Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:00 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Clamping' DBKL akan berkuatkuasa bermula 1 September 2016 dikawasan yang diwartakan..

Posted: 22 Aug 2016 04:10 PM PDT


JANGAN RISAU, kan Najib dah kata pada 19 Mei 2015.. "KUTIPAN GST AKAN DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT"

Zahid lpengerusi perbahasan Majlis Keselamatan PBB..Najib takut ke Amerika....!!!

Posted: 22 Aug 2016 03:54 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan tiba di New York pada Isnin (22 Ogos) untuk melakukan lawatan kerja
lima hari ke Amerika Syarikat dan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Selasa.
Menurut para pegawai Malaysia, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, akan mempengerusikan perbahasan tentang 'Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara' di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Ia sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat dari 22
hingga 27 Ogos.
Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota dengan kuasa besar seperti Rusia, United Kingdom, Perancis, China dan Amerika Syarikat merupakan lima anggota tetap badan berkenaan.
Anggota tetap ini boleh membatalkan sebarang resolusi substantif Majlis
Keselamatan, termasuk berkaitan kemasukan negara anggota baharu atau calon bagi jawatan setiausaha agung manakala 10 anggota bukan tetap dipilih pada asas serantau untuk berkhidmat bagi tempoh dua tahun.
Read More / Baca Lagi >>

MANA NAK SOROK LAGI NAJIB !!!

Posted: 22 Aug 2016 03:50 PM PDT

"Derma AS$681 juta bukan datang dari Arab Saudi, TETAPI 1MDB" - Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Salah tetap salah, tidak ada hukum dunia yang boleh menghalalkannya..mereka yang bersekongkol juga tidak akan terlepas akhirnya..

Antara Setia & Penjilat Tegar.....

Posted: 22 Aug 2016 03:49 PM PDT

Antara setia & menjilat, mana satu WAJIB ada dalam diri Ameno sampaikan nak mati pon mesti bersama Ameno ??

SELEPAS MOHON MAAF DARIPADA AGONG, SIAPAKAH MO1 SEBENAR DALAM PEMAHAMAN TERKINI NAWAWI?

Posted: 22 Aug 2016 03:47 PM PDT

Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad akhirnya akur untuk memohon  kemaafan daripada Yang Dipertuan Agong berikutan keterlanjurannya mengaitkan nama Baginda sebagai Malaysian Official 1.

Pada mulanya Nawawi agak berdegil dan cuba mempertahankan apa yang diperkatakannya itu, malah menyatakan hanya akan meminta maaf jika dititahkan oleh Agong.

Bahkan kata-kata Nawawi seperti dipetik Malaysiakini, "Kalau nak minta maaf, saya mestilah bersalah. Tetapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa", terselit unsur-unsur keangkuhan yang ketara dalam dirinya yang kerdil dan bersaiz kecil itu.
Tetapi, setelah semalam Majlis Kerabat Diraja Kedah sendiri tampil menyatakan rasa kesal terhadap tindakan Nawawi itu, barulah beliau nampaknya sedar keterlanjurannya sudah sampai ke peringkat begitu menyinggung  perasaan pihak Istana, lalu sedar tiada pilihan lain baginya selain meminta maaf.

Sebelum itu, pelbagai pihak turut tampil mengecam tindakan Nawawi mengaitkan nama Agong sebagai Malaysian Official 1, malah seruan agar beliau segera meminta maaf juga banyak kedengaran.

Meskipun demikian, yang menjadi persoalan ialah mengapa Nawawi hanya membacakan saja kenyataan meminta maaf itu, namun tidak ada sama sekali menyatakan hasrat mahu memohon mengadap Agong bagi tujuan tersebut?

Bukankah lebih manis dan beradab, selain memohon maaf secara terbuka, Nawawi juga perlu mengadap Agong, bukan saja untuk menyampaikan permohonan maafnya secara peribadi, malah rasa kesalnya juga terhadap Baginda atas keterlanjurannya itu?
Read More / Baca Lagi >>

PKR mahu senarai projek dikendali ‘DBKL Official 1’

Posted: 22 Aug 2016 03:44 PM PDT

Fahmi juga mahu Ku Nan mendedahkan peratusan projek yang gagal disiapkan mengikut jadual.
fahmi-kunan-1
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa Menteri Wilayah Persekutuan mendedahkan semua projek dikendalikan seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa merasuah.
Fahmi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang projek tender terbuka boleh menimbulkan masalah apabila pembida menawarkan harga rendah tidak dapat menyiapkan projek mengikut masa ditetapkan.
Fahmi menyangkal dakwaan Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan itu dan mahu projek dikendalikan suspek 'DBKL Official 1' itu didedahkan.
"Saya mempelawa Tengku Adnan mengumumkan jumlah projek yang diberikan melalui tender terbuka dan rundingan terus membabitkan 'DBKL Official 1'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, cara pemerolehan kerajaan ialah melalui tender terbuka dan rundingan terus.
Fahmi mempersoalkan jika Tengku Adnan tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang komited kepada tender terbuka untuk membasmi rasuah.
"Adakah ini bermakna Ku Nan tidak setuju dengan PM dan presiden Umno yang lebih utamakan tender terbuka?
"Jika Ku Nan percaya tender terbuka mendatangkan masalah, adakah beliau mempunyai maklumat dan bukti mencukupi untuk mengubah dasar penting kerajaan?
"Ini kerana maklumat dan bukti berasaskan dasar adalah satu daripada asas kerajaan yang kami sahkan," katanya yang mahu Ku Nan mendedahkan peratusan projek yang gagal disiapkan mengikut jadual.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang mahu Nawawi dihukum walaupun sudah mohon maaf

Posted: 22 Aug 2016 07:46 AM PDT

Mereka mahu tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Langkawi kerana membuat aduan palsu
lim-lip-eng-1
PETALING JAYA: Sekiranya Datuk Nawawi Ahmad merasakan permohonan maaf terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Facebook sudah memadai, beliau mungkin tersilap.
Salah seorangnya, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng yang berpandangan permohonan maaf Nawawi itu bukti beliau membuat laporan polis palsu – laporan yang menafikan beliau berkata Yang di-Pertuan Agong adalah Malaysian Official 1 (MO1).
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam laporannya bulan lalu mendakwa MO1 didakwa menerima AS$731 juta yang digelapkan daripada 1MDB.
Butiran laporan DoJ itu berkata MO1 adalah "pegawai kanan Kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan penting dalam 1MDB", dan individu itu mempunyai ikatan kekeluargaan dengan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Lip Eng berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu jelaskan adakah tindakan boleh diambil terhadap Nawawi.
"Tidakkah Nawawi perlu ditahan?" soal Ahli Parlimen Segambut kepada FMT.
Rakannya Teresa Kok berkata Nawawi perlu meminta maaf secara menghadap dan memohon keampunan.
Read More / Baca Lagi >>

Politik - Jangan sekali-kali terperangkap menjadi fanatik, ekstrem atau idealis kental.

Posted: 22 Aug 2016 07:26 AM PDT

Oleh Fathi Aris Omar

Kalau kita terlibat dalam politik, apa jenis politik sekali pun, kita jangan sekali-kali terperangkap menjadi fanatik, ekstrem atau idealis kental.

Harus ada ruang gerak yang sedikit pragmatik dan realis sekira-kiranya perlu untuk keanjalan berstrategi. 

Jika kita terlalu fanatik sehingga membeku dan terlalu yakin diri tanpa menilai gerak politik persekitaran di sekeliling kita, pilihan-pilihan gerak kita akan terbatas.

Kekakuan ini akan merimaskan kita sehingga menyebabkan kita lemas.

Atau, kita tidak mampu menyusun gerak untuk mengambil ruang sewaktu muncul kesempatan untuk memajukan agenda bersama.

Tidaklah pula bermakna kita tidak harus idealis, tidak harus bercita-cita murni atau tidak berprinsip.

Dalam politik, setiap gerak boleh disusun, termasuk menangguhkan kepentingan kecil demi kepentingan bersama yang lebih besar.

Jika kita boleh mengkritik dengan hujah yang rasional dan bernas, sekali gus tidak mencipta tembok perseteruan tajam, maka ini bermakna kita realistik dalam idealisme kita.

Jika kita terpaksa sedikit tawadhu' dan mengendurkan posisi kita, sekira-kiranya tidak menghilangkan prinsip dan himmah diri, maka inilah pendekatan yang tidak fanatik, tidak ekstrem dan tidak idealis kental.

Dengan kata lain, kita tidak boleh mempersiapkan jentera serangan tanpa menyediakan jentera perdamaian; mempersiapkan ketumbukan yang meruntuhkan tanpa menyediakan pasukan pembangunan semula.

Menyerang, menangguhkan serangan, berdamai dan menangguhkan perdamaian semuanya strategik dan taktik dalam politik.
Read More / Baca Lagi >>

Rebel Umno sasar 10,000 ahli sertai #TangkapMO1

Posted: 22 Aug 2016 07:25 AM PDT

Dijangkakan seramai 10,000 penyokong Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyatakan pendirian mereka untuk turut menyertai himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini.
Rebel Umno sasar 10,000 ahli sertai #TangkapMO1Presiden GKCM Kamarulzaman Habibur Rahman mendesak semua ahli GKCM seluruh negara dan rakyat Malaysia untuk turun menyokong perhimpunan yang akan diadakan itu.
"Kita menyokongan gerak kerja anak muda seperti mahasiswa untuk menganjurkan perhimpunan sedemikian. Ini kerana merekalah kumpulan yang peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam negara pada hari ini.
'Kita jangka ahli dan rakyat akan menyertai himpunan ini bersama golongan anak muda ini," ujarnya dalam sidang media diadakan petang ini.
Manakala Timbalan Presiden Datuk Mohd Zin Mustafa pula berkata, penyelewengan yang berlaaku dalam 1MDB telah membawa kepada beban kos sara hidup rakyat.
Justeru katanya, GKCM menyeru ahli serta masyarakat berbilang kaum agar memberi sokongan penuh kepada gerakan anak muda dan mahasiswa dalam perhimpunan aman ini.
"Masa telah tiba untuk rakyat bangun dan bersuara. Ini bukan masa untuk berdiam diri.
"Berilah sokongan kepada anak muda agar kehidupan generasi akan datang tidak tergadai angkara Malaysia Official Number One ini," ujarnya.
Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan, kebanyakannya belia, telah menunjukkan sokongan mereka terhadap perhimpunan itu dengan PKR, DAP dan Amanah yng berikrar untuk turut serta, yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan belia, mahasiswwa dan disokong Bersih 2.0.

NAFIKAN DANA 1MDB DIGUNAKAN UNTUK 'PARTI SEKS' DICAPRIO

Posted: 22 Aug 2016 07:11 AM PDT

"Apakah dengan berdiam diri itu, PAS merestui dana 1MDB disalahguna sewenang-weanngnya? Apakah bagi PAS adalah HALAL bagi bukan Islam menggunakan wang 1MDB bagi parti seks?"
Pihak yang rimas, tidak selesa atau merasa sangsi dengan kritikan serta pendedahan demi pendedahan media Barat mengenai bagaimana dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk 'maksiat melampau',  wajar melakukan penyelidikan dan jangan membiarkan negara dan 1MDB menjadi bahan 'belasahan'.
Cari jalan untuk menjawab atau nafikan bahawa wang 1MDB tidak terbabit langsung dengan kegiatan mungkar itu.
Bukan sahaja cerita sebegini akan mendatangkan pelbagai spekulasi tetapi ia menjejas dan memalukan rakyat malah imej Malaysia sebagai negara Islam pasti terjejas.
'Maksiat melampau' ini tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri, pemimpin UMNO atau kerajaan secara langsung tetapi tempiasnya amat besar.
Apakah rakyat kita begitu  mudah dimanipulasi dan  negara kita begitu terdedah kepada perbuatan bersifat iblis oleh pihak-pihak tertentu menggunakan 'wang rakyat' bagi tujuan yang dilarang oleh Islam?
Yang bijak pandai dalam kumpulan tentera siber yang digaji dan mendapat upah daripada parti politik yang menyokong kerajaan, khususnya UMNO atau kerajaan dan ada yang mendapat latihan sehingga ke luar negara,  kenapa berdiam diri?
Nafikan laporan media Barat yang memburukkan 1MDB yang tempiasnya sangat dirasakan oleh negara, apa lagi  pendedahan terbaru The Hollywood Reporter (THR) bertajuk "Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation".
Ini kerana laporan terbaru THR itu menyebut sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat membuat tuduhan berat bahawa  aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan strategik negara Malaysia itu, mungkin ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Di sini disebut mungkin dan sudah pasti ada ruang untuk diselidiki dan diperbetulkan laporan itu untuk membersihkan 1MDB.
Menurut THR, "While the complaint does not target DiCaprio — he's referred to twice in the 136-page document and only as "Hollywood Actor 1" — the scandal shines an unfamiliar light on the charitable foundation of the most powerful actor in Hollywood thanks to the way the LDF has benefited directly from DiCaprio's relationship with key figures in the saga."
Siapa "key figures" berkenaan? 
Laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika sudah mendedahkan baru-baru ini nama-mana mereka dan sewajarnya bagi yang bersimpati dengan 1MBD, akan  berusaha membersihkan nama mereka yang disabitkan oleh DOJ itu.
DiCaprio terkenal di seluruh dunia bukan sahaja kerana lakonannya tetapi juga dengan penganjuran parti liar.
Membersihkan 1MDB ini penting bukan sahaja penting untuk 'membebaskan tempias' terhadap Perdana Menteri tetapi juga kerajaan, UMNO dan semua pihak yang sering dijadikan bahan belasahan oleh media antarabangsa dan pembangkang di negara ini.
Cara menutup mulut pembangkang ialah menidak atau menyakinkan rakyat bahawa laporan seperrti yang dibuat oleh THR ini BOHONG, BERNIAT JAHAT dan TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Read More / Baca Lagi >>

Bimbang keselamatan keluarga, kaya sangatkah Ku Nan?

Posted: 22 Aug 2016 07:08 AM PDT

Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan harta yang dimilikinya kerana bimbang akan dirompak atau anaknya diculik adalah sama sekali tidak berasas.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Tengku Adnan seperti mengandaikan polis tidak mampu menjalankan tugas dengan baik untuk menjaga keselamatan diri dan harta rakyat daripada ancaman penjenayah dengan kenyataan sedemikian.
"Jika pandangan beliau ini benar, kerajaan wajar melarang pihak media daripada melaporkan pengumuman saban tahun senarai 20 orang terkaya Malaysia, kerana publisiti sedemikian akan mengancam keselamatan harta dan keluarga mereka.
"Kalau cara pemikiran Ku Nan itu boleh diterima, warga asing kaya-raya tidak patut melancong ke Malaysia, tidak kiralah untuk bercuti atau bekerja, kerana mereka mungkin dirompak atau diculik," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk DAP meminta agar Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan mengisytiharkan asetnya kepada umum berikutan wujud pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didapati terlibat dengan rasuah.
Walau bagaimanapun, Ku Nan dalam satu kenyataan berkata, beliau enggan berbuat demikian dengan alasan kononnya ia akan menyebabkan penjenayah merompak keluarganya atau menculik anaknya.
Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Kuala Lumpur menjelaskan, kebimbangan Ku Nan itu tentu disebabkan oleh kekayaan yang melimpah-ruah sehingga mampu mendapat perhatian penjenayah mahupun perompak.
"Jika kerisauan menteri Umno ini benar-benar berasas, kekayaannya pastilah begitu hebat sehingga ia boleh mengejutkan negara dan memalukan taikun-taikun negara, sekiranya ia diisytiharkan kepada umum," katanya.
Beliau menegaskan, Ku Nan tidak harus enggan mengisytiharkan pendapatan tahunannya selepas beliau menjadi Menteri sepenuh masa walaupun memiliki banyak aset melalui perniagaan sebelum menjadi ahli politik.

1MDB: Antara biaya haji, hutang judi dan pesta seks

Posted: 22 Aug 2016 07:00 AM PDT


Slide1


Walaupun sudah masuk alaf ke-21, seks masih menjadi satu topik 'taboo' dalam masyarakat kita. Sebab itu jugalah sebahagian parti politik di Malaysia gemar menggunakan isu seks seperti video atau orientasi seksual bagi mengenakan musuh politik mereka. Rakyat Malaysia dalam sekelip mata terus berubah menjadi terlebih alim, bertubi-tubi menghukum pihak yang terlibat dalam hal seumpama itu.
Kita juga boleh lihat bagaimana badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selalu merempuh masuk rumah dan bilik hotel untuk menghentikan sebarang parti liar atau menangkap pasangan yang berkhalwat. Pendek kata, negara ini negara 'suci' yang menganggap sebarang perlakuan seks tanpa nikah, sama ada lurus atau songsang sebagai menjijikkan.
Maka pastinya negara ini tiba-tiba 'terbalik' apabila mendengar dakwaan daripada penerbitan industri hiburan, The Hollywood Report (THR) bahawa aset yang katanya dicuri daripada syarikat kepunyaan Kementerian Kewangan, 1MDB ada kaitan dengan yayasan kebajikan milik Leonardo DiCaprio.
Dan yayasan kebajikan Leonardo DiCaprio itu amat terkenal dengan cara kutipan dananya – bukan di majlis atau forum kecil seperti DAP, tetapi di parti-parti liar anjurannya!
Parti-parti liar itu pula bukan calang-calang. THR menyatakan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio adalah parti liar serba bebas dan 'bacchanal' yang dimeriahkan dengan wanita-wanita Slavic yang menjolok mata dan seks secara terbuka di bilik mandi.
'Bacchanal' merupakan kata lain untuk 'orgies' atau pesta seks berkumpulan.
Jika dakwaan THR itu benar, tidak mustahil dana yang dicuri daripada 1MDB sebelum ini didermakan kepada yayasan berkenaan di salah satu pesta liar tersebut, seperti dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini.
Lebih-lebih lagi, THR menyatakan ahli perniagaan yang didakwa terlibat dengan skandal 1MDB, Jho Low adalah tetamu tetap pesta-pesta seks yayasan kebajikan itu, namun bayangnya tidak kelihatan di majlis tahun ini pada 20 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrol Halmi bakal dikambing-hitam, seperti Sirul dan Azilah dalam kes Altantuya – Tony Pua

Posted: 22 Aug 2016 06:59 AM PDT


Tony Pua 3KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Siasatan terhad pihak polis berdasarkan cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bawah arahan kabinet ke atas skandal 1MDB bakal berakhir dengan menjadikan Datuk Shahrol Halmi sebagai kambing hitam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa pihak polis telah melengkapkan siasatan fasa pertama ke atas 1MDB, berdasarkan lima cadangan PAC.
Namun menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, satu-satunya permohonan PAC yang tidak termasuk dalam lima cadangan itu ialah supaya bekas Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan mereka yang terlibat, disiasat oleh pihak berkuasa.
"Jelas bahawa Datuk Shahrol akan dijadikan kambing hitam bagi mengurangkan tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," ujar Tony dalam satu kenyataan.
Bagi Pengerusi DAP Selangor itu, mereka yang berkuasa akan dapat mencuci tangan daripada skandal terbesar dalam sejarah negara apabila Datuk Shahrol dipenjarakan.
Namun persoalan yang bakal timbul ialah apakah motif Datuk Shahrol menggelapkan wang berbilion dolar itu sedangkan beliau tidak didedahkan sebagai penerima manfaat wang yang digelapkan terbabit, dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ).
"Tidak ada beza dengan kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2006, apabila Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh wanita Mongolia tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Isteri berkerja dengan Menteri ...

Posted: 22 Aug 2016 06:53 AM PDT

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Di zaman saya berkerja sebagai penjawat awam dulu.. semua perlantikan jawatan khasnya ke jawatan strategik dan bertugas di jabatan penuh rahasia khasnya pejabat Menteri.. memerlukan tapisan keselamatan yang ketat oleh pihak Jabatan Keselamatan Kerajaan yang biasanya merujuk dengan pihak Polis.

Maka sesiapa yang bertugas di Jabatan Strategik dan juga pejabat Menteri. sudah pasti melepasi tapisan itu dan telah membuat akuan bersumpah menyimpan rahasia.
Tetapi hari ini saya nampak khasnya pegawai di pejabat Menteri termasuk Tim Menteri main suka sahaja melantik.. dan setengah di bayar oleh agensi Kementerian tetapi berkerja di Pejabat Menteri.
Masa dulu-dulu jika berkerja di pejabat Menteri.. keduanya akan ditapis dan siasat latar belakangnya, ia itu jika si isteri berkerja dengan pejabat Menteri.. si suami kena dilaporkan juga apa kerja dan pendapatannya termasuk asset atau hartanya. begitu juga sebaliknya.
Maka bila serangan berlaku kepada pegawai perempuan Pejabat Menteri dan ada pegawai bukan sahaja dilihat tetapi nampak dengan nyata kehidupan harian luar pendapatan dan kemampuan. Di rasakan menyalah gunakan kududukannya dan dia sendri terlibat membantu kroni dalam kontrak dan tender dalam Kementerian.
Jika di bangkitkan akan Menteri punya pegawai perempuan sedemikian dimana dalam media sosialnya menunjukan kemewahannya termasuk percutian luar negeri dengan penerbangan bisnes clas dan membeli belah dan juga menunjuk beg jenama mewah yang harga tidak kurang RM30k. Mereka akan menjawab.. suaminya orang bisnes.
Kesimpulannya jika untuk menghalalkan terima rasuah dan salahguna kuasa.. pegawai wanita itu akan menjawab "suami saya orang bisnes". walhal kita tahu latar belakang suaminya dahulu hanya 'orang sepak kertas' dikaki lima. Dan hidup berubah sejak berkerja dengan Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya rakyat yang boleh tangkap Najib Razak

Posted: 22 Aug 2016 06:52 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sesiapa pun tidak akan membantah mana-mana pihak untuk menyelamatkan khazanah dan maruah negara. Tindakan atau gerakan untuk mengguling pemimpin yang korup yang bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kerugian buat rakyat perlu disokong. Tidak perlu berkompromi dengan mana-mana penyangak wang negara.

Bagaimana pun dalam usaha dan tindakan itu wajarlah ia dianalisa apakah tindakan dan usaha itu rasional, memberi kesan baik atau tidak.
Demo yang dinamakan Tangkap MO1, yang dirancang akan diadakan 27 Ogos, Sabtu ini bagi saya tidak begitu memberi kesan kepada natijah yang hendak dicapaikan. Demo itu seperti mana kata pihak pengajuran, Gabungan Tangkap MO1, ialah untuk mengajak rakyat memberi tekanan agar penjawat jawatan nombor satu negara ditangkap.

Terus terang orang dimaksudkan itu ialah Najib Razak. Sebab dan analasan kenapa Najib perlu "ditangkap" ialah kerana beliau dikaitkan dengan skandal 1MDB dan skandal-skandal "anak" (subsidiri) yang lain yang merugikan negara berskala besar.

Saya kata demo itu tidak berkesan dan satu tindakan membuang masa sahaja kerana siapalah yang hendak tangkap Najib? Kalau tekanan itu meminta pihak berkuasa menangkap dan menghukum Perdana Menteri itu serta mengheret orang-orang terlibat, ia sudah tidak memberi apa-apa kesan lagi. Tindakan dan gesaan itu hanya sia-sia sahaja. Keringat yang mercik kerana berdemo tidak akan berbaloi pun. Najib tidak akan terusik walaupun setengah tapak dari kedudukannya kini.

Semua pihak berwajib yang mempunyai kuasa untuk bertindak ke atas Najib sudah pun cuba berbuat seperti yang diharapkan itu. SPRM sudah pun menyiasat kes berkenaan, tetapi apa hasilnya? Tindakan SPRM tidak pun ke mana, sebalik orang-orang yang dilihat bekerja keras siang dan malam untuk menyelamatkan khazanah negara dan meletakan negara di martabat terbaik dipecat atau meletak jawatan.

Begitu juga dengan PDRM, telah cuba untuk menyiasat kes berkenaan, tetapi ia berakhir begitu sahaja. Tidak ada mana-mana pegawai tinggi polis termasuk ketuanya yang setia akur kepada sumpah dan janjinya. Kuasa orang di atas, lebih tinggi dan menghalang mereka daripada bertindak lebih bermakna dari itu. Kertas sumpah mereka hanya tergumpal dalam poket seluar sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Nada Muhyiddin 'Tak Serupa Bikin" ...

Posted: 22 Aug 2016 06:50 AM PDT

SEMUA maklum bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengkritik tegar DAP selama ini.

Tetapi apabila Muhyiddin pusing 360 darjah bersekongkol pula dengan parti diketuai Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk berganding menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, semua menggeleng-gelengkan kepala.
Apa sudah jadi dengan Muhyiddin? Kit Siang yang sejak sekian lama menjadi `peluru' oleh Muhyiddin dalam meraih sokongan orang Melayu, kini duduk di sebelahnya dan dijadikan rakan kongsi sejak menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Muhyiddin yang turut menentang campur tangan asing di negara ini sebelum ini turut cakap tidak serupa bikin sekarang.
Nada bakal Presiden Pribumi itu kini jauh berbeza jika diperhatikan kenyataan-kenyataan pedasnya terhadap DAP dan anasir asing selama ini.
"Walaupun mereka (kuasa asing) berhak memberikan pandangan tetapi kita lebih berhak untuk menjunjung institusi keadilan yang telah kita amalkan selama ini. Kalau kita tunduk, bukan sahaja bermakna kita lemah, ia juga bermakna kita sudah lari daripada dasar negara ini yang amalkan demokrasi dan pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman."
* Semasa mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak tunduk kepada desakan anasir asing.
* 20 FEBRUARI 2010
"Pengalaman negara lain harus menjadi iktibar kepada kita. Lihatlah di Asia Barat bagaimana kuasa asing campur tangan kononnya untuk membantu menyelesaikan keadaan huru-hara di negara berkenaan. Sebab itu kita mahu elak perhimpunan Bersih daripada diadakan dan ini juga rasional mengapa pihak berkuasa perlu bertindak tegas."
* Menyelar perhimpunan jalanan, Bersih.
* 2 JULAI 2011
"Campur tangan asing terhadap kedaulatan negara ini amat berbahaya kepada negara dan rakyat. Barisan Nasional (BN) langsung tidak membenarkan kuasa asing mencampuri urusan negara kita."
* Mengecam tindak tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan cuba menggadai maruah negara.
* 21 OGOS 2008
"Ketua Pembangkang meminta campur tangan kerajaan asing untuk memastikan pilihan raya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan BN, dia tergamak meminta campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara kita."
* Menjelang Pilihan Raya Umum 2013.
* 28 NOVEMBER 2012
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia ramai ulama penghukum, tetapi tandus penentang korupsi

Posted: 22 Aug 2016 06:06 AM PDT

Presiden Amanah Mohamad SabuMalaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Menyifatkan penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulamak yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

"Umat Islam kaya dengan ulama-ulama yang menghukum, yang menggelarkan kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik lagi.

"Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, skandal terbesar negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah tidak menjadi rahsia umum apabila didedahkan oleh banyak pihak termasuk Sarawak Report dan Department Of Justice (DOJ), Amerika Syarikat.

Read More / Baca Lagi >>

#TangkapMO1: Semakan semula reman tiga pelajar tidak wajar, kata peguam

Posted: 22 Aug 2016 06:05 AM PDT

Mohd Fitri AsmuniMohd Fitri Asmuni
Peguam, Mohd Fitri Asmuni menyifatkan semakan semula untuk meneruskan perintah reman terhadap tiga aktivis mahasiswa yang ditahan semalam adalah tidak wajar.
"Reman akan tamat esok hari jam 9.40 pagi. Seandainya pihak polis membuat keputusan untuk melanjutkan reman esok, kami akan membuat bantahan sekeras-kerasnya," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berpendapat, semakan semula tidak akan didengar oleh mahkamah pada hari ini memandangkan terdapat prosedur perlu dipatuhi yang menyebabkan pendengaran kes terpaksa dilakukan pada hari lain.
"Kami juga dimaklumkan oleh Mahkamah Ipoh bahawa Pendakwaraya mengikuti kursus dan tidak ada kes-kes jenayah didengar pada masa sekarang termasuk 'revision' ini sekiranya ia terus difailkan," jelasnya dalam kenyataan bersama peguam Khairul Anuar Musa.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: Saya punya standard lebih kurang Obama

Posted: 22 Aug 2016 05:51 AM PDT

Akibat kecederaan kakinya yang terseliuh semasa beraksi dalam perlawanan kebajikan beberapa dekad yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengakui terpaksa melupakan permainan kegemarannya iaitu bola sepak dan kini meminati golf.
Dalam sesi dialog 60 minit bersama pelajar pada 18 Ogos lalu, Najib diminta berkongsi pengalamannya bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, semasa cuti Krismas, 2014.
"Saya partner dengan Obama. Dia pun boleh tahan tetapi saya punya standard lebih kurang Obama la.
"Tidak mahu kalah, tidak mahu kalah," katanya.
Najib juga ditanya mengenai jumlah handicap golf sekarang.
"Handicap tengok pada siapa saya lawan," katanya peserta Kembara Mahasiswa Nasional, minggu lalu.
Transkrip penuh wawancaranya dimuat-naik di blog rasmi Najib hari ini.
Percutian Najib ketika itu terpaksa dipendekkan dan beliau bergegas pulang ke tanah air kerana negeri-negeri di pantai timur dilanda apa yang digambarkan sebagai kes banjir paling teruk.
Permainan golf itu menjadi kebanggaan Najib dan beliau dilaporkan berkata kepada sekumpulan pelajar Malaysia di New York pada September tahun lalu bahawa dirinya adalah satu-satunya perdana menteri yang diberi peluang bermain bersama Obama.
Pada dialog itu Najib sempat memberi nasihat kepada pelajar untuk 'warm-up' terlebih dahulu.
"Zaman muda main bola tetapi lutut saya ini, saya buat silap. Bila saya jadi Menteri Belia dan Sukan, saya masa itu rasa saya muda lagilah pada masa itu.
Read More / Baca Lagi >>

AMK: PTPTN perlu kaji keputusan henti pembiayaan penuh

Posted: 22 Aug 2016 05:48 AM PDT

Angkatan Muda KEADILAN meminta kerajaan mengkaji semula keputusan Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pembiayaan penuh kepada pelajar yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata keputusan itu bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar, bahkan menyukarkan rakyat Malaysia mendapatkan pendidikan di peringkat lebih tinggi.

NIK-NAZMi"Kenaikan kos sara hidup yang tinggi sudah pasti akan memberi kesan kepada peminjam.
"Tanpa PTPTN atau apa-apa bantuan kewangan seumpamanya, majoriti rakyat Malaysia akan menghadapi kesusahan untuk menyambung pelajaran sehingga ada yang terpaksa meminjam daripada keluarga, kawan, malahan lebih teruk ada juga yang meminjam daripada Ah Long.
"Faktor ini perlu juga diambil kira kerana keperluan kehidupan harian seperti makan minum, kos pengangkutan dan bayaran sewa serta utiliti rumah mesti diutamakan," katanya dalam kenyataan.
Nik Nazmi berkata, pihaknya memahami keputusan itu disebabkan kadar bayaran balik yang rendah.
Bagaimanapun, katanya, PTPTN juga harus sedar bahawa badan itu merupakan sumber utama bagi pelajar untuk menyambung pengajian ke IPTA.
"Masalah pembayaran semula ini telah lama dikenalpasti PTPTN dan sehingga kini mereka masih gagal melaksanakan sebarang tindakan perancangan yang berkesan untuk mengatasinya.
"Malah, daripada dulu lagi KEADILAN menyarankan kerajaan mengkaji punca sebenar permasalahan ini. Sehingga kini, kami tidak dimaklumkan tentang sebarang kajian yang dibuat," katanya.
Pada 21 Ogos lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata trend bayaran balik yang masih rendah dalam kalangan peminjam sedia ada menyebabkannya terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baru.
Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.
PTPTN juga hanya meluluskan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut IPTA dan 85 peratus kepada penuntut IPTS.

Pemuda PKR cabar Khairul debat ‘konspirasi guling Najib’

Posted: 22 Aug 2016 05:47 AM PDT

Pemuda PKR mencabar Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun untuk berdebat, berikutan kenyataannya secara tegas mengulangi bahawa wujud satu konspirasi tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN.
Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan hari ini berkata, cabaran itu dibuat berdasarkan kenyataan terkini Khairul Azwan, melalui ucapannya pada mesyuarat Umno bahagian Teluk Kemang Sabtu lalu.
"Pemuda PKR bersedia untuk menaja tempat dan menjemput media dalam dan luar negara untuk liputan debat ini dan Saudara Khairul Azwan hanya perlu menamakan tempat, tarikh dan masa untuk acara ini dianjurkan.
"Saya selaku Timbalan Ketua Pemuda PKR juga bersedia untuk tampil sepentas bagi berdebat dengan beliau mengenai konspirasi ini," kata Afif yang juga adalah ADUN Seberang Jaya.
Katanya, tajuk tentatif debat itu adalah "Saman DOJ: Satu Konspirasi Jatuhkan PM?"
Ini merujuk kepada saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keeadilan (DOJ) Amerika Syarikat, baru-baru ini untuk mendapatkan hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara bermasalah 1MDB.
Najib dan pemimpin Umno lain sebelum ini memberi amaran bahawa saman ahkamah DOJ mungkin sebahagian daripada konspirasi antarabangsa untuk menjejaskan kestabilan kerajaan BN.
Dalam laporan polis yang dibuat bulan lalu, Khairul Azwan menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkomplot untuk menjatuhkan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

MCA sudah muktamadkan calon PRU14

Posted: 22 Aug 2016 05:46 AM PDT

Liow berkata MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen milik mereka di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari UMNO.
Liow-Tiong-Lai-MCA
JELEBU: MCA sudah memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenanginya pada pilihan raya umum lepas, kata presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Liow, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.
"Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, kami sudah mengenal pasti kesemua 10 kerusi berkenaan.
"Kami membahagikan mereka kepada beberapa kategori dan meletakkan banyak tumpuan untuk memenangi semula kerusi-kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Chennah MCA di Titi, dekat sini hari ini.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen milik mereka di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari UMNO.
"Kita pinjamkan tiga kerusi parlimen kepada UMNO dan mahu dapatkannya semula. Kami yakin UMNO akan membantu MCA untuk memenangi sokongan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Kerusi PAS milik Amanah, isytihar Salahuddin Ayub

Posted: 22 Aug 2016 05:35 AM PDT

Amanah sedia bincang kerusi yang Muhyiddin inginkan, kata timbalan presiden selepas Bersatu umum intai kerusi milik PAS
amanah-pas
PETALING JAYA : Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.
Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.
"Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.
"Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.
Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.
Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu. Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN.
Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Elak keliru berpanjangan, PM didesak beritahu siapa MO1

Posted: 22 Aug 2016 05:34 AM PDT

Tuan Ibrahim desak Najib umum siapa MO1Tuan Ibrahim desak Najib umum siapa MO1
Untuk mengelakkan kekeliruan berpanjangan di kalangan Umno-BN dan tercetusnya mangsa seperti Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikaitkan dengan MO1, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Umno-BN perlu memberitahu Umno-BN siapa MO1 yang sebenar.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini untuk mengelak kekeliruan di kalangan Umno-BN tentang identiti 'Malaysian Official One' (MO1) sehinggakan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad mencetuskan kontroversi mengenai identiti MO1 kerana mengaitkannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Jika tidak boleh dinamakan, bolehlah membuat teka-teki dengan memberi bayangan rambut putihnya, bentuk rupanya, siapa isterinya dan juga hubungannya dengan Riza Aziz dan kedudukannya di 1MDB," katanya.
Jika perkara ini dibuat katanya, sudah pasti tiada lagi ahli parlimen Umno-BN yang akan meneka seperti Nawawi yang terteka sehingga mengaitkan identiti MO1 itu kepada Agong.
"Ini sekadar cadangan, jika Nawawi enggan memohon maaf kerana silap tekaannya, Najib perlu berjiwa besar dan memohon maaf atas pihak Umno-BN kepada Agong kerana kegagalan memberi maklumat penuh kepada Nawawi.
"Saya pasti kalau Nawawi diberi maklumat yang betul, beliau tidak akan tersilap teka siapa sebenar MO1, dan Umno-BN tidak akan dimalukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Pas nafi dijemput MB Terengganu ke program cakna rakyat

Posted: 22 Aug 2016 05:32 AM PDT

Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus
Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan  Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman menjemput Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menyampaikan kuliah di Surau Kg Baru Seberang Takir malam tadi.
"Sedikit penjelasan berhubung majlis Kuliah Maghrib dan Solat Hajat di Surau Kg Baru Seberang Takir malam tadi bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham yang berpunca daripada dakwaaan pihak tertentu," tulis beliau di status facebooknya..
Majlis tersebut katanya, adalah salah satu acara yang diatur dalam program YB Cakna Rakyat Dun Seberang Takir bagi Unit Peti Undi (UPU) Kg Baru dan UPU Seberang Takir Pantai yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan PAS Dun Seberang Takir.
"Oleh kerana surau itu berhampiran dengan rumah YAB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, YB Ahli Parlimen Kuala Nerus memaklumkan sepatah kepada beliau berkenaan majlis itu.
"YAB Menteri Besar bersetuju untuk hadir sama dan menaja jamuan untuk majlis itu," katanya.
Jadi katanya, kalau ada dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus menyampaikan kuliah itu adalah tidak berbangkit.
"Tegasnya, program itu adalah program PAS, YAB Menteri Besar dan para penyokongnya hanya menumpang sahaja," katanya.
program YB Cakna Rakyat bagi Unit Peti Undi (UPU) Kg Baru dan UPU Seberang Takir Pantai dalam Dun Seberang Takir itu ermula dengan Kuliah Subuh oleh hli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, di Surau Mat Jaafar, Seberang Takir.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)