Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saman Sarawak Report, PAS yakin sistem kehakiman England

Posted: 15 Aug 2016 09:48 PM PDT

PAS yakin badan kehakiman England akan menjalankan tanggungjawabnya dengan telus berkaitan samannya terhadap Sarawak Report, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata pihaknya akan tetap mengemukakan saman terhadap portal berkenaan dan ia bukanlah satu perkara baru bagi parti Islam itu bekerjasama dengan peguam dari luar negara.
Malah katanya, Sarawak Report turut berpusat di negara tersebut.
"Kita yakin dan hormat ketelusan kehakiman di sana dan kami pernah menggunakan khidmat peguam luar bagi menyelesaikan kes sebelum ini.
"Buat masa ini kita sedang meneliti beberapa perkara untuk urusan saman yang dikendalikan sepenuhnya oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Minggu lalu, PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menjauhkan diri daripada gabungan pembangkang.
Parti itu mendakwa artikel tersebut berniat jahat dan mencemar nama baik serta dasar Islam yang diperjuangkannya.
Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcastle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.
Laman web ini memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.
Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Aib jika kami tidak bertindak, kata Husam selepas saman kes 1MDB

Posted: 15 Aug 2016 09:27 PM PDT

Datuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak ambil tindakan samanDatuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak ambil tindakan saman
Datuk Husam Musa menyifatkan satu perkara yang mengaibkan jika tidak buat sebarang tindakan untuk ambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.
Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.
"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.

Datuk, Datuk Seri direman 7 hari kes rasuah

Posted: 15 Aug 2016 09:10 PM PDT

Kedua-dua mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam atas kesalahan rasuah.
MACC-Azam-Baki
KUALA LUMPUR: Mahkamah di Putrajaya dan Melaka hari ini mereman seorang bergelar "Datuk Seri" dan seorang lagi "Datuk", kedua-dua mereka pegawai tinggi kerajaan, bagi membantu siasatan rasuah.
Bernama melaporkan "Datuk Seri" berkenaan merupakan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), direman 7 hari di Putrajaya bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Manakala di Melaka, seorang "Datuk" berusia 56 tahun direman 7 hari oleh Mahkamah Majistret bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Kedua-dua mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan semalam atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata mereka ditahan dalam operasi serentak pada 12.00 tengah hari dan 2.00 petang semalam.
Akaun bank milik mereka melebihi RM13 juta turut dibekukan, di samping menyita kondominium mewah seperti penthouse dan banglo, dan kenderaan Maserati, BMW dan Audi.
SPRM turut merampas RM400,000 tunai termasuk mata wang asing dan beberapa jam tangan mewah.

Amanah ajak bekas tokoh negara tegur Najib

Posted: 15 Aug 2016 09:08 PM PDT

Salahuddin Ayub berharap bekas ketua angkatan tentera, bekas ketua polis, bekas peguam negara dan bekas ketua setiausaha negara tampil memberikan pendapat mereka.
Salahuddin Ayub
PETALING JAYA: Amanah hari ini menyeru beberapa bekas pemegang jawatan tertinggi negara tampil menyuarakan pandangan mereka terhadap kemelut 1MDB, yang disifatkannya "isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka".
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membuat saranan itu kepada bekas ketua turus tentera, bekas ketua polis negara, bekas peguam negara, bekas ketua setiausaha negara, hakim serta kakitangan tinggi kerajaan, supaya menggunakan status mereka dalam masyarakat menegur perdana menteri.
"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," kata Salahuddin dalam kenyataannya.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.
Siasatan beberapa agensi Malaysia ke atas syarikat milik negara itu bagaimanapun ditamatkan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6 bilion oleh Najib pada 2013.
Read More / Baca Lagi >>

NGO JMM buat kecoh di mahkamah tuntut penjelasan Muhyiddin

Posted: 15 Aug 2016 08:57 PM PDT

'Jika Najib ingin bersih nama, sahut cabaran Tun M' - Muhyiddin Yassin

Posted: 15 Aug 2016 08:42 PM PDT

Mukhriz mahu penyokong kekal Umno, intip untuk BERSATU

Posted: 15 Aug 2016 08:12 PM PDT

Penyokong bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa terus kekal bersama Umno dan pada masa yang sama 'mengintip' untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ahli Umno yang terus menyokong saya tetapi tidak sanggup untuk keluar Umno kerana sebab-sebab peribadi boleh terus kekal bersama parti.
"(Mereka boleh) membantu parti baru kami dengan mengumpul maklumat," kata Mukhriz yang dipetik akhbar Cina, Oriental Daily semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.
Mengenai arahan yang melarang ahli Umno daripada menyokong BERSATU, Mukhriz berkata, ini adalah kenyataan lazim yang menggambarkan keangkuhan pemimpin Umno yang tidak menghiraukan sentimen ahli.
Beliau juga menggesa mereka yang ingin menyertai parti baru itu supaya bersabar, kerana mereka tidak boleh mengedarkan borang keahlian sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftarannya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berjanji bahawa ROS akan bertindak secara profesional dan mematuhi peraturan sedia ada dalam mengkaji permohonan BERSATU.
Zahid berkata, permohonan akan dikaji secara terperinci dan ini memakan masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk diluluskan.

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah

Posted: 15 Aug 2016 07:42 PM PDT

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah
Sidang akhbar bersejarah ini diadakan pada 25hb Januari 2016, lebih kurang tujuh bulan yang lalu, di  pejabat Peguam Negara Malaysia Putrajaya.

Kandungan sidang akhbar ini diketahui seluruh dunia tetapi sehingga kini ramai yang masih mempertikaikan keputusan Apandi Ali yang dikatakan bertindak lebih sebagai peguambela orang yang disyaki (Najib Razak) daripada tugas hakikinya sebagai peguam negara.

Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan Kerajaan Amerika Syarikat mungkin Apandi akan membaca kembali kenyataan beliau tempohari kerana isunya bukan sekadar kredibiliti Apandi sebagai peguam negara tetapi juga berkisar dengan kelakuan jenayah melindungi penjenayah.


Kelihatan disebelah kiri Apandi Ali (dalam rakaman video diatas) adalah Datuk Dzulkifli Ahmad (yang memeriksa teks kenyataan yang dibacakan peguam negara dengan teliti). Ketika sidang akhbar ini diadakan pada bulan Januari yang lalu Dzulkifli bertugas dibawah Apandi di Jabatan Peguam Negara.

Kini Dzulkifli adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia. Perlantikan Dzulkifli memang telah dijangka sejurus selepas sidang akhbar di-atas.

Jangan terkejut dengan amaran terbaru Dzulkifli, khususnya yang ditujukan kepada penjawat awam, kerana itu adalah tugas terbaru beliau. Saya pasti Dzulkifli sedar bahawa ramai yang sedang memerhatikan beliau secara dekat, dari dalam dan luar SPRM.

Untuk makluman, Najib Razak adalah penjawat awam.


Tiga perkara kita tidak tahu tentang Dr Mahathir

Posted: 15 Aug 2016 07:36 PM PDT

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam bukunnya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan minggu lalu mendedahkan beberapa perkara yang kebanyakan orang mungkin tidak tahu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Musa berkhidmat dari tahun 1981 hingga 1986, ketika negara diterajui oleh Dr Mahathir.
Kabinet gelar Dr Mahathir 'Tok Bomoh'
Musa menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang agresif dan nakal serta sering mempersendakan rakan-rakannya dengan nama yang tidak sewajarnya.
"Sebagai contoh, beliau menggelar seorang menteri kabinet Mat Bulat. Ini adalah panggilan yang tidak sesuai yang menunjukkan bahawa menteri itu tidak disenangi oleh perdana menteri.
"Malah, saya hampir pasti bahawa beliau mempunyai gelaran untuk setiap daripada kami dalam kabinet. Sesetengah kami bercadang bertindakbalas. Oleh itu, kami memberinya nama 'tok bomoh'," kata Musa, tanpa menjelaskan sebab di sebalik nama itu.
Mahathir belajar menyanyi
Musa berkata, ketika zaman dahulu, syarikat korporat dan individu akan menawarkan sejumlah derma yang besar kepada badan amal jika Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, dan dirinya menyanyi secara individu di majlis-majlis awam.
"Saya diberitahu bahawa saya bagus dalam nyanyian. Begitu juga dengan Razaleigh. Dr Mahathir, pula bukan seorang penyanyi yang baik.
"Alasan kerana nyanyiannya tidak baik adalah, beliau secara berseloroh berkata saya yang merosakkan segalanya... 'Masalahnya,' beliau akan berkata, 'suara Musa' selalu dalam kepala saya," tulis bekas timbalan perdana menteri itu.
Musa bagaimanapun berkata Mahathir akhirnya menjadi "penyanyi yang agak bagus" selepas mengambil pelajaran menyanyi dengan tekad yang sama beliau menceburi politik.
Mahathir mahu mencipta tandas berkonsep Islam
Mahathir juga mempunyai sfat yang inovatif dan kreatif, menurut Musa, dan mahu untuk mencipta "tandas berkonsep Iskam" meningkatkan kebersihan awam. Beliau juga mencipta prototaip sendiri dan meminta kabinet untuk mengujinya.
Beliau bagaimanapun agak defensif mengenai projek itu, dan tersinggung apabila Musa berkongsi dengannya rekaan tandas berteknologi tinggi yang digunakannya ketika berada di Switzerland. Beliau dilaporkan berkata: "Musa beritahu bahawa tandas saya tidak cukup baik, dan beliau membawa alternatif dari Switzerland."
Musa tidak menghuraikan maksud tandas berkonsepkan Islam itu, tetapi berdasarkan huraiannya mengenai tandas Swiss, adalah dipercayai ia adalah tandas jenis automatik termasuk bidet untuk melakukan semua kerja pembersihan tanpa menggunakan tangan.

RASUAH DI PEJABAT MENTERI, MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI JUGA JANGAN DILUPA.....

Posted: 15 Aug 2016 07:31 PM PDT

SPRM semalam telah menahan tiga penjawat awam, termasuk dua daripadanya bergelar Datuk Seri dan Datuk, dalam operasi serentak di Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kelantan berhubung kesalahan berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Dilaporkan sejumlah RM13 juta wang dalam bentuk simpanan dan akaun amanah, beberapa kereta mewah dan barang kemas turut dibeku dan dirampas. 

Selain itu, sejumlah wang tunai kira-kira RM400 ribu turut ditemui yang disorok di bahagian siling rumah mereka yang ditahan itu.

Jika tangkapan dan serbuan oleh SPRM ini merupakan langkah awal  untuk memerangi rasuah dalam negara secara besar-besaran dan habis-habisan, khususnya di sektor awam, kita seharusnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada agensi tersebut yang kini diketuai oleh peneraju baru, Dzulkifli Ahmad.

Kita mengharapkan lehih banyak lagi tangkapan dan serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Kita mahu bukan saja perasuah ikan bilis, ikan kembung dan ikan cencaru yang dibanteras, malah juga dari kalangan ikan jerung dan paus.
Jika sektor awam menjadi keutamaan SPRM dalam membanteras rasuah ini, diharapkan mereka tidak lupa untuk mengintai-ngintai salah laku rasuah yang turut berleluasa di pejabat perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri, menteri besar dan ketua menteri.
Read More / Baca Lagi >>

'Pelik, kenapa Pas ajak rakyat tolak Pakatan Harapan?'

Posted: 15 Aug 2016 07:25 PM PDT

Tindakan Pas menubuhkan Gagasan Sejahtera (Gagasan) dan mengajak rakyat agar menolak Pakatan Harapan tidak akan memberi kelebihan kepada pembangkang.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, Pas sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat, bukannya organisasi mereka.
"Jika Pas sarankan rakyat tolak BN, tak mengapa. Tapi kita hairan mengapa perlu Pas ajak rakyat tolak Pakatan Harapan.
"Sikap Pas yang sebegini akan memberi kesan tidak baik kepada pembangkang secara keseluruhannya. Kalau betul-betul Pas sayangkan rakyat dan inginkan perubahan, lupakan kepentingan diri dan organisasi," katanya, semalam.
Sabtu lalu, Pas mengumumkan pembentukan blok pakatan pembangkang baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dikenali sebagai Gagasan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dengan kewujudan Gagasan, rakyat tidak terikat dengan dua jalur pilihan politik sahaja.
"Justeru rakyat tidak perlu lagi terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno/BN.
Read More / Baca Lagi >>

Zam sahkan Musa diserang ‘AIDS’, Dr M arah media

Posted: 15 Aug 2016 06:22 PM PDT

Bekas pengarang Utusan Melayu milik Umno itu mendedahkan arahan kepada pengarang akhbar supaya berhenti menggambarkan Dr Mahathir dan Musa sebagai gandingan rapat.
zam_musa-hitam
PETALING JAYA: Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengesahkan dakwaan bekas timbalan perdana menteri era 1980-an, Tun Musa Hitam yang menganggap dirinya korban politik disebabkan tuduhan palsu yang dirancang 4 pemimpin Umno ketika itu.
Musa dalam bukunya "Frankly Speaking" menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid, atau singkatannya "AIDS", sebagai kumpulan yang menuduhnya cuba menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selepas diberitahu Dr Mahathir sendiri mengenai tuduhan itu, Musa berkata beliau bertindak meletak jawatan.
Zainuddin, ketika itu ketua pengarang Utusan Melayu yang rapat dengan Musa, mengesahkan perkara itu, dan berkata Dr Mahathir mengarahkan pegawainya supaya media tidak menggunakan rujukan "2M" menggambarkan gandingan rapat Musa-Mahahtir.
"Yang tersembunyi di sebalik gerakan senyap ini ialah cita-cita Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid untuk menjadi perdana menteri dan Daim Zanuddin sebagai kingmaker yang tersembunyi," kata Zainuddin, yang juga dikenali Zam Maidin, menulis dalam blognya hari ini.
"Selain daripada Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin yang melihat saya di Utusan sebagai penghalang kepada kelicinan gerakan senyap mereka ialah Sanusi Junid yang mengadu kepada Mahathir bahawa saya mengenepikan berita-beritanya malah memotong gambarnya jika beliau di samping Mahathir."
Zainuddin berkata selepas perpecahan Umno di antara kem Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, Sanusi mula diketepikan manakala Anwar dan Daim semakin rapat dengan Dr Mahathir.
Katanya beliau enggan menyokong Anwar ketika itu, dan menganggap Daim seorang "kapitalis yang rakus".
Musa merupakan timbalan pertama Dr Mahathir, dan meletak jawatan pada 1986.
Sejurus selepas mengambil alih jawatan perdana menteri pada 1981, Dr Mahathir membawa masuk Anwar, ketika itu kuat membangkang kerajaan melalui gerakan pelajar dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), ke dalam Kabinet.
Read More / Baca Lagi >>

Hipster: Kegilaan baharu meresap poket Melayu?

Posted: 15 Aug 2016 06:18 PM PDT

Secara amnya, hipster mahu menonjolkan diri mereka lain daripada masyarakat kebanyakan, dan cuba memaparkan imej intelektual.
dr-agust
PETALING JAYA: Dari "kedai kopi" yang menjadi pilihan orang ramai, kini masyarakat mula beralih kepada kafe moden yang semakin berkembang di sekitar Lembah Klang.
Jika dahulunya, anak muda tertumpu ke Starbucks dan Coffee Beans untuk melepak dan bersembang, kini pelbagai kafe moden jenama tempatan, atau lebih dikenali sebagai "kafe hipster", mula menarik perhatian golongan generasi 'Y'.
Di Amerika Syarikat, perkataan "hipster" mewakili budaya yang cuba ditonjolkan golongan kelas atasan di kejiranan tertentu, kebanyakannya oleh masyarakat kulit putih, daripada pilihan muzik, makanan dan pakaian sehinggalah pendirian politik.
Di Malaysia, ia lebih ditonjolkan oleh golongan berada Melayu, dan mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.
Hipster boleh jadi apa sahaja asalkan ia ada elemen "cool", tidak berada di dalam kehidupan majoriti masyarakat.
Jika anda seorang hipster, anda cuba menentang fesyen dan cara arus perdana masa yang diikuti masyarakat.
Anda cuba ada kegemaran sendiri yang unik. Janji ia bukan pilihan "orang biasa".
Kafe hipster
Baru-baru ini, FMT meninjau salah satu daripada budaya yang diserlahkan hispter – kafe, yang walaupun mahal, sering dikunjungi anak muda.
Mungkin juga pepatah Melayu "Biar papa, asalkan bergaya" sesuai disebut dalam perbincangan mengenai budaya yang kian menjadi kegilaan segolongan kecil orang muda ini.
Mereka memilih ke kafe hipster disebabkan dekorasi kedai hipster yang berkonsepkan Inggeris, bukan suasana kedai kopi lama.
"Dekorasi 'simple' tak perlu sarat dengan banyak meja membuatkan kita selesa. Kalau kita melancong ke Eropah contohnya, ada banyak kafe sebegini.
"Jadi apabila banyak dibuka di negara sendiri, ia beri kita peluang untuk cuba sendiri," kata Alina Efendi salah seorang pengunjung kedai hipster yang ditemui FMT baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

‘Umno hendak rampas Shah Alam bukan dengan menawan golongan hipster’

Posted: 15 Aug 2016 06:17 PM PDT

Sebelum Umno merampas kerusi itu, banyak faktor perlu diambil kira, termasuk mendekati rakyat dan menangani kos sara hidup.
jeniri-amir-umno-1
PETALING JAYA: Umno tidak akan berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam dengan hanya cuba menawan hati golongan hipster.
Penganalisis politik, Jeniri Amir berkata ia adalah tugas "amat mencabar" untuk Umno merampas kerusi itu kerana banyak faktor perlu diambil kira.
Antaranya, Jeniri berkata pemimpin Umno perlu dilihat sebagai orang yang prihatin terhadap keperluan rakyat, bukannya "menjauhkan diri".
"Pun begitu, tiada jaminan mereka boleh menang (di Shah Alam) kerana rakyat mungkin mahu sebuah kerajaan semak dan imbang.
"Bagaimanapun, mereka mungkin hanya anti-golongan berkuasa atau sekadar dalam kalangan orang yang mahu menukar kerajaan sedia ada," katanya kepada FMT.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan pemimpin Umno bahagian menawarkan perkhidmatan yang sesuai dengan budaya hipster untuk merampas Shah Alam daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan dan PAS.
Budaya hipster merujuk gaya hidup masyarakat kelas pertengahan yang majoritinya ialah penduduk bandar.
Zahid menggesa pemimpin Umno bahagian menggunakan strategi budaya hipster untuk menawan kembali kerusi Parlimen Shah Alam.
Kerusi itu dimenangi bekas pemimpin PAS, Khalid Abdul Samad yang kini bersama Amanah, sejak pilihan raya umum 2008.
Jeniri bagaimanapun berkata, ia masih penting untuk mana-mana parti politik memahami keperluan dan kehendak belia bandar, dan pendekatan perlu diambil sejajar perubahan psikologi golongan pemuda terbabit.
Pensyarah Universiti Malaysia, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi yang sependapat dengan Jeniri berkata, terdapat banyak faktor lain yang perlu diambil kira untuk Umno menang di Shah Alam.
"Kenaikan kos sara hidup, isu 1MDB yang ramai anggap satu kontroversi serta persepsi awam mengenai integriti dan ketelusan tadbir urus juga adalah isu.
"Isu berkenaan masih wujud dalam fikiran rakyat, apatah lagi golongan belia. Usaha menyelesaikan isu ini tidak kurang pentingnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat Shah Alam," katanya kepada FMT.
Awang Azman mengakui "menawan hati" belia merupakan langkah baik, tetapi terdapat banyak perkara lain yang masih perlu dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA KES KBS RM107 JUTA SENYAP HINGGA KE HARI INI ??!!

Posted: 15 Aug 2016 05:03 PM PDT

Kini kecoh kes tiga penjawat awam ditahan SPRM, aset RM13j disita dan dibeku.. hingga terlupa KES KBS RM107 JUTA !!!

Perasan tak... Naper kes seleweng RM107 JUTA di kementerian KBS selama di bawah menteri2 lelaki UMNO Khairy Jamaluddin, Shabery Cheek, Ismail Sabri & Azalina TERUS BISU HINGGA KINI !!!

PERNAH TAK SPRM mahupun polis tangkap, tahan & siasat menteri berkenaan ??

KENAPA asyik 'kambing hitam' saja yg jadi mangsa ??

Jual saham Proton: Bisnes atau politik?

Posted: 15 Aug 2016 04:34 PM PDT

Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom?

Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan desas-desus ini juga berkaitan dengan sentimen politik kem Najib (kerajaan) dan kem Mahathir-Muhyiddin (DRB-Hicom).

DRB-Hicom telah cuba memohon pembiayaan mudah daripada kerajaan berjumlah RM1.5 bilion sejak suku pertama tahun 2016. Namun, status pembiayaan tersebut masih belum jelas kerana kerajaan telah menetapkan pelbagai syarat untuk menstruktur semula perniagaan syarikat automotif negara termasuk membayar hutang kepada vendor-vendor Proton. Penjualan saham Proton juga boleh berlaku bagi mendapatkan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan keupayaan Proton ke aras yang lebih baik.

Persoalannya, ke manakah hala tuju Proton? Adakah desas-desus ini disebabkan oleh sentimen politik-bisnes yang sedang berlaku dalam Umno hari ini? DRB-Hicom sedang bergelut dengan komitmen kewangan yang tinggi akibat daripada prestasi jualan Proton yang semakin lemah disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Disebabkan itu, tidak mustahil penjualan keseluruhan atau sebahagian besar saham Proton boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya DRB-Hicom gagal untuk meneruskan komitmen perniagaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan #TangkapMO1 di KK diteruskan, polis perlu hormati semangat akta

Posted: 15 Aug 2016 04:14 PM PDT


Mukmin Nantang berkata tindakan pihak polis tidak selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman.Mukmin Nantang berkata tindakan pihak polis tidak selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman.
Penganjur himpunan aman #TangkapMO1 tetap akan meneruskan aturcara yang dijadualkan pada 27 Ogos 2016 bertempat di RedSquare, Kota Kinabalu. Meskipun pihak polis enggan menerima notis yang dihantar petang semalam.
Koordinator himpunan, Mukmin Nantang berkata tindakan pihak polis tidak selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman.
"Justeru itu, kami mengambil tindakan untuk tetap menghantar notis kerana merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman (1) yang menyatakan hanya notis 10 hari perlu dihantar dan bukannya sebuah permohonan untuk mengadakan himpunan," katanya.
Semalam. pada jam 2.00 petang, Nantang telah menghantar notis perhimpunan aman ke Ibu Pejabat Polis Karamunsing.
"Pihak polis sudah pun membaca dan mengetahui perhimpunan aman ini. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mahu menerima notis pemberitahuan perhimpunan aman ini dan meminta kami melengkapkan borang permohonan perhimpunan terlebih dahulu," katanya.
Menurutnya, di dalam notis tersebut, telah dimaklumkan perhimpunan aman #TangkapMO1 akan diadakan pada 27 Ogos 2016 bertempat di RedSquare, Kota Kinabalu.
"Meskipun pihak polis enggan menerima notis ini, perhimpunan aman akan tetap berjalan dengan aman seperti dirancang," katanya.
Beliau berharap pihak polis dapat memberikan kerjasama dengan membantu memastikan perhimpunan berjalan dengan baik pada 27 Ogos 2016 ini dan menyeru seluruh rakyat Sabah untuk bersama menyertai himpunan aman ini.

Jamal Yunus jual t-shirt tak ada kelas, Ali Tinju beri 1 juta t-shirt "Aku Melayu" percuma

Posted: 15 Aug 2016 03:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom pula akan mencetak sebanyak 1 juta t-shirt Baju Merah bertemakan 'Aku Melayu' untuk diedarkan kepada orang ramai yang turun menyokong kepimpinan negara sekiranya Bersih 5 diadakan.

Beliau berkata, baju tersebut akan diberikan secara percuma berbanding seterunya Jamal Yunus yang telah mencetak sebanyak 50,000 t-shirt dan menjualnya pada harga RM10 setiap satu.

"Kami akan menghalang habis-habisan Bersih 5.0. Kami juga akan mencetak t-shirt Gerakan Merah yang baru bertemakan 'Aku Melayu' sebanyak 1 juta helai dan akan memberikannya secara percuma kepada mana-mana penyokong Himpunan Merah yang hadir.

"T-shirt tersebut akan dikeluarkan di facebook Mohd Ali Haji Baharom. Bila kita dah siap kita akan edar. Kita juga telah turun di Negeri Sembilan, Johor dan Perak. Momentum sambutan amat menggalakkan kerana kita yang gerakan dulu Himpunan Merah ini.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya, jual baju RM10 tak ada kelas. Kenapa perlu nak jual beli untuk mempertahankan kerajaan," katanya kepada Jamal kepada dihubungi Berita Daily hari ini.

Semalam, pemimpin Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunus berikrar untuk bertembung dengan peserta daripada Bersih 5.0 pada masa dan tempat yang sama.

Sehingga hari ini beliau mendakwa terdapat 58,000 individu menyatakan sokongan kepada perhimpunan tersebut yang melibatkan seramai 600 NGO di seluruh negara dan sebanyak 50,000 helai t-shrt telah pun dicetak untuk dijual kepada para penyokong.

Perhimpunan Merah versi kedua dirancang sejurus Pengerusi gabungan Bersih 2 Maria Chin Abdullah menyatakan kumpulan itu sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan perhimpunan massa ekoran saman sivil yang dikemukakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS-DOJ)  ke atas syarikat sarat hutang 1MDB.

Bagaimanapun tarikh dan tempat perhimpunan itu bagaimanapun masih belum diputuskan.
Read More / Baca Lagi >>

Saman Sivil DOJ Konspirasi Pembohongan Untuk Serang Kerajaan kata Quintin Rozario

Posted: 15 Aug 2016 03:38 PM PDT



PETALING JAYA: Saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi pembohongan untuk menyerang kerajaan Malaysia, kata seorang peguam litigasi.
Peguam kelahiran Malaysia, Quintin G Rozario, yang berpusat di Brisbane, Australia, juga menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch membuli kerajaan.
"Ini membuli, apa yang dia (Lynch) lakukan adalah membuli. Saya menyatakan bahawa ini adalah konspirasi pembohongan untuk menyerang negara," kata beliau dalam perbincangan meja bulat mengenai saman itu di sebuah hotel di sini, Isnin.
Beliau berkata, jika DoJ mahu menyita aset, ada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian di Amerika Syarikat, dan beliau tidak sepatutnya membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.
Rozario berkata, tiada bukti mengenai salah guna dana 1MDB seperti didakwa dalam saman yang difailkan baru-baru ini. "Mereka hanya membuat kenyataan secara berani. Tiada bukti. Mereka telah menyerang orang tertentu dan membuat dakwaan tanpa menyemak fakta."
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ikon perjuangan mahasiswa

Posted: 15 Aug 2016 03:34 PM PDT

Oleh Saifuddin Abdullah
10  Ogos lalu ialah hari lahir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-69. Kerana beliau tahanan politik, maka, ia disambut di penjara. Pada malamnya, saya menyertai isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, keluarganya dan kira-kira 500 penyokongnya meraikannya di depan penjara Sg Buloh. Kami berucap, berpuisi, menyanyi dan memotong kek hari jadi.

Sebelum giliran saya, aktivis mahasiswa Anis Syafikah (penganjur demonstrasi #TangkapMO1 di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini) berucap. Beliau menghujah tentang betapa zalimnya keadaan, di mana pejuang rakyat, Anwar, merengkok di penjara sedangkan perompak rakyat, Najib, berseronok di Putrajaya. Memandangkan ramainya mahasiswa/belia pada malam itu, dan teruja dengan ucapan Anis, dan kerana dua hari kemudiannya (12 Ogos) adalah Hari Belia Antarabangsa, maka, saya memilih untuk berucap tentang Anwar sebagai bekas pejuang mahasiswa/belia.
Anwar diperkenalkan kepada saya oleh senior di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semasa Sudut Pidato pada 1975. Ketika itu Anwar Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan dipenjarakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana demonstrasi bersolidariti bersama petani-petani Baling yang menderita miskin, pada hujung 1974.
Beliau bekas pelajar MCKK. Pada 1968-1971, beliau menuntut di Universiti Malaya dan menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Pada 1971, beliau mengasas-bersama Abim.
Anwar berperanan pivotal memberi nafas baru dan kepemimpinan unik terhadap gerakan mahasiswa/belia di kampus, dalam masyarakat, di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau terkenal dengan kekentalan keyakinan dan tindakannya yang dipandu kekuatan idealisme, aktivisme dan intelektualisme.
Suaranya tentang "memperkasa bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu", "gelombang kebangkitan Islam", "jurubicara umat", "ejen perubahan", "yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin" dan "menegakkan kebenaran dan keadilan" disambut hangat para mahasiswa/belia dan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

RM 90 Juta: Pas kini dalam proses saman Sarawak Report - Hadi

Posted: 15 Aug 2016 03:27 PM PDT

Sarawak Report mendakwa parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada PM
hadi
KOTA BAHARU: PAS kini dalam proses untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata proses tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Lujnah Guaman parti.
"Proses untuk menyaman Sarawak Report sedang berjalan sekarang termasuk untuk melantik peguam (di London)," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Muslimah Antarabangsa Kelantan di sini, hari ini.
Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

'Kenyataan Najib tentang Bersatu aneh'

Posted: 15 Aug 2016 03:26 PM PDT

Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan parti itu membela nasib orang Melayu kerana mempunyai hubungan dengan DAP adalah sesuatu yang aneh.
Menurut beliau, selepas mengemukakan permohonan kepada pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), serangan terhadap Bersatu yang belum lagi ditubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin Umno.
"Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib malah parti ini belum ada ahli dan cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.
"Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?
"Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan menguntungkan orang Melayu dan ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab serta pra-matang,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Najib menyelar parti Bersatu berikutan cadangan untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.
Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan merupakan taktik kotor yang digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu di negara ini.
"DAP bakal dijadikan 'hantu' paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.
"Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu," katanya.
Selain daripada itu, Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung dengan ROS bagi mendapatkan naskhah Perlembagaan Bersatu yang diserahkan semasa proses pendaftaran parti sekiranya beliau meragui perjuangan parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

FIFA 2017: FAM tarik diri atas faktor keselamatan

Posted: 15 Aug 2016 03:24 PM PDT

Kerajaan yang menyarankan agar menarik diri atas faktor-faktor keselamatan, jelas Timbalan Presiden Afandi Hamzah
fifa
PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik diri daripada menjadi tuan rumah Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2017 dibuat selepas menerima nasihat dan saranan daripada kerajaan.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata bukan FIFA yang membatalkan hak penganjuran kongres itu, yang turut menjadi medan pemilihan bagi penganjur Piala Dunia 2026.
"Kita telah menghantar surat secara rasmi (mengenainya) pada 25 Julai dan perkara ini telah disahkan oleh FIFA pada 9 Ogos lepas. Keputusan ini berdasarkan nasihat kerajaan yang menyarankan agar menarik diri atas faktor-faktor keselamatan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Aggota Jawatankuasa (Exco) persatuan itu di Wisma FAM di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa FIFA melucutkan hak penganjuran kongres itu kerana tiada jaminan untuk mendapatkan visa perjalanan bagi delegasi dari negara seperti Israel, selain masalah dalaman FAM yang turut menyaksikan persaraan empat pemain kebangsaan dan dakwaan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa berlakunya penyelewengan dalam FAM.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri pada Sabtu lepas berkata keputusan itu diambil kerana tidak mahu meletakkan negara dalam risiko tinggi dari segi keselamatan.
Sementara itu, seorang lagi timbalan presiden FAM Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata pihaknya sedang memperhalusi formula yang dicadangkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai program pembangunan bola sepak Malaysia.
"Kita digalakkan bekerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) tetapi kita telah ada program kita sendiri…ada pelan tindakan dan dalam proses melaksanakannya. Kami juga dalam proses memilih calon yang layak untuk mengetuai dan menjalankan tugas ini," katanya.
Selain itu, FAM juga bermesyuarat dengan PPBN dua hari lepas mengenai perkara itu kerana mereka mempunyai program pembangunan mereka sendiri iaitu untuk remaja berumur 9 hingga 17 tahun manakala FAM menjaga skuad elit," katanya.
Turut dibincangkan pada mesyuarat itu ialah mengenai persiapan skuad Sukan SEA 2017 kendalian Frank Bernhardt.
Beliau berkata keputusan sama ada melaksanakan latihan pusat penuh sehingga temasya Sukan SEA berlangsung atau dipanggil berlatih berdasarkan keperluan, masih belum dibuat ekoran mengambil kira status pemain yang terikat dengan kontrak bersama negeri dan kelab masing-masing yang beraksi dalam Liga Malaysia.
FAM tolak peletakan jawatan presiden
Read More / Baca Lagi >>

UMNO bau hancing saban hari menipu rakyat...

Posted: 15 Aug 2016 06:49 AM PDT


WOWW!!.. Rupa2nya Malaysia antara negara TERBERSIH RASUAH !!!

Posted: 15 Aug 2016 06:33 AM PDT

Patutler yg terima 'derma' RM2.6 bilion tak kena tangkap & tahan hingga skrg..

Comments (0)