Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bersatu tetap syarat, ahli perlu bersumpah

Posted: 21 Aug 2016 07:33 AM PDT


Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.
Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani masalah rasuah dalam negara.
"Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.
"Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.
9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di Putrajaya.
Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.
Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.

TMJ mahu rehat seketika daripada bola sepak

Posted: 21 Aug 2016 07:29 AM PDT

Keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.
tmj-jdt
JOHOR BAHARU: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui dirinya ingin berehat seketika daripada bola sepak.
Beliau yang ditemui pada sesi dialog bersama penyokong dan media, di sini hari ini berkata keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor percaya JDT mempunyai ramai pelapis berkelayakan dalam menerajui kepimpinan sewaktu ketiadaannya, apa lagi ia juga sudah mempunyai sistem pentadbiran yang ditetapkan.
"Saya tidak nafikan sudah banyak kali terfikir untuk mula menjalankan tugas yang lain dan tidak lagi berada dalam kelab.
"Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa perancangan jelas dan sedang menilai kelab ini secara keseluruhan," katanya yang turut sedar tindakan itu akan menggembirakan sesetengah pihak yang menginginkan pengundurannya daripada bola sepak.
Mengenai isu lain, Tunku Ismail berkata JDT bakal kehilangan penajaan antara RM35 juta hingga RM40 juta tahun depan sekiranya kehadiran penonton terus menunjukkan penurunan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini.
Katanya kedudukan itu bermakna JDT bukan lagi dalam keadaan boleh membeli pemain yang hebat malah terpaksa menjual atau mengeluarkan sesetengah pemain untuk memastikan kewangannya tidak terjejas.
"Sebab itu, saya sering menasihati penyokong dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi perkara jangka masa pendek.
"Penyokong mempunyai tanggungjawab ke atas kedudukan JDT kini, sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan padu," katanya.

Bersatu: Ramai mohon jadi ahli walaupun belum diluluskan RoS

Posted: 21 Aug 2016 06:47 AM PDT

Muhyiddin berkata, Bersatu lebih terbuka kerana memberi peluang kepada rakyat bukan Bumiputera untuk menjadi ahli bersekutu supaya suara mereka turut kedengaran.
mahathir-bersatu
KUALA LUMPUR: Ramai yang memohon hendak menyertai Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), walaupun parti baharu itu masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, mereka hanya boleh menerima permohonan keahlian selepas ia didaftarkan secara rasmi dan mereka juga bersedia menghadapi keadaan jika ia gagal dalam permohonannya untuk menjadi sebuah parti baharu.
"Kami sedia mengemukakan rayuan jika permohonan tidak diluluskan. Kami tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dalam perkara ini," kata bekas perdana menteri itu dalam satu sidang media hari ini.
Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghantar permohonan pendaftaran parti baharu itu pada 9 Ogos lalu, berharap pendaftaran parti baharu itu akan selesai menjelang akhir bulan ini.
Beliau berkata, Bersatu lebih terbuka kerana memberi peluang kepada rakyat bukan Bumiputera untuk menjadi ahli bersekutu supaya mereka dapat menyumbangkan idea.
"Kami tidak tanya kenapa parti seperti MCA dan MIC tidak mempunyai ahli bersekutu. Ini menunjukkan bersatu lebih terbuka. Kami beri mereka peluang untuk bersuara. Tidak semestinya sebagai ahli dengan jawatan dalam parti, tetapi kami beri mereka peluang untuk bersuara," kata bekas timbalan presiden Umno itu.
Parti baharu naungan Dr Mahathir itu terbuka kepada semua kaum, bagaimanapun ahli bukan Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Hamidi: Parti baharu tidak gugat Sabah..!!

Posted: 21 Aug 2016 06:46 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketikan berucap pada Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Umno Zon 5 Bahagian Beluran di Dewan Sri Libaran hari ini. - Foto Bernama
SANDAKAN - Penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin‎ Umno tidak akan mengugat Sabah sebagai simpanan tetap Umno‎ dan BN, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, Umno Sabah telah menunjukkan prestasi yang‎ baik untuk terus menjadi kubu kuat dan simpanan tetap Umno dan BN.
"Biar hujan datang, biar gelombang melanda, biar badai kencang ... namun Umno dan BN tetapi perkasa di bumi Sabah, negeri di bawah bayu.
"Solidariti dan kesepaduan kalangan ahli Umno dan BN khususnya di Sabah,‎ saya yakin negeri ini terus menjadi simpanan tetap," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan serentak Umno Zon Lima Sabah, di sini hari ini.
Zon lima membabitkan Umno Bahagian Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan‎ Kinabatangan.‎
Hadir sama Ketua Menteri Sabah, selaku Ketua Bahagian Umno Libaran, Datuk Seri Musa Aman dan empat lagi ketua bahagian berkenaan iaitu Tan Sri Ampung Puyun (Sandakan), Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Samsudin Yahya (Batu Sapi) dan Datuk James Ratib (Beluran).
Sehubungan itu, Ahmad Zahid menegaskan betapa pentingnya soal kesatupaduan dan perpaduan dalam kalangan anggota dan pemimpin Umno.
"Kalau kita bersatu-padu, biarlah apa pun datang, tokoh apa pun datang (tidak akan tergugat), tidak perlu kutuk orang itu dan ini. Cabaran itu mampu dihadapi asalkan kita bersama-sama, bersatu hati, fikiran dan tindakan," katanya.
Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden Umno turut mengingatkan‎ semua anggota dan pemimpin Umno untuk tidak mengambil mudah soal solidariti dalam menghadapi cabaran khususnya penubuhan parti baharu itu.
Katanya sejarah politik di negeri ini menunjukkan ketika parti USNO memerintah, atas rasa kemarahan (pihak tertentu) maka sebuah parti baharu wujud dan mendapat kemenangan yang banyak pada pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355: Hadi tempelak pihak tak faham perlembagaan

Posted: 21 Aug 2016 06:45 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas pihak tertentu yang mendakwa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 sebagai tidak kemas dan bersifat umum.
Kata Abdul Hadi pandangan itu adalah daripada pihak yang tidak memahami perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang secara jelas.
Memetik keyataan ahli parlimen Marang itu Sinar Harian melaporkan apa yang dibawa beliau ke Dewan Rakyat itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum,
Justeru katanya ia berbeza dengan undang-undang itu sendiri.
"Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang. Yang kita ini (kena tahu) undang-undang, perlembagaan lain.
"Kena faham. Ini (RUU) perlembagaan… mana ada perlembagaan terperinci, perlembagaan kena umumlah," katanya.
Menurut laporan media sebelum ini, RUU Persendirian yang dibentangkan Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu diperkemaskan kerana didakwa ada perkara tidak jelas.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut mendakwa bahawa kelemahan berlaku dari sudut teknikal yang masih perlu diperbaiki.
Raja Kamarul Bahrin berkata sekiranya perkara itu tidak diperhalusi, ia boleh memberi kesan dari sudut perundangan sendiri.
Sementara itu, PAS berkata pihaknya bersedia berjumpa dengan mana-mana pihak bagi memberi penjelasan berhubung RUU Persendirian yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu.
Abdul Hadi berkata, penjelasan itu boleh diberikan termasuk untuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang pernah membantah RUU itu kerana menganggapnya tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah RUU 355 itu hudud?

Posted: 21 Aug 2016 06:41 AM PDT

Prof Madya Dr Shamrahayu sedang melontarkan pandangan pada wacana RUU 355 anjuran Ikram.Prof Madya Dr Shamrahayu sedang melontarkan pandangan pada wacana RUU 355 anjuran Ikram.
AKTA 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah syariah yang ditubuhkan di bawah mana-mana Undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Hukuman yang tersenarai dalam akta ini adalah denda RM1000 dan penjara 6 bulan.
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan.
Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989]. Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.

Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan. Manakala, buat kali pertama pindaan pada tahun 2016 baru-baru ini dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.
ANALOGI PERMIT MEMBINA LEBUH RAYA 5 LORONG
Usul yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, Biro Penyelidikan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengambil satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat dengan menganjurkan satu wacana yang bertajuk "RUU 355: Wajarkah Bukan Islam Bimbang?" bertempat di Crystall Ballroom, The Mines 2, Seri Kembangan.
Wacana ini membariskan lima panelis iaitu Prof Madya Dr Shamrahayu (Felo IKIM), Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee (Ikram), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah), Howard Lee (DAP), dan Dr Zuhdi Marzuki (Pas).
Saya bersetuju dengan analogi yang diutarakan oleh Prof. Madya Dr Zulfakar Ramlee, pensyarah undang-undang UIAM semasa wacana tersebut. Beliau berpandangan seperti berikut:
"Pindaan Akta 355 ini seumpama permit atau lesen untuk membina lebuh raya lima lorong (lima lorong yang memperkasakan lima maqasid syariah)."
Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat dua pandangan. Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju untuk membina lebuhraya ini kerana tanahnya akan diambil dan yang pastinya akan ada tol yang membebankan. Pandangan kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju dengan pembinaan lebuh raya kerana ia akan menjadikan perjalanan lebih laju dan selesa.
Beginilah analoginya untuk pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan beberapa isu teknikal untuk pindaan ini.
Proses ke arah pembinaan lebuh raya memerlukan langkah atau perancangan yang sangat rapi seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah, menyediakan pusat rehat dan rawat yang diuruskan dengan baik. Ia bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.

Begitu juga untuk pindaan RUU 355 ini. Ia memerlukan perancangan yang rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan perlaksanaan dalam suasana yang adil dan jauh daripada fitnah.
Prof. Madya Dr Shamrahayu pula menyatakan, jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah.
SIAPA YANG PATUT BIMBANG?
Sebenarnya yang patut bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam. Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar. Nama baik Islam akan tercalar dek kerana sistem keadilan syariah yang tidak teratur dan tidak adil.
Seterusnya wujud persepsi dari segi ketidakmampuan sistem undang-undang negeri untuk menjalankan hukuman tersebut, terutamanya pada bahagian pendakwaan dan perlaksanaan hukuman, yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.
Di samping itu, ketidaksempurnaan perlaksanaan hukum Islam juga akan mencemari nama baik negara Islam itu sendiri. Sebagai contoh, perlaksanaan syariah di Pakistan telah menyebabkan mangsa rogol dibicara di bawah hukuman zina sehingga mangsa rogol juga dimasukkan ke dalam penjara.
Di Sudan, kes terkenal Mahmud Mohd Taha (yang dibunuh oleh kerajaan atas sebab pandangan politik beliau yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariah) menggambarkan bukan sahaja kurang kesempurnaan dalam perlaksanaan hukum Islam, tetapi salah guna institusi agama untuk menindas orang yang mereka tidak suka atau menyingkirkan individu tertentu kerana kepentingan politik.
Jadi, jelas di sini bahawa ketidaksempurnaan pelaksanaan hukum Islam akan memberi kesan yang besar. Yang lebih membimbangkan adalah dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan hukum Islam untuk menyingkirkan individu tertentu disebabkan kepentingan politik. Ini yang harus kita bimbang dan kita tidak mahu suasana seperti ini terjadi di negara ini.
RUU 355 BUKAN HUDUD
Dr Zuhdi Marzuki menjelaskan, pindaan Akta 355 bermatlamat meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profesyen kehakiman syariah.
Kenyataan ini jelas bahawa RUU 355 ini bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja, bukannya hudud. Enakmen jenayah negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang mempunyai hukuman hudud. Jadi, yang tidak boleh dibantah oleh orang Islam adalah dua enakmen ini dan bukannya RUU ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Nan: Keluarga saya mungkin diculik, jika isytihar harta

Posted: 21 Aug 2016 06:35 AM PDT

Tengku Adnan tidak akan membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada rakyat kerana ia mungkin menjadikan keluarganya sebagai sasaran penjenayah.

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bimbang keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau mengisytiharkan harta kepada rakyat.
"Saya tidak akan isytihar kepada orang ramai kerana saya dahulu adalah seorang ahli perniagaan. Saya ada banyak aset.
"Saya tidak akan isytihar apa yang saya ada, kerana jika saya berbuat demikian, saya bimbang anak-anak atau isteri saya mungkin diculik. Semua benda boleh berlaku. Perompak boleh sasarkan kami," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau sudah membuat pengisytiharan tahunan kepada perdana menteri manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz membuat pengisytiharan aset kepada ketua setiausaha negara.
Jumaat lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa Tengku Adnan dan Mhd Amin Nordin mengisytiharkan aset mereka kepada rakyat.
Ia susulan kenyataan setiausaha agung Umno itu yang setiap jabatan di bawah kementeriannya diarahkan meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.
"Budak dari PKR itu suruh saya isytihar, saya rasa ada sesuatu tidak kena dalam kepalanya. Kami, menteri dan semua pegawai kanan perlu isytihar (aset kami)," katanya yang dipetik Malaysiakini.
Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang pegawai tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergelar 'Datuk Seri' selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi kesalahan rasuah serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Semua pengarah Felcra akan dipanggil SPRM, kata Bung Moktar

Posted: 21 Aug 2016 06:34 AM PDT

Bung Moktar berkata, beliau disoal siasat "sebagai saksi" dan bersedia membantu siasatan pada bila-bila masa.
bung-mokhtar
PETALING JAYA: Semua pengarah Felcra Berhad akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berterusan ke atas agensi tanah milik kerajaan itu, kata pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Parlimen Kinabatangan yang dipetik Malaysiakini itu berkata, beliau disoal siasat SPRM semalam "sebagai saksi" dan selepas ini ahli lembaga pengarah Felcra yang lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Katanya, beliau memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak bimbang jika dipanggil sekali lagi.
SPRM dalam satu kenyataan lewat malam tadi mengesahkan selesai mengambil keterangan Bung Moktar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
Wakil rakyat Barisan Nasional yang lantang bersuara itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta SPRM 2009, mulai jam 10 pagi hingga 3 petang Sabtu.
Menurut laporan Malaysiakini, siasatan dipercayai berkaitan beberapa pelaburan unit amanah oleh Felcra dan kemungkinan wujud unsur sogokan.

Najib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr M

Posted: 21 Aug 2016 06:33 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".
Jika tidak, kata Dr Mahathir, Najib sudah berdepan dengan tindakan pihak berkaitan di negara ini.
"Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Gani Patail, namun mereka dikhianati oleh salah seorang di kalangan mereka.
"Jika tidak Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun Dr Mahathir enggan menjelaskan dengan lebih lanjut sama ada dalang dimaksudkannya itu adalah salah seorang daripada tiga tokoh terbabit.
Beliau merujuk kepada bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ketiga-tiga mereka didakwa Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bersekongkol untuk menggulingkan Najib daripada jawatannya sebagai perdana menteri.
Tuduhan cari publisiti
Malaysiakini pada 26 Julai melaporkan Khairul Azwan menuduh ketiga-tiga individu berpengaruh itu juga terbabit dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Ketika diminta mengulas Zeti enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan Khairul Azwan (gambar) sebaliknya memberitahu beliau akan mendapatkan khidmat peguam.
Gani pula menganggap tuduhan konspirasi itu adalah perbuatan seseorang yang ingin mencari publisiti.
"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata apa yang disampaikannya itu sekadar "khabar angin".
Read More / Baca Lagi >>

Tun Mahathir: Tiada Tanda Najib Mahu Ambil 'Cuti'

Posted: 21 Aug 2016 06:29 AM PDT

Tun Mahathir: Kerajaan Halang Saya Jumpa Agong

Posted: 21 Aug 2016 06:28 AM PDT

Tun Mahathir: Tuduhan Agong MO1 Tak Masuk Akal

Posted: 21 Aug 2016 06:28 AM PDT

‘Siapa paling untung: MO1 atau Jho Low?’

Posted: 21 Aug 2016 06:21 AM PDT

Kit Siang soal adakah polis akan siasat hubungan antara Malaysian Official 1 dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu
lim-kit-siang_jho-low_1mdb_600new
PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyoal adakah polis akan siasat hubungan antara Malaysian Official 1 (MO1) dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.
Soalannya: "Siapa penerima utama dalam skandal 1MDB – MO1 atau Jho Low?"
Dalam satu kenyataan hari ini, Kit Siang turut menyoal adakah polis akan menggunakan bukti dan dokumen yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam permohonan ke mahkamah baru-baru ini untuk menyita aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan dana yang dilesapkan daripada 1Malaysia Development Berhad.
Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, didakwa DoJ terbabit dalam aktiviti penggelapan dan penggubahan wang sebanyak AS$3 bilion.
Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang turut menyoal kewujudan "lima syor" Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk siasatan polis keatas 1Malaysia Development Berhad.
Menurutnya, pemeriksaan keatas laporan PAC mengesahkan hanya jawatankuasa hanya memberikan satu syor khusus untuk siasatan polis.
Syor itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipertanggungjawabkan untuk kekangan dan kelemahan 1MDBd dan beliau serta individu lain dalam pengurusan perlu disiasat.
Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang menyentuh kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan polis sudah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1MDB, berlandaskan lima syor PAC seperti yang diarahkan Jemaah Menteri.
Kit Siang berkata laporan PAC mempunyai lima syor – tetapi syor itu "tidak ada kaitan dengan siasatan polis" tetapi berkait dengan pengurusan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Johor tidak akan lupakan jasa Muhyiddin

Posted: 21 Aug 2016 06:19 AM PDT

Ini kerana Umno Johor mengamalkan politik yang matang dan berpendirian justeru akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada parti itu.
khaled-nordin
KUALA LUMPUR: Umno Johor tidak akan melupakan jasa Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebalik apa yang berlaku di antara beliau dan Umno.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata ini kerana Umno Johor mengamalkan politik yang matang dan berpendirian justeru akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada parti itu.
"Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat.
"Lebih penting, kita tidak akan sesekali membakar segala jambatan persaudaran dan tali persahabatan antara kita, hanya kerana khilaf politik," katanya dalam satu kenyataan, di Facebooknya.
"Kita mesti terbuka dan menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin telah memilih jalan berlainan. Beliau memilih haluan sendiri. Haluan yang lebih selesa dan sesuai dengan pendirian dan prinsip beliau," ujarnya.
Ketua Badan Perhubungan UMNO Johor akui, beliau sendiri merasa janggal sewaktu berkunjung ke Pagoh tanpa kehadiran dan kelibat Muhyiddin.
Read More / Baca Lagi >>

Masalah politikus pencen di mata Musa

Posted: 21 Aug 2016 06:16 AM PDT

Masa agak panjang diperlukan untuk seseorang menyesuaikan diri selepas pencen. Tidak mudah melupakan rutin yang pernah anda lakukan lebih 30 tahun, misalnya.
Bagi ahli politik, nampaknya ia lebih sukar - seperti dikongsi bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dalam bukunya, Frankly Speaking.
"Sesetengah ahli politik yang gagal mengadu terpaksa menjawab sendiri panggilan telefon, atau membuka pintu pagar rumah ketika didatangi pelawat.
"Cerita-cerita begini atau yang seumpamanya benar-benar lucu," tulisnya.
Musa sendiri melalui pengalaman sedemikian.
Salah satu kelebihan yang 'dirindui' beliau sebagai orang nombor dua dalam parti - dan kerajaan - ialah tidak banyak yang perlu dilakukan jika perlu pergi ke mana-mana untuk urusan rasmi.
"Pintu dibukakan orang untuk saya, kereta dan pemandu sudah sedia menunggu. Akan ada seseorang untuk membawa fail atau bagasi," tulisnya lagi.
Bagaimanapun selepas meninggalkan kedudukannya Musa berkata dia perlu "bersederhana" dalam hidup dan perubahan itu berlaku dengan ketara.
Hubungi isteri tanya cara
Bukan itu saja. Apabila berdepan dengan kesulitan tiada sesiapa yang membantu, malah bekas rakan akan menjauhkan diri.
Satu daripada aspek yang perlu dipelajarinya semula ialah memandu kenderaan sendiri - praktik yang digambarkan beliau sebagai sesuatu yang menarik.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Terengganu percaya Najib mampu selesaikan kemelut negerinya

Posted: 21 Aug 2016 06:13 AM PDT

Johari berpendapat pendekatan yang diambil oleh Najib untuk menyelesaikan kemelut tersebut dengan cara 'syura' merupakan langkah terbaik.
umno-terengganu
KUALA TERENGGANU: Pemimpin Umno Terengganu menyambut baik saranan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi kepercayaan kepadanya untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
Ketua Pemuda Umno negeri Johari Abu Bakar berkata semua pihak haruslah berlapang dada dan memberi kepercayaan kepada perdana menteri untuk membuat keputusan supaya Terengganu menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).
"Apa yang berlaku sebelum ini (kemelut politik) adalah pertelingkahan biasa seperti adik beradik yang tidak memberi kesan yang besar, ia diibaratkan seperti ribut dalam cawan, tetapi ribut dalam cawan ini kalau dibiarkan akan membawa ribut yang besar.
"Jadi Umno Terengganu perlu serahkan kepada presiden sepenuhnya untuk membuat keputusan bagi menguatkan lagi Umno di Terengganu.
"Marilah kita bertaut kembali dan kita perlu mentaati ketua… apabila keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti, kita perlu akur, yang penting parti kita kuat," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Semalam ketika berucap pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Kemaman,, Najib berpesan supaya anggota Umno menghentikan pergeseran sesama sendiri dan perlu memberi kepercayaan kepadanya untuk menangani kemelut politik di Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Nawawi jangan dolak-dalik

Posted: 21 Aug 2016 06:12 AM PDT

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad diminta jangan berdolak dalik dalam isu Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, ungkapan Nawawi mengenai perkataan Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong menerusi petikan kenyataan daripada Facebooknya.
"Walaupun dia merujuk pada perlembagaan Persekutuan. Ternyata tafsirannya salah sama sekali kerana Yang di-Pertuan Agong bukannya penjawat awam.
"Yang di-Pertuan Agong adalah simbolik kuasa eksekutif atau lambang autoriti dan terma kuasa eksekutif merujuk kepada kerajaan yang memerintah (government of the day) yang dilaksanakan oleh PM (Perdana Menteri).
"Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dan terikat dengan nasihat PM dan Jemaah Menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz dalam masa sama turut menggesa Nawawi meminta maaf kepada Agong.
Dalam masa yang sama, Nawawi turut diminta memohon maaf kepada rakyat negara ini berhubung isu tersebut.
"Tidak perlu beliau menunggu titah Tuanku untuk mohon ampun. Tuanku Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa," katanya lagi.
"Sebagai rakyat Malaysia dan negeri Kedah,  Nawawi perlu mohon ampun kepada Tuanku Agong tanpa tunggu titah Tuanku Agong.
"Jangan cuba mengheret Tuanku Agong untuk melindungi jenayah 1MDB yang dilakukan oleh MO1," katanya lagi.

Anggota Umno 50-50 segera undur, kata Idris Haron

Posted: 21 Aug 2016 06:10 AM PDT

Idris Haron berkata Umno perlukan anggota yang sanggup berjuang sepenuh jiwa dengan menunjukkan taat setia tidak berbelah-bahagi kepada Umno dan presiden parti.
idris-haron-umno
KUANTAN: Anggota Umno yang berjuang separuh hati atau 50-50 perlu segera berundur untuk mengelak mereka membawa kerosakan kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ir Idris Haron berkata Umno yang sedang bersedia menghadapi 'peperangan' pada PRU14 perlukan anggota yang sanggup berjuang sepenuh jiwa dengan menunjukkan taat setia tidak berbelah-bahagi bukan sahaja kepada Umno, malah kepada presiden parti.
"Tidak ada ruang bagi mana-mana anggota yang sokong parti tetapi tak sokong presiden. Kalau sokong parti, kita mestilah sokong presiden, itulah semangat dan sokongan sebenar.
"Kalau ada pihak sokongan mereka 50-50, parti ini bukan parti untuk mereka. Kalau ada, kesian mereka yang bekerja sepenuh hati. Jadi eloklah mereka berundur….buat apa bersama kita kalau hanya menyusahkan.
"Kita hanya mahu mereka yang boleh bekerja bersungguh-sungguh kerana rakyat di luar sana melihat dan menilai. Apabila kita bersungguh, baru rakyat beri sokongan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffa Kamal Ab Hamid, Ketua Wanita bahagian Wan Napiah Wan Yusof dan Ketua Pemuda bahagian Muhammad Faiz Hashim.
Idris yang juga Ketua Menteri Melaka dalam masa sama, meminta jentera Umno supaya menangkis serangan-serangan dilakukan pihak terbabit terhadap parti dan presiden dengan menggunakan 'dalil-dalil pembangunan'.
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu akan pastikan satu lawan satu PRU14

Posted: 21 Aug 2016 06:09 AM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yasin Tan Sri Muhyiddin Yasin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu ditubuhkan atas matlamat untuk bersama-sama pembangkang melawan Umno BN.
Bersatu yang sedang menunggu kelulusan penubuhannya oleh pendaftar pertubuhan (RoS) kini dilihat mesra dan bersedia menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Matlamat kita untuk bersama-sama rakan-rakan pimpinan yang lain, parti-parti yang sehaluan dengan kita baik dalam Pakatan Harapan, Amanah ataupun Pas nak bekerjasama dengan syarat kita dapat wujudkan satu kesatuan yang kukuh dan kita pastikan bila kita menghadapi pilihan raya kita bertanding atas satu lawan satu," katanya dalam program Bicara Rakyat Bersatu di Jerantut, Pahang malam tadi.

Beliau juga menafikan parti itu akan sama dengan Umno sebaliknya ia akan menjadi parti yang lebih baik dan bersih daripada rasuah dan penyelewengan.

"Saya tak nak kata pun parti ini sama dengan Umno. Parti ini lebih baik dari Umno dan kita sudah wujudkan perlembagaan yang memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia," katanya yang dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri kerana mempersoalkan skandal 1MDB.

Mengulas mengenai kes 1MDB, beliau berkata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam menyebabkan kerugian wang negara akibat harta yang dicuri.

"Saya tegur dalam jemaaah menteri. Bila kerajaan bawa satu kertas nak pinjam daripada kerajaan duit 3 billion untuk bagi kadar faedah kepada 1MDB.

"Saya kata tak payah guna duit rakyat. 1MDB dah rugi banyak. Macam mana nak bayar. PM tak puas hati, bentang dalam mesyuarat lagi 1MDB dah rugi dan minta tolong jemaah menteri.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan libatkan Agong dalam isu politik – Kerabat Diraja Kedah

Posted: 21 Aug 2016 06:03 AM PDT

Majlis Kerabat Diraja Kedah kesal dengan ahli politik itu kerana tidak membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
nawawi-ahmad
ALOR SETAR: Majlis Kerabat Diraja Kedah kesal dengan kenyataan anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan "Malaysian Official 1′ (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Yang Dipertuanya Syed Idrus Syed Baharom berkata pihaknya juga kesal dengan ahli politik itu kerana tidak membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah negara dan bukannya pentadbir negara, jadi kenapa perlu libatkan baginda dalam isu berkaitan politik ini.
"Nak buat apa-apa kena siasat dahulu kerana ini melibatkan maruah Yang di-Pertuan Agong, jadi sekarang Nawawi perlu minta keampunan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya melalui media," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Anak Bukit di sini.
Beliau turut memberikan peringatan keras kepada semua pihak supaya tidak melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam sebarang isu berkaitan politik yang
boleh menjatuhkan maruah institusi diraja.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat dilaporkan berkata polis akan memanggil anggota Parlimen Langkawi itu berhubung kenyataannya Yang di-Pertuan Agong adalah MO1 yang disebut dalam laporan DOJ.
Nawawi bagaimanapun pada hari yang sama membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan berhubung komentarnya yang kononnya mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan DOJ, sambil menyatakan ia telah disalah tafsir.

Seperti bersatu bangga di Olimpik, rakyat perlu serupa tolak skandal 1MDB

Posted: 21 Aug 2016 06:01 AM PDT

Timbalan presiden parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub mengajak rakyat Malaysia yang bersatu hati menyokong wakil negara di Sukan Olimpik turut bersatu menentang skandal 1Malaysia Development Berad (1MDB).
Memulakan ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang meraih pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki malam tadi, beliau berkata alangkah baiknya rakyat turut memberikan sokongan yang sama kepada pembangkang yang sedang menentang penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Orang ramai di majlis ceramah AmanahOrang ramai di majlis ceramah AmanahBeliau berkata, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agam dan bangsa menunjukkan semangat dan luar biasa kepada Chong Wei demi mengharumkan nama negara.

"Alangkah baiknya suara yang bersorak dan menyokong itu yang punya satu matlamat dan niat agar nama harum negara ini terus diperjuangkan.

"Maka saya mengajak semua rakyat, suara-suara yang bersorak memberikan sokongan untuk kita menentang kezaliman paling besar, menentang penjenayah 1MDB," kata beliau dalam program Bicara Rakyat Bersatu di Jerantut, Pahang malam tadi.

Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pahang Bersatu itu turut menampilkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bekas menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Masing-masing memulakan ucapan dengan merakam ucapan tahniah kepada Chong Wei yang tewas 18-21, 18-21 kepada pemain nombor dua dunia dari China, Chen Long.

Mereka menyifatkan Chong Wei sebagai wira negara yang telah menjalankan tanggungjawabnya untuk mengharumkan nama negara.
Read More / Baca Lagi >>

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 21 Aug 2016 05:41 AM PDT

Anda patut berbangga sbg rakyat M'sia kerana dgn terpalitnya skandal kewangan TERBESAR DUNIA dlm sejarah.

JANGAN RISAU, anak melayu.. anak perdana menteri main judi di LAS VEGAS, KERAjaan boleh bayar hutang judinya AS$11 JUTA..

UMNO lah satu2nya parti yang bela AGAMA, BAANGSA & NEGARA... TAKBIRRRRR

"TANPA UMNO MELAYU AKAN TERBANGSAT" -Najib Razak.

Skandal 1MDB: Diluar kena tangkap...di Malaysia raya sakan....!!!

Posted: 21 Aug 2016 05:40 AM PDT


KENAPA pihak berkuasa di luar negara lebih pantas & telus utk bertindak siasat, tangkap & sita yg berkait siasatan 1MDB ??!!

KENAPA 1MDB skandal kewangan TERBESAR DUNIA yg berpunca dari Malaysia sendiri tidak berlaku sedemikian spt pihak berkuasa di luar negara ??!!

Apa sebenarnya dah terjadi pd pihak berkuasa negara kita ??

Agak-agak apa kesudahannya JIKA SPRM siasat..

Posted: 21 Aug 2016 05:37 AM PDT


Pengerusi MyWatch dakwa wujud konflik kepentingan melibatkan firma milik abang ketua polis negara.

TUDUHAN BUKAN SABITAN !!!

Posted: 21 Aug 2016 05:36 AM PDT

"Saya rasa.. saya tak perlu jawab kepada seorang penjenayah yang dah dituduh di mahkamah," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Adakah ini komen yang bermoral daripada seorang Ketua Polis Negara selepas Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan mendedahkan mengenai akademi menembak milik abangnya?

DAH DITUDUH DI MAHKAMAH boleh dilabel sbg penjenayah ??

Adakah KPN masih tak faham antara TUDUHAN & SABITAN ??

Comments (0)