Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Krisis Umno: Giliran Terengganu pertimbang pilihan raya awal

Posted: 02 Aug 2016 08:37 PM PDT

Kerajaan negeri mungkin mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan krisis yang berlarutan.
Ahmad Said
PETALING JAYA: Terengganu mungkin mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya awal ekoran ketegangan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Akhbar The Star hari ini melaporkan Ahmad bergabung tenaga dengan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menentang kepimpinan Umno.
Sabtu lalu, bekas menteri besar itu ketika berucap dalam satu majlis Umno di Kemaman menyasarkan Ahmad Razif dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Ucapannya itu dipercayai adalah respons terhadap desakan Ahmad Razif supaya beliau dipecat daripada Umno kerana mencabar parti berbuat demikian dengan berkata "mereka akan lihat apa yang saya boleh lakukan".
Semalam, Ahmad Razif mengesahkan Badan Perhubungan Umno Terengganu sudah menghantar laporan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan Ahmad kepada majlis tertinggi dan lembaga disiplin parti.
"Parti sudah mengambil tindakan terhadap timbalan presiden dan naib presiden Umno. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan kami. Tidak patut wujud dwistandard," kata Ahmad Razif.
Menurut akhbar itu, seorang pegawai Umno turut mengesahkan Ahmad Razif meminta Majlis Tertinggi Umno mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan krisis di Terengganu.
"MB terikat kepada situasi itu. Jika hendak mengadakan pilihan raya, beliau sudah bersedia dan yakin Barisan boleh melakukan lebih baik," kata pegawai Umno itu.
Nama Ghazali muncul apabila beliau mengadakan satu sidang media semalam untuk mempertahankan Ahmad dengan menegaskan tiada keperluan untuk memecat Adun di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Terengganu itu turut mengkritik kerajaan negeri dan mengingatkan Barisan Nasional hanya mempunyai kelebihan dua kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Umno hilang kepercayaan terhadap Ahmad apabila Terengganu di bawah pimpinannya ketika itu hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Pentadbiran Najib bebankan rakyat Malaysia

Posted: 02 Aug 2016 08:36 PM PDT

Pemerintahan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri ternyata menyeksa rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata keadaan itu berbeza dengan pemerintahan di bawah lima Perdana Menteri sebelum ini.
Katanya, rakyat sebelum zaman Najib tidak dibebani dengan pelbagai cukai tidak masuk akal.
"Pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, kita semua tidak dibelenggu cukai tidak sepatutnya.
"Tetapi sekarang kita dibebani GST, 'gasak sampai tumbang' saban hari sebanyak 6 peratus," katanya.
Himpunan Bantah GSTBeliau berkata demikian pada sesi pembahasan usul Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13, di sini, semalam.
Katanya, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu jika Kerajaan Persekutuan mengamalkan tadbir urus baik.
"Itulah bezanya dengan Kerajaan Negeri yang menjaga kebajikan dan menyantuni rakyat dengan 21 program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Skandal 1MDB: Mengapa Johari seperti tak kisah tentang dana 1MDB yang digelapkan?

Posted: 02 Aug 2016 08:33 PM PDT

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terkejut dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani yang dilihatnya seolah-olah tidak begitu kisah dengan kenyataan Deloitte bahawa akaun 1MDB bagi 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan.
"Mengapa Johari tidak berminat terus dengan dana yang hilang dan digelapkan? Mengapa tidak ada permintaan dari menteri itu untuk akaun itu diaudit semula?" soal Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Johari berkata pada hari Isnin bahawa tidak ada kesan ke atas 1MDB dengan mengatakan akaun yang 2013 dan 2014 yang diaudit Deloitte sepatutnya tidak lagi boleh digunakan.
Beliau berkata ini kerana 1MDB tidak mempunyai hutang tertunggak dengan mana-mana bank tempatan, dan tidak akan menggunakan akaun tersebut untuk memohon pinjaman bank.
Ekoran saman sivil pelucuthakan yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika untuk mendapatkan kembali kira-kira AS$1 bilion daripada AS$3.5 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB, firma pelaburan negara itu berkata akaun-akaun tersebut tidak perlu digunapakai sebagai "langkah berjaga-jaga".
Ia sementara menunggu keputusan mahkamah Amerika mengenai saman sivil berkenaan.
Bagaimanapun 1MDB masih percaya bahawa akaun 2013 dan 2014 adalah gambaran sebenar dan tepat mengenai kedudukan syarikat itu pada masa itu.
Deloitte berkata, maklumat yang terkandung di dalam fail saman DOJ itu akan memberi kesan terhadap auditnya, jika maklumat ini diketahui pada masa itu.
Pua bertanya sama ada Johari dinaikkan pangkat daripada jawatan timbalan menjadi menteri kewangan kedua bulan lalu kerana beliau akan melakukan apa yang terdaya olehnya untuk menutup penyelewengan dana 1MDB.
Ahli parlimen DAP itu juga menyasarkan kenyataan Johari bahawa Putrajaya yakin 1MDB akan menang kes timbangtara membabitkan AS$6.5 bilion yang dibawa oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.
Menurut Pua, keyakinan Johari itu menghairankan, memandangkan perkembangan DOJ yang jelas menunjukkan pelbagai pegawai utama 1MDB didakwa memainkan peranan penting dalam konspirasi untuk menipu 1MDB.
"Dalam keadaan itu, bagaimana 1MDB akan dapat membuktikan kepada Mahkamah Timbang Tara London bahawa 1MDB bukan pihak yang tidak bersalah dalam penipuan besar-besaran itu?
"Adakah Johari akan meletakkan jawatan jika keputusan itu didapati tidak memihak kepada 1MDB?" Soal Pua.
IPIC dan Aabar membawa Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan 1MDB kepada mahkamah timbang tara antarabangsa di London pada bulan Jun.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: 'Wang SRC diguna beli hormon anti-penuaan, pengubahsuaian rumah'

Posted: 02 Aug 2016 08:29 PM PDT

Laman web pendedah maklumat Sarawak Report mendakwa dana yang dipesongkan daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International digunakan untuk membayar produk kecantikan dan pengubahsuaian rumah.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata pihaknya memiliki dokumen bocor berhubung siasatan pihak berkuasa negara ini ke atas 1MDB yang membuktikan dakwaan itu.
Ia mendakwa bahawa perbelanjaan yang berlaku pada bulan Februari 2015 itu, termasuk bayaran RM1.15 juta untuk apa yang dipercayai sebagai hormon anti-penuaan oleh individu berpangkat tinggi yang dikenal pasti dalam dokumen berkenaan sebagai "B1" dan isterinya.
Produk anti-penuaan itu didakwa dibeli pada harga AS$159,000 setiap satu.

Guling PM: Dapatkan fakta sebelum lapor polis, Puad Zarkashi kepada Khairul Hazwan

Posted: 02 Aug 2016 08:17 PM PDT

1MDB still mired in multi-billion dollar debt, Pua tells Johari

Posted: 02 Aug 2016 08:04 PM PDT

DAP lawmaker blasts Second Finance Minister for saying Deloitte and 1MDB declaring 2013, 2014 audit reports null does not affect 1MDB.
tony-pua-johari
PETALING JAYA: There is no truth to Second Finance Minister Johari Abdul Ghani's statement that 1MDB no longer has bank loans, says Tony Pua.
The Petaling Jaya Utara MP slammed Johari for making such a claim and listed out the multi-billion dollar debts that the state-owned investment firm has yet to repay.
"The debts include the US$6.5 billion worth of bonds raised by Goldman Sachs, RM5 billion sukuk guaranteed by the Federal Government, RM2.4 billion sukuk via its subsidiary Bandar Malaysia Sdn Bhd and another RM800 million of borrowings from Socso.
"So, how can a Finance Minister with any sense of integrity and accountability claim that 1MDB's disowned financial statements for the years ending March 2013 and 2014 'doesn't affect 1MDB because 1MDB no longer has bank loans and doesn't plan to borrow money'?" Pua said in a statement released today.
Johari had been asked about Deloitte Malaysia disavowing the veracity of the 1MDB accounts for 2013 and 2014, which they had audited, as well as the 1MDB Board of Directors response that the financial statements for the two years "should no longer be relied on until allegations made by the United States (US) Department of Justice (DoJ) are determined in court".
The DAP National Publicity Secretary expressed his shock that such revelations did not set off alarm bells for a minister holding the Finance portfolio.
"The Second Finance Minister appears completely uninterested in the reasons or basis why Deloitte has withdrawn its endorsement for 1MDB's accounts for 2013 and 2014.
"The DoJ suit has shown that Deloitte has failed to discover that 1MDB had made more than US$3.5 billion of payments over the course of 2012 to 2014 to a fraudulent Aabar Investment PJS Limited, incorporated in the British Virgin Islands (BVI).
"Deloitte found nothing suspicious in 1MDB Global Investment Limited's US$1.56 billion investment in several dodgy and obscure investment funds, that was said by the US DoJ to have been conduits in the money laundering scam," Pua said referring to the audits done by the international accounting firm.
He also questioned Johari's complete disinterest in the missing and embezzled funds, asking "why is there no demand from the Minister for the accounts to be re-audited?
Read More / Baca Lagi >>

Wall Street fears over Jho Low connection

Posted: 02 Aug 2016 08:03 PM PDT

Firms such as Electrum, in which the financier linked to 1MDB bought shares, are concerned they may also be targeted by the US Department of Justice.
Jho-LowNEW YORK: There is concern among Wall Street companies whether those associated with Jho Low, or companies in which he has invested, may also be probed by the US Department of Justice.
One of these firms is Electrum Group LLC. In late 2012, Low and his company Jynwel Capital Ltd made a USD150 million investment in Electrum Group LLC, purchasing a 7 per cent stake in the firm.
The money that flowed from Low's firm to Electrum has raised concerns about whether the investigation may affect Electrum or other Wall Street firms that may have received money from Low or others connected to the probe, according to a Wall Street Journal report.
Jho Low is being investigated by US authorities and the Department of Justice (DoJ) has filed civil forfeiture suits against Jho Low and several other individuals and companies.
According to the WSJ report which quotes the DoJ filing, Low was central to alleged fraud involving 1Malaysia Development Bhd, and "laundered more than USD400 million of funds".
Electrum is run by Thomas Kaplan, one of the biggest investors in gold and silver shares in recent years and a member of the board of Manhattan's 92nd Street Y.
Until recently, said the WSJ report, Low was a member of Electrum's board. He and Kaplan are also on the board of a charity called Panthera that aims to protect tigers, lions and other big cats.
"There is no indication that Kaplan is being questioned by authorities or that he believed the money was coming from anyone other than Low and his firm," it said.
The report said a spokesman for Low declined to comment.
Read More / Baca Lagi >>

Terengganu to consider snap elections

Posted: 02 Aug 2016 08:01 PM PDT

The state government may call for snap polls in order to resolve its ongoing crisis.
Ahmad-SaidPETALING JAYA: Terengganu may consider having a snap election amid tensions between Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman and his predecessor Ahmad Said.
Local daily The Star reported today that Ahmad Said had now joined forces with Ajil assemblyman Ghazali Taib, in an apparent rebellion against the ruling party Umno.
Last Saturday, Ahmad Said gave an angry speech at an Umno function in Kemaman, mainly targeted at Ahmad Razif and Umno president Najib Abdul Razak.
His speech is believed to be a response to Ahmad Razif's call for Ahmad Said to be sacked from Umno, in which the latter had dared the party to do so, saying "they will see what I can do".
Ahmad Razif had confirmed yesterday that Terengganu Umno had sent a report on Ahmad Said's alleged wrongdoing to the supreme council as well as to the Umno disciplinary board.
"The party has taken action against the Umno deputy president and vice-president. I leave it to the party leadership to take disciplinary action based on our report. There should be no double standard," Ahmad Razif said.
According to the daily, an Umno official also confirmed that Ahmad Razif had also asked the supreme council to consider a snap election to resolve the apparent crisis in the state.
"The MB is resigned to the situation. If there is to be an election, he is ready and confident that Barisan will do better," the Umno official reportedly said.
This comes just days after the Penang ruling government had called off the possibility of snap polls after several weeks of discussions.
Ghazali came into the picture when he called for a press conference yesterday to defend Ahmad Said, saying that there was no need to sack any assemblyman in Terengganu.
Apart from defending Ahmad Said, the state communications and multimedia and special tasks committee chairman also criticised the state government and reminded that Barisan Nasional only had a two-seat majority in the state assembly.
Umno lost its confidence in Ahmad Said when he almost lost in the 2013 General Election. When he was replaced as menteri besar in 2014, he resigned from Umno alongside Ghazali and Bukit Besi assemblyman Roslee Daud.
The trio later retracted their resignations.

Saluran canggih? Apa lagi ruang rakyat ada, tanya Azmi Sharom

Posted: 02 Aug 2016 06:40 PM PDT

Pensyarah UM itu mempersoalkan gesaan pengerusi baharu Suhakam supaya rakyat menggunakan saluran lebih 'canggih' dan bukan demonstrasi.

PETALING JAYA: Pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail hari ini dikritik atas gesaannya supaya Bersih 2.0 memilih kaedah lebih "canggih" dalam menyatakan rasa tidak puas hati, dan bukan menganjurkan perhimpunan.
Menulis dalam The Star hari ini, pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom mempersoalkan sama ada Razali sedar pelbagai memorandum dan surat yang selama ini dihantar kepada pemimpin tidak mendatangkan hasil.
"Malah petisyen sejuta tanda tangan pun dicemuh dan diketepikan. Apa lagi ruang yang rakyat ada?" soal Azmi dalam kolumnya "Brave New World".
Azmi berkata sementara Razali ada peluang memujuk pemimpin kerajaan yang degil, "kami yang tidak berpakaian sut dan berjawatan Suhakam mungkin mendapati agak susah mendekatkan diri dengan mereka yang berkuasa".
"Dan pernahkah Razali hadir mana-mana perhimpunan yang dikatakan merosak harta benda itu?" tanya Azmi, yang sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan hasutan sebelum kes digugurkan Februari lalu.
Razali dalam temuramah dengan The Star Ahad lalu berkata Bersih 2.0 tidak perlu berhimpun di jalanraya kerana Malaysia tidak terdesak seperti Mesir.
"Tiada siapa yang boleh menghalang mereka daripada meminta akauntabiliti. Tetapi jika anda mahu untuk membuat perincian, mengapa anda pergi ke jalanan? Anda merosakkan banyak harta dan semua itu. Kita tidak begitu terdesak di Malaysia seperti di Tunisia atau Dataran Tahrir," kata Razali, bekas duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kenyataan Razali itu dibidas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, yang berkata selaku pembela hak asasi, beliau sepatutnya mempertahankan hak berhimpun secara aman.
Azmi berkata peserta Bersih tidak pernah bertindak merosakkan harta benda, dan menambah beberapa insiden dalam perhimpunan sebelum ini adalah kes terpencil.
"Kalau kesemua berpuluh ribu orang itu memang mahu bawa kerosakan, sudah tentu anda akan menyaksikan kerosakan yang dahsyat," tulis beliau.
Katanya, tidak ada gunanya kalau Suhakam hanya berperanan meyakinkan kerajaan Malaysia sekadar menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi antarabangsa.
"Semua itu tidak bermakna sekiranya suruhanjaya itu tidak berani mempertahankan hak rakyat Malaysia."

Petroleum: Celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu

Posted: 02 Aug 2016 06:38 PM PDT

Oleh AHMAD AMZAD HASHIM 

Saya baca berulang kali kenyataan demi kenyataan yang telah dibuat oleh pemimpin Umno Terengganu berkaitan hasil dari sumber petroleum dan kaitannya dengan negeri Terengganu.

Dari zaman Datuk Seri Idris Jusoh yang menyerah hasil royalti minyak Terengganu kepada kerajaan pusat, sehingga pada waktu itu mahu berbelanja wang sendiripun kena 'melutut' kepada pegawai di Perbendaharaan (Tan Sri Shamsuddin Hitam ketika itu). Sehingga zaman Datuk Seri Ahmad Said yang diam-diam tanpa pengetahuan Dun membatalkan tuntutan saman royalti petroleum Terengganu. Sehinggalah zaman MB sekarang Ahmad Razif yang tak membantah apabila diumumkan secara terbuka tiada minyak di Terengganu.

Dalam masa yang sama awal tahun ini dalam ulasan pengurangan bajet negeri disebut oleh Razif pemotongan itu ekoran pengurangan hasil petroleum negeri oleh kejatuhan harga minyak dunia.

Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), seorang pemimpin pemuda Umno membuat kenyataan kadar tol perlu dikaji balik kerana ia dibina menggunakan wang royalti petroleum Terengganu.

Nampak tak keliru dan celarunya isu petroleum Terengganu ini?

Pemikiran celaru pemimpin Umno Terengganu ini tenyata kerana  'dibengongkan' oleh pemimpin 'agung' mereka yang berada di Pusat.

Dalam pada mereka nafikan Terengganu mempunyai hasil petroleum, konon hasil minyak yang ada adalah milik Kerajaan Pusat,
Read More / Baca Lagi >>

Umno Terengganu yang celaru, Pas ragu ragu?

Posted: 02 Aug 2016 06:37 PM PDT

Oleh MUAMMAR QADDAFI 

Membaca tulisan saudara Amzad Hashim dalam Harakah Daily bertajuk "petroleum: celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu" menarik perhatian saya dalam usaha beliau membawa kempen tolak Umno kepada rakyat Terengganu.

Beliau menerangkan bahawa kecelaruan pemimpin Umno yang menafikan Terengganu memiliki petroleum dan mendakwa ia milik kerajaan Pusat, namun pada masa yang sama berterusan menyebut berkenaan hasil pendapatan petroleum negeri serta memetik mantan menteri besar sebelum ini, Ahmad Said menegaskan ada berlaku tuntutan terhadap royalti minyak dari carigali di medan PM307 Bertam yang dikatakan berada di dalam perairan Terengganu.

Membaca tulisan beliau tidak dapat tidak saya nafikan bahawa beliau benar, betapa celarunya pemimpin Umno "dibengongkan" pemimpin pusat, keberadaan mereka sebagai pentadbir kerajaan negeri Terengganu tidak ubah seperti boneka yang akur pada arahan pusat walaupun ia merugikan kerajaan negeri.

Namun saudara Amzad mungkin hanya berjaya melihat kegagalan Umno tapi gagal pula melihat kegagalan Pas untuk menangani masalah ini. Masalah Terengganu ini, kalau Umno yang jadi pembangkang, Sudah lama kerajaan yang tidak stabil ini tumbang, entah kenapa Pas sebagai musuh tradisi Umno di Terengganu, samada takut mahupun pondan untuk bertindak menukar kerajaan negeri di saat bergolaknya kestabilan politik Umno Terengganu sekaligus terus menerus membenarkan pemimpin yang celaru ini berterusan mentadbir negeri.

Kemelut politik yang melanda Umno Terengganu sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menukar pemimpin yang bercelaru kepada yang lebih waras fikirannya namun semua itu tidak berlaku mungkin dek merasakan tidak ada redha Allah sekiranya Pas bertindak mengambil alih kuasa selain selepas pilihan raya, melainkan musuh Umno ini tidak kurangnya juga kecelaruannya.

Adakah ia juga bermaksud Pas terengganu tidak mempunyai governing mindset. Iaitu tidak bersedia utk mentadbir kerajaan negeri.

Mungkin terbawa bawa nyilu pengalaman ngeri persepsi huru hara yang timbul semasa mereka diberi kuasa satu penggal, kemudian dinyahkan.
Read More / Baca Lagi >>

Dua perkara ini buat Najib tersenyum

Posted: 02 Aug 2016 06:05 PM PDT


Ada banyak perkara yang mampu untuk membuatkan kita mengukirkan senyuman hari ini. Daripada sekecil-kecil belaian manja kekasih sehingga pujian melambung majikan di pagi Isnin yang membingungkan.
Namun, bagi Perdana Menteri, senyumannya 1 Ogos ini tidak hanya sekadar menampakkan bibir merah jambunya itu. Malah memperlihatkan gigi-giginya yang tersusun hingga ke hujung telinga. Sesuatu yang agak merisaukan, sebenarnya.
MALAYSIA-POLITICS/Lalu, kita tertanya-tanya, apa barangkali yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak begitu gembira hari ini, selain tidur yang mungkin nyenyak di samping isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Malah mungkin diulit mimpi-mimpi indah yang tak tergambarkan rakyat biasa.
Bukankah Najib sepatutnya risau dan memperlihatkan wajahnya yang masam mencuka? Bukankah sejak dua tiga minggu lalu, beliau diasak dari luar dan dalam negara. Najib disoal sama ada beliau adalah "Malaysia Official 1", dikejutkan dengan tuntutan royalti minyak Sarawak, hatta dikhabarkan 1500 ahli UMNO di Sabah keluar parti. Namun, beliau nampaknya tenang dengan senyum yang menampakkan baris-baris giginya.
Adakah ini ada kena-mengena dengan akta baru yang sudah pun diwartakan? Atau melibatkan punch card pertama Datuk Dzulkifli Ahmad di Ibu Pejabat SPRM hari ini? Atau kedua-duanya?
Bukan susah untuk meneka mengapa begitu gembira sekali Najib hari ini. Umum sedia maklum bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) telahpun diwartakan. Akta drakonian itu antara lain memberi kuasa penuh kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat.
Bukan itu sahaja, kawasan yang diisytiharkan darurat boleh digeledah sewenang-wenangnya. Bukan calang-calang kuasa ini, sebelum ini hanya Yang di-Pertuan Agong yang ada kuasa isytihar darurat.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir is 40 years too late

Posted: 02 Aug 2016 05:53 PM PDT

Malaysia is a paradise lost, and the former PM is the one who must take the blame.
mahathir
It's a shame that former prime minister Mahathir Mohamad did not do 40 years ago what he now says his new party will.
According to a report in Sinar Harian, Mahathir claims that he left Umno-Baru because he couldn't stand the stench of corruption. He urged the rakyat to accept his new party, which he said was formed to fight corruption. He said his new party would field only sincere candidates who would not take dirty money.
Mahathir forgets easily. It was he who set the ball rolling in the late sixties and early seventies with his Malay agenda. Later, he would reward close friends and associates with business opportunities.
While it was right to try to improve the socio-economic conditions of the Malays, it was wrong to make the mechanisms run like a never ending treadmill. What happened to the time limit, and why was there no serious evaluation of the affirmative action policies to see if they were successful or needed tweaking?
Mahathir left office in 2003, but he continued to control the levers. He tried to interfere in Abdullah Badawis' administration, and he continues to pop up, like an annoying Jack in the Box, during Najib's premiership.
Mahathir's "Look East" policy took his cue from Britain's Margaret Thatcher, despite his vow not to trade with Britain. His emulation of Thatcher's penchant for privatisation meant that companies were annexed by Umno-Baru nominees or his own cronies.
Remember the MAS privatisation project? Where was Mahathir when MAS' performance plummeted after he put his good friend Tajuddin Ramli at the controls?
And what about the massacre in Memali in 1985? Mahathir claimed to be away from Malaysia at the time, but Musa Hitam, who was then his deputy, claimed two years ago that this wasn't true. We have yet to hear a denial from Mahathir.
What does Mahathir think of the stifling of the student movement and the implementation of the Universities and University Colleges Act? He was the education minister in the 1970s and he did not want students to have opinions or to criticise his rule.
The Internal Security Act was used to silence his critics, and today the nation is suffering because his successors have learned from Mahathir's liberal use of underhand tactics. Operation Lalang and other crackdowns against dissent were a glimpse into Malaysia's future.
Read More / Baca Lagi >>

Akhbar FT gesa Obama pastikan agensi AS hukum pesalah skandal 1MDB

Posted: 02 Aug 2016 05:51 PM PDT

Ia berkata Washington tidak lagi perlu risau mengenai TPP mahupun kemungkinan Malaysia beralih sokongan kepada China.

PETALING JAYA: Akhbar berpengaruh Financial Times (FT) hari ini menggesa Presiden Barack Obama dalam hari-hari terakhir beliau di White House memastikan agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyiasat sehingga ke pangkal kes membabitkan 1MDB dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Dalam rencana pengarangnya, FT berkata Washington sepatutnya tidak bimbang sekiranya Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengalih sokongannya daripada AS kepada China.
"Pentadbiran Obama jangan tunduk terhadap percubaan Najib memaksa Washington terus memberikannya sokongan," kata FT.
Pada Julai 20, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.
Dokuman penyiasat AS turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, menggunakan wang yang dilesapkan daripada 1MDB, bagaimanapun tidak merujuk kepada Najib.
Sebaliknya, jolokan "Malaysian Official 1" sebanyak 32 kali dalam dokumen penyiasat itu menjadi spekulasi di kalangan pemimpin pembangkang yang rata-rata setuju ia merujuk kepada Najib.
FT berkata walaupun Obama dan Najib pernah bermain golf dalam apa yang disifatkan Najib sebagai bukti hubungan eratnya dengan kuasa besar itu, Malaysia kurang disebut dalam urusan harian presiden AS itu.
Obama selama ini cuba mendapatkan sokongan Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), di samping cuba memastikan Putrajaya tidak bersekutu dengan seteru ekonominya China.
Bagaimanapun, FT berkata TPP kini bukan lagi faktor, dan kerajaan Malaysia juga tidak mungkin bersekutu dengan China.
"Malangnya TPP bukan lagi keutamaan AS dan ditentang kedua-dua calon utama presiden," katanya dipercayai merujuk calon Demokrat Hillary Clinton dan calon Republikan, Donlad Trump.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Ketum: AADK tunggu keputusan tanam ketum berskala besar

Posted: 02 Aug 2016 05:41 PM PDT

Cadangan masih di peringkat awal dan perlu mengambil kira kesan kepada usaha pencegahan penyalahgunaan dadah melibatkan daun ketum.
AADK
MELAKA: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan menunggu keputusan kerajaan berhubung cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar.
Pemangku ketua pengarahnya, Datuk Azizan Ariffin berkata cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan ia perlu mengambil kira pelbagai aspek terutama impaknya dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah melibatkan daun ketum dalam kalangan anak muda dan pelajar sekolah di beberapa negeri di utara tanah air.
"Kita tunggu dulu keputusan selepas pertemuan kerajaan dengan Risda yang dijangka diadakan bagi mengemukakan cadangan berkenaan. Lagipun tiada kajian saintifik yang menyatakan air ketum boleh dijadikan ubat tradisional.
"Kita juga menggunakan dadah sedia ada antaranya heroin dalam bidang perubatan dan penggunaan daun ketum setakat ini tidak perlu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah (Pencegahan) AADK Abdul Rahman Hamid dan Pengarah AADK Melaka Mohamad Yusof Kameh.
Risda sebelum ini dilaporkan bercadang ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar.
Azizan berkata terdapat kes kanak-kanak sekolah dikesan terlibat dalam pengambilan air ketum seawal umur tujuh tahun dan membawanya ke sekolah terutama di Kedah dan Perlis.
Beliau berkata cadangan Risda untuk mengusahakannya secara komersial dilihat akan menyebabkan bekalan daun ketum mudah didapati dan tidak mustahil ia menjadi budaya dalam kalangan generasi muda.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Ketum: Patutler nak sangat ketum..pemimpin mabuk ketum..!!!

Posted: 02 Aug 2016 05:39 PM PDT

"Kita cadangkan penanaman ketum ini sebab ada permintaan dari Amerika Syarikat dan Eropah minta kita bekalkan dan seberapa banyak ketum yang kita ada. Kalau tidak mereka akan minta bekalan dari negara lain". - Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin

Skandal 1MDB: Jho Low Tiada Kaitan.....!!!

Posted: 02 Aug 2016 05:37 PM PDT

Najib kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB... Apa ni? Merapu tahap kronik.

Padahal 'JHO LOW' disebut LEBIH 300 kali dalam laporan DOJ..!!
Semakin byk menipu dalam 1MDB, semakin byk lah penipuan terbongkar..

'Rakyat tak perlu undang-undang yang mengandang seperti lembu'

Posted: 02 Aug 2016 04:32 PM PDT

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan kekesalannya terhadap undang-undang keselamatan dalam negara yang menurutnya menjadikan rakyat seolah-olah "lembu" yang dikandang".
"Bila kita tidak boleh tadbir diri kira sendiri, kita perlu 'undang-undang' dibuat dan mengandang kita seperti lembu.
"Kita sekarang diberi makna baru dan herot berkaitan konsep-konsep seperti kesetiaan, dukungan dan pentadbiran," tulis Rafidah di Facebook beliau.

Akta Majlis Keselamatan Negara yang berkuat kuasa Isnin lalu menimbulkan kemarahan pengkritik yang melihat bahaya memusatkan kuasa di tangan seorang perdana menteri.

Duit Derma Atau Dicuri Dari 1MDB?

Posted: 02 Aug 2016 04:23 PM PDT

Guling Najib: Dakwaan Azwan Bro hanya andaian - KPN

Posted: 02 Aug 2016 04:20 PM PDT




Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor

Posted: 02 Aug 2016 08:38 AM PDT

Oleh KHALID SAMAD 

Persoalan kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan Pas  dalam kerajaan Selangor walaupun Pas merupakan sebuah 'rogue party' atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan.

Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.

Dulu Pas ada, Amanah tidak ada

Antara hujah yang dikemukakan adalah "dulu Pas ada dan Amanah tidak ada". Kata-kata ini ditonjolkan media walaupun mungkin yang menyebutnya memberi penjelasan yang lebih lengkap.

Hakikatnya dulu pun Amanah sudah ada tetapi kami berada di dalam Pas. Kami adalah serpihan dari Pas, iaitu serpihan yang terdiri dari golongan pemimpin dan ahli yang menyokong secara bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat.

Mungkin ada yang lupa betapa meruncingnya perbalahan antara Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini. Perbalahan ini telah menyaksikan peristiwa seperti:

1. Pertandingan antara Pas dan PKR sehingga berlakunya tiga penjuru di Kota Damansara dan beberapa kerusi lain.

2. Tuduhan tanpa bukti mahupun saksi bahawa ada calon PKR menjual pil kuda.

3. Usul kaji kembali kerjasama dengan Keadilan, dan

4. Berbagai-bagai lagi tindakan khianat Pas.

Kemuncak perbalahan ini adalah krisis Menteri Besar (MB) Selangor di mana Pas dengan sokongan Umno telah mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai MB, sedangkan PKR dan DAP telah menolaknya. Sebelum itu tersebar luas mesej whatsapp Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki dengan sikap khianat yang disyorkannya untuk Pas.

Ini telah akhirnya menghasilkan suasana muktamar Tahunan Pas tahun 2014 di mana golongan yang menolak TSKI dan memilih untuk bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah digelar 'barua dan boneka' oleh Presiden Pas. Yang dimaksudkannya dengan kalimah 'barua dan boneka' itu adalah barua dan boneka PKR dan DAP. Ini adalah kerana mereka tidak mengikut arahannya untuk bersama mempertahankan TSKI sebagai MB dengan sokongan Umno/BN!
Perbalahan ini menyebabkan kami terpaksa keluar dari Pas untuk membentuk Amanah setelah dilihat pendekatan khianat dan berbalah ingin terus dilaksanakan Pas selepas muktamar 2015.

Kami berani mengatakan bahawa dengan adanya kami di dalam Pas maka Pakatan Rakyat telah muncul sebagai gabungan kerjasama parti pembangkang yang kukuh sehingga meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya 2013 khususnya di Selangor. Oleh itu amat tidak tepat untuk mengatakan kami 'tiada' pada ketika itu.

Kalau kami 'tiada' pada ketika itu, mungkin keadaan Kota Damansara adalah keadaan di seluruh negara pada 2013 dan bukan sekadar di beberapa kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Kematian SPRM

Posted: 02 Aug 2016 08:29 AM PDT

Oleh DATUK ZAID IBRAHIM
Adalah merupakan dua hari yang sukar bagi saya; pertama melihat bekas orang nombor satu dan nombor dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull - meninggalkan organisasi yang mereka membantu menubuhkan. 
Saya masih ingat hari-hari saya bersama mereka, membincangkan cara-cara untuk menjadikan SPRM sebuah organisasi yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia. Dengan sokongan dan galakan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami membincangkan berhubung undang-undang dan model yang harus kami teladani.
Abu Kassim cenderung dengan model Hong Kong dan beliau memberitahu mengenai sokongan padu dan kerjasama yang sedia dihulurkan oleh pihak berkuasa Hong Kong.
Abu Kassim juga kagum bahawa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong mempunyai banyak jawatankuasa 'pemantau' tetapi saya masih ingat memberitahu kedua-dua mereka ketika mesyuarat di rumah saya bahawa jawatankuasa tidak akan memberi banyak halangan jika kita membenarkan campur tangan politik.
Pada masa itu kami tidak menjangka Pak Lah akan "bersara" begitu awal dan dengan itu kami berasa "selamat" daripada sebarang gangguan politik.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka dan berharap mereka tidak akan berundur begitu sahaja.
Sesetengah orang berkata mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negara ini tetapi mereka sekadar bercakap mengenainya di kedai-kedai kopi.
Mungkin, Abu Kassim dan Shukri boleh melakukan sesuatu yang lebih, seperti bercucap kepada rakyat Malaysia secara teratur tentang pentingnya integriti demi masa depan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.
Mereka tidak perlu menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh berdiam diri. Mereka mempunyai profil dan mereka telah dipilih oleh Pak Lah untuk membantu negara membasmi rasuah. Mereka mesti meneruskan misi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Amerika hanya bersalah jika ancam Najib

Posted: 02 Aug 2016 08:26 AM PDT

SEMUA cicak dan mengkarung serta anak cacing di lubangnya mempertikai pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika terhadap penggelapan orang tertentu tentang dana 1MDB. Sekalipun pendedahan Peguam Negara Amerika itu tidak menyebut nama Perdana Menteri Najib sebagai orang yang diburu tetapi moral pendedahan itu telah meletakkan Perdana Menteri dalam serba kepayahan.

Semua pintu dalam negeri ditutup kedap bagi melindungi PM Najib tetapi pekung itu meletup di Amerika oleh kerajaan Amerika. Bila Amerika melepaskan bomnya, payah ada perisai boleh menangkis ledakannya.
 Apapun biar kebijaksanaan Malaysia dan ketangkasan Amerika mengadili segala kecurangan terhadap 1MDB.
  
Yang menarik perhatian ialah semua cicak dan mengkarung bangun mengherdik Amerika atas tindakannya itu antaranya termasuk pemburu anak tiri Perdana Menteri dan menggunakan bahasa Pegawai Satu kerajaan sebagai orang yang sama menyangak harta negara itu. Maka semuanya dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh perumpamaan yang Amerika guna itu.
   
Lebih menakjubkan Pemuda Umno yang pimpinannya Khairy Jamaluddin membuat aduan polis terhadap beberapa penting dalam isu penyiasatan skandal itu dikatakan bersubahat dengan Amerika untuk menggulingkan Perdana Menteri.
  
Aduan budak-budak KJ itu tidak membersihkan nama baik PM Najib tetapi adanya perkongsian maklumat orang penting dalam negeri dengan FBI.
  
Apapun hubungan antara Malaysia dengan Amerika amat akrab sejak merdeka lagi. Dalam dalam semua perkara boleh dikatakan Malaysia menerima baik apa jua yang Amerika anjurkan. Ketika Amerika dulu mengira PLO dan Yasser Arafat adalah pengganas, Malaysia tidak berani berjumpa mana-mana orang Palestin.
  
Kerana Mesir dan Amerika dalam keadaan berperang menjelang kemerdekaan dulu sekalipun Tun Razak sebagai orang nombor dua dalam kerajaan menamakan anak sulung, Najib sempena nama jeneral yang mengguling Raja Mesir bersama Kolonel Gamal Abdel Nasser, Tanah Melayu tidak mengundang Mesir dalam acara sambutan kemerdekaan itu kerana menjaga hubungan baik dengan Amerika.
   
Ketika Amerika mengenakan kepungan ekonomi kepada Saddam Hussein sebelum PBB membenarkan Iraq diserang, Malaysia menyokong tindakan Amerika itu. Orang kata TPPA anjuran Amerika itu adalah ancaman kepada kemerdekaan Malaysia, Umno dan kerajaan menjadi penyokong TPPA.
  
Sekarang Amerika memerangi orang Islam yang disyaki pengganas IS, Malaysia ada bersama dengan Amerika memburu siapa saja yang disyaki pengganas. Hatta sesudah Jabatan Kehakiman Amerika mendedahkan bertindak terhadap orang yang disyaki menyangak 1MDB, PM Najib dan TPM Zahid Hamidi masih bercakap tentang kerjasama erat dengan Amerika.
   
Malah dalam banyak urusan jenayah antarabangsa Malaysia sentiasa mendapat bantuan maklumat dan lain-lain dari Amerika. Dan Malaysia memang memerlukan sokonga Amerika bagi mendapatkan pelaburan yang sebanyak-banyaknya dan mahukan pelancong Amerika datang ke sini seramai-ramainya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Pulanglah Jho Low, kata Tuan Ibrahim

Posted: 02 Aug 2016 08:23 AM PDT

Malaysia ialah tempat paling selamat untuk ahli perniagaan kontroversi itu, di mana tidak ada kes yang berkaitan 1MDB didakwa di sini, katanya.
Tuan Ibrahim
PETALING JAYA: Tidak ada tempat paling selamat kecuali Malaysia untuk jadi tempat bersembunyi bagi ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho (Jho Low), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataan berhubung saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB, Tuan Ibrahim berkata Jho Low selamat di Malaysia, kerana pihak berkuasa menafikan ada wang hilang daripada 1MDB, yang dikaitkan dengannya.
Beliau berkata di Malaysia, tidak ada sesiapa membuat salah laku dalam 1MDB dan tidak ada kes berkaitan syarikat pelaburan kerajaan itu dikeluarkan meskipun ia disiasat di seluruh dunia.
"Lebih pula, di Malaysia mereka yang mempersoalkan mengenai 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya.
"Mereka yang meneka siapa Malaysian Official 1 akan dipanggil (oleh pihak berkuasa) dan tidak ada tuntutan sivil di sini untuk menyita aset meskipun berbilion ringgit dimasukkan ke dalam sebuah akaun peribadi," katanya merujuk kepada isu 'derma' RM2.6 bilion.
Tuan Ibrahim berkata beliau yakin apabila Jho Low kembali ke Malaysia, dia akan diraikan oleh VIP dan berbincang untuk projek seterusnya.
Katanya, Jho Low juga kini boleh lebih relaks dan selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudah pun dikuatkuasakan.
"Marilah pulang Jho Low. Tidak perlu malu. Kalau anda hendak bergembira, gembira di Malaysia, sekurang-kurangnya wang itu boleh digunakan dalam negara.
"Malah kerajaan juga boleh kutip GST dan Malaysian Official 1 juga boleh relaks kerana dia tidak akan ditahan di mana-mana negara."
Bulan lalu, DoJ memfailkan tuntutan saman menyatakan lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.
DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan beberapa individu, termasuk pegawai Malaysia dan sekutunya, yang berkonspirasi untuk menyeleweng berbilion dolar daripada 1MDB.
Ia secara khusus menamakan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; Jho Low; pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny,dan pegawai Malaysia yang hanya dikenali sebagai 'Malaysian Official 1'.

Khairy sanggup jadi ‘macai’ Najib sebab dia nak ‘hidup’

Posted: 02 Aug 2016 08:01 AM PDT

Pengakuan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sanggup menjadi 'balaci dan macai' untuk mempertahankan presidennya Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tiada prinsip.
Dengan latar belakang pendidikan yang baik dan sedikit berbeza berbanding pemimpin UMNO yang lain, kenyataan itu kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook telah menonjolkan wajah sebenarnya.
"Sebagai seorang yang berlatar pendidikan yang baik, kita lihat selama ini Khairy Jamaluddin tonjol imej yang berlainan, dia nak tunjuk progresif, tegas dan membawa nafas baru dalam UMNO.
"Tetapi apabila kenyataan itu dibuat dia jelas tiada prinsip dan mempunyai pendirian yang berubah-ubah," kata Ahli Parlimen Seremban itu kepada Roketkini.
Keadaan ini jelas beliau menunjukkan UMNO tidak mampu lagi untuk melakukan perubahan positif dari dalam.
"Saya rasa dia (KJ) nak terus hidup dalam UMNO walaupun kena pertahan imej UMNO dan pemimpin tertingginya yang penuh dengan skandal.
"Kalau Khairy yang lain sikit pun boleh cakap macam ini, UMNO nampaknya tiada harapan untuk berubah dari dalam," ujar beliau.
Menteri termuda UMNO itu membuat kenyataan tersebut semalam ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2016.
Khairy dilaporkan media telah menyeru ahli UMNO supaya berani bersama presiden parti walaupun dikecam di media sosial.
"Kita kena berani, walaupun dikecam, walaupun dicemuh di media sosial, kata ini semua balaci-balaci dan macai-macai Umno dan sebagainya.
"Tak apalah, kita jadi balaci, kita jadi macai tak apa. Sebab apa? Kebersamaan dengan presiden kita cuba menegakkan kebenaran dan keadilan," kata Khairy.

Comments (0)