Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mahathir: BERSATU akan pulihkan demokrasi, undang-undang

Posted: 16 Aug 2016 10:13 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar bahawa parti politik baru yang ditubuhkanya akan memulihkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang dinafikan dan disalah-gunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir selaku pengerusi pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian ketika menjelaskan keperluan untuk parti baru itu dalam posting di blog terbarunya.
Katanya, beliau terkejut apabila ramai yang mengajukan soalan mengapa BERSATU ditubuhkan.
Jelasnya, parti baru itu mampu memulihkan kegemilangan negara yang lalu.
Mahathir, yang mengetuai negara ini selama 22 tahun, berkata beliau telah meneliti nasib parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan di negara-negara lain.
"Kebanyakan mereka kini lenyap. Mereka tewas kepada parti baru yang dibentuk selepas kemerdekaan kerana selalunya lupa tujuan parti berkenaan dibentuk, dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi.
"Umno telah bertahan begitu lama. Tetapi di bawah Najib ia terlupa sepenuhnya tujuan ia ditubuhkan.
"Najib telah memalukan negara yang pernah dikagumi ini. Seluruh dunia memandang hina Najib sebagai menteri kewangan yang paling teruk Malaysia dan segala salah lakunya," katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata hanya parti baru boleh memulihkan kegemilangan negara semula.
Meskipun penduduk bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi percaya bahawa politik perkauman tidak lagi sesuai dengan peredaran masa, Mahathir berkata keadaan akar umbi adalah berbeza.
"Bagi penduduk di luar bandar yang sebahagian besarnya miskin, bangsa bukan sahaja penting tetapi mereka percaya adalah perlu demi kesejahteraan mereka. Umno popular kerana ia adalah sebuah parti perkauman.
"Jika parti baru mahu bersaing dengan Umno, ia mesti memberi rakyat di kawasan luar bandar dan kawasan bandar yang kurang canggih, keselesaan yang berkaitan dengan perkauman oleh Umno," katanya.

TKM berang Petronas mahu hantar lebih ramai pekerja ke S'wak

Posted: 16 Aug 2016 09:54 PM PDT

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing berang bahawa syarikat minyak dan gas negara, Petronas bercadang menghantar 90 pekerja lain dari semenanjung untuk operasi di Sarawak sedangkan kakitangan tempatan diberhentikan.
Kerajaan negeri sebelum ini menghentikan pengeluaran permit kerja baru kepada pekerja Petronas dari semenanjung berikutan aduan bahawa pekerja tempatan tidak diutamakan.
Sarawak mempunyai autonomi ke atas imigresen dan rakyat Malaysia yang bukan dari Sarawak perlu mendapatkan permit kerja, seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
"Mengapa Petronas perlu 90 permit kerja baru sedangkan rakyat tempatan Sarawak di Petronas dihentikan kerja?
"Adakah Petronas menstruktur semula syarikat itu dengan mengurangkan pekerjanya akibat kelembapan ekonomi?
"Atau adakah mereka cuba menggantikan pekerja Sarawak dengan semenanjung?" katanya yang dipetik akhbar Borneo Post.
Petronas sebelum ini dilaporkan memansuhkan 29 jawatan tetap, menyebabkan 13 kakitangan dari Sarawak dihentikan dalam penstrukturan semula syarikat itu.

MO1 Adalah Agong - Nawawi Langkawi ..!!!

Posted: 16 Aug 2016 09:40 PM PDT

Cuba anda baca penjelasan dari salah sorang ahli parlimen Umno bila ditanya siapa dia Malaysia Official 1 ( MO1 ) -
  

Hebat tahap bodek Najib yang dimiliki oleh MP Langkawi Nawawi Ahmad ini ! Boleh dia cuba spin dari Najib dengan melibatkan Yang DiPertuan Agong ! ? ?

Jawab saja lah MO1 itu adalah Najib ! Apa yang payah sangat ? Bukannya MO1 yang disaman atau yang hartanya dirampas oleh DOJ.  Kenapa yang susah sangat nak sebut tu ? Adakah kerana pemimpin2 Umno sendiri merasakan MO1 itu telah melakukan satu dosa besar mengikut dakwaan DOJ makanya mereka jadi serbasalah nak jawab siapa itu MO1 ?

DOJ tidak sebut MO1 itu sebagai pegawai Malaysia yang TERTINGGI atau pegawai Malaysia pangkat nombor 1. Nombor 1 itu disebut sebagai pengenalan saja .... mungkin nanti akan ada pula MO2, MO3 dan seterusnya .... Sama seperti 1MDB Officer 1, 2 dan 3 .... adakah nombor itu menunjukkan heirarki orng berkenaan dalam struktur organisasi 1MDB ? Tidak .... nombor2 itu hanya sebagai pengenalan.

Jadi kenapa Nawawi merujuk nombor 1 dalam MO1 sebagai merujuk kepada pegawai Malaysia yang tertinggi ? Dan seterusnya dengan sengaja mengaitkan YDP Agong dalam kemelut 1MDB @ DOJ ?

Tidakkah itu boleh dianggap sebagai satu cubaan menghina institusi diRaja khususnya YDP Agong ?

OK... KATAKANLAH kita layan argumen Nawawi bahawa no 1 dalam gelaran MO1 itu merujuk kepada pegawai Malaysia tertinggi ...... bagaimana pula dengan gelaran First Lady of Malaysia yang disebat oleh Rosmah ?

Kalau First Lady itu adalah Rosmah, takkan First Man adalah .....erk.

Apakah Nawawi mahu dianggap sebagai menghina Rosmah pula ? ?

Tak payahlah berbelit2 .... mengaku sajalah bahawa MO1 itu adalah Najib. Don't be very the stupid, ok.



Dia komited, Ku Nan puji pegawai DBKL terlibat rasuah

Posted: 16 Aug 2016 09:39 PM PDT

Ku Nan berkata, lelaki bergelar "Datuk Seri" itu dinaikkan pangkat ekoran komitmennya menjalankan tugas dengan baik dan kebijaksanaannya dalam membuat keputusan.
tengku adnanPegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan atas kesalahan rasuah adalah "pegawai yang baik", menerima dua kenaikan pangkat dalam satu tahun, lapor New Straits Times.
Menurut laporan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik berkata, lelaki bergelar "Datuk Seri" itu dinaikkan pangkat ekoran komitmennya menjalankan tugas dengan baik dan kebijaksanaannya dalam membuat keputusan.
"Setakat yang saya tahu, pegawai itu menjalankan tugasnya dengan penuh iltizam. Dia dinaikkan dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini berada di Gred B khas kerana cemerlang dalam tugas selain berpotensi tinggi.
"Itulah dia di tempat kerja … tetapi apa yang dia lakukan di luar daripada itu, saya tidak tahu," kata Ku Nan.
Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang kesimpulan tetapi memberi masa untuk SPRM menyiasat perkara itu. Beliau turut menasihatkan pegawai kementerian dan DBKL supaya menjauhkan diri daripada rasuah dan hidup mengikut kemampuan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pencapaian pegawai DBKL dicemburui rakan-rakan dan kontraktor lain.
Pegawai DBKL tersebut adalah salah seorang daripada tiga pegawai kanan kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Dua suspek lain, juga bergelar Datuk ialah pegawai dari Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan.
Berikutan penangkapan itu, SPRM merampas kereta mewah, membekukan akaun bank dengan simpanan lebih RM13 juta, serta RM400,000 dalam bentuk wang tunai yang disembunyikan di atas siling rumah salah seorang suspek.
Ketiga-tiga lelaki kini di tahan reman tujuh hari bermula semalam.

Blog Tun Mahathir berdepan 'pencerobohan server'

Posted: 16 Aug 2016 09:36 PM PDT


Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir MohamadBlog cchedet.com milik  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diturunkan oleh webmaster apabila ia mengalami kerosakan selepas ia menjadi sasaran 'pencerobohan server' oleh pihak yang tidak dikenali.
Ini telah disahkan oleh pembantu bekas perdana menteri itu Sufi Yusof, yang menulis mengenainya di Facebook.
"Untuk pembaca blog CheDet, saya pasti anda akan sedar bahawa anda tidak dapat mengakses blog itu sejak sebelum tengah hari ini. Malah dari pukul 11 ​​pagi Selasa 16 Ogos blog itu telah tidak boleh diakses.
"Ini disebabkan oleh pencerobohan server, sengaja atau sebaliknya, memaksa webmaster 'menurunkan' blog itu untuk kerja-kerja pembaikan. Pada masa ini ia masih berterusan," tulis Sufi dalam mesej tersebut.
Sejak semalam kesukaran untuk mengakses blog Mahathir dan sehingga lewat malam tadi, chedet.cc masih di luar talian.
"Saya akan cuba kemaskini sebaik sahaja ada kemajuan yang signifikan mengenainya. Kami mohon maaf kerana keadaan tidak dijangka ini," kata Sufi seperti di lapor Malaysiakini hari ini.

Mukhriz mendedahan skandal 1MDB-DUSABLE melibatkan kepentingan Negeri Kedah

Posted: 16 Aug 2016 09:34 PM PDT

Kronologi Isu 1MDB-DUSABLE, projek solar dan tanah Kuala Ketil, Kedah.

-Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima surat penganugerahan (Latter Of Award) daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.

- Pada 11 April 2014, 1MDB dan Dusable, firma tenaga yang diketuai oleh Frank White Jr, penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian usahasama untuk pembangunan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia. 1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51% didalam perjanjian usahasama tersebut. Manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan Dusable memiliki 49%.

- Pada tahun 2014, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambilalihan tanah di Kuala Ketil untuk pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.

- Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak syarikatnya, 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PAA) secara runding terus dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun bagi pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil. 1MDB akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40sen/kWj dan 46sen/kWj menurut perjanjian tersebut.

- Pada 5 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh Dusable dengan bayaran USD69.0 juta.

- Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebagai daripada pelan Tawaran Awam Permulaan (Intial Public Offering-IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (EDRA) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan EDRA mendapat hak 100% untuk menjalankan projek tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan dibawah EDRA.
Read More / Baca Lagi >>

4 bulan AAM didakwa tak bayar gaji, pekerja ditarik kereta, dihalau rumah

Posted: 16 Aug 2016 07:36 PM PDT


Sampah dan jenayah jadi teman hidup penghuni PPR

Posted: 16 Aug 2016 07:35 PM PDT


Gadai Negara: Tanah di Kuala Ketil dijual kepada syarikat dari China, dakwa Mukhriz

Posted: 16 Aug 2016 07:13 PM PDT

Dakwaan mahu jadi Perdana Menteri hanya fitnah – Mukhriz

Posted: 16 Aug 2016 07:10 PM PDT

ALOR SETAR , Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan dakwaan penglibatannya dalam arena politik negara hanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri secara pantas adalah fitnah semata-mata.


Kata Mukhriz, kenyataan yang dibuat bekas pegawai politiknya, Haris Che Mat kepada pemberita semalam hanya bersifat andaian tanpa disokong fakta.
"Awal-awal dulu saya rasa tidak patut komen sebabnya sedang berjalan satu kes saman terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad iaitu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri kerana membuat tuduhan sama.
"Apabila difikirkan balik, tidak salah saya menjawab kerana bila lihat rakaman sidang media Haris semalam, saya dengar banyak ayat dia bermula dengan perkataan 'ada ura-ura'.
"Lepas itu dia bercerita Tun Dr. Mahathir Mohamad berpakat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bila masa dia ada di situ sewaktu kononnya Mahathir dengan Muhyiddin cakap pasal 'fast track' untuk saya jadi Perdana Menteri?" katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Haris mendakwa perjuangan Mukhriz dalam arena politik negara hanyalah untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri secara pantas.
Menurut Mukhriz, beliau kecewa dengan kenyataan yang dibuat Haris itu kerana tidak berasas dan bersifat andaian semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Sanusi: Mana ada ‘AIDS’, Musa bukan hebat

Posted: 16 Aug 2016 06:05 PM PDT

Beliau menafikan bekerjasama dengan Anwar dan Daim dalam menjatuhkan Musa Hitam daripada jawatan No 2 kerajaan.
Sanusi-Junid_musa-hitam_600
PETALING JAYA: Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid menganggap Tun Musa Hitam bukanlah seorang yang hebat sehingga memerlukan gandingan "konspirasi" bagi menjatuhkan beliau sebagai timbalan perdana menteri dulu.
"Kejatuhan Tun Musa adalah kerana sikap dan tindakannya sendiri," tulis Sanusi dalam portal Malaysiakini, membalas tuduhan Musa dalam bukunya "Frankly Speaking" yang dilancarkan minggu lalu.
Musa, timbalan perdana menteri pertama di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan pada 1986 dan terus bersara daripada politik.
Dalam bukunya, beliau menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Sanusi sebagai pemimpin Umno yang membuat tuduhan palsu ke atasnya cuba menggulingkan Dr Mahathir.
Sanusi berkata beliau hanya mula aktif dalam permainan politik Umno selepas Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Musa.
Katanya, Musa berundur kerana "cemburu" dengan keputusan Dr Mahathir mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dikalahkan Musa, di samping kemaraan Anwar.
Sanusi turut menafikan dakwaan beliau "melaporkan sesuatu yang tidak baik" mengenai Musa kepada Dr Mahathir.
Sebaliknya, beliau mendakwa pernah diminta Dr Mahathir supaya membantu kempen Musa dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno dengan Razaleigh.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis bawa isu 'Puncak Purnama' ke Suhakam

Posted: 16 Aug 2016 05:59 PM PDT


Sekumpulan aktivis bersama Datuk Syed Ahmad Jamal (hadapan kanan) menyerahkan memorandum kepada  Datuk Lok Yim Pheng.Sekumpulan aktivis bersama Datuk Syed Ahmad Jamal (hadapan kanan) menyerahkan memorandum kepada Datuk Lok Yim Pheng.
Sekumpulan seniman dan penggerak budaya hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membantah perobohan arca Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal bertajuk Puncak Purnama atau Lunar Peaks pada 1 Julai lalu.

Kumpulan tersebut mahu Suhakam mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara tersebut bagi membuka mata semua pihak supaya memberi penghormatan kepada seni apatah lagi karya seniman negara yang disifatkan sebagai ikon karya dan warisan negara.

Menurut jurucakap jawatankuasa sementara deklarasi Puncak Purnama Nur Hanim Khairuddin, pihaknya mengusahakan satu petisyen online dan offline untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap bantahan tersebut dan setakat ini telah mengumpul 1,200 tandatangan orang ramai.

"Kami rasa perlunya kita teruskan dengan perjumpaan dengan pihak yang kami cadangkan dalam petisyen tersebut termasuk dengan Suhakam pada hari ini," katanya sewaktu pertemuan dengan pihak Suhakam semalam.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh aktivis seni tanah air  dalam usaha mendidik masyarakat dan pemimpin menghargai seni.Antara aktiviti yang dilakukan oleh aktivis seni tanah air dalam usaha mendidik masyarakat dan pemimpin menghargai seni.Jawatankuasa tersebut turut melantik sembilan orang delagasi rasmi yang terdiri daripada tokoh seni budaya yang turut hadir ke Suhakam.

Beliau ialah Sasterawan Negara Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain); Patron seni Zain Azahari dan Valentine Willie; Sejarawan Seni Zainol Abidin Ahmad Shariff (Zabas); Sutradara dan patron seni U-Wei Saari; pelukis Long Thien Shih dan Saiful Razman; ahli keluarga Datuk Syed Ahmad Jamal (Anak) Syed Nabil Jamal; ahli keluarga Datuk Syed Ahmad Jamal (Isteri); dan Pengarah Eksekutif SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) Sivan Doraisamy.

Memorandum yang diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Lok Yim Pheng itu mengandungi enam tuntutan antaranya mendesak supaya adanya campur tangan dan pendirian dari pihak kementerian pelancongan dan kebudayaan yang berkuasa penuh berhubung kesenian dan kebudayaan tempatan.

Oleh kerana perobohan arca itu adalah kesan kecuaian pihak yang tidak prihatin dengan perkara hak cipta dan hak moral seniman, mereka menuntut agar hak seniman dan hak karyanya dihargai oleh pihak berkuasa dan penggubal undang-undang di Malaysia dan berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

Azizulhasni beri pingat kedua Malaysia di Rio

Posted: 16 Aug 2016 05:09 PM PDT

Pencapaian itu adalah empat tahun selepas mendapat tempat ke-6 pada Olimpik London.
azizulhasniawang11
RIO DE JANEIRO: Pelumba basikal Malaysia, Azizulhasni Awang meraih tempat ketiga sekaligus memungut pingat gangsa dalam perlumbaan akhir keirin di Rio Olympic Velodrome, Rio De Janeiro, hari ini.
Azizul merupakan antara enam pelumba yang layak ke pertandingan akhir acara itu.
Jason Kenny dari Britain menang pingat emas manakala Matthijs Buchli dari Belanda meraih pingat perak.
Pada Sukan Olimpik 2012 di London, Azizul mendapat tempat ke-6.
Kemenangan Azizul itu memberikan pingat kedua kepada Malaysia, yang sebelum ini memenangi perak menerusi acara terjun 10 meter platform seirama oleh gandingan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

Sanusi: Kejatuhan Musa kerana tindakannya sendiri

Posted: 16 Aug 2016 04:22 PM PDT

Elok juga Tun Musa tulis buku Frankly Speaking sekurang-kurangnya saya dapat menilai isi hati, fikiran dan perutnya. AIDS atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Tun) Daim (Zainuddin) dan saya tidak pernah wujud sebagai satu pasukan, gabungan atau apa yang dianggap sebagai conspirators (konspirator).
Kejatuhan Tun Musa adalah kerana sikap dan tindakannya sendiri. Dia tidak begitu hebat sehingga memerlukan satu pakatan atau conspirators untuk merancang kejatuhannya.
Saya juga tidak pernah melaporkan sesuatu yang tidak baik mengenai Tun Musa kepada Tun Mahathir apatah lagi berpakat untuk menjatuhkannya. Saya pernah lihat Tun Musa dari jauh sebelum saya masuk ke dalam kabinet. Tiga orang pembantu Tun Musa saya kenal baik.
Tan Sri Shahril Samad pernah sekejap bekerja dalam Bahagian Pinjaman Bumiputra dan Luar Bandar di Chartered Bank di mana saya menjadi pengurusnya.
Dua orang setiusaha Tun Musa, iaitu Allahyarham Datuk Ajib dan Allahyarham Ismail Kamaluddin telah menikah dengankerani di pejabat saya, mungkin diperkenalkan oleh Tan Sri Shahril. Datin Rafeah ialah isteri Datuk Ajib dan Nursiah, dari Lenggeng, Negeri Sembilan ialah isteri Ismail Kamaluddin.
Dengan mengenali mereka sebelum saya jadi menteri saya tidak perlu dekat dengan Tun Musa. Saya lebih kenal Tengku Razaleigh dari Tun Musa.
Bila Tun Mahathir menyarankan pertandingan untuk jawatan timbalan presiden Umno bagi menentukan timbalan perdana
menteri, saya telah diminta oleh Tun Mahathir untuk mengetuai kempen untuk menyokong Tun Musa, walaupun saya merasakan Tengku Razaleigh lebih layak.
Saya bekerja di Chartered Bank dan Tengku Razaleigh juga CEO Bank Bumiputra. Saya jadi Pengerusi Tugu Insurance, milik SHAMELIN, MAYC dan PERTAMINA, Tengku Razaleigh pun jadi CEO sebuah syarikat insuran milik PERNAS.
Pendek kata saya dapat menilai kemampuan Tengku Razaleigh sementara saya tidak tahu apa kebolehan dan pengalaman
Tun Musa.
Tapi saya kempen untuk Tun Musa atas permintaan Tun Mahathir. Lepas Tun Musa menang saya pun terus tidak rapat dengan beliau tetapi bertemu dengan penolong-penolong dari masa ke masa.
Saya hanya berkawan dengan pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian tempat saya bekerja. Masa lapang saya saya
gunakan untuk isteri dan anak-anak.
Kecuali rumah Tun Daim yang saya pernah pergi untuk jamuan makan saya tidak pernah ke rumah Anwar Ibrahim yang di Bukit Damansara. Rumah Datuk Mohd Rahmat saya pergi dua kali atas urusan kerja kerana beliau setiausaha agung Umno.
Saya tidak pernah tahu di mana tinggalnya menteri-menteri lain walaupun, bila saya pencen, baru saya sedar rumah mereka tidak jauh dari rumah saya.
Oleh itu saya menemui kawan-kawan dalam kabinet dalam majlis-majlis rasmi atau dalam mesyuarat. Walaubagaimanapun saya sangat dekat dengan dua menteri saya iaitu Tan Sri Kadir Yusof kerana saya timbalannya di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Tun Ghazali Shafie kerana saya timbalannya di Kementerian Dalam Negeri. Tan Sri Kadir suka Tun Musa dan Tengku Razaleigh.
Tun Ghazali tidak suka Tun Musa tetapi suka pada Tengku Razaleigh. Saya sangat rapat dengan pegawai dan kakitangan
tempat saya bekerja. Apabila Ismail Kamaluddin meninggal dunia, Datuk Ajib ke Johor untuk jadi menteri besar dan Tan Sri Shahril dah jadi menteri, hubungan saya dengan pejabat Tun Musa terputus.
Saya mendengar desas-desus Tun Musa bercakap mengenai apa yang beliau setuju dan apa yang beliau tidak setuju mengenai dasar dan cara Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

HADI AWANG BAKAL PERDANA MENTERI?

Posted: 16 Aug 2016 04:11 PM PDT

Kerjasama politik antara Pas dengan Ikatan yang sebelum ini dikenali sebagai Blok Ketiga, kini diberi nama Gagasan Sejahtera.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang dalam suatu sidang media beberapa hari lalu yang turut dihadiri Presiden Ikatan, Kadir Sheikh Fadzir dan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang lain.
Hadi Awang ketika mengumumkan perubahan nama itu memberitahu, persefahaman itu akan menjadi gagasan baharu kepada landskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan budaya politik yang memberi kesejahteraan kepada rakyat seluruhnya.

Gagasan baharu ini juga, tambah Hadi lagi, tidak terikat dengan dua jalur politik sedia ada iaitu BN dan Pakatan Harapan.

Ini kerana tegasnya, UMNO dan BN telah terbukti membawa budaya politik korup, kronisme dan nepotisme serta kegagalan dalam mengurus pentadbiran negara, manakala satu lagi jalur (Pakatan Harapan yang mungkin dicampur BERSATU) hanya menekankan politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli di kalangan rakyat.

Dalam ertikata lain, di mata Gagasan Sejahtera, baik BN yang ditunjangi UMNO atau Pakatan Harapan bersama dengan BERSATU, kedua-duanya adalah blok politik yang "tak boleh pakai" dan harus ditolak oleh rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pagoh memang kawasan Muhyiddin tapi...

Posted: 16 Aug 2016 03:56 PM PDT

Penganalisis politik menyifatkan dakwaan yang mengatakan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan 'lari' ke kawasan Parlimen lain dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sebagai tidak berasas.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul  Adabi Mamat berkata, Pagoh merupakan kawasan tradisi buat Muhyiddin yang menjadi sumber sokongannya selama ini.
"Sukar untuk berlaku (bertanding kawasan lain) kerana Pagoh itu kawasan tradisi Muhyiddin. Jadi, dakwaan itu agak tidak berasas.
"Meskipun tidak mudah untuk beliau mempertahankan kerusi Pagoh tapi untuk beliau mencari kerusi lain bertanding seperti yang didakwa, itu tidak mungkin kerana memang sukar untuk beliau menang di tempat lain. Kawasan paling sesuai untuknya bertanding ialah kawasannya sendiri, Pagoh," katanya kepada Sinar Online.
Semalam,  wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan dilaporkan mendakwa Muhyiddin telah kehilangan sokongan di Pagoh dan bakal berhijrah ke Muar demi survival politiknya.
Dalam pada itu, Samsul Adabi  berkata, dalam Muhyiddin mempertahankan kerusinya di Pagoh, beliau semestinya tidak dapat mengelak daripada akan berlakunya perpecahan dalam kalangan penyokong di kawasan Parlimen itu.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Kerajaan perlu hantar `surat protes' kepada DoJ buktikan tiada campur tangan asing

Posted: 16 Aug 2016 03:45 PM PDT

Sekiranya kerajaan masih berpendapat berlaku campurtangan asing terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sudah tiba masanya kerajaan menghantar `surat protes' kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Perkara ini dicadangkan oleh penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar yang mengatakan, tuduhan kononnya pendedahan DOJ berkaitan 1MDB ada hubung kait dengan campur tangan asing sama sekali tidak berasas.
"Jika kerajaan percaya wujud campurtangan asing terhadap isu 1MDB kerajaan perlu membuktikannya.
"Caranya kerajaan perlu menghantar 'surat protes' kepada DoJ Amerika Syarikat dengan menyatakan sebab-sebab dikatakan berlaku campurtangan Amerika terhadap skandal 1MDB itu melalui Jabatan Kehakiman AS.
"Kita mahu jawaban daripada pihak mereka adakah benar mereka itu mencampuri urusan Malaysia?," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman,pada 14 Ogos lalu, dipetik berkata,  beliau  tidak menganggap tindakan DoJ yang membuat saman sivil terhadap beberapa rakyat Malaysia, sebagai campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.
Dr Chandra yang juga Pengerusi Movement For A Just World (Just) berkata, sebelum itu beliau juga pernah membangkitkan bahawa skandal 1MDB ini tiada kena mengena dengan campur tangan asing.
Namun beliau agak hairan apabila media tempatan dan pemimpin politik kerajaan terus-terusan mengembar-gemburkan skandal 1MDB dan pendedahan hasil siasatan DOJ itu sebagai campur tangan asing.
Justeru katanya, selain kerajaan menghantar surat protes kepada DOJ Amerika Syarikat, rakyat juga boleh mendesak untuk mewujudkan sebuah Tribunal khas sebagaimana yang pernah dicadangkan beliau sebelum ini.
"Tribunal ini akan dianggotai di kalangan profesional seperti peguam dan pakar kewangan yang tahu mengenai perkara membabitkan pengubahan wang haram," ujarnya.
Walaupun beliau tidak menafikan pelbagai usaha dilakukan dikalangan pemimpin parti politik pembangkang sebelum ini, gagal mengubah pendirian kerajaan untuk agensi kerajaan menyiasat secara adil dan mendakwa pihak yang terbabit dalam skandal 1MDB ini.
Sebagai rekod 11 Ogos lalu, Dr Chandra juga pernah mengulas mengenai isu campur tangan asing ini, antara lain beliau dipetik berkata, terdapat lima sebab mengapa skandal 1MDB ini bukannya membabitkan campur tangan asing.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Husam: Tidak mustahil semut membantu gajah...

Posted: 16 Aug 2016 08:05 AM PDT

OLEH MOHD SAYUTI OMAR 
 
Sama ada berjaya atau tidak tetapi usaha Adun Salor Husam Musa untuk mengembalikan wang rakyat dan negara sesuatu yang terpuji dan suatu tindakan proaktif. Husam telah mengambil langkah lebih berani dan berisiko apabila menyaman lapan pihak dan individu di Amerika Syarikat berkaitan dengan kehilangan wang syarikat strategik negara 1MDB. 
 
Husam memulakan tindakan berkenaan Khamis lepas, terhadap lapan defendan di Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala gokumen yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakimam Amerika (DoJ) ketika mengemukakan tindakan pembekuan aset yang dicuri(?) dari 1MDB di Amerika.
 
Lapan pihak termasuk individu itu ialah; adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, (anak tiri Najib Razak), Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.
 
Menurut Husam rancangan untuk mengambil tindakan terhadap skandal 1MDB itu lebih awal daripada pengumuman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Sebelum atau semasa berlangsung pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu beliau bersama Matthias Chang sudah berbincang untuk mengambil tindakan itu.
 
Bekas Naib Presiden Pas dan setiausaha politik bekas PM Dr Mahathir Mohamad itu sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam dari Amerika Syarikat mengenai tindakan undang-undang itu.
 
Memerhati jauh mengenai tindakan Husam dan Matthias itu sudah tentu ia dibuat atas kesedaran watan betapa wang negara dan rakyat perlu diselamatkan dan tidak merelakan wang rakyat dikhianati walaupun satu sen.
 
Sudah tentu Husam sebagai warganegara dan ahli politik yang prihatin tidak sanggup melihat kejadian itu dan tindakan itu adalah satu tanggungjawab dan amanahnya kepada negara. Membiarkan atau bersubahat dengannya satu dosa dan pengkhianatan kepada watan.
 
Saya sependapat dengan bekas Ketua Pengaran New Straits Time, A Kadir Jasin yang menyifatkan tindakan Husam dan Mathias itu sebagai tindakan patriotik. Kadir menganggap Husam dan Mathias sebagai wira tulen menyelamatkan wang negara.
 
Dalam pada itu, di sini saya melihat bukan sahaja keberanian dan kebertanggungjawab Husam dan Mathias, tetapi mengenai idea dan ketinggian daya kreatif tindakan politik khasnya Husam anak didik Tokguru Nik Aziz yang teraniaya itu. 
 
Dalam saat orang lain hanya berbicara dan "mengeluh" mengenai kehilangan wang 1MDB atau pun ada yang masih membela orang dianggap terlibat dan bertanggungjawab dengan skandal itu, tetapi Husam melangkah jauh dalam tindakannya keluar dari ibu kota Kuala Lumpur hingga ke New York. Tindakan Husam ini lebih global dan tidak bersifat "main dalam perkuk".
 
Begitu juga ketika ahli politik bercakap soal perlunya bekas partinya itu berkolaborasi dengan Umno, namun Husam berani bertindak sebegitu yang boleh mendatangkan bahana kepada presiden parti Umno yang puna berisiko buatnya. Ertinya Husam mengorbankan kepentingannya demi rakyat dan negara.
 
Sesungguhnya pemimpin yang peka, kreatif dan berani bangkit seperti Husam itulah yang patut dinobatkan sebagai pemimpin sejati. Tetapi sayang kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Husam ini disia-siakan oleh partinya sebelum ini apabila beliau dipecat tanpa dibicarakan penuh keadilan.
 
Pastinya mereka yang insaf akan bersama Husam dan Mathias. 
Read More / Baca Lagi >>

Tiada rancangan naikkan kadar GST, kata menteri Umno

Posted: 16 Aug 2016 07:55 AM PDT

Walaupun pengurangan hasil RM30 bilion dijangka tahun ini daripada industri minyak dan gas
Johari-Abdul-Ghani_gst_600
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun pengurangan hasil sebanyak RM30 bilion dijangka pada tahun ini daripada industri minyak dan gas, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata kerajaan komited untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana dan menguruskan defisit fiskal dengan cekap yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
"Walaupun kerajaan sedang menghadapi masa sukar disebabkan kehilangan hasil daripada industri minyak dan gas, kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi cadangan terbitan Sukuk Wakalah untuk projek Setiawangsa-Pantai Expressway di sini hari ini.
Sukuk Wakalah akan menjadi antara terbitan terbesar bagi projek pembinaan lebuh raya baharu.
Malaysia melaksanakan GST pada kadar enam peratus pada 1 April, 2015.
"Kali ini merupakan masa yang sukar untuk kerajaan.
"Sudah pasti, kita perlu menguruskan defisit fiskal kita kerana kita tidak mahu defisit kita menjadi terlalu besar yang akan memberi kesan kepada penarafan kita. Kadar faedah akan meningkat dan ini akan memberi kesan kepada semua sektor," katanya.

Saingi Uber-Grab, SPAD perkenal skim bebas pemandu dari pajakan syarikat

Posted: 16 Aug 2016 07:52 AM PDT

Kerajaan bersetuju unsur sewaan dalam pajakan permit kenderaan menjejaskan mata pencarian pemandu teksi
Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) mengumumkan skim untuk membebaskan pemandu teksi daripada pajakan syarikat, dalam usaha membantu mereka dalam lapangan persaingan sama rata menghadapi Uber dan Grab.
Skim itu sebahagian daripada 11 langkah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diumum Pengerusi Spad Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini.
"Kita sedia maklum, sistem pajak memang menimbulkan masalah. Pembayaran secara ansuran kepada syarikat operator teksi untuk jangka masa lama pastinya membebankan pemandu teksi.
"Dalam sistem kita perkenalkan ini, kita membuka peluang kepada pemandu teksi memohon untuk mendapatkan geran bernilai RM5000 yang membolehkan mereka memiliki lesen teksi sendiri," katanya, dan menambah kerajaan akan menarik balik pembelian pengeluaran lesen teksi individu bagi teksi kelas bermeter dan kereta sewa.
Paparan Spad di taklimat hari ini menunjukkan dalam model sedia, kerajaan mengeluarkan permit kepada syarikat, yang kemudian akan menyewakan permit atau kenderaan kepada pemandu. Penyewa permit atau kenderaan diwajibkan membayar sewa harian.
"Unsur sewaan dalam pajakan permit kenderaan dan terma kontrak berat sebelah menjejaskan mata pencarian pemandu teksi," menurut paparan itu.
Pemberian lesen persendirian dibekukan sejak 10 Sept 2014. "Pemandu boleh memohon untuk mendapatkan geran ini bermula September depan," kata Syed Hamid, dan menambah sejumlah RM150 juta diperuntukkan untuk membantu peralihan itu.
"Kerajaan mahu keanjalan. (Sekarang) lesen milik syarikat dan bukan milik mereka (pemandu). Mereka (pemandu) berhak pohon lesen individu. Sistem tidak adil? Kita boleh atasi."
Disamping itu, skim ini akan digandingkan dengan aplikasi e-hailing, sistem yang dipopularkan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab.
Read More / Baca Lagi >>

'Tuhan Harun' meninggal dunia akibat masalah pernafasan

Posted: 16 Aug 2016 07:51 AM PDT


Harun Mat SaatHarun Mat SaatKetua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' atau nama sebenarnya Harun Mat Saat meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang tadi setelah mengalami masalah pernafasan.
Harun, 50, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.40 petang ketika menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan.
Peguamnya Hermes Putra Media Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata beliau dimaklumkan oleh salah seorang anak Harun, bahawa lelaki itu meninggal dunia semasa sedang menjalani ujian kemampuan menghadiri perbicaraan di mahkamah.
"Namun saya belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai faktor kematiannya ini.
"Saya dimaklumkan, pihak hospital kini masih menunggu kehadiran pihak polis untuk laporan kematian sebelum proses bedah siasat dilakukan," katanya.
Beliau berkata, jenazah Harun dijangka dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Batu Talam, Raub sebaik proses bedah siasat dan mandi jenazah dilakukan di hospital itu.
Harun dan lima lagi pengikutnya sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan berkonspirasi membunuh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada tiga tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Johor masih kuat, tetapi bosan dengan masalah negara

Posted: 16 Aug 2016 07:25 AM PDT

Akar umbi Umno di Johor didakwa sudah bosan dengan permasalahan di peringkat nasional.
Mohd-Zaid_muhyiddin_umno_600
PETALING JAYA: Umno Johor masih bersatu, tetapi tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau mengkhianati parti dengan menyertai Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua Pemuda Umno Pagoh, Mohd Zaid Abd Rahman berkata, mereka menyokong Muhyiddin sebelum ini kerana beliau adalah pemimpin dan ahli Umno.
Beliau berkata, Umno Johor tidak berpuak-puak atau berpecah kerana mereka masih sayangkan parti.
"Kita masih sayangkan parti. Buat masa ini, kita sedang berusaha kembalikan kepercayaan dan memperbetulkan hala tuju parti," katanya kepada FMT.
Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menolak ramalan pelbagai pihak tentang Umno Johor akan berpuak-puak, berpecah dan lemah, susulan pemecatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.
Sebaliknya, beliau berkata, Umno Johor kekal kuat seperti dulu kerana ia bukan terbina sehari dua.
Zaid bagaimanapun berkata, komitmen yang ditunjukkan akar umbi Umno Johor semakin berkurangan kerana bosan dengan masalah di peringkat nasional, seperti isu 1MDB.
"Mereka tidak keluar Umno, tetapi komitmen amat rendah dari segi aktiviti dan program yang dijalankan di peringkat bahagian dan cawangan.
"Di peringkat cawangan, kita masih berdepan persepsi umum, terutama melibatkan peringkat nasional. Ini menyukarkan kita untuk kembalikan kepercayaan mereka.
"Mungkin perwakilan sedang menunggu pemilihan akan datang untuk membuat keputusan sama ada memilih pucuk pimpinan sedia ada atau menolak Umno," katanya.

Tegur Najib dengan fakta, kata Musa Hassan

Posted: 16 Aug 2016 07:23 AM PDT

Beliau berkata adalah lebih baik membiarkan polis menjalankan dulu siasatan ke atas 1MDB.
musa-hassan_najib-1mdb
PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata jika mahu menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib berhubung kemelut 1MDB, pihak berkenaan perlu ada fakta.
Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah memberi peluang kepada polis dan pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas 1MDB, sebelum bertindak.
"Biar siasatan dijalankan dulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar masih siasat lagi. Tunggu siasatan dulu. Kita tidak tahu hujung pangkal, kita tak boleh desak siapa, tunggu siasatanlah.
"Kena ada fakta kalau nak desak (Najib). Kalau tak ada fakta macam mana nak desak," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub kepada beberapa bekas pemegang jawatan tertinggi negara supaya tampil menyuarakan pandangan mereka terhadap kemelut 1MDB.
Salahuddin mencadangkan bekas ketua turus tentera, bekas ketua polis negara, bekas peguam negara, bekas ketua setiausaha negara, hakim serta kakitangan tinggi kerajaan supaya menggunakan status mereka dalam masyarakat menegur perdana menteri.
"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," kata Salahuddin dalam kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>

'Jangan sampai rakyat hilang percaya pada SPR'

Posted: 16 Aug 2016 07:17 AM PDT

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan mewujudkan keputusan pilihan raya yang tidak adil sekiranya reformasi ke atas proses itu tidak dilaksanakan.
Ujar beliau yang juga naib presiden PKR merangkap pengarah pilihan raya parti itu, sebagai sebuah badan yang sepatutnya bebas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi negara secara efektif.
"Merujuk kepada laporan Projek Integriti Pilihan Raya (2014), Malaysia terletak di kedudukan yang rendah dalam aspek integriti apabila berada di tangga 66 daripada 73 negara yang menjalankan pilihanraya parlimen dan presiden dari Julai 2012 hingga Disember 2013.
"Kajian ini secara spesifik mengkaji kesan persempadanan kawasan dan kaitan undang-undang pilihan raya di setiap negara. SPR tidak boleh mengambil mudah kesan persempadanan semula demi kepentingan pihak tertentu.
"Kegagalan berbuat demikian menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap kewibawaan SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, BERSIH menggesa Dewan Undangan Negeri Melaka mengecam Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron kerana mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri tersebut.
"BERSIH juga menyeru wakil-wakil rakyat Melaka untuk membuat usul mencela ketua menteri kerana bersubahat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: AMANAH tak boleh, hanya PAS dan PKR di Kelantan kata Mohd Amar

Posted: 16 Aug 2016 07:11 AM PDT

PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata, jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.
"Kalau kita nak ambil semangat satu lawan satu dengan BN ini, maknanya parti selain PAS dan PKR, tak boleh bertanding di Kelantan (pada PRU akan datang).
(Jadi) jangan kacaulah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Sayyidatina Khadijah, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kemungkinan Parti Amanah Negara (AMANAH), parti serpihan PAS, bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.
Ditanya mengenai ancaman AMANAH di Kelantan, beliau berkata penubuhan parti itu setakat ini masih belum memberi kesan kepada PAS terutama di Kelantan.
"Kami setakat ini boleh tidur lena lagi," katanya.

Comments (0)