Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


How to prevent another 1MDB saga

Posted: 03 Aug 2016 08:14 PM PDT

Need to define role of the government in business and set in place adequate institutional checks against potential abuse, says article in East Asia Forum.

KUALA LUMPUR: The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) saga highlights the problems with state-ownership in the Malaysian economy.
According to a report in the East Asia Forum, to prevent such scandals from recurring, Malaysia should first curb the excessive role of the state in business .
Then, it has to put in place institutional mechanisms that subject politicians to proper checks and balances.
Also, there is a need for wider democratic reforms and a clear separation of powers of the executive, legislative and judicial branches of government.
"Malaysia has a long history of high-level financial scandals, some of them involving the country's government-linked companies (GLCs). Yet, the recent case of 1MDB is particularly shocking. This is the first time that a sitting prime minister is directly implicated," it notes.
In Malaysia, according to the article by Teck Chi Wong, a Masters student at the Australian National University, GLCs have been used as a tool for politicians to direct benefits to their political supporters or even themselves.
The case of 1MDB, it says, illustrates this problem.
The failure of institutional safeguards to prevent or take action against irregularities that have resulted in the scandal point to major deficiencies within Malaysia's governance of GLCs.
It says six decades of rule by the United Malays National Organisation, the main ruling party in Malaysia, have undermined Malaysia's democratic institutions.
"There are now no effective institutional checks and balances on the handling of GLCs by the state and politicians."
It estimates that GLCs account for approximately 36 per cent of the market capitalisation of Bursa Malaysia and 54 per cent of the benchmark Kuala Lumpur Composite Index. GLCs do not only participate in natural monopolies or strategic industries, but compete with the private sector in highly lucrative businesses such as retail, construction and property development.
In the case of 1MDB, the state-owned investment company also has a huge involvement in property development, through the projects, Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar 1Malaysia, it notes.
These projects are particularly controversial, it says, because the land was sold to 1MDB at a very low price by the government.
It says Malaysia should consider adopting the OECD guidelines on corporate governance of state-owned enterprises to benchmark itself against the world's best practices.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Senator AS mahu Obama kaji semula hubungan dengan Najib

Posted: 03 Aug 2016 08:13 PM PDT

Senator Amerika Syarikat menggesa Presidennya Barrack Obama untuk mengkaji semula hubungan dua hala dengan Malaysia.
Mereka berkata, tindakan perlu diambil berikutan penolakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas siasatan kerugian US$11 bilion dan sumbangan derma US$700,000 1MDB yang sedang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
NAJIB-1MDBMenurutnya, tanpa mengira keputusan siasatan tersebut, skandal itu telah membawa rekahan mendalam antara Najib dan institusi kerajaan berkenaan bagaimana untuk menangani perkembangan rasuah.
"Hasilnya, sokongan domestik Najib telah jatuh merudum dan krisis berterusan ini memburukkan lagi perbezaan kaum, agama dan mewujudkan persekitaran politik bahaya.
"Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peranan jangka panjang Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menangani keganasan.
"Kami berharap untuk bekerja dengan anda untuk menyokong usaha-usaha mengembangkan perkongsian komprehensif bersama Malaysia berdasarkan kemajuan substantif ke arah demokrasi, undang-undang, anti rasuah dan hak asasi manusia," kata Benjamin L Cardin dan John McCain dalam surat kepada Obama bertarikh 3 Februari itu.
Menurut mereka lagi, hubungan dengan Malaysia mestilah dibina melalui asas dan prinsip-prinsip demokrasi.
Katanya, tindakan Najib jelas telah menimbulkan kebimbangan apakah Malaysia merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai di rantau ini.
"Kami berharap anda akan mengajukan permasalahan ini dalam mesyuarat bersama pemimpin Malaysia pada persidangan ASEAN Summit akan datang," tegas mereka.

Skandal 1MDB bukan isu rasuah, kata bekas timbalan ketua p'jaya SPRM

Posted: 03 Aug 2016 08:12 PM PDT

Skandal 1MDB bukan melibatkan isu rasuah, justeru tiada lagi sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya, kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.
"1MDB ini kalau ikut kenyataan (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM) Datuk Mohd Shukri (Abdull), SPRM belum menyiasat kerana ia bukan isu rasuah.
"Ia isu pelaburan, isu penipuan, jadi polis yang kena lakukan siasatan manakala isu melibatkan pelaburan, Bank Negara.
"Jadi SPRM kalau ada unsur rasuah baru boleh siasat, setakat ini tak ada lagi bunyi. Jadi 1MDB bukan di bawah SPRM," kata Zakaria dalam sesi soal jawab bersama hadirin yang hadir dalam ceramah anjuran PAS Putrajaya, malam tadi.
Malah, Zakaria berkata tidak ada siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tiada laporan terhadap beliau.
Dalam ceramah bertajuk Rasuah dan isu semasa itu Zakaria diminta mengulas isu skandal 1MDB.
Isu skandal 1MDB hangat dibicarakan sejak setahun yang lalu apabila wujud dakwaan salah laku terhadap Najib.
Ia diikuti oleh saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang berkaitan dengan dana 1MDB.
Sementara itu, Zakaria dalam ceramahnya mengingatkan orang awam agar tidak membuat tuduhan terhadap pegawai SPRM.
Read More / Baca Lagi >>

NUBE bidas Bank Muamalat paksa staf pindah ratusan kilometer

Posted: 03 Aug 2016 08:06 PM PDT

Ini susulan daripada kakitangan enggan menerima tawaran skim pemisahan sukarela yang dikeluarkan Bank Muamalat.
j solomon
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyifatkan Bank Muamalat majikan yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan taktik memindahkan pekerja bagi memberi tekanan supaya mereka berhenti kerja.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata tindakan sewenang-wenangnya memindahkan tiga kakitangan bawahannya dari tiga cawangan berbeza di Semenanjung Malaysia ke ibu pejabat di Kuala Lumpur sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, Bank Muamalat sengaja memindahkan kakitangan terbabit ratusan kilometer jauhnya dengan keluarga semata-mata untuk memaksa meletak jawatan, selepas mereka menolak tawaran skim pemisahan sukarela (VSS) yang dikeluarkan bank itu.
"Ketiga-tiga pekerja tersebut tidak diberi sebarang tugas untuk lebih tiga minggu dari 18 Julai sehingga ke hari ini.
"Apabila pekerja ini mempertahankan hak mereka dan mempersoalkan pemindahan yang dilakukan, pihak Bank Muamalat memaksa mereka memilih antara kenaikan pangkat, menjadi pemandu atau terus letak jawatan.
"Sebagai taktik terakhir pada 1 Ogos lalu, Bank Muamalat menawarkan kenaikan pangkat daripada pembantu pejabat kepada kerani pemasaran dengan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran," katanya kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, tiga kakitangan bawahan Bank Muamalat dari tiga cawangan berbeza di Semenanjung Malaysia mendakwa mereka rasa tertindas selepas diarahkan berpindah tugas ke ibu pejabat di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Isteri PM Singapura bawa dompet RM45 ke White House

Posted: 03 Aug 2016 07:34 PM PDT

Dompet berukiran dinosaur itu hasil seni seorang pelajar 19 tahun, dan dibeli ketika menghadiri pertunjukan amal di Singapura.
Lee Hsien Loong
PETALING JAYA: Isteri perdana menteri Singapura yang dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House kelmarin menerima pujian ramai.
Dompet yang dikepit isteri kepada Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh President Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.
Di bawah program tersebut, pelajar boleh menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.
Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.
"Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi," kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.
Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.

Jangan gusar dakwaan 'terompah Umno' kononnya Amanah khadam DAP

Posted: 03 Aug 2016 07:28 PM PDT


Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menasihati ahli dan pemimpin parti itu agar tidak gusar dengan dakwaan kononnya 'Amanah adalah khadam DAP' kerana tuduhan itu mengulangi modal lama golongan yang menjadi 'terompah Umno'.
Mengulas tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan memainkan sentimen perkauman dan kebencian melulu terhadap DAP, beliau berkata tuduhan 'khadam kepada DAP' ini sudah dipopularkan Umno sejak Pas mengadakan pakatan politik dengan parti pembangkang tersebut.
"Kenapa harus takut dan gusar dengan tuduhan barua, khadam dan kuda tunggangan DAP?
"Bukankah puluhan tahun bersama Pas dahulu kita telah dilempar dengan tuduhan yang sama oleh Umno-BN walaupun ada Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi pada waktu itu?
"Terkini Tun Mahadhir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dituduh barua dan khadam DAP oleh Umno-BN.
"Cuma bezanya sekarang Umno BN tak perlu buang masa dan tenaga dan seronok merehatkan diri kerana telah ada parti yang menjadi budak suruhan mereka menuduh orang lain barua, khadam dan kuda tunggangan DAP," tegasnya dalam satu kenyataan.
Salahuddin turut mengimbas kembali kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz supaya golongan ulama jangan sekali-kali menjadi "terompah kayu Umno".

PRN di Terengganu sukar untuk diduga, kata Najib

Posted: 03 Aug 2016 07:25 PM PDT

Tetapi katanya semua Adun BN sudah membuat aku janji menyokong BN dan beliau sendiri akan memantau perkembangan di negeri itu supaya tidak menyusahkan rakyat.
najib terengganu
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sukar untuk diduga sama ada pilihan raya negeri (PRN) akan berlaku di Terengganu atau tidak, susulan krisis politik yang sedang melanda negeri itu.
Bernama melaporkan, Najib berkata PRN di Terengganu bergantung pada disiplin wakil rakyat BN.
Bagaimanapun, katanya semua Adun BN sudah membuat aku janji menyokong BN dan beliau sendiri akan memantau perkembangan seterusnya.
Najib yang juga presiden Umno dan BN berkata pada masa sama krisis politik di Terengganu akan ditangani dengan cara yang terbaik agar ia tidak menyusahkan rakyat di negeri itu.
"Kita akan tangani kedudukan politik di Terengganu agar ia tidak menyusahkan rakyat Terengganu dan saya sedang pantau, tunggu laporan daripada MB," katanya kepada pemberita bagi merumuskan hasil lawatan kerja tiga hari di Jakarta yang berakhir hari ini.
Krisis politik di Terengganu dikatakan semakin tegang apabila bekas menteri besarnya Ahmad Said yang juga Adun Kijal bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpinan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada menteri besar.
Read More / Baca Lagi >>

BN Terengganu hanya ada 2 pilihan, MB undur atau pilihan raya semula

Posted: 03 Aug 2016 07:23 PM PDT


Pilihan untuk BN Terengganu adalah tukar MB atau pilihan raya semula.Pilihan untuk BN Terengganu adalah tukar MB atau pilihan raya semula.
Barisan Nasional (BN) Terengganu kini mempunyai dua pilihan sahaja bagi menyelesaikan kemelut yang ada iaitu menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman berundur dengan digantikan oleh MB lain atau pilihan raya negeri semula.
Desas desus kini bertiup kencang di Terengganu kononnya menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman akan berundur untuk membolehkan krisis yang ada di negeri itu selesai.
Ini berikutan dari ugutan bekas MB, Datuk Seri Ahmad Said, jika beliau terpaksa keluar dari Umno, menteri besar yang ada juga perlu turun.
Namun begitu, Razif bertegas beliau tidak akan berundur. Beliau menyalahkan Ahmad Said dengan apa yang berlaku di Terengganu sekarang ekoran kerajaan pimpinan beliau menang dengan hanya majoriti tipis dalam pilihan raya umum 2013 lalu.
Dalam mesyuarat Selasa lalu, Umno Terengganu telah membincangkan secara mendalam kemungkinan adanya pilihan raya negeri segera bagi menyelesaikan masalah ini.
Mesyuarat itu bersetuju, cara terbaik menyelesaikan isu ini adalah dengan pilihan raya semula.

Mereka dikatakan lebih bersedia ke arah itu kerana peluang menang lebih besar untuk BN ekoran perpecahan dalam Pas yang melahirkan Amanah dan hubungan tidak baik antara Pas dengan PKR di Terengganu.
Ekoran itu, Razif membuat satu kenyataan media secara bertulis bagi menerangkan hal itu dan meletakkan segala kesalahan kepada krisis yang ada itu di bahu Ahmad Said.
"Apakah punca sebenar Umno negeri Terengganu atau Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dilihat sentiasa berada dalam keadaan 'tidak menentu dan tidak beryakinan'.
"Puncanya ialah kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu. Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13. Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin Umno dan rakyat.
"Inilah ibu kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pertabiran Kerajaan Negeri Terengganu. Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman 'dalam dan luar'.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Amanah desak MB Terengganu segera bubar Dun

Posted: 03 Aug 2016 07:21 PM PDT


Hasbie Muda Hasbie Muda Pemuda Amanah Negeri Terengganu menggesa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman  agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenggganu.
 Ketua Pemudanya Hasbi Muda berkata, hal ini berikutan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Ahmad Razif yang lemah dan tidak stabil ketika ini.
"Lebih memburukkan keadaan apabila istana sendiri seolah-olah tidak mengiktiraf beliau apabila menarik semula gelaran kebesaran yang telah dikurniakan sebelum ini.
"Gesaan ini selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar sewajarnya bertindak cepat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.
"Walau keadaan mungkin sukar buat pembangkang memandangkan Pas sendiri seolah-olah tiada "political will" untuk menggantikan Umno sebagai kerajaan, " ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenytana itu juga menyebut Pemuda Amanah Terengganu bersedia untuk berunding dengan semua pihak, khususnya kelompok-kelompok anak muda, asalkan sahaja Umno ujarnya, tidak kembali menjadi kerajaan yang akan mentadbir Terengganu kelak.
Read More / Baca Lagi >>

Razif: Dia punca BN hilang kerusi, tak perlu jadi penyelamat

Posted: 03 Aug 2016 07:20 PM PDT

Menteri Besar Terengganu itu berkata 'ibu' kepada segala masalah politik negeri itu adalah kekalahan BN pada PRU lepas di bawah kepimpinan Ahmad Said.
Ahmad-Razif_ahmad-said_600
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata punca krisis politik yang dihadapi negeri itu adalah kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum 2013 lalu, daripada 28 kerusi kepada 17 kerusi.
"Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin Umno dan rakyat. Inilah 'ibu' kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pentadbiran kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan, membalas kritikan terhadapnya oleh bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada Razif, kembali hangat berikutan tindakan menghadapkan Adun Kijal itu ke Lembaga Disiplin Umno, selepas mengkritik kepimpinan negeri dan Datuk Seri Najib Razak.
Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam Dewan Undangan Negeri, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15.
Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.
Semalam, Ahmad Said memberitahu FMT beliau sudah lama bersabar walaupun mendakwa cuba dijatuhkan Razif.
"Setahun lebih saya tidak ganggu pentadbiran kerajaan, saya nak perhatikan gelagat-gelagat menteri besar baharu yang bercakap dengan penuh pembohongan dan sebagainya.
"Sepatutnya dia berbaik dengan saya bukan bermusuh dengan saya," kata Ahmad Said.
Razif dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun menyalahkan Ahmad Said atas prestasi BN pada PRU lepas.
"Kesimpulannya kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yang ditinggalkan oleh menteri besar lama.
"Sekarang tiba-tiba ada yang dengan megah mengaku cuba menjadi 'penyelamat'. Sepatutnya bekas menteri besar itu membantu saya menstabilkan Umno dan membuat persediaan menghadapi PRU-14," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Said punca masalah di Terengganu, kata Razif

Posted: 03 Aug 2016 07:18 PM PDT


Ahmad Razif (kiri) mendakwa punca pergolakan politik di negeri itu berterusan ekoran yang memulakan "peperangan atau pergelutan Ahmad Razif (kiri) mendakwa punca pergolakan politik di negeri itu berterusan ekoran yang memulakan "peperangan atau pergelutan " ujarnya kerana Ahmad Said (kanan) sebelum ini membuat usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Kegoyahan politik negeri Terengganu berpunca selepas Umno-BN kalah teruk dalam Pilihan Raya (PRU) Umum ke-13 dan berlakunya pergelutan jawatan menteri besar apabila Datuk Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) menambahkan lagi krisis kepimpinan di negeri itu.
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu kenyataan rasminya hari ini, mendedahkan selepas BN hanya mengekalkan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun)  berbanding 28 kerusi pada PRU12, menjurus kepada berlakunya segala permasalahan dan ketidakstabilan yang melanda kerajaan negeri Terengganu itu.
Selain kekalahan teruk dalam PRU13, Ahmad Razif turut mendakwa punca pergolakan politik di negeri itu berterusan ekoran yang memulakan "peperangan atau pergelutan berlaku" ujarnya kerana  Ahmad Said  sebelum ini membuat usul undi tidak percaya dalam sidang Dun.
"Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman "dalam dan luar". Kita diugut, kita dipaksa dan kita di pengaruhi.
"Saya bukan 'superman atau memiliki lampu ajaib' yang boleh membuat sesuatu menjadi lebih cepat dan sempurna dengan sekelip mata," ujar Ahmad Razif yang juga  Pengerusi Perhubungan Umno Negeri itu seperti dipetik daripada kenyataan media itu.
Malaysia Dateline memaparkan kenyataan rasmi beliau untuk dinilai oleh rakyat negeri Terengganu sendiri dalam menentukan lanskap politik negeri itu terhadap krisis kepimpinan Umno yang berlaku  antara  Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas menteri besar Datuk Ahmad Said.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa WAJIB ada spesis 'PENGERANG' dlm Umno..??

Posted: 03 Aug 2016 06:02 PM PDT

Siapa 'wanita-islam' melayu-umno yang duduk di sebelah Pengerusi Biro IT UMNO..??

Kami diberitahu beliau adalah salah satu peguam Umno... benarkah ?? Ada siapa boleh beri pengesahan...?

Yang buruk disembunyikan ditutup rapat2 agar rakyat tidak tahu....!!

Posted: 03 Aug 2016 06:00 PM PDT


Negara Ketum: Keajaiban "Suri Rumah"......

Posted: 03 Aug 2016 05:59 PM PDT


#MalaysianOfficer1 terima dana AS$681 juta masuk ke akaun peribadi..

#FirstLadyofMalaysia terima RM2 juta masuk ke akaun peribadi..

APA MAKNA SEMUA INI ??!!

Negara Pemimpin Ketum....!!!

Posted: 03 Aug 2016 05:53 PM PDT

Di saat harga getah jatuh, rakyat merungut suruh kerajaan selesaikan masalah penanam getah..

Akhirnya KERAjaan Ketum temui formulanya.. iaitu..

TANAM KETUM !!!

DAH MAKIN GILA Kerajaan Ketum skrg.. Lps ni ramailah jutawan2 Melayu Ketum berjaya dihasilkan hasil Transformasi Najib..

"Melayu 'terbangsat' jika Umno hilang kuasa" - Najib Razak

Zuhud macamnilah kami sayang pada FLOAM..

Posted: 03 Aug 2016 05:52 PM PDT

Sungguh zuhud First Lady of Malaysia berbanding bini PM S'pore.

Mana taknya laki beliau telah mengamalkan konsep Wasatiyyah yg bermaksud BERSEDERHANA pasa segala situasi.

Teruk benar PM S'pore sampai tak mampu belikan beg tangan mewah sedangkan gaji PM S'pore adalah yg tertinggi di dunia.

Tukang sebat sudah sedia untuk hukuman syariah - Nik Amar

Posted: 03 Aug 2016 05:39 PM PDT

PAS boleh rampas Terengganu jika ada PRN mengejut - Naib Presiden

Posted: 03 Aug 2016 05:37 PM PDT

Himpunan Baju Merah sedia 'berlawan' dengan BERSIH 5

Posted: 03 Aug 2016 05:37 PM PDT

Guling Najib: "Kami' mewakili saya, Pemuda & KJ - Azwan Bro

Posted: 03 Aug 2016 05:30 AM PDT

Guling PM: Azwan bangga lapor polis 'Komplot 3 Tan Sri'

Posted: 03 Aug 2016 05:22 AM PDT

Guling PM: Perkara buruk timpa PM jika saya tidak lapor polis - Khairul Azwan

Posted: 03 Aug 2016 05:20 AM PDT

Don't bow to Najib, Financial Times tells Obama

Posted: 03 Aug 2016 05:19 AM PDT

Guling PM: Diasak wartawan, Azwan hanya jawab 'rujuk laporan polis'

Posted: 03 Aug 2016 05:19 AM PDT

"BUKAN ANDAIAN DAN IA MEWAKILI SUARA PEMUDA" - APA REAKSI KPN DAN KJ SELEPAS INI?

Posted: 03 Aug 2016 05:14 AM PDT

Tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menutup siasatan berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib Razak oleh tiga Tan Sri dan menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hanya berdasarkan andaian, nampaknya tidak menjadikan kes tersebut benar-benar tertutup.

Khairul Azwan yang mengadakan sidang akhbar petang tadi bukan saja menolak laporan polis yang dibuatnya berdasarkan andaian, malah juga mengatakan tindakannya adalah mewakili suara Pemuda UMNO.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh naibnya itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO.

Dengan mempertahankan laporan polisnya bukan berdasarkan andaian serta tindakannya adalah juga mewakili suara Pemuda UMNO, Khairul Azwan secara sekaligus menolak tanggapan Khalid Abu Bakar dan KJ terhadap tindakannya.
"Kami telah buat laporan polis, itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab, jadi kami buat laporan.

"Ia bukan andaian dan laporan polis telah kami buat. Tetapi saya difahamkan polis tidak akan teruskan siasatan dan tiada tindakan akan diambil terhadap saya," katanya lagi.

Khairul Azwan juga mempertahankan laporan polis yang dibuatnya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan di mana ia akhirnya telah berjaya mematahkan percubaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)