengan Mahathir.

Mengakui Mahathir pernah menjadi mentor dan mendukung kepimpinan sebelum ini, Najib berkata bekas perdana menteri keempat itu suka mengawal keputusan negara walaupun sudah tidak lagi berkuasa.

"Saya tahu saya ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama, sama ada saya sebagai perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapat 'nasihat' beliau, saya kata nasihat tapi mungkin arahan....

"Ataupun saya akan menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya, berdasarkan mandat yang rakyat dan parti telah berikan kepada saya.
Ditanya beliau memilih yang mana, Najib berkata beliau yang kedua dengan mempertimbangkan bertanggungjawab pada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PARTI BARU: MUDAH SAJA LOGIKNYA, IA MIRIP UMNO KERANA MEMANG TUJUANNYA UNTUK MENGALAHKAN UMNO

Posted: 05 Aug 2016 09:31 AM PDT

Kenapa masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?

Mengapa tak dibuka kepada pelbagai kaum dan semua rakyat Malaysia boleh masuk jadi ahlinya?

Ini adalah antara pertanyaan yang banyak kedengaran di sebalik sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik baru bertunjangkan Melayu dan Bumiputera yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Ramai juga yang skeptikal untuk menyertai parti tersebut apabila melihatkan konsep perjuangannya yang tidak berbeza dengan UMNO.

Jangan-jangan bila dapat kuasa nanti pun jadi sebiji macam UMNO, kata sesetengah yang lain.

Sememangnya sukar untuk mengelakkan wujudnya tanggapan-tanggapan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dalam zaman keterbukaan dan era media sosial sekarang ini, sesiapa saja yang ada akaun facebook misalnya, seperti sudah ada akhbar dan televisyen sendiri di mana mereka bebas untuk menulis dan merakam suara untuk melontarkan pelbagai pandangan yang diingini.

Jika diimbas, perjuangan asal Tun Mahathir ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Apabila semua ruang untuk berbuat demikian melalui UMNO sudah ditutup oleh Najib, malah beliau menyingkirkan sesiapa saja yang mengkritiknya, Tun Mahathir juga akhirnya keluar UMNO kerana parti itu dianggapnya sudah menjadi parti Najib.

Dengan kepungan yang dilakukan Najib, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan, ruang untuk menyingkirkannya hanyalah melalui pilihanraya. Bermakna, menyingkirkan Najib hanya dengan cara menyingkirkan UMNO daripada terus berkuasa. Selagi UMNO berkuasa, selagi itulah Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Untuk mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, melawan secara individu tidak lagi praktikal. Untuk itu, sebuah parti yang mirip UMNO mesti ditubuhkan. Parti Melayu dan Bumiputera ini mesti ditampilkan dengan ciri-ciri yang lebih dinamik supaya  mampu memikat hati orang Melayu. 

Jika Tun Mahathir menubuhkan parti pelbagai kaum seperti PKR misalnya, orang Melayu yang menolak Najib tidak melihat ia sebagai alternatif kepada UMNO. Bahkan ramai yang enggan untuk menyertainya ia kerana ia berbilang kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: 'Gerakan Undur Najib' mohon ubah status audit 1MDB

Posted: 05 Aug 2016 06:43 AM PDT

Seorang anggota seumur hidup Umno Zahid Md Arip memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diubah status sulitnya.

Pemimpin badan yang dinamakan "Gerakan Undur Najib" itu memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengelasan laporan itu bawah Akta Rahsia Rasmi 1962.

Beliau juga mahu laporan itu diserahkan kepada pihak berkuasa bertanggungjawab berdasarkan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Zahid berkata beliau memfailkan permohonan itu bagi pihak rakyat Malaysia atas alasan Najib mungkir janji dengan tidak mendedahkan dokumen itu kepada awam.

"Tidak pernah terjadi di mana-mana dunia laporan audit dianggap sulit," katanya.

Skandal 1MDB: Saman DoJ AS tidak libatkan saya, sembang Najib pada TV Indonesia

Posted: 05 Aug 2016 06:40 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak memberitahu Metro TV di Indonesia isu 1MDB ialah isu perniagaan yang dipolitikkan "musuh tertentu".
njib-dojs-1mdb-1
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tuntutan saman yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB), secara langsung.
Bulan lalu Peguam Negara AS Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
Najib diserang pihak pembangkang dan orang awam susulan tuduhan rasuah berkait dengan 1MDB yang sarat menanggung hutang dan deposit wang dimasukkan ke bank akaun peribadinya bernilai kira-kira AS$680 juta.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan tetap bertegas sumber wang itu bukan daripada 1MDB. Beliau juga berkata wang itu bukan untuk kegunaan peribadi.
Peguam negara Malaysia berkata wang itu hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi, dan kebanyakannya sudah dipulangkan semula.
"Saya hendak katakan apa yang dilakukan DoJ baru-baru ini tidak membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung," kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia, Metro TV.
"Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi tuntutan sivil," kata Najib yang sedang dalam lawatan kerja di Jakarta.
Katanya, isu 1MDB ialah isu perniagaan tetapi dipolitikkan oleh "musuh tertentu".
Read More / Baca Lagi >>

Bina dunia dengan 'darul Islam' dan 'darul dakwah', kata cendekiawan

Posted: 05 Aug 2016 06:08 AM PDT


Dr Siddiq FadzilDr Siddiq Fadzil
Pembinaan bangsa Malaysia sukar dibina tanpa merombak gaya hidup dan istilah kepada bukan Islam sebagai zimmi dan harbi, kata pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Dr Siddiq Fadzil.
Beliau berkata, golongan ini adalah warganegara yang merasakan bersama-sama membina negara baharu Malaysia.
Mengulas lanjut, Siddiq berkata ornag bukan Islam bukan perlindungan sebagai zimmi apatah harbi sebaliknya memrlukan perkongsian kuasa.
"Mereka juga adalah warganegara. Konsep ini sudah wujud dalam piagam Madinah, namun tidak berkembang dengan matang kerana berlakunya pengkhianatan Yahudi. Kemudian, empayar Islam terus berkembang selepas itu.
"Prinsip-prinsip untuk membina bangsa Malaysia mengikut acuan pembinaan bangsa atau piagam dan Perlembagaan Madinah dengan menggunakan pemakaian pengertian ummah diniyyah (umat Islam yang esklusif) dan ummah siyasiyyah (ummah politik termasuk Yahudi dan lain-lain)," kata beliau dalam wacana kenegaraan mengupas konflik pembinaan bangsa Malaysia di Shah Alam malam tadi.
Beliau mencadangkan Darul Islam dan Darul Dakwah diperkenalkan di negara ini kerana semangat yang betul-betul tulen dalam al-Quran adalah berdakwah kepada orang bukan Islam, bukan memerangi mereka.
"Peraturan mainnya ialah mendakwahkan mereka dengan bijaksana, nasihat yang baik, dialog dengan mereka, bukan membunuh mereka dan bukan mengharbikan mereka," tegasnya.
Namun beliau mempersoal sejauh mana keberanian dan kejujuran umat Islam untuk memberikan hak persamaan dan tanggungjawab antara Islam dan bukan Islam dalam pembinaan bangsa Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

BERS✓H 5: TITM Serik Untuk Bersuara Sebelum Di "Uturn"kan Haji Hadi?

Posted: 05 Aug 2016 06:07 AM PDT

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5

Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.

"Parti belum buat sebarang keputusan.

"Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.

Rasanya TITM sudah serik untuk kemukakan pendiriannya sebab setiap kali beliau suara, ianya akan di'uturn'kan oleh Presidennya Haji Hadi.

Apahal TITM mahu ulas lagi sedangkan setiap kali beliau ulas, setiap kali itulah keputusannya akan di terbalikkan oleh Presiden PAS sendiri?



Tentang Himpunan BERSIH, sudah ada precedent sebelum ini:


Yang terbaharu, TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".

Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN sokong Bersih 5 ke arah penyuburan demokrasi

Posted: 05 Aug 2016 06:06 AM PDT

MB02KEADILAN menyokong usaha Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut siasatan bebas ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presidennya, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata usaha ke arah itu perlu didukung demi perubahan baik serta penyuburan demokrasi di negara ini.
"Kali ini daripada kenyataan Bersih 2.0, untuk mendesak penyiasatan bebas dijalankan ke atas 1MDB kerana ia cuba ditutup Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Putrajaya sedangkan satu dunia membicarakan berkenaan skandal kewangan terbesar di dunia hari ini.
"Kita tidak mahu Umno Barisan Nasional (BN) terus memperbodohkan rakyat. Mereka yang didapati bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan," katanya kepada media di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, jika sebelum ini Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, maka gabungan itu merasakan tanggungjawab untuk menghimpunkan rakyat Malaysia bagi tujuan berkenaan.
Katanya, apatah lagi skandal terbabit mendapat perhatian seluruh dunia dengan paparan berita meluas di luar negara.
"Kita mahu sebuah negara yang gagah dengan pengurusan ekonomi baik.
"Ia (Bersih 5) matlamat yang murni harus mendapat sokongan semua pihak dan jangan ada mana-mana pihak cuba mengugut dengan pelbagai bentuk undang-undang dan tindakan yang sebenarnya akan melumpuhkan demokrasi dalam negara," katanya.
Baru-baru ini, Bersih 2.0 membuat pengumuman bagi mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau disebut Bersih 5 dalam masa terdekat bagi menuntut siasatan sewajarnya diambil ke atas skandal 1MDB yang turut membabitkan "Malaysian Official 1" (MO1).

Habis gas sahaja lawan orang PAS..!!!

Posted: 05 Aug 2016 06:05 AM PDT

 
Buat habis gas sahaja apabila ajak orang PAS keluar PAS terutama ahli biasa. Mereka masuk PAS bukan kerana orang atau pemimpin. Mereka masuk PAS bukan kerana hendak menjadi calon. Bukan kerana hendak menjadi exco atau menteri. Bukan kerana hendak pegang GLC. Bukan kerana hendak menjadi ahli majlis. Bukan kerana hendak menjadi JKK. Bukan kerana hendak mencari glamour. Bukan kerana kepentingan duniawi.

Habis harta dan tenaga diberi kepada PAS, semuanya kerana PAS hendak memperjuangkan Islam. Mereka belajar tidak tinggi. Ada yang tidak tahu menulis atau mengira. Mereka hanya tahu mendengar sahaja. Mereka tidak tahu apa istilah manhaj, marhalah, maratib, duat, mad'u, uslub, hikmah.

Pada mereka selagi PAS berjuang Islam dan tidak lari daripada matlamat perjuangan mereka akan bersama. Jika pemimpin ada agenda lain. Ada matlamat duniawi. Ada agenda peribadi. Mereka tidak kisah. Kerana mereka yakin orang yang seperti ini tidak tahan lama di dalam parti. Mereka akan tinggal parti atau mereka akan ditinggal oleh parti. Mereka sebagai ahli akan terus istiqamah. Apa mereka peduli, kami berjuang bukan kerana manusia.

Apa yang orang tidak kata kepada PAS. PAS lebih merbahaya daripada komunis, PAS parti pecah belah, PAS parti kafirkan orang, PAS ditubuh oleh penjajah, PASparti ajaran sesat, PAS tidak mahu merdeka, PAS tidak ada tarbiah. Terbaru PAS hendak kerjasama dengan Umno, PAS hendak 'berUG' dengan Umno. Tetapi ahli PAS jawab dengan amalan. Maka tuduhan itu berlalu begitu sahaja.

Orang kata ahli PAS mabuk wala, candu wala'. Apa pun orang hendak kata. Mereka tidak peduli. Pada mereka wala' kepada pemimpin selagi mereka wala' kepada Allah, Rasul dan jamaah. Apabila pemimpin mereka sudah tidak wala' kepada jamaah, mereka akan meninggal ketaatan kepada kepada pemimpin. Pemimpin jangan mimpi ahli akan ikut mereka. Mereka berkata kami sanggup korban apa sahaja selagi pemimpin bertungkus lumus bersama dengan jamaah. Apabila mereka meninggal PAS, mereka kata sayonara wahailah kamu.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang

Krisis Umno: Pimpinan Umno Terengganu mengharap campur tangan Najib

Posted: 05 Aug 2016 06:00 AM PDT

Isu pertelagahan antara Ahmad Razif dan Ahmad Said dilihat tiada kesudahan apabila ia gagal diselesaikan di peringkat negeri sehingga memerlukan campur tangan pusat.
Ahmad-Said
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak digesa supaya campur tangan menyelesaikan kemelut politik yang melanda Terengganu, menurut sumber yang rapat dengan pimpinan parti negeri itu.
Malah, gelombang kedua pergolakan politik yang melanda negeri itu semakin kritikal apabila ia gagal diselesaikan kepimpinan negeri dan perkara sedemikian tidak seharusnya dibiarkan begitu lama kerana ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada Umno sebagai parti pemerintah.
"Perdana menteri perlu turun ke Terengganu dengan mengadakan perjumpaan dengan semua wakil rakyat Umno dengan kadar segera dan ini merupakan pandangan ramai pemimpin Terengganu yang minat dan sayang pentadbiran Umno di negeri ini.
"Jika perdana menteri sibuk wakil rakyat Umno sanggup ke Kuala Lumpur untuk berjumpa presiden Umno itu," kata seorang pemimpin kepada FMT.
Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Datuk Seri Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada menteri besar sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman, kembali hangat susulan tindakan menghadapkan Ahmad Said yang juga Adun Kijal ke Lembaga Disiplin Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri dan Najib.
Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam DUN, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15 kerusi.
Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.
Malah krisis itu semakin meruncing apabila akhbar hari ini melaporkan Ahmad Said mengancam untuk keluar parti dan bekerjasama dengan PAS, sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan.
Ahmad Said bagaimanapun menafikan ada membuat kenyataan itu dan berkeras, beliau masih ahli Umno.
Mengulas lanjut pemimpin kanan itu sebagai berkata sehingga kini Ahmad Razif belum membuat sebarang tindakan dengan memanggil semua wakil rakyat bagi mendapat sokongan majoriti susulan kata dua Ahmad Said.

Tamatkan 'pemerintahan pencuri' - bola di mahkamah rakyat

Posted: 05 Aug 2016 05:35 AM PDT

Dalam menggesa rakyat Malaysia supaya mempamerkan kepada dunia bahawa mereka tidak lagi mampu bersabar dengan isu 1MDB, seorang pemimpin PKR memulakan hujahnya dengan asal-usul perkataan "kleptokrasi".
"Apa maksud kleptokrasi?
"Kleptokrasi adalah perkataan Yunani yang bermaksud 'pemerintahan pencuri," kata Dr Xavier Jeyakumar.
Naib Presiden PKR itu, berhujah bahawa mereka yang mendakwa tindakan undang-undang yang dicetuskan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika adalam saman sivil dan bukannya jenayah hanya memperbodohkan diri sendiri.
DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Aduan untuk pelucutan hak oleh unit yang dikenali sebagai Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, mewakili kes seumpama itu yang terbesar oleh DOJ.
Menghurai lanjut, Jeyakumar juga mengkritik menteri kabinet kerana berdiam diri dalam isu ini, menuduh mereka lebih cenderung menjaga kedudukan mereka daripada kepentingan negara.
"Bagaimana dengan standard moral individu-individu ini?
"Adakah mereka berbangga dengan kelayakan dari universiti luar negara, di mana mereka telah diajar untuk berfikir untuk diri sendiri?
"Ini adalah orang hiprokit yang lebih mementingkan keistimewaan mereka daripada bersuara demi kebenaran dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan media.
Mengimbas kembali dakwaan penyalahgunaan yang disebut dalam saman DOJ, Jeyakumar menyifatkan tindakan mereka sebagai memalukan.
"Lihatlah cara mana wang itu dibelanjakan. Kita bercakap berbilion di sini: majlis mewah, perjudian, pembikinan filem, pembelian jet, hotel, kereta, lukisan, pangsapuri mewah.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Bukan kafir, berita 1MDB dari orang Islam dan rakyat Malaysia sendiri.

Posted: 05 Aug 2016 05:33 AM PDT

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menempelak nasihat seorang tokoh akademik yang mahu umat Islam di negara ini berhati-hati dalam mempercayai maklumat atau dakwaan terhadap kepimpinan negara khususnya dari pihak luar berhubung skandal 1MDB.
Katanya, dakwaan bahawa orang fasik dan kafir mempunyai agenda dan muslihat untuk campur tangan dalam pentadbiran negara adalah meleset kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri adalah antara mereka yang pertama kali mendedahkannya.
"Jika ada pihak yang alergi atau alah dengan berita dari orang bukan Islam, mereka perlu sedar bahawa skandal 1MDB didedahkan di sini oleh seorang Islam yang terzohor - Anwar sendiri.
"Saya adalah pegawainya pada tahun 2011 dan bertanggungjawab menyediakan ucapannya. Beliau bimbang tentang 1MDB sejak awal tahun 2011 dan menyatakannya di Parlimen.
'Pada masa sama atau mungkin lebih awal (ahli parlimen DAP) Tony Pua juga sedang menyiasat. Saya mula terlibat pada pertengahan 2011 apabila KWAP (Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan) memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC (International).
"Jadi, pada dasarnya sumber berita skandal 1MDB itu berasal dari seorang Islam dan telah melalui satu kitaran penuh," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut pemimpin PKR itu, adalah amat memalukan apabila ada pihak mengambil jalan keluar dengan menggunakan ayat al-Quran di luar daripada konteks untuk menutup isu 1MDB.
'1MDB bawa kesengsaraan'
"Penyelewengan dana rakyat melalui 1MDB adalah lebih jelas. Jumlah bukti dan dokumen dari empat penjuru alam ini adalah lebih daripada mencukupi untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam tradisi perundangan Islam.
"Saya berasa sedih kerana ada kalanya, umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa mencari alasan untuk butiran paling kecil bagi mengelakkan untuk membincangkan prinsip paling penting: iaitu betul dan salah, keadilan dan kebertanggungjawaban," katanya.
Rafizi berkata bahawa di dalam surah Al-Baqarah ayat 188, kutukan terhadap rasuah adalah jelas.
Ayat ini, katanya, adalah peringatan yang jelas supaya menentang rasuah dan pernyataan spesifik mengenai pemerintah iaitu orang yang berkuasa.
"Kesengsaraan yang bakal dibawa oleh 1MDB ke atas generasi akan datang tidak boleh dianggarkan sekarang. Mereka yang dalam kedudukan untuk membetulkannya tetapi memilih untuk berdiam diri perlu menjawab pada akhirat nanti.
"Itu bagi saya lebih penting untuk golongan elit Melayu jawab memandangkan bukti terhadap 1MDB dan (Perdana Menteri) Najib (Razak) adalah terlalu jelas," katanya.
Bercakap kepada Umno Online semalam, Prof Madya Hanafiah Harun menyatakan bagaimana al-Quran menekankan kepentingan berhati-hati ketika menerima berita dari orang-orang yang fasik.
"Dalam isu-isu yang mengaitkan kepimpinan negara, ia adalah bersumberkan dari pihak luar yang bukan setakat fasik, malah mereka itu adalah orang-orang kafir.
"Jika menerima berita daripada orang-orang fasik pun kita mestilah siasat terlebih dulu, apatah lagi kalau maklumat dan berita itu datang dari orang kafir," katanya merujuk kepada tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berhubung penyelewengan dana berkaitan 1MDB.
Najib berulang kali menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menyalahkan dakwaan itu terhadap komplot untuk menjatuhkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden FAM bukan jawatan untuk golongan diraja, kata TMJ

Posted: 05 Aug 2016 05:26 AM PDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata FAM sepatutnya melantik seorang individu yang lebih neutral untuk jawatan presiden supaya tidak berlaku pilih kasih.
TMJ
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya dipegang golongan keluarga diraja dan yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seorang individu yang neutral perlu memegang jawatan tertinggi badan induk itu bagi mengelakkan berlakunya 'pilih kasih'.
"Beliau (presiden FAM) juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih," katanya dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ menerusi kenyataannya itu turut menyarankan presiden dan ahli exco sedia ada dalam FAM mesti digugurkan.
"Ahli exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara.
"Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang yang berkebolehan," katanya.
Sebelum ini, barisan exco FAM dijangka mahu meninggalkan badan induk itu bagi mengikut jejak langkah presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Read More / Baca Lagi >>

AHLI UMNO SAMAN KERAJAAN BN

Posted: 05 Aug 2016 05:25 AM PDT

Seorang ahli UMNO daripada Melaka, Muhammad Zahid Md Arip hari ini tampil mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Kata Zahid, beliau mengemuakan saman itu bagi pihak rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, selain sesuai dengan janji kerajaan sendiri sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu laporan audit untuk mengetahui fakta sebenar mengenai 1MDB.

Dalam samannya yang difailkan melalui peguam Hanif Khatri, Zahid menamakan Perdana Menteri, Najib Razak,  Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.

Alasan-alasan yang dikemukakan dalam tuntutannya ialah:-

- bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Audit 1MDB di bawah OSA adalah bercanggah dengan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ketua Audit  Negara mengemukakan laporan itu kepada Yang Dipertuan Agong, yang kemudian hendaklah ia dibentangkan di Parlimen, sekaligus menjadikannya dokumen awam;

- bahawa terdapat pertembungan kepentingan yang jelas dalam keputusan itu di mana responden pertama (Najib) terpalit secara langsung dalam skandal salah laku kewangan 1MDB, justeru atas prinsip keadilan asasi, responden pertama tidak berhak untuk memberikan sebarang kuasa kepada responden kedua (Ambrin) untuk mengklasifikasikan laporan audit itu di bawah OSA;

- bahawa responden-responden telah melangkaui kuasa yang sepatutnya kerana Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan pilihan, sebaliknya meletakkan kewajipan untuk menyemukakan laporan audit 1MDB kepada Yang Dipertuan Agong, kemudian hendaklah menyebabkan ia dibentangkan di Parlimen dan sekaligus dijadikan dokumen awam;

- bahawa ia suatu keputusan yang tidak munasabah kerana telah meninggalkan untuk mengambil kira perkara penting yang sepatutnya diambil kira iaitu berkenaan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, selain menuntut Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada cengkaman OSA dan dijadikan dokumen awam yang boleh ditatap oleh semua rakyat, Zahid juga menuntut kos permohonan, kos sampingan dan lain-lain relief yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah daripada responden-responden yang dinamakannya itu.

Zahid bersama peguam Hanif Khatri dan Khairuddin Abu Hassan menunjukkan surat saman yang dikemukakannya itu.Read More / Baca Lagi >>

Lim mahu IGP jelaskan ‘Mexican standoff’ pemimpin Umno

Posted: 05 Aug 2016 05:21 AM PDT

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi penjelasan mengenai kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung kenytaan 'Mexican standoff'.
"Khairul Azwan berkata laporannya telah membawa kepada 'Mexican standoff' atau merujuk kebuntuan  pertembungan antara dua atau lebih pihak di mana tiada satu pun mempunyai kelebihan untuk bertindak tanpa terdedah kepada bahaya.
"Bolehkah Ketua Polis Negara memberi pencerahan apa yang disebut 'Mexican standoff' [...] dan sama ada Ketua Polis Negara atau pihak polis dalam apa jua cara yang terlibat dalam 'Mexican standoff' itu?" soal Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
Khairul Azwan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khalid yang memaklumkan bahawa polis tidak akan menyiasat dirinya berhubung laporan yang dibuatnya ke atas bekas tiga ketua institusi awam yang didakwa berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"IGP telah maklumkan tidak akan teruskan siasatan dan difahamkan IGP juga tidak akan mengambil tindakan ke atas kami, mungkin ini satu Mexican stand off," katanya.
Naib ketua pemuda Umno itu pada 27 Julai lalu mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.
Katanya, ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat serta memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.
Selasa lalu, Khalid berkata, laporan Khairul adalah berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)