Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MCA digesa mohon maaf kepada Wan Azizah tuduh roboh gereja Kajang

Posted: 25 Aug 2016 08:28 PM PDT

Ahli Parlimen Serdang berkata MCA sepatutnya menyiasat dulu sebelum menuduh gereja usang itu dirobohkan sewenang-wenangnya sehingga mencetuskan salah faham.
ongPETALING JAYA: Selepas ketua paderi Katolik merestui tindakan meroboh sebuah gereja di Kajang, MCA dituntut memohon maaf kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menuduhnya serta pihak berkuasa tempatan tidak menghormati penganut agama.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata MCA juga perlu memohon maaf kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), PKR, DAP dan Ketua Biskop Kuala Lumpur, Julian Leow, yang sebelum ini mendedahkan pihaknya sudah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan bersetuju gereja di Ladang Brehma, Kajang yang terbengkalai itu dirobohkan.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ng Chok Sin menuduh MPKj bertindak melulu dan melakukan perobohan di tengah malam tanpa pengetahuan penganut Katolik di situ.
"Inikah cara Pakatan menjaga hak agama orang bukan Islam di negeri ditadbir mereka," soal Ng, yang turut menyalahkan Dr Wan Azizah, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.
Ong berkata kenyataan itu tidak bertanggungjawab kerana Ng sepatutnya mendapatkan maklumat sebelum membuat tuduhan.
"Maklumat mengenainya boleh diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri selain Perseketuan Kristian Malaysia dan gereja Katolik yang terlibat," katanya hari ini.
Paderi Julian pada 19 Ogos memberitahu penganut Gereja Holy Family di Kajang beliau bersetuju membenarkan MPKj meroboh gereja St Joseph itu, yang satu ketika dahulu digunakan pekerja Ladang Brehma.
Julian turut memaklumkan beliau menasihatkan paderi, Surain Durai Raj, yang pernah memimpin gereja itu, bekerjasama dan membantu pihak berkuasa tempatan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Gereja kecil di Jalan Saujana pada asalnya dibina di Ladang Brehma untuk memenuhi keperluan pekerja Katolik di situ.
Ekoran penutupan ladang dan pembangunan di sekitar kawasan tersebut, gereja itu sudah tidak lagi digunakan dan menjadi bangunan tidak sah di rizab jalan.

DiCaprio digesa pulangkan wang 1MDB yang didakwa diterimanya

Posted: 25 Aug 2016 08:26 PM PDT

NGO antarabangsa, Bruno Manser Fund (BMF) menggesa pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio memulangkan semua dana yang didakwa diterima olehnya dan yayasannya dari individu yang berkaitan dengan 1MDB.
Dalam suratnya kepada pelakon itu, BMF meminta DiCaprio mendedahkan dan memulangkan sebarang dana yang mungkin diterimanya dari anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - dan rakan-rakannya Jho Low dan Tan Kim Loong serta syarikat produksi Riza, Red Granite Pictures.
"Kami sangat terganggu bahawa Leonardo DiCaprio dan yayasannya terima aset yang berasal dari hasil rasuah di Malaysia.
"Ini adalah sesuatu yang mengaibkan dan amat bercanggah dengan pengisytiharan matlamat Yayasan DiCaprio Leonardo.
"Kami menyeru DiCaprio meminta maaf dan membayar balik semua wang kotor ini kepada rakyat Malaysia," kata pengarah BMF, Lukas Straumann dalam surat tersebut.
Ini selepas Jabatan Keadilan AS (DOJ) memfailkan saman pelucuthakan ke atas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang disalahgunakan daripada 1MDB.
Dalam dokumen mahkamahnya, DOJ mendedahkan bahawa DiCaprio, yang dirujuk sebagai Hollywood Actor 1, mempunyai hubungan rapat dengan Riza dan Jho Low.
Ia telah dilaporkan bahawa DOJ didakwa berkata sumbangan tertentu kepada badan amal pemenang Oscar itu datang terus daripada dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Saman sivil DOJ itu secara khusus menamakan hanya empat orang - Riza, Low dan dua orang pegawai kerajaan Abu Dhabi.

Kenali Anis Syafiqah, pelajar 'biasa' yang mahu tangkap MO1

Posted: 25 Aug 2016 08:25 PM PDT

Aktivis pelajar Anis Syafiqah Mohd Yusof mendapat perhatian kerana menjadi jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One.
Secara berseloroh, aktivis berusia 24 tahun itu menceritakan bagaimana dia menunggang skuter seorang diri dan sesat selama hampir satu jam ketika mahu ke pejabat Malaysiakini untuk di temubual.
"Semalam saya tidur pada pukul 4 pagi," katanya - satu lagi malam yang panjang selepas dua minggu dia membuat penampilan awam, menghadiri sidang akhbar, temubual, pameran bergerak dan ditangkap menjelang perhimpunan # TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.
Malah, kata Anis Syafiqah, dia tidak ada masa untuk melihat adik lelakinya yang berlepas ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran, atau meluangkan masa untuk bersama adik perempuannya yang baru pulang dari Jordan.
Anak sulung daripada lima adik beradik ini tidak pernah membayangkan bahawa satu hari nanti dia akan mengetuai gerakan pelajar untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 - nama yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
Mengimbau semasa dia di sekolah menengah, masanya dihabiskan belajar untuk menghafal al-Quran dan dia kemudian meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam Pengajian al-Quran.
Hanya secara kebetulan Anis Syafiqah akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya - lubuk bersejarah aktivisme pelajar - kerana tawaran lain untuknya adalah kursus peringkat ijazah di sebuah lagi universiti tempatan.
Cita-citanya adalah untuk menjadi pensyarah, bagi mengikut jejak langkah ibu bapanya yang kedua-duanya menjadi guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sungai Besar, Selangor.
Sebagai seorang gadis remaja, Anis Syafiqah mengaitkan minatnya dalam isu-isu semasa dengan ayahnya, yang mengajar STPM peringkat Pengajian Am.
Tetapi dia juga pantas menambah bahawa ayahnya selalu mengelak daripada doktrin politik partisan, walaupun pernah menjadi pemimpin cawangan sebuah parti Islam.
Prinsip yang sama dipegang oleh Anis Syafiqah dalam peranannya sebagai pemimpin pelajar, dan juga apabila meyakinkan rakan-rakan pelajar dari institusi lain untuk bersatu dan menyokong perhimpunan esok.

Selepas tarik balik saman, Anina suruh Ku Nan jadi tukang sapu

Posted: 25 Aug 2016 05:39 PM PDT

Anina berkata Tengku Adnan perlu mengisytiharkan harta sekiranya mahu terus menjadi menteri.

PETALING JAYA: Bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin membidas Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai seorang pengecut kerana enggan mengisytiharkan harta.
Ia selepas Tengku Adnan, atau Ku Nan, berkata tindakan Anina menarik balik saman terhadap Umno adalah kerana sedar akan kalah.
Anina pada Rabu mengumumkan pembatalan saman terhadap presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menuntut wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi beliau dipulangkan kepada parti, di samping saman terhadap Tengku Adnan berkenaan pemecatan keahliannya.
"Nasihat saya kepada Ku Nan, daripada cuba nak ulas tentang fikiran saya, lebih baik dia isytihar dulu hartanya. Buat apa yang perlu dia buat. Banyak sangat kah hartanya sehingga takut nak diisytihar?" kata Anina kepada FMT.
Tengku Adnan, yang juga menteri wilayah persekutuan, sebelum ini mengumumkan tidak akan mengisytiharkan harta selepas gesaan berbuat demikian ekoran penangkapan seorang pegawai tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana rasuah.
Tengku Adnan mengarahkan pegawai jabatan di bawah kementeriannya berbuat demikian, tetapi berkata beliau sendiri tidak perlu kerana bimbang dirompak.
"Saya tidak akan isytihar apa yang saya ada, kerana jika saya berbuat demikian, saya bimbang anak-anak atau isteri saya mungkin diculik. Semua benda boleh berlaku. Perompak boleh sasarkan kami," katanya.
Anina berkata sekiranya takut, Tengku Adnan perlu meletak jawatan.
"Kalau takut, jangan jadi menteri lah. Baik jadi tukang sapu sampah DBKL sahaja, kerana pekerjaan itu lebih mulia di sisi Allah."
Anina berkata keputusan menarik balik tindakan undang-undang terhadap Umno ialah kerana beliau kini bersama parti politik baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Read More / Baca Lagi >>

GANTUNG JAWATAN: NAJIB TAK BERANI MASUK KANDANG MAHKAMAH !!!

Posted: 25 Aug 2016 04:48 PM PDT

Patutler hingga skrg SPRM, polis & Peguam Negara tak berani nak heret Najib ke muka pegadilan, rupa2nya kalau Najib didakwa di mahkamah MAKA SEMUA JAWATAN NAJIB dalam Umno & kerajaan secara automatik AKAN DIGANTUNG !!!

NAMPAK TAK !!!.. Sebab itulah setiap kali mana2 dakwaan/ saman ke mahkamah yg melibatkan Najib, SUDAH PASTI Najib cuba utk membatalkannya...

NAMPAK TAK !!!.. Sebab itulah hingga kini NAJIB TAK BERANI MASUK KANDANG MAHKAMAH !!!

HADAM DALAM-DALAM...5 GOLONGAN YANG TIDAK KESAH...!!!!

Posted: 25 Aug 2016 04:45 PM PDT


"Pemimpin Yang Bodoh Lahir Dari TANGAN PENGUNDI YANG BODOH"

Posted: 25 Aug 2016 04:43 PM PDT


17,000 murid tercicir datang dari keluarga miskin ...pemimpin bermewah, harta rakyat dirompak..!!!

Posted: 25 Aug 2016 04:40 PM PDT


Murid tercicir dalam pendidikan harus didekati oleh masyarakat.Murid tercicir dalam pendidikan harus didekati oleh masyarakat.Seramai 17,000 murid tercicir dengan majoritinya datang daripada keluarga berpendapatan rendah, dedah wakil Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh.
Beliau berkata, jurang pendidikan di negara ini masih ketara dan berkaitan dengan faktor ekonomi sekaligus mengundang masalah besar buat jangka panjang.
"Ada keluarga tak dapat apa-apa bantuan. Ini masalah besar. Bantuan yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran tidak sampai kepada golongan sasaran.
"Walaupun yuran sekolah percuma ada banyak kelengkapan lain perlu dibeli seperti pakaian dan beg yang sudah tentu membebankan keluarga miskin," ujar Tricia lagi dalam forum malam tadi di Petaling Jaya.
Kikis material
Sementara itu, guru sukarela Buku Jalanan Chow Kit, Siti Rahayu Baharin berpendapat sikap mementingkan material mesti dikikis daripada terus memberi tekanan berlebihan kepada murid.
"Ibu bapa sudah bina sifat material ini. Tanyakan diri kita bagaimana anak dicorakkan? Kita selalu bercakap benda besar-besar tapi benda kecil, bagaimana? Sistem pendidikan kita belum mampu buang kitaran material ini. Semua mahu masuk aliran sains, jadi doktor, jadi jurutera.
"Kita terlampau nak hantar anak ke tuisyen. Padahal, lapan jam di sekolah, apa yang dia belajar? Ini bermakna ada kelemahan di sekolah. Saya tak salahkan guru. Mereka pun terikat dengan pelbagai KPI. Guru tidak dapat bersuara," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menekankan pentingnya sistem pendidikan kita menyemai nilai kepercayaan dan membuka lebih banyak ruang untuk bersama murid.
"Kita hanya ada jasad saja tiada elemen jiwa. Kebanyakan anak-anak murid hari ini tiada jiwa. Sistem pendidikan kita tidak dicorak mengikut budaya kita. Tanya semula, kenapa kita belajar?
"Jangan paksa murid. Sekarang kegilaan sekolah mahu memastikan murid semua mendapat A+. Padahal, kita semua hanya manusia biasa. Ada batas boleh, ada yang tidak mampu," tambah Siti Rahayu lagi.

PRU14: Masih terlalu awal bincang agih kerusi kata PAS

Posted: 25 Aug 2016 04:37 PM PDT



KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan terlalu awal untuk mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi bagi dipertandingkan dalam PRU-14 sebagaimana dicadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk  Mustafa Ali berkata, PAS dan Bersatu sebaiknya terlebih dahulu membincangkan perkara yang berkaitan kerjasama sama ada Bersatu bersedia untuk duduk bersama-sama dengan Blok ke-3.

"Sebelum berbincang soal pembahagian kerusi, perlu bincang perkara yang berkaitan kerjasama. Rundingan mengenai pembahagian kerusi terlalu awal untuk dibincangkan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Bersatu merupakan entiti tersendiri, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik .

Namun tambah beliau, jika Bersatu terikat dengan Pakatan Harapan (PKR, PAN, DAP) ia agak sukar di dalam hal ini memandangkan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS, manakala PAN pula adalah mereka yang meninggalkan PAS.

"Antara tiga parti itu hanya PKR yang masih istiqamah untuk terus bekerjasama dengan PAS walaupun di sana-sini ada masalah yang timbul tetapi ia bukan perkara besar.

"Oleh sebab itu, kita mahu tengok dahulu macam mana hala tuju yang diambil oleh Bersatu dengan situasi yang ada pada hari ini," ujarnya ketika dihubungi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS perlu juga memahami hasrat dan hala tuju yang akan diambil oleh Bersatu.

Justeru katanya, PAS sentiasa mengambil  sikap terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan semua pihak termasuk parti politik, NGO atau tokoh-tokoh individu yang mempunyai matlamat untuk membangunkan masyarakat dan negara Malaysia.

Mustafa turut menjelaskan bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Bersatu didaftarkan, di mana perbincangan menjurus kepada perkara-perkara umum sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Pemuda Amanah dipenjara, wajib turun himpunan Tangkap MO1

Posted: 25 Aug 2016 04:35 PM PDT


Rakyat diajak menyertai himpunan #TangkapMO1 Sabtu ini.Rakyat diajak menyertai himpunan #TangkapMO1 Sabtu ini.
Tindakan untuk membanjiri Dataran Merdeka sempena himpunan Tangkap Malaysian Official 1, Sabtu ini bukan lagi pilihan bahkan satu kewajipan, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Menurutnya, hukuman penjara lapan bulan ke atas Naib Ketua Pemuda Amanah, Fakhrulrazi Mokhtar menjelang dua hari demonstrasi #TangkapMO1 itu telah menjulang tekad seluruh rakyat bersatu-padu melawan kleptokrasi.
"Pada ketika 'Malaysian Official 1'masih lepas bebas, aktivis muda pula dipenjara dan ini sangat mengecewakan anggota dan pendokong Amanah keseluruhannya.
"Keputusan ini sekaligus menggambarkan perjuangan membetulkan kembali sendi-sendi penting negara, termasuk kehakiman dan perundangan masih merupakan perjuangan yang panjang dan berliku," ujarnya  dalam satu kenyataan semalam.
Walaupun berdepan risiko pemenjaraan atas setiap bantahan dan tuntutan reformasi keseluruhan institusi, tambahnya, tekanan tersebut sama sekali tidak akan melemahkan semangat apatah lagi mematikan roh dan derapan langkah perubahan.
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan bulan ke atas Fakhrulrazi selepas didapati bersalah atas kesalahan menghasut menentang kerajaan pemerintah dan boleh menjurus rusuhan awam.
Tuduhan itu berdasarkan ucapan Fakhrulrazi ketika himpunan #KitaLawan pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
Bagaimanapun, hakim Shamsudin Abdullah membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000.

Ramai tahu cakap tidak sanggup buat, tegas aktivis pendidikan

Posted: 25 Aug 2016 04:35 PM PDT

Zul Fikri Zamir (berdiri) menggesa reformasi ke atas IPG selain setiap individu berusaha mengatasi masalah keciciran murid.Zul Fikri Zamir (berdiri) menggesa reformasi ke atas IPG selain setiap individu berusaha mengatasi masalah keciciran murid.
Banyak pihak hanya tahu mengkritik keberkesanan sistem pendidikan di negara ini tetapi tiada usaha untuk cuba menanganinya.
Pengasas bersama NGO Teach For The Needs (TFTN), Zul Fikri Amir berkata demikian dalam forum 'Pendidikan Malaysia: Salah Siapa?' di Rumah Budaya, Petaling Jaya malam tadi.
"Ramai yang bercakap tetapi tidak ada yang sanggup buat padahal yang ada kekuatan (untuk menyelesaikan masalah pendidikan) sebenarnya masyarakat itu sendiri," ujarnya.
Beliau berkata, pengalaman TFTN sebelum ini lebih banyak menumpukan pada kumpulan murid yang berada di 'kelas hujung'.
"Isunya bukan kau. Isunya orang lain. Turun, lihat realiti dan masalah yang berlaku - orang miskin, B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah), anak yatim, kelas hujung," ujarnya menyelar tanggapan pihak tertentu yang tidak menganggap sistem pendidikan di negara ini bermasalah.
Penulis buku 'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang' itu berpendapat masalah berkaitan keciciran murid di sekolah akan berlanjutan jika tiada usaha untuk menanganinya.
"Kita akan kekal bercakap kalau tanpa bertindak. Penyelesaiannya adakah kita ada keinginan untuk menyelesaikan, turun ke bawah kotorkan tangan kita, selesaikan masalah dengan keupayaan yang kita ada?" soalnya.
Mengulas lanjut realiti di sekolah pada masa ini, Zul yang juga bekas guru berkata, masalah guru besar tiada kebebasan untuk berinovasi dan guru hilang motivasi untuk mengajar berlanjutan sudah berpuluh tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama dengan Pas antara formula terbaik Bersatu menang kerusi

Posted: 25 Aug 2016 04:33 PM PDT


Datuk Seri Mukhriz MahathirDatuk Seri Mukhriz MahathirParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) alu-alukan sebarang kerjasama dengan Pas antara formula terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau selaku Timbalan Presiden Protem Bersatu  berkata, beliau menyambut baik kesediaan Pas untuk rundingan pembahagian kerusi pembangkang namun tumpuan Bersatu adalah kerusi yang pernah dimenangi Umno.
Justeru tidak wujud kemungkinan Bersatu akan mengambil kerusi yang pernah di menangi oleh Pas dan Pakatan Harapan.
"Kita alu-alukan sebarang kerjasama dengan Pas antara yang kita nampak formula terbaik hadapi PRU jika kita ada kerjasama dan kesepakatan pembangkang soal pembahagian kerusi pilihan raya.
"Kalau mereka sudah keluar kenyataan terbuka dalam hal ini, itu yang dinantikan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu berkata, Pas sedia membuka ruang perbincangan dengan parti yang ingin bekerjasama dengannya termasuklah Bersatu yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang.
Bagaimanapun bekas menteri besar Kedah ini berkata, Pas dan Pakatan Harapan perlu memulihkan hubungan politik antara mereka agar tidak mengulangi kesilapan pernah dilakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Jun lalu.
"Mereka hendaklah fikirkan bagaimana pulihkan hubungan itu. Kita nampak jika ada pertindihan kerusi membabitkan beberapa kawasan jika berlaku tiga atau empat penjuru, seakan kita menyerahkan kerusi itu kepada BN dan Umno seperti berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

RM40j wang 1MDB ke pemilik kelab malam...!!

Posted: 25 Aug 2016 08:11 AM PDT

Sarawak Report mendedahkan 'jejak dana' didakwa portal itu dapat menyanggah penafian rangkaian kelab malam milik Hakkasan Ltd bahawa mereka ada menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.
Portal berkenaan hari ini mendedahkan penyata bank Vasco Investment Services SA yang memiliki akaun di Bank Edmond De Rothschild di Luxembourg.
Dokumen itu menunjukkan Vasco Investment Services SA - pada 2 Oktober 2012- memindahkan AS$10 juta (RM40 juta) kepada syarikat Tasameem Real Estate LLC dimiliki Hakkasan.
Vasco Investment Services SA adalah syarikat milik hartawan Emiriah Arab Bersatu Khadem al-Qubaisi dan dia dinamakan dalam dokumen mahkamah difail Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima dana diselewengkan daripada 1MDB pada fasa Aabar BVI (Genting/Tanjong).
Di bawah fasa itu sejumlah AS$1.367 bilion daripada AS$3.5 bilion bon 1MDB dilencongkan ke Aabar Investments PJS Ltd (BVI).
Selepas itu, AS$1.1 bilion dipindahkan ke Blackstone Asia Real Estate Partners yang kemudian memindahkan AS$472.75 juta kepada kepada Vasco Investments Services SA.
Minggu lalu, Naib Presiden Hal Ehwal Undang-undang Hakkasan Brandon Roos - dalam surat kepada The Wall Street Journal (WSJ) - berkata syarikat itu telah menjalankan kajian semula dalaman dan yakin tiada pembiayaannya dapat dikaitkan dengan 1MDB.
Dalam surat berasingan untuk WSJ, seorang peguam untuk Hakkasan berkata ketiadaan nama firma berkenaan dalam saman sivil DOJ itu adalah bukti jelas pihak berkuasa AS tidak mendapati ia menerima atau penyalur bagi penggubahan wang haram diperoleh Qubaisi dan sekutunya.
Hakkasan meiliki rangkaian restoran di seluruh dunia, selain banyak kelab malam utama di Las Vegas, AS.
Minggu lalu pihak berkuasa Abu Dhabi menahan Khadem.

Waspada dengan penculik guna van putih, kata polis

Posted: 25 Aug 2016 08:05 AM PDT

Polis beri peringatan susulan terdapat kes cubaan menculik melibatkan 4 lelaki dengan 2 daripadanya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.
van-putih
KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik kanak-kanak berumur 10 tahun di Kampung Datuk Keramat, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata ini berikutan terdapat kes cubaan menculik melibatkan 4 lelaki dengan 2 daripadanya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.
"Setakat ini ada satu kes cubaan culik dilaporkan melibatkan suspek menggunakan van putih, melibatkan cubaan culik seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat, dalam perjalanan ke sekolah," katanya.
Dalam kejadian 1.50 tengah hari Selasa lepas, kanak-kanak itu dihampiri sebuah van putih, di dalamnya ada sekumpulan 4 individu, 2 daripadanya lelaki yang menyamar dengan memakai pakaian wanita, keluar dari kenderaan itu dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam van berkenaan.
"Seorang daripada lelaki berpakaian wanita itu mengacukan sebilah pisau ke arah kanak-kanak tersebut namun mangsa dilepaskan setelah meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya lari dengan van berkenaan," katanya.
Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke kawasan sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada guru.
Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian dibuat seorang guru wanita sekolah berkenaan.
"Nombor pendaftaran van itu tidak pasti kerana tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan tak tahu pergi ke arah mana," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Negara berpendapatan tinggi: Amanah bidas 'dongeng' Pemandu

Posted: 25 Aug 2016 08:04 AM PDT


Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia berada di landasan yang sesuai untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi dibidas Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Dr Dzulkefly, pertumbuhan pinjaman yang rendah, keuntungan korporat yang mengecil, pertumbuhan sektor runcit yang menguncup dan trend pembuangan pekerja mutakhir ini menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak selesa atau membimbangkan.
Sehubungan itu beliau menyifatkan kenyataan Idris Jala bahawa negara telah terlepas dari 'perangkap pendapatan sederhana' dan menuju arah negara maju sebagai tidak berpijak di bumi nyata.
Menurutnya, kerajaan BN khususnya Pemandu 'seolah-olah telah terputus dari denyut nadi kehidupan rakyat sebenar' apabila terus 'bercakap besar' mengenai prestasi ekonomi negara sedangkan keadaan di lapangan adalah sebaliknya.
"Itu tidak lagi menghitung pergolakan politik, termasuk pertikaian tentang 1MDB dan MO1, yang sangat mengganggu sentimen pelaburan asing mahupun tempatan," tegasnya.
Idris ketika memberikan ucaptama pada Perbincangan Meja Bulat Perkongsian Awam-Swasta baru-baru ini, menyebutkan bahawa pendapatan negara kasar (PNK) berkembang daripada USD7,950 kepada USD10,760 (USD1 = RM3.99) antara 2009 dan 2015, mendekati sasaran pendapatan tinggi USD15,000 pada 2020 seperti ditetapkan oleh Bank Dunia.
Bekas menteri kabinet itu juga menganggap hutang negara diurus baik di bawah paras statutori yakni 55% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) yang ditetapkan mengikut Akta Pinjaman Tempatan (1959) manakala defisit fiskal dijangka menguncup dari 3.2% KDNK akhir tahun 2015 kepada 3.1% pada akhir tahun 2016.
"Idris Jala perlu berpada-pada, bisnes tidak lagi rancak dan kini pertumbuhan pinjaman, ukuran kerancakan bisnes, adalah paling rendah dalam 9 tahun yang akhir ini.  Ada pakar ekonomi menyebut tentang 'recession' (kemelesetan) pada tahun 2018, walaupun ada yang meramal lebih awal.
"Keuntungan korporat terus jatuh dan kadar pembuangan pekerja paling buruk dalam 5 tahun mengikut data rasmi Jabatan Buruh iaitu 38,499 tahun 2015 dan lebih teruk tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir tidak perlu minta maaf kerana mansuh kuasa Agong, kata peguam

Posted: 25 Aug 2016 07:59 AM PDT

"Maka jika Mahathir ingin meminta maaf, ia sepatutnya kerana meminda Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan."
Syahredzan-Johan
KUALA LUMPUR: Memulangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam perwataan undang-undang adalah satu langkah ke belakang, kata peguam Syahredzan Johan.
Justeru, beliau berkata bekas Perdana Menteri itu tidak perlu memohon maaf atas pindaan yang dibuatnya 23 tahun lalu itu.
"Walaupun dengan lulusnya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) saya tetap tidak menyokong kita kembali kepada keadaan sebelum pindaan kepada Perkara 66. Ia adalah langkah ke belakang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk pewartaan akta kontroversi itu walaupun selepas Majlis Raja-raja Melayu meminta ia diperhalusi terlebih dahulu.
Pada 1993, kerajaan pimpinan Mahathir meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetapi diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada YDPA, walaupun tanpa perkenan baginda.
Hari ini, beliau memohon maaf atas tindakan tersebut yang menurutnya menyebabkan Akta MKN diluluskan.
Syahredzan berkata lagi, semak dan imbang terhadap Legislatif seharus dilakukan oleh badan Kehakiman yang bebas dan bukannya Raja Berperlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Jatuhkan Najib sebab tidak ‘bersih’ seperti Tunku Abdul Rahman

Posted: 25 Aug 2016 07:56 AM PDT


Tunku Abdul Rahman Putra Al HajTunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Rakyat tidak akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika 'bersih' seperti bekas Perdana Menteri, AlmarhumTunku Abdul Rahman.
Penyokong Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikai kempen menyingkirkan Najib.
"Kenapa Hishamuddin bodoh sangat? Kalau Najib Tun Razak ini bersih macam Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman sudah pasti kami tidak akan mengaruk untuk jatuhkan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara.
"Atas dasar pengkhianatan Najib yang sedang merosakkan ekonomi negara dengan begitu teruk mendesak kami berjuang secara habis-habisan bagi menyingkirkan Najib.
"Sekiranya Najib tidak disingkirkan secara kadar segera, pada pendapat peribadi saya keseluruhan sistem ekonomi kita akan terus hancur.
"Buat masa kini, negara kita mempunyai seorang Perdana Menteri 'Lanun Bugis' yang telah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di tanahair kita," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, Najib sedang dibelenggu kes skandal 1MDB yang menyaksikan kira-kira RM28 bilion lesap dari akaun syarikat tersebut seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
Ujarnya, lima negara lain telah mengesahkan mempunyai pelbagai bukti penyelewengan dana yang terbesar dalam sejarah dunia membabitkan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Khairuddin turut menganggap kelemahan Hishamuddin dapat dilihat pada prestasi yang tidak pernah menyerlah mana-mana kementerian yang diketuai Ahli Parlimen Sembrong itu.
"Saya tidak hairan dengan pemikiran dan pandangan bodoh daripada Hishamuddin Tun Hussein selaku Naib Presiden parti Najib masa kini.
"Hishamuddin Tun Hussein daripada dulu sehingga kini amat kurang cerdik! Dia (Hishamuddin) naik dalam politik semata-mata kerana anak kepada mantan perdana menteri. Itu saja! Daripada segi otak amat kurang," tempelaknya lagi.

Seleweng dana 1MDB: Saman Amerika Syarikat ikut prosedur jenayah

Posted: 25 Aug 2016 07:52 AM PDT


Zainur ZakariaZainur Zakaria
Saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) pada 20 Julai lalu adalah mengikut undang-undang jenayah, tegas bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Zainur Zakaria.
Menurutnya, butiran penyelewengan dalam saman sivil tersebut begitu terperinci dengan siasatan dilakukan oleh pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Bagi balaci Umno yang anggap saman itu bukannya jenayah, mereka salah. Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu," ujarnya dalam forum 1MDB: Ke Mana Hujungnya?, 24 Ogos lalu.
Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan oleh mereka yang dinamakan dalam tuntutan pihak AS itu antaranya Jho Low dan Riza Aziz yang membabitkan ratusan juta ringgit.
"Paling kita marah apabila sejumlah RM2.8 bilion mengikut dokumen (DoJ) ini yang masuk ke akaun Malaysian Official 1 melalui Ambank dan disahkan Peguam Negara," katanya.
Beliau yang merupakan peguam kepada Datuk Husam Musa dan Mathias Chang di Malaysia dalam pemfailan tuntutan (class action) bagi menuntut ganti rugi daripada 'perompak' 1MDB turut menyatakan penghargaan kepada AS.
"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah), Bank Negara dan Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.
Mana pergi RM14 bilion?
Menempelak sikap pengurusan tinggi 1MDB yang menafikan firma pelaburan negara itu, Zainur mempersoal sejumlah besar wang yang sehingga kini masih tidak diketahui statusnya.
"Mana pergi RM14 bilion ini kalau tidak berlaku kerugian seperti didakwa 1MDB? Ini semua kegiatan penggubahan wang haram tetapi pihak berkuasa kita tidak ambil tindakan.
"Lebih aneh sehingga hari ini tidak ada siapa pun mencabar atau menafikan keterangan yang terkandung dalam aduan DoJ. Ahli Umno pun, saya tak tahu apa jenis manusia," bidasnya menyelar sikap penyokong parti itu yang rata-rata tidak terkesan dengan isu sebesar 1MDB.
Turut dikritik sikap sebahagian pemimpin Melayu Islam yang dilihat tidak mengambil tindakan sewajarnya ekoran pendedahan DoJ itu.
"Kita menyampaikan fakta dan keterangan yang ada asas bukan fiksyen apa lagi mempertahankan penjenayah," tegasnya lagi.
Wacana Harapan anjuran akhbar Amanah yang julung-julung kali diadakan itu turut menampilkan panelis bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Forum berlangsung kira-kira dua jam itu juga dibarisi peguam Matthias Chang dan Jurucakap Gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.

1 BILION RINGGIT !!!!..

Posted: 25 Aug 2016 07:50 AM PDT

DIA KATA...
"Sejak 2008 (sejak jadi MP Kota Belud) penduduk Kota Belud bernasib baik kerana hampir RM1,000,000,000 (1 bilion) jumlah pembangunan telah dibawa kerajaan ke Parlimen Kota Belud" - Rahman Dahlan, 2/3/2012.


WOWWW !!!.. Hebat sungguh pembangunan di kawasan Parlimen Kota Belud sehinggakan penduduknya terpaksa mengharungi sungai usung jenazah.

JIKA ANDA NAMPAK jenazah diusung melalui jambatan bermakna kawasan parlimen tersebut tiada pembangunan.

Ahli Parlimen Kota Belud MP Kota Belud 'promote' jadi Menteri.. kawasan sendiri terbiar tanpa pembangunan..

Antara Fakta dan Auta..

Posted: 25 Aug 2016 07:47 AM PDT


WOWWW !!!.. NAIK 10 KALI GANDA HUTANGNYA ??

Posted: 25 Aug 2016 07:46 AM PDT

Siapa yg nak tolong bayarkan balik baki RM44.2 bilion tu !!!

JANGAN RISAU.. Gabenor Bank Negara baru dah kata beliau yakin "KERAJAAN YANG AKAN LANGSAIKAN HUTANG2NYA..."

- "Mission Accomplished !!" -

Anis: We are the future, we must do something

Posted: 25 Aug 2016 07:41 AM PDT

'Datuk' syarikat bank ditahan, dapat RM15 juta buku tak terbit

Posted: 25 Aug 2016 07:37 AM PDT

Amanah hanya punya pemimpin, tiada pengaruh - Nik Zawawi

Posted: 25 Aug 2016 07:36 AM PDT

Ibnu Taimiyah Tak Pernah Lahirkan Pengganas - Dr Mohd Asri

Posted: 25 Aug 2016 07:35 AM PDT

Comments (0)