Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SERAH DIRI? SIAPA PELAKU RASUAH YANG SEDIA MENGAKUI PERBUATAN RASUAH MEREKA?

Posted: 13 Aug 2016 09:01 PM PDT

Adakah ini tindakan yang betul? Kenapa perlu kompromi?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi amaran kepada pelaku rasuah agar menyerah diri atau bersedia berdepan dengan tindakan tegas pasukan penguakuasa suruhanjaya itu.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka. Datang bila-bila masa sebelum tindakan diambil.

"Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa panas, datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk ringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka", kata beliau.

Rasanya ini bukanlah cara yang betul bagi SPRM dalam menjalankan tugasnya untuk mencegah dan membanteras rasuah.

Soalnya, siapa pesalah rasuah yang sanggup datang ke pejabat SPRM dan mengakui perbuatan mereka?

Dalam soal rasuah ini, Dzulkifli tidak seharusnya memberi apa-apa kompromi dan cuba berlembut, bukan saja kepada pelaku ikan bilis, tetapi juga perasuah jerung dan paus.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga cara singkir Najib bukan idea saya - Musa Hitam

Posted: 13 Aug 2016 08:57 PM PDT

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata, tiga cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang digariskan dalam buku terbarunya 'Frankly Speaking' bukan idea beliau sendiri.
Musa berkata beliau hanya menyampaikan apa yang telah disyorkan oleh orang lain. .
"Apa yang saya lakukan adalah bahawa saya menyenaraikan tiga cadangan bagaimana untuk membuang Najib. Terdapat pelbagai pihak yang memberikan cadangan.
"Ada yang menyatakan Umno perlu terlibat. Lain (cadangan) berkata kuasa asing dan media perlu melibatkan diri dan memberi tekanan kepadanya.
"Ada juga yang mencadangkan pilihan raya. Saya hanya menyenaraikan cadangan dan menyatakan pandangan saya tentang kesannya.
"Ia tidak bermakna bahawa saya telah menyenaraikan tiga cadangan saya sendiri," katanya dalam temubual dengan Astro Awani.
Musa dalam bukunya menyenaraikan tiga cara untuk menyingkir Najib, iaitu melalui Umno, campur tangan asing atau pilihan raya umum.
Beliau bagaimanapun tidak mengaitkan sumber kaedah itu.
Musa berkata mereka yang menyangka ia adalah cadangan beliau sendiri mungkin disebabkan oleh "kelemahan bahasa Inggeris".

Bangkit Memali: Adakah Musa mahu serang Tun Mahathir, bela Najib?

Posted: 13 Aug 2016 08:18 PM PDT


Rancangan OHI Astro Awani bersama Musa, Nurul Izzah dan Alex Yoong malam tadi.Rancangan OHI Astro Awani bersama Musa, Nurul Izzah dan Alex Yoong malam tadi.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, tindakan bekas timbalan perdana menteri dibawah beliau, Tun Musa Hitam membangkitkan sekali lagi isu Memali disifatkan sebagai untuk membela Najib.
"Hahaha... Musa akan digunakan untuk pertahan Najib dan Umno/BN," kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian dalam satu komen ringkasnya terhadap berita yang memaparkan Musa berkata beliau penat tanggung beban jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali yang disiarkan oleh sebuah portal berita.
Musa adalah timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri manakala Mahathir adalah perdana menteri ketika peristiwa Memali berlaku.
Peristiwa Memali pada 19 November 1985, menyaksikan 14 orang maut dalam pertempuran antara polis dan penduduk kampung.
Insiden berlaku ketika polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Dalam ruangan Obviously Harith Iskandar (OHI) malam tadi, Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.
Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.
Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Disebalik Skandal 1MDB: Najib dan Zahid bersama 'Yahanana' di Dataran Merdeka

Posted: 13 Aug 2016 07:40 PM PDT

Najib beryahanana di Dataran Merdeka malam tadiNajib beryahanana di Dataran Merdeka malam tadi
Datuk Seri Najib Tun Razak malam Sabtu menyertai ribuan umat Islam yang membanjiri Dataran Merdeka di sini pada majlis 'Doa untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.
Perdana Menteri yang lengkap berjubah putih serta kopiah tiba 8.30 malam dan disambut timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama pada majlis yang memasuki tahun ketiga itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Program tahunan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu merupakan program pembukaan kepada semua acara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.
Program yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen RTM dan radio Nasional fm itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah disusuli solat hajat yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Kini, DoJ dituduh usaha campur tangan asing

Posted: 13 Aug 2016 07:36 PM PDT

Seperti biasa Datuk Seri Najib Razak gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salah lakunya didedah.
1mdb_doj_malaysia_600
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
Demikian pendedahan yang dibuat Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkenaan salah guna wang oleh keluarga dan kawannya dan "Malaysian Official 1" yang semua tahu ialah perdana menteri sendiri.
Najib dan konconya memikir cara memutar belit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu.
Kali ini kenyataan DoJ dituduh sebagai usaha campur tangan dalam urusan negara Malaysia.
Apakah AS yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Barrack Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib. Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuhkan banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah.
Yang sebenar berlaku ialah pencabulan undang-undang AS oleh keluarga Najib, kawannya dan Malaysian Official 1.
Pembersihan wang haram sudah ditakrif sebagi jenayah di kebanyakan negara. Ini disebabkan pendapatan daripada mencuri dan dagangan dadah sering dibawa ke negara lain untuk dibelanjakan.
Kemasukan wang ke mana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu. Jika wang itu halal sekalipun cukai pendapatan perlu dibayar.
Jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, iaitu ia mungkin dicuri atau berpunca daripada dagangan haram ia akan dirampas pegawai negara berkenaan.
Duit berbilion dolar yang dibelanjakan Riza Aziz, Jho Low menggunakan wang dari bank Amerika, membiayai pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem Wolf of Wall Street. Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke AS menggunakan bank AS dan dibelanjakan di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.
Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia. Jenayah orang asing tidak dikecualikan daripada undang-undang mana-mana negara.
Untuk elak daripada barangan yang dibeli dengan duit haram dihilangkan, DoJ mengambil tindakan sivil bagi merampas barangan dibeli Riza dan Jho Low. Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah.
Di Amerika kebebasan media tidak boleh disekat seperti di Malaysia. Tuntutan media supaya didedah segala urusan pemerintah tidak boleh diketepikan. Dalam kes yang diketahui seluruh dunia seperti penyelewengan 1MDB, tidak ada kemungkinan DoJ rahsiakan maklumat yang ada padanya. Namun nama Najib tidak disebut.
Read More / Baca Lagi >>

Serah diri atau tunggu kami, kata bos SPRM yang baru kepada perasuah .....

Posted: 13 Aug 2016 07:34 PM PDT


KP SPRM yang baru mendaftarkan diri di pejabat barunya.KP SPRM yang baru mendaftarkan diri di pejabat barunya.Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.
Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.
"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.
"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini pada Sabtu.
Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi antirasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.
Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.
Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam

Posted: 13 Aug 2016 04:58 PM PDT


Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.

Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

"Pembangkang menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam' daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam ini.

Hakikatnya, Tun Musa menegaskan beliau langsung tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan bagaimana beliau menangani krisis tersebut dalam bukunya 'Frankly Speaking'.

Tun Musa berpendapat banyak sebab menyumbang kepada persepsi negatif terhadapnya berhubung peristiwa Memali.


"Saya bukan pemimpin yang berpengaruh ketika itu, saya banyak memberikan masalah kepada kepimpinan, saya individu yang kontroversi,

"Media pula seolah-olah malu untuk melaporkan kebenaran,Read More / Baca Lagi >>

Pas perlu RM3 juta untuk saman Sarawak Report - Ramesh

Posted: 13 Aug 2016 04:33 PM PDT


Ramesh Rao
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, Pas perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3 juta sebagai menampung kos keseluruhan kos Beliausaman Sarawak Report di England.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan saman yang bakal diambil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang menyiarkan berita fitnah kononnya pemimpin parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Mengakui terkejut dengan tindakan berani Pas, Ramesh menawarkan diri membantu parti itu menyediakan segala maklumat dan panduan kerana beliau ada pengalaman dalam proses permohonan saman kepada akhbar tersebut di England baru-baru ini.
 
"Jika Pas mahu saman Sarawak Report serta wartawannya, Claire Rewcastle Brown di England, sekurang-kurangnya RM3 juta diperlukan untuk menguruskan kes di mahkamah. Saya tahu jumlah kos sebab saya pernah bawa kes saman ke atas kedua-dua pihak itu di England dan saya bersedia bantu Pas sepenuhnya dalam hal ini kerana mahu selamatkan Malaysia daripada dicabul pihak luar," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi Malaysia Gazette petang tadi.
 
Dalam perkembangan sama, Ramesh juga menyatakan kesyukuran kerana akhirnya Pas 'bangun daripada tidur' dan kini sedar akan apa yang dilaporkan Sarawak Report selama ini fitnah dan berniat jahat.
 
Read More / Baca Lagi >>

Parti serpihan biasanya tak tahan lama - Takiyuddin

Posted: 13 Aug 2016 04:23 PM PDT


Datuk Takiyuddin Hassan
Pas berpendapat parti politik baharu, Parti Peribumi Bersatu Malaysia bersifat 'serpihan' tidak akan kekal lama dalam politik tanahair negara.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti yang sedang dalam proses kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu bakal menerima nasib Semangat 46 yang datang dan hilang dalam kadar segera.
 
"Parti-parti politik di Malaysia ini khususnya parti yang bersifat serpihan ini (Bersatu) saya rasa tidak lama. kita ada contoh Semangat 46  dan terbaharu PKR nampak goyah dan hilang momentum.
 
"Saya berpendapat parti Bersatu tidak akan berpanjangan, sebab jika kita lihat ia hanya berasaskan satu kaum. Berdasarkan apa yang difahamkan menerusi liputan media sejak akhir-akhir ini, saya saya rasa itu untuk peribumilah..Melayu dan peribumi sahaja, memang tak akan berpanjangan, itu pandangan saya," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendapatnya mengenai potensi parti tajaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ada pihak mula tertekan selepas penubuhan Bersatu: Ibrahim Ali

Posted: 13 Aug 2016 04:17 PM PDT

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pelbagai pihak kini sudah mula merasai tekanan daripada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tekanan itu dapat dilihat menerusi pelbagai ulasan dan kenyataan berbaur kecaman dan memperlekeh, khususnya daripada pemimpin parti politik lain, golongan akademik dan ilmuwan.
Beliau berpendapat jika Bersatu dianggap remeh, tidak mendapat sokongan atau tidak memberi kesan kepada parti lain, mengapa perlu dibuat pelbagai andaian dan kenyataan di media.
"Sehinggakan nama BERSATU pun mendapat bantahan. Pelbagai alasan dan tekanan sudah mula timbul satu per satu. Banyak pihak berlumba-lumba mahu memberi ulasan sehingga dilihat seperti kumpulan Raja Lawak.
"Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Takkanlah golongan akademik pun tidak faham. Di mana sifat intelektualisme dan keilmuwan. Mahathir dan Muhyiddin juga rakyat Malaysia yang berhak menubuhkan parti.
Read More / Baca Lagi >>

KEPADA PENYOKONG 4M, KAMU JANGAN MUSNAHKAN UMNO...

Posted: 13 Aug 2016 04:13 PM PDT

Bukan  yang sokong Mukhriz sahaja perlu keluar UMNO, yang sokong Muhyiddin mahupun Dr Mahathir juga perlu keluar UMNO dengan segera.
Juga, yang bersimpati dengan Shafie Afdal  cepat-cepat  lakukan perkara yang sama.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan,  keahlian anggota UMNO Kedah akan gugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perkara tersebut berlandaskan perlembagaan UMNO yang anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza. 

Namun sejauh ini UMNO tidak boleh bertindak atau melakukan pengguguran secara automatik dan ia tidak akan berlaku kerana parti yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu belum terdaftar secara rasmi.
Ahmad Bashah....program pemutihan
Malah, sejauh ini tiada ahli parti itu yang didaftarkan secara rasmi sehingga parti berkenaan diluluskan pendaftarannya. 

Ahmad Bashah berkata UMNO Kedah akan melakukan  program pemutihan bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain Umno.
UMNO Negeri lain bagaimana?

Malah, Menteri Besar Kedah itu berkata anggota UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu. 

Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta.
Hebat penegasan ini. 

Selepas pembersihan ini, agaknya ada berapa ahli UMNO? Masih kekal lebih tiga juta?
Jadi kepada yang ada hati dengan BERSATU atau berhasrat tinggalkan UMNO, buatlah pendirian supaya KAMU semua jangan dicop  sebagai gunting dalam lipatan dan lebih teruk 'DURI DALAM DAGING'.
Johari...tidak mahu ada ejen parti lain
Rasanya itu adalah langkah terbaik bagi UMNO, jika mengikut pendapat Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom.
Johari sekadar menyebut Mukhriz tetapi jika hati sudah berubah dan yang berminat dengan parti baru – BERSATU – adalah lebih baik berundur secara sukarela daripada UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Umno 'berpengalaman' tangani parti serpihan S46, PKR - Hishammuddin

Posted: 13 Aug 2016 04:07 PM PDT

Umno mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan tiada anggotanya yang memberi sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Umno mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi penubuhan parti serpihan oleh pihak yang kecewa seperti Semangat 46 dan PKR.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan memberi amaran tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota Umno yang didapati memberi sokongan kepada parti baharu itu.
"Bagaimanapun siasatan rapi perlu dibuat sebelum tindakan diambil untuk memastikan tiada sesiapa yang teraniaya.
"Tindakan tidak boleh dibuat secara rambang. Kita tidak mahu nanti ada pihak yang mengeksploitasikannya untuk kepentingan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Batu Gajah, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan kepada ahli jika sertai Bersatu - Hishammuddin

Posted: 13 Aug 2016 03:59 PM PDT


Tindakan kepada ahli jika sertai Bersatu

BATU GAJAH - Mana-mana ahli Umno yang terlibat atau dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dikenakan tindakan tegas.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memberi amaran tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana ahli yang menyokong atau terlibat secara langsung.
Menurutnya, bagaimanapun ia perlu dipantau terlebih dahulu untuk mengenalpasti berapa ramai ahli bersikap sedemikian.
"Sudah tentu kita akan ambil tindakan jika ada di antara mereka yang betul-betul terlibat, bukannya sebelum ini kita tidak pernah berhadapan dengan perpecahan seperti tertubuhnya Semangat 46 dan PKR.
"Bagaimanapun perkara ini perlu disiasat menyeluruh untuk kenal pasti dan mengesahkan setiap nama ahli yang didakwa terlibat terlebih dahulu agar tidak menganiaya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu Gajah di sini, hari ini.
Baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa ramai bekas ahli Umno ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak bersedia menyatakan sokongan secara terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas ahli Umno dianggap pembangkang - Ismail Sabri

Posted: 13 Aug 2016 03:55 PM PDT

Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR - Ahli Umno yang telah keluar parti hendaklah dianggap sebagai pembangkang walaupun telah berjasa kepada parti sebelum ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan sesetengah bekas anggota Umno yang kini bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menjatuhkan Umno perlulah dilihat sebagai satu cabaran. 
"Jangan ada nostalgia mengenai mereka, kini mereka tiada beza dengan pembangkang malah semasa pilihan raya kecil lepas ada antara mereka yang berkempen menentang Umno," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii.
Terdahulu, dalam ucapannya Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota Umno Lembah Pantai supaya tidak mengharapkan kelemahan pihak pembangkang semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
"Kita tidak boleh mengambil mudah cabaran mereka walaupun mereka berdepan dengan pelbagai isu, kita juga perlu bekerja keras menerangkan agenda kita kepada rakyat," katanya.

Husam, Matthias to file a class action suit in the US against who linked with 1MDB

Posted: 13 Aug 2016 03:51 PM PDT


Chang and Husam claimed the defendants knowingly used funds stolen from 1MDBChang and Husam claimed the defendants knowingly used funds stolen from 1MDB
Dr Mahathir Mohamad's former political secretary Matthias Chang has joined forces with Salor state assemblyperson Husam Musa to file a class action suit in the United States against individuals linked to 1MDB.
The class action suit is seeking damages for the theft of the state investment firm's funds as well as to recover assets acquired using the stolen funds.
It was brought on behalf of the Malaysian citizenry and was filed on Tuesday with the US District Court for the Southern District of New York, according to The Hollywood Reporter.
Chang and Husam named Red Granite Pictures, the film production and distribution company's co-founders Christopher Joey McFarland and Riza Shahriz Abdul Aziz, who is also Malaysian Prime Minister Najib Abdul Razak's stepson, as defendants.
According to the court filing, Chang and Husam claimed the defendants knowingly used funds stolen from 1MDB for their personal benefit, including throwing parties for Hollywood star Leonardo DiCaprio to curry favour with him.
Also named as defendants were Malaysian billionaire Jho Low and his tax attorney Debra Whelan Johnson as well as her firm Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Goldman Sachs Group and its former banker Timothy Leissner were also named.
The plaintiffs alleged these individuals and entities were involved in transactions that aided the theft of 1MDB's funds.
The plaintiffs are seeking relief for the following:
An award of actual damages;
Restitution and/or restitutionary disgorgement of profits wrongfully obtained by the defendants;
An award of treble damages in an amount to be proven at trial for prosecuting this action under RICO (Racketeer Influence and Corrupt Organisations) and California Penal Code Section 496(c);
An award of punitive damages sufficient to deter and make an example of defendants;
An award of plaintiffs' costs and expenses of this action; reasonable attorney's fees, and pre- and post-judgement interest as provided by law; and
Such other and further relief as the court may deem just and equitable.
Read More / Baca Lagi >>

Saman baru difailkan di AS untuk tebus dana 1MDB

Posted: 13 Aug 2016 06:27 AM PDT

Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa dalam memfailkan saman kelas tindakan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.
Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.
Chang dan Husam menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.
Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan.
Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.

"Armada 14" Pemuda Umno akan gempur pembangkang

Posted: 13 Aug 2016 06:24 AM PDT

Pergerakan Pemuda Umno negeri menubuhkan jentera 'Armada 14' sebagai platform menangkis segala tohmahan mahupun tuduhan liar pembangkang terhadap kepimpinan parti sekaligus urusan pentadbiran negara.
Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata jentera itu telah ditubuhkan di setiap bahagian Pemuda Umno di seluruh negeri dengan anggotanya terdiri daripada Jawatankuasa Pemuda Umno bahagian dan cawangan.
"Kita yakin melalui Armada 14 yang baru ditubuhkan ini mampu menentang segala serangan dan tuduhan palsu tersebut dengan usaha bersepadu dilakukan anggota Armada 14 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Maran, hari ini.
Turut hadir Ketua Umno bahagian Maran merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Mohd Shahar berkata Pemuda Umno Pahang juga akan turun padang ke seluruh negeri menemui rakyat terutamanya di kawasan luar bandar selepas ini untuk menerangkan segala usaha dilakukan kerajaan demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
"Pemuda juga akan terus mendaftarkan seberapa ramai anggota dan pemilih baharu bagi membolehkan mereka yang cukup umur mendaftar sebagai pemilih sekaligus mengundi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota parti di semua peringkat bekerja keras dengan turun padang menambah daftar pemilih dan keanggotaan yang lebih ramai lagi bagi membolehkan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum nanti.

"Biar halilintar membelah bumi, Najib tidak akan berundur"

Posted: 13 Aug 2016 05:13 AM PDT

Umno bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sebaliknya, Umno adalah parti suci yang dilahirkan di tangga istana besar di Johor dengan gema semangat nasionalisme untuk menolak penjajah dan bangkit daripada roh orang Melayu yang mahu membela martabat dan maruah.
" Umno tidak lahir di atas kebencian, Umno tidak lahir di atas kekecewaan, Umno tidak lahir kerana mahu menolak pemimpin lain.
"Kalau itulah jadi asas perjuangan kita, maka, apa-apa yang kita lakukan bukanlah bertunjangkan idealisme dalam perjuangan yang berpaksikan kepada sesuatu yang mulia dan suci.
"Tidak ada satu wadah perjuangan yang jelas, hanya sekadar marah, benci dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian maka perjuangan itu tidak bertahan lama," katanya semasa berucap merasmikn Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu dan Jamuan Rakyat Sehati Sejiwa di Stadium Mini Kuala Klawang di Jelebu, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Najib yang juga Presiden Umno berkata sejarah telah membuktikan bahawa mana-mana parti politik yang dibangunkan atas sifat-sifat sedemikian, tidak dapat bertahan lama.
" Umno boleh menjadi teras kepada kepimpinan negara kita kerana kita berdiri atas perjuangan idealisme yang teruji, bertahan sejak sekian lama dan terbukti membawa negara kita kepada kejayaan. Dalam apa jua era dan krisis, kita telah berjaya melalui krisis itu.
"Sama ada kita melawan komunis, berdepan zaman kemelesetan ekonomi, Umno boleh bertahan kerana kita mempunyai wadah perjuangan yang lahir ditengah-tengah semangat untuk membela martabat dan maruah kita dan hari ini dunia melihat Malaysia berjaya," kata beliau.
Mengulas lanjut, Najib berkata rakyat juga tidak seharusnya menjadikan media sosial sebagai hiburan atau menjadikan satu dua akhbar antarabangsa sebagai panduan.
"Rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar, kita lebih sayang kedaulatan negara kita," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata tindakan pihak tertentu yang mengemukakan referendum dan deklarasi rakyat terhadapnya adalah suatu yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
"Rakyat tak boleh hidup atas politik macam ini...rakyat boleh terus hidup bila kita bagi bantuan kepada rakyat susah seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bantuan persekolahan, bagi projek kecil, bagi duit raya, bagi bonus dan macam-macam lagi.
"Inilah yang akan membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat, bukan kerja-kerja yang tak berfaedah ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘MO 1 letak jawatan segera, nama negara tercemar teruk’

Posted: 13 Aug 2016 03:47 AM PDT


'MO 1 letak jawatan segera, nama negara tercemar teruk'

Sejak Department Of Justice (Jabatan Keadilan) Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa 'MO 1' terlibat dalam pembersihan wang haram di negara tersebut, ramai rakyat di negara kita mendakwa PM Najib adalah MO 1.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah, MO 1 tidak boleh lagi berselindung melainkan meletak jawatan segera agar nama negara tidak menjadi lebih buruk.
"MO 1 patut letak jawatan hari ini juga sebab dia telah memusnahkan nama baik negara. Adakah pemimpin kita sedar bahawa imej Malaysia jadi sampah-sarap?" katanya kepada Suara pakatan daily.
Ahli Parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad pula menegaskan rakyat Malaysia tidak lagi boleh menghormati MO 1 sebab jelas orang itu telah terlibat dalam isu penyelewengan wang negara.
"Tidak kira MO 1 ialah siapa, orang tersebut wajar dihadapkan ke muka pengadilan sebab dia telah memalukan nama rakyat Malaysia di seluruh dunia," kata Khalid.
Pemerhati politik berpendapat pemimpin BN yang cuba mempertahankan MO 1 semakin kelihatan bebal dan bodoh di mata dunia. Juga terpapar di media sosial gesaan rakyat agar MO 1 mesti berundur dengan serta-merta.
Ada juga kemeja-T dengan cogankata 'I am not Malaysian Official No. 1' yang berharga RM20 yang sedang hangat dijual.
Manakala NGO Bersih 2.0 sedang bersiap sedia untuk melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran bagi mendesak MO 1 berundur atau sekurang-kurangnya bercuti supaya satu siasatan bebas dapat dijalankan mengenal pasti dalang yang melesapkan berbiion ringgit dana 1MDB.

Akui kesilapan kamu, Muhyiddin beritahu Najib

Posted: 13 Aug 2016 03:27 AM PDT

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hendaklah mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan Najib itu berkata, bekas bosnya itu tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.
"Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.
"Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara," kata Muhyiddin lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, hari ini.
"Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya," ujar beliau lagi.
Kira-kira dua bulan yang lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.
Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.
Kata Najib, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.
Susulan pemecatan beliau, Muhyiddin dilihat terus aktif menentang bekas bosnya itu dengan menyertai beberapa ceramah mengkritik Najib dan Umno.
Terbaru, Muhyiddin mendaftar parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno bukan dilahirkan daripada kebencian, kekecewaan sembang Najib

Posted: 13 Aug 2016 03:21 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak

JELEBU - Umno bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  
Beliau berkata sebaliknya, Umno adalah parti suci yang dilahirkan di tangga istana besar di Johor dengan gema semangat nasionalisme untuk menolak penjajah dan bangkit daripada roh orang Melayu yang mahu membela martabat dan maruah.  
"Umno tidak lahir di atas kebencian, Umno tidak lahir di atas kekecewaan, Umno tidak lahir kerana mahu menolak pemimpin lain. Kalau itulah jadi asas perjuangan kita, maka, apa-apa yang kita lakukan bukanlah bertunjangkan idealisme dalam perjuangan yang berpaksikan kepada sesuatu yang mulia dan suci.  
"Tidak ada satu wadah perjuangan yang jelas, hanya sekadar marah, benci dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian maka perjuangan itu tidak bertahan lama," katanya semasa berucap merasmikn Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu dan Jamuan Rakyat Sehati Sejiwa di Stadium Mini Kuala Klawang di sini, hari ini.  
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Pas, Ikatan Bentuk "Gagasan Sejahtera"

Posted: 13 Aug 2016 03:18 AM PDT

"Sanjung Najib, kerana dia pemimpin anugerah dari Allah" ampu Idris Haron

Posted: 13 Aug 2016 03:09 AM PDT

Pas: 'Pakatan Harapan Wadah Lama Yang Gagal'

Posted: 13 Aug 2016 03:07 AM PDT

Muhyiddin: Membership criteria not crucial, I'm not racist

Posted: 13 Aug 2016 03:01 AM PDT

Comments (0)