Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:01 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Penganjur #tangkapMO1 dan MP DAP antara dipanggil polis berkaitan demonstrasi

Posted: 31 Aug 2016 09:30 PM PDT

Tidak ada individu, parti boleh kata itu adalah kerusi saya, kata KJ

Posted: 31 Aug 2016 09:20 PM PDT

'Kalau ada orang yang bangkit isu serang kita, kita serang balik' - KJ

Posted: 31 Aug 2016 09:18 PM PDT

'Saya nak nama anak, keluarga dibersihkan' - Omar Abu Bakar

Posted: 31 Aug 2016 09:18 PM PDT

Rafizi Ramli diarah bela diri atas tuduhan di bawah OSA

Posted: 31 Aug 2016 09:16 PM PDT

MO1 adalah Najib, kata Rahman Dahlan

Posted: 31 Aug 2016 09:16 PM PDT

Skandal 1MDB: Kami harapkan pandangan ulama agar golongan ini kekal relevan

Posted: 31 Aug 2016 09:14 PM PDT


(Dari kiri) Tan Sri Harussani Zakakria dan  Datuk Raja Bahrin Shah (Dari kiri) Tan Sri Harussani Zakakria dan Datuk Raja Bahrin Shah Gesaan pemimpin politik pembangkang agar golongan mufti,ulama dan agamawan memberi pandangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya golongan ini dihormati,disanjung dan kekal relevan dalam masyarakat Islam kata, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.
 Beliau menjawab balas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani semalam, seperti dilapor Malaysia Dateline, agar pemimpin politik henti mendesak mufti,ulama dan agamawan mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.
"Saya juga merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mana Mufti tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu prasangka, prejudis dan fitnah.
"Sebenarnya kami membuat gesaan tersebut kerana sayangkan institusi mufti, ulama dan agamawan supaya terus di hormati dan di sanjung serta kekal relevan dalam masyarakat Islam khususnya hari ini.
"Untuk terus di hormati institusi tersebut perlulah memainkan peranan mereka sebagai badan yang peka serta sensitif isu semasa yang bolih menjejaskan sebuah kerajaan yang di terajui oleh pemimpin beragama Islam yang mendokongi sikap wasatiah.
"Itulah harapan umat Islam Malaysia supaya para agamawan kehadapan memberi pandangan yg bernas supaya memeliharai nama baik kerajaan pemimpin Islam di Malaysia.
Isu ini sudah lama bergema bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia dan hanya yang pekak dan buta tidak mengetahui tentang nya dan yang bisu sahaja tidak pernah bercakap tentang masalah 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Bahrin berkata, isu 1MDB ini kekal relevan berikutan banyak pihak membuat kenyataan mengenainya sebelum ini.

"Kalau Tan Sri Harussani menyatakan para Agamawan tidak mempunyai maklumat, ilmu dan kepakaran dalam isu berkenaan itu bukan alasan yg boleh di terima kerana Ulama terkenal antarabangsa seperti Dr Yusof Qardhawi dan Ulama tempatan Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah mengulas isu semasa dan mereka di sanjung tinggi masyarakat.
"Majlis Raja raja Melayu pun merujuk kepada pakar tertentu sebelum membuat kenyataan tentang 1MDB. Kepakaran luar boleh di cari dan di rujuk jika ada kemahuan yang bersungguh sungguh.
"Ada fakta yang jelas dari rekod rasmi Parlimen yang cukup untuk digunakan sebagai asas untuk komen dari aspek Agama.
"Apabila saya menyoal di Parlimen, Timbalan Menteri Kewangan mengakui kerajaan telah memindah berbillion ringgit wang 1MDB untuk pelaburan ke kepulauan Caymen ia itu pusat terkenal penggubalan wang haram, judi dan dadah sedunia. Wang ini juga kemudian di pindah kembali ke Malaysia.
"Kita juga diberi tahu oleh kerajaan 1MDB menaja jemaah haji ke Mekah. Bukan kah ini isu yang patut menimbulkan kecurigaan para agamawan? Ini barulah hanya satu contoh sahaja," jelasnya.
Menurut beliau lagi, jika laporan DOJ Amerika, negara bukan Islam, dikatakan mencurigakan, tindakan Kerajaan Islam Abu Dhabi yang menangkap rakyatnya sendiri Khadem Al Qubaisi atas tuduhan menggunakan lebih RM400 juta untuk membeli dua Kelab Malam di Las Vegas patut dipandang berat.
Read More / Baca Lagi >>

BONGKAR SKANDAL 1MDB: RAFIZI TERUS PERJUANG NASIB RAKYAT WALAU PENJARA MENANTI

Posted: 31 Aug 2016 09:13 PM PDT

Keputusan mahkamah hari ini yang bersetuju pihak pendakwa telah membuktikan prima facie (ada asas kukuh pertuduhan terhadap saya) sudah pun saya duga.

Saya mengikuti dengan dekat persediaan pembelaan yang dikemukakan oleh pasukan peguam saya yang diketuai oleh YB Gobind Singh Deo, Saudara Saiful Izham Ramli, Saudara Ahmad Nizam Abdul Hamid dan kumpulan peguam muda yang lain. Saya yakin hujah kami adalah kukuh dan akan memastikan kes pembelaan kelak akan menunjukkan kelemahan-kelemahan pendakwaraya yang sepatutnya mendorong mahkamah membebaskan saya.

Pun begitu, saya pasrah dengan kemungkinan bahawa saya hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum proses mahkamah selesai dan saya dijatuhkan hukuman penjara. Kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membawa hukuman wajib penjara sekurang-kurangnya satu tahun.

Saya tidak menyesal dan tidak akan berubah pendirian atau pendekatan. Dalam perkara yang jelas betul atau salahnya, tanggungjawab seorang insan adalah berkata benar. Soal kesan akibat berkata benar itu wajarlah diserahkan kepada Allah SWT semata-mata kerana kalau kita yakin kita berkata benar demi mencari keredhaan Allah SWT, kita juga yakin Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita.

Kalaulah semua pimpinan masyarakat dan agamawan dalam masyarakat mengambil pendirian begini, lebih mudahlah kita melawan kezaliman dalam masyarakat tidak kira betapa kuatnya kuasa pemerintah.

Oleh itu, saya akan terus membawa isu-isu rakyat terbanyak lebih-lebih lagi dalam konteks kemelut politik pemimpin negara sekarang.

Saya telah membuat satu kajiselidik ringkas yang disertai oleh 718 responden sejak 2 minggu lalu. Kajiselidik ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan whatsapp. Soalan penuh kajiselidik boleh disemak di https://poll.fbapp.io/exatdu

Kajian ini bertujuan membantu saya memilih isu yang penting untuk rakyat dalam keadaan keseluruhan fokus ahli politik dan kebanyakan NGO sejak setahun lalu adalah 1MDB semata-mata serta usaha-usaha menukar Perdana Menteri.

Sedang saya bersetuju sepenuhnya dengan sebarang usaha menukar Perdana Menteri serta merta kerana saya bimbang ada usaha menutup skandal 1MDB dengan menggunakan dana-dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, PNB, Perkeso dan lain-lain, saya juga khuatir keghairahan bercakap mengenai 1MDB dan memecat Perdana Menteri semata-mata tanpa membela nasib rakyat terbanyak akan menyebabkan pimpinan Pakatan Harapan dilihat terpisah dari rakyat.

Dapatan dari kajiselidik tersebut disertakan bersama-sama kenyataan ini.

Ringkasan penting dari dapatan tersebut adalah seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

AS anggap ketum sama bahaya dengan heroin

Posted: 31 Aug 2016 09:10 PM PDT

Penetapan ini adalah untuk tempoh 3 tahun dan mungkin akan dilanjutkan selama-lamanya, kata laporan itu.
DEA-ketum-2
PETALING JAYA: Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat baru-baru ini mengelaskan tumbuhan ketum dalam Jadual I sebagai bahan bukan untuk penggunaan perubatan dan berpotensi tinggi untuk disalahgunakan.
Memetik laporan CNN, klasifikasi itu akan berkuat kuasa bermula 30 September. Turut termasuk dalam Jadual I ialah heroin, LSD, ganja dan ekstasi.
Penetapan DEA bagaimanapun adalah untuk tempoh 3 tahun dan mungkin akan dilanjutkan selama-lamanya, kata laporan itu.
Ketum dikenali Kratom di AS, sebelum ini dalam kawalan longgar Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS.
"Apabila diambil pada kadar yang rendah, ketum bertindak seperti perangsang, sekali gus meningkatkan kewaspadaan. Tetapi pada kadar yang lebih tinggi, ketum menjadi sedatif, menghasilkan kesan opioid yang boleh menyuramkan kesakitan.
"Ia memberikan kesan sedemikian kerana kandungan aktifnya, mitragynine dan 7-hydroxymitragynine yang bertindak balas kepada reseptor opioid dalam badan kita," kata Profesor Perubatan Kecemasan, Sekolah Perubatan University of Massachusetts Dr. Ed Boyer.
"Ia beberapa kali lebih kuat daripada morfin dan boleh mententeramkan kesakitan…. Anda boleh menggunakannya sebagai penenang yang sangat berkesan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU?

Posted: 31 Aug 2016 09:09 PM PDT

Pada 8 September ini, genap sebulan permohonan pendaftaran parti BERSATU dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran BERSATU dikemukakan sendiri oleh Presiden penaja, Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli jawatankuasanya pada 9 Ogos lalu.

Jika mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 hari untuk memberikan cadangan kepadanya berkaitan perkara itu.

Kata Zahid, beliau akan bertindak profesional sama ada meluluskan atau menolak penubuhan BERSATU berdasarkan cadangan yang dikemukakan kepadanya.

Ini bermakna, jika 30 hari diambil oleh jawatankuasa itu untuk membuat penilaian dan seterusnya mengusulkan cadangan kepada menteri, tempoh seminggu daripada sekarang adalah detik masa yang mendebarkan bagi mereka yang menunjangi BERSATU.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin UMNO jelas berbelah bagi mengenai kewujudan parti BERSATU ini. Ada yang setuju dan ada juga yang melihatnya bakal memecahbelahkan rakyat. Yang tidak setuju dengan nama BERSATU pun turut ada.

Ada pemimpin yang melarang ahli UMNO mempromosi parti BERSATU, tetapi ada juga pemimpin yang meminta ahli UMNO yang pro BERSATU agar "berambus" dengan segera.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Shahrir Samad secara terbuka memberi amaran agar jangan memandang ringan kerana menyifatkan BERSATU mampu menjadi ancaman kepada UMNO.

Najib Razak, sebagaimana yang terpancar melalui beberapa ucapannya sejak kebelakangan ini terlihat tidak berapa gembira dengan kewujudan BERSATU. 
Read More / Baca Lagi >>

Bekas hakim cadang tubuhkan Mahkamah Khas bagi kes jenayah serius

Posted: 31 Aug 2016 09:07 PM PDT


Datuk Mohd Noor AbdullahDatuk Mohd Noor AbdullahSeorang bekas hakim mencadangkan penubuhan Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes jenayah serius bagi memastikan pesalah menerima hukuman setimpal dalam tempoh masa yang singkat.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata mahkamah khas itu perlu berikutan kes jenayah serius seperti kes bunuh, tembak, rogol secara berkumpulan, rompakan bersenjata yang meningkat dan membimbangkan di negara ini.
"Mahkamah Khas ini perlu menjalankan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah terbabit dalam masa setahun, tidak perlu tangguh dua hingga tiga tahun sehingga saksi 'penat'.
"Sebagai contoh, Hakim Besar Malaya boleh mengeluarkan perintah bagi kes-kes tertentu yang serius, boleh dibicarakan di Mahkamah Khas dan dalam masa setahun, misalnya, kes berkenaan perlu selesai," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.
Beliau juga menambah, hukuman yang dijatuhkan perlu berat supaya pesalah tidak lagi mengulangi kesalahannya.
Mohd Noor berkata pada masa ini mahkamah menjatuhkan hukuman dari ringan ke berat, iaitu mengenakan denda, diikuti hukuman penjara dan yang terakhirnya sebatan.
"Jadi, undang-undang negara kita perlu dipinda yang hukuman berat perlu dikenakan dahulu diikuti hukuman ringan. Baru seseorang individu itu tidak berani melakukan sebarang kesalahan, dia akan takut dengan hukuman," katanya.
Menyentuh mengenai sistem penjara di negara ini, Mohd Noor berkata mana-mana penjara di negara ini yang seolah-olah memberi 'kemudahan ala VIP' kepada banduan perlu dihentikan dan banduan perlu diberi layanan yang setimpal dengan kesalahan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

‘Ulama kita gemar petik hadis lemah pertahan pandangan pelik’ - Dr Ahmad Farouk

Posted: 31 Aug 2016 09:06 PM PDT

Umat Islam di Malaysia masih keliru mengenai status hadis dan kerap menggunakan hadis lemah dan palsu berbeza daripada sarjana di masa lampau yang lebih cermat, kata pengarah IRF itu.
faroukKUALA LUMPUR: Golongan ulama di Malaysia gemar memetik hadis lemah dan palsu dalam mempertahankan pelbagai pandangan tidak masuk akal, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) berpusat di Kuala Lumpur itu berkata, pandangan itu kemudiannya disokong kebanyakan umat Islam, dan mereka yang mempersoalkannya kerap dilabel jahil atau anti-Islam.
Dr Farouk berkata hal itu berlaku disebabkan kekeliruan ramai umat Islam mengenai status sumber Islam seperti Al-Quran dan Hadis, sehingga menuduh mereka yang mempersoalkan kesahihan sesuatu hadis sebagai terkeluar daripada akidah.
Beliau menjelaskan, sementara umat Islam perlu yakin kandungan Al-Quran dijamin Allah tidak akan berubah, hal yang sama tidak terpakai ke atas hadis.
"Allah berfirman:  Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya," kata Dr Farouk memetik ayat 9 dari Surah Al-Hijr.
Sebaliknya, hadis – iaitu apa-apa yang diriwayatkan sebagai perkataan, amalan atau sifat Nabi Muhammad – terdedah kepada risiko penambahan yang perlu disahkan oleh pengkaji hadis.
"Terdapat banyak hadis palsu. Sehinggakan Syaikh Nasiruddin Al-Albani menghasilkan berjilid-jilid buku mengenai topik ini.
"Salah satu karyanya diberi tajuk 'Silsilah ahadith ad dhaifah wal mauduah', iaitu 'Kumpulan hadis lemah dan palsu'.
"Oleh itu adalah salah untuk mengatakan seseorang yang menolak hadis lemah dan palsu sebagai menolak Islam," katanya kepada FMT.
Hadis hak suami
Dr Farouk mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mempertahankan tindakannya memetik sebuah hadis mengenai hak suami dalam hubungan seks dalam menjelaskan tiada istilah "rogol dalam Islam".
Hadis yang diriwayatkan Ibn Majah itu memetik Nabi Muhammad bersabda sekiranya suami isteri sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.
Kenyataan Harussani itu mengundang sindiran beberapa pertubuhan hak asasi yang minggu lalu menobatkan anugerah "Aiyoh Wat Lah" terhadap mufti itu kerana membuat kenyataan "hina intelek". Turut dinamakan anugerah itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor.
Tindakan itu mengundang kemarahan beberapa pihak termasuk PAS dan Perkasa, yang mahu penganjur anugerah berupa sindiran itu memohon maaf.
Bagaimanapun, pendakwah Wan Ji Wan Hussin berkata hadis yang dipetik Harussani itu tergolong sebagai "daif" (lemah), iaitu kategori paling rendah dalam menilai kualiti dan kesahihan sesuatu hadis.
Read More / Baca Lagi >>

Demo pelajar bukan penanda aras untuk BERSIH 5

Posted: 31 Aug 2016 09:04 PM PDT

Hasil himpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu tidak digunakan untuk menentukan tarikh perhimpunan BERSIH 5, kata gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu.

"Kita tidak jadikannya sebagai penanda aras.

"Kita melihatnya sebagai sebuah kumpulan bertindak balas terhadap isu penting dalam negara ketika itu," Pengerusinya Maria Chin Abdullah kepada Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada beliau bimbang kehadiran yang rendah dalam himpunan itu mempengaruhi BERSIH 5, Maria mengakuinya.

Bagaimanapun, katanya, mereka bekerja keras menggerakkan orang ramai hadir ke acara itu.
"Itu sebabnya kita kena bina momentum. Bagi kita, secara umumnya kita lihat momentumnya rendah, sama ada untuk BERSIH atau himpunan #TangkapMO1.

"Bagaimanapun himpunan itu tidak harus disalahkan kerana orang ramai kecewa dengan pelbagai isu. Ramai raya lesu," kata Maria.
Polis menganggarkan kira-kira 2,000 orang hadir dalam himpunan anjuran kumpulan mahasiswa pada 27 Ogos lalu.

Ia dianjurkan bagi mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1) yang dinamakan berkali-kalai dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

Kerajaan hari ini secara rasmi mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan beliau bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Amanah mahu Dr M bertanding di Putrajaya

Posted: 31 Aug 2016 08:59 PM PDT

Amanah cawangan Putrajaya berkata Dr Mahathir merupakan arkitek utama pusat pentadbiran itu.
mahathir_putrajaya
PETALING JAYA: Selepas menerima penyertaan bekas calon PAS di Putrajaya, Datuk Husam Musa, cawangan Amanah di pusat pentadbiran kerajaan itu mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding kerusi parlimen itu melawan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
"Adalah diakui umum Tun Mahathir adalah 'Master Planner' dan 'Architect' yang berjaya membangun Putrajaya menjadi salah satu mercu tanda kejayaan pembangunan Malaysia," kata Pengarah Komunikasi Amanah Putrajaya, Mohd Radzi Abu Bakar.
Katanya, cadangan itu tertakluk kepada persetujuan parti pembangkang yang bakal menubuhkan pakatan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia naungan Dr Mahathir, yang menjawat perdana menteri ketika Putrajaya dibina.
Parti yang dianggotai beberapa bekas pemimpin kanan Umno itu kini menunggu kelulusan permohonan pendaftarannya, dan dijangka mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Putrajaya, yang dibina di atas bandar yang Prang Besar, dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pusat pada 1999, ketika kemuncak kegawatan ekonomi dan krisis politik yang melanda negara.
Pada pilihan raya 2013, Husam yang mewakili PAS di kawasan parlimen itu menerima 4,402 undi, ditewaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan 9,943 undi.
Selasa lepas, Husam mengumumkan menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan hala tuju kepimpinan baharu parti itu yang menyokong presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam akan disambut bagai wira di Kota Bharu hari ini

Posted: 31 Aug 2016 08:59 PM PDT

Husam menyerahkan borang sertai Amanah kepada Mohamad Sabu 30 Ogos lepas.Husam menyerahkan borang sertai Amanah kepada Mohamad Sabu 30 Ogos lepas.
Penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) akan disambut secara besar-besaran di lapangan terbang Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.
Husam dijadualkan tiba jam 2 petang akan membuat satu sidang media khas bersama pimpinan Amanah Kelantan dan pusat di situ sebelum di arak ke Pasir Puteh untuk melancarkan cawangan baru Amanah di sana.
"Kita akan berarak ke Pasir Puteh untuk membolehkan Datuk Husam menyertai program pertama beliau selepas menyertai Amanah," kata jurucakap Amanah Kelantan kepada Malaysia Dateline.
Husam yang dipecat oleh Pas April lalu mengambil masa selama empat bulan untuk membuat keputusan menyertai Amanah.
Beliau telah menulis surat kepada presiden Pas bagi mengkaji balik keputusan itu namun tidak dilayan.
Husam membuat pengumuman menyertai Amanah di Cyberjaya 30 Ogos lepas dalam satu majlis sambutan Ambang Kemerdekaan.
Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada presidennya Mohamad Sabu dengan diperhatikan oleh hampir kesemua pucuk pimpinan utama parti itu dan kira-kira 500 tetamu yang menyertai majlis itu.
Turut serta menyertai Amanah di majlis itu adalah isteri beliau, Datin Rohana, ibu mertuanya, adiknya serta anak-anak beliau.
Nama Husam mula meletup semula selepas dipecat dari Pas apabila beliau bersama Matthias Chang, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad membuat saman ke atas lapan defendan yang terlibat melarikan harta 1MDB di sebuah mahkamah New York 11 Ogos lalu.
Dalam saman itu, mereka berdua menuntut ganti rugi dari para defendan kerana membawa lari wang negara.

MO1 memang Najib, kata Rahman Dahlan

Posted: 31 Aug 2016 08:47 PM PDT

Ia merupakan kali kedua menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menamakan presiden Umno adalah Malaysian Official 1 yang dirujuk pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Rahman DahlanPETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan sekali lagi menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak orang yang dimaksudkan sebagai "Malaysian Official 1" (MO1), seperti dirujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam dokumen permohonannya merampas aset 1MDB Julai lalu.
Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.
"Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri," katanya.
Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman yang juga merupakan pengarah strategik Barisan Nasional, nama Najib tidak disebut dokumen tersebut kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
"Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan," katanya.
Ini merupakan kali kedua Abdul Rahman menamakan Najib.
Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan sesuatu yang rahsia.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.
Sebelum ini, pemimpin Umno enggan menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.
Pada 20 Julai, DoJ memfailkan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Bocor Skandal 1MDB: Mahkamah perintah Rafizi bela diri

Posted: 31 Aug 2016 08:46 PM PDT

Hakim berkata bukti saksi mengesahkan dokumen yang dimiliki pemimpin PKR itu sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB yang dirahsiakan.
rafizi-ramlii_law_600
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memerintah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB.
Hakim Zulqarnian Hassan berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan dakwaan di bawah Seksyen 8(1)(c) dan 8(1)(e)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas kesalahan memiliki dan membocorkan laporan 1MDB.
"Bukti saksi mengesahkan dokumen sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB dan beliau (Rafizi) mendedahkannya pada sebuah sidang media," katanya.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 27 September dan 6-7 Oktober.
Peguam Rafizi, Gobind Singh Deo berkata pemimpin PKR itu akan memberi keterangan daripada kandang saksi.
Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang merupakan antara saksi pendakwaan.
Katanya, laporan audit 1MDB itu diklasifikasikan rahsia selepas kebocoran terhadap laporan interim 1MDB yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Julai tahun lepas.
Pada 5 April, Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR, ditangkap di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Sekiranya sabit kesalahan beliau berdepan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Amanah bincang posisi sesuai untuk Husam

Posted: 31 Aug 2016 09:22 AM PDT

Kehadiran Husam dianggap dilakukan pada masa yang tepat dan kemampuannya mengulas isu ekonomi dipercayai boleh memainkan banyak peranan.
KUALA LUMPUR: Amanah akan bermesyuarat sebelum memutuskan peranan yang sesuai untuk Datuk Husam Musa dalam parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pengumuman penyertaan Husam dalam Amanah di Cyberjaya, semalam.
"Kami akan berbincang termasuk mengadakan mesyuarat untuk memutuskan posisi yang sesuai untuk orang berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam," katanya.
Dalam ucapannya sebelum itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata penyertaan bekas Naib Presiden PAS itu dapat menonjolkan Rahmatan lil alamin (rahmat kepada sekian alam) yang ingin dibawa Amanah.
"Kehadiran Husam pada masa yang tepat. Beliau mampu ulas isu ekonomi (dengan baik), orang seperti beliau boleh mainkan banyak peranan," katanya lagi.
Dalam acara yang disertai pemimpin utama Amanah itu, Husam akhirnya menepati jangkaan ramai dengan menyertai secara rasmi parti serpihan PAS itu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub dalam ucapannya menyifatkan penyertaan Husam akan mampu mengukuhkan parti itu.
"Kita tidak ada tokoh besar, tapi kita ada pemimpin yang kita yakin boleh mengubah sejarah Malaysia," katanya.

Menuju enam dekad pembinaan bangsa merdeka

Posted: 31 Aug 2016 09:21 AM PDT

OLEH : NURUL IZZAH ANWAR
14080022_10154450816112418_4588178789230201724_n"Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaian dalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerima kepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknya sebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan" – Datuk Dr. Siddiq Fadzil.
Kita telah dihidangkan dengan retorika-retorika perpaduan versi kleptokrat, yang masih gemar berselindung di sebalik wajah perkauman.

Hal ini jelas membuktikan, walapun kita telah memacu kenegaraan melewati 5 dekad bersama, namun jaminan dalam memperoleh dinamika kemajuan masih kabur.
Pun begitu, saya yakin dengan inisiatif-inisiatif kecil yang bakal menjana perubahan besar dalam lanskap kewarganegaraan Malaysia. Bersama terus kita nyalakan obor perpaduan dan kesepakatan.
Saya diingatkan dengan usaha Pak Abu dari Blok H Apartment KTM Lengkok Abdullah di Parlimen Lembah Pantai, yang menghimpun masyarakat setempat dan serumpun dalam sambutan pra kemerdekaan mereka.
Acara yang dimulakan dengan pertandingan pakaian kebangsaan era Merdeka, permainan tradisi congkak, dan kesukanan semuanya diatur di dalam kerangka patriotisme.
Ingatlah, kesepakatan antara kita yang dikongsi bersama keluarga, kejiranan dan masyarakat setempat merupakan intipati dalam membina Malaysia yang lebih baik.
Enam dekad menuju negara Merdeka memperlihatkan bahawasanya masih banyak yang perlu kita perbaiki dan kita bina bersama.
Enam dekad menuju negara Merdeka memperlihatkan keperluan menangani masa depan anak-anak muda yang kini dibebankan dengan kos sara hidup dan peningkatan statistik bankrupsi sebanyak 178% bagi mereka di bawah umur 25 tahun.
Enam dekad menuju negara Merdeka menuntut kita merencana Agenda Ekonomi Malaysia seperti dicanang Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2007 lagi memerangi rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan mengembalikan aset, kewangan dan khazanah negara dalam memenuhi keperluan serta kebajikan rakyat terbanyak.
Read More / Baca Lagi >>

Surat terbuka DAP: Ini jawapan Razlan

Posted: 31 Aug 2016 09:20 AM PDT


Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎ tidak terkejut apabila menerima surat terbuka yang ditujukan kepadanya oleh 13 anak Melayu dalam DAP.
Tidak mudah melatah dengan situasi itu, Mohd Razlan ‎berkata, beliau sudah dapat mengagak ia akan terjadi memandangkan beliau pernah diasak empat anak muda yang berlainan fahaman politik menerusi wacana Sinar Harian sebelum ini.
"Saya tak terkejut DAP bergabung dan berbincang bagi mengilhamkan sebuah karangan yang penuh sarat dengan kebencian terhadap Umno semata-mata ingin membidas apa yang telah saya perkatakan tempoh hari di dalam sebuah program debat anjuran Sinar Harian.
"Setelah saya berhujah empat orang menentang saya seorang, hari ini mereka memerlukan tiga belas kepala pula nak mengupas apa yang saya utarakan.
"Beginilah sindrom fobia yang wujud dalam DAP apabila setiap kali saya membangkitkan isu DAP bersikap biadap terhadap bangsa Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Surat itu mendakwa, walaupun sering didatangi Mohd Razlan ke pejabat parti itu dengan ugutan, pihaknya masih boleh melayan Mohd Razlan dengan sopan.
Menurut surat itu, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan Mohd Razlan di dalam wacana yang mendakwa DAP tidak pernah hormat pada Melayu, malah menyebut bahawa sekiranya DAP berkuasa, ia tidak akan pernah hormat pada orang Melayu.
Menurut surat itu lagi, Mohd Razlan sepatutnya sedar parti yang dipertahakannya itu adalah sebuah parti yang diserang dari segenap sudut termasuk oleh bekas presidennya sendiri.
‎"Pun begitu kami ingin menasihatkan Razlan agar memeriksa keadaan dan menyedari bahawa semakin ramai orang Melayu zaman sekarang tidak makan dedak dan tahu dengan jelas bahawa selama ini Umno yang meletakkan Melayu di bawah telapak kakinya.
"Melayu di bawah Umno kini adalah Melayu yang diternak seperti ayam daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal hutang 1MDB, rompakan Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta ancaman lain ekonomi termasuk risiko bankrap angkara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman isi rumah yang melangit.
"'Ayam-ayam' dibela Umno ini disumbat dengan rasa takut hilang kuasa dan rasa takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar ia boleh diserkup dan disembelih dengan mudah, bagi melanjutkan kekuasaan elit Melayu dalam Umno yang kenyang dengan hasil menjarah dompet dan saku rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Yunos beri RM1000 setiap perwakilan Umno Sg Besar ganti lawatan Dubai

Posted: 31 Aug 2016 09:18 AM PDT

Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal.
DubaiSUNGAI BESAR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos akan menawarkan RM1000 untuk setiap perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian selepas tidak dapat menunaikan janjinya menaja mereka lawatan ke Dubai.
Dianggarkan lebih 600 perwakilan yang hadir ke mesyuarat perwakilan hari ini akan menerima jumlah wang yang dijanjikan oleh Jamal.
"Lima bulan lalu, saya berjanji kepada pemimpin bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa (Sungai Besar) untuk membawa mereka bercuti ke Dubai sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Namun, oleh kerana hanya 81 daripada 115 pemimpin bahagian yang boleh menyertainya, saya mengambil keputusan batal lawatan itu.
"Saya tidak mahu sesiapa (yang tidak boleh pergi) untuk merasa kecewa.
"Sebaliknya, saya akan memberikan RM1,000 kepada setiap seorang perwakilan di sini hari ini," kata Jamal pada mesyuarat Umno Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.
Bagaimanapun, bayaran itu akan dibuat dalam dua ansuran iaitu RM500 dibayar hari ini dan baki RM500 akan diberikan pada tahun depan.
Pengumuman yang tidak diduga ini diraikan dengan sorakan dan tepukan oleh perwakilan yang hadir.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Biro Teknologi Maklumat Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, dan Ahli Parlimen Sungai Besar yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi.
Read More / Baca Lagi >>

'Budak kecil' minta Nazri jangan angkuh

Posted: 31 Aug 2016 09:16 AM PDT

Anggota Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh dianggap "budak kecil" namun juara debat itu mengingatkan, orang "kecil" adalah pihak yang memilih seseorang ahli politik.
"Jangan angkuh. Orang kecil, budak kecil yang anda perlekeh adalah orang yang melantik anda dan tidak lama lagi menjadi orang yang menyingkirkan anda," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Syed Saddiq berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang menganggapnya sekadar "budak kecil" dan tidak perlu dilayan.
Nazri memberikan reaksi itu pada 30 Ogos selepas Syed Saddiq menggesa pemimpin Umno tidak bersikap 'hipokrit'.
Kata Nazri tidak penting baginya untuk mengulas kenyataan pemimpin BERSATU itu.
"Dia seorang budak, saya tak kenal dialah. Tak penting. Kamu mahu saya ulas, (dia mesti) seorang ahli politik sebenar. Seseorang yang telah dipilih oleh rakyat," katanya
Menurut Syed Saddiq dia lebih rela dianggap "budak kecil" yang memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia berbanding "budak tua" yang memperjuangkan tuannya.
Dia juga berkata ada jutaan pengundi lain yang membawa Nazri 'berkuasa' (melalui pilihan raya) dan mereka juga boleh menyebabkan kejatuhannya.

Tangani segera isu 1MDB, gesa Biskop Katolik

Posted: 31 Aug 2016 04:19 AM PDT

Biskop Katolik Malaysia percaya bahawa isu-isu kritikal yang menjejaskan negara seperti kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), perlu diselesaikan segera.
Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan, Persidangan Biskop Katolik Malaysia mengakui bahawa walaupun negara ini telah maju dalam banyak sektor, terdapat juga isu-isu yang perlu ditangani.
"Ini termasuk kontroversi Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang dilihat sebagai bertentangan dengan norma-norma demokrasi, kedudukan kewangan yang tidak menentu dengan kos sara hidup yang tinggi diburukkan lagi oleh cukai yang berlebihan, pemberhentian pekerja, rasuah dan pembaziran dan, terutamanya urusan 1MDB.
"Masalah ini perlu diselesaikan segera demi kepentingan negara. Kerajaan perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan rasa tanggungjawab yang lebih besar, ketelusan dan integriti," kata biskop dalam kenyataan bersama itu.
Peguam Negara Amerika Syarikat Lorretta Lynch mendedahkan pada Julai bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) akan memulakan prosiding mahkamah untuk merampas aset yang didakwa diperoleh dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berulang kali menafikan menyalahgunakan dana awam.
Beliau dibersihkan daripada sebarang salah laku dalam isu itu oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Para biskop juga menyatakan negara kini menghadapi satu bentuk polarisasi kaum dan agama yang tidak seharus dibenarkan berlaku.

Wan Rahim umum Husam 'de facto leader' Amanah Kelantan

Posted: 31 Aug 2016 04:12 AM PDT

Husam Musa dilantik pemimpin 'de facto' Amanah Kelantan. Husam Musa dilantik pemimpin 'de facto' Amanah Kelantan.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengumumkan Datuk Husam Musa secara automatik menjadi "de facto leader" untuk Amanah negeri Kelantan walaupun secara rasmi beliau akan kekal pada jawatannya sekarang.
Datuk Husam yang mengisytiharkan diri menyertai Amanah di Cyberjaya malam tadi belum ditentukan sebarang jawatan dalam parti barunya.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata satu perbincangan khas akan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi parti dan Datuk Husam sendiri mengenai peranannya dalam Amanah.
Di Kelantan, kata Wan Rahim, kepimpinan negeri hanya menunggu beliau buat pengumuman untuk diserahkan kepimpinan kepada beliau.
"Bagaimanapun bagi melicinkan perjalanan parti yang telah kita buat perlatikan melalui kongres tahunan, saya secara 'de jure' akan terus memegang jawatan hingga tamat seperti diperuntukkan perlembagaan parti.
"In sya Allah ambo akan kekal menjawat pengerusi Amanah negeri Kelantan, tapi Datuk Husam Musa akan bertindak selaku de facto leader of Kelantan Amanah ," katanya dalam status facebook terbarunya petang ini.
Malam tadi Datuk Husam Musa mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Amanah Negara di Cyberjaya.
"Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," kata Husam ketika membuat pengumuman di majlis sambutan di ambang merdeka anjuran Amanah.

Kelantan syukur Husam sertai Amanah, sambut kepulangan bagai wira

Posted: 31 Aug 2016 04:11 AM PDT

Muhamad Hussin berkata kemasukan Husam diharap mampu memberi perubahanMuhamad Hussin berkata kemasukan Husam diharap mampu memberi perubahan
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Adun Salor Datuk Husam Musa menyertai parti itu 30 Ogos lalu.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussin berkata, kemasukan Husam diharap mampu memberi perubahan besar kepada perubahan politik di negeri itu.
"Kita yakin dengan kemampuan yang beliau ada pengalaman yang beliau lalui, hasrat Amanah untuk ambil pemerintahan Kelantan sekaligus menghalang daripada dirampas Umno, akan dapat dicapai," katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau ditemui selepas majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya yang menyaksikan Husam mengumumkan menyertai AMANAH selepas lebih empat bulan dipecat daripada Pas.
Sementara itu Menurut Muhammad, Amanah negeri sudah membuat perbincangan awal berhubung tugas Husam dalam mencapai hasrat itu termasuk strategi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Untuk permulaan kepada gelombang ini katanya, kepulangan Husam pada 1 September akan disambut di lapangan terbang sebelum menyertai konvoi ke Pasir Puteh.
"Beliau dijangka rasmi penubuhan 14 cawangn AMANAH di Dun Limbongan pada hari sama.
"Satu lagi kita akan buat majlis pengisytiharan besar-besaran 16 September ini di kelantan dan kemasukan beberapa kumpulan lagi bersama Husam," katanya.
Mengulas lanjut Muhammad berkata kerajaan Pas yang ada hari ini sudah tidak mampu lagi memperjuangkan agenda rakyat Kelantan malah banyak pihak menjangkakan Kelantan akan jatuh kepada Umno ekoran sikap Pas itu.
"Kita nampak Pas di Kelantan sudah sampai masa kita ambil alih kerana pemerintahan dia sekarang sudah merosakkan Kelantan atas nama Islam.
"Boleh dikatakan sudah syarie dan ada kewajipan untuk ambil alih pemerintahan Kelantan daripada Pas ini," katanya.
Mengulas kemungkinan sama ada jawatan tertentu akan diberikan kepada Husam, Muhammad bagaimanapun berkata itu terpulang kepada perbincangan Amanah Nasional.

Comments (0)