Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hormati reformasi, Muhyiddin boleh ketuai pembangkang?

Posted: 17 Aug 2016 10:04 PM PDT

Sopian Ahmad: Bangsa Melayu Kenalah Sedar

Posted: 17 Aug 2016 07:15 PM PDT

Sopian Ahmad berkata :
Renungan pagi Rabu 17.82016
I felt cheated by a hollow man! Are we all not?
 Sopian Ahmad: Bangsa Melayu Kenalah Sedar
One political lesson we, Malaysians, must learn from this najib episode in our history is; never ever be so gullible to simply make sons, daughters, husbands or wives or any close relatives of famous leaders our leaders. We will be screwed up big time!
We can see that elected posts are becoming some kind of inherited properties!
Macam harta mak bapak depa dibuatnya!
Cuba lihat:
Anak Razak jadi menteri, MB dan PM.
Anak Hussein Onnn jadi menteri,
Menantu Dollah Badawi jadi Menteri,
Anak Tun Mahathir pernah jadi MB,
Anak Mat Rahmat jadi timbalan menteri,
Anak Mhd Said Kruak jadi menteri,
Anak Nik Aziz jadi wakil rakyat...nak kearah jadi menteri lah tu.
Adik Ketua Menteri Sabah jadi menteri Luar.
Bangsa Melayu kenalah sedar. Jangan mudah sangat jadi emosi bila seseorang yg berkuasa atau kaya tu kita terhinggut hinggut, tunduk hormat sampai keanak pinaknya kita angkat lambong jadi to ketua. Buat lagu tu depa naik toncang dan kita juga yang susah nanti. kita kena kritikal, hanya yang terbaik jadi pemimpin kita. Cari yg sudah terduga [tested] kejujuran, kerajinan, kebijaksanaan nya; baru lantik mereka jadi ketua.
Masa najib mula mula dilantik jadi wakil rakyat dulu; menatang apa jasanya kepada orang ramai? Hanya sebab bapa dia jadi Perdana Menteri?
Apa pasal bila bapaknya jadi PM, anak nya patut jadi pemimpin? Sama juga dengan yg lain lain tu. Hishamuddin? Apa jasa dia sebelum jadi wakil rakyat? Orang Melayu pakai main angkat saja!
Satu lagi yang orang Melayu kena sedar, bila seseorang tu jadi menteri, dia macam tak boleh cari kerja lain dah!
Sampai ke tua jadi menteri.
berpuluh puluh tahun jadi menteri!
Ada yg keluar universiti ,dok sat, terus jadi menteri sampai umur 60 han!
Betoi ka depa pandai sampai macam tu?
Something is very wrong with our system of governance.
Saya bukan tak suka kepada Tun Mahathir. Dia bijak, pandai dan berani. Saya sokong dia. Sekarang pun, dalam perjuangan nya membuang najib untuk selamaatkan negara, saya sokong Tun Mahathir.
Tapi masa dia jadi PM sampai 22 tahun dulu, saya ada "reservation" tentang jangkamasa tu.
Paaanjaaaang sangat!
Tak sehat politik kita kalu seseorang pemimpin dok pegang jawatan terlalu lama sangat. Tak kiralah betapa bijak seseorang itu.
Kita kena letak syarat seseorang itu hanya boleh jadi pemimpin hanya terhad kepada 2 penggal saja misalnya.
Kalu tidak sussah sangat mereka nak kenal tinggi rendah langit bumi!

3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan

Posted: 17 Aug 2016 07:14 PM PDT

3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan

Orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?

Bila Idris Haron, KM Melaka yang jelas tidak begitu cerdik, kata Amerika hendak bunuh orang Melayu- kita bukan peduli perkara itu. Kalau Amerika hendak bunuh orang Melayu- istihar  perang lah.

Hantar tentera, askar dan soldadu kita yang dipimpin oleh PAT yang gendut dan bersambungan kontrak itu ke Amerika. Serang Amerika dengan pesawat kita. MIG, Sukhoi dan lain2. Serang Amerika dengan kapal selam. Bot laju. Frigate kita.

Cerdik mana sangatlah Idris Haron sehingga tidak boleh diajar? Inilah yang dikatakan peribahasa Melayu, sudahlah bodoh, sombong pula.

Bila Najib kata dia tidak akan undur biar pun halilintar membelah bumi, kita peduli apa.

  • Kita hanya mahukan dia pulang USD1.83 billion yang hilang dari 1MDB.
  • Kita mahu dia pulangkan USD1.4 billion yang disalurkan kepada Aabar BVI.
  • Kita mahu dia pulangkan USD 1.2 billion yang disalurkan kepada Tanore Finance. Itu duit 1MDB.
  • beritahu rakyat, USD3.5 billion bayaran kepada Aabar ,  boleh dikembalikan.

Kita peduli apa dia tidak undur atau tidak. Cakaplah apa yang dia hendak cakap. Lagi pun cakap depan perwakilan UMNO. Tapi pulangkan semua duit tersebut.

Halilintar atau tidak, yang kita peduli ialah mengapa Najib terima USD681 juta masuk kedalam akaun nya dan pulangkan USD620 juta kepada Tanore Finance? Duit itu 1MDB punya!

Jadi sebelum kamu jerit terpekik terlolong dan air liur meleleh tepi mulut, mengenai tidak berganjak lah, penjajahan baru lah, tidak mahu tunduk lah kepada Mahathir dan banyak cerita nenek kebayan yang lain, pulangkan duit 1MDB dahulu.

Haji hadi dan ustaz2 lain dalam pas boleh bersyarah dari pagi hingga pagi esok nya, sampai urat leher jadi biru, lembu, kerbau, kambing dan itik serta ayam pulang petang- kita don't give a damn really. Kita hanya mahu wang yang disonglap dipulangkan. Persetankan syarahan dan tazkirah kamu mengenai dosa, halal haram, morality dan sebagainya.

Just give us back the damn money.

Jangan hendak alih pandangan rakyat. Kenapa Najib terima USD20 juta dari putera Arab? Jika derma kenapa tidak beritahu kerajaan? Jika Najib penjual air batu tepi jalan, mahukah putera Arab derma kepada nya?

Kerana dia pegang jawatan awam lah maka, putera Arab derma. Jawatan awam/public itu ialah jawatan PM. Menerima imbuhan atau faedah peribadi atas sebab ada jawatan awam ialah rasuah. Faham? Rasuah.

Kenapa Najib ambil USD30 juta dari blackstone bin Aabar BVI? Adakah Blackstone bin Aabar BVI bin 1MDB mahu beri Najib jika Najib seorang penjual keropok lekor di Losong? Sekali lagi, jika dia dapat faedah peribadi disebabkan jawatan awam nya, maka itu nama nya rasuah. Faham? RASUAH.

Kenapa Najib ambil USD61juta dari Tanore dan pulangkan USD620juta? Dan dalam proses tersebut,Najib mencipta suatu jenis kewangan Islam baru yang dipanggil Najibah.

Jangan berkhutbah kepada kita mengenai penjajahan baru, Amerika hendak bunuh Melayu, tidak mahu tunduk kepada Mahathir atau cakap besar tidak mahu berundur walaupun halilintar membelah bumi.

Semua dunia tahu, Najib disergah dek ketua kampong pun sudah  takut.

Tidak ada perkara yang paling bodoh dari memberi amanah kepada orang yang pecah amanah dan pelakunya tidak dipertanggung-jawabkan kerana berpecah amanah.

Tidak ada kah suatu pun nilai pembetulan dalam budaya Melayu?
********************

3 poster yang kita boleh lihat di laman web SPRM. Selain yang di atas, ni ada dua lagi yang kena tepat kepada Najib !
Read More / Baca Lagi >>

Zaid Saman Najib Supaya Pulangkan Duit 1MDB

Posted: 17 Aug 2016 07:09 PM PDT

A Kadir Jasin


BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Zaid Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, kerana melanggar kewajipan fidusiari.

Serentak itu beliau menuntut supaya Najib mengembalikan kepada kerajaan semua wang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam bahasa yang mudah, Zaid menuduh Mohd Najib mengkhianati kepercayaan yang diamanahkan kepada beliau dengan mengambil duit 1MDB.

Zaid, seorang peguam dan bertindak sebagai menteri undang-undang di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, mengemukakan writ itu bagi pihak rakyat Malaysia.

Beliau menuntut Najib memulangkan kepada kerajaan wang sebanyak AS$731 juta (kira-kira RM2.92 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Zaid juga menuntut supaya wang sebanyak RM42 juta yang Najib dakwa diterimanya daripada SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada kerajaan. 

Zaid mahu Najib pulangkan duit 1MDB
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Kewangan. Najib adalah pegawai tertinggi yang berkuasa terus ke atas 1MDB.

Zaid menamakan Najib, 1MDB, Kerajaan Malaysia dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Aziz, dalam saman itu. (Baca lanjut di sini).

Ini adalah tindakan sivil ketiga yang dikemukakan berkaitan skandal 1MDB dan yang pertama kepada mahkamah Malaysia.

Dua saman terawal adalah di Amerika Syarikat. Pertama oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) akhir Julai lalu dan kedua oleh pasangan ADUN Datuk Husam Musa dan peguam Matthias Chang minggu lepas.
Pandangan saya mengenai writ saman Zaid itu adalah seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Dulu menteri di Indonesia, kini tiada kerakyatan

Posted: 17 Aug 2016 07:05 PM PDT

Pendedahan Arcandra Tahar pernah menjadi warganegara Amerika Syarikat bukan sahaja menyebabkan kehilangan kerakyatan Indonesia, tetapi juga AS yang melarang rakyatnya memegang jawatan awam di negara lain.
Arcandra-Tahar
 Menteri Tenaga dan Sumber Asli Indonesia, Arcandra Tahar, yang dipecat daripada kabinet Isnin lalu, kini seorang yang tiada kerakyatan.
Arcandra dipecat selepas pendedahan beliau sudah menjadi warganegara Amerika Syarikat.
Indonesia melarang rakyatnya memegang dua kerakyatan.
Agensi Antara memetik Freddy Haris, pengarah pentadbiran undang-undang Kementerian Perundangan, sebagai berkata Arcandra secara automatik akan ditarik balik pasport Indonesia susulan pendedahan itu.
"Tetapi beliau juga hilang kerakyatan AS kerana menerima tawaran memegang jawatan menteri di Indonesia," katanya, merujuk undang-undang AS yang melarang rakyatnya memegang jawatan awam atau politik di negara lain.
Arcandra kini perlu melalui proses memohon semula kewarganegaraan asalnya, sesuatu yang rumit.
Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada mereka yang pernah berbakti kepada negara, kata Freddy.
Ini kerana Arcandra ketika dalam kabinet pernah berjaya menjimatkan berbilion rupiah dalam tempoh 20 hari selepas pelantikan beliau.

Suaram: Kerajaan lembap, keadaan di depot imigresen mengerikan

Posted: 17 Aug 2016 06:56 PM PDT

Sevan berkata, gesaan demi gesaan dibuat masyarakat supaya kerajaan mengambil tindakan proaktif, tetapi keadaan di pusat tahanan imigresen bertambah teruk sehingga mencapai tahap menyedihkan.
sevan-doraisamy_imigresen_tahan_600
PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas kerajaan lambat bertindak terhadap aduan keadaan teruk di pusat tahanan imigresen negara dan dakwaan penderaan di Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, gesaan demi gesaan dibuat masyarakat supaya kerajaan mengambil tindakan proaktif, tetapi keadaan di pusat tahanan imigresen bertambah teruk sehingga mencapai tahap menyedihkan.
"Kami boleh sifatkan keadaan hidup mengerikan itu sebagai pelanggaran hak asasi manusia, tetapi penyeksaan dan keganasan fizikal oleh kakitangan depot serta skala kejadian itu berlaku menjadikan isu pencabulan hak asasi manusia bertukar kepada jenayah terhadap kemanusiaan," katanya kepada FMT semalam.
Sehubungan itu, Sevan menggesa agensi penguatkuasaan berkaitan menjalankan siasatan segera dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dua pembantu rumah Kemboja mendakwa tahanan di Depot Tahanan Imigresen Juru diseksa dan dipukul warden sehingga ada yang mati.
Akhbar Cambodia Daily melaporkan pengalaman dua wanita terbabit ditendang dan dipukul warden di pusat tahanan itu kerana tidak boleh berbahasa Melayu, sebelum mereka dihantar pulang pada Jun lalu, hasil usaha pertubuhan hak buruh Kemboja, Central.
Mereka berkata, sepanjang tinggal di sana, dia menyaksikan sendiri lima warga Kemboja dan dua warga Vietnam meninggal dunia, tiga daripadanya ialah wanita yang tinggal bersama mereka.
Sementara itu, Pengarah Program Tenaganita, Aegile Fernandez berkata, pusat tahanan imigresen di Malaysia "sesak, hanya sedikit makanan diberikan dengan perhatian perubatan minimum serta berlaku penderaan dan pencabulan hak asasi manusia."
Aktivis hak asasi manusia, James Nayagam pula menyifatkan Depot Tahanan Imigresen Juru sebagai kem tahanan terburuk yang tidak sesuai untuk manusia dan laporan demi laporan sudah dibuatnya kepada kerajaan.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, siasatan awal mendapati dakwaan berlaku penderaan sehingga ada tahanan yang meninggal dunia di Juru tidak benar dan laporan terperinci siasatan lengkap berhubung dakwaan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

The fragmentation of Malay politics

Posted: 17 Aug 2016 05:19 PM PDT

The space has opened up for different parties focusing on different ideologies.
all_parti_melayu_6001
The emergence of Bersatu, with its cadre of disenfranchised Umno rebels, further muddies the waters of Malay politics.
There are still plenty of wishful thinkers in the establishment who cling to the old notion that the Malay vote is monolithic, but the wealth of information we're getting from the alternative media, especially social media, tells us that there are conservative Malays, moderate Malays, liberal Malays, even anarchic Malays spread across the length and breadth of the country.
Malay society is indeed living, breathing and evolving as it tries to come to terms with the rapidly changing world we live in. One of the effects of these changes, helped by the information explosion, is the rapid expansion of ideologies. Anyone who has his ears close enough to the ground knows that with every young Malay going to the right, there's probably another going to the left and another to the middle.
With this ideological fragmentation, space has opened up for different parties with different ways of thinking, and this is reflected in the major players in the race for the Malay vote.
PKR, Amanah, PAS, Bersatu, and Umno all vie for roughly the same electorate, regardless of PKR's enduring and much appreciated decision to keep membership open to all races.
Amanah is as close to a progressive Malay party as has been seen in decades. PAS appeals to the ultra-conservative elements of Malay society. Bersatu, PKR, and Umno vie for the vote of those on the fence and around it. Umno has generally been considered centre-right despite the occasional outburst of extremism, and until recently was more of a palatable option than PAS with its occasional frothy manic behaviour.
There are ideological quirks that separate PKR, Bersatu, and Umno from each other. PKR has a reformist agenda, Umno is distinguished by its pro-Bumiputera policies, while Bersatu has a more inclusive definition of Bumiputera.
Bersatu, being newly announced, is still something of an enigma, and so cannot be fully analysed just yet, but it has promised a different way of doing Bumiputera politics.
The Malay identity is just as varied as the parties named above, and so each has its particular audience within the community. It's hard to predict who will win out in the end although one must give Umno an edge because it has control over the instruments of state. Bersatu probably still needs time to emerge as a viable contender, and the other opposition parties still have some way to go to repair their battered image, except perhaps Amanah because it too is still new.
Regardless, the ideological fragmentation of Malay society is beginning to be reflected in our politics, and that can only be a good thing in the long run. Ultimately, of course, we should all be working towards a political system that is not race-based.

Parti Bersatu untuk tegar dan cenderung Umno, kata Syed Saddiq

Posted: 17 Aug 2016 05:15 PM PDT

Syed Saddiq (tiga dari kiri) ketika hadir bersama angota penaja Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Aktivis anak muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyasarkan orang Melayu yang tegar menyokong dan cenderung kepada Umno.
Bercakap pada forum 'Parti Baru = Harapan Baru?" malam tadi di Petaling Jaya, beliau berkata, Bersatu dilihat pilihan kepada orang Melayu yang belum bersedia dengan parti tanpa berasaskan kaum.
"Sekarang ada pelbagai parti berbilang kaum. Bagaimana untuk kita tarik penyokong tegar Umno? Mereka mahu buat lonjakan tetapi tidak mahu terlalu jauh.
"Saya percaya Bersatu memastikan mereka yang tegar dan cenderung kepada Umno untuk menyokong parti pembangkang," ujarnya sebagai panelis dalam forum anjuran Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) itu.
Menurut Pendebat Terbaik Asia itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno seperti membelenggu orang Melayu untuk melakukan perubahan.
"Saya percaya perlunya parti politik berteraskan Bumiputera untuk membebaskan Melayu daripada kemelut rasuah yang mewabak dalam Umno," jelas Saddiq yang sebelum ini pernah mengakui penyebaran foto menyerupainya di kelab malam adalah beliau sendiri.
Mengulas lanjut kesedaran orang Melayu dalam menolak Umno, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, mereka perlu tegas melaksanakan agenda perubahan.
"Saya percaya selagi orang Melayu tidak berdiri bersuara lantang selagi itulah masalah (rasuah) berterusan. Orang Melayu perlu lantang bersuara ketengahkan agenda reformasi supaya mereka tidak bersangkut paut dengan gejala rasuah," tambahnya lagi.

Kita ada hubungan berterusan dengan Pas, akui AMK

Posted: 17 Aug 2016 05:13 PM PDT


Dr Afif Bahardin  (tengah)  ketika berdialog dalam Forum Parti 'Parti Baru = Harapan Baru  malam tadi. Turut sama sebagai panelis Syed Saddiq dan S Ambiga.- Foto Wan Abdul Rahim.Dr Afif Bahardin (tengah) ketika berdialog dalam Forum Parti 'Parti Baru = Harapan Baru malam tadi. Turut sama sebagai panelis Syed Saddiq dan S Ambiga.- Foto Wan Abdul Rahim.
Angkatan Muda Keadilan (AMK)  berterus terang mengakui parti mereka masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian parti diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, tidak benar dakwaan bahawa PKR hanya mempunyai hubungan dengan Amanah sahaja.
"Keutamaan sekarang berhubung dengan semua pihak, tidak mengutamakan Amanah. Kita mahukan satu pakatan pembangkang yang kuat.
"Untuk katakan PKR hanya ada hubungan dengan Amanah pun tidak betul. Kita ada hubungan berterusan dengan Pas sekarang ini," akuinya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas forum berkaitan masa depan Pakatan Harapan di pejabat Malaysiakini malam tadi.
Ditanya keutamaan PKR sama ada Amanah atau Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, semua parti pembangkang perlu duduk semeja berunding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.
"Keutamaan pada masa ini semua parti pembangkang perlu ambil antara dua sempadan sama ada mahu 'reform' iaitu hendak melakukan perubahan kepada sistem atau mahu mengekalkan status quo iaitu masih mahukan perdana menteri yang korup," jawabnya.
Mengulas tentang sikap kepimpinan Pas yang dilihat berjinak-jinak dengan Umno, Dr Afif yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata, tanggapan itu terpulang pada tafsiran masing-masing.
"Kita tidak boleh anggap Hadi sebagai Pas. Kita hubungan dengan parti bukan dengan individu saja.
"Dalam kenyataan rasmi Pas dan muktamar mereka pun musuh utama mereka adalah Umno. Saya sendiri dengar ucapan (pemimpin Pas). Kita meneruskan rundingan dengan pimpinan Pas kemudian parti akan tentukan keputusan," tegasnya lagi.
Ditanya lagi tentang had masa untuk PKR masih meneruskan hubungan dengan Pas ketika tempoh PRU14 semakin suntuk, beliau gagal memberi tempoh bagi tujuan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Daim diisytihar muflis di Singapura

Posted: 17 Aug 2016 05:12 PM PDT

Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah RM7.3 juta yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
Wira-Dani_maybank_6001
PETALING JAYA: Anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities, lapor The Straits Times.
Susulan itu, Md Wira Dani Abdul Daim, 37 meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.
Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan, Isnin lalu.
Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.
Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.
April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.
Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.

Jangan rosakkan kegembiraan anda, nasihat Khairy kepada Azizulhasni

Posted: 17 Aug 2016 05:09 PM PDT

Azizulhasni tidak harus membenarkan rungutannya kerana tidak diberi bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu membayangi pencapaiannya di Rio, kata Khairy.
Khairy-Jamaluddin_Azizulhasn_600
RIO DE JANEIRO: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio, Azizulhasni Awang dinasihat mendapatkan penjelasan daripada pejabat Menteri Besar Terengganu selepas mendakwa permohonan bantuan yang dimintanya tidak dilayan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Azizulhasni tidak harus membiarkan rungutannya ke atas Menteri Besar Ahmad Rafiz Abdul Rahman, merosakkan kegembiraannya selepas meraih gangsa dalam acara keirin semalam.
Mengulas luahan jaguh trek negara dalam laman Facebooknya sejurus mendapat pingat pertama untuk Malaysia dalam acara berbasikal Sukan Olimpik, Khairy percaya ia hanya salah faham dan mudah diselesaikan.
"Azizulhasni tidak harus membenarkan perkara itu membayangi pencapaiannya di Rio," katanya selepas menyaksikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menang 21-9, 21-15 ke atas Chou Tien Chen dari Taiwan di suku akhir.
Dalam laman Facebooknya, Azizulhasni, 28, mendakwa Ahmad Razif tidak memberikan sebarang reaksi kepada permintaan mendapatkan basikal RoadBike untuk dirinya dan Fatehah Mustapa, kedua-duanya pelumba kelahiran Terengganu, sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik.
Read More / Baca Lagi >>

Fahmi Reza: Akta 'sakit hati' tak ikut perlembagaan

Posted: 17 Aug 2016 08:21 AM PDT

Aktivis Fahmi Reza memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan jenayah terhadap dirinya di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menyifatkan akta itu sebagai 'akta sakit hati', beliau juga memfailkan permohonan untuk mencabar kesahihan seksyen 233 dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan.
"Pendakwaan terhadap aku adalah cacat kerana tidak menyatakan siapa orang yang sakit hati dengan poster grafik tersebut," katanya dalam laman Facebook hari ini dan menjelaskan bahawa ia adalah salah satu alasan permohonannya.
Fahmi didakwa pada 10 Jun lalu kerana memuat naik imej menghina kepimpinan negara di Facebook.
Imej tersebut adalah karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermuka badut yang tersebar di media sosial sejak disiarkan pada 8 Februari.
Dalam cacatan di Facebook hari ini, Fahmi berkata beliau mahu mencabar seksyen 233 CMA kerana ia melanggar kebebasan bersuara yang dilindungi di bawah perlembagaan persekutuan.
Ini termasuk kebebasan menghasilkan karya seni untuk mengkritik penguasa, kebebasan menyatakan pandangan yang berbeza dan juga kebebasan menggunakan seni dalam bentuk satira politik sebagai satu cara protes, katanya.
Katanya, pertuduhan terhadap beliau adalah satu bentuk penapisan internet yang bertentangan dengan CMA sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Saya bukan pengecut, tidak sembunyi sebalik Facebook, kata TMJ

Posted: 17 Aug 2016 07:56 AM PDT

Katanya, kelebihan dirinya ialah mampu berdepan dan membincangkan masalah, mengendalikannya secara 'gentlemen'.
Tunku-Ismail_rakyat-malayasia_600
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda bukan jenis yang suka menyembunyikan masalah atau hanya mahu bercuti percuma atau melobi projek seperti dilakukan sesetengah pemimpin tertentu.
Katanya, baginda akan bersuara, menjelaskan kebimbangan dan membincangkan bagaimana sesuatu masalah yang melanda negara harus dikendalikan, sekali gus berkongsi pandangannya mengenai perkara itu.
Dalam temu bual dengan pemilik Kelab JDT yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, TMJ berkata baginda juga bukan pengecut, dan lebih suka berterus terang dalam menangani masalah yang dihadapi dengan segera.
"Kelebihan saya ialah saya mampu untuk berhadapan dan membincangkan masalah tersebut, mengendalikannya secara 'gentlemen'.
"Saya tidak bersembunyi di sebalik komputer dan hanya menulis di laman Facebook dan saya pasti bukannya seorang pengecut, yang membaling batu, sembunyikan tangan.
"Saya lebih suka berterus terang dan menangani masalah yang saya hadapi dengan seberapa segera," katanya.
Dalam temu bual itu, baginda turut mendedahkan hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan katanya mereka saling bertukar pendapat.
Dalam pertemuan itu, baginda meluahkan segala kebimbangan terbuku di dalam hatinya berhubung kemelut yang berlaku dalam negara serta situasi politik terutama di Johor, akhir-akhir ini.
"Saya ingin tahu apakah dasar dan prinsip kerajaan. Saya juga bersuara berkenaan dalam memberi peluang kepada generasi muda yang berbakat untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina negara ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa mampu bersaing dengan Umno? soal Ambiga

Posted: 17 Aug 2016 07:55 AM PDT


Realitinya kita perluksn BERSATU untuk lawan Umno kata AmbigaRealitinya kita perluksn BERSATU untuk lawan Umno kata Ambiga
Realiti perlu diambil kira walaupun tidak bersetuju dengan parti politik yang ditubuhkan atas kapasiti perkauman, kata mantan presiden majlis peguam, Datuk Ambiga Sreenevasav.
"Siapa mampu bersaing dengan Umno? Saya faham buat masa sekarang, secara praktikalnya ini yang kita perlukan (parti Bersatu).
"Bersatu ada agenda reformasi. Itu yang penting," tegasnya dalam forum Parti Baru: Harapan Baru? di pejabat Malaysiakini malam ini.
Amanah mahu hanya ada satu 'coalition' lawan BN
Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil, rakyat perlu diberi penekanan hanya ada satu _coalation_ untuk menentang rejim BN, .
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.
"Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno," ujarnya dalam terebut.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.
"Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Ulama membisu petanda keruntuhan kerajaan

Posted: 17 Aug 2016 07:54 AM PDT

Tindakan ahli Parlimen Langkawi merujuk MO1 ialah Yang di-Pertuan Agong adalah percubaan terdesak kerajaan mengalih pandangan rakyat daripada skandal 1MDB yang sebenarnya.
Raja-Kamarul-Bahrin_raja-raja_1mdb_600
Oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Apabila tersepit dalam tuduhan yang berat, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan mencuba apa sahaja untuk melepaskan diri daripada kesalahan tersebut. Isu 1MDB dan laporan DoJ – Jabatan kehakiman Amerika Syarikat, melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia melihat aksi memalukan dan pembohongan yang jelas.
Mula-mula, Ketua Menteri Melaka daripada Umno, Datuk Seri Idris Haron menuduh Amerika hendak membunuh Melayu sepertimana mereka membunuh rakyat Iraq.
Hari ini pula, ahli Parlimen Umno Langkawi menyatakan MO1 – Malaysian Official 1 yang memainkan peranan utama dalam skandal 1MDB dan disebut dalam laporan D0J tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah percubaan terdesak pihak kerajaan untuk mengalih pandangan daripada isu dan skandal terbesar 1MDB yang sebenarnya.
Ramai yang mendesak ahli Parlimen Langkawi memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebenarnya kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja adalah lebih luas dan besar daripada apa yang dijangkakan.
Najib sendiri sebagai perdana menteri juga perlu memohon ampun kepada Majlis Raja-raja kerana mengingkari titah pada mesyuarat Majlis Raja-raja pada Oktober 2015 untuk kerajaan menangani dengan baik masalah 1MDB.
Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan sepatutnya atas isu tersebut untuk menjaga nama baik Malaysia. Malahan, sejak itu, isu 1MDB menjadi lebih parah dengan Switzerland, Hong Kong, Luxembourg, Singapura dan Amerika mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysia.
Sebenarnya, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sudah menggesa Najib menyelesaikan masalah 1MDB, tetapi ahli Parlimen Langkawi cuba mengaitkan implikasi kononnya Yang di-Pertuan Agong merupakan M01 – Malaysian Official 1 bertanggungjawab ke atas 1MDB.
Bukan sahaja perbuatan ahli Parlimen Langkawi biadap dan fitnah, tetapi tindakan ketuanya, Najib yang menyebabkan kemelut ini berterusan dengan tidak langsung menghormati titah Majlis Raja-raja untuk menjaga nama baik negara.
Read More / Baca Lagi >>

MANA ADA kepala perompak mengaku dirinya kepala perompak !!

Posted: 17 Aug 2016 07:53 AM PDT

Siapa KEPALA PEROMPAK sebenarnya..??

#MO1, ayah tiri kepada penerbit filem porno ITU SIAPA ??!!

KERAjaan mana tu ??!!

Posted: 17 Aug 2016 07:50 AM PDT

Bila dah menang atas usaha sendiri tanpa bantuan KERAjaan dan diluahkannya, tup-tup bakal kena siasat...

MB Terengganu mohon maaf tidak tahu permintaan Azizulhasni

Posted: 17 Aug 2016 07:47 AM PDT

Ahmad Razif sedia menemui Azizulhasni untuk mendengar luahan hatinya dan turut mengarahkan MSNT menyiasat dakwaan kerajaan negeri mengabaikan kebajikannya.
Ahmad-Razif-Abdul-Rahman_Azizulhasni_600
PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu memohon maaf kepada Azizulhasni Awang kerana permintaan pelumba basikal negara itu tidak pernah diketahuinya.
Bagaimanapun, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau sedia menemui pemegang pingat gangsa Olimpik Rio itu sendiri untuk mendengar luahan hatinya dan turut mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat dakwaan atlet itu yang kerajaan negeri mengabaikan kebajikannya.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan kena tunggu hasil siasatan (MSNT). Mungkin ada yang terlepas pandang. Saya amat terkilan dan mohon maaf sekiranya perkara itu benar," katanya
selepas majlis ramah mesra bersama bakal haji Parlimen Kuala Nerus di pejabat penyelaras DUN Seberang Takir, hari ini.
Azizulhasni meraih tempat ketiga, sekaligus memungut pingat gangsa dalam perlumbaan akhir keirin di Rio Olympic Velodrome, Brazil, hari ini.
Bagaimanapun, petang tadi, Azizulhasni secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu kerana tidak membantu beliau dan pelumba basikal wanita, Fatehah Mustapa yang merupakan anak jati Terengganu berjuang di peringkat dunia dan Olimpik.
"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaan kami dalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.
Read More / Baca Lagi >>

MB Terengganu tidak tahu permohonan tajaan Azizulhasni diabaikan

Posted: 17 Aug 2016 07:46 AM PDT


MB Terengganu tidak tahu permohonan tajaan Azizulhasni diabaikan


KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman hari berkata beliau tidak tahu permohonan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tajaan basikal, 'Roadbike' sebagai persediaan ke temasya Olimpik 2016 diabaikan.

Namun, katanya luahan Azizulhasni yang dikongsi di Facebook hari ini akan diambil secara positif.

Ini kerana pemenang pingat gangsa di temasya sukan berprestij yang sedang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil itu mendakwa kerajaan Terengganu mengabaikan permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi tujuan latihan.

Sambil menyuarakan rasa terkilan, Ahmad Razif hari ini mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) agar menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan mengambil langkah segera dalam menyelesaikannya.

"Saya tidak dapat nak komen apa-apa sebab saya sudah minta MSN melihat apa yang sebenarnya yang berlaku.

"Yang utama sekarang kita perlu mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Azizulhasni itu sendiri," katanya.

Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, ia adalah di luar pengetahuannya dan beliau sendiri sudah pasti amat terkilan.

Ini kerana kata beliau, kerajaan Terengganu sentiasa serius dalam memberikan perhatian terhadap program pembangunan sukan di negeri itu.

Ia terbukti melalui pelbagai program pemmbangunan sukan yang dilaksanakan kerajaan melalui pruntukan yang agak besar setiap tahun.Read More / Baca Lagi >>

Isteri gembira impian 'Rocket Poket Man' tercapai

Posted: 17 Aug 2016 07:43 AM PDT

Isteri Azizulhasni anggap doa Malaysia jadi pendorong kejayaan

Posted: 17 Aug 2016 07:42 AM PDT

Golongan berpendidikan agama tak ramai sertai Daesh - Maszlee Malik

Posted: 17 Aug 2016 07:40 AM PDT

MO1: Nawawi tersasar jauh, tapi tak perlu Akta Hasutan

Posted: 17 Aug 2016 05:30 AM PDT

Peguam berkata dalam tuntutan saman DoJ, MO1 ialah pegawai manakala Yang di-Pertuan Agong bukan seorang pegawai.
Syahredzan-Johan12_nawawi-ahmad_doj_600
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad mendakwa Yang di-Pertuan Agong ialah Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat itu, tersasar jauh, kata peguam Syahredzan Johan.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak bersetuju jika Nawawi dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan atau dikatakan melakukan kesalahan melanggar Seksyen 233 susulan kenyataan yang dikeluarkan itu dianggap sebagai menghina Agong.
Syahredzan berkata dalam tuntutan saman DoJ itu, MO1 ialah seorang pegawai, manakala Yang di-Pertuan Agong bukan bertaraf pegawai.
"Ahli Parlimen Langkawi bukan ingin katakan Yang di-Pertuan Agong adalah 'Malaysian Official 1' seperti yang tertera dalam saman DoJ, cuma beliau memberi pandangannya, mengikut Perlembagaan.
"Tetapi pandangan beliau itu jauh tersasar kerana mengikut Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong bukan 'official' (pegawai)," katanya kepada FMT.
"Saya juga membantah ahli Parlimen Langkawi dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Mungkin boleh kata apa yang dimuat naik beliau itu melanggar Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Tetapi saya juga tidak sokong seksyen ini digunakan ke atasnya dan memang tidak menyokong Akta Hasutan dikenakan ke atas sesiapa sekalipun," katanya.
Beliau berkata adalah lebih baik jika kenyataan Nawawi itu ditentang menggunakan hujah dan tidak perlu diambil sebarang tindakan undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

"Polis tetap siasat jika ada laporan polis"- TPM Zahid Hamidi

Posted: 17 Aug 2016 05:19 AM PDT

"Polis akan hanya siasat jika ada laporan" - IGP Khalid

"Laporan polis yang dibuat orang ramai akan disiasat" - Timbalan Menteri Dalam Negeri

Agaknya jika Nurul Izzah yg kaitkan MOI adalah Agong... atau Lim Kit Siang... IGP dah terpacak depan pintu pagar rumah sejak subuh nak tangkap..

Jamal Tongkol dan Ali Tinju bergasak sesama sendiri, sapa dulu serang Nurul atau Lim Kit Siang....Media seperti TV3, BERNAMA akan buat litupan 27 jam sehari. bukan 24 jam lagi..

Mufti pon dah keluar kenyataan MENGHARBIKAN pemimpin pembangkang... tapi JIKA BABITKAN UMNO..semua senyap sunyi, KENAPA ??!! ....... so eloknya diludah BANGSAT BANGSAT ni semua...
 Adakah MP langkawi tahu #MO1 ada kaitan 'hubungan keluarga' dgn Reza Aziz, penerbit filem Porno yg didakwa guna wang 1MDB.??

Tiba-tiba anak tiri Najib ada ada 'hubungan keluarga' dgn keluarga Agong ??!!

Makin kuat mereka nak membela & menutup penipuan & kebobrokan 1MDB, semakin terserlah penipuan mereka..

‘Bersatu bukan lawan gerun, tidak mampu jatuhkan Umno’

Posted: 17 Aug 2016 05:16 AM PDT

Menurut laporan CNBC, lanskap politik negara yang berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah satu lagi sebab Umno akan terus berkuasa.
bersatu-umno-1
KUALA LUMPUR: Parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat menjatuhkan Umno, kata penganalisis politik dan ekonomi kepada CNBC.
Bagaimanapun, mereka bimbang dengan keadaan di Malaysia ketika ini.
Ahli ekonomi di bank pelaburan Natixis, Tringh Nguyen memberitahu CNBC, Bersatu mungkin bukan lawan menggerunkan, memandangkan penguasaan bersejarah Umno dan sekian lama bertapak di Malaysia.
Beliau ragu-ragu dengan kemampuan parti baharu itu, memandangkan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 91 tahun dan pengaruh politiknya juga semakin merosot.
"Tidak mungkin Mahathir boleh meraih sokongan untuk menjatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak," katanya.
Laporan itu menyatakan lanskap politik negara yang berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah satu lagi sebab Umno akan terus berkuasa.
"Ada banyak cabaran menanti Bersatu, khasnya dengan pembangkang yang berpecah-belah," kata Norshahril Saat, felow Iseas-Institut Yusof-Ishak yang merupakan sebuah kumpulan penyelidikan khusus dalam kajian Asean.
Norshahril berkata, perbalahan dalaman antara pembangkang, iaitu PKR, DAP, PAS dan Amanah turut memperkukuhkan penguasaan Barisan Nasional.
Sementara itu, Oh Ei Sun yang merupakan bekas setiausaha politik Najib dari 2009 hingga 2011 dan kini adalah felow kanan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura Singapore berkata, Bersatu ditubuhkan untuk menggulingkan perdana menteri.
Menurut laporan itu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah, PKR dan DAP tewas dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini, manakala satu lagi pakatan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) menggabungkan beberapa parti pembangkang kecil.
Bersatu pernah menegaskan ia tidak keberatan bersekutu dengan Pakatan Harapan. Jika itu berlaku, Oh berkata, ia hanya akan lebih mengelirukan landskap pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)