Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bangsa Johor: Kenapa Sultan Johor begitu keras jawab Mahathir?

Posted: 29 Aug 2016 09:37 PM PDT

Kenapa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar begitu keras terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Bangsa Johor?
Soalan itu mungkin bermain di minda kebanyakan orang selepas beliau meminta bekas perdana menteri tutup mulut daripada membuat kenyataan liar, selain menyifatkan Mahathir berkeliaran memecah belah rakyat.
Dalam wawancara dengan New Straits Times hari, beliau berdepan soalan sama: Kenapa tuanku begitu keras terhadap Mahathir?
"Sesiapa yang tidak tahu sejarah atau latar belakang isu tidak patut bercakap dengan pihak berkuasa (berkaitan isu itu).

"Seperti saya cakap sebelum ini, Bangsa Johor bukan ciptaan baru, dan tujuannya sentiasa untuk perpaduan, bukan perpecahan.

"Idea itu telah terbukti berjaya berkali-kali," jawabnya.
Mahathir dalam satu forum berkata semangat kebangsaan Johor tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.
Sementara itu, ditanya sama ada parti politik baru pimpinan tokoh Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memecahbelahkan orang Melayu, Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri urusan politik.

"Saya hanya mahu satukan semua bangsa Johor. Bukan sebaliknya. Itu saja yang boleh saya katakan," katanya.
Muhyiddin kini menerajui Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas dipecat Umno.
kerana lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan 'derma' ke akaun peribadinya.
Mahathir dilantik penasihat parti serpihan Umno itu.

Beranikah Mereka Ke Luar Negara ...!!!

Posted: 29 Aug 2016 09:22 PM PDT

FAKTA:
1) Entah kenapa tiba2 kerajaan hanya berani hantar wakil kerajaan TPM Zahid Hamidi ke ULAANBAATAR, Mongolia pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ke-11 2 pada bulan lepas (14/7/2016), BUKANNYA PM NAJIB.. sedangkan S'pore hantar PM mereka sendiri..

2) DAN JUGA kerajaan hanya berani hantar wakil kerajaan TPM Zahid Hamidi ke PBB, Amerika Syarikat minggu lepas (22/8/2016) bagi mempengerusikan debat terbuka pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

KENAPA HANTAR ZAHID HAMIDI ??
KENAPA TIDAK HANTAR PM NAJIB RAZAK ??!!

Patutler baru2 ini KJ mengaku sanggup digelar MACAI NAJIB !!!

Posted: 29 Aug 2016 09:20 PM PDT

Satu Malaysia & satu dunia dibohongi oleh pencacai & pemakan dedak UMNO derma RM2.6 bilion kononnya datang dari penyokong Umno mahupun derma Pak Arab..

KAH..!! KAH..!! KAH..!!

MALAYSIAN RAKYAT LAUGHING NON STOP.... WHAT JOKE OF THE DAY.

Najib kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB...

Posted: 29 Aug 2016 09:19 PM PDT

Apa ni? Merapu MENIPU tahap kronik.

Padahal 'JHO LOW' disebut LEBIH 300 kali dalam laporan DOJ..!!
Semakin byk menipu dalam 1MDB, semakin byk lah penipuan terbongkar..

Rakyat bayar, keluarga Najib & beranak belanja boros di AS.

Posted: 29 Aug 2016 09:16 PM PDT

RUPA-RUPANYA.. anak tiri Najib Razak, anak kandung Rosmah..RIZA AZIZ dan kawan rapatnya JHI LOW mampu menikmati hidup mewah melampau2 di AS dan didakwa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dibiayai melalui wang yg diselewengkan drpd #1MDB.

PAKCIK KAMPUNG MAKCIK FELDA tahu tak maksud 'KLEPTOKRASI' !!!

Posted: 29 Aug 2016 09:13 PM PDT

Kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "KLEPET" dan "KELENTONG" yang berselindung di sebalik demokrasi.
Hanya kerana #1MDB, NAJIB RAZAK dan JHO LOW, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri.
Malu beb... KECUALI BAGI MEREKA YANG SAMA-SAMA MENCURI !!!

Ali Tinju terus desak polis tangkap penganjur #TangkapMO1

Posted: 29 Aug 2016 08:50 PM PDT

Mahasiswa & anak muda punyai hak bersuara isu negara

Posted: 29 Aug 2016 08:43 PM PDT

Mahasiswa dan anak muda mempunyai hak kebebasan dalam menyuarakan pendapat dalam pelbagai hal yang melibatkan negara.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Universiti Selangor (UNISEL), Amidi Abdul Manan, berkata mahasiswa adalah tunggak harapan negara yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin negara pada masa hadapan.
"Mereka juga dikelilingi maklumat berkaitan isu semasa yang berlaku pada masa kini, jadi tindakan mereka dalam menyertai perhimpunan seperti Tangkap MO1 adalah sebagai tindak balas anak muda terpelajar terhadap apa yang berlaku di negara ini.
"Ia juga menunjukkan anak muda benci kepada perkara yang boleh merosakkan nama negara," katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Amidi berkata, tindakan itu juga sebagai proses kematangan pelajar yang prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.
"Jika pihak kerajaan mahupun universiti menyekat aktiviti mereka, itu adalah tindakan sia-sia dan ia hanya akan menambahkan amarah mereka.
"Bagi UNISEL, kita memberikan bimbingan serta memantau pelajar yang terlibat sekiranya mereka melakukan perkara yang melampaui batas," katanya.

Harga produk susu Malaysia lebih mahal ketika harga dunia jatuh

Posted: 29 Aug 2016 08:40 PM PDT

Laporan Kedudukan Isi Rumah II menyatakan harga produk susu dan tenusu di negara ini tidak menggambarkan pergerakan menurun harga global ekoran kenaikan harga produk itu.
Laporan dikeluarkan Khazanah Research Institute (KRI)Laporan dikeluarkan Khazanah Research Institute (KRI) mendapati Malaysia terlalu bergantung kepada susu import bagi memenuhi permintaan tempatan kerana negara hanya mampu menampung 5.0 peratus permintaan susu daripada pengeluaran tempatan.
Kebergantungan itu juga menyebabkan negara terdedah kepada turun naik kos import disebabkan nilai mata wang tidak stabil.

Laporan dikeluarkan Khazanah Research Institute (KRI)
Pada 2014, isi rumah Malaysia membelanjakan purata sebanyak RM42.12 sebulan untuk produk tenusu dengan 71.4 peratus bagi perbelanjaan susu tepung dan produk tenusu selain susu segar, susu sejat dan susu pekat.
Perbandingan indeks harga eksport bagi produk tenusu negara-negara yang diimport oleh Malaysia, laporan Kedudukan Isi Rumah II mendapati harga tenusu di Malaysia lebih tinggi berbanding indeks harga eksport susu di Australia dan New Zealand.

Isi rumah berpendapatan rendah tidak mampu belanja makanan berkhasiat

Posted: 29 Aug 2016 08:39 PM PDT

Kos makanan semakin tinggi menyebabkan ramai rakyat terutamanya isi rumah berpendapatan rendah tidak mampu berbelanja untuk makanan berkhasiat selaras dengan Panduan Diet Malaysia.
Khazanah Research Insitute (KRI) dalam laporan terbaru keadaan isi rumah mendedahkan faktor harga makanan semakin tinggi terus menjadi penyebab peningkatan bebanan kos sara hidup buat isi rumah di negara.
Laporan itu menunjukkan makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan isi rumah dengan kadar peningkatan harga makanan berada di tahap membimbangkan.

Pada 2014, lebih 94 peratus isi rumah berbelanja lebih untuk makanan dari perbelanjaan lain dan mereka yang berpendapatan rendah dari RM2,000 tmembelanjakan lebih 38 peratus dari perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan.
Food MahalKaji selidik dibuat mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan lebih 65 peratus isi rumah mempunyai isu dalam mengekalkan keselamatan makanan.
Ia selaras dengan laporan dikeluarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) mengenai isu ketidakselarasan dan ketidakadilan dalam pengambilan makanan berkhasiat dikalangan isi rumah mengikut keadaan sosio-ekonomi masing-masing.
Selain itu, harga makanan dikatakan semakin naik juga terbukti melalui perkiraan Consumer Price Index atau Indeks Harga Pengguna (IHP)apabila makanan dan minuman merupakan salah satu komposisi indeks tersebut.

Ternyata, harga makanan semakin naik melebihi paras normal indeks harga pengguna.
Kajian dibuat menunjukkan inflasi harga makanan dalam negara dipengaruhi harga makanan di rumah yang dikira melalui Indeks Makanan di Rumah.
cover_state_of_households_ii_1Ikan dan makanan laut menyumbang 23.8 peratus dari keseluruhan indeks, diikuti bijiran pada kadar 23.2 peratus, daging, 15.5 peratus, sayur-sayuran, 11.3 peratus, produk tenusu dan telur, 9.4 peratus.
Setiap jenis produk makanan ini menunjukkan kenaikan harga ketara dari 2010 hingga 2015.
Harga makanan laut dan ikan naik sehingga 30.9 peratus, produk tenusu dan telur sebanyak 23 peratus dan daging naik sehingga 18.7 peratus.
Memandangkan produk ini menyumbang 48 peratus total dalam Indeks Makanan di Rumah, kesimpulan boleh dibuat ternyata memberi kesan dalam indeks keseluruhan.
Selain produk tersebut, produk gula dan manisan juga semakin naik tinggi dari tahun ke tahun.
Menurut laporan tersebut, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga membelanjakan minimum diantara RM25.21 dan RM38.45 setiap hari untuk diet yang berkhasiat.
Perkiraan ini tertakluk untuk makanan dimasak di rumah sahaja dan tidak mengira kos memasak di rumah seperti kos pengangkutan untuk membeli barang masakan, caj eletrik, gas memasak, kos membina dan barangan dapur seperti peti sejuk dan periuk nasi.

Hampir pasti Husam masuk AMANAH malam ini

Posted: 29 Aug 2016 08:37 PM PDT

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) malam ini.
Beberapa pemimpin AMANAH ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, yang akan diumumkan dalam acara di Cyberjaya malam ini.
"AMANAH," kata seorang pemimpin AMANAH ketika ditanya sama ada Husam memilih AMANAH atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi yakin anak didik bekas mursyidul am PAS allhayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mampu memperkasakan parti baru itu.
Langkah ini sudah dijangkakan pelbagai pihak, walaupun perkara itu sudah beberapa kali dinafikan sebelum ini.
Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu dijangka diberikan peranan besar membantu gerak kerja AMANAH di peringkat nasional dan negeri.

Acara malam ini bukan yang pertama kali buat Husam di pentas AMANAH, parti serpihan PAS.

Beliau sebelum ini pernah berucap dalam acara makan malam AMANAH di Petaling Jaya Januari tahun lalu.
Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am.
Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam malam tadi berkata akan mengumumkan menyarung 'jersi' kerana "berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan".

Husam antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk AMANAH.

'Kalau tak setuju, sila keluar Umno' - Pemuda Umno

Posted: 29 Aug 2016 08:35 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Mana-mana pihak yang menyokong perjuangan Parti Bersatu perlu menunjukkan pendirian mereka sebaik parti itu diluluskan, bukannya bersembunyi di sebalik nama Umno.
Pengerusi Tetap Pemuda Umno Kuala Terengganu, Othman Endut berkata, ahli parti yang sudah tidak berpihak kepada Umno perlu menunjukkan pendirian jelas dan tidak sesekali bertindak sebagai duri dalam daging yang melemahkan parti dari dalam.
"Kalau sudah tidak setuju dengan Umno, keluar Umno dan mereka boleh sertai mana-mana parti yang selari dengan kehendak mereka, termasuklah parti baharu.
"Bagi Umno, sudah tentu kita tidak ada paksaan kepada mana-mana pihak untuk sertai mana-mana parti," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mengulas mengenai kesan penubuhan Parti Bersatu kepada Umno, Othman tidak menolak Umno sedikit sebanyak akan turut terkena tempiasnya.
"Penubuhan parti baharu sudah tentu akan meninggalkan kesan kepada parti lama sama ada Umno, Pas dan sebagainya kerana ahli-ahli parti baharu berasal dari parti-parti lama.
"Kalau mereka masuk parti baharu, ia tidak akan meninggalkan kesan khusus kepada kekuatan Umno sebaliknya pendirian mereka akan dilihat lebih terang lagi bersuluh," katanya.

'Disoal SPRM berjam-jam, tapi habuk pun tak ada' - Khairuddin

Posted: 29 Aug 2016 08:29 PM PDT

Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tertanya tidak memuaskan hati semua pihak.
Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya "jaguh" untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.
"SPRM kelihatan amalkan pilih-kasih!

"Selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar," katanya.
Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Saya nak tanya ketua pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya terhadap syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak. Apa sudah jadi?" soalnya lagi.
Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Muhyiddin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
"SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini. Mantan timbalan perdana menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat.

"Begitu juga dengan mantan peguam negara (yang didakwa salurkan maklumat itu) pun sepatutnya disoal siasat oleh SPRM.
"Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salah guna kuasa Najib Tun Razak.

"Pergi ke ibu pejabat SPRM berjam-jam disoal siasat tapi habuk pun tak ada!" katanya.

PAS, Perkasa bidas ‘Aiyo Wat Lah’, tuntut maaf

Posted: 29 Aug 2016 08:26 PM PDT

PAS bersetuju istilah rogol tidak wujud dalam perkahwinan dan mempertahankan mufti Perak sebagai seorang yang berhujah atas dasar ilmu.
aiyoh
KUALA LUMPUR: PAS dan Perkasa semalam mengecam penganjur sebuah anugerah tahunan yang Ahad lalu menamakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria "pemenang" kategori "hina intelek" atas kenyataannya mewajibkan isteri sentiasa akur dengan suami dalam melakukan hubungan seks.
Dewan Pemuda PAS Perak berkata Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) yang menganjurkan "Anugerah Aiyo Way Lah" setiap tahun itu menunjukkan mereka biadap dan jahil, dan menuntut tindakan daripada kerajaan ke atas apa yang dinamakannya golongan "songsang".
"Serangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada umat Islam di Malaysia khususnya di Perak," kata ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin.
"Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak," kata Akmal.
"Aiyo Way Lah" diadakan bagi memastikan pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan mereka, dan "pemenang" kerap dinamakan atas kenyataan dianggap seksis atau tidak masuk akal yang diucapkan sepanjang tahun.
Harussani dinamakan atas kenyataannya pada April 2015 yang mewajibkan isteri bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun "mereka menunggang di belakang unta", memetik apa yang didakwanya sepotong hadis.
Ia dipercayai ekoran kontroversi kes rogol yang dilakukan suami ke atas isteri.
Turut dinamakan dalam "anugerah" itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dalam responnya semalam, Harussani mempertahankan kenyataannya, sambil membidas penganjur sebagai "jahil murakkab (berganda-ganda)".
"Saya bercakap dari segi hukum syarak. Hukum mereka pula pelik, suami suruh isteri, isteri tak setuju buat apa. Apa makna kahwin. Itu lagi tak masuk akal. Gila punya pendapat," kata Harussani kepada FMT semalam.
Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah, berkata majlis anugerah itu tidak menghormati institusi ulama dan Islam di Malaysia.
"Tindakan ini tidaklah memberikan apa-apa makna kepada wanita kerana apa yang dikatakan sebagai diskriminasi terhadap wanita adalah tidak berdasarkan kepada penelitian yang utuh.
"Terdapat banyak lagi kaedah lain untuk memperjuangkan hak hak wanita bukannya mengambil tindakan yang bodoh seperti ini termasuk menghina ulama dan memperlekeh Jakim dan Jais," katanya.
Amini menuntut agar penganjuran anugerah itu dihentikan serta merta dan permohonan maaf terbuka dibuat terhadap mufti, kerajaan dan pihak berkuasa agama.
Read More / Baca Lagi >>

Cenderahati Tun Dr Mahahthir Untuk Rakyat Malaysia ...

Posted: 29 Aug 2016 06:28 PM PDT

Oleh Hayar Hassan 

 Entah mengapa seusai saya menatap muka pertama akhbar Sinar Harian Edisi Utara hari ini, tanggal 25 Ogos 2016, suatu rasa kegembiraan yang amat sangat saya rasakan apabila saya menatap tajuk berita utamanya " SAYA MOHON MAAF", kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri (PM) ke 4 Malaysia .
Tun Dr Mahathir Mohamad minta maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan, tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk jadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Kalau dihalusi, impak terhadap pindaan perlembagaan itu amat besar sekali. Kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri Malaysia sekarang ini amat besar sekali dan sukar diganggugugat.
Kegembiraan dan sedikit rasa terkejut  apabila saya  mula membaca tulisan tersebut. Sebelum ini saya sering beranggapan bahawa perkataan " Saya Mohon Maaf" itu mustahil dapat dituturkan dari  seorang yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau sering kali dikenali sebagai seorang yang berwatak tegas, teguh kepada pendirian, berani dan kadang kala dilihat terlalu keras terhadap orang-orang yang tidak disenanginya.
Saya masih ingat lagi perkara pertama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila memegang amanah sebagai PM adalah menyeragamkan waktu seluruh negara. Tindakan beliau ternyata memberikan banyak manafaat kepada semua rakyat Malaysia. Hampir semua golongan masyarakat menyetujuinya.
Namun demikian, seiringnya masa berlalu, populariti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM mulai menurun. Itu adalah Sunnahtullah. Sehebat mana pun seorang pemimpin di dunia ini , akan akhirnya menjadi sudah tidak popular apabila sudah terlalu lama memegang tampok kuasa.
Kemuncak menurunnya kehebatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM adalah apabila beliau memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Timbalan Perdana Menteri(TPM). Umum mengetahui, sebelum itu pun telah dua orang TPM dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi saya Tun Dr Mahathit Mohamad mempunyai satu keistimewaan. Sekali sekala beliau akan membuat tindakan yang tidak dijangka oleh kebanyakan orang. Kenyataan beliau semalam adalah bukti bahawa kadang kala beliau seorang sosok yang sukar diramal akan tindakan-tindakannya. Pastinya permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad ini akan membuatkan banyak pihak yang teruja dan kajet.
Satu waktu dulu, semasa menghadiri satu ceramah  yang disampaikan oleh Dato' Dr Daniel Zainal Abidin (DDDZA) seorang ilmuan Agama Islam dan tokoh motivasi, beliau menganjurkan kita mengamalkan tiga (3) kata-kata ajaib(Three Magic Words). Tiga perkataan tersebut adalah " MAAF, POHON@TOLONG dan TERIMA KASIH(SORY, PLEASE & THANK YOU).
Read More / Baca Lagi >>

'Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'

Posted: 29 Aug 2016 06:22 PM PDT

Perubahan terhadap orang Melayu akan berlaku sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya.
Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, sebagai contoh seperti berlaku di Jepun , Parti Demokratik Liberal (LDP) yang sekian lama memerintah negara itu tumbang dalam pilihan raya, dan kesan daripada itu berlakunya satu perubahan besar terhadap rakyat di Jepun.
"Apa yang terbaik yang akan berlaku pada Pemuda Umno dan orang Melayu di Malaysia adalah jika Umno kalah...pemerintahan LDP penuh dengan rasuah, teruk sangat jatuh sekali orang muda dalam parti itu boleh dinaikkan, mereka yang korup tinggalkan parti itu.
"Dalam masa tersebut pilihan raya seterusnya menang melalui demokrasi yang betul, tetapi kita perlu jatuh dahulu sebelum kita boleh pergi ke hadapan," katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul 'Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?', di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
LDP merupakan parti tunggal memerintah Jepun selama lima dekad, LDP akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos 2009.
LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.
Selain Syed Saddiq, barisan ahli panel lain ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir ( Amanah) dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan Ikut S.O.P & Berpelembagaan

Posted: 29 Aug 2016 06:17 PM PDT


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
SERDANG: Dakwaan pihak tertentu bahawa usul pindaan RUU355 sebagai tidak berpelembagaan adalah tidak benar sama sekali setelah dibuktikan oleh keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman injunksi untuk menghalang pembentangannya, demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.
Sebaliknya ujar beliau, mahkamah memutuskan bahawa tindakan diambil oleh empat plaintif terhadap Ahli Parlimen Marang, Speaker dan Timbalan Speaker serta Setiausaha Dewan Rakyat itulah yang tidak mengikut Perlembagaan dan undang-undang. "Setakat ini, kes itu tidak ada. Maknanya, yang dibuat oleh Ahli Parlimen untuk membuat undang-undang ini dan sehingga ianya katakanlah diluluskan, ianya menjadi sah sehingga ianya di_'challenge'_ di Mahkamah Persekutuan dan di_'interpreted'_ sebagai _'unconstitutional'_, jadi itu proses yang kita ambil.
"Begitulah juga dalam Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, setakat ini, belum ada pihak yang _'challenge'_ bahawa ianya adalah _'unconstitutional'_. Jadi, ianya adalah _'constitutional'_. Tetapi bila bercakap mengenai RUU 355 ini, ia telah diluluskan tahun 1965, malahan mengesahkan keputusan yang sebelum itu sehingga sekarang ini.
"Adakah kita nak katakan, Akta 355 ini satu yang tidak sah? Tak ada orang yang duduk _'challenge'_ di mahkamah. Jadi, kita nak persoalkan benda ini, saya rasa tidak begitu relevanlah," pada forum Bicara Persada "RUU355 : Antara Keadilan Islam Dan Realiti Masyarakat" di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, di sini 23 Ogos lalu.
Malah menurutnya, semua Undang-undang Syariah di Malaysia mematuhi prinsip bahawa tiada paksaan dalam beragama di mana Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai Satu memperuntukkan Mahkamah Syariah hanya boleh membicarakan orang beragama Islam sahaja.
Oleh itu tegas beliau, soal paksaan terhadap orang bukan Islam tidak pernah wujud dalam pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia.
Terangnya, usaha meminda dilakukan menurut prosedur dan bukannya secara 'jalan belakang' di mana tidak harus menjadi polemik di dalam masyarakat mahupun kalangan pihak tertentu memandangkan ianya satu proses biasa di Parlimen yang salah satu tugas utamanya adalah menguruskan pembuatan undang-undang baru ataupun meminda sedia ada.
Bahkan jelasnya, RUU 355 Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) bukan perkara pertama dilakukan, tetapi telah dibuat pada tahun 1965 iaitu kurang 10 tahun selepas merdeka melalui pembentangan oleh Menteri Tanah dan Galian, Abdul Rahman Yaakob yang memiliki latar belakang pendidikan undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

'Jangan salah guna nama Melayu' - Syed Saddiq

Posted: 29 Aug 2016 06:15 PM PDT

Syed Saddiq Abdul Rahman SHAH ALAM - Mana-mana parti politik di negara ini, diingatkan supaya tidak menggunakan nama Melayu untuk menghalalkan perkara yang tidak betul.
Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, selalu berlaku di negara ini, apabila sesuatu perkara salah dilakukan, maka nama Melayu dimainkan untuk menutup kesalahan itu.
"Jangan sesekali kita gunakan perkara ini, jangan rosakan nama Melayu," katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul 'Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?', di Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Selain Syed Saddiq, barisan ahli panel lain ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir ( Amanah) dan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.
Wacana dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.
Dalam pada itu, ujar Syed Saddiq, beliau percaya Melayu mempunyai masa hadapan yang cerah di negara ini.
"Saya percaya orang Melayu mampu berdiri sendiri, tanpa perlu bantuan mana-mana parti, orang Melayu boleh berdikari," katanya lagi.

Orang atas makan Musang King, luah warga kota menjelang merdeka

Posted: 29 Aug 2016 06:13 PM PDT


 Penduduk kota berharap pemimpin Melayu yang menjadi menteri dan Datuk Bandar memperbanyak unit kediaman mampu milik. Penduduk kota berharap pemimpin Melayu yang menjadi menteri dan Datuk Bandar memperbanyak unit kediaman mampu milik.
Sekumpulan wanita berusia lebih 50-an kelihatan mesra berbual sambil memerhati dua rakan mereka membersihkan ikan bilis di Blok 6, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur, pagi minggu lalu.
Tidak jauh daripada mereka, tiga kanak-kanak perempuan dilihat sedang bermain badminton dengan pelbagai barangan permainan lain di atas hamparan plastik.
Namun, dalam senda gurau kaum ibu berkenaan terbuku kebimbangan tentang 'kemaruk' pembangunan projek komersial dan kediaman mewah di sekitar penempatan flat yang dihuni mereka sejak tahun 1989 itu.
Halimaton Saadiah Chan Abdullah (kanan) bersama jirannya, Faridah Shamsudin sedang membersihkan ikan bilis di bawah flat Taman Bukit Angkasa, 28 Ogos lalu.Halimaton Saadiah Chan Abdullah (kanan) bersama jirannya, Faridah Shamsudin sedang membersihkan ikan bilis di bawah flat Taman Bukit Angkasa, 28 Ogos lalu.
Ibu kepada enam anak, Halimaton Saadiah Chan Abdullah, 57, berkata, projek kondominium menghampiri sejuta ringgit seunit di sekitar Kerinchi sehingga ke Pantai Dalam seolah-olah hanya mahu menghalau orang Melayu dari kawasan itu.
"Kita ni megah saja merdeka masuk ke 59 tahun tetapi orang Melayu nampaknya semakin dijajah rumah mewah dan dihambat jauh dari pusat bandar raya.
"Orang atas makan Musang King. Kita orang bawah ini makan durian busuk sajalah. Pemimpin Melayu sendiri hanya tahu sumbat Melayu dalam sangkar merpati.
"Anak-anak kami sudah tak mampu lagi memiliki rumah sendiri dekat sini. Apa yang pemimpin Melayu kita buat, tidak tahulah. Boleh pula biarkan saja berekar-ekar tanah dibuat kondo, apartment harga dekat sejuta tapi nanti, siapa isi?
"Kerajaan macam tiada perancangan untuk orang Melayu tinggal. Sekarang ini, Melayu mampu tengok bukan mampu beli (rumah)," luahnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 28 Ogos lalu.
Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?
Berkenaan kemampuan Melayu memiliki kediaman ditawarkan di kawasan itu, semakan Malaysia Dateline mendapati, masih terdapat 60 unit kediaman kuota Bumiputera belum terjual setakat Mac tahun lalu bagi fasa pertama Pantai Sentral Park iaitu Inwood Residences.
Harga ditawarkan kepada unit Bumiputera itu pula bermula RM775,718 manakala fasa kedua projek berkenaan, Secoya Residence setinggi 41 tingkat mempunyai 243 unit kediaman dengan keluasan bermula 1,050 hingga 1,670 kaki persegi.
Projek mega Pantai Sentral Park juga menyaksikan sebahagian kawasan rizab hutan dan bukit ditarah. Projek mega Pantai Sentral Park juga menyaksikan sebahagian kawasan rizab hutan dan bukit ditarah.










Kesemua tujuh fasa kediaman bagi projek di Pantai Sentral Park itu dilaporkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan mencecah RM3 bilion.
Trafik makin teruk
Lela Khidir Lela Khidir Sementara itu jirannya, Lela Khidir, 52, memberitahu keadaan trafik di Jalan Kerinchi juga semakin kritikal sebaik sahaja pusat komersial, kompleks pejabat dan apartment servis seperti 'The Park Residence' dan 'Nexus Bangsar South' tidak jauh dari Flat PKNS Kampung Kerinchi mulai dihuni sejak beberapa tahun lalu.
"Masalah parkir semakin teruk. Lihat saja sekitar Pantai Hill Park dari Jalan Pantai Permai ini sehingga ke Pusat Komuniti Lembah Pantai. Kereta bersusun sudah jadi macam PPR (Projek Perumahan Rakyat).
"Itupun projek Pantai Sentral Park sedang rancak berjalan. Tapak yang dahulunya menempatkan rumah panjang sebelum mereka berpindah ke PPR, dengarnya dulu mahu dibina sekolah tapi nampaknya yang naik projek mewah saja. Apa jadi nanti 5, 10 tahun akan datang?" soalnya.
Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline mendapati dua blok kondominium, "Saville@The Park - Bangsar" bersebelahan Pusat Komuniti Lembah Pantai sudah siap sepenuhnya dan mungkin bila-bila masa akan diisi penghuni.
Kompleks kediaman mewah terletak bersebelahan Kondo Rakyat yang merupakan flat kos rendah sejak tahun 1990-an itu menyerlahkan jurang ketara sosio-ekonomi antara kelompok rakyat miskin dengan kelas berpendapatan tinggi
Read More / Baca Lagi >>

‘Haram’ berdemo jika dilarang kerajaan, kata mufti Kelantan

Posted: 29 Aug 2016 06:10 PM PDT

Demonstrasi perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa, menurut Shukri.
tangkapmo1SHAH ALAM: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersetuju menunjuk perasaan secara aman diharuskan dalam Islam, tetapi berkata ia mesti dibenarkan kerajaan.
"Dari segi hukum, jika ia mendapat kebenaran dan tidak melanggar undang-undang, perhimpunan aman adalah harus," katanya ketika dihubungi.
"Jika melanggar peraturan, tentulah haram," katanya diminta mengulas penganjuran #TangkapMO1 oleh sekumpulan aktivis siswa di ibu negara Sabtu lalu.
Sebelum ini, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata himpunan itu bertentangan dengan ajaran hadis yang menurutnya menekankan taat kepada pemimpin selagi tidak mengajak kepada perkara mungkar.
"Pandangan ulama berlandaskan agama. Jika tidak setuju dengan saya, maknanya tidak setuju dengan hadis," jelasnya.
Lebih 2,000 orang, kebanyakannya belia bawah umur 30 tahun, menyertai tunjuk perasaan yang mendesak pihak berkuasa mengenalpasti dan mendakwa Malaysian Official 1 (MO1), yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai dakwaan penggelapan wang 1MDB.
Mereka berkumpul walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup kawasan di sekitar Dataran Merdeka, menyebabkan peserta mengelilingi padang itu.
Shukri berkata, peraturan perlu dipatuhi walaupun untuk berdemonstrasi.
"Negara kita ada undang-undang. Maka jika nak anjur demonstrasi, perlulah mengikut peraturan," katanya.
Menurutnya, rasuah sememangnya ditegah Islam tetapi setiap dakwaan perlu disiasat terlebih dahulu.
"Kita tak boleh nak tangkap seseorang itu sebelum didapati bersalah. Kalau sudah disiasat dan berpuas hati (dengan hasil siasatan), barulah boleh dibawa ke mahkamah."

Jangan guna biasiswa bungkam suara siswa

Posted: 29 Aug 2016 05:59 PM PDT

Kerana biasiswa Mara wang rakyat, bidas penganjur TangkapMO1
anis-mara-1
PETALING JAYA: Ancaman tindakan tegas terhadap pemegang biasiswa Mara yang menyertai tunjuk perasaan #TangkapMO1 Sabtu lalu adalah tidak adil dan tidak wajar.
Jurucakap himpunan itu, Anis Syafiqah Md Yusof berkata siswa terlibat sekadar mengamalkan hak demokrasi mereka dan tidak melanggar peruntukan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Jelasnya Auku mengizinkan siswa terlibat dengan gerakan politik selagi ia tidak dilakukan dalam kampus universiti.
"Siswa berhak melibatkan diri dalam himpunan aman. Tidak adil kalau mereka dihukum hanya kerana memegang biasiswa," katanya.
"Biasiswa tidak sepatutnya diperalatkan untuk bungkam suara pelajar universiti.
"Sekiranya pemerintah kata siswa dibiayai oleh wang kerajaan, saya mahu ingatkan mereka wang itu wang rakyat."
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ismail Sabri Yaakob beri amaran hari ini, namun setakat ini tiada laporan yang diterimanya berhubung pembabitan siswa Mara.
Lebih 2,000 orang, kebanyakannya belia bawah umur 30 tahun, menyertai tunjuk perasaan itu yang mendesak pihak berkuasa mengenalpasti dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai dakwaan penggelapan wang 1MDB.
Penganjur memohon kebenaran untuk berhimpun di Dataran Merdeka tetapi ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyebabkan peserta menunjuk perasaan di jalanraya yang mengelilingi padang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Syed Saddiq: Melayu malu mengaku Melayu angkara rasuah

Posted: 29 Aug 2016 05:57 PM PDT

Orang Melayu hari ini dikaitkan dengan amalan rasuah dan tidak boleh berdikari, dakwa pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
syed-saddiq-rasuah
SHAH ALAM: Identiti Melayu perlu dipulihkan memandangkan orang Melayu sendiri sudah mulai malu dikaitkan dengan bangsanya, dakwa pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Keadaan itu berbangkit lantaran identiti Melayu moden hari ini sering dikaitkan dengan amalan rasuah dan tidak boleh berdikari, jelasnya.
"Saya sedih kerana Melayu sering dikaitkan dengan budaya rasuah, korupsi, layu dan pelbagai lagi stereotaip yang menjatuhkan maruah Melayu di Malaysia.
"Kita perlu wujudkan suatu fasa atau fenomena, situasi politik baru yang mahu mengekalkan identiti Melayu tetapi pada masa sama ingin mereformasikan demokrasi institusi negara," katanya di wacana 'Politik Malaysia: Di mana Melayu?" anjuran Sinar di Kompleks Media Karangkraf hari ini.
Wacana itu menampilkan Syed Saddiq, Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii dan Senator Siti Aishah Shaik Ismail daripada PKR.
Nazri Kahar sebagai moderator.
Meneruskan hujahnya, Syed Saddiq akui agenda ekonomi Bumiputera mengubah sebahagian kehidupan bangsa Melayu dan suara orang Melayu dalam lapangan nasional.
"Namun, keadaan kini berubah. Bangsa Melayu bukan lagi mahukan kebajikan mereka sahaja dijaga tetapi juga mahukan integriti," katanya.
Dalam sesi soal jawab, Syed Saddiq diminta hadirin supaya mengemukakan fakta dan statistik yang menyokong dakwaan identiti Melayu dikaitkan kepada amalan rasuah.
Pemimpin muda parti Pribumi – yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – itu kemudian menyorot perhatian pendengar kepada Indeks Rasuah Transparency International yang menunjukkan kedudukan negara terus corot sejak 2012, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

BERMATIAN-MATIAN PERTAHAN NAJIB...

Posted: 29 Aug 2016 05:49 PM PDT

Zahid Hamidi suruh Muhyiddin tunjuk bukti...

Skrg kami nak tanya Zahid 'komedi'... boleh tak tunjuk bukti perjumpaan dgn penderma Arab tu..?? ke memang tak wujud..??

Siapa Nak Bayar Balik Duit KWSP...!!!

Posted: 29 Aug 2016 05:45 PM PDT

WOWW !!!.. sikit jer tu.. KENAPA tak pinjam semua sekali, kan bagus.. Alang2 boleh biayai perbelanjaan pembangunan negara yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara. tak gituuuu..

Itulah sebabnya mengapa pencarum2 KWSP tak bole kluarkan kesemua simpanan yg ada. ATAS ALASAN MEREKA utk simpanan hari tua..

Kalau lah boleh dikeluarkan kesemuanya ikut suka kita jer, alamatnya di mana kerajaan penyamun tu nak cekau duit rompak duit rakyat !!!

"Orang Melayu akan terbangsat jika UMNO hilang kuasa" - Najib Razak

Posted: 29 Aug 2016 05:43 PM PDT

SPRM tahan 'TAN SRI', pengerusi syarikat bank kerana kes menerima rasuah dan salah guna kuasa.. SPRM turut membekukan akaun bank individu itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta.

Curi Duit Berbilion.. org MELAYU
Byk skandal RASUAH.. org MELAYU
Skandal KWSP.. org MELAYU
Skandal MARA.. org MELAYU
Skandal Tabung Haji.. org MELAYU
Penyebab MAS bangkrap.. org MELAYU
Yang Kafirkan Melayu.. org MELAYU
PM Yang Suka Kepit.. org MELAYU
Menteri Terlondeh Seluar.. org MELAYU
'Datuk Seri' beli 31 KONDO-MEWAH tanpa bayar deposit.. pon org MELAYU

PASTU KO CAKAP BANGSA LAIN YANG SALAH !!!

Comments (0)