Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MO1..Mana Mau Lari....!!!

Posted: 26 Aug 2016 03:45 PM PDT






BICARA BERSATU - STADIUM MINI KETEREH, KELANTAN

Posted: 26 Aug 2016 10:01 AM PDT

Wardina: Bukan saya tapi polis yang namakan maahad

Posted: 26 Aug 2016 09:42 AM PDT

Personaliti itu bertanya adakah tindakan Kazim Elias bermakna netizen tidak lagi boleh berkongsi dakwaan pencabulan seksual di Internet.
wardinaPETALING JAYA: Personaliti Wardina Safiyyah malam tadi menepis tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuang masa pihak berkuasa.
Wardina melalui laman rasmi Facebooknya berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.
Selain Wardina, Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.
"Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis," kata Wardina. "Laporan polis oleh ibu yang terbabit pun saya tak kongsi."
"Kalau pun nak buat laporan polis, patutnya buat satu lagi laporan polis keatas ibu tersebut membuat fitnah, bukan saya atau Syed Azmi."
Wardina berkata demikian menjawab tindakan Kazim membuat laporan polis petang tadi kerana membuat komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penceramah agama.
Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Kazim berkata tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya, Maahad Tahfiz Darul Barakah.
"Jadi saya minta supaya pihak polis mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya," kata Kazim lapor Astro Awani.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sekolah itu, selepas dakwaan kejadian seks luar tabii dan pencabulan beberapa pelajar baharu maahad tersebar di laman sosial.
"Jadi? Maknanya kami tidak boleh kongsi dakwaan pencabulan seksual? Mengarut," tepis Wardina.
"Selamat malam Malaysia," tambahnya lagi, dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

Esok PAS sibuk, tak hadir ‘tangkap’ MO1

Posted: 26 Aug 2016 07:04 AM PDT

Penganjur 'redha', semua parti pembangkang termasuk Umno yang anti-Najib nyatakan sokongan kecuali PAS
mahfodzPETALING JAYA: PAS tidak tidak memberi sebarang arahan kepada ahlinya untuk turun ke demonstrasi #TangkapMO1 anjuran mahasiswa esok, kata Ketua Dewan Ulama.
Ini kerana parti Islam itu terbabit dengan acara lain, kata Datuk Mahfodz Mohamed.
"Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri," katanya ketika dihubungi FMT.
Pemberita tidak sempat bertanyakan mengenai program yang disebutkan itu.
Tunjuk perasaan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mendakwa individu yang dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam tuntutan penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Dalam tuntutan itu, DoJ mahu merampas aset yang "terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu pakatan antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB".
MO1 disebutkan dalam tuntuan itu sebagai mempunyai jawatan penting dalam 1MDB dan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Riza Aziz – salah seorang daripada beberapa individu yang dinamakan secara langsung dalam siasatan DoJ.
Sementara itu, jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof berkata semua parti pembangkang yang dihubungi, termasuk ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan Presiden Datuk Seri Najib Razak, menyatakan sokongan kepada himpunan esok.
Kecuali PAS.
"Mahasiswa yang di bawah Pas turut mendiamkan diri tidak memberi sebarang respon," katanya, yang menyedari tunjuk perasaan tanpa PAS tidak akan menjanjikan jumlah peserta Islam-Melayu yang ramai.
"Iya memang kita perlukan ramai pihak tetapi tidak apalah kalau itu pendiriannya (PAS)," tambahnya.
Penganjur #TangkapMO1 dilaporkan akan meneruskan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis akan memudahkan penganjuran #TangkapMO1 sekiranya penganjur bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Kazim laporkan Wardina, Syed Azmi ke polis

Posted: 26 Aug 2016 07:02 AM PDT

Penyebaran dakwaan berlaku serangan seksual ke atas pelajar Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh memasuki perkembangan baru hari ini.
Pengasas dan pengetuanya, Datuk Kazim Elias petang tadi membuat laporan polis ke atas dua individu terkenal kerana didakwa membuat komen negatif mengenainya.
Dua individu itu ialah bekas pelakon dan pengacara televisyen Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot dan aktivis sosial Syed Azmi Abhalshi.
Portal Perak Today melaporkan Kazim bersama beberapa ahli jawatankuasa sekolah itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 3.50 petang.
Menurut Kazim laporan itu dibuat sebagai langkah mempertahankan dirinya yang berdepan komen negatif dan secara langsung dapat dikaitkan dengannya.
"Malah ada yang menggelarkan saya dengan gelaran-gelaran buruk ekoran viralnya di dalam Facebook mereka," Kazim dipetik sebagai berkata.
Sejak beberapa hari lalu tersebar dakwaan kononnya berlaku amalan seks luar tabii di sebuah sekolah agama di Perak selepas beberapa ibu bapa mengadu anak mereka menjadi mangsa.
Sekolah agama itu dikatakan dimiliki seorang penceramah terkemuka.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan wakil pihak sekolah.
Petang tadi Malaysiakini juga melaporkan Kazim membuat laporan polis pada Sabtu untuk membolehkan siasatan dijalankan, serta membersihkan nama institusi itu.
Selain terkenal sebagai penceramah Kazim pernah ditawarkan menganggotai Majlis Tertinggi Umno pada November 2013. Beliau bagaimanapun menolak tawaran berkenaan.
Wardina, 37, pernah membintangi beberapa drama seperti Kalam Cinta Rabiah, Maka Diciptakanya Perempuan dan filem Lagi-lagi Senario.
Read More / Baca Lagi >>

Apa Peranan Mereka...???

Posted: 26 Aug 2016 07:00 AM PDT

Ketika... 1MDB skandal kewangan TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA terpalit pada Najib sampai kemuncaknya, TIBA-TIBA wajah2 Peguam Negara, Gabenor BNM & Pengerusi PAC pantas bertukar & berubah wajah baru... KENAPA ??!!!

Ketika... di peringkat antarabangsa MAS (S'pura), DoJ (US), AG Swiss dan AG Luxemborg sdg sibuk siasat kes 1MDB tapi di Malaysia dgn cepat dan mudah tutup kes 1MDB... KENAPA ??!!!

Anda Sendiri Tahu Jawapannya....!!!

Guling Najib: Menteri Umno minta tiga Tan Sri bersihkan nama

Posted: 26 Aug 2016 06:58 AM PDT

Seorang menteri tampil meminta tiga bekas pegawai tinggi kerajaan "membersihkan nama mereka" berhubung gambaran bahawa mereka terlibat dalam konspirasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed "tidak boleh berdiam diri".
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu merujuk kepada laporan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa Najib mungkin sudah tersingkir daripada jawatannya itu sekarang jika tiga Tan Sri itu tidak dikhianati.
"Lebih baik kalau tiga Tan Sri ini tampil menafikan (laporan itu) kalau betul tidak ada berlaku seperti yang disebut Dr Mahathir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parti Sulong di Batu Pahat, hari ini.
Semalam, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Sri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan serupa kepada ketiga-tiga Tan Sri itu.

'Baju Merah' tidak jadi turun Himpunan #TangkapMO1 esok

Posted: 26 Aug 2016 06:51 AM PDT

Ahli politik corakkan perpaduan antara rakyat

Posted: 26 Aug 2016 06:50 AM PDT

Menanti Episod Kemuncak Sinetron 1MDB

Posted: 26 Aug 2016 05:18 AM PDT

Oleh Hayar Hassan


Membaca novel-novel religi (berunsur agama) karya penulis tersohor dari negara jiran Indonesia, Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik ) adalah antara aktibiti masa lapang saya semenjak beberapa tahun lalu. Hampir setiap novel karya Kang Abik telah saya miliki dan selesai membacanya. Uniknya setiap novel-novel Kang Abik tidak terlepas daripada kisah roman cinta anak muda, tetapi tetap berlandaskan kepada syariat Islam.

Hebatnya jalan cerita karya Kang Abik itu telah membuatkan produser-produser filem dan TV Indonesia berlumba-lumba menerbitkan karya-karyanya dalam bentuk filem dan siri-siri sinetron(sinema elektronik). Ternyata filem-filem Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 dan Dalam Mihrab Cinta mampu menjadi filem-filem "box-office".

Bukan filem sahaja, karya-karya Kang Abik turut dijadikan siri-siri sinetron bernuansakan religi oleh Stesyen TV popular yang boleh ditonton melalui pakej Pelangi Astro Malaysia. Keberadaan begitu ramai warga Indonesia di Malaysia, Singapura, Brunei Darus Salam, Hong Kong, Arab Saudi, Jerman, Australia dan lain-lain negara membuatkan sinetron-sinetron tersebut menduduki rating yang tinggi.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Kang Abik dalam novel ,filem dan sinetronnya adalah " Islam Itu Adalah Satu Cara Hidup ". Orang Islam akan mudah menjalani kehidupan di dunia fana ini sendainya kita selalu dan tetap istiqamah berpegang kepada ajaran-ajaran Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW.

Sekali sekala saya terfikir juga kalau Kang Abik diberikan ilham untuk menulis cerita sekitar " 1MDB ". Sayangnya, jalan cerita "1MDB " ini tidak punya cerita-cerita roman cinta anak muda dan mesej dakwah Islam yang sepertinya menjadi kriteria utama karya-karya Kang Abik. Umum mengetahui, " 1MDB " ini sarat dengan kepincangan skandal kewangan dan penonjolan kehidupan mewah penuh pembaziran beberapa kerat individu.

Plot cerita begini tidak menarik minat penulis tersohor itu . Mungkin nanti ada penulis yang berupaya menulisnya. Tetapi yang pasti "1MDB " adalah kisah nyata, bukannya khayalan penulis semata-mata. Ianya penuh dengan fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa yang berjejak pada alam nyata.

Dikhabarkan hebohnya kisah-kisah sinetron "1MDB " ini adalah seawal tahun 2011. Lima (5) tahun lalu Bank Negara Malaysia telah mula menyiasatnya. Beberapa Ahli-Ahli Parlimen Malaysia semenjak tahun 2014 lagi, telah menzahirkan akan kebimbangan mereka terhadap malapetaka yang bakal menimpa negara tercinta ini . Namun kisah sinetron ini tidak punya penonton dan peminat yang ramai, tidak seperti sinetron-sinetron " Tukang Bubur Naik Haji " atau " Pesantren Rock & Roll ". Sinetron-sinetron ini sudah memasuki episode-episod ratusan !

Namun bagitu saya merasakan sinetron " 1MDB " ini masih diminati oleh ramai penonton , tetapi hanya segelintir dari mereka sahaja yang berani memberikan komentar dan analisa terbuka seperti individu-individu bergelar Lim Kit Siang, Tony Phua, Husam Musa, Rafizi Ramli, Mahfuz Omar dan beberapa orang lagi.Read More / Baca Lagi >>

Kes skandal lagi dahsyat dari IMDB..

Posted: 26 Aug 2016 05:16 AM PDT

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Saya bukan pemakan dedak. saya tulis apa saya suka, jika salah dari segi undang2, boleh dakwa saya, jika banyak wang.. samanlah saya.. yang penting sekarang perjuangan perut rakyat.

Semalam Najib Razak lancarkan LRT 3, dari Sungai Buloh ke Shah Alam.. Perunding Projek berikan kepada syarikat kilang buat meter air bernama George Kent dalam hari yang sama George Kent ditawarkan sebagai Kontrektor di MRT.

Mana dalam sejarah dunia.. dia perunding projek, dia tempat lain kontrektor dalam projek yang sama.. berbeza antara L dan M sahaja.. Hanya di Malysia.

Peliknya GK usahasama dengan CCCC, satu syarikat dari China yang disahkan oleh World Bank. sebagai syarikat penipu.

Syarikat ini ditawarkan Tender bukan kerana dia harga rendah. Harga rendah ditawarkanoleh syarikat bumiputra. Akhirnya dibuat keputusan eksekutif, GK diminta turunkan harga lebih rendah dari syarikat bumiputra.. tanpa di tender semula..

Senang nak jadi kaya dan menyamun.. Jika tak boleh bersaing, minta syarikat kroni.. turunkan harga. Kamudian menjerit akulah pejuang 'Agenda Memperkasa Bumiputra' tetapi sebaliknya syarikat bumiputra di pijak dan ditendang.

Maka ada atau tidak yang hendak mengiring aku ke Balai Polis buat aduan penyelewengan ini. Nak tengok adakah SPRM ini ada berani menyiasat kes ini atau setaraf dengan gay di lorong gelap.

Kes skandal lagi dahsyat dari IMDB..

Apa berlaku antara Dr M dan Raja Melayu pada 1993?

Posted: 26 Aug 2016 05:12 AM PDT

Peristiwa 'Krisis Perlembagaan 1993' berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.
mahathir_raja-raja_600
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat kenyataan mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu.
Peristiwa yang kini dikenang sebagai 'Krisis Perlembagaan 1993' berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2): "Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri".
Pada 6 Disember 1992, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas Gomez membuat laporan polis atas dakwaan dipukul Sultan Johor ketika itu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Douglas sebelumnya mengkritik Jabatan Pendidikan Johor ekoran tunduk dengan titah Sultan agar menarik diri daripada kejohanan kebangsaan.
Susulan itu, Dewan Rakyat memanggil sidang khas pada 10 Disember 1992 dan timbalan perdana menteri pada ketika itu, Tun Ghafar Baba yang membawa usul agar langkah diambil bagi menyekat kekebalan golongan diraja mendapat sokongan sebulat suara 96 wakil rakyat.
Pada masa sama, kempen media terhadap Raja-raja Melayu bermula. Pelbagai dakwaan salah laku dan gaya hidup mewah golongan diraja dipaparkan bagi meraih sokongan rakyat dalam 'perang kerajaan dengan Raja-raja Melayu'.
Laporan tersebut tidak hanya menyasarkan kerabat diraja Johor kerana kerabat diraja Pahang misalnya turut dikritik atas dakwaan mendapat konsesi balak di negeri itu secara tidak adil.
Usul Ghafar turut disokong 2 parti pembangkang ketika itu iaitu PAS dan DAP, namun Semangat 46 membantahnya atas sebab ia akan melemahkan kedaulatan Raja dan ketuanan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Dataran Merdeka lokasi utama himpunan – Gabungan Mahasiswa & NGO

Posted: 26 Aug 2016 05:09 AM PDT

KENYATAAN MEDIA: Berikut adalah info daripada Gabungan TangkapMO1
JAM BERAPA BERKUMPUL?
Jam 2 petang. Lagi awal lagi bagus. Tapi jangan awal sangat, makan tengah hari dulu.
DI MANA NAK BERKUMPUL?
Dataran Merdeka lokasi utama himpunan - Gabungan Mahasiswa & NGOBoleh pilih samada nak berkumpul di Sogo atau Masjid Negara. Di Masjid Negara, kita boleh berkumpul sekali dengan kepimpinan politik. Di Sogo kita akan berkumpul dengan kepimpinan NGO. Jangan tanya MO1 akan berkumpul di mana, itu kitorang tak tahu, mungkin di Putrajaya.
APA AKAN BERLAKU DI TEMPAT PERKUMPULAN?
Kita tunggu sampai kawan-kawan dah ramai, kemudian kita akan berarak secara aman ke Dataran Merdeka. Sambil tu kita dengar ucapan semangat dan juga persembahan daripada anak muda. Yang penting, Tunggu dan Ikut arahan komander himpunan.
SIAPA KOMANDER HIMPUNAN?
Mahasiswa. Dia akan berada di pentas dan dia akan perkenalkan diri dia. Jangan risau.
SELAMAT TAK HIMPUNAN NI?
Nama pun himpunan aman. Mesti selamat. Kita ada 200 sukarelawan keselamatan yg bersiap siaga. Yg tak selamat sekarang MO1 je.
KALAU KENA TANGKAP, APA NAK BUAT?
Pertama, jangan risau, himpunan kita aman. Kedua, kalaupun berlaku tangkapan, jangan panik. Simpan dan ingat nombor ini, 012-256-6089. Sms nama penuh, no ic, dan lokasi anda ditangkap ke nombor di atas. Kami akan sediakan peguam untuk anda.
Ingatan penting, kalau anda ditangkap, tak perlu beramah tamah sangat dgn polis. Jika disoal, anda hanya perlu jawab nama, no ic dan alamat kepada Polis. Iaitu maklumat yg ada dalam IC anda. Selain daripada tu, anda perlu berani guna hak anda untuk berdiam diri (Seksyen 112(2) Kanun Prosedur Jenayah)
KALAU SAKIT MASA BERHIMPUN, MACAM MANA?
Jangan risau, kalau anda sakit, atau ternampak ada kawan yang sakit, tolong berhubung dgn mana-mana petugas keselamatan. Kita ada sediakan Skuad Medik untuk anda. Nak lawan MO1, semua benda kita kena bersedia.
BAJU APA NAK PAKAI?
Warna tema kita hitam dan putih. Jenis pakaian tak kisah, asalkan pakai baju. Pastikan pakai kasut dan stoking. Supaya senang bergerak dan kaki anda tak melecet.
PERLU BAWA GARAM DAN AIR TAK?
Sebaik-baiknya bawa air untuk anda minum. Garam tu kalau nak bawa pun tak ada masalah. Tak ada undang-undang yg halang rakyat simpan garam dalam bag.
APA AKAN BERLAKU DI DATARAN MERDEKA?
Kita akan berhimpun dan penuhi dataran sejarah ini. Kita akan menyanyi dan melaungkan tuntutan kita. Kita akan saksikan gimik TangkapMO1 yg akan dilaksanakan oleh Sdri Anis Syafiqah. Tak ada ucapan-ucapan panjang lebar.
TAKKAN SEKADAR BERHIMPUN DAN BALIK?
Hari ini setiap dari kita bertanggungjawab untuk menggerakkan perubahan sedaya yg mampu. Dan perubahan itu takkan berlaku dalam sehari. Biarlah himpunan ini jadi titik mula untuk kita semarakkan semula iltizam perjuangan kita.
Seterusnya……
BERSIH 5.0, kami tunggu kamu datang.
Terima kasih atas perhatian, sokongan dan kerjasama anda.

Hukuman penjara Fakhrulrazi tidak lemahkan semangat juang anak muda

Posted: 26 Aug 2016 05:07 AM PDT

Sekalipun kecewa dengan keputusan penjara lapan bulan terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Fakhrulrazi Mokhtar namun pujian harus diberikan kepada beliau, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir.
Beliau berkata, pemimpin muda itu telah membuktikan keberanian beliau untuk menyatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim, sekalipun sedar risiko yang bakal dihadapi.
"Keputusan ini menyedarkan kita bahawa perjuangan menegakkan keadilan di negara ini bukan tugas mudah, malah terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran berliku.
"Namun hakikatnya, perjuangan ini perlu diteruskan walau dengan apa harganya. Hanya kebangkitan rakyat mampu mengubah kepincangan sistem yang ada pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga yakin tindakan terhadap Fakhrulrazi ini sesekali tidak akan melemahkan semangat juang anak muda khususnya dalam Amanah untuk menentang kemungkaran dalam negara yang kini dipalit skandal 1MDB.
"Malah saya yakin, tindakan ini akan menyemarakkan lagi semangat kebangkitan anak muda berhadapan dengan segala kepincangan pentadbiran negara di bawah Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam menjatuhi hukuman penjara lapan bulan ke atas Fakhrulrazi selepas didapati bersalah atas kesalahan menghasut menentang kerajaan pemerintah dan boleh menjurus rusuhan awam.
Tuduhan itu berdasarkan ucapan Fakhrulrazi ketika himpunan #KitaLawan pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
Bagaimanapun, hakim Shamsudin Abdullah membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000.

Sistem bil TNB dinaik taraf mengelirukan, bebankan pengguna

Posted: 26 Aug 2016 05:01 AM PDT




Sejak dua bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung bil TNB. Di antara aduan yang diterima termasuklah pusingan bil yang panjang menyebabkan bayaran menjadi terlalu tinggi, tidak menerima bil bulan Julai dan menerima bil dengan catatan nombor akaun bukan milik mereka

Cuma baru-baru ini sahaja CAP menyedari bahawa pengguna berhadapan dengan segala masalah ini berikutan TNB sedang mempertingkatkan sistem bil mereka.

TNB telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar yang mengumumkan bahawa sesetengah pelanggan akan lewat menerima bil mereka disebabkan kerja-kerja naik taraf tersebut. Namun  kenyataan pada 6/8/2016 itu cuma disiarkan oleh beberapa akhbar sahaja dan agar sukar untuk menamakannya sebagai "memberi maklumat". Kenyataan TNB juga terlambat dua bulan jika mereka ingin menaik taraf sistem mereka, TNB sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada pengguna dan kesulitan yang mungkin mereka alami.

Hanya selepas kami membaca artikel yang dimuatkan dalam salah satu akhbar berbahasa Malaysia beberapa hari lalu baharulah kami akhirnya mendapat serba sedikit penjelasan mengenai aduan yang kami terima, antaranya:-

· Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal

Jika pusingan bil melebihi 31 hari bagi sebarang bulan, TNB akan mengenakan bayaran kepada pelanggan berdasarkan faktor 'prorate' tersebut – nisbah antara tarikh bil dan jumlah hari dalam bulan berkenaan – bagi mereka yang berada dalam lingkungan blok Tarif  Domestik  dan blok Tarif Komersial Voltan Rendah.

· Tidak menerima bil bulan Julai

Disebabkan kerja-kerja menaik taraf sistem bil, pelanggan akan lewat menerima bil masing-masing dan sesetengahnya akan menerima bil Julai dan Ogos sekali gus dalam bulan Ogos.

· Menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka

Menaik taraf sistem bil menyebabkan nombor akaun TNB bertukar dari sistem 14 digit ke sistem 12 digit. Justeru, nombor akaun yang kelihatan ganjil pada bil TNB terkini sebenarnya adalah nombor akaun 12 digit pengguna yang baharu.
Read More / Baca Lagi >>

'Minta maaf Dr M hanya untuk lemahkan Najib'

Posted: 26 Aug 2016 04:59 AM PDT

Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai langkah terbaru bekas perdana menteri itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata ini kerana Tun Mahathir sepatutnya gembira apabila cadangan beliau diterima pakai oleh pemerintah perdana menteri kini.
Namun, sebaliknya pula berlaku apabila beliau bertindak sedemikian.
"Sebenarnya Tun M (Mahathir) patut suka dan bersyukur sebab beliau yang minta (pinda perlembagaan), itu kehendak dan cadangannya tetapi sekarang beliau minta maaf untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia rasa bersalah buat cadangan itu.
"Bagi saya ini permainan politik disebalik permohonan maaf beliau," kata Ramlah ketika dihubungi Malaysiakini.
Mahathir dalam blognya tengah malam tadi berkata, beliau memohon maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
"Saya ingin memohon maaf atas pindaan kepada perlembagaan itu, yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
"Ia kelihatan (oleh) kerana pindaan itu, (Akta Majlis) Keselamatan Negara yang baru telah mula berkuatkuasa walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya," tulis Mahathir.
Bagaimanapun, Mahathir menegaskan apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, masih memerlukan tandatangan baginda.
Mengulas lanjut, Ramlah berkata, beliau percaya bahawa Mahathir tidak akan melaksanakan cadangan tersebut sekiranya masih memerintah negara.
Bagaimanapun, adalah jelas tindakan bekas pemimpin veteran Umno ini sengaja berbuat demikian bagi meletakkan kesalahan tersebut kepada pentadbiran Najib.
"Jika berlaku pada zaman Tun M, mungkin ia tidak akan dilaksanakan.
"Kuasa PM kini lebih kuat sebab PM bukan sahaja ada kuasa mentadbir, membuat undang-undang dan juga mengisytihar darurat. PM sekarang boleh guna bidang kuasanya untuk mengekang apa saja pemberontakan dan konflik politik.
"PM dan barisan kabinet sekarang mempunyai kuasa jadi apa-apa jadi esok pentadbiran sekaranglah yang akan dipersalahkan. Itulah tujuannya minta maaf.
"Di mana beliau hendak memberitahu pada rakyat bahawa Najib yang bertanggungjawab yang membuat undang-undang pindaan perlembagaan bagi memindahkan kuasa kepada PM," kata Ramlah.
Kata Ramlah, dalam bahasa mudahnya permohonan maaf itu dibuat bagi melemahkan pentadbiran Najib.
"Dalam bahasa budak-budak, bolehlah cakap ini agenda terbaru Tun M untuk jatuhkan Najib dan ini juga akan melemahkan perdana menteri.
"Ini satu cabaran baru kepada Najib di mana dia minta cadang pindaan tetapi dilaksanakan ketika pemerintahan Najib. Kira Najib bersalah jugalah pindah kuasa Agong.
"Kalau tidak ada apa agenda, beliau mesti gembira dan tak ada sebab nak minta maaf," kata Ramlah.
Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Rahman pula menyifatkan permohonan maaf Mahathir itu bagi membolehkan dirinya keluar dari kemelut sedia ada.
"Kita kena faham Tun M, semua ini mainan politik beliau dan dia punya strategi. Ini cara beliau untuk keluar dari kemelut dan bila tak ada jalan lain, minta maaflah," kata Tajuddin.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB bukan penyebab kemerosotan ekonomi kata menteri Umno

Posted: 26 Aug 2016 04:54 AM PDT

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menjelaskan kemerosotan ekonomi yang dialami negara disebabkan
kelembapan ekonomi negara kuasa besar dunia yang mempengaruhi iklim ekonomi dunia.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat mengubah persepsi yang mendakwa kemerosotan ekonomi yang melanda negara adalah disebabkan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Katanya Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka dan berdagang dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, negara Timur Tengah dan Eropah.

"Bila ekonomi dunia meningkat, maka ekonomi negara kita juga meningkat, begitu juga bila ekonomi dunia huru-hara, ekonomi negara kita juga akan terjejas.

"Mengambil contoh unjuran ekonomi dibuat Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia di mana pada tahun 2017, ekonomi dunia dijangka menurun daripada 3.4 peratus kepada 3.1 atau 3 peratus. Oleh sebab kita berdagang dengan satu dunia, ia secara automatik akan menjejaskan ekonomi kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno bahagian Hulu Terengganu merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani
Johari.

Johari yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno dalam masa sama meminta rakyat tidak mempolitikkan isu 1MDB kerana bimbang ia akan menakutkan pelabur asing untuk terus melabur di negara ini.

"Hal berniaga tidak boleh bercampur dengan politik kerana nanti ia akan jadi kelam kabut. 1MDB adalah satu syarikat yang ditubuhkan untuk pelaburan jangka masa panjang di antara 10 hingga 20 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA gagal tanpa penyertaan AS, kata menteri Umno

Posted: 26 Aug 2016 04:49 AM PDT

Katanya, peruntukan dalam TPPA menjelaskan keperluan penyertaan AS memandangkan negara itu adalah ekonomi terbesar dunia, menyumbang kira-kira 20% output global.
Mustapa-Mohamed_tppa_usa
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan gagal tanpa penyertaan Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, peruntukan dalam Perkara 30 TPPA menjelaskan keperluan penyertaan AS dalam perjanjian perdagangan itu memandangkan AS adalah ekonomi terbesar dunia, menyumbang kira-kira 20% output global.
"Presiden Obama akan giat berusaha ke arah pelaksanaan TPPA bagi waktu-waktu terakhirnya. Ia akan berjaya jika mendapat sokongan yang mencukupi," katanya kepada pemberita di luar Sesi Rangkaian Teras kedua, anjuran Unit Pemandu Agenda Bumiputera di sini, hari ini.
Calon Republikan bagi calon pilihan raya presiden AS, Donald Trump mengumumkan beliau tidak menyokong TPPA.
Trump dilaporkan berkata TPPA merupakan "pengkhianatan terbesar" kepada rakyat Amerika dengan mendakwa perjanjian berkenaan akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada rakyat AS daripada penyumberan luar kerja besar-besaran.
Read More / Baca Lagi >>

Antara MO1, Najib dan YB Langkawi; apa dan mana nilai sanjungan Melayu?

Posted: 26 Aug 2016 04:47 AM PDT


nawawi langkawai


Saya tidak faham kenapa kita hendak berkelahi mengenai status langkah yang diambil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, atau kita menyusahkan dan mengusutkan fikiran mengenai sama ada tindakan DOJ sivil atau jenayah.
Apa yang lebih penting ialah cerita dalam tindakan tersebut.
Betul, tindakan itu tindakan sivil. DOJ memohon mahkamah untuk menyita pendapatan dan harta Wolf of Wall Street Motion Pictures dan Red Granite. Kepada kerajaan Amerika, belanja yang dibuat oleh Wolf of Wall Street dan apa-apa wang yang masuk ke dalam kantung Red Granite berpunca daripada wang yang dicuri dari syarikat 1MDB.
Wang yang dicuri dari 1MDB itu menyebabkan penghasilan  Wolf of Wall Street dan Red Granite ialah satu tindak-tanduk jenayah (criminal conduct). Criminal conduct itu berlaku melalui pengubahan wang (money laundering). Yang menyebabkan kandungan dalam tindakan sivil itu ialah perbuatan jenayah oleh mereka yang berkait dengan 1MDB.
Melalui tindakan ini, satu dunia dan kita, tahu apa sudah berlaku. Rupa-rupanya semua belanja yang didakwa dilakukan Jho Low, dipercayai Riza Aziz buat, Qubaisi dapat, Badawy dapat, Tarek Obaid dapat, Casey Tang dapat, Eric Tan dapat, Jho Low dapat, adik perempuan Jho Low dapat dan MO1 dapat semua datang dari 1MDB. Semua wang curi. Duit rakyat Malaysia kena sekau, kita masih dayus tidak mahu bertindak?
Dan ini yang memelikkan. Kenapa kita, terutama orang Melayu merelakan wang kita dicuri? Apa kena dengan kepala kita? Wang kita kena curi , kita cakap tidak apa. Sebab ya? Sebab ini selari dengan agenda Melayu?
Adakah dengan menceritakan bahawa ianya tindakan sivil, maka musibah ke atas negara kita menjadi ringan? Jenayah bertukar menjadi kebajikan? Pencurian menjadi pelaburan sah?
AS$3.5 bilion telah dicuri dari kita dan adakah orang Melayu mempertahankan pencurian tersebut?
Yang lebih penting sepatutnya dan menjadi objek kepedulian kita ialah pendedahan yang lakukan oleh DOJ. Tanpa kita sedari, pemimpin negara kita telah bersubahat dan berkomplot mencuri duit dari 1MDB. Mengikut DOJ, AS$3.5 billion dicuri.
Kita nanti pula pendedahan oleh Switzerland, Hong Kong, Singapura, Perancis dan negara-negara lain. Duit 1MDB yang tidak dapat dikesan ialah sekitar AS$7 hingga 8 billion, dan adakah ia juga disonglap oleh geng 1MDB? Sebab, pada setiap waktu, urusniaga 1MDB berada dalam tangan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Abang polis, benarkan rakyat berjuang demi Malaysia

Posted: 26 Aug 2016 04:46 AM PDT


Sampai bila sebenarnya skandal kewangan 1MDB harus memeningkan kepala rakyat Malaysia? Satu demi satu pendedahan dibuat, termasuk dakwaan bahawa dana 1MDB yang kononnya akan meningkatkan hasil ekonomi negara, telah 'dirompak' untuk meningkatkan hasil ekonomi individu-individu tertentu.
Namun, maklumat demi maklumat yang didedahkan selama ini seperti tidak membawa sebarang kesan – seolah-olah angin taufan skandal 1MDB yang dikira maha dahsyat oleh masyarakat dunia tersebut tidak berjaya membuatkan pokok bernama Malaysia ini bergoyang.
pojok_benarkanrakyatberjuangWalaupun nama 'Malaysian Official 1', seorang pegawai kerajaan yang dikatakan mengambil sejumlah dana 1MDB untuk kepentingan sendiri disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), tidak ada mana-mana badan awam, sama ada polis atau SPRM menyatakan niat untuk menyiasat individu terbabit.
Sedangkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, "hanya orang bodoh yang tidak mengetahui siapa Malaysian Official 1" yang menandakan majoriti pihak dapat mengagak identiti jejaka misteri tersebut.
Polis dan SPRM sekurang-kurangnya harus menyiasat identiti 'Malaysian Official 1' dan sama ada dakwaan DOJ bahawa AS$731 juta dana 1MDB telah dipindahkan ke akaun peribadinya itu sahih. Kerana jika ia sahih, terbuktilah bahawa Malaysian Official 1 itu seorang penjenayah yang 'mencuri' dana awam. Tidak wajar bagi pihak polis membiarkan saja seorang penjenayah berlegar-legar di negara ini tanpa dihukum.
Ada rakan yang memberitahu, sahabat-sahabat aktivis dari negara maju cukup hairan dengan masyarakat Malaysia. Kata mereka, jika pemimpin di sana yang terlibat dengan skandal sebesar 1MDB itu, nescaya pada hari pertama skandal itu terpapar di media antarabangsa lagi, Pejabat Perdana Menteri telah 'pecah' dirempuh oleh beratus ribu rakyat yang tidak puas hati.
Tetapi di negara ini, lain pula halnya.
Apabila ada kumpulan mahasiswa yang mahu membuat demonstrasi aman bagi menggesa badan kerajaan seperti polis dan SPRM menyiasat serta mengambil tindakan terhadap 'Malaysian Official 1', mereka pula yang ditahan. Mereka pula yang akhirnya digari dan dibawa ke balai untuk disiasat. Individu misteri bergelar 'Malaysian Official 1' tersebut tidak pula dilayan sebegitu rupa.
Read More / Baca Lagi >>

'Nasib 400 pekerja Rayani Air, Kementerian Pengangkutan kena bertanggungjawab' - Abdullah Sani

Posted: 26 Aug 2016 04:44 AM PDT

Ada Apa Dengan Kleptokrasi?

Posted: 26 Aug 2016 04:42 AM PDT

Datuk Kazim Elias sedia beri kerjasama kepada polis

Posted: 26 Aug 2016 04:41 AM PDT

Tun M dijangka hadir #TangkapMO1 esok

Posted: 26 Aug 2016 04:40 AM PDT

TMJ serah 'pendrive panas' kepada Khairy

Posted: 26 Aug 2016 04:40 AM PDT

Comments (0)