Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Krisis Umno: Pas Pusat mahu PRN, Pemuda Terengganu harap tidak ada

Posted: 04 Aug 2016 09:25 PM PDT


Pas di negeri Terengganu tidak berapa yakin boleh menang PRN ketika pusat mahu ambil alih Terengganu.Pas di negeri Terengganu tidak berapa yakin boleh menang PRN ketika pusat mahu ambil alih Terengganu.
Pas memberikan signal berbeza tentang pilihan raya negeri (PRN) Terengganu apabila pemimpin pusatnya berkata mereka sedia mengambilalih negeri itu manakala Pemuda Pas negeri berharap ia tidak diadakan.
Timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas sedia untuk menyokong bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said untuk mengenepikan menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman, lapor The Star.
"Kami sedia untuk membentuk kerajaan baru," kata Tuan Ibrahim kepada versi online akhbar itu.
Bagaimanapun beliau mengecam Ahmad yang hanya tahu membuat ugutan sahaja.
"Dia tidak patut buat bising sahaja. Jika Umno nak pecat dia, dia patut keluar parti dahulu," kata Tuan Ibrahim sambil menambah rakan Mat Said, Ghazali Taib juga patut keluar dari Umno.
Namun nada Pas di negeri Terengganu sendiri berbeza.
Hishammuddin Abd Karim tokoh muda Pas Terengganu.Hishammuddin Abd Karim tokoh muda Pas Terengganu.Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim berharap PRN tidak diadakan.
Kos perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu PRN adalah besar sedangkan kepentingan rakyat perlu didahulukan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kata Hishamudin kepada akhbar Sinar Harian itu yang membayangkan keraguan Pemuda Pas terhadap PRN itu.
"Kita harap PRN tidak berlaku sebab ia libatkan kos dan kepentingan rakyat. Kita kira sudah sampai pada satu tahap ia diselesaikan melalui PRU," katanya kepada Sinar Harian.
Hishammuddin yang juga Adun Tepoh menjelaskan pihaknya tetap bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan PRN Terengganu apatah lagi melalui desas-desus yang timbul sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, jentera Pemuda Pas peringkat negeri bila-bila masa sahaja akan bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

Read More / Baca Lagi >>

Parti baru Muhyiddin bukan ancaman pada Umno, kata MB Perlis

Posted: 04 Aug 2016 09:13 PM PDT

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, penubuhan parti politik baharu yang bakal diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat terutamanya orang Melayu.
Beliau berkata, sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak akan menghalang mana-mana kumpulan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri.
"Tetapi tindakan itu memberi kesan kepada kebersatuan seluruh rakyat," katanya selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis ke-13, semalam, memetik laporan Umno Online.
Azlan berkata demikian sebagai mengulas hasrat bekas timbalan perdana menteri itu yang akan membuat permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti politik baharu dalam masa terdekat.
Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh Muhyiddin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).
"Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.
"Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan," katanya di blog.
Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baru untuk Melayu, bumiputera, kata Kadir Jasin

Posted: 04 Aug 2016 09:11 PM PDT

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa parti politik baru yang akan didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).
"Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.
"Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan," katanya di blog.
Kadir - yang menyatakan sokongan untuk pergerakan 'Selamatkan Malaysia' yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata ini adalah antara fakta awal atau tentatif yang didengarnya mengenai parti itu.
Kadir yang juuga adalah bekas ketua editor Kumpulan New Straits Times juga mengesahkan bahawa permohonan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dilakukan secara atas talian seawal hari ini.
"Dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin," katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin tidak berminat sertai parti baharu bersama Muhyiddin

Posted: 04 Aug 2016 09:05 PM PDT


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanBekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini, menyatakan pendiriannya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak.
Beliau berkata,pada hakikatnya, beliau bukan seorang yang bercita-cita politik untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam parti baharu itu.
"Saya akan meneruskan perjuangan untuk melawan amalan rasuah secara habis-habisan di negara kita.
"Saya tidak perlu berada dalam parti politik untuk mencapai matlamat melawan penyelewengan kes skandal 1MDB khususnnya," ujarya kepada Malaysia Dateline.
Menurutnya lagi, sebelum Muhyiddin yang juga bekas naib presiden Umno dan timbalan perdana menteri itu, bercakap tentang isu 1 Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) beliau secara bersendirian ujarnya, telah pun mengambil langkah proaktif memerangi kes skandal 1MDB bersama dengan beberapa pemimpin-pemimpin pembangkang.
"Sekiranya kita ikhlas untuk berjuang; tanpa sebarang jawatan politik pun kita boleh berjuang. Malahan lebih mudah untuk saya berjuang lawan kemungkaran korupsi Majib atas kapasiti peribadi tanpa sebarang kongkongan dari mana-mana pihak.
"Hubungan peribadi saya dengan Tun Mahathir akan tetap terjalin erat. Tun adalah segala-galanya bagi saya. Beliau adalah seorang tokoh negarawan terulung yang amat ikhlas kepada kesejahteraan bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini.
"Tidak ada sesiapapun yang boleh pisahkan saya dengan Tun Mahathir melainkan Allah swt .
"Dalam apa jua situasi, saya akan tetap setia serta taat pada beliau atas dasar peribadi.
"Secara peribadi juga, saya akan tetap memberi apa saja bentuk bantuan yang diperlukan oleh yabhg tun dr mahathir mohamad pada setiap detik dan setiap masa.
"Setakat ini saya agak puashati dengan sumbangan kerdil di dalam membantu Tun Mahathir menjayakan Deklarasi Rakyat bersama-sama dengan semua rakan-rakan seperjuangan yang lain dari pelbagai parti politik dan NGO," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Pengatur selia NY soal Goldman lagi berkaitan dana 1MDB

Posted: 04 Aug 2016 09:03 PM PDT

Pengatur selia kewangan New York menghantar permintaan kedua kepada Goldman Sachs Group Inc untuk maklumat mengenai pengumpulan dana olehnya untuk 1MDB, kata individu yang biasa dengan perkara itu.
Jabatan Perkhidmatan Kewanan New York (NYDFS), dalam surat yang dihantar lewat semalam, juga meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Goldman pada atau sebelum 31 Ogos, kata individu tersebut. Permintaan itu ekoran surat pengatur selia itu yang dihantar kepada Goldman bulan lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.
Sumber itu tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu kepada umum.
"Kita sedar mereka mempunyai kepentingan dalam perkara ini dan telah mengadakan dialog dengan mereka mengenai untuk beberapa waktu," kata seorang jurucakap Goldman Sachs.
Goldman Sachs membantu 1MDB untuk mengumpulkan AS$6.5 bilion melalui tiga jualan bon pada tahun 2012 dan 2013 untuk melabur dalam projek-projek tenaga dan hartanah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.
Sebaliknya, lebih AS$2.5 bilion yang diperolehi dari jualan bon itu didakwa telah disalahgunakan dan digunakan untuk membeli karya seni, termasuk lukisan oleh Vincent Van Gogh dan Claude Monet, hartanah mewah di New York dan London dan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, demikian menurut saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS di mahkamah pada 20 Julai.
Goldman Sachs, yang memperolehi hampir AS$600 juta untuk mengurus dan menaja jamin bon 1MDB, tidak dituduh melakukan sebarang salah laku dalam saman itu. Tetapi mereka mendakwa pelabur tidak dimaklumkan sepatutnya mengenai penggunaan dan jenis bon itu.
Read More / Baca Lagi >>

Resign or be replaced, Ahmad Said tells Ahmad Razif

Posted: 04 Aug 2016 08:42 PM PDT

Former Terengganu MB says he will join hands with PAS to form a new state government should the current MB refuse to step down.
Ahmad-Said
Resign or risk having the state government be replaced.
That's the ultimatum Terengganu's Kijal assemblyman Ahmad Said has given state Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman, reports The Star.
Ahmad Said, the former menteri besar, said he would possibly quit Umno and join forces with PAS to form the next government, should Ahmad Razif fail to heed his warning.
According to Ahmad Said, he has "a lot of secrets" on Ahmad Razif, and dared the latter to not let him spill the beans.
He also claimed that there was "massive sabotage" at the time he was MB and that Ahmad Razif had met him twice to "confess" what had happened. However, he decided to shoulder the responsibility and spared Ahmad Razif, he added.
"Ahmad Razif should thank his lucky stars that he is still the Menteri Besar.
"He should remember that he is still the Menteri Besar because of my ehsan (courtesy)," he claimed.
Currently, BN has 17 seats, Pas has 14 and PKR 1, in Terengganu and any rebellion by BN reps would result in a hung state assembly – at which point the menteri besar would be forced to seek an audience with the Sultan to either resign or dissolve the state assembly.
The relationship between Ahmad Said and Ahmad Razif became strained after the former was forced to step down as menteri besar in May 2014.

Krisis Umno: PAS Sedia Ambil Alih Terengganu - Tuan Ibrahim

Posted: 04 Aug 2016 08:40 PM PDT


PAS semakin berkobar-kobar untuk kembali memerintah Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Parti Islam itu akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Ahmad telah mengeluarkan kata dua terbaharu kepada Ahmad Razif supaya meletak jawatan.

Ahmad memberitahu The Star bahawa beliau akan menyertai "pihak lain" yang akan membolehkan mereka membentuk kerajaan melainkan menteri besar berundur.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai ancamannya untuk membuat langkah dramatik dengan meletak jawatan daripada Umno.

Terdahulu, dalam satu temu bual telefon, Tuan Ibrahim berkata Ahmad hanya perlu meninggalkan Umno bagi membolehkan PAS untuk mengambil alih pentadbiran.

"Kami bersedia untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu," katanya.

Tetapi beliau menyelar Ahmad kerana membuat ancaman.

"Beliau tidak boleh hanya buat bising mengenainya. Jika Umno akan memecatnya, maka beliau harus meletak jawatan," katanya sambil menambah bahawa sekutu Ahmad iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib juga perlu keluar daripada Umno.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, tidak ada keperluan untuk PAS membentuk kerajaan campuran dengan Umno.

"Jika Ahmad meletakkan jawatan, dia akan menjadi Adun bebas dan PAS akan memegang majoriti," katanya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat turut mencabar Ahmad meletak jawatan.

"Beliau tidak mengambil sebarang tindakan untuk melakukannya. Jangan hanya buat bising, tinggalkan Umno, "katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Umno: BN Terengganu Bersedia Jika Pilihan Raya Negeri Jalan Terakhir - Ahmad Razif

Posted: 04 Aug 2016 08:38 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mungkin mahu mengelak berlaku pilihan raya negeri (PRN) namun tetap bersedia sekiranya ia jalan terakhir, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata Terengganu akan berdepan dua kali pilihan raya sekiranya ia berlaku dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Kerajaan negeri seboleh-bolehnya hendak mengelak perkara ini berlaku kerana ia membawa banyak kerugian kerana terpaksa melakukan dua pilihan raya iaitu peringkat negeri dan Parlimen.

"Jika buat pilihan raya sekarang ini belanjanya bukan sedikit... bila pilihan raya umum nanti kena buat sekali lagi, jadi Terengganu kena buat dua kali dan  kos ini akan merugikan rakyat dan kita sedia maklum dengan cabaran ekonomi semasa.

"Tetapi jika keadaan terpaksa..kerajaan negeri bersiap sedia, kita beri jaminan bahawa kerajaan negeri, Badan Perhubungan Umno negeri bersiap sedia sebarang kemungkinan... tiada masalah tetapi demi untuk rakyat kita minta perkara ini dapat dipertahankan sampailah pilihan raya umum berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat negeri.

Mengenai perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung Isnin ini, Ahmad Razif berkata beliau yakin ia akan berjalan seperti biasa dan segala desas desus bahawa akan berlaku perkara tidak terduga hanya spekulasi dan khabar angin.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Umno: Ahmad Zahid Yakin Kebijaksanaan Pemimpin Umno Terengganu

Posted: 04 Aug 2016 08:36 PM PDT


BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri melahirkan keyakinannya terhadap kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Umno Terengganu dalam memelihara kestabilan politik negeri itu "sekurang-kurangnya" sehingga pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau tidak nampak masalah di Terengganu itu sesuatu yang tidak dapat diselesaikan.

"Saya harap kepimpinan dan ahli-ahli Umno tidak terjebak dengan permainan politik luaran atau ahli politik yang melayani 'kekecewaan' mereka yang telah berada di luar Umno," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau tiba di Bangkok untuk lawatan kerja selama dua hari di sini dan dijadual bertemu timbalan-timbalan perdana menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam dan Jen Prawit Wongsuwan, esok.

Ahmad Zahid berkata, beliau maklum tentang "gerakan" dalaman dan luaran yang sedang berlaku dalam politik Terengganu namun tetap yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan Umno negeri.

Ahmad Zahid berkata parti-parti pembangkang di Terengganu juga memahami bahawa proses untuk menterjemahkan proses demokrasi di negeri itu dilakukan dalam pilihan raya umum dan bukan menerusi cara lain.

Beliau menghargai bahawa parti pembangkang di Terengganu juga memahami sistem demokrasi perlu dijalankan ketika pilihan raya umum dan bukan awal daripada itu.

Mengenai kenyataan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang penubuhan parti baharu, beliau mengalu-alukannya dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan meluluskan permohonan sekiranya ia mematuhi segala proses dan peraturan.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Umno: Ahmad Said ancam keluar parti, kerjasama dengan PAS

Posted: 04 Aug 2016 08:33 PM PDT

Krisis Umno Terengganu semakin meruncing malam tadi apabila bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk keluar parti dan bekerjasama dengan PAS, demikian menurut laporan.
Star Online malam tadi melaporkan Ahmad yang merupakan ADUN Kijal memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.
Beliau dilaporkan memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa itu adalah respons beliau kepada menteri besar itu yang menyalahkan pemimpin terdahulu atas kegawatan politik di negeri itu sekarang.
"Saya ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut," lapor Star Online.
"Beliau (Ahmad Razif) bercakap mengenai prestasi saya dan bahawa kerana saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi semasa pilihan raya dan hanya menang tipis," Ahmad Said dipetik sebagai berkata.
Bekas menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya (Ahmad Said), BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, "dia tahu siapa yang menyelamatkan dan memberikan kemenangan."
Katanya, beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan Hillary-Trump dan masa depan AS-Malaysia

Posted: 04 Aug 2016 08:32 PM PDT

Walau siapa pun menjadi presiden Amerika Syarikat November ini, diharapkan Malaysia jangan sampai menang jadi abu, kalah jadi arang.
hillary-trump-malaysia
Tahun ini menyaksikan pertembungan dua personaliti popular berebut jawatan paling berprestij – presiden Amerika Syarikat (AS) atau lebih biasa digelar POTUS di negara kuasa besar dunia itu.
Hillary Clinton daripada Demokrat dan Donald Trump mewakili Republikan. Kedua-duanya terkenal tetapi mempunyai cara yang berbeza – seperti langit dengan bumi – bukan hanya disebabkan perbezaan gender.
Populariti Hillary kini mendahului Trump dengan 6% mata, menurut keputusan undian yang didedahkan minggu lalu.
Secara tersiratnya, kempen dua calon presiden AS ini bukan saja bertujuan untuk menang jawatan itu, tetapi sebenarnya tujuan mereka lebih luas apabila ia mencerminkan hubungan luar AS selepas tamatnya era Barack Obama tidak lama lagi.
Siapa pun presiden AS selepas ini, ia bakal mencorakkan oder baharu dunia.
Adakah presiden baharu AS selepas ini akan meneruskan agenda Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diilhamkan Obama? Apakah nasib perjanjian perdagangan membabitkan 12 negara termasuk Malaysia itu jika presiden berikutnya enggan membawa TPPA lagi?
Namun ketika ini, kedua-dua calon Presiden itu jelas menentang TPPA dan Obama boleh melupakan sahaja hasrat untuk meninggalkan legasi dalam ekonomi dunia selepas pemergiannya daripada Rumah Putih.
Hillary bakal mencipta sejarah tersendiri dalam lipatan sejarah presiden AS jika beliau menang kerana akan mencatat sejarah sebagai presiden AS wanita yang pertama.
Hillary dikenali sebagai Wanita Pertama ketika suaminya, Bill Clinton menjadi perdana menteri AS yang ke-42 pada 1993. Tetapi insiden yang benar-benar menjadikan dia glamor ialah kes skandal seks Monica Lewinsky dengan suaminya pada 1998.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama pembangkang mustahil selagi Pas-Amanah tidak semeja.

Posted: 04 Aug 2016 05:44 PM PDT


Kerjasama pembangkang mustahil selagi pemimpin utama  Pas-Amanah tidak semeja.Kerjasama pembangkang mustahil selagi pemimpin utama Pas-Amanah tidak semeja.
Kenyataan mengesa kerjasama politik antara parti pembangkang tidak putus dikeluarkan oleh setiap parti samada dari Pakatan Harapan mahupun Pas. Setiap pihak maklum bahawa tiga penjuru hanya akan memberi kelebihan kepada Umno Barisan Nasional walaupun Pas pernah mendakwa mereka lebih kuat bersendirian.
Pun begitu, untuk merealisasikan idea ini adalah mustahil selagi mana Pas berkeras untuk menentang Amanah dan lebih bermain emosi apabila melibatkan Amanah. Setiap kali usul kerjasama politik disebut Pas sentiasa menolak untuk bertolak ansur dalam perihal pembahagian kerusi dengan Amanah sedangkan mereka berkongsi sasaran yang sama iaitu kelompok melayu Islam.
Pas dilihat lebih mementingkan ego mereka bila berurusan dengan Amanah seolah jika mereka berunding dengan Amanah maka itu kiamat besar buat Pas, jadi besar persoalan untuk kita tanya kepada Pas, apakah ego kamu dan kepentingan parti sendiri lebih besar ataupun menyelamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup dan salah guna kuasa ini?
Pas dilihat enggan menyerahkan mana mana kerusi yang pernah ditandinginya walaupun peluang Pas untuk menang dikerusi itu tipis sekali. Mereka lebih gemar mengira berapa banyak undi mereka mampu tambah setelah putus tahaluf dengan rakan Pakatan dan tidak pula terfikir untuk mengira jumlah undi yang bakal mereka hilang diatas sebab yang sama.
Keangkuhan dan kesombongan Pas ini jelas membawa mudarat besar kepada Malaysia. Lebih parah apabila mutakhir ini Pas dilihat lebih mesra pemerintah yang korup ini berbanding membawa suara yang sealiran dengan parti pembangkang lain, langkah ini dihalalkan dengan menggunakan konsep *Politik Matang", cuma sayangnya "matang" seumpama ini tidak lain hanyalah akan memberi tongkat kepada Umno sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu: Sasaran tarik ahli Umno, pengundi atas pagar, Gen Y

Posted: 04 Aug 2016 05:29 PM PDT


Mahathir ketika mengumumkan penubuhan parti baharu pada sidang media yang diadakan pada Julai lalu.Mahathir ketika mengumumkan penubuhan parti baharu pada sidang media yang diadakan pada Julai lalu.
Parti baharu yang diasaskan Tun Dr Mahathir dan akan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak dijangka akan lebih menyasarkan keahliannya kepada menarik ahli Umno, pengundi atas pagar dan generasi Y sebagai ahli parti itu.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, parti baharu itu kelak akan menyasarkan untuk  menarik lebih kurang 6juta orang dikalangan, generasi muda, pertubuhan,  dikalangan  tiada berparti, pengundi atas pagar dan ahli Umno.
"Kita akan tumpu kepada ahli Umno  dan pengundi atas pagar yang tidak puashati  dengan pemimpin atau parti.
"Kita juga beri tumpuan kepada Gen Y (Generasi Y)  kerana penubuhan parti baharu ini mendapat sambutan yang hangat dikalangan mereka.
Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu Hassan"Kita jangka  akan berhadapan dengan 6juta orang anak muda yang kebanyakannya daripada pertubuhan belia dan persatuan pelajar yang kini sudah tunjukkan minat mereka untuk masuk parti baharu ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi kenapa parti baharu tajaan Mahathir menjadi lewat didaftarkan.
Puad dipetik berkata,bekas perdana menteri itu bimbang tidak ada pemimpin sasarannya akan bersama-sama beliau dalam parti baharu; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih gemar bersama PKR daripada menyertai parti baharu itu dan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula dikatakan enggan menyertai parti baharu kerana tidak ada jaminan ia mempunyai ramai ahli lagi.
Dalam teori yang didakwa Puad itu, Khairuddin pula mendedahkan beliau berani untuk berkata, pergerakan kumpulan 4M itu (Mahathir, Muhyiddin,Mukhriz,Mohd Safie), sudahpun menubuhkan sekretariat tidak rasmi sejak penubuhan parti baharu itu diumumkan pada 14 Julai lalu.
"Kita sudah lama bekerja ke arah matlamat menubuhkan parti baharu.
"Sebenarnya pendaftaran ahli secara tidak rasmi sudah bermula sejak seminggu lalu diseluruh negara kerana ramai telefon kami minta borang nak daftar nama sertai parti baharu.
"Namun saya terpaksa keluarkan arahan pada Rabu lalu, untuk berhenti mengumpul nama-nama pra pendaftaran menjadi ahli sehingga parti baharu itu didaftarkan terlebih dahulu.
"Ini bagi tujuan mengelakkan data peribadi mereka disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Semua pihak kena bersabar, hal ini sedang ditangani oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan  Datuk Seri Mukhriz.
"Kita lambat bukan tiada dapat ahli seperti kata Puad Zakarshi.
Khairuddin mahu semua pihak  bersabar penubuhan parti baharu sedang ditangani oleh Tun  Mahathir (tengah), Tan Sri Muhyiddin (kiri), Datuk Seri Mukhriz (kanan).Khairuddin mahu semua pihak bersabar penubuhan parti baharu sedang ditangani oleh Tun Mahathir (tengah), Tan Sri Muhyiddin (kiri), Datuk Seri Mukhriz (kanan)."Kita kena buat perlembagaan, moto, logo, bendera parti terlebih dahulu sebelum nak daftar ke pendaftar pertubuhan.
"Kena kenalpasti juga siapa yang sesuai nak duduk dalam protem komiti terlebih dahulu. Kita tidak mahu cerita panjang lebar kerana kita tidak mahu orang baca gerak geri kita," ujarnya.
Dilaporkan juga Muhyiddin akan menyerahkan borang permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan sebuah parti baru dalam masa terdekat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan difacebooknya, Muhyidin dipetik berkata, mesyuarat penubuhan parti baharu yang diadakan di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad malam Rabu lalu.
Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Sekretariat Deklarasi Rakyat menegaskan, beliau yakin jika Deklarasi Rakyat berjaya mengumpulkan 1.2juta tandatangan dalam masa lima bulan, jumlah itu juga boleh diperolehi dalam jangka waktu yang sama untuk mendapatkan ahli parti baharu itu kelak.
" Saya nak kata pada Puad Zakarshi dan pemimpin Umno lainnya zip mulut mereka dan duduk diam-diam.
Read More / Baca Lagi >>

Adun Ajil Dinasihat Letak Jawatan Exco - Umno Terengganu

Posted: 04 Aug 2016 05:24 PM PDT

KEMAMAN - Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib supaya meletakkan jawatannya sebagai exco negeri.
Wan Abdul Hakim mengakui ia akan menjadi langkah drastik di pihak Ghazali tetapi ia merupakan jalan terbaik bagi memastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan lancar.
"Ghazali merupakan exco kerajaan negeri, dalam kumpulan utama bagi pembuat dan pelaksana dasar. Mengapa kritik kerajaan di bawah kepimpinan Ahmad Razif sebagai tidak berfungsi sedangkan beliau sendiri di dalam kerajaan?
"Ia bermakna beliau juga gagal. Beliau perlu menjelaskan apakah ia, yang tidak berfungsi kerana beliau berkata secara umum yang memang mengelirukan," katanya kepada pemberita pada Rabu malam.
Pada Rabu, Ghazali dilaporkan mengkritik kerajaan negeri dan kepimpinan Ahmad Razif menerusi media, mendedahkan terdapat dakwaan krisis dalaman kerajaan negeri.

TMJ, ini antara mesej boleh disampaikan kepada Najib

Posted: 04 Aug 2016 05:21 PM PDT

TMJ meminta supaya sebarang mesej yang ingin disampaikan rakyat kepada perdana menteri boleh diserahkan kepadanya, dan ini antaranya.
tmj
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mengajak rakyat Malaysia memberitahu aduan mereka supaya dapat disampaikan sendiri olehnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tunku Ismail, dalam temubual rancangan "Obviously Harith Iskander" di Astro Awani berkata, beliau akan menghadiri jamuan teh bersama Najib pada 12 Ogos ini.
Tinjauan FMT mendapati kos sara hidup tinggi antara aduan yang mahu disampaikan orang awam kepada Najib.
Bagi pengawal keselamatan, Noorhisham Mad Daud, 48 berkata, terdapat perbezaan ketara sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib.
"Beritahu TMJ, kalau masa era Dr Mahathir, walaupun susah kita masih ada duit. Sekarang ini walaupun ada bantuan sana sini tetapi masih tidak ada duit.
"Dari segi kos harga barang itu bagi yang tiada tanggungan boleh, tetapi bagi yang mempunyai keluarga besar mungkin terasa sedikit dari segi kenaikkan kos, minyak dan barang keperluan," katanya kepada FMT.
Pemuzik Ainal Bustari Johari, 27, berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan isu lain kerana beranggapan ia hanyalah permainan politik.
Namun, perkara yang membimbangkannya adalah harga barang yang semakin meningkat malah diburukkan lagi ketika musim perayaan.
"Kalau yang lain saya tidak ada masalah, kecuali kos sara hidup dan harga barangan perlulah diturunkan sedikit," katanya.
Ujarnya, kos sara hidup ketika ini tidak seimbang walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi.
"Biarlah seimbang dengan gaji yang kita dapat, kerana sekarang ini gaji tinggi masih lagi tidak cukup. Maksudnya kalau RM2,000 lebih bagi yang berumahtangga, sara hidup dan harga rumah kena kurangkan," jelasnya.
Bagaimanapun, Ainal tidak mempunyai masalah dengan perlaksanaan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula diperkenalkan pada 2014.
Sementara itu, ahli akademik Dr Faharuddin M. Hassan, 62 berharap TMJ mengingatkan Najib supaya mempunyai wawasan yang lebih tinggi daripada Dr Mahathir.
"Jika dibandingkan dengan 'old man', Tun Dr Mahathir Mohamad dia nampak wawasan. Contohnya dia nampak lebuh raya sebagai keutamaan.
"Kalau waktu itu dia tidak bina macam mana dengan keadaan sekarang ini. Jadi pembangunan seperti ini perlu diperbanyakkan lagi untuk rakyat rakyat," jelasnya.

Semua 200 dompet ‘murah’ isteri PM Singapura habis dijual

Posted: 04 Aug 2016 05:16 PM PDT

Ibu bapa Sheng Jie menjelaskan kepada anak mereka berita hasil ciptaannya mendapat liputan meluas, walaupun mungkin remaja itu tidak betul-betul faham kepentingan berita itu.
dompet-rm45
Dompet berharga RM45 dengan ukiran dinasaur yang menjadi terkenal serta-merta selepas ia dibawa isteri perdana menteri Singapura ketika lawatan rasmi ke Amerika Syarikat minggu ini habis dijual.
The Straits Times melaporkan kesemua 200 dompet itu habis dijual pada 3 Ogos, sehari selepas Ho Ching, yang menemani suaminya Lee Hsien Loong ketika dialu-alukan ke White House oleh Presiden Barack Obama dan isteri Michelle Obama, dilihat mengepit dompet itu.
See Toh Sheng Jie, anak seorang pemandu teksi dan pelajar berusia 19 tahun di sebalik reka bentuk dompet itu, teruja dengan populariti hasil rekaannya.
"Reaksi pertama ialah, kami terkejut. Ia sungguh menakjubkan," kata bapanya See Toh.
Ibu Sheng Jie, Wendy Chua, 52, mencelah, "Dan sekarang kami sangat bangga!"
Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet bernama "Denim Pouch-Dino Blue Black" itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.
Selepas latar belakang dompet itu dilaporkan, ia terus menjadi popular, malah berita mengenainya dikongsi ramai di media sosial dengan ramai yang memujinya kerana memilih fesyen yang sederhana.
Dompet itu dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.
Pelajar menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.
Ibu bapa Sheng Jie menjelaskan kepada anak mereka berita hasil ciptaannya mendapat liputan meluas.
Sheng Jie gembira, walaupun mungkin tidak betul-betul faham kepentingan di sebalik berita itu, kata bapanya kepada ST.
Read More / Baca Lagi >>

Semua kaum perlu berperanan dalam BERSIH 5, kata Maria

Posted: 04 Aug 2016 05:14 PM PDT


Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu memainkan peranan mereka dalam menyokong perhimpunan anjuran gabungan itu nanti.
Menurutnya, beliau ditanya oleh ramai orang mengenai rancangan untuk menggerakkan kaum Melayu dan penduduk luar bandar dalam perhimpunan BERSIH 5.
"BERSIH pasti bekerja keras mengenai perkara ini tetapi ia bukan hanya orang Melayu dan penduduk luar bandar.
Semua kaum perlu berperanan dalam BERSIH 5, kata Maria"Ia adalah setiap rakyat Malaysia yang akan memainkan peranan mereka. Jadi soalan saya kepada semua orang - apa tanggungjawab anda," tulisnya di Facebook.
"Isu ini adalah besar dan tidak boleh membiarkan hanya BERSIH untuk mengendalikannya. BERSIH Global mesti terlibat juga.
"Setiap orang yang suka negara ini perlu memainkan peranan mereka atau sebaliknya kegagalan milik kita," katanya.
Semasa perhimpunan sebelum ini, ketiadaan sokongan daripada PAS dikatakan sebagai salah satu daripada sebab utama kekurangan penyertaan kaum Melayu.
PAS masih belum membuat keputusan sama ada akan menyokong perhimpunan BERSIH 5 yang bertujuan untuk mendesak tindakan ke atas kemelut 1MDB.
Kali ini, ia berkata hubungan BERSIH dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil tertentu, dan ia masih tidak jelas sama ada mereka akan memberi sokongan kepada inisiatif terbaru itu.
BERSIH masih belum mengumumkan tarikh dan tempat untuk perhimpunan tersebut yang diadakan ketika Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengambil tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan dana 1MDB.

Another Bersih?

Posted: 04 Aug 2016 04:57 PM PDT

Ambiga: Muhyiddin's new party will work out well

Posted: 04 Aug 2016 04:56 PM PDT

Terengganu ready for snap polls - Razif

Posted: 04 Aug 2016 04:55 PM PDT

Zahid Hamidi Akan Dipecat Najib Razak 1MDB,Jho Low Kaya Raya,Pemuda UMNO KUCING KURAP - Zahid Mat Arip

Posted: 04 Aug 2016 04:50 PM PDT

#sertaiKEADILAN Kenapa saya sertai politik?

Posted: 04 Aug 2016 04:49 PM PDT

Ada Apa Dengan Hutang 1MDB #adaakukisah

Posted: 04 Aug 2016 04:48 PM PDT

#DSAI69 #NajibMasihPM sebab #AnwarMasihDipenjara

Posted: 04 Aug 2016 04:47 PM PDT

Mitos 'kuasa terkawal' MKN

Posted: 04 Aug 2016 09:13 AM PDT

Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah memulakan operasinya pada 1 Ogos lepas.

Ini walaupun selepas akta terbabit ditafsir gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berikutan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang mengingkari permintaan Majlis Raja-raja supaya akta terbabit untuk diperhalusi terlebih dahulu.

Jadi mengapa pentadbiran Najib tetap berkeras untuk meneruskannya?
Pendukung-pendukung MKN sering menggambarkan undang-undang zalim ini sebagai kuasa yang 'perlu dan terkawal'.

Perlu dalam kata ia bertujuan membasmi anasir-anasir yang boleh mengancam keselamatan dan terkawal pula kerana ia digunakan hanya dalam konteks untuk menjaga keamanan.

Mitos ini boleh disanggah, sekali gus membuktikan mengapa akta MKN membawa kita selangkah ke arah kediktatoran.
Bahasa longgar
Seksyen 18(1) menggariskan beberapa situasi yang dapat mengaktifkan bidang kuasa MKN.

Situasi yang dimaksudkan ialah apabila Majlis Keselamatan Negara (dipengerusikan sendiri perdana menteri!) menasihatkan perdana menteri yang terdapat bahaya atau kemungkinan bahaya kepada orang ramai, wilayah, ekonomi, infrastruktur atau apa-apa kepentingan Malaysia yang lain.

Penggunaan bahasa yang luas ini dikhuatiri membolehkan kerajaan secara mudah mengklasifikasikan apa-apa situasi sebagai ancaman negara, sekali gus menggunakan MKN untuk tujuan selain menjaga keamanan.

Sekiranya ia berlaku, MKN boleh menjadi senjata yang efektif bagi kerajaan untuk menekan pihak-pihak yang cuba mencabar (walaupun secara demokratik) pentadbirannya.
Contoh mudah berkaitan cadangan penganjuran BERSIH 5 dalam masa terdekat.

Secara hipotesis, penganjuran perhimpunan aman seperti BERSIH yang juga hak rakyat yang termaktub dalam Peruntukan 10 perlembagaan, boleh dihalang dengan mudah dengan MKN.

Perdana menteri hanya perlu mewartakan lokasi perhimpunan sebagai 'kawasan keselamatan' dengan alasan perhimpunan aman mengancam aktiviti ekonomi dan keselamatan awam.

Itu bukanlah sukar kerana retorik-retorik seperti ini sudah pun dimainkan pemimpin-pemimpin parti pemerintah terhadap BERSIH.

Dengan pewartaan, kerajaan boleh menguatkuasakan perintah berkurung, sekali gus menghalang penyertaan orang awam.

Malahan, pihak berkuasa boleh diarah untuk menggunakan kekerasan kepada peserta sekiranya penganjuran tetap diteruskan, di samping merampas aset-aset yang dimiliki oleh penganjur.

Semua ini boleh dilakukan kerajaan menurut peruntukan undang-undang seperti yang termaktub dalam akta MKN!

Inilah maksudnya MKN berpotensi menjadi senjata kediktatoran.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)