Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:39 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Amanah pertahan mufti Perlis, bidas agamawan ‘tutup mata’

Posted: 28 Aug 2016 10:17 PM PDT

Beliau berkata jika anak muda sudah bersuara, kenapa agamawan "bersara" daripada menjalankan tanggungjawab mereka.
raja-kamarul-bahrian-dr-asri
PETALING JAYA: Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mempertahankan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menggambarkan sokongan kepada tindakan golongan mahasiswa berdemonstrasi hujung minggu lalu mendesak MO1 ditangkap atas kehilangan wang 1MDB seperti dinyatakan dalam tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DoJ).
Raja Kamarul yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata agamawan perlu menjalankan tugas menyuarakan ketidakadilan yang berlaku dalam negara ini, terutama sekali apabila golongan mahasiswa menaruh harapan yang tinggi supaya ulama menjadi penyelamat ummah.
Beliau berkata jika anak muda sudah bersuara, kenapa agamawan "bersara" daripada menjalankan tanggungjawab mereka.
"Yang berani bersuara seperti Datuk Asri diserang semalam oleh setiausaha veteran Umno Datuk Mustafa Yacob, yang ingin beliau dihentikan perkhidmatan sebagai mufti. Yang celik dua belah mata seperti Asri hendak dihentikan khidmat.
"Inilah situasi yang aneh hari ini. Asri berani bercakap tentang isu semasa seperti 1MDB. Bagaimana mufti lain?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Sabtu lepas, Asri dalam Facebook memuat naik status seolah-olah menyokong perhimpunan #TangkapMO1 yang dianjurkan sekumpulan mahasiswa di ibu negara.
"Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!"
Ia mengundang gesaan daripada Mustapha supaya Asri meletak jawatan dan menceburi politik.
"Tidak salah dia menegur kepimpinan dengan cara berhemah sesuai dengan jawatannya. Tetapi bukan secara berterusan campur tangan sehingga melebihi batas kemuliaan institusi mufti itu," Mustapha dilaporkan berkata.
Read More / Baca Lagi >>

#TangkapMO1: Respon terhadap gesaan Ali Tinju

Posted: 28 Aug 2016 09:38 PM PDT


Tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman TangkapMO1Tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman TangkapMO1
Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada mahasiswa dan anak muda yang menganjurkan himpunan aman #TangkapMO1.
Ia menunjukkan anak muda sudah berani, ada kesedaran dan celik terhadap isu politik tanah air.
Kedua, saya nak komen sedikit mengenai desakan Ali Tinju.
Bila Ali Tinju desak polis tangkap pelajar sertai demo, Ali Tinju mesti memenuhi 2 elemen dahulu: Pertama: Menyertai demo; Kedua: Demo.
Antara (1) Menyertai Demo dan (2) Demo, Ali Tinju perlu klasifikasikan elemen mana yang dianggap salah dan jenayah di sisi undang-undang samada Penal Code, Peaceful Assembly Act 2012 atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai di Malaysia.
Adakah Menyertai demo itu yang salah atau demo itu sendiri yang salah ataupun kedua-dua elemen itu yang salah di sisi undang-undang.
Ini penting kerana pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap mana-mana individu dan rakyat Malaysia tanpa sebarang sebab yang dianggap jenayah di sisi undang-undang kerana mereka yang disalah tangkap atau tahan ["wrongful arrest and detained"] boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis yang menangkap mereka secara salah tersebut.
Ali Tinju juga tidak boleh sesuka hati mendesak pihak polis menangkap mana-mana individu dan rakyat Malaysia tanpa sebarang sebab yang beliau percaya salah dan jenayah di sisi undang-undang kerana Perlembagaan negara menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman kepada setiap warganegara Malaysia.
Oleh itu, kita juga harus mendesak Ali Tinju kemukakan faktanya dalam masa 48 jam mengenai perkara di atas dan janganlah ikut cara Naib Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berdasarkan kepada andaian beliau semata-mata.
Negara kita bukan negara rimba. Negara kita ada undang-undang.

MOHD FITRI ASMUNI adalah Ketua Pemuda Amanah Perak.

'Dr M letak Zahid dalam ISA kerana timbulkan isu rasuah, kronisme' - Nur Jazlan

Posted: 28 Aug 2016 09:18 PM PDT

Penahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa kerana kelantangannya memperjuangkan penghapusan kronisme, korupsi dan nepotisme.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau juga menerima nasib yang sama seperti Zahid apabila dipinggirkan daripada pentas politik tanah air, lapor Utusan Malaysia.
Turut terkena tempias yang sama ialah Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru Datuk Abd. Aziz Sheik Fadzil serta beberapa exco Pemuda Umno.
"Ingat dulu kenapa (Tun) Mahathir marah sangat dengan Zahid sampai sanggup letakkan beliau dalam ISA? Sebab utamanya kerana Ahmad Zahid dan kami ketika itu timbulkan isu mengenai kronisme, korupsi dan nepotisme sehingga akhirnya 'membayar' dengan disingkirkan daripada kedudukan.
"Kami bersama dengan satu kumpulan dengan tekad menjalankan politik secara telus tetapi Aziz ke parit, saya hampir ke laut manakala Ahmad Zahid dikenakan ISA.
"Begitu pun kami tidak berputus asa kerana kalau kami tak teruskan, maka orang yang kami nak halang daripada melakukan kronisme, korupsi dan nepotisme itu akan terus berkuasa dan Alhamdulillah Ahmad Zahid kini menjadi Timbalan Perdana Menteri," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Pada September 1998, Zahid pada ketika itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan ISA.
Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) (a) ISA kerana mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan negara.
Penahanan Zahid itu dibuat sehari selepas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Ruslan Kassim DI bawah akta yang sama.

Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup' - Husam

Posted: 28 Aug 2016 09:13 PM PDT


Adun Salor Datuk Husam MusaAdun Salor Datuk Husam Musa
Masih ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!, begitulah sanjungan Adun Salor, Datuk Husam Musa kepada mahasiswa yang berjaya menjayakan himpunan #TnagkapMO1 Sabtu lalu.
"Ogos 2016, anak-anak pelajar sudah pandai menuntut beliau ditangkap!
"Jenayah mengatur penyelewengan wang negara sebesar gunung untuk diri, keluarga, kroni, orang dan syarikat asing yang tidak ada mengena dengan negara ini semakin jelas.
"Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup'.
"Ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!
"Mereka ada hak untuk menggerakkan tangkapan ke atas penjenayah negara. Penjenayah kepada masa depan mereka semua.
"Tahniah mahasiswa Malaysia! Dan syukur," kata beliau dalam satu kenyataan khas menghargai para pelajar terbabit.
Menurutnya, sehari selepas acara mahasiswa Malaysia menangkap MO1 di KL, seluruh dunia melaporkan aksi itu.
"Antara lain pusat-pusat utama dunia membuat fokus berikut:
BBC : Malaysia protest against PM Najib Razak draw thousands
The Star.com Toronto : Malaysian Students Rally Demands Arrest of PM Najib Razak Over Fraud Allegations
Reuters : Malaysian Student Protesters Demand 1MDB Arrest
Aljazeera : Hundreds of Malaysian Protesters Call For 1MDB Arrest
Asian Correspondent : Malaysian Students Lead Mass Protest Demanding 1MDB Arrest
Today Online Australia : Students Plan Protest To Call For 1MDB-linked Arrest
Malunya negara kita," catat beliau.
Beliau menzahirkan kehairanan dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengahdapi situasi ini
"Anda Najib, bagaimana?!," soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

BUKU APA KOSNYA SAMPAI RM15 JUTA?

Posted: 28 Aug 2016 09:12 PM PDT

Sehingga ini enam orang sedang ditahan reman untuk disoal siasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dana sebanyak RM15 juta melibatkan sebuah bank berkaitan kerajaan untuk menerbitkan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Selain pengarah urusan bank berkenaan bersama lima yang lain daripada syarikat penerbitan dan syarikat proksi sudah ditahan reman sejak minggu lalu, pengerusi bank yang merupakan bekas jenderal juga turut disoal siasat.
Seiring dengan soal siasat itu, SPRM juga merampas sebuah rumah teres, sebuah Rolls Royce, Ferrari, Toyota dan dua buah motorsikal. Sebelum itu, wang tunai berjumlah RM30 ribu dan enam utas jam tangan berharga RM20 ribu setiap satu juga  dirampas serta beberapa akaun bank bernilai hampir RM10 juta telah dibekukan.

Selain disiasat berhubung penerbitan buku, pengarah urusan dan pengerusi bank berkaitan kerajaan itu juga dipercayai disoal siasat berhubung projek naik taraf sistem perbankan yang bernilai ratusan juta ringgit.

Jika kita mengecilkan skop pencarian, sebenarnya tidaklah sukar mengenalpasti bank, pengaruh urusan dan pengerusi yang sedang disoal siasat itu kerana hanya ada beberapa buah bank berkaitan kerajaan saja yang ada di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

ADENAN SATEM BERJAYA TUNTUT 7 PRRKARA SETELAH 'BEKU' OPERASI PETRONAS DI SARAWAK

Posted: 28 Aug 2016 08:32 PM PDT

 MALUNYA RAKYAT TERENGGANU!!!

RENUNGKAN APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG KEPADA NEGERI TERENGGANU DAN CUBA BANDINGKAN DENGAN KEJAYAAN TUNTUTAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK!

TERENGGANU:

- Setelah beri 'sumbangan hasil minyak & gas' kepada kerajaan Persekutuan hampir 50 tahun yang bernilai berbilion juta kini semua telaga minyak yg terletak di perairan Terengganu bukan lagi milik 'sah' kerajan Terengganu. KERAJAAN TERENGGANU KINI TIADA SEBARANG HAK!

- royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak berpuluh tahun kini hanya sebagai 'Ihsan' dan 'dana khas' dari kerajaan Persekutuan. ROYALTI MINYAK SUDAH TERBATAL

- Terengganu kini tiada sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri tersebut. HAK TERENGGANU HILANG

- Telaga minyak BERTAM yang di temui baru-baru ini dan sah terletak diperairan negeri Terengganu kini di'serah' sepenuhnya kepada kerajaan negeri Pahang. MARUAH NEGERI TERENGGANU TERGADAI

BANDINGKAN APA YANG DI CAPAI OLEH KERAJAAN SARAWAK KINI


SARAWAK:
Petronas & kerajaan Sarawak capai persetujuan dalam 7 perkara selepas adakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

- Kemelut tercetus selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri beku semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung berkuat kuasa serta-merta.

1. Perlantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

2. 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petronas perlu berunding dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

3. Petronas akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan hanya di Dataran Merdeka, #TangkapMO1 juga ada di Melbourne

Posted: 28 Aug 2016 07:58 PM PDT

Ya, saya kongsi pentas pembangkang, Anifah jawab Shafie

Posted: 28 Aug 2016 07:51 PM PDT

Anifah berkata penglibatannya dalam perbincangan dengan pembangkang mengenai Perjanjian Malaysia diketahui presiden Umno.
anitah-syafie
KIMANIS: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakannya berkongsi pentas dengan pembangkang untuk menyelidik Perjanjian Malaysia 1963 disalahtafsir bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Salah tafsir itu berlaku ketika beliau Shafie menyampaikan beberapa ceramah di Sabah bulan lepas.
Malah, Anifah berkata penglibatannya dalam beberapa program dengan pembangkang itu pada tahun lepas juga dipersoalkan sehinggakan tindakan disiplin dari Umno tidak pula diambil terhadapnya kerana berbuat demikian.
Beliau mengaku terlibat dalam program itu, tetapi bukan atas kepentingan dirinya sendiri dan penglibatannya itu turut beliau maklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Benar, saya sepentas dengan pembangkang. Tetapi saya mahu orang-orang Sabah tahu, tidak ada yang lebih utama dalam prinsip perjuangan saya melainkan hak dan kepentingan rakyat di negeri ini," katanya pada Persidangan Perwakilan Umno Kimanis di Dewan Membakut sini semalam.
Anifah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis, berkata beliau pernah menjemput Shafie untuk turut serta menyelidik Perjanjian Malaysia 1963, tetapi ditolak.
"Padahal, ia (penyelidikan Perjanjian Malaysia 1963) jelas untuk memperjuangkan hak orang Sabah, tetapi beliau (Shafie) berkeras tidak mahu turut serta.
"Malah, beliau (Shafie) marah saya kerana saya sepentas dengan pembangkang," katanya.
Anifah berkata beliau kesal dakwaan Shafie mengenai permohonan peruntukan untuk membangunkan infrastruktur di Kimanis ketika Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Read More / Baca Lagi >>

Saiz bukan ukuran di kala rakyat lesu, kata penganjur protes "#TangkapMO1"

Posted: 28 Aug 2016 07:49 PM PDT

#TangkapMO1 tidaklah sebesar perhimpunan Bersih, tetapi lebih penting di sini ialah mesej yang disampaikan golongan belia.
anis-tangkapmo1
KUALA LUMPUR: Aktivis muda Anis Syafiqah Md Yusof berkata protes #TangkapMO1 Sabtu lalu tidak diukur melalui saiz penyertaan, tetapi apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan.
"Bagi saya jumlah yang ada sudah cukup memberangsangkan dalam keadaan rakyat letih mengambil tahu tentang politik dan isu negara," katanya kepada FMT semalam, sehari selepas memimpin lebih 2,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur bagi menuntut kerajaan menyiasat orang yang diberi nama "Malaysian Official 1" (MO1) dalam dakwaan salah laku berbilion dolar melibatkan 1MDB.
Anis berkata beliau berpuas hati dengan semangat yang ditunjukkan peserta di kala rakyat kelihatan tidak bersuara walaupun selepas dokumen 130 muka surat yang diterbitkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bulan lalu menamakan beberapa watak yang dekat dengan pimpinan negara.
"Bagi kami walaupun bilangan peserta tidak sebanyak himpunan Bersih, tetapi sekurang-kurangnya kami sudah mencetuskan kebangkitan semula rakyat Malaysia yang lama lesu tentang kesedaran kepentingan isu-isu negara," kata Anis, yang merupakan suara paling lantang penganjur #TangkapMO1 Sabtu lalu.
Kebanyakan peserta terdiri daripada kumpulan pelajar universiti, yang turut serta walaupun pihak pengurusan beberapa pusat pengajian tinggi memberi amaran tindakan akan diambil.
Selain saiznya, perhimpunan #TangkapMO1 itu turut berbeza daripada Bersih 4 yang diadakan genap setahun lalu, dari segi komposisi kaum.
Tahun lalu, beberapa pihak mendakwa Bersih 4 disertai majoriti kaum Cina, manakala kali ini #TangkapMO1 mendapat penyertaan ramai belia Melayu.
"Tidak ada masalah rasis dan sebagainya, sebab memang semua rakyat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India ada satu kesedaran yang mahukan perubahan," kata Anis.
"Sekurang-kurangnya tidak, dapat desak pihak berkuasa ambil tindakan selepas himpunan aman ini, kita dapat berikan kesedaran untuk mereka bangkit," katanya.
Bekas pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari turut bersetuju saiz tidak menjadi keutamaan dalam menilai kejayaan himpunan #TangkapMO1 kerana ia dianjurkan anak muda daripada kumpulan pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Demo #TangkapMO1 bertentangan ajaran Islam, kata Mufti Pahang

Posted: 28 Aug 2016 07:09 PM PDT


Datuk Seri Abdul Rahman OsmanDatuk Seri Abdul Rahman OsmanMufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan demonstrasi yang digerakkan oleh mahasiswa hari ini bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mendatangkan keburukan.
Abdul Rahman beranggapan, jika sesetengah pihak tidak berpuas hati di antara satu sama lain, ia haruslah diselesaikan dengan bersemuka.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Forum Solidariti Rakyat Malaysia Menolak Fahaman Extremis dan Ideologi IS, di negeri itu semalam seperti dilapor KiniTV.
Himpunan #TangkapMO1 yang dianjurkan kumpulan mahasiswa hangat dengan beberapa karikatur menyerupai pemimpin negara dipegang peserta di pusat beli belah di Sogo, ibu negara.
Antaranya, gambaran poster yang dilukis tersebut menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low.

Mufti Perak antara pemenang Anugerah ‘Aiyoh Wat Lah’

Posted: 28 Aug 2016 07:08 PM PDT

Menurut penganjur, tujuan anugerah ini diadakan untuk memastikan pegawai-pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan yang dibuat oleh mereka.
aiyoh-wat-lah
PETALING JAYA: Mufti Perak, Harussani Zakaria salah seorang pemenang bagi kategori "ucapan tak masuk akal" dalam Anugerah "Aiyoh Wat Lah" yang diadakan di V Square, Petaling Jaya hari ini.
Beliau memenangi anugerah itu bagi kenyataannya pada April 2015 iaitu isteri mesti bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun "mereka menunggang di belakang unta."
Selain Harussani, turut memenangi anugerah bersifat mengajuk yang diadakan secara tahunan anjuran Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) kali ini ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurut penganjurnya, tujuan anugerah ini diadakan untuk memastikan pegawai-pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan yang dibuat oleh mereka.
Daniella Zulkifili dari Persatuan Peguam Wanita berkata, "Kami bukan sahaja tidak mahu mereka tidak mengucapkan perkara tertentu tetapi menggantikan kenyataan negatif dengan positif ataupun majlis anugerah ini akan menunjukkan mereka supaya bertanggungjawab terhadapnya."
Anugerah "Aiyoh Wat Lah" yang mula diadakan pada 2012 ini mempunyai tujuh kategori iaitu anugerah kaki di mulut, ucapan tak masuk akal, tidak boleh diabaikan, dasar yang gagal, cukup sudah, sangat tidak membantu kepada kewanitaan dan halu tuju tepat.
Pemenang untuk kategori "kaki di mulut" adalah Jakim yang mengedarkan risalah pada Februari tahun lepas bertajuk, "10 mitos mengenai homoseksual". Risalah itu mengemukakan tuntutan tidak berasas mengenai golongan gay termasuk kurang cenderung untuk setia kepada pasangan mereka.
Pemenang anugerah "tidak dapat diabaikan" jatuh kepada tindakan polis terhadap wartawan BFM Aisyah Tajuddin dan jurucakap G25 Noor Farida Ariffin pada Disember tahun lalu atas kesalahan menghasut dan menghina agama Islam dan bukan menyiasat pihak yang mengancam kedua-dua mereka dengan ugutan rogol dan keganasan fizikal termasuk bunuh.
Pemenang "sangat tidak membantu persaudaraan wanita" dirangkul Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang pada Jun 2015 berkata, peruntukan berkenaan dengan Seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan hubungan antara pasangan suami isteri yang sah terus kekal berkuat kuasa dan tidak boleh dianggap rogol.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir sudah minta maaf, Umno pula bila?

Posted: 28 Aug 2016 07:07 PM PDT

Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru Umno tidak "hipokrit" terhadap permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membataskan kuasa Yang di-Pertuan Agung ketika berkuasa.
Mengakui Mahathir pernah silap, pemimpin muda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bekas perdana menteri itu sekurang-kurangnya telah meminta maaf.

"Bagaimana pula dengan Umno?
"Tak salah ingin menegur. Tapi, bersihkanlah halaman sendiri dulu sebelum nak membersihkan halaman orang lain.
"Jangan jadi hipokrit," kata bekas pendebat terbaik Asia itu.
Mahathir pada 25 Ogos memohon maaf kerana meminda perlembagaan supaya kelulusan dan tandatangan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Katanya, dengan tindakan itu, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru telah mula berkuat kuasa, walaupun Agong tidak menandatanganinya.
Syed Saddiq membangkitkan perkara itu susulan kritikan terbaru pemimpin Umno berkaitan kenyataan Mahathir berkaitan Bangsa Johor.
Mahathir berkata menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar turut memberitahu Mahathir supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar.
Baginda berkata "dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum".

Read More / Baca Lagi >>

TAHUKAH ANDA..

Posted: 28 Aug 2016 07:04 PM PDT

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala Lumpur kini berada di ranking kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk.

Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di ranking lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

Allah S.W.T. berfirman:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan". (Surah al-Maidah: ayat 2).

Wallahu a'lam~

Red Shirts will fight back if Bersih starts trouble, says Jamal

Posted: 28 Aug 2016 04:25 PM PDT

Kami beri ruang dan peluang untuk Himpunan Tangkap MO1 jelas Jamal

Posted: 28 Aug 2016 04:24 PM PDT

Mahu duit kami semula, rayu 16 kontraktor kepada kerajaan

Posted: 28 Aug 2016 04:23 PM PDT


Sebahagian 16 kontraktor yang merayu kerajaan segera menyelesaikan masalah mereka.Sebahagian 16 kontraktor yang merayu kerajaan segera menyelesaikan masalah mereka.
Sudah dua tahun sekumpulan kontraktor menuntut pihak kerajaan menjelaskan bayaran tertunggak berjumlah RM26 juta selepas mereka menyiapkan pembinaan kilang dandang wap (steam boiler) yang terletak di Kerteh, Terengganu.
Namun, selepas lebih 20 kali rundingan dengan pelbagai pihak berkaitan sejak 29 Disember 2014 lalu, kesemua 16 kontraktor terbabit semakin buntu menanti bilakah segala janji dan jaminan akan ditunaikan.
Wakil kontraktor terbabit, Ir Khalil Ishak berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) sebelum ini berjanji akan menyelesaikan bayaran terbabit.
"Kami sudah banyak kali berbincang dengan pihak kerajaan seperti Mida (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia), BiotechCorp dan MOF (Kementerian Kewangan) sehinggalah pada 1 Ogos lalu, kami telah menghantar surat kepada Perdana Menteri.
"Malangnya, sampai hari ini (26 Ogos) jangankan maklum balas, kami diberitahu bahawa kerajaan tidak akan membayar kontraktor atas arahan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani. Ini amat mengejutkan," ujarnya pada sidang media, Jumaat lalu.
Read More / Baca Lagi >>

KDN perlu terima cadangan Tajuddin buka semula fail tahanan ISA

Posted: 28 Aug 2016 04:21 PM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar
Mungkin Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyahut cabaran Tajuddin Abdul Rahman supaya membuka balik fail tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun-tahun 80an bagi mengesahkan siapa, yang menanda tangani surat untuk menahan seseorang dibawah akta zalim berkenaan.

Tindakan ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Tajuddin berhubung kenyataan bekas PM yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengatakan, indvidu bertanggungjawab menanda-tangan untuk penahanan seseorang dibawah akta itu ialah timbalannya Megat Junid Megat Ayub.
Bagi Tajuddin kenyataan Dr Mahathir itu sebagai melepas tanggungjawab dan cuba menyalahkan orang yang sudah berada di alam arwah.

Tajuddin menyanggah penjelasan Dr Mahathir itu dengan menuduh Pengerusi Parti Bersatu yang masih dalam proses pendaftaran itu sebagai berbohong. Kononnya Tajuddin sebagai bekas tahanan ISA ada maklumat sebenar mengenai penahanan orang dibawah ISA.

Kenyataan Dr Mahathir itu juga dipertikaiakan oleh anak Megat Junid, yang meminta supaya Dr Mahathir tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada arwah bapaknya.

Justeru bagi menjelas dan "membersihkan" perkara ini elok kalau KDN dan PDRM membuka fail penahanan orang dibawah ISA dan dedahkan kepada umum. Selagi tiada pendedahan, perkara itu akan menjadi polimek dan dalam sitausi beliau (Mahathir) sudah tidak mempunyai kuasa, pasti akan dilihat sebagai orang yang berbohong seperti mana dakwaan Tajuddin.
Read More / Baca Lagi >>

Irmohizam: Kenapa sampai sekarang DOJ masih menyepi?

Posted: 28 Aug 2016 04:20 PM PDT

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mengenakan saman sivilnya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu tampil dengan penjelasan mengenai kesahihan dakwaan mereka yang sepatutnya memanggil individu berkaitan pada 22 Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, namun sehingga ke hari ini, perkara itu masih sepi tanpa makluman daripada pihak DOJ.
"Isu 1MDB digemburkan dengan lebih dasyat lagi apabila ada pihak yang 'menangguk di air keruh' hanya untuk mengambil kesempatan. Bahkan juga, media asing turut menghentam kita secara terang-terangan.
"Kita tidak seperti negara lain di mana rakyatnya akan sedaya upaya menangkis tohmahan luar setidaknya mendesak pihak kedutaan untuk memberi penjelasan.
"Jika dakwaan yang dikeluarkan oleh DOJ adalah boleh diguna pakai, kenapa media seperti The Wall Street Journal  (WSJ) dan Telegraph tidak pernah sesekali menggunakan sumber dari DOJ kononnya menggunakan sumber sendiri yang boleh dipercayai," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu,katanya kini timbul persoalan apakah DOJ tidak mempunyai sumber sahih yang boleh dipercayai.
"Segala dakwaan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ haruslah ada tindakan susulan, namun apa yang saya lihat, DOJ seolah-olah tidak serius mengenai hal ini.
"Kenyataan yang mereka keluarkan tidak bersifat profesional apabila mereka tidak menamakan kepada siapa aset yang ini dikembalikan. Sejujurnya saya boleh katakan ini adalah ketidakadilan DOJ dan hanya mahu membuli negara kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Azwan Bro: Kena bersatu halang Mahathir

Posted: 28 Aug 2016 04:17 PM PDT


PEKAN - Semua anggota dan pemimpin Umno perlu bersatu menentang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas pemimpin parti yang cuba membakar 'khemah besar Umno' yang selama ini telah menaungi orang Melayu.‎
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, anggota Umno perlu sedar Mahathir bukan lagi pejuang parti sepertimana 22 tahun beliau menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
"Dr Mahathir kini kita lihat cuba membakar 'khemah besar Umno'. Sebaik meninggalkan parti beliau sanggup duduk semeja dengan pembangkang semata-mata nak hancurkan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
"Kita perlu bangkit dan halang beliau daripada melakukan perkara ini kerana khemah inilah yang menjadi tempat anak bangsa kita bernaung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno bahagian Pekan di sini, hari ini. 
Khairul Azwan berkata, kenyataan Mahathir baru-baru ini yang memberi gambaran tiga 'Tan Sri' yang didakwa bersubahat untuk menggulingkan perdana menteri telah dikhianati jelas membuktikan laporan polis yang beliau buat berhubung perkara itu berasas.
"Dr Mahathir sendiri beri pengakuan bahawa tiga 'Tan Sri' ini telah dikhianati dan kenyataan ini secara langsung mengesahkan konspirasi ini benar-benar berlaku dan berada dalam pengetahuannya, ini Mahathir kata sendiri tanpa sebarang paksaan.
Read More / Baca Lagi >>

#TangkapMO1: Gerakan Merah tidak mahu polis pilih kasih, desak kertas siasatan dibuka

Posted: 28 Aug 2016 04:15 PM PDT


Mohd Ali Baharom Mohd Ali Baharom
Presiden Gerakan Merah Malaysia Mohd Ali Baharom tetap dengan pendirian untuk mengadakan protes di hadapan Balai Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang ini, mendesak polis agar mengambil tindakan undang-undang kepada pihak penganjur #TangkapMO1 Sabtu lalu.
Mohd Ali yang terkenal dengan panggilan Ali Tinju itu mendakwa, pihak penganjur #TangkapMO1 jelas berdegil untuk terus berada di lokasi Dataran Merdeka bukannya di Padang Merbok seperti diarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan notis mengadakan perhimpunan pula tidak memenuhi syarat berhimpun oleh polis.
"Kami tidak turun berdemontrasi kerana kami patuh kepada arahan polis,walaupun kami mahu berbuat demikian.
"Kami patuh pada arahan polis dan undang-undang tetapi tidak bagi pihak penganjur #TangapMO1 kerana masih mahu berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kelulusan DBKL.
"Penganjur #TangkapMO1 yang sebenarnya tidak patuh kepada undang-undang polis kerana notis tidak memenuhi syarat.
"Mereka tetap meneruskan perhimpunan haram," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Pada Isnin lalu, Ali Tinju dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa menganjurkan perhimpunan #TangkapMo1 sebagai 'kurang ajar' dan percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
Beliau mendesak polis menangkap pihak penganjur sebelum hari perhimpunan dan sekiranya polis tidak berbuat demikian beliau akan mengadakan protes di hadapan Balai Polis Dang Wangi pada 29 Ogos jam 2 petang.
Bagaimanapun beliau tetap meneruskan niatnya itu, sehingga polis mengambil tindakan untuk membuka kertas siasatan terhadap pihak-pihak yang terbabit dalam penganjuran #TangkapMO1 ini.
""Saya telah membuat report dua hari sebelum perhimpunan diadakan.
"Saya desak polis supaya dikenakan tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang.
"Kalau kami boleh membatalkan niat untuk berdemontrasi kerana atas nasihat polis, mengapa pula pihak penganjur #TangkapMO1 yang terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang, tidak patuh kepada arahan DBKL dan polis itu, tidak disiasat.
"Kita tidak mahu polis 'double standard' dalam menangani isu antara penganjur #TangkapMO1 dengan kumpulan gerakan merah.
"Walaupun gerakan merah tidak turun ada juga berlaku kekecohan antara peserta ketika berdemontrasi.
"Saya tidak berganjak dengan keputusan, untuk terus mendesak pihak polis supaya mereka segera di tangkap dan kertas siasatan dibuka," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

MUJURLAH TUN M YANG KAKI GADUH INI MASIH SUKA UNTUK BERGADUH!!

Posted: 28 Aug 2016 04:14 PM PDT

Najib Razak semalam menyifatkan Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang suka bergaduh dengan ramai orang, bukan saja sepanjang berkuasa selama 22 tahun, bahkan juga setelah tidak lagi memegang kuasa.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.

Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh, katanya lagi.

Benarkah Tun Mahathir kaki gaduh?

Adakah beliau bergaduh untuk kepentingan dirinya, bagi menyelamatkan negara atau saja-saja suka bergaduh?
Dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein, Tun Mahathir tidaklah bergaduh dalam ertikata yang sebenar, sebaliknya mereka hanya berbeza pendapat dalam beberapa perkara berkaitan pentadbiran negara.

Bagaimanapun Tun Mahathir amat menghormati bekas pemimpin tersebut dan tidaklah sampai menarik kemudahan polis pengiring atau melucutkan jawatan tertentu mereka, meskipun sering dikritik dan ditegur oleh kedua-duanya.

Namun demikian, kalau pun mahu dikatakan kaki gaduh, bukan Tun Mahathir yang kaki gaduh kerana beliau sedang memegang kuasa ketika itu, tetapi kedua-dua pemimpin yang tidak lagi berkuasa itulah yang sebenarnya mahu cari gaduh dengannya.

Jika bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein dikatakan sebagai suatu kesalahan kepada Tun Mahathir sehingga dikatakan kaki gaduh, bermakna Najib juga adalah kaki gaduh apabila bergaduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini sekarang ini.

Begitu juga, kiranya bergaduh dengan Musa Hitam sebagai suatu kesalahan kepada Tun Mahathir, bagaimana dengan Najib yang juga bergaduh dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin?

Tidakkah ia bermakna Najib juga kaki gaduh?

Selepas tidak lagi berkuasa, Tun Mahathir hanya bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib yang berlarutan sehingga sekarang.

Tetapi, cuba bayangkan bagaimana keadaan negara jika Tun Mahathir tidak bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi?

Apa jadi kepada keadaan negara sekarang ini?
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib

Posted: 28 Aug 2016 06:51 AM PDT

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata ini berdasarkan maklumat daripada peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkongsi dengan beliau penyata bank Najib.
"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.
"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.
"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.
Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.
Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.
Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.
Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".
Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.
Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.
DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.
Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Peserta Baju Merah mahu 'musnahkan' BERSIH, tak tahu apa DOJ

Posted: 28 Aug 2016 05:27 AM PDT

Himpunan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos hari ini didakwanya mempamerkan peserta berbilang kaum yang terdiri daripada kira-kira 300 peserta Melayu termasuk puluhan kaum India dan Cina.
Jamal mendakwa mereka yang hadir mewakili beratus NGO Melayu, India dan Cina yang akan digerakkan untuk menghadapi Himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka yang hadir sidang akhbar gerakan itu di perkarangan PWTC hari ini seolah-olah tidak tahu cerita sebenar.
Mereka yang ditemui Malaysiakini kebanyakannya mendakwa mereka berada di sana untuk menyokong 'keamanan, Jamal dan BN'.
Beberapa orang lain mendakwa mahu 'memusnahkan Bersih', meskipun tidak dapat menjelaskan perbezaan warna baju mereka.
Tidak ramai juga yang sedar mengenai saman difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan wang daripada dana 1MDB, yang menjadi sebab mengapa BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan himpunan mereka.
Loh Chan Soy berkata beliau datang dari Klang untuk hadir ke himpunan Baju Merah, namun apabila ditanya mengapa dia datang, Loh berkata : "Susah mau jawab. Kita datang harap aman saja."
Apabila ditanya adakah beliau faham maksud DOJ, Loh berkata "Saya tak tahu. Kita harap aman saja. Saya tak tahu."
Ditanya sama ada Malaysiakini boleh menemu bual rakan yang mengiringi beliau, Loh berkata, "Ini (kawan) lagi kurang tahu."
Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Kamal turut mengatakan "Saya tidak tahu" apabila ditanya mengenai perkara yang sama.
Beliau mendakwa antara 40 orang yang datang dari Sabak Bernam ke PWTC dengan menaiki sebuah bas.
Sementara itu peserta lain Sarimalinggam Doraisamy menegaskan mereka bukan datang ke himpunan itu untuk 'membantah kerajaan Malaysia'.
"Kita datang bukan untuk bantah kerajaan Malaysia. Kita faham isu...kita datang untuk bersatu dengan masyarakat," katanya yang mendakwa mewakili Persatuan Kebajikan India Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Umno pakat sokong Najib mengenai pemimpin ‘kaki gaduh’

Posted: 28 Aug 2016 05:26 AM PDT

Pemimpin 22 tahun itu dikaitkan bergaduh dengan Raja-Raja Melayu, para hakim, raja, perdana menteri hinggalah ke timbalan perdana menteri.
najib umno
JEMPOL: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh, disokong semua pihak.
Beliau berkata melihat kepada sejarah, bekas pemimpin negara itu bergaduh dengan empat perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Razak dan tiga timbalan perdana menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya percaya tak ada orang yang akan mengatakan sebaliknya daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Najib)…semua perdana menteri dia gaduh, gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dengan Datuk Seri Najib.
"Tahun 1990 isu perlembagaan, bergaduh dengan semua Raja-Raja Melayu, dari segi kehakiman bergaduh dengan semua hakim waktu itu apabila dia memecat hakim dan sebagainya, dengan raja bergaduh, dengan perdana menteri bergaduh, dengan timbalan perdana menteri bergaduh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno semalam yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Najib berkata ini kerana pemimpin berkenaan sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya tiada rakyat Malaysia yang menafikan kenyataan itu.
"Bukan sahaja perdana menteri, Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) pun dalam titahnya menyatakan beliau kaki gaduh…jadi semua orang berpendapat sama bukan sahaja saya saja tapi semua orang," katanya.
Di Kuantan, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan anggota parti terutama pergerakan Pemuda supaya tidak mudah termakan hasutan bekas pemimpin parti yang dilihat sengaja merungkai kekuatan 'jemaah' parti.
Berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuantan di sini malam tadi, beliau yang juga timbalan menteri luar berkata anggota Umno perlu bijak mendepani dan menanganinya jika tidak mahu Umno dan negara khasnya menerima nasib sama seperti sesetengah negara Islam lain yang kini porak peranda akibat hasutan sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan rakyatnya.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat, timbalannya Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar dan naib ketua Umno bahagian Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ketua Pemuda bahagian Nara @ Nikman Nordin.
"Sejarah di zaman sahabat Rasulullah membuktikan Saidina Uthman Ibn Affan sendiri dibunuh dalam keadaan menyayat hati, hanya disebabkan hasutan seorang yang berpengaruh ketika itu menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam selepas itu.
"Begitu juga dengan cabaran yang didepani oleh Umno ketika ini, kita perlu elak daripada menjadi mangsa hasutan, jika tidak mahu perjuangan parti yang sebegini panjang terungkai hanya disebabkan hasutan yang dilakukan oleh individu yang berpengaruh dalam parti sebelum ini," katanya.
Di Butterworth, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau yakin tidak ada anggota dan pemimpin parti akan beralih menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia walaupun ada usaha menarik mereka menyertai parti pembangkang baharu itu.
Beliau yakin bukan sahaja anggota parti menyokong Umno dan Barisan Nasional, malah pengundi senyap turut menyokong Umno dan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Anak muda tolak pemimpin rasuah, seleweng kuasa

Posted: 28 Aug 2016 05:25 AM PDT


Akram Abdul GhafarAkram Abdul Ghafar
Himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) di Dataran Merdeka semalam menjadi saksi protes ribuan anak muda terhadap kepimpinan negara yang diselubungi gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.
Pekerja swasta, Akram Abdul Ghafar, 26, memberitahu Malaysia Dateline, beliau dan sebahagian besar rakannya yang lain benar-benar tertekan dengan peningkatan kos sara hidup mutakhir ini.
Mengakui tidak mengetahui tentang himpunan yang digembleng mahasiswa itu, beliau bagaimanapun bersetuju supaya senarai nama yang disebut dalam saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) diheret ke muka pengadilan.
"Saya kalau ikutkan hari ini jalan-jalan saja di Sogo nak cari barang tapi tak sangka pula ada himpunan yang nampaknya ramai juga hadir," ujarnya ketika melihat peserta mulai bergerak ke arah Dataran Merdeka mulai 2.50 petang semalam.Rahmat Haron (kiri) bersama wartawan Arif Atan.Rahmat Haron (kiri) bersama wartawan Arif Atan.
Turut sempat ditemubual Malaysia Dateline ketika perarakan ialah penyair unik, Rahmat Haron. Kelihatan ceria berarak bersama peserta demonstrasi lain yang juga membawa karikatur berupa imej Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menganggap himpunan Tangkap MO1 adalah suara rakyat yang wajib didengar.
"Kita santai saja, himpunan aman, bukan? Perlu hormati hak rakyat untuk berhimpun. Demonstrasi ini bagi saya berjaya kerana diterajui mahasiswa sendiri walaupun beberapa hari sebelum himpunan ada pelajar yang disumbat," ujarnya.
Ditanya tentang perhatian sebahagian orang ramai terhadap kemunculan kumpulan pemuzik jalanan terkenal, Caliph Buskers di perkarangan Sogo serentak ketika berlangsungnya ucapan aktivis mahasiswa, Rahmat menganggap itu hak masing-masing.
"Paling penting, pihak berkuasa harus memastikan keadaan terkawal. Bagi orang ramai pula, terpulang mahu sertai demonstrasi atau mahu berhibur tetapi kita semua tentunya mahu negara yang lebih baik dan masyarakat lebih sejahtera pada masa akan datang," katanya lagi.
Nik LeeNik LeeSementara itu, aktivis dari Bangi yang mahu dikenali sebagai Nik Lee berkata, rakyat tidak harus berdiam diri dengan isu penyewengan dana awam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut berkaitan dengan jenayah pengubahan wang haram.
"Katakan kalau MO1 lebih kepada ciri-ciri Anwar Ibrahim atau beliau yang terima derma lebih RM2 bilion itu, saya percaya ramai yang melenting marah tapi bila Najib yang dapat derma sebegitu banyak itu dalam akaun peribadinya, semua 'okey' pula. Kalau Anwar, walaupun tiada bukti buat pun, semuanya salah Anwar," ujarnya ketika ditemui berarak bersama peserta himpunan.

Comments (0)