Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Gagasan Sejahtera: Pas terpedaya lagi?

Posted: 14 Aug 2016 09:09 PM PDT


Read More / Baca Lagi >>

Saman “Class Action” Untuk Dapatkan Balik Harta Negara

Posted: 14 Aug 2016 09:02 PM PDT

Saman LEBIH setahun susah berlalu tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, belum menunaikan ancaman saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.
Sebaliknya dua saman sivil telah dikemukakan ke atas beberapa orang yang dikaitkan dengan beliau dalam skandal 1Malaysia Development Berhad.
Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.
Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York. (Baca di sini)

Patriot: Husam Adun Salor, Kelantan
Kedua-dua saman sivil ini bertujuan menghukum dan mendapatkan balik duit 1MDB yang disyaki dicuri dan digunakan untuk kesenangan peribadi oleh yang dinamakan.
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Husam, Ahli Dewan Undangan Salor, Kelantan.

Chang: Wira rakyat
Mereka mengemukakan apa yang dipanggil "class action suit" yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina.

Chang and Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.

Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.
(Dari kiri) Jho Low, Putera Turki bersama Najib anak beranak
Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor kekal penyumbang KDNKK tertinggi negara

Posted: 14 Aug 2016 08:54 PM PDT

Selangor kekal menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi negara dengan perolehan 25 peratus.
Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perolehan tersebut terus mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia.

Azmin-Rakyat"Daripada segi pendapatan per kapita, kita mencapai taraf negeri maju, justeru Selangor perlu terus menapak kepada arena keadilan sosial melalui pelaksanaan dasar progresif.
"Kerajaan Negeri perlu melakukan kajian serius terhadap dasar sosial merangkumi perkhidmatan perbandaran dan luar bandar, kesihatan, pendidikan dan inovasi," katanya pada sesi pembukaan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Invest Selangor optimis kadar pertumbuhan KDNK negeri berkembang positif menerusi pembabitan pelaburan dari dalam dan luar negara.
Untuk tempoh 2010 hingga 2014, Selangor kukuh mendahului perolehan KDNK negara iaitu 22.4 peratus di atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (15.1%), Sarawak (10.1%), Johor (9.3%) dan Sabah (6.5%).
Keseluruhannya, pertumbuhan KDNK negara berada pada kadar lima peratus dengan mengambil kira faktor kegawatan dan situasi ekonomi mencabar.

Belanjawan 2017: Fokus pacu pertumbuhan ekonomi Selangor

Posted: 14 Aug 2016 08:53 PM PDT

Inisiatif menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri menjadi komponen terpenting penghasilan Belanjawan 2017, kata Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tumpuannya turut menekankan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetapan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bagi Selangor.
IMG_20160815_091749-1280x786"Ia perlu disemak semula berdasarkan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan," katanya.
Mohamed Azmin berkata, perkembangan tersebut mendorong Kerajaan Negeri untuk menetapkan PGK baru pada kadar lebih positif demi manfaat jangka panjang rakyat.
"Satu kajian dijalankan Kerajaan Negeri untuk menetapkan PGK pada kadar 60 peratus daripada medien pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300," katanya pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di sini, hari ini.
Katanya, ketetapan itu dilihat boleh menyumbang kepada perolehan pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing di peringkat global.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, komitmen Kerajaan Negeri juga untuk terus memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya susulan peningkatan taraf hidup dan pelaksanaan cukai rakus GST.
"Sementara Selangor perlu meningkatkan pertumbuhan, menyediakan persekitaran yang meransang pelaburan dan kita tidak boleh berkrompomi dengan tangungjawab keadilan sosial.
"Kebajikan rakyat yang terus tertekan dengan peningkatan kos kehidupan dan beban GST perlu diberi perhatian sepenuhnya," katanya.
Perbincangan hala tuju Belanjawan 2017 diadakan selama dua hari itu mengambil maklum pandangan tokoh profesional, wakil industri dan pembuat dasar untuk memberikan sebarang pandangan mengenai pembentukan belanjawan negeri.
Antara yang hadir adalah wakil dari Invest Selangor, Tourism Selangor, PKNS, syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), barisan Exco, Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Pendirian Mukhriz kini berbeza - Hishammuddin

Posted: 14 Aug 2016 08:51 PM PDT

Mukhriz MahathirSekiranya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memegang prinsip keadilan untuk membela nasib rakyat, beliau tidak akan menyerang Umno.
Perkara itu disuarakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan apa yang dilakukan Mukhriz kini bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini termasuk pendirian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Apabila Semangat 46 dan PKR diwujudkan hasil serpihan Umno, kita dalam parti pertahankan kepimpinan Mahathir ketika itu. Sebab kita lebih mementingkan parti melebihi individu.
"Sekarang ini wujud satu lagi parti serpihan Umno diasaskan Mahathir dan Muhkriz sendiri untuk menumbangkan parti keramat Umno.
"Saya cukup kecewa dengan tindakan ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Segambut, .
Beliau turut mengulas puisi karya Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan bertajuk Korban Hang Tuah yang dibacakannya sewaktu ucapan perasmian, bahawa ia menggambarkan situasi yang melanda Umno ketika ini.

Kuasa pendakwaan sepatutnya diberi kepada SPRM, kata Raja Bahrin

Posted: 14 Aug 2016 08:49 PM PDT


Datuk Dzulkifli AhmadDatuk Dzulkifli AhmadAhli Parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin Shah berkata, sepatutnya kuasa mendakwa diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak pendakwaan secara terpilih oleh Peguam Negara.
Beliau berkata demikian kerana mengimbas satu pertemuannya dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang turut bersetuju cadangan itu dan menjadi harapan SPRM.
"Sebelum ini SPRM bertungkus lumus menyediakan laporan siasatan tetapi dikecewakan dengan tindakan kelihatan secara terpilih oleh Peguam Negara dimana banyak kes melibatkan vip tidak di bawa kepada pendakwaan sepatutnya.
"Datuk Dzulkifli Ahmad (Ketua Pesuruhjaya SPRM) yang asalnya merupakan pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara, sebagai ketua SPRM yang baharu, sekarang sudah tentu tahu masalah yang wujud selama ini dan boleh membuat perubahan positif yang berkesan.
"Kalau tidak petukaran beliau ke SPRM tidak akan membawa apa apa pembaharuan positif malahan mungkin akan dilihat melemahkan lagi SPRM dengan bekas pegawai Peguam Negara "menyusup" menerajui SPRM dan bukan pegawai dari dalam SPRM sendiri.
"Selama ini Jabatan Peguam Negara yang dilihat sebagai penghalang banyak pendakwaan hasil siasatan SPRM. Ini akan menjadi persepsi ramai rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.
Satu lagi laporan kenyataan oleh Datuk Dzukifli Ahmad menyebut SPRM berhasrat membersihkan Kakitangan perkhidmatan Kerajaan dari rasuah.
"Kami bersetuju dengan saranan tersebut tetapi persoalan nya kenapa hanya ditujukan hanya kepada pegawai khidmat kerajaan sahaja dan bukan kepada kerajaan keseluruhannya?
"Ahli ahli politik kerajaan yang meluluskan undang undang memikul tanggung jawap yang lebih besar. Tidak kah kerajaan hari ini mengamalkan lagi konsep kepimpinan melalui tauladan?
"Ahli politik Kerajaan di Parlimen meluluskan undang undang pengubalan wang haram tetapi kerajaan sendiri melalui 1MDB melanggar undang undang tersebut di Singapura, Switzerkand dan Amerika. 1MDB juga membawa wang rakyat Malaysia ke pusat penggubalan wang haram dan judi Utama dunia di
Caymen Islands.
"Adakah orang paling berkuasa 1MDB, iaitu Malaysian Officer number one, pegawai kerajaan atau ahli politik ?," soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ibn Taimiyyah: Agamawan Umno dakwa Ayob Khan tidak buat kajian

Posted: 14 Aug 2016 08:49 PM PDT

Fathul Bari menuduh Ayob Khan bertindak 'peribadi', sebaliknya mahu pihak berkuasa fokus terhadap pengikut aliran Syiah.
fahtul-bari-ayob
KUALA LUMPUR: Exco Pemuda Umno Datuk Fathul Bari Mat Jahya mempertikaikan kenyataan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengaitkan keganasan IS dengan ajaran ekstrem sarjana Islam abad ke-14, Ibn Taimiyyah.
"Ini soal tuduhan ke atas seorang tokoh agamawan yang mana ilmunya oleh dunia sampai ke hari ini.
Jadi saya rasa sangat tidak relevan tindakan yang beliau buat nampak terlalu personal (peribadi)," kata Fathul kepada FMT.
Beliau yang merupakan rujukan Pemuda Umno dalam hal ehwal Islam mendakwa Ayob tidak melakukan kajian mendalam mengenai hal itu, sebaliknya menggesa beliau menyasarkan penulisan tokoh Islam beraliran Syiah yang menurutnya mengkafirkan aliran Sunnah.
Ibn Taimiyyah, yang kerap menjadi rujukan pengikut Wahabi dan mereka yang mengaku "Salafi", dalam penulisannya banyak menentang ajaran Syiah.
Kumpulan IS merupakan antara kumpulan pelampau yang mula bercambah di kala pemberontakan Syria mula menjurus ke arah konflik mazhab. Antara sasaran utama mereka ialah penganut Islam bermazhab Syiah di samping mereka yang beraliran Sunnah yang menurut mereka terkeluar daripada Islam.
Ayob, pegawai polis yang mendepani usaha membanteras kegiatan militan di bawah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, baru-baru ini mendedahkan polis kerap menjumpai penulisan Ibn Taimiyyah dalam simpanan anggota militan termasuk IS.
Katanya, beberapa ajaran Ibn Taimiyyah yang memurtadkan sesetengah aliran Islam termasuk Sunnah dijadikan rujukan IS dalam menjustifikasi perbuatan zalim mereka.
Bagaimanapun, beberapa pihak tidak setuju tokoh ilmuan Islam itu dikaitkan dengan ideologi IS.
Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata pihak berkuasa perlu berhati-hati, manakala Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata Ibn Taimiyyah menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia.
Ayob semalam bagaimanapun mempelawa mereka yang tidak setuju dengan kenyataannya berjumpa beliau untuk mendapatkan penjelasan.
Read More / Baca Lagi >>

Cukai tinggi belum tentu tingkat hasil pendapatan, kata penganalisis kepada kerajaan

Posted: 14 Aug 2016 08:46 PM PDT


Wan Saiful Wan JanWan Saiful Wan JanKajian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan Bajet 2017 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober nanti adalah berhemah, tegas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Menurutnya, kadar cukai tinggi tidak semestinya meningkatkan hasil pendapatan negara bahkan rakyat akan mencari jalan untuk lari daripada membayar cukai jika kadar cukai melebihi tahap optimum.
Mengambil contoh tindakan kerajaan mengenakan kenaikan cukai yang tinggi dan berterusan ke atas barangan berasaskan tembakau, beliau berkata, industri rokok haram pula semakin bermaharajalela.
"Harga terlalu tinggi menyebabkan perokok mencari cara lain mendapatkan rokok murah. Maka, mereka beli dari pasaran gelap yang semakin subur apabila cukai berterusan dinaikkan," jelasnya dipetik daripada artikel beliau di akhbar Berita Harian hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pendapatan kerajaan sebenarnya akan berkurangan dan kesan luar jangka akan berlaku apabila kadar cukai terlalu tinggi.
"Begitu juga jika cukai korporat dijadikan tinggi. Akibatnya nanti syarikat baharu tidak akan didaftarkan di Malaysia dan pelabur tidak akan datang.
"Kesan yang sama akan berlaku jika cukai pendapatan terlalu tinggi. Mereka yang kaya akan hanya berpindah ke negara lain yang cukainya rendah," ujarnya sambil menyifatkan golongan majoriti pertengahan sebaliknya akan terperangkap kerana tidak mampu berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan pada masa sama tidak boleh sewenang-wenangnya menjanjikan penurunan itu dan ini seperti dilakukan sesetengah pihak.
"Jika kadarnya rendah, pastilah pendapatan negara juga rendah tetapi penting untuk kita sedar bahawa jika kadarnya terlalu tinggi, maka pendapatan negara menjadi rendah juga.
"Dasar percukaian tidak boleh dipandang remeh. Kesannya besar kepada negara dan rakyat, dan ini menuntut analisis terperinci sebelum perubahan dasar dilakukan," tambahnya lagi.

PAS Selangor yakin Gagasan Sejahtera dikongsi rakyat

Posted: 14 Aug 2016 08:39 PM PDT

PAS Selangor mengalu-alukan penubuhan Gagasan Sejahtera atau Gagasan yang dipimpin oleh PAS dan buat masa ini dianggotai oleh PAS dan Ikatan.

Penubuhan Gagasan yang merupakan blok ketiga memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia.

Ia juga bermakna lebih banyak bentuk penyelesaian kepada masalah negara akan dibentangkan kepada rakyat.

Ia akan menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di Malaysia

Kewujudan berbilang blok politik bukan satu perkara yang asing di negara-negara maju.

Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin politik perlu mengambil sikap yang terbuka dengan penubuhan Gagasan.

PAS Selangor yakin Gagasan akan berkembang dengan lebih banyak parti politik sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Malah kami yakin Gagasan akan didukung oleh NGO-NGO dan tokoh-tokoh yang berpengaruh.

Aspirasi Gagasan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang gagal dilakukan oleh Barisan Nasional dikongsi oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Buruk ketua, buruklah pengikutnya!

Posted: 14 Aug 2016 08:37 PM PDT

Rakyat Malaysia membaca dengan penuh harapan kenyataan ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeluarkan amaran "hentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa atau hadapi tindakan SPRM". Datuk Dzulkifli Ahmad (bawah, kanan) juga menyaran pesalah untuk menyerah diri secara sukarela untuk pertimbangan hukum yang lebih ringan.
Saya rasa hampir semua akan bersetuju saranan tersebut. Sebenarnya semua kes mesti disiasat secara terperinci.
Bagaimanapun saya ingin membuat beberapa cadangan untuk memastikan kejayaan dan untuk membuat cadangan tersebut lebih praktikal.
Sebelum ini pun kita percaya pihak SPRM di bawah bekas ketua pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim memang cuba menjalankan tugas mereka dengan telus dan bersungguh-sungguh.
Masalahnya kebanyakan siasatan mereka, terutamanya yg melibatkan orang kenamaan, tidak diambil tindakan sewajarnya oleh Pejabat Peguam Negara.
Contoh yang paling terkemuka dan ketara adalah yang melibatkan penukaran mengejut pegawai siasatan kanan SPRM yang menyiasat kes 1MDB.
Malahan lebih mengejut lagi apabila peguam negara baru mengambil alih tugas, beliau telah secepat kilat menutup siasatan kes 1MDB sementara kerajaan Singapura, Switzerland dan Amerika sedang rancak menjalankan siasatan ke atas kes 1MDB.
Tutup kes
SPRM terpaksa tangguh kes, peguam negara tutup kes, Malaysia jadi "meletup" kes!
Dua tahun lalu, saya hadir dalam satu perjumpaan bersama Abu Kassim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dengan ahli ahli parlimen.
Kami telah mencadang kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM. Abu Kassim bersetuju cadangan tersebut malahan itulah harapan SPRM selama ini, katanya.
Sebelum ini SPRM yang bertungkus lumus menyediakan laporan siasatan tetapi dikecewakan dengan tindakan kelihatan secara terpilih oleh peguam negara di mana banyak kes melibatkan VIP tidak dibawa kepada pendakwaan sepatutnya.
Dzulkifli Ahmad yang asalnya merupakan pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara, sebagai ketua SPRM sekarang sudah tentu tahu masalah yangw ujud selama ini dan boleh membuat perubahan positif yg berkesan.
Kalau tidak petukaran beliau ke SPRM tidak akan membawa apa-apa pembaharuan positif malahan mungkin akan dilihat akan melemahkan lagi SPRM dengan bekas pegawai peguam negara "menyusup" menerajui SPRM dan bukan pegawai dari dalam SPRM sendiri.
Selama ini Jabatan Peguam Negara yang dilihat sebagai penghalang banyak pendakwaan hasil siasatan SPRM. Ini akan menjadi persepsi ramai rakyat Malaysia.
Kepimpinan melalui teladan?
Satu lagi laporan kenyataan oleh Dzukifli menyebut SPRM berhasrat membersihkan kakitangan perkhidmatan kerajaan dari rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Seleweng dana 1MDB: Swiss siasat bekas ketua Abu Dhabi

Posted: 14 Aug 2016 08:36 PM PDT

Seorang bekas pegawai kanan kewangan Abu Dhabi sedang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland kerana dakwaan terlibat dalam konspirasi antarabangsa menyelewengkan dana daripada 1MDB.
Menurut Financial Times, bekas ketua International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi dituduh melakukan penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah.
Ini, kata akhbar itu adalah berdasarkan surat yang diperolehi mereka.
Financial Times juga melaporkan bahawa penyiasat Switzerland juga sedang mencari orang bawahan Khadem dan dua bekas pegawai 1MDB.
Siasatan Swiss itu diperhebatkan hanya beberapa minggu selepas Jabatan Kadilan (DOJ) Amerika memfailkan tindakan undang-undang bagi merampas aset yang diseleweng dari 1MDB berjumlah hampir AS$1 bilion.
Khadem adalah salah individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu, yang memaparkan laporan terperinci bagaimana dana 1MDB dipesongkan.
Financial Times berkata mereka tidak dapat menghubungi Khadem untuk ulasannya manakala peguamnya pula enggan mengulas.

Parti Serpihan UMNO Bersifat Coca-Cola Sindrom - Pemuda Umno

Posted: 14 Aug 2016 08:29 PM PDT

Skandal 1MDB: PAS enggan campur kes Azmin saman Najib

Posted: 14 Aug 2016 08:27 PM PDT

Dzulkifli dituntut buktikan dengan tindakan

Posted: 14 Aug 2016 06:58 PM PDT

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad diingatkan agar membuktikan kenyataannya melalui tindakan bagi membanteras rasuah di negara ini.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Dzulkifli akan dilihat menunaikan janji sekiranya bukan sekadar ikan bilis yang diburu.

"Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa.

"Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Dzulkifli dilaporkan berkata fokus utamanya ketika ini ialah untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada segala gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli sempat merakamkan ucapan tahniah atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh Dzulkifli itu.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah fakta ini didedahkan & dikhabarkan kepada sekalian ahli parti Umno 'Haram' ??!!

Posted: 14 Aug 2016 06:54 PM PDT

Diharap Najib hentikan putarbelit fakta.. UMNO telah diharamkan.. UMNO yang ditubuhkan di Johor telah tidak wujud lagi.. tetapi yang ada sekarang UMNO Baru (atas arahan Mahkamah Tinggi) dan didaftarkan di ROS pada 13 Februari 1988 setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengharamkan UMNO pada 4 Februari 1988.

JIKA PARTI UMNO SUDAH DIHARAMKAN, adakah negara kita ditadbir oleh 'PARTI HARAM' ??!!

Skandal 1MDB: Mereka patriot dan wira rakyat, tulis Kadir Jasin terhadap Husam dan Matthias

Posted: 14 Aug 2016 05:48 PM PDT

Kadir A Jasin menyifatkan Husam dan Matthias adalah patriot dan wira negara,Kadir A Jasin menyifatkan Husam dan Matthias adalah patriot dan wira negara,

Tindakan Datuk Husam Musa dan Matthias Chang menyaman lapan pihak di Mahkamah New York, Amerika Syarikat mendapat pujian dari tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin.
"Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.
"Mereka adalah patriot dan wira rakyat," kata Kadir dalam tulisan di blog beliau malam tadi.
Husam dan Matthias ChangHusam dan Matthias ChangHusam dan Matthias membuat saman sivil melalui tuntutan 'class action' terhadap lapan pihak bagi mendapatkan gantirugi terhadap kehilangan wang negara melalui 1MDB.
Tindakan itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan pada Khamis 11 Ogos oleh peguam di Amerika.

Bagi Kadir, tindakan ini boleh memenuhi janji yang tidak ditunaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang membuat ancaman untuk saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.
Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.
Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York.
Husam dan Matthias mengemukakan apa yang dipanggil "class action suit" yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.
"Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina," tulis Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar The New Straits Times itu.
Chang dan Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.
Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Kami mahu bawa balik wang negara, kata Husam dalam samannya di Amerika

Posted: 14 Aug 2016 04:48 PM PDT


Husam dan Matthias ChangHusam dan Matthias Chang
Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa mengaku beliau bersama bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mathias Chang menyaman lapan pihak di Amerika Syarikat kerana 'mencuri' wang negara melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kami telah menamakan lapan defendan dalam tuntutan untuk membawa balik harta negara yang dicuri ini tanpa menyentuh aset yang telah dibekukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika kerana itulah adalah tugas kerajaan," kata Husam kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, tindakan ini mula dibincangkan sejak pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi dimana beliau dan Matthias telah bertemu dengan peguam dari Amerika dan membuat keputusan untuk membuat saman itu.
Dokumen saman Husam dan Matthias di Mahkamah Daerah New York.Dokumen saman Husam dan Matthias di Mahkamah Daerah New York."Kami telah memulakan tindakan ini ketika pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi iaitu lebih awal dari pengumuman tindakan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat," kata Husam tanpa memberikan maklumat lanjut.
Ketika itu, katanya, pihaknya telah membuat keputusan untuk menyaman dan bertemu dengan peguam dari Amerika bagi menjalan proses itu.
"Maklumat lanjut kami akan berikan dalam sidang media sehari dua lagi," katanya.
Pilihan raya Sarawak telah berlangsung pada 7 Mei 2016 manakala Peguam Negara Amerika, Loretta E. Lynch mengumumkan tindakan DoJ membekukan aset yang dicuri dari 1MDB di Amerika pada 20 Julai (21 Julai waktu Malaysia).
Khamis lepas (Jumaat waktu Malaysia), Husam dan Matthias telah memfailkan 'putative class action' terhadap lapan defendan di Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala dokumen yang dikemukan oleh DoJ ketika mengumumkan pembekuan aset yang dicuri dari 1MDB di Amerika.
Ekoran itu, Hollywood Reporter, sebuah portal berita dari Amerika telah melaporkan tindakan Husam dan Matthias itu pada Jumaatnya (Sabtu waktu Malaysia).
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan demontrasi Bersih 5 - Baju Merah hanya sentimen politik kepartian, kata penganalisis politik

Posted: 14 Aug 2016 04:13 PM PDT


Dr Chandra MuzaffarDr Chandra MuzaffarHak rakyat untuk berhimpun secara aman di bawah Akta Perhimpunan Aman tidak bermakna apa-apa sekiranya, isu yang mahu dibawa oleh kumpulan Bersih 5 dan Baju Merah lebih kepada sentimen politik kepartian, kata penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar.
Beliau berkata, walaupun hak berhimpun itu hak rakyat di bawah Akta Perhimpunan Aman, namun pertembungan dua kumpulan itu kelak akan mewujudkan suasana ketegangan antara kaum berbanding isu yang mahu diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sendiri untuk menganjurkan Bersih 5.
"Dua kumpulan ini (Bersih 5 dan Baju Merah) berhak untuk berhimpun.
"Tetapi dalam situasi masa kini sentimen politik berbeza yang mempengaruhi dua kumpulan ini lebih menonjol. Saya berpendapat lebih elok Bersih 5 tidak adakan perhimpunan yang akan membabitkan pula kemunculan kumpulan Baju Merah, walaupun kita tahu itu hak mereka (hak berhimpun).
"Saya bimbang situasi ini akan menimbulkan ketegangan yang akan mengundang perkara yang tidak diingini, seperti perbalahan kaum antara dua kumpulan ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai siapsiagaan kumpulan Baju Merah dikalangan gabungan beberapa NGO Malaysia pro kerajaan yang  mewakili semua kaum diketuai Datuk Jamal Md Yunos untuk berhadapan dengan kumpulan Bersih 2.0 yang diketuai Pengerusinya Maria Chin Abdullah, jika Bersih 5 melakukan demontrasi.
Ini ekoran pada 3 Ogos lalu, penganjur Bersih 2.0 mengumumkan untuk mengadakan demontrasi Bersih 5 dalam masa terdekat ini tanpa menyatakan lokasi dan tarikh sesuai kerana masih dalam peringkat perbincangan.
Bagaimanapun kumpulan Baju Merah semalam, telah mengumpulkan penyokongnya dan mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menghalang Bersih 5 yang didakwa mengheret campurtangan luar dengan mengadakan demontrasi untuk meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini  sekaligus menghasut rakyat turun ke jalan raya menentang pemimpin dan kerajaan.
Dalam hal ini Chandra menjelaskan, isu utama adalah masalah integriti yang masih tidak dapat diselesaikan melalui Bersih 2.0 atau dikalangan pemimpin politik dari parti kerajaan dan pembangkang di negara ini.
"Masalah integriti dan ketelusan membabitkan isu 1MDB dan syarikat-syarikat yang terkait, terkini pendedahan Jabatan Keadilan AS,sebenarnya masih lagi gagal kita selesaikan.
"Dalam demontrasi itu kelak, apa sebenarnya yang kita nak campai melalui perhimpunan ini terutama kedua-dua kumpulan itu? Bahkan himpunan sebelum ini juga tidak berkesan untuk mengubah pendirian pihak kerajaan.
"Pihak yang mahu menganjurkan demontrasi sudah tentu mahu menyampaikan mesej mereka tetapi pihak yang didesak tidak akan melakukan apa-apa untuk mengubah atau memperbetulkan keadaan berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Media Umno dakwa Mahathir pura-pura masuk IJN

Posted: 14 Aug 2016 04:12 PM PDT


Blog MyKmuBlog MyKmu
Satu blog pro Umno yang terkejut Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus menulis mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap beliau berpura-pura masuk Institut Jantung Negara (IJN).
"Mahathir mungkin berpura-pura sakit serius dan masuk Ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapat simpati rakyat ketika perbalahan politik kian besar dengan penubuhan parti beliau sendiri," tulis Amin Yatim dalan entri terbaru Mykmu.
Mana mungkin katanya, orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara.
"Sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016. Hebat Mahathir!," katanya.

Mahathir Yang Pelik, Gelabah dan Berpura-pura di IJN?
Beliau pelik kerana sejak masuk IJN pada 9 Ogos 2016, Mahathir telah menulis pada 10, 12 dan 14 Ogos 2016.
"Mana mungkin orang berusia lebih 90 tahun lebih dan berhadapan sakit jantung yang serius di IJN boleh menulis dua hari sekali mengenai politik negara.
"Hebat Mahathir!," katanya.
Dalam entri terbaru berjudul, "Campur Tangan Asing" katanya, Mahathir menulis, " Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salahlaku olehnya didedah.
Read More / Baca Lagi >>

"TUNJUK PERASAAN MANA DAN BERKAITAN ISU APA ZAHID HAMIDI PERNAH TURUT SERTA?"

Posted: 14 Aug 2016 04:11 PM PDT

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.

Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.

Antara demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an  ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM) dinaikkan taraf sebagai universiti.

Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.

Dalam politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan sehingga tercetusnya huru-hara yang  menyebabkan UMNO dapat mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1978.

Ibrahim juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun 1987.

Bagaimanapun kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.
Read More / Baca Lagi >>

FAKTA !!!

Posted: 14 Aug 2016 08:11 AM PDT

UMNO/BN dan Komunis-China Berpisah TIADA.

Penipuan Diutamakan Rakyat Diperdayakan.

PATUTLER.. Najib tak berani nak SAMAN HARI SELASA-WSJ hingga ke hari ini...

Posted: 14 Aug 2016 08:08 AM PDT

Makin bertangguh nak saman, makin banyak kebobrokan & penyelewengan dalam 1MDB terbongkar satu demi satu...

ARAK, JUDI, 1MDB dan kaum kerabat keluarga Najib BERPISAH TIADA !!!

Antara lain, tuntutan mendakwa mereka membelanjakan wang untuk:

1) Poster wayang Metropolis tahun 1972, bernilai lebih AS$1 juta (RM4 juta);

2) Sambutan hari lahir Leonardo DiCaprio pada Ogos 2012, dengan lebih AS$1 juta dibelanjakan untuk arak, kebanyakannya wain putih champagne berharga AS$25,000 (RM100,000) sebotol.

3) Trofi Anugerah Akademi 1955 milik Marlon Brando untuk kategori Pelakon Terbaik, dilaporkan bernilai AS$600,000 (RM2.4 juta);

4) Sambutan malam tahun baru di Australia dan Las Vegas pada 31 Disember 2012, termasuk penyewaan sebuah jet peribadi untuk kegunaan eksklusif;

5) Riza, Jho Low dan DiCaprio pergi makan angin ke Brazil sempena Piala Dunia 2014, dan tinggal di kapal pesiar sewaan sepanjang 482 kaki bernama Topaz.

Skandal 1MDB: Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan

Posted: 14 Aug 2016 05:24 AM PDT


Kuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakanKuasa Yang Di Pertuan Agong boleh digunakan
Kita memandang serius tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat merampas harta bernilai USD1 Bilion bersamaan dengan RM4 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) milik negara.
USD1 Bilion tersebut adalah hanya sebahagian daripada USD3 bilion yang didakwa telah dirompak daripada dana 1MDB yang telah dibawa ke dalam sistem kewangan Amerika Syarikat secara haram dan seterusnya melanggar undang-undang negara tersebut.
Lebih menyedihkan, dalam laporan setebal 136 muka surat berkenaan hasil siasatan terhadap skandal tersebut, pihak Jabatan Keadilan ('DOJ') Amerika Syarikat tersebut juga telah mendedahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah pihak yang dipercayai sebagai pemegang akaun AmPrivate Banking-MR yang telah menerima sebahagian pembayaran yang dianggarkan berjumlah USD681 juta bersamaan dengan RM2.6 bilion.
Laporan DOJ tersebut seterusnya mendefinasikan 'Malaysian Official 1' tersebut sebagai seorang penjawat awam atau pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang mana juga memegang kedudukan berotoriti dalam 1MDB. 'Malaysian Official 1' tersebut juga dilaporkan sebagai mempunyai kaitan dengan Riza Aziz yang merupakan salah seorang watak utama dalam skandal tersebut. Maka ramai telah menyimpulkan bahawa individu yang paling memenuhi ciri-ciri dan definisi 'Malaysia Official 1' tersebut adalah YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Razak.
Memandangkan Skandal 1MDB tersebut juga disiasat di negara-negara lain seperti Singapura, Switzerland, Hong Kong dan yang terbaru Luxemburg, maka ianya telah dicatatkan sebagai skandal kewangan terburuk negara dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.
Tindakan DOJ tersebut yang mengambil tindakan mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset ('civil forfeiture') yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB merupakan satu prosedur kes jenayah di Amerika Syarikat selaras dengan peruntukan 18 US Code (USC) 18 dan 1956. Oleh itu, skandal 1MDB tersebut telah diklasifikasikan sebagai satu kes jenayah di Amerika Syarikat.
Lebih malang lagi, apabila telah jelas laporan DOJ tersebut beserta bukti-bukti yang kukuh mengaitkan skandal 1MDB dengan Perdana Menteri, Peguam Negara masih lagi membisu daripada mengambil tindakan yang sewajarnya malah masih mengatakan bahawa bukti diperlukan untuk diambil tindakan lanjut.
Kita amat kecewa dengan keengganan Peguam Negara untuk bertindak dalam isu atau kes yang secara jelas telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat. Pendirian Peguam Negara tersebut adalah bercanggah sama sekali dengan peranan dan tanggungjawab jawatannya selaras dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Musuh rakyat adalah kezaliman Umno, bukan kebangsaan BERSATU

Posted: 14 Aug 2016 05:23 AM PDT


PutrajayaPutrajaya
Saya ingat bangsa bukanlah 'ilat untuk rakyat Malaysia menolak BERSATU.
Jika dasar kebangsaan parti baharu itu mirip pada dasar kebangsaan yang ada pada Umno.
Umno parti yang zalim, menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta amalkan kronisme.
Ini, sebab UMNO wajib ditentang habis-habisan.
Dan, inilah 'ilat sebenar, kalau mahu dibanding qiyas dengan BERSATU yang baru ditubuhkan baru-baru ini.
Selama ini Umno berlindung atas nama bangsa, agama dan raja untuk mempertahankan kezalimannya.
Untuk memecahkan perisai politik ini, ada di kalangan kita menentang dasar kebangsaan atau dasar agama habis-habisan.
Dasar raja, mungkin kurang ditentang secara terbuka kerana risikonya lebih buruk.
Walhal, penentangan rakyat ke atas Umno yang sebenar-benarnya adalah pada perbuatan zalim para pemimpin mereka.
Sesiapapun yang zalim, yang menyeleweng kuasa, rasuah, membazir wang rakyat serta mengamalkan kronisme wajib ditentang habis-habisan, sungguhpun ia datang daripada parti berdasarkan norma agama hatta berbilang kaum.
Kegagalan kita memahami maksud penentangan yang sebenar mengakibatkan kita selalu apologetik sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.
Bangsa bukan musuh sebenar rakyat. Musuh sebenar rakyat adalah kezaliman.
Mempertikai dasar kebangsaan pada BERSATU ertinya mempertikai sesuatu yang bukan musuh sebenar rakyat.

Musa Hitam Sifatkan Pentadbiran 22 Tahun Tun M 'Kegagalan Yang Teruk'

Posted: 14 Aug 2016 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan pentadbiran 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah satu 'kegagalan yang teruk'.
Dalam bukunya bertajuk Frankly Speaking yang dilancarkan baru-baru ini, Musa mendedikasikan satu bab khas untuk membincangkan berkenaan kekuatan dan kelemahan pentadbiran Dr. Mahathir.
Menurut Musa, bekas Perdana Menteri itu adalah seorang pemimpin berwawasan yang telah banyak membangunkan negara, namun gagal mencari dan melatih penggantinya.
Mengimbas kembali ketika bersama Dr. Mahathir memimpin negara, Musa menggambarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang amat teliti dan suka membuat catatan semasa mesyuarat.
Dalam buku tersebut, beliau turut memuji kebangkitan Malaysia di peringkat antarabangsa semasa era Dr. Mahathir yang dilakukan secara teratur dengan menggunakan pendekatan pengurusan mikro.
Walau bagaimanapun, ketika perkataan taat, inovatif dan teliti digunakan untuk menggambarkan sikap bekas ketuanya itu, masyarakat antarabangsa juga menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai autoritarian, penuh kebencian dan suka bergaduh.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)