Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Husam: Tubuh 'sukarelawan 1MDB', sebar maklumat di kampung

Posted: 24 Aug 2016 05:11 PM PDT

Sebuah badan sukarelawan bagi memberi penerangan tentang isu 1MDB di kawasan luar bandar perlu ditubuhkan, kata Datuk Husam Musa.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, badan yang digelar sebagai 'Sukarelawan 1MDB' itu perlu ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat antaranya mengedarkan risalah ke kawasan kampung.
Ia bertujuan supaya masyarakat di luar bandar turut mendapat maklumat berkaitan dakwaan penyelewengan melalui 1MDB, kata Husam.
"Kalau kita cetak risalah maklumat sehingga satu, dua juta helaian akan nampak bezanya dan kita memerlukan sukarelawan. Kita kena pastikan maklumat sampai seluasnya.
"Kalau kita dapat edar risalah ke tiap-tiap rumah Melayu dengan fakta tentang 1MDB, saya yakin tak ada orang akan berani duduk di sebelah Datuk Seri Najib (Razak)," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin di 'Wacana Harapan- 1MDB ke mana hujungnya?' di Petaling Jaya malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan hadirin berhubung inisiatif yang perlu dilakukan bagi memastikan penduduk kawasan luar bandar turut merasai 'gelombang' berhubung isu 1MDB agar perubahan dapat dilakukan.
Selain Husam turut menjadi ahli panel ialah Peguam Matthias Chang, Zainur Zakaria, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim serta jurucakap gerakan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.
Selain itu, Husam yang juga ADUN Salor itu berkata, sekiranya risalah itu dapat diedarkan, tidak akan ada golongan 'ustaz' yang akan duduk diam melihat penyalahgunaan wang rakyat.
Ini kerana, katanya, pada masa ini golongan tersebut tidak menganggap kerajaan melakukan satu jenayah.
"Kalau skandal wang rakyat jelata hilang tidak dianggap jenayah agama, macam mana lagi jenayah agama dalam kerajaan ini?" katanya.
Sementara itu, Zaid pula berkata, beliau mengharapkan agar parti baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - dapat menggunakan isu 1MDB ini sebaik mungkin untuk menambat hati rakyat.
Ia termasuk menambat hati rakyat di kawasan luar bandar, kata Zaid.
"AMANAH perlu guna platfom isu ini... Jadikan parti ini sebagai parti baru Melayu-Islam dan guna isu 1MDB. Ia merupakan isu terbaik kalau isu ini tak dapat mencuit hari orang Melayu Islam dengan skandal sebesar dan sejelas ini, nak tunggu isu apa lagi? GST? Isu ini 10,000 kali lebih dari GST," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB digesa buat tuntutan aset yang disita Jabatan Kehakiman AS

Posted: 24 Aug 2016 05:08 PM PDT


Datuk Zainur ZakariaDatuk Zainur ZakariaSyarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digesa agar bertindak untuk menuntut aset-aset yang akan disita dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Peguam Datuk Zainur Zakaria berkata, sekiranya pengurusan 1MDB tidak berbuat demikian semua aset yang dirampas dan disita itu akan menjadi milik AS.
"1MDB perlu tuntut sebab aset seperti lukisan, jet, kapal mewah, hartanah telah dibeli oleh penyamun dengan duit 1MDB.
"Apa yang kita tidak faham MO1 (Malaysian Official 1) kata 1MDB tidak terlibat, ada pegawai dan ahli lembaga pula kata, 1MDB tiada aset di Amerika Syarikat.
"Memanglah tiada aset bukannya 1MDB yang beli.Yang beli aset ini adalah penyamun, penyamun yang beli guna duit yang dicuri daripada 1MDB, maka 1MDB paling berhak menuntut aset-aset itu," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.
Mengikut Inisiatif Penyitaan Aset Kleptokrasi AS, sebarang aset atau dana yang telah disita akan dikembalikan kepada entiti atau kerajaan yang menjadi mangsa perlakuan jenayah itu.
1MDB secara konsisten menyatakan tiada wang yang dicuri dan mereka dapat memperincikan setiap pelaburan atau pindahan wang.
Namun DoJ tetap memfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan kembali 'wang yang dicuri' biarpun 'mangsa' (1MDB) sudah menjelaskan tiada wang yang dicuri.
"Kita desak 1MDB tuntut aset-aset ini kerana dibeli guna wang 1MDB. Itulah apa yang akan berlaku.
"Jika mahkamah membenarkan aset disita, DoJ akan mengembalikan aset terbabit kepada pihak yang dipercayai pemilik asal iaitu 1MDB sekiranya ada tuntutan.
"Maka ini akan menguntungkan 1MDB kerana aset-aset itu akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia jika betul dakwaan DoJ itu," ujarnya.
Zainur berkata, tindakan yang dilakukan oleh bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa dan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang untuk menamakan lapan individu dan syarikat di AS kerana mencuri wang negara melalui 1MDB adalah berasas, untuk mengembalikan aset-aset itu kepada rakyat negara ini.
"Jika Husam dan Matthias tidak buat tuntutan saman itu,aset akan dirampas dan jadi milik kerajaan AS," terangnya yang juga menjadi peguam kepada Husam dan Mathias di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Marina Mahathir restui agama dihina?

Posted: 24 Aug 2016 05:07 PM PDT

Sewajarnya Marina menggunakan pengaruh beliau menasihati Namawee tentang betapa rapatnya Muslim dengan institusi masjid dan betapa tinggi penghormatan kita dalam perkara ibadat
Marina-Mahathir_namawee_600
Oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Datin Paduka Marina Mahathir beranggapan umat Islam yang melazimi masjid dan surau untuk beribadat dan menuntut ilmu, yang mengambil Islam sebagai cara hidup, sebagai mereka yang punya banyak masa untuk tersinggung ekoran isu video penyanyi rap Namawee.
Saya tidak fikir beliau faham akan sentimen masyarakat Islam yang patuh beragama, yang menghayati kehidupan Rasulullah dan para sahabat dalam memelihara kehormatan dan kesucian rumah ibadat.
Marina yang "tersinggung" dengan sensitiviti umat Islam, barangkali tidak faham nilai menghormati masjid yang dipaparkan melalui seruan Rasulullah agar kita menunaikan solat Tahiyatul Masjid (penghormatan masjid) sebaik kita melangkah ke dalam masjid hatta sebelum kita melakukan ibadah lain.
Daripada Abu Qatadah, dia berkata, Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehingga mengerjakan solat 2 rakaat".
Maka apabila umat Islam sendiri dituntut sedemikian rupa dalam menghormati rumah ibadatnya, adakah wajar dibiarkan Namawee secara wewenang bernyanyian di ruangan solat, apatah lagi segmen tersebut bertujuan untuk melengkapkan keseluruhan video beliau dalam mempromosi fahaman pluralisme, yang juga amat bertentangan dengan ajaran Islam?
Sewajarnya Marina menggunakan pengaruh beliau menasihati Namawee tentang betapa rapatnya Muslim dengan institusi masjid dan betapa tinggi penghormatan kita dalam perkara ibadat. Betapa masjid itu institusi kesatuan Islam yang tidak terpisah dari kehidupan kita sehari-hari.
Read More / Baca Lagi >>

Wacana Harapan: Setuju tangkap MO1, soalnya nak urus lepas tu, kata Husam

Posted: 24 Aug 2016 05:06 PM PDT


Husam mahu pasukan kerja diperbesarkanHusam mahu pasukan kerja diperbesarkan
Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan antaranya Jho Low dan Riza Aziz membabitkan ratusan juta ringgit.
Mengulas mengenai himpunan tangkap MO1, Datuk Husam Musa mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswa dan beliau amat bersetuju dengan tindakan mereka.
"Saya sokong mahasiswa nak tangkap MO1 dan saya tak halang,
"Cuma kita kena fikir bagaimana nak uruskan MO1 selepas ia ditangkap," katanya.
Menjawab saranan wakil Otai Reformis supaya memanfaatkan kedudukan tiga negeri dikuasai pembangkang bagi tujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai skandal 1MDB, Datuk Husam berkata, beliau masih memerlukan sukarelawan.
"Saya yakin bila kita bergerak, ramai akan ikut. Kita tidak boleh ketepikan orang Melayu perlukan 'sentuhan'.
"Ramai lagi orang Melayu tak tengok lagi gambar hari jadi DiCaprio guna 1MDB membeli botol arak. Orang lain boleh menghabiskan wang negara kita beli arak."ceritanya.
Beliau tidak menolak Najib akan tunduk pada tekanan rakyat jika kempen penerangan dari rumah ke rumah kalangan masyarakat Melayu dilakukan dalam tempoh sebulan.
"Saya percaya Najib tak akan buat pilihan raya. Kalau Najib berhenti sekarang, mungkin dia tak perlu masuk penjara.
"Bagi saya ini pendekatan mungkin kurang popular. Saya bimbang, tak boleh gambarkan keadaan negara (jika Najib terus berkuasa) dengan apa berlaku sekarang," ujarnya lagi.
Datuk Zaid IbrahimDatuk Zaid IbrahimBagi Datuk Zaid Ibrahim pula tumpuan mesti dibuat di kawasan Melayu yang masih kurang maklumat berkenaan 1MDB.
"Kita kena pergi kepada 1000 perkampungan (buat penerangan skandal 1MDB. Serang Kelantan dulu sebab Kelantan sekarang sokong Najib. Sasarannya kawasan orang Melayu sokong Umno, tempat Pas kuat.
"Saya berharap Amanah bertanding di semua kerusi Pas bertanding. Tak payah sentimental (dengan Pas). Amanah gunakanlah isu 1MDB ini.
"Kalau tak dapat mencuit hati orang Melayu, tidak tahulah. Ini lebih 1000 kali dahsyat daripada GST.
"Kalau nak ada wave (gelombang kesedaran rakyat), kena ada wave dari luar bandar, daripada orang Melayu," jelas Zaid menjawab soalan kolumnis akhbar Amanah,  Shukor Harun.

Gempar Tuan Ibrahim sudah jadi ‘Timbalan Presiden Umno’

Posted: 24 Aug 2016 05:04 PM PDT


pihak editorial Harakah mengakui wujudnya kesilapan tersebut pada keluaran Edisi Jumaat akhbar rasmi Pas itu.pihak editorial Harakah mengakui wujudnya kesilapan tersebut pada keluaran Edisi Jumaat akhbar rasmi Pas itu.
Netizen sejak petang semalam gempar apabila jawatan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden Pas sudah bertukar kepada Timbalan Presiden Umno seperti laporan muka depan akhbar Harakah Bil. 2175.
Laman web dan Facebook Harakahdaily menyebut pihak editorial Harakah mengakui wujudnya kesilapan tersebut pada keluaran Edisi Jumaat akhbar rasmi Pas itu.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menempelak kecuaian besar itu bahkan secara sinis mengaitkan dengan petanda hubungan mesra Pas dan Umno sejak tahun lalu.
Pengguna Facebook, Aimy Lavender menulis, "Nampak sangat dah terpaut hati kat Umno. Dedak Umno lazat ke?" yang dilihat senada dengan komentar Marzuki Mat, "Jiwa Harakah adalah jiwa Umno."
Sementara itu, Zuhairi Husin berpendapat, "Sat lagi Harakah nak bersatu dengan Berita Hairan" manakala Hazmi Salamon secara menyindir berkata, "Ni mesti salah DAP".
Pemerhatian Malaysia Dateline turut mendapati berita bertajuk, "Jelaskan siapa MO1 sebenar" itu juga salah menulis MO1 sebagai 'Malaysian Officer One' walhal yang tepatnya adalah 'Malaysian Official 1'.
Rata-rata komentar di pelbagai kumpulan di media sosial WhatsApp turut memberitahu editorial Harakah kerap melakukan kesilapan ejaan selain ayat berulang dan tidak jelas dalam laporan mereka sebelum ini.

Bangsa Johor bukan ejen perpecahan, Syed Saddiq jawab Dr M

Posted: 24 Aug 2016 07:40 AM PDT

Juara debat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa keruntuhan persekutuan.
"Saya amat menghormati Tun, tetapi kali ini saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun tentang bangsa Johor," tulis Syed Saddiq, seorang anak jati yang dilahir dan dibesarkan di Johor dalam laman Facebooknya hari ini.
Beliau yang merupakan salah seorang daripada anggota jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diasaskan Mahathir berkata, Bangsa Johor memberikan manfaat kepada negara.
"Bangsa Johor tidak seharusnya dilihat sebagai agen perpecahan. Ia diwujudkan untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dalam negeri untuk bernaung di bawah payung yang sama dan menaikkan semangat kami untuk bekerjasama menaikkan ekonomi dan nama Johor yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada negara," katanya.
Katanya lagi, rakyat amat memerlukan identiti negeri sebagai 'satu jaring keselamatan' apabila nasionalisme 'diperalatkan oleh mereka yang berkuasa'.
"Memang senang untuk kita meminta orang lain mengenepikan identiti negeri apabila kita yang dapat mengaut keuntungan. Bagaimana dengan rakyat Sarawak yang telah terasing buat berpuluh tahun?
"Bagaimana pula dengan rakyat Kelantan yang kehilangan berbillion ringgit dek kerana royalti minyak?
"Kita sering mengharapkan kerabat diraja Johor untuk melakukan sesuatu dan menyelamatkan Malaysia. Tetapi adakah kita bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama?
"Bagaimana pula kerabat diraja yang lain?," soalnya.
Syed Saddiq berkata meskipun Malaysia adalah sebuah persekutuan, namun identiti negeri adalah sebahagian daripadanya dan perbezaan itu tidak sepatutnya dilihat menjadi punca perpecahan.
"Apabila seseorang menggelar dirinya bangsa Johor, dia akan digelar kenegerian, tetapi sekiranya saya berjuang sebagai bangsa Malaysia, ada yang akan melabel saya sebagai pengkhianat Melayu dan boneka Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li beri amaran jangan pandang rendah BERSATU

Posted: 24 Aug 2016 07:37 AM PDT

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengambil mudah serta memperlekehkan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Katanya, semua pihak, khususnya Umno perlu memandang serius penubuhan parti baru itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam Umno.
Menurut ahli parlimen Gua Musang itu, ini lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengasas parti berkenaan.
"Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka," katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak pasti sama ada parti baru itu akan mendapat sokongan rakyat.
"Saya sendiri tidak dapat membuat penilaian mengenai perkara itu kerana ia parti baru tapi yang pasti Umno perlu memberi perhatian serius," katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Kem Kecemerlangan Perdana Parlimen Gua Musang.
Muhyiddin pada 9 Ogos lalu mendaftarkan BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Bagiamanpun, BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Namun pemimpin dan penyokongnya mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan Umno di kubu majoriti Melayu.

Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung

Posted: 24 Aug 2016 07:36 AM PDT

Datuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan AgongDatuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan Agong
Adun Salor Datuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan tindakannya bersama Matthias Chang menyaman lapan pihak di Amerika ekoran skandal 1MDB.
Menurut Husam dalam surat itu, pemfailan tindakan saman tersebut adalah bertujuan untuk menuntut ganti rugi terhadap wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan menggunakan wang curi tersebut.
Ia telah dihantar kepada baginda pada 17 Ogos lalu dan Husam memohon kepada baginda untuk menjadikan surat itu sebagai surat terbuka.
Husam telah memfailkan saman yang dipanggil 'class action' ke atas pihak yang dikira melarikan wang berkait 1MDB.
Saman ini telah difailkan di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu, 11hb Ogos 2016.
Menurut Husam dalam surat itu, beliau mengguna pakai khidmat Peguam Louis F. Burke untuk tujuan ini.
"Patik berdua telah menamakan lapan (8) Defendan yang terdiri daripada Riza Shahriz Bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Goldman Sachs Group Inc., Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson dan Metropolis IX Capital Advisors, LLC," tulisa Husam.
Husam turut menyertakan senaskhah Plaintif's Original Complaint bersama warkah itu untuk tatapan baginda.
"Patik pohon Ke Bawah Duli Tuanku mendoakan kejayaan tindakan patik ini Demi Malaysia," kata Husam dalam surat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sanjeevan ditahan lagi selepas jumpa peguamnya

Posted: 24 Aug 2016 07:35 AM PDT

Gobind berkata, polis tidak perlu menahan Sanjeevan kerana dia sedia memberi kerjasama penuh.
gobind-sanjeevan-1
PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ditahan lagi hari ini.
Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, polis menahan anak guamnya pada jam 6.15 petang tadi di luar pejabat ahli Parlimen Puchong itu di Medan Damansara.
"Dia meinggalkan pejabat saya kira-kira 6.10 petang. Ketika keretanya hendak pergi, sebuah kereta polis menyekat laluannya sebelum sebuah lagi kereta polis datang dari belakang dan mereka menahan Sanjeevan," katanya kepada FMT.
Gobind berkata, pegawai yang menahannya memaklumkan Sanjeevan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan tidak jujur ketika penyerahan harta serta akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
Katanya, tiada butiran lain diberikan.
Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara satu hingga 10 tahun, disebat dan didenda.
Beliau bagaimanapun mengecam cara Sanjeevan ditahan dan menyifatkannya sebagai tidak perlu.
"Tidak ada keperluan untuk tahan dia seperti ini.
Read More / Baca Lagi >>

Wacana Harapan, 1MDB bukan sekadar soal wang tapi juga nilai kepimpinan

Posted: 24 Aug 2016 07:32 AM PDT

Wacana bermula semua panelis hadir 1Wacana bermula semua panelis hadir 1
Forum Wacana Harapan di Rumah Gerak Budaya bermula malam ini dengan panel pertama, Datuk Zaid Ibrahim yang menempelak pengurusan negara yang di katakan penuh dongengan.
"Kita diajar percaya dongeng-dongeng pengurusan negara. Kita diajar percaya wang yang masuk ke akaun Najib itu berlaku tanpa sebab," katanya.
Menurutnya, skandal 1MDB bukan sekadar kehilangan wang bahkan lebih daripada itu menggambarkan kerosakan nilai kepimpinan negara.
"Kebanyakan pihak faham dengan skandal 1MDB. Hanya kepada orang kita, orang Melayu yang hati batu," katanya.
"Saya yakin dia (Najib) akan terus guna kuasa yang ada sama ada sah atau tidak sah lain kira, dia akan terus bertindak sedemikian," kata Datuk Zaid.
Husam cadang suruhanjaya diraja
Satu suruhanjaya diraja masih diperlukan untuk meneliti usu 1MDB, kata Adun Salor, Datuk Husam Musa yang bercakap sebagai panel kedua.
"Kita mendesak parti-parti komponen BN untuk menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat 1MDB, " kata Husam
Butiran penyelewengan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika begitu terperinci, kata peguam Zainur Zakaria sebagai panel ketiga.
"Siasatan ini dilakukan oleh FBI. Tindakan yang diambil di bawah prosedur jenayah.
"Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu.
"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.
Dari kiri, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan  Mathias ChangDari kiri, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan Mathias ChangButiran penyelewengan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika begitu terperinci, kata peguam Zainur Zakaria.
"Siasatan ini dilakukan oleh FBI. Tindakan yang diambil di bawah prosedur jenayah.
"Kalau tiada perlakuan jenayah, mereka tidak boleh lancarkan saman sivil itu.
"Saya berterima kasih kepada DoJ yang sudi mengambil tindakan itu padahal polis, Peguam Negara cuci tangan," ujarnya.
"Bagi balaci Umno yang anggap saman itu bukannya jenayah, mereka salah. Tindakan diambil menurut undang-undang jenayah," ujarnya.
Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan antaranya Jho Low dan Riza Aziz membabitkan ratusan juta ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

'Kementerian Luar enggan kerjasama kes saman Altantuya'

Posted: 24 Aug 2016 07:24 AM PDT

Selepas hampir setahun kemukakan dokumen, tidak ada sebarang maklum balas daripada kementerian.

Patutler kes Altantuya senyap sekarang..

Antara Akaun Rakyat Dan Akaun Peribadi....

Posted: 24 Aug 2016 07:21 AM PDT

MASUK AKAUN PERIBADI...
#MO1 - RM2,600 juta
#FLOM - RM2 juta

SYARAT WAJIB jadi rakyat Malaysia.. biar rakyat susah sampai papa kedana JANJI KELUARGA 'MO1' HIDUP MEWAH DAN SENANG rompak kekayaan negara..

JANJI ALLAH ITU PASTI.. Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

Posted: 24 Aug 2016 07:18 AM PDT

KATA NAJIB.. Jika janji tidak ditunaikan dosa itu adalah amat besar..

KATA NAJIB.. Tuhan akan laknat Najib (UMNO/BN) yg tak melakukan apa yang dijanjikan ATAU menipu rakyatnya..

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

AKHIRNYA apa yang dicanang tak sama yg dilakukannya hari ini.. JANJI DICAPATI ~

APAKAH KESUDAHAN AKHIRNYA jika pemimpin Umno disiasat pihak berkuasa ??

Posted: 24 Aug 2016 07:16 AM PDT

Sejarah Tak Pernah Menipu..
SUDAH PASTI rakyat Malaysia tahu jawapannya..

Amanah masih belum sedia jadi parti utama - penganalisis

Posted: 24 Aug 2016 07:07 AM PDT

Projek LRT3, Najib berterima kasih pada Azmin

Posted: 24 Aug 2016 07:06 AM PDT

Pemecatan Chegubard adalah proses biasa, Azmin

Posted: 24 Aug 2016 07:06 AM PDT

Husam mohon doa Agong dalam saman tindakan perwakilan

Posted: 24 Aug 2016 03:57 AM PDT

ADUN Salor Datuk Husam Musa memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung saman tindakan perwakilan yang difailkannya bersama peguam, Matthias Chang di Amerika Syarikat.
Husam dan Chang, iaitu bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohammad memfailkan saman berkenaan hampir dua minggu lalu bagi menuntut ganti rugi terhadap wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan dana yang diselewengkan itu.
Dalam surat terbuka bertarikh 17 Ogos, Husam turut menyerahkan satu salinan saman berkenaan.
Husam juga berharap bahawa Seri Paduka akan mendoakan kejayaan tindakan mereka demi Malaysia.
"Doakan jua supaya urusan ini dipermudahkan dengan segala bentuk pertolongan dari Allah SWT dan hamba-hamba dan makhluknya.
"Patik suka menyembahkan, bahawa patik tahu ia sebuah usaha yang sukar tetapi tidak lah wajar rakyat Malaysia hanya berputih mata atas apa yang telah dan akan merugikan negara ini," katanya
dalam surat terbuka.
Salinan surat itu dilaporkan tersebar di media sosial dan apabila dibawa kepada perhatian Husam, bekas naib presiden PAS itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau menulis surat itu dan telah menghantarnya ke pejabat Tuanku Abdul Halim.
Husam dalam surat itu berkata beliau memberanikan diri mengambil tindakan saman itu demi Malaysia.
Beliau berkata seberapa banyak wang yang hilang itu, jika dapat dipulangkan kepada negara, tentulah sedikit sebanyak memberikan faedah kepada rakyat.
"Memandangkan sebahagian dari wang itu telah dibelanjakan untuk bermewah-mewah dan berpoya-poya, ketika mana masih ada rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan dan bantuan negara - tentulah menimbulkan kekesalan dan kehibaan.
"Adalah aib pada hemat patik, jika tidak ada satu pun rakyat Malaysia bertindak mengunakan saluran undang-undang untuk mengesahkan laporan-laporan atas tindakan berkenaan dan seterusnya mengembalikan wang negara yang jumlahnya begitu besar itu," katanya.
Husam juga memaklumkan bahawa beliau dan Chang memfailkan saman itu di mahkamah daerah selatan New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu menerusi peguam Louis F Burke.
Lapan defendan yang dinamakan dalam asaman itu termasuk anak tiri perdana menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz; ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho; Goldman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson dan Metropolis IX Capital Advisors, LLC.
Berikut surat penuhnya:-

17 Ogos 2016
14 ZulKaedah 1437
Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah, Raja Segala Raja.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimnya patik merafakkkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan, afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti.
Ampun Tuanku,
*MEMOHON SEMBAH MAKLUM TINDAKAN SAMAN 'CLASS ACTION' DI AMERIKA SYARIKAT ATAS KEHILANGAN WANG 1MDB*
Read More / Baca Lagi >>

FBI CARI BAGINDA TUANKU?

Posted: 24 Aug 2016 03:52 AM PDT

FBI CARI BAGINDA TUANKU?
Minggu ini gua jadi kelam kabut. Gua tidak tahu apa yang wajib gua lakukan. Hendak ketawa gua rasa bersalah. Hendak menangis air mata enggan keluar. Atau gua terus jadi marah hingga tercabut uban. Tapi gua risau juga jika kelihatan botak.
Keadaan gua bercelaru seperti ini timbul kerana persoalan siapa dia yang dipanggil Malaysian Official 1 (MO1) oleh peguam negara Amerika belum selesai. MO1 ini terus menjadi buah mulut yang berpanjangan. Gua sendiri tercari-cari dan tertanya-tanya.
Sidang akhbar Puan Loretta Lynch berlangsung pada 21 Julai yang lalu telah lebih satu bulan. Tapi siapakah yang dimaksudkan oleh peguam negara Amerika ini sebagai Malaysian Official 1 masih menjadi tanda tanya di Malaysia.
Rakyat satu Malaysia hanya berhenti bertanya siapa MO1 ini ketika ada pertarungan badminton di Rio. Sebaik sahaja Chong Wei selesai bertarung dan meletakan raket di tepi dinding, satu Malaysia terus heboh bising. Heboh memberi pendapat dan teori siapa dia MO1 itu?
Sekarang sukan Olimpik Rio telah tamat. Sebaik sahaja Olimpik selesai Malaysia menjadi heboh kembali. Seheboh murai mencari bini. Persoalan siapa MO1 meledak kembali.
Paling terbaru ialah kenyataan dari Langkawi. Ini bukan kenyataan dari cucu cicit Mahsuri tapi dari Tuan Haji Nawawi yang mengakui dirinya sebagai Yang Berhormat. Hormat macam mana itu gua sendiri kurang arif.
Mengikut laporan portal media yang amat cepat lagi pantas - Tuan Haji YB ini telah menulis dalam Facebook miliknya. Mengikut tuan empunya surah Tuan Haji YB ini telah menganalisa Perlembagaan Persekutuan. Tuan Haji YB ini berpendapat mengikut kajian yang dilakukan - terang dan jelas - MO1 ini ialah Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong! Ya ampooon. Sultan Kedah yang kini Yang di-Pertuan Agong kita semua yang dimaksudkan oleh YB Langkawi ini. Tuanku inilah mengikut kajian Tuan Haji YB yang sebenarnya Malaysian Official 1, bukan Official 2 dan bukan Official 3.
Berita ini meledak. Berita ini membawa gempar. Berita ini amat amat menakutkan. Apa maknanya kenyataan dari Tuan Haji Nawawi ini? Bayangkan jika sahih Yang di-Pertuan Agong menjadi MO1 - apa akan terjadi.

Maknanya FBI akan masuk ke Istana Negara. Maknanya FBI akan menangkap raja kita untuk dibawa ke Amerika. Maknanya - di mana muka kita sebagai rakyat hendak kita sorokkan. Maknanya PERKASA dan Jaringan Melayu akan melaungkan semboyan perang menentang Amerika. Maknanya Jamal Ikan Bakar akan dapat bajet untuk berdemo depan kedutaan Amerika. Maknanya Ali Tinju akan bergaduh dengan Jamal untuk merebut dana Baju Merah. Maknanya Tajuddin Rahman dari Pasir Salak akan bersilat sekali lagi di Jalan Petaling kali ini memakai cawat merah.
Penyokong Ali Tinju akan menghantuk-hantuk kepala sekali lagi di hadapan Sogo. Kali ini mungkin menggunakan buah kelapa. Semua NGO Melayu siap siaga untuk melawan Amerika. Bayangkan - semua ini muncul hasil dari kenyatan Tuan Haji YB Langkawi.
Apakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan Amerika? Soalan macam ini menjadikan gua terus kelam kabut.
Dalam keadaan ini gua menjadi marah. Gua marah kepada Puan Loretta Lynch. Kenapa tidak bercakap dengan terus terang. Kenapa gunakan Malaysian Official 1? Kenapa tidak tuliskan siapa nama Malaysian Official 1 ini.
Gua tidak tahu apa sebab musabab pihak Department of Justice America (DOJ) tidak mahu menyebut si polan bin si polan sebagai Malaysian Official 1. Adakah seekor gajah sedang berselindung di belakang Puan Loretta Lynch? Atau adakah ini strategi Encik Andrew MacCabe, timbalan pengarah FBI untuk memerangkap Riza Aziz a.k.a anak Najib dan Jho Low a.k.a cina tembam. Wallahualam.

Ketika rasa marah kepada DOJ membuak, gua juga merasa kagum dengan Tuan Haji YB. Di Malaysia ini ada 30 juta penduduk. Tetapi tidak seorang pun seperti Tuan Haji YB ini. Beliau menyelesaikan persoalan dengan tuntas lagi ilmiah. Bukan dengan pukul curi. Bukan dengan agak-agak. Beliau membuat kajian ilmiah dan membuktikan bahawa Agong kita ialah Malaysian Official 1. Syabas.
Bayangkan - kenyataan dari FB ini telah menjemput pelbagai jawapan. Ramai yang mengatakan bahawa Tuan Haji YB ini bangang lagi bodoh. Ramai yang mengutuk dan menghina Tuan Haji YB ini. Para royalis dan feudalis semuanya marah kerana nama Yang di-Pertuan Agong dipalitkan dengan kes rompakan 2.6 bilion ringgit.
Paling menakutkan ialah soalan yang mucul dari mulut Mahathir. Bekas perdana menteri ini telah bertanya sambil menyoal - jika Agong ini Malaysian Official 1 apakah Riza Aziz itu anak tiri baginda. Ya Ampooon. Meremang bulu tengok gua apabila membaca soalan dari Tun M ini. Badan gua menggigil takut kerana apa yang sedang berlegar dalam kepala gua ini amat-amat menakutkan gua sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Indeks Harga Pengguna (IHP) Julai 2016 naik 1.1%

Posted: 24 Aug 2016 03:32 AM PDT

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai 2016 meningkat 1.1 peratus kepada 115.1 berbanding 113.9 yang direkodkan pada bulan yang sama tahun lepas.
Antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan ialah indeks minuman alkohol dan tembakau yang meningkat 19.9 peratus mulai Julai 2015, makanan dan minuman bukan alkohol (+3.8 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4 peratus), kata Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini.
Kumpulan lain yang mencatat peningkatan ialah pelbagai barangan dan perkhidmatan (+2.4 peratus), pendidikan (+2.2 peratus) dan restoran dan hotel (+2.1 peratus).
Bagaimanapun kumpulan pengangkutan susut 9.9 peratus berbanding Julai 2015 diikuti komunikasi (-2.3 peratus) dan pakaian dan kasut (-0.6 peratus).
Berasaskan perbandingan bulanan, IHP Julai 2016 meningkat 0.3 peratus kepada 115.1 berbanding 114.8 pada Mei.
IHP Januari hingga Julai 2016 mencatat perningkatan 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, diketuai oleh peningkatan dalam kumpulan utama dengan peratusan perbelanjaan tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (+4.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.7 peratus).
Peningkatan lain dicatatkan oleh minuman alkohol dan tembakau (+21.6 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (+3.6 peratus), restoran dan hotel (+3.3 peratus), kesihatan (+3.1 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+3.0 peratus).

Perkara biasa sayang bangsa sendiri, kata penganalisis

Posted: 24 Aug 2016 03:30 AM PDT

Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi dari UM berkata kenyataan Khalid Samad mengenai perkara itu sudah lama dijangkakan.
khalid awang
PETALING JAYA : Penganalisis politik Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi menyokong kenyataan ahli Parlimen yang berkata rasa sayang terhadap bangsa sendiri tidak bermakna ia rasis.
"Akhirnya pembangkang mengakui yang mencintai kaum sendiri bukan perkauman," kata Awang yang juga pensyarah Universiti Malaya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Khalid, ahli Parlimen Shah Alam mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang keahliannya terdiri daripada Melayu dan Bumiputera.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata kenyataan Khalid itu menunjukkan ada ahli pembangkang menyedari adalah hipokrit untuk mengatakan seseorang itu tidak menyayangi bangsanya sendiri.
"Apa yang penting kita menerima orang lain secara terbuka," katanya.
Semalam, Khalid dalam kenyataannya berkata beliau menganggap Bersatu bukan bersifat perkauman walaupun hanya membenarkan ahli Bumiputera menganggotainya.
"Perkauman ditakrifkan sebagai perasaan anti sesuatu kaum, mencintai kaum sendiri bukan perkauman," katanya.
Bagaimanapun, Khalid menggesa Bersatu untuk bekerja bagi mengubah minda Bumiputera supaya mereka akan menolak politik perkauman.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed turut mengulas kenyataan Khalid.
Ibrahim berkata beliau bersyukur mendengar kenyataan itu menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan mereka yang menggelar Perkasa dan dirinya bersifat perkauman.
Read More / Baca Lagi >>

Umno yang kalah teruk PRU13, bukan kami, kata MCA

Posted: 24 Aug 2016 03:29 AM PDT

Kesal dengan kenyataan Shahidan, MCA hari ini menggesa Umno cermin diri.
chris-shahidan
PETALING JAYA: MCA hari ini memberitahu Umno supaya cermin diri sebelum menuduh parti itu gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya lepas.
Ia selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan MCA supaya jangan hanya menuntut balik kerusi yang pernah dipinjamkan kepada Umno sekiranya tidak dapat menjamin kemenangan untuk Barisan Nasional (BN).
"Melihat kembali pilihan raya umum ke-13, Umno bukan sahaja tewas di tiga kerusi yang dipinjamkan oleh MCA, tetapi juga kalah dengan majoriti lebih besar.
"Menggunakan kata-kata Shahidan sendiri, mengapa pinjam kalau kalah?" kata Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong.
Pada pilihan raya lepas, PKR menewaskan calon BN diwakili Umno dengan majoriti lebih besar 4,515 berbanding 1,826 ketika ditandingi MCA pada 2008.
Di Gelang Patah, Johor, MCA menang dengan majoriti 8,851 pada 2008, tetapi veteran DAP Lim Kit Siang memenangi kerusi itu pada 2013 daripada BN menewaskan calon Umno dengan majoriti 14,762.
Begitu juga, kerusi Wangsa Maju dikekalkan pembangkang dengan majoriti 5,511 berbanding majoriti tipis 150 ketika ditandingi MCA pada 2008.
Wong berkata ketiga-tiga contoh itu menunjukkan Umno yang kalah dengan majoriti lebih besar di kerusi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

SAMBUT BESDEY ANWAR PON KENA PANGGIL POLIS ??

Posted: 24 Aug 2016 03:17 AM PDT

Tapi spesis yg hina & kaitkan MO1 dgn YDP Agong sampai dah seminggu tiada langsung tindakan tegas DAN PANTAS terhadap MP UMNO Langkawi 'Nawawee'...

Kalimah 'Allah' & 'Muhammad' pada logo polis itu utk apa !!!

Kami tertanya2, polis bekerja utk siapa sebenarnya..??

KENAPA BODOH SANGAT nak bandingkan GST M'sia dgn GST Indonesia !!!

Posted: 24 Aug 2016 03:15 AM PDT

Cukai GST di Indonesia (dikenali VAT) 10 peratus itu hanya dikenakan kpd barang2 yg diimport shj, BUKANNYA BARANGAN KELUARAN TEMPATAN.

TAHUKAH ANDA.. wpon cukai GST Indonesia 10%
- segala jualan makanan di hotel, restoran, gerai makan termasuk penghantaran makanan & barangan.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- minyak & gas.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- yg melibatkan insuran.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- servis 'parking'.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- DAN BANYAK LAGI...

Anina : 'Apa jadi jika ahli DAP kata MO1 adalah Agong?'

Posted: 24 Aug 2016 03:12 AM PDT

Bekas anggota Umno Langkawi Anina Saadudin tertanya-tanya apa akan jadi jika anggota DAP mendakwa Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong.
Anina mengulas permohonan maaf anggota parlimen Umno Datuk Nawawi Ahmad kepada Agong atas kenyataannya mengenai MO1.
"Cuba bayangkan komen itu datang daripada ahli DAP, isu itu akan dimainkan di TV3, saya rasa tidak kurang satu bulan," katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, Anina berpendapat pihak polis dan Umno sendiri mesti mengambil tindakan terhadap Nawawi kerana kenyataan tersebut.
Malah katanya, permohonan maaf Nawawi kepada Agong tidak mencukupi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah.
"Sultan Kedah adalah sultan di hati rakyat. Baginda adalah sultan di hati semua rakyat Kedah. Kalau kamu mahu memohon maaf kepada sultan, kamu juga mesti mohon maaf kepada semua rakyat Kedah," katanya.
Tambah Anina, kenyataan tersebut berkaitan perlembagaan dan sebagai seorang pemimpin, Nawawi sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
"Kenyataan itu bersangkut paut dengan perlembagaan. Kamu kata maaf dan tu sahaja? Sebagai pemimpin kena tunjuk contoh kepada rakyat. Kalau seorang pemimpin buat silap, cakap maaf dan terlepas. Rakyat boleh buat benda yang sama dan kemudian mohon maaf.
"Nanti sesiapa saja di jalan akan buat komen berkaitan Agong dan cuma cakap maaf. Polis mesti ambil tindakan, buka fail dan siasat," katanya.
Apa yang lebih mengejutkan, kata Anina, kenyataan itu datang daripada pemimpin Umno, sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan raja-raja Melayu.
"Tak sepatutnya pemimpin Umno buat kesalahan yang macam ni. Kamu kata berjuang untuk orang Melayu, untuk raja. Kamu kata DAP ancaman kepada raja-raja, orang Islam.
"Tapi kamu buat kenyataan yang sangat-sangat bercanggah dengan perjuangan kamu," katanya yang meminta Umno mengambil tindakan terhadap Nawawi.
Dalam permohonan maaf kepada Agong Isnin lalu, Nawawi melahirkan rasa kesal berhubung perkara itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan di media sosial pada masa akan datang.
Ogos lalu, Nawawi dalam catatan di Facebook mendakwa MO1 tidak lain dan tidak bukan adalah Agong yang juga merupakan ketua negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)