Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ancaman skandal 1MDB perlu penentangan semua rakyat

Posted: 23 Aug 2016 07:46 AM PDT

Oleh FAIZ FADZIL
Tindakan undang-undang yang diambil oleh Department of Justice (D0J) Amerika Syarikat telah mendedahkan lebih RM14 bilion wang rakyat dirompak dan diseleweng yang merupakan skandal korupsi terburuk negara.


Wang rakyat telah dirompak melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk faedah perdana menteri dan kroni-kroninya seperti Jho Low dan Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) amat memalukan negara. Tindakan 'civil forfeiture' oleh DoJ adalah bagi menyita dan merampas harta-harta bernilai lebih RM4bilion yang dibeli kroni-kroni perdana menteri tersebut melalui pengubahan wang haram termasuk rumah mewah, jet peribadi dan lukisan mahal.
Ratusan juta wang 1MDB juga telah digunakan untuk menerbitkan filem lucah 'The Wolf of Wall Street', membayar hutang judi dan pesta arak. 1MDB dan rakyat Malaysia tidak mendapat apa-apa faedah daripada perbelanjaan haram ini. Justeru, tidak timbul soal campurtangan kuasa asing terhadap negara kerana tindakan 'civil forfeiture' ini melibatkan rampasan harta yang dimiliki melalui perbuatan jenayah yang menjadi kesalahan di Amerika Syarikat.
Susulan tindakan oleh DoJ tersebut, satu Saman 'Class Action' telah diambil oleh Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat terhadap kroni-kroni perdana menteri di mana segala harta dan jumlah wang yang telah dirompak melalui 1MDB akan dituntut semula untuk rakyat Malaysia.
Bagi pihak Pemuda Amanah, kami menyokong penuh usaha ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya.
Walaupun pemimpin Umno dan Barisan Nasional sering terpalit dengan pelbagai isu dan skandal korupsi dan penyelewengan wang negara termasuk NFC, PKFZ, Perwaja Steel, Tabung Haji, MARA dan terkini 1MDB, namun masih terdapat segolongan rakyat yang tidak faham dan tidak menghiraukan isu dan skandal sebegini lalu terus memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional.
Rakyat perlu diberi kefahaman bahawa isu dan skandal sebegini adalah penyumbang kepada kesusahan dan keperitan hidup yang mereka hadapi mutakhir ini.
Kenaikan harga barang, perkhidmatan awam dan petrol, GST, potongan bajet pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah kesan langsung daripada ketirisan dan kehilangan wang negara.
Kebajikan golongan muda pula semakin terabai kerana mereka terpaksa menanggung hutang pendidikan yang tinggi, ketidakmampuan membeli rumah yang
Kehidupan rakyat di luar bandar termasuk nelayan, petani dan penoreh getah tidak dibela akibat keenganan kerajaan memberikan subsidi kepada harga komoditi keluaran mereka dan pelbagai bantuan lain yang diperlukan.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli bukan Islam, Islam duduk sama tinggi, kata Amanah

Posted: 23 Aug 2016 07:42 AM PDT

Setiausaha Agung Anuar Tahir berkata menyamakan taraf ahli bukan beragama Islam dan beragama Islam di peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian pencapaian terbesar Amanah.
Anuar Tahir
KUALA LUMPUR: Pencapaian terbesar Amanah adalah mengiktiraf ahli bukan beragama Islam sama taraf dengan ahli beragama Islam, menurut Setiausaha Agung Anuar Tahir.
Bercakap di sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini, Anuar berkata ahli bukan beragama Islam diberi peranan kepimpinan sama dengan ahli beragama Islam di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan.
"Beberapa bulan selepas parti didaftarkan, Amanah ketengahkan calon bukan Islam dalam pilihan raya Sarawak dan ini merupakan pencapaian terbesar untuk sebuah parti Islamis," katanya.
Dalam pilihan raya itu, Amanah kemukakan dua calon Dayak Kristian iaitu aktivis tempatan Rapelson Richard Hamit untuk kerusi Gedong, dan bekas askar Andrew Zain, yang bertanding di kerusi Sebuyau.
Anuar berkata Amanah tidak akan bertolak-ansur dengan isu perkauman.
"Kita mahu negara yang bersatu dan demokratik, selaras dengan wawasan Allahyarham Burhanuddin al-Helmy."
Burhanuddin Muhammad Nur al-Hilmi, lebih dikenali Burhanuddin al-Helmy, adalah seorang aktivis Melayu dan ahli politik sebelum Merdeka. Beliau pernah memimpin PAS sebagai presiden dari 1956 hingga 1969.
Pada 16 Sept, Amanah sebagai sebuah parti akan menyambut ulangtahun pertamanya.

Hipokrasi halal dan haram kerajaan

Posted: 23 Aug 2016 07:39 AM PDT



Oleh RAJA BAHRIN SHAH
Wabak 1MDB makin merebak dan bertambah parah sejak beberapa minggu ini.Pada mulanya kita tahu negara-negara Amerika, Switzerland, Hong Kong, Singapura dan Abu Dhabi telah mula mengambil tindakan undang undang.
Baru baru ini DOJ- Department of Justice, Amerika, telah mengeluarkan kenyataan terperinci tindakan undang undang mereka ke atas harta 1MDB di Amerika. MAS- Monetary Authority Singapore, telah menutup beberapa Bank Asing dan menangkap beberapa pegawai bank berkenaan yang terlibat dengan urusan berkaitan dengan IMDB.
Beberapa hari lepas Bank tempatan Singapura pula ia itu DBS serta UBS Bank dan syarikat Kewangan terkenal Goldman Sachs di siasat oleh MAS.
Selepas International Petroleum Investment Company- IPIC dari Abu Dhabi telah menyaman IMDB dan Kerajaan Malaysia kerana hutang yang tidak dibayar, beberapa hari lalu Kerajaan Abu Dhabi telah menangkap Khadem al Qubaisi kerana kaitannya dengan kontroversi penggunaan wang 1MDB.
Al Qubaisi disiasat atas tuduhan pelaburann wang 1MDB termasuk dua Kelab Malam Las Vegas bernilai US 100 juta dibawah Syarikat bernama Hakkasan.
Sejak 2014 lagi saya telah menyoal di Parlimen kenapa Kerajaan melabur wang 1MDB di Pusat Kewangan Caymen Islands yang merupakan pusat utama Penggubahan wang haram, wang judi dan wang dadah sedunia!
Semasa itu Parlimen Malaysia sedang bedebat pindaan Akta Rang Undang undang Penggubahan wang haram!
Tiada jawapan yang memuaskan diberi selain dari kenyataan ia adalah pelaburan jangka masa pendek.
Yang haram tetap haram tidak kira pelaburan jangka masa pendek atau panjang.
Dalam masa yang sama kerajaan melaungkan konsep Syariah Index dan Kaunter Syariah untuk menutup mata rakyat apa yang sebenar mereka lakukan.
Ini adalah sikap hipokrit yg jelas dan memalukan.
Sekarang terdedah pula penglibatan wang 1MDB dengan Kelab Malam Las Vegas, Pesta Arak Hollywood bersama Jho Low dan pembelian pangsapuri mewah serta hotel mewah.
Dalam masa yang sama pihak kerajaan cuba meraih sokongan rakyat melalui aktiviti 1MDB dengan menyatakan 1MDB mengeluarkan perbelanjaan besar menaja rakyat menunaikan Haji di Mekah!
Kita juga telah diberi tahu 1MDB telah membawa pulang pelaburan dari Caymen Island dan pelaburan luar lain ke Malaysia.
Adakah jumaah haji yg ditaja diberi tahu sumber sebenarnya wang tersebut serta implikasinya?
Walau apa sekali pun, 1MDB dan kerajaan tidak sepatutnya terlibat dengan sumber kewangan dari pusat wang haram, judi dan dadah sedunia saperti di Caymen Island.
Kalau di Malaysia kononya semuanya patuh syariah, diluar Negara halal haram tidak menjadi pertimbangan. Rakyat di tipu dengan sikap hipokrit ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Megat Junid pasti arahan tahan ISA dengan kebenaran Dr M

Posted: 23 Aug 2016 07:33 AM PDT

Keluarga bekas timbalan menteri dalam negeri itu terkejut dengan penafian bekas perdana menteri itu
mahathir-isa
PUTRAJAYA: Anak sulung Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pasti arahan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditandatangani bapanya semasa menjadi timbalan menteri dalam negeri dibuat selepas mendapat kebenaran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Megat Fairouz Junaidi berkata adalah sesuatu yang pelik jika kuasa sebesar itu diberikan kepada seorang bertaraf timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dan pengetahuan Dr Mahathir selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri ketika itu.
"Kami (sekeluarga) harap Tun Mahathir yang sememangnya dihormati oleh arwah, hanya terlepas cakap semasa mengungkap kenyataan itu walaupun secara teknikal arwah mungkin menandatangani surat arahan tersebut.
"Dalam konteks penahanan ISA, jika benar arwah yang menandatangani surat penahanan, sudah pasti ia telah mendapat kebenaran dan pengetahuan malah kemungkinan besar ia adalah arahan Tun Mahathir sendiri selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri (ketika itu)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan seru orang ramai sertai himpunan #TangkapMO1 Sabtu ini

Posted: 23 Aug 2016 07:32 AM PDT


Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program #TangkapMO1. Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program #TangkapMO1.
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa yang akan berlangsung pada 27 Ogos di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan bersama majlis presiden menggesa agar seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran turun beramai-ramai untuk menyokong program ini.
"Kami yakin dan percaya bahawa usaha anak muda dan mahasiswa ini akan mendatangkan hasil positif dalam menyelesaikan misteri "Malaysian Official 1".
"Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program ini, termasuk tindakan reman tiga hari ke atas tiga aktivis mahasiswa yang membuat roadshow #TangkapMO1."
Kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan terdiri daripada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Menurut kenyataan itu majlis presiden memandang serius isu laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dakwaan kecurian berbilion ringgit wang rakyat oleh individu-individu berkait rapat dengan "Malaysian Official 1" (MO1), serta kes kemasukan USD731 juta ke dalam akaun bank peribadi "MO1".
Read More / Baca Lagi >>

Malaysian Official 1: Penjenayah paling dikehendaki negara

Posted: 23 Aug 2016 07:31 AM PDT


Pendedahan terkini oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis telah melengkapkan fasa pertama siasatan ke atas 1MDB dan ia adalah terhad kepada lima cadangan 'tidak wujud' Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seperti yang diarahkan oleh Kabinet, hanya menyebabkan siasatan polis terhadap 1MDB menjadi satu permainan dan sandiwara.
rencana_MO1penjenayah-01Ia menimbulkan banyak persoalan berhubung kebebasan, kesaksamaan, kecekapan dan profesionalisme polis Malaysia, terutama sama ada ia mampu dikategorikan sebagai salah satu badan polis terbaik dunia dari sudut kecekapan dan profesionalisme.
Sebagai contoh, bolehkah Khalid mengarahkan siasatan polis ke atas 1MDB untuk menyelidik lebih lanjut berkenaan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai jenayah kecurian, penyelewengan dan pengubahan wang haram dana 1MDB yang bernilai berbilion ringgit atau beliau harus mendapatkan 'lampu hijau' dari Kabinet atau Perdana Menteri terlebih dahulu?
Tanpa 'lampu hijau' oleh Kabinet atau Perdana Menteri, adakah polis Malaysia terpaksa berpura-pura seolah-olah dakwaan DOJ setebal 136 mukasurat yang menyentuh jenayah kecurian, penyelewengan dan pengubahan wang haram bernilai berbilion ringgit melibatkan 1MDB itu tidak wujud – walaupun hampir 10 negara sedang menyiasat skandal antarabangsa dana 1MDB tersebut?
Bolehkah Khalid menjelaskan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau secara rasmi telah meminta 'lampu hijau' dari Kabinet atau Perdana Menteri agar polis Malaysia dapat menyiasat dakwaan DOJ terhadap salah laku jenayah melibatkan 1MDB, atau beliau tidak pernah berbuat demikian kerana tahu ia tidak akan membawa sebarang erti, sama ada dari Kabinet atau Perdana Menteri sendiri?
Penahanan polis tanpa waran dan  reman tiga hari ke atas tiga aktivis pelajar, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin pada Sabtu lalu kerana mempromosi himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 di UiTM Seri Iskandar, Perak mencetuskan persoalan tentang apa sepatutnya menjadi kedudukan polis berkenaan personaliti 'Malaysian Official 1' yang dinyatakan 36 kali dalam saman sivil setebal 136 mukasurat bagi rampasan aset selepas terdapat dakwaan berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram bernilai AS$3.5 bilion dari dana 1MDB.
Bukankah polis Malaysia sepatutnya peduli tentang siapa 'Malaysian Official 1' dan bukankah pihak polis seharusnya bekerjasama dengan kempen #TangkapMalaysianOfficial1 tersebut?
Jika dakwaan DOJ mengenai salah laku jenayah melibatkan 'Malaysian Official 1' adalah benar, bermakna dia merupakan penjenayah paling dikehendaki di Malaysia. Jadi bagaimana mungkin pihak polis Malaysia tidak ambil peduli dan tidak berminat tentang itu?
Seperti yang ditegaskan oleh Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru, sukar untuk berpendirian bahawa dokumen DOJ tidak menunjukkan wang telah diseleweng dari 1MDB memandangkan dakwaan berhubung salah laku kewangan itu melibatkan dana 1MDB – digambarkan sebagai "telah dicuri, diubah melalui institusi kewangan Amerika dan digunakan untuk memperkayakan beberapa pegawai dan sekutu mereka" – yang disebut dalam lebih 193 perenggan dalam dokumen tersebut.
Bukankah ia merupakan tanggungjawab polis Malaysia untuk mengenalpasti siapakah 'MO1' dan siapakah sebenarnya dalang di sebalik skandal kewangan antarabangsa 1MDB – sama ada 'MO1' atau jutawan Pulau Pinang, Jho Low?
Read More / Baca Lagi >>

Umno tidak rebut jawatan pengerusi BN P. Pinang kerana tiada kuasa politik

Posted: 23 Aug 2016 07:29 AM PDT

Zainal Abidin berkata, jawatan itu tiada kuasa pentadbiran, kecuali amanah, tanggungjawab, tugas dan kerja berat semata-mata.
Zainal Abidin Osman
GEORGE TOWN: Umno tidak pernah melobi untuk jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana ia tiada kuasa politik atau sebarang keistimewaan di negeri pimpinan Pakatan Harapan.
Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berikrar akan terus menyokong Teng Chang Yeow memimpin BN Pulau Pinang dalam usaha merampas negeri itu daripada DAP.
"Umno Pulau Pinang tidak pernah mencadangkan atau melobi perdana menteri untuk mengambil alih jawatan itu. Pelantikan pengerusi BN negeri adalah prerogatif pengerusi BN pusat iaitu perdana menteri.
"Lagipun tidak pernah timbul dalam sebarang perbincangan di peringkat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang cadangan mengambil alih jawatan pengerusi BN negeri yang disandang Teng.
"Jawatan pengerusi BN negeri di sebuah negeri ditadbir pembangkang tidak mempunyai sebarang kuasa politik atau kuasa pentadbiran.
"Ia juga tidak ada apa-apa keistimewaan kecuali amanah, tanggungjawab, tugas dan kerja berat semata-mata. Ia tidak pernah menjadi rebutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Waspada pengkhianatan Pas, tegas penyokong Pakatan Harapan

Posted: 23 Aug 2016 07:24 AM PDT


Kelab Penyokong Pakatan HarapanKelab Penyokong Pakatan HarapanKelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya berhati-hati dengan Pas yang terkenal dengan sejarah pengkhianatan terhadap sesama rakan pembangkang.
Wakilnya, Othman Ismail berkata, tindakan Pas sebelum ini dalam pembahagian kerusi pada pilihan raya sehingga menyebabkan pertembungan parti pembangkang juga ditujukan kepada parti yang bernaung di bawah Pakatan Harapan.
"Mereka yakni PA$ (bukan Pas) dengan mudah langgar keputusan parti mereka sendiri serta perlekehkan konsensus parti-parti pakatan pembangkang," ujarnya yang menganggap simbol '$' itu merujuk pada situasi kepimpinan 'lebai dedak' pada masa ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Reformis CML berkata, pengkhianatan Pas pada PKR berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sehingga bertindih di tujuh kerusi.
"Tak cukup dengan tindan kerusi, demi halalkan perbuatan khianat tersebut lalu dituduhnya calon-calon rakan sebagai pengedar pil kuda dan terlibat dengan penyebaran ideologi komunis," ujarnya.
Contoh lain, jelasnya, pengkhianatan Pas kepada Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang menyaksikan pertindanan kerusi di Terengganu dan Johor pada PRU 1990 sehingga berlaku kempen sulit bersama-sama Umno untuk mengalahkan S46.
"Apakah jaminan Pas tidak akan lakukan perkara yg sama jika pakatan pembangkang yang baru turut disertai Pas? Apakah keyakinan rakyat yang menyokong pembangkang tidak terjejas dengan penyertaan Pas?
"Apakah tidak mungkin berlaku sekali lagi pakatan pembangkang menjadi bertambah huru-hara dengan penyertaan Pas?" soalnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, mood rakyat untuk menyingkirkan Najib dan Umno dan berharap situasi itu bukan bertukar menjadi protes kepada pembangkang dengan beralih sokongan kepada BN semula.

PAKEJ LENGKAP yg menepati ciri2 untuk menjawat jawatan Menteri Kabinet AMENO..

Posted: 23 Aug 2016 06:57 AM PDT

Hairan sungguh kenapa Najib Razak masih belum lantik dia ??

Rakyat Langkawi pasti berbangga, bukan....

Apa nak jadi Malaysia ada kabinet 'mangkuk hayun', kata Mahfuz

Posted: 23 Aug 2016 06:28 AM PDT


Datuk Johari Abdul GhaniDatuk Johari Abdul GhaniMenteri Kewangan 11  Datuk Johari Abdul Ghani di bidas kerana  menyalahkan pihak pengurusan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan skandal berlaku syarikat milik kerajaan itu dengan digelar sebagai 'mangkuk hayun'.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata,  Artikel 117 (memorandum & Artikel of Association) M&A 1MDB jelas, menetapkan semua keputusan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta yang boleh memberi kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat persetujuan bertulis seorang Perdana Menteri.
"Yang saya hairan macam mana Datuk Johari yang berlatar belakang sebagai seorang akauntan boleh sekadar menyalahkan pihak pengurusan dalam isu skandal 1MDB.
"Takkan Datuk Johari tak baca artikel 117 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar  Beliau mengulas mengenai kenyataan Johari  selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cheras yang menyatakan sebenarnya semua yang berada dalam pengurusan 1MDB tidak bertanggung jawab.
Johari dipetik berkata, mereka semua "mangkuk hanyun" ujarnya, mereka inilah yang menyebabkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tercalar.
Dalam hal ini Mahfuz berkata, sebarang keputusan dan tindakan pengurusan yang berkaitan artikel 117 perlu mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri dan menteri kewangan iaitu Najib.
"Adakah Datuk Johari bermaksud PM hanya beri kelulusan bertulis sahaja bila diminta oleh pihak pengurusan, sedang dia tak tahu apa apa sewaktu menanda tangani persetujuan tersebut?
"Gaya pentadbiran Malaysia ialah PM dan Menteri tak perlu tahu apa apa.Cukup dengan kebolehan tanda tangan apa saja kertas yang dihulurkan pada mereka.
"Jika ada masalah salahkan pengurusan yang tak bertanggung jawab.Pengurusan mangkuk hayun.
"Malang bagi Malaysia setelah 59 tahun Merdeka memiliki Kabinet mangkuk hayun yang terdiri daripada PM dan menteri mangkuk hayun," ujarnya.

PAS sedia bincang dengan Bersatu, bukan Amanah atau DAP kata Mohd Amar

Posted: 23 Aug 2016 05:21 AM PDT

PAS sedia berbincang dengan PKR dan Bersatu berhubung pembahagian kerusi pada PRU14.
nik-bersatu-pas
KOTA BHARU: PAS sedia membuka ruang perbincangan dengan parti yang ingin bekerjasama dengannya, kecuali DAP dan Amanah yang disifatkannya pengkhianat parti itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tawaran itu juga terbuka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menjelaskan pendirian PAS terhadap DAP dan Amanah, Mohd Amar berkata: "Pendirian ini jelas kerana DAP jelaskan sikapnya yang anti PAS dan terbaharu jawatankuasa pemudanya juga menyatakan kalau ingin berkawan dengan DAP, jangan cakap pasal Islam.
"Mana boleh PAS sebagai parti Islam berbuat demikian…takkan kita nak korbankan perjuangan parti kita. Amanah pula sudah jelas adalah pengkhianat kepada parti (PAS)…kalau (parti) yang lain boleh dibincangkan," katanya selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang, hari ini.
Konvokesyen itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Kenyataan Mohd Amar itu sebagai mengulas kenyataan Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berhasrat mengadakan rundingan pembahagian kerusi pembangkang, sebaik pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Mohd Amar berkata, setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi diadakan antara PAS dan Bersatu berhubung perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pelabur jauhkan diri dari hartanah Malaysia hingga dilema selesai’

Posted: 23 Aug 2016 05:14 AM PDT

Pelabur asing kurang berminat menceburi pasaran hartanah Malaysia sehingga 'dilema' negara selesai, kata seorang ejen hartanah veteran, Siva Shanker.
Pasaran hartanah kini didorong oleh permintaan domestik, kata Siva, seorang bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).
"Saya tidak fikir ramai pelabur hartanah asing mahu bergegas datang ke Malaysia sekarang. Saya fikir mereka akan menjauhi Malaysia.
"Sehingga kita selesaikan dilema hari ini atau hingga ia berakhir, saya fikir setiap orang akan melayan kita dengan agak berhati-hati," katanya ketika menyampaikan persembahan slaid mengenai tinjauan pasaran hartanah di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai 'dilema' yang disebutkannya pada majlis itu dan turut tidak mahu mengulas lanjut pada sidang media selepas itu.
Siva juga berkata industri itu asalnya menjangkakan pasaran hartanah yang kekal 'tidak menarik' pada suku pertama 2015 akan menjadi lebih baik pada suku keempat tahun berkenaan.
"Tetapi, malangnya, ini tidak berlaku kerana saya fikir, terutamanya antara lain, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berita mengenai 1MDB dan pasaran sedikit terjejas dengan para pelabur mengambil pendekatan menjauhkan diri," katanya.
Dalam persembahan slaid itu, Siva berkata senario politik semasa juga memberi kesan kepada pasaran.
Pada sidang akhbar selepas itu, Siva, enggan mengulas mengenai peranan kerajaan dalam membantu pemulihan pasaran hartanah berikutan kemelut 1MDB.
"Sidang akhbar ini adalah mengenai rakan kongsi (kami) dengan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan pasaran hartanah. Saya akan menjauhkan diri daripada politik mengenai ini," katanya.

Ketua pembangkang: Tiada keperluan lantik Muhyiddin

Posted: 23 Aug 2016 05:12 AM PDT

Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR - "Parti Amanah secara peribadi tiada masalah dengan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang, kata Pengarah Komunikasi Amanah  Abdul Khalid Samad.
Katanya lagi, sekiranya ketua pembangkang baharu hendak dipilih ia mestilah diadakan satu persetujuan bersama dengan kesemua parti pembangkang.
"Bukan bergantung kepada Amanah semata-mata, tetapi juga parti-parti yang lain.
"Dilihat ketika ini, tiada keperluan lagi termasuk untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang," katanya ketika diminta mengulas mengenai keperluan posisi Azizah diganti dengan ketua pembangkang yang baharu selepas kewujudan parti Bersatu.
Abdul Khalid berkata demikian di Ibu Pejabat Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

'Amanah alu-alukan kedatangan Bersatu'

Posted: 23 Aug 2016 05:06 AM PDT


Khalid Samad

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah), mengalu-alukan kehadiran Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ke gelanggan politik negara.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, pada dasarnya,  Amanah menyatakan sokongan terhadap pembentukan Bersatu.
"Walaupun ia parti khas Melayu dan Bumiputera tetapi kita memandang positif kerana tidak semestinya parti demikian bersifat rasis kerana rasis itu ditakrifkan anti sesuatu kaum untuk mencintai kaum lain itu bukan rasis.
"Kami harap corak politik perkauman akan sentiasa dijauhi. Maka Amanah walaupun terbuka keahliannya, tetapi Bersatu mementingkan masa depan negara, maka kami alu-alukan,"katanya ketika sidang medianya  di ibu pejabat Amanah, di sini hari ini
Mengulas lanjut, Khalid berkata parti yang rasis adalah penubuhannya adalah bertujuan untuk menentang kaum lain berbeza dengan Bersatu yang mempunyai agenda utama untuk menentang BN yang tidak perlu dilabel buruk.
"Mungkin ia satu fasa yang perlu dilalui parti politik Melayu. Kita harap Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad sebagai penaja utama membawa pendekatan seperti ini.
"Walaupun untuk satu kaum tapi bebas perkauman. Ia rasis kalau menganjur sikap anti kaum yang lain," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangkau usia setahun, terbukti Amanah 'hidup'

Posted: 23 Aug 2016 05:03 AM PDT

Jangkau usia setahun, terbukti Amanah 'hidup'
KUALA LUMPUR - Genap setahun penubuhannya, Parti Amanah Negara (Amanah) kini sudah bersedia untuk menjadi parti arus perdana.
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, kini terbukti parti itu mampu 'hidup' dan mempunyai masa hadapan.
"Dengan 150 kawasan didaftarkan, dan 350 cawangan yang telah diluluskan, Amanah terbukti diterima ramai.
"Setelah genap setahun ini, kita menganjak ke alam kedewasaan dalam politik negara, oleh sebab itu sukacita kita maklumkan keberadaan kita dalam politik negara sudah sampai usia matang.
"Jadi kini kami (Amanah) sudah benar-benar bersedia untuk menjadi parti utama, parti politik arus perdana dalam negara kita," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat ‎parti itu, di sini, hari ini.
Katanya, sempena setahun penubuhan Amanah, parti itu akan mengadakan  majlis makan malam yang akan berlangsung di Kelab Alumni Universiti Malaya pada 17 September ini.
"Ia akan dihadiri oleh seluruh pimpinan parti Amanah dan rakan terdekat, seramai 300 orang dijemput pada hari tersebut," katanya.
Beliau yang juga merupakan pengerusi sambutan setahun Amanah berkata,  ‎pihaknya juga  akan membuat sambutan kemuncak parti itu pada 24 September ini di Muar Johor.
"Pelbagai aktiviti akan diadakan di Kompleks Y Square Hall, Lebuh AMJ Sungai Abong akan berlangsung pada jam 7 pagi berakhir 12 malam," katanya.
Amanah merupakan serpihan daripada Pas yang diasaskan oleh Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas yang meninggalkan parti itu bersama-sama beberapa bekas pimpinan.
Parti ini didaftarkan sebagai parti Pekerja-Pekerja Malaysia dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.
Amanah ketika ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang selepas bertanding atas tiket Pas.

Anis Syafiqah: ‘Satu dunia tahu kita dirompak, kenapa kita masih rileks?’

Posted: 23 Aug 2016 04:59 AM PDT

Jurucakap himpunan #TangkapMalaysianOfficial1, Anis Syafiqah Md Yusof pelik dengan sikap rakyat yang tidak mempeduli sedangkan 'seluruh dunia tahu bahawa negara ini telah dirompak'.
Dalam sebuah rakaman video yang dimuat-naikkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini, Anis dipaparkan dikelilingi oleh rakan-rakan aktivis pelajar dan anggota polis di luar kampus UiTM Seri Iskandar berhampiran Ipoh, Perak.
Memulakan ucapannya, Anis berkata, beliau dan rakan-rakannya mahu ke kampus berkenaan untuk menyampaikan maklumat berhubung Malaysian Official 1 (MO1) tetapi tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Katanya, kempen kumpulan itu yang adalah untuk menggesa pihak berkuasa menangkap MO1, sedangkan polis tidak melakukan apa-apa apabila adalah jelas bahawa wang negara telah dirompak.
"Kenapa polis tak nak tangkap perompak yang terang-terang merompak duit rakyat Malaysia. Duit mahasiswa, duit polis, polis juga rakyat Malaysia.
"Kenapa tak mahu fokus kepada perompak yang besar itu, kenapa nak fokus kepada kami yang kecil ini. Kami ini kecil, bukan siapa-siapa (pun), tak berbahaya
"Saya tak bawa apa-apa senjata pun, hanya bawa sekeping kertas untuk bagi tahu kawan-kawan di dalam (kampus)," kata Anis seperti yang dilihat dalam klip video yang dirakamkan Sabtu lalu.
Apa yang bermula sebagai ucapan jinak bertukar menjadi berapi-api apabila Anis mendakwa bagaimana wang berbilion-bilion ringgit disalahgunakan sedangkan wang berkenaan boleh digunakan untuk membiayai biasiswa untuk pelajar.
"Berapa orang boleh dapat manfaat itu. Takkan kita nak biar? Sampai bila kita nak biar perompak ini bersenang-lenang guna duit kita?
Read More / Baca Lagi >>

Gabungan #TangkapMO1 dakwa polis tipu lokasi mahkamah dengar permohonan reman

Posted: 23 Aug 2016 04:45 AM PDT

Muhamad Luqman berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Inspektor Khoo yang didakwa memberi maklumat palsu berhubung lokasi mahkamah.
Edar1_mo1
KUALA LUMPUR: Penganjur himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) menghantar satu memorandum kepada polis hari ini kerana mendakwa polis menipu lokasi mahkamah untuk pendengaran permohonan reman tiga mahasiswa Ahad lalu.
Jurucakap penganjur yang juga dikenali sebagai Gabungan #TangkapMO1, Muhamad Luqman Nul Hakim berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai penyiasat bernama Inspektor Khoo kerana didakwa memberi maklumat palsu berhubung lokasi mahkamah yang sepatutnya mendengar permohonan reman itu.
"Mereka dinafikan hak untuk diwakili peguam oleh pegawai berkenaan semasa pendengaran reman dengan memberi maklumat palsu mengenai lokasi mahkamah," katanya di pintu masuk Ibu Pejabat Bukit Aman.
Sabtu lalu, tiga mahasiswa ditahan polis kerana menceroboh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak ketika mengadakan sudut pidato dan mengedarkan risalah TangkapMo1.
Mereka ialah Timbalan Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Luqman Nul Haqim Zul Razali; Exco Dakwah Persatuan Mahasiswa Islam UM, Luqman Hakim Fazli dan Timbalan Pengerusi Pro Mahasiswa UM Sabah, Ashraff Nazrin.
Keesokannya, Mahkamah Majistret Batu Gajah meluluskan reman tiga hari supaya tiga mahasiswa itu dapat disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Read More / Baca Lagi >>

Soal Syed Husin kepada KPN kenapa tidak siasat MO1?

Posted: 23 Aug 2016 04:43 AM PDT


Syed Husin AliSyed Husin AliAktivis politik Syed Husin Ali mempersoalkan kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar untuk disiasat jika ada laporan terhadap dirinya dibuat.
Namun kenyataan itu dipersoalkan Syed Husin apabila pihak polis tidak membuka siasatan terhadap laporan yang telah dibuat beberapa pihak sebelum ini berkaitan dengan 'Malaysia Official One'.
Beliau menegur sikap Khaled di laman twitternya dengan berkata," Kita akan siasat walaupun laporan terhadap saya. Begitu kata IGP.Hebat sekali.Tapi kenapa tak siasat MO1? Pada hal puluhan laporan dibuat?," soal bekas Senator ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan terhadap Khaled kerana didakwa gagal bertindak terhadap jutawan Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.
Naib Presiden PKR itu mendakwa tindakan polis itu berbeza dengan tindakan pantas mereka terhadap pengkritik skandal 1MDB, termasuk dirinya sendiri.

Himpunan #TangkapMO1: Bersih tidak gentar dengan kehadiran baju merah

Posted: 23 Aug 2016 04:41 AM PDT


Bersih 2.0 akan turut serta dalam himpunan #TangkapMO1 tidak gentar dengan kumpulan baju merah yang dijangka akan turut hadir pada perhimpunan Sabtu ini.Bersih 2.0 akan turut serta dalam himpunan #TangkapMO1 tidak gentar dengan kumpulan baju merah yang dijangka akan turut hadir pada perhimpunan Sabtu ini.
Bersih 2.0 tidak gentar dengan kehadiran kumpulan 'baju merah' pro kerajaan untuk bersama hadir berhimpun semasa perhimpunan #TangkapMo1 Sabtu ini.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, tiada halangan untuk kumpulan baju merah berhimpun tetapi perlu tiada provokasi dan perlulah berhimpun secara aman.
"Jika baju merah yang datang, mereka boleh hadir, tetapi melakukannya dengan cara yang aman.
"Setiap orang berhak bersuara, tetapi secara aman. Kami telah melakukannya sebelum ini, jadi ia perlu menjadi norma mulai sekarang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau berkata Bersih 4, yang telah diadakan pada bulan Ogos tahun lalu, menunjukkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran boleh diadakan secara aman, tanpa sebarang keganasan atau kejadian tidak diingini.
Bersih antara kumpulan yang akan bersama menyertai himpunan aman pada 27 Ogos ini yang dianjurkan oleh beberapa NGO belia untuk memberikan tekanan kepada individu yang dikaitkan dengan "Malaysia Official 1" oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil jabatan itu berhubung penyalahgunaan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perhimpunan itu dijangka akan dimulakan di Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan sokong Program #TangkapMO1

Posted: 23 Aug 2016 04:40 AM PDT

Majlis Presiden Pakatan Harapan (Pakatan) menyokong program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa yang bakal berlangsung pada 27 Ogos di Kuala Lumpur.
Pakatan menggesa agar seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran turut turun beramai-ramai untuk menyokong program itu.
"Kami yakin dan percaya usaha anak muda dan mahasiswa ini mendatangkan hasil positif dalam menyelesaikan misteri "Malaysian Official 1″," kata kenyataan media bersama pimpinan Pakatan.

Kenyataan media bersama itu dikeluarkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program itu, termasuk tindakan reman tiga hari ke atas tiga aktivis mahasiswa yang membuat roadshow #TangkapMO1.

Pengisytiharan harta tidak jadikan keluarga sasaran jenayah, kata Rafizi

Posted: 23 Aug 2016 04:35 AM PDT


Rafizi Ramli Rafizi Ramli Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau sendiri tidak pernah diugut penjenayah meskipun mengiystiharkan hartanya kepada umum tahun lalu.
Katanya, alasan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tindakan itu mengundang jenayah tidak dapat diterima dan menunjukkan menteri wilayah persekutuan itu bimbang jumlah hartanya diketahui umum.
"Alasan yang diberikan Tengku Adnan mengenai risiko keselamatan adalah tidak masuk akal.
"Sebenarnya beliau takut dengan rakyat kerana beliau tidak berani untuk memperincikan harta dan sumbernya seperti yang saya buat tahun lalu.
"Saya tidak pernah diugut atau sesiapa dari keluarga saya menerima ancaman kerana penjenayah tahu saya tidak berduit," kata Rafizi dalam kenyataan medianya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab balas kenyataan Tengku Adnan yang tidak akan membuat pengisytiharan harta kepada umum kerana bimbang keluarganya menjadi sasaran penjenayah.
Sebaliknya Rafizi berkata pengiystiharan harta dapat membantu wakil rakyat menjalani kehidupan yang lebih aman dan selamat.
Bahkan katanya, beliau sendiri menerima lebih banyak sumbangan daripada orang ramai yang memahami beban kerjanya selepas mengiystiharkan harta.
"Dari masa ke semasa ada sahaja orang biasa yang datang ke pusat khidmat untuk menderma kerana mereka simpati dengan kedudukan kewangan saya dan keluarga.
"Saya jarang mendapat permohonan tajaan kerana semua orang tahu saya tidak berduit," kata Rafizi.
Rafizi tahun lalu mengisytiharkan aset bersih dimilikinya bernilai RM1.56 juta dan hutang sebanyak RM395,937.

Seribu dalih, kata Ideas selepas Ku Nan enggan dedah kekayaan

Posted: 23 Aug 2016 03:19 AM PDT

Penjawat awam di negara lain yang mempunyai tahap keselamatan lebih buruk tidak pernah memberikan alasan takut dirompak untuk mengelak pengisytiharan harta.
Wan-Saiful-Wan-Jan_Tengku-Adnan_600
KUALA LUMPUR: Sekiranya pegawai atasan di negara lain yang berdepan masalah keselamatan lebih meruncing boleh mengisytiharkan harta mereka, tidak ada sebab mengapa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tidak boleh berbuat perkara sama, kata sebuah badan pemikir.
Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) berkata pengisytiharan harta kepada orang ramai merupakan tanggungjawab penjawat awam.
"Sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat menuntut deklarasi aset secara terbuka tetapi pegawai dan ahli politik daripada kerajaan mahupun pembangkang masih cuba mengelak isu itu.
"Bak kata pepatah, 'hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
Sebelum ini, Tengku Adnan, atau Ku Nan, menolak gesaan beliau mengisytihar kekayaan peribadinya kepada umum kerana bimbang menjadi mangsa rompakan.
"Saya tidak akan isytihar kepada orang ramai kerana saya dahulu adalah seorang ahli perniagaan. Saya ada banyak aset.
"Saya tidak akan isytihar apa yang saya ada, kerana jika saya berbuat demikian, saya bimbang anak-anak atau isteri saya mungkin diculik. Semua benda boleh berlaku. Perompak boleh sasarkan kami," katanya.
Beliau digesa PKR menunjukkan teladan dengan mengisytiharkan harta selepas arahan beliau supaya jabatan di bawah kementeriannya meneliti semula pengisytiharan harta pegawai, susulan penangkapan seorang pegawai tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas kesalahan rasuah.
Wan Saiful berkata alasan kebimbangan keselamatan tidak boleh diterima.
Read More / Baca Lagi >>

BENARKAH NAJIB TIDAK MAHU SAMA-SEKALI MENGGANGGU PENGGANTINYA?

Posted: 23 Aug 2016 03:16 AM PDT

Berkatalah Najib Razak, satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia yang skandal kewangan melibatkan dirinya menjadi sebutan seluruh dunia, banyak perkara lain yang boleh dilakukannya selepas bersara nanti selain mengganggu penggantinya.

Katanya, beliau akan menghabiskan masanya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika berkuasa kerana kesuntukan masa.

"Bercucuk tanam ke, tengok Manchester main bola ke. Macam-macam kita boleh buat. Boleh pergi ke negara yang belum pernah dilawati.

"Boleh tulis buku. Kenapa saya nak ganggu pengganti saya?" ujar Najib lagi.

Mengapakah Najib awal-awal lagi memberi jaminan tidak mahu mengganggu penggantinya sedangkan beliau tiada perancangan sama sekali untuk berundur dalam masa terdekat ini?

Apakah beliau benar-benar boleh dianggap sebagai seorang yang baik dan budiman dengan pendiriannya itu?

Adakah Najib masih mahu berdiam diri juga jika penggantinya nanti melakukan kesalahan lebih besar sehingga menjadi kecaman masyarakat dan dunia?

Bagaimana pula jika penggantinya selepas PRU 14 nanti bukan daripada UMNO, apakah beliau masih tidak mahu mengganggu juga?

Sebenarnya adalah menjadi hak Najib untuk berpendirian tidak mahu mengganggu sesiapa yang menjadi Perdana Menteri selepas beliau bersara nanti. Tetapi ia juga dalam masa yang sama menunjukkan Najib sangat-sangat sedar tentang wajah dirinya yang sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah seru semua MP sokong ambil tindakan mahkamah di Amerika

Posted: 23 Aug 2016 03:12 AM PDT

Amanah menyambut baik tindakan inisiatif Dato Husam Musa. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehAmanah menyambut baik tindakan inisiatif Dato Husam Musa. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil inisiatif untuk meminta semua ahli ahli Parlimen Malaysia yg sayangkan Negara, baik dari Barisan Nasional atau Pakatan Harapan dan kesemua parti pembangkang lain, untuk bersama menyokong inisiatif Datuk Husam Musa dan Matthias Chang yang mengambil tindakan mahkamah di Amerika berkaitan skandal 1MDB baru-baru ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Bahrin Shah berkata semua pihak patut menyokong usaha yang murni ini kerana Islam menuntut keadilan dan mengwajibkan hak rakyat di tuntut dan di kembalikan kepada mereka di Negara ini.
"Berikutan Kenyataan DOJ dari Amerika tentang tindakan keatas asset 1MDB di Amerika Syarikat, dan tiadanya tindakan proaktif dari Kerajaan Malaysia, kami memandang serius perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Olehh itu Amanah menyambut baik tindakan dan inisiatif Dato Husam Musa, yag telah mengambil tindakan Mahkamah di Amerika bagi pihak rakyat untuk mengembalikan aset dan hak Rakyat Malaysia.
"Tanggung jawap ini sepatutnya dipikul oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Dato Najib," katanya.
Amanah juga katanya, sedang mengkaji kemungkinan tindakan yang sama akan diambil di Negara negara lain yg berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Saman Husam dan Matthias kes 1MDB, MP Amanah pohon perkenan Agong

Posted: 23 Aug 2016 03:11 AM PDT


 Ahli Parlimen Amanah sepakat akan hantar surat kepada Yang Dipertuan Agung memohon perkenan tindakan Datuk Husam dan Matthias Chang memfailkan saman bagi membawa balik harta negara dalam skandal 1MDB.Ahli Parlimen Amanah sepakat akan hantar surat kepada Yang Dipertuan Agung memohon perkenan tindakan Datuk Husam dan Matthias Chang memfailkan saman bagi membawa balik harta negara dalam skandal 1MDB.
Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan surat kepada Yang diPertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.
Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, surat itu akan ditandatangi enam ahli parlimen Amanah sebelum diserahkan kepada YDPA dalam waktu terdekat.

Khalid Samad dalam sidang media pagi ini.Khalid Samad dalam sidang media pagi ini."Kami daripada Amanah menyediakan surat kepada Yang dPertuan Agong yang mana enam ahli parlimen Amanah akan menandatangani surat itu meminta supaya Yang diPertuan Agong memberi perkenan atas usaha Husam dan Matthias," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Selain beliau, lima lagi ahli parlimen Amanah ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar); Hanipa Maidin (Sepang).
Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.
Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)