Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kami untuk semua, Bersatu enggan jelaskan pendirian Uber, Grab

Posted: 12 Aug 2016 09:41 PM PDT

"Kami tahu masalah yang mereka hadapi. Kami akan kaji semua masalah," kata Kamarulzaman.
Kamarulzaman-Habibur-Rahman_bersatu
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan menjelaskan pendirian berhubung pertikaian tiga penjuru antara teksi, kerajaan dan Uber serta Grab, cuma menegaskan ia menawarkan penekanan ekonomi baharu untuk semua rakyat Malaysia.
Setiausaha penaja Bersatu ketika dihubungi FMT berkata masalah yang berbangkit di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dikenalpasti, dan akan mengkajinya.
"Kami mengalu-alukan sokongan pemandu teksi dan pandangan mereka bahawa kami untuk rakyat Malaysia," kata Kamarulzaman Habibur Rahman.
"Kita boleh nampak masyarakat umumnya tidak gembira kerana taraf hidup tidak seperti yang diharapkan.
"Kami tahu masalah yang mereka hadapi. Kami akan kaji semua masalah."
Semalam, pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail berkata pemandu teksi akan parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu jika Uber dan Grab diluluskan akhir tahun ini.
Menurutnya, pemandu teksi berpandangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu memperbaiki mekanisme penguatkuasaan dan membersihkan kegiatan haram dalam industri itu, sebelum menghalalkan Uber serta Grab.
Namun, menurut Shamsubahrin, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengkhianati mereka kerana gagal menunaikan janji bantu industri teksi.
"Sejak beberapa tahun lalu mereka tidak gembira dengan apa yang berlaku," tambah Kamarulzaman, "tidak seperti BN, kami akan pegang janji kami."

‘Bersatu tidak akan jejaskan Umno’ sembang Pemuda Perak

Posted: 12 Aug 2016 08:40 PM PDT

logo Bersatu
IPOH - Pemuda Umno Negeri menganggap penubuhan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjejaskan Umno.
Ketua Pemudanya, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, tidak ada sekatan mana-mana individu untuk menyertai parti baharu itu apatah lagi menghalang penubuhan parti baharu.
Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kehadiran parti baharu itu merancakkan lagi persekitaran politik sedia ada.
"Kami tidak melihat ia sebagai ancaman yang boleh merosakkan kebebasan berpolitik di Malaysia.
"Keadaan masih sama seperti dulu dan mungkin sehingga bila-bila. Parti Umno terus gah menaungi bangsa Melayu Bumiputera dan menjadi parti utama dalam pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Hairul Anwar berkata, sejak dari dulu lagi, walaupun terciptanya parti-parti politik yang dianggap sebagai alternatif kepada orang melayu, Umno terus kukuh dipersada politik tanah air.
Jelasnya, rakyat dilihat lebih bijak menilai parti mana yang mampu membela mereka biarpun parti-parti baharu menyatakan pelbagai alasan dan tawaran.
Ditanya, sama ada kewujudan parti baharu itu menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu, Hairul Anwar berkata, perpecahan biasanya wujud disebabkan mereka yang jiwanya tidak besar.
"Perpecahan orang Melayu hanya kepada mereka yang bercita-cita namun ibarat Pak Pandir. Perpecahan di kalangan orang Melayu hanya akan wujud sekiranya orang Melayu itu sendiri memecahkannya.
"Justeru itu tidak timbul perpecahan orang Melayu seandainya dinilai di atas tertubuhnya parti politik baharu. Apa guna parti baharu ibarat rumah yang cantik namun peralatannya usang," katanya.

BERSATU LEBIH MEMUDAHKAN PERUBAHAN.....

Posted: 12 Aug 2016 08:19 PM PDT

Pada pilihanraya umum 2013, BN berjaya mengekalkan kuasanya dengan meraih kemenangan di 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi daripada  222 jumlah keseluruhannya.

Daripada 133 kerusi yang dimenangi BN itu, 88 diraih melalui calon-calon UMNO. Ini bermakna jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat hanya lebih satu kerusi berbanding kekuatan UMNO. Banyak kerusi BN disumbangkan melalui Sabah dan Sarawak.

Pada pilihanraya 2008 pula, daripada 140 kerusi yang dimenangi oleh BN, 79 kerusi dimenangi atas tiket UMNO. Berbanding pilihanraya 2008, jumlah kemenangan kerusi UMNO meningkat sebanyak 9 kerusi dalam pilihanraya 2013 lalu.

Di sebalik pelbagai isu melanda Najib Razak dan negara, UMNO pada hakikatnya masih mampu menang banyak kerusi bagi memastikan BN terus berkuasa. UMNO dan parti-parti kompenan BN kecundang di banyak kerusi bandar, separa bandar dan pengundi campuran, tetapi masih dominan di luar bandar, kampung-kampung Melayu serta Felda.

Kemampuan BN menang itu adalah disebabkan UMNO masih dilihat parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu, sesuai dengan komposisi Melayu yang meliputi kira-kira 65 peratus penduduk negara ini. 

Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang benar-benar bersifat Melayu. DAP pelbagai kaum dan PKR juga pelbagai kaum, sementara Pas adalah parti Islam. 

Oleh kerana tidak ada yang benar-benar memperjuangkan Melayu, di sinilah UMNO mengambil kesempatan. Walaupun wujud pelbagai isu berkaitan Najib dan Rosmah pada pilihanraya 2013, UMNO masih menang banyak kerusi kerana  kejayaannya memanipulasi pengundi luar bandar dengan memainkan sentimen UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Sementara pengaruh media sosial memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam konteks pengundi bandar, luar bandar dan campuran, mainan sentimen Melayu dengan dibantu elemen 3M iaitu "money, machinery, media", telah memberi kelebihan kepada UMNO.

Meskipun kita seharusnya menolak perkauman dan mahu semua rakyat hidup harmoni tanpa mengira agama dan bangsa, realiti politik Malaysia masih jauh untuk bebas daripada hakikat itu. Tambahan lagi, masih banyak kerusi Parlimen dan DUN di negara ini dihuni oleh majoriti pengundi Melayu luar bandar, miskin dan ketinggalan.
Read More / Baca Lagi >>

Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba Di Perbodohkan .....

Posted: 12 Aug 2016 07:45 PM PDT

 Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba DiPerbodohkan
Kalau tak silap, baru ni ada Najib melancarkan sesuatu berkaitan dengan pendidikan rakyat, begitu juga dengan program Permata Rosmah yang kekadang mucul dengan pujian2 yang diterima. Semuanya bagus kerana menampakkan kesungguhan di pihak kerajaan mahu meningkatkan taraf pendidikan negara.

Pendek kata - kerajaan mahu rakyat Malaysia supaya lebih cerdik.

TAPI kenapa bila saja isu 1MDB timbul, keadaan sebaliknya pula yang berlaku iaitu kerajaan dilihat bersungguh2 mahu rakyat Malaysia jadi bodoh ?

Tak matching beb .... rakyat dididik supaya lebih cerdik. Bila rakyat semakin cerdik dan makin bijak menggunakan akal, mereka melihat dengan jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB ..... itu rumusan bilamana rakyat semakin bijak menggunakan akal, tapi kerajaan pula dilihat berusaha memperbodohkan rakyat.

Sepatutnya kerajaan yang lebih di depan, menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan yang bijak menangani isu2 seperti 1MDB.

Sudah terlalu banyak contoh2 kenyataan2 bengong yang dikeluarkan oleh pemimpin2 kita sejak akhir2 ini yang menunjukkan kepimpinan kerajaan sudah jauh ketinggalan dibelakang rakyat dalam konteks kebijaksanaan dalam menggunakan akal.

Saya ambil beberapa contoh yang baru -


Huh ? Mamat ni cakap apa ?

OKlah, Rakyat tidak bodoh  ok. Nyatakan dengan jelas bahawa MO1 itu adalah Najib.  Tak perlu nak berbelit2 lidah bermain dengan ayat2 'macam dia tapi bukan dia'.

Serius beb, anda kelihatan macam badut di mata rakyat bila anda cuba bermain dengan cara ' macam dia tapi bukan dia' !

Semua bukti2 yang ada dalam dokumen DOJ begitu jelas menunjukkan bahawa MO1 itu adalah Najib. So .... just say it lah. Ni dah berminggu2 duk bermain isu Siapa MO1? .... BODOHNYALAH !

Bab samada Najib terlibat atau tidak akan disentuh kejap lagi


Rakyat sepakat tidak berbelah bahagi dan langsung tidak ada pertikaian mengatakan MO1 itu adalah Najib. Tapi pemimpin2 Umno pula yang sengaja beri gambaran kononnya identiti MO1 itu satu misteri ..... memanglah MO1 itu satu misteri kepada orang2 yang tidak pandai menggunakan akal !

Yang bijak menggunakan akal hasil usaha kerajaan sendiri dah lama nampak dengan jelas siapa MO1.



Huh ? Tingkat kebodohan kepimpinan Umno naik 3 takuk lagi ..... Ni semua berakar umbi dari point utama yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 Umno dalam menangani isu DOJ iaitu - Gambarkan tindakan DOJ sebagai satu campurtangan asing.

Ingat lagi tahun lepas, waktu2nya lebihkurang sekarang iaitu ketika bahagian2 Umno memulakan sesi sidang mereka. Ketika itu isu RM2.6 bil begitu panas dan pemimpin2 Umno perlu mencari satu alasan yang boleh disogokkan ke dalam kepala otak para perwakilan mesyuarat bahagian2  .... Selepas berbincang, mereka sepakat menggunakan alasan Derma Islam.

Biasalah, orang Melayu ni sensitif sikit bab ugama. Apasaja berkaitan dengan Islam, kita agak lebih mudah menerima biarpun tidak masuk akal.

Maka keluarlah pelbagai alasan ... menentang ISIS la ( padahal ISIS tak wujud lagi waktu derma diterima ), menentang pengaruh Ikhwanul Muslimin yang di bawa oleh PAS la ( sekarang tak disebut dah sebab Umno cuba menagih simpati Pas ) ... pokoknya, gunakan alasan Derma Islam supaya isu RM2.6 bilion itu dapat diterima oleh ahli2 Umno.

Itu tahun lepas ..... tahun ini sempena menjelangnya mesyuarat bahagian2 Umno, maka sekali lagi pemimpin2 Umno berkumpul dan mencari satu lagi alasan untuk disogokkan ke dalam kerongkong ahli2 parti dalam menangani tindakan DOJ.

Dan mereka sepakat menggunakan line ini - Beri gambaran tindakan DOJ itu sebagai satu campurtangan asing.

Bijak .... secara tak langsung, jika ahli2 Umno terima tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing, dengan sendirinya mereka akan menolak semua dakwaan itu sebagai fitnah terhadap kepimpinan Melayu Islam yang diterajui oleh Umno Najib.

Oklah, saya tarik balik.... pemimpin2 Umno dan kerajaan bukan bodoh, Mereka bijak sebenarnya. Tapi kebijakan mereka digunakan untuk memperbodohkan rakyat terutamanya ahli2 Umno.

Untuk menjawab dakwaan 'campurtangan asing' perlukan satu lagi artikel tapi secara ringkasnya apa yang boleh saya jawab adalah -

1 - DOJ tidak sentuh pun 1MDB atau negara kita. DOJ hanya mahu dakwa mereka yang telah merompak wang 1MDB dan membelanjakan hasil rompakan itu di negara Amerika. DOJ tidak mahu negara Amerika dijadikan tempat lambakan hasil rompakan pencuri2 dunia. Sebab itu kesemua aset2 yang disenaraikan oleh DOJ adalah aset2 yang berada di negara Amerika saja.

DOJ tidak sentuh langsung aset negara Malaysia malahan DOJ akan kembalikan harta rompakan yang dirampas itu kepada tuanpunya iaitu rakyat Malaysia !

2 - DOJ kata 4 orang yang dinamakan itu merompak duit 1MDB sedangkan 1MDB kata tidak ada duitnya yang dirompak.

1MDB kata 1MDB dah bayar kepada pihak2 yang sepatutnya terima duit, dan apa yang berlaku kepada duit itu selepas dibayar bukan lagi masalah 1MDB. Maknanya, kalau duit itu dicuri dari Aabar BVI, maka itu masalah Aabar BVI lah.

Kelakarnya AG boleh pula kata dia nak ke Amerika semasa prosiding kes sebab pihak Amerika nak bagi duit ( pulangkan hasil rampasan ) .... pulak ? Mana satu ni ?

Read More / Baca Lagi >>

Bersatu adalah kacukan Umno-Pas...

Posted: 12 Aug 2016 07:41 PM PDT


Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Walaupun asas perjuangan Bersatu hampir sama dengan Umno, namun parti itu diyakini mampu meraih sokongan ramai.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, ini kerana keahlian parti itu bukan hanya dibuka kepada Bumiputera, malah bukan Bumiputera sebagai ahli bersekutu.
"Parti Bersatu ini boleh diibarat seperti kacukan Umno dan Pas. Umno buka keahlian kepada Bumiputera sahaja.
"Manakala Pas buka untuk warganegara dan beragama Islam serta keahlian bersekutu untuk ahli bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. Mungkin mereka (Bersatu) melihat kepada skop lebih besar iaitu mendapatkan lebih banyak sokongan bagi menghadapi Umno," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berpendapat, cita-cita Bersatu mewujudkan situasi di mana ahli Umno keluar beramai-ramai.
"Dasar perjuangan parti hampir sama dengan Umno. Strategi mereka dapatkan sokongan ahli Umno dan orang Melayu yang tidak mempunyai parti," katanya.
Jelasnya, kekuatan sebenar Bersatu perlu dinilai menerusi penerimaan rakyat dan keyakinan terhadap parti itu.
"Maksudnya, bagaimana mereka boleh buktikan kewujudan mereka mampu membawa perubahan kepada landskap politik negara.
"Pada tahap awal ini sokongan itu bergantung pada personaliti pemimpin dalam Bersatu," katanya.
Ditanya kekangan yang bakal dilalui Bersatu, Mohd Fuad berkata, isu pembahagian kerusi pada PRU bakal menjadi masalah utama kepada parti pembangkang berasaskan kaum seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas.

Johari gesa penyokong Mukhriz keluar Umno

Posted: 12 Aug 2016 07:34 PM PDT

Kerana penyokong bekas menteri besar itu ibarat gunting dalam lipatan, kata timbalan menteri itu
Mohd-Johari-Baharom_Mukhriz_umno_600
JITRA: Anggota UMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam UMNO, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.
"Sebelum ini ramai yang keluar UMNO apabila menyokong kepimpinan UMNO yang keluar parti dengan menubuhkan parti baharu seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada UMNO.
"UMNO merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota UMNO kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan," katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini semalam.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata UMNO tidak menghalang anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Johari berkata ini kerana sekiranya anggota parti yang menyokong Mukhriz dihalang daripada keluar parti berkemungkinan mereka ini akan menjadi duri dalam daging yang mana mereka akan menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan UMNO.
Beliau berkata UMNO tidak mahu mereka terbabit menjadi ejen kepada parti lain yang akan merosak dan memporak-perandakan keharmonian sesama anggota dan kepimpinan parti.
Katanya krisis yang berlaku dalam parti itu tidak mematahkan semangat perjuangan anggota parti yang ditunjangi Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita mesti patuh kepada pemimpin yang dilantik… sama seperti kita mempertahankan Tun Mahathir suatu ketika dahulu ketika UMNO dilanda krisis besar sehingga beliau (Tun M) menjadi Perdana Menteri selama 30 tahun," katanya.
Ujarnya anggota UMNO boleh melupakan pemimpin yang lepas (Mukhriz) dan memberi fokus dalam mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Nak Bersatu, Teruskanlah, Tiada Siapa Yang Larang!

Posted: 12 Aug 2016 07:32 PM PDT

Apa salah Pas, Umno bersatu

"Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).

Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.


"Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.

"Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.

"Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.

"Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan," ujarnya.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.

"Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.

"Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.

"Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.

"Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.

"Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.

"Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan," katanya. Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.

 Siapa pulak yang halang PAS-UMNO untuk bersatu? Malah kita amat mengalu-alukan tindakan PAS untuk bersatu dengan UMNO bukan sahaja dalam isu RU355 malah, bersatu terus pun tak mengapa seperti yang diwarwarkan oleh Presiden PAS dahulu dengan gagasan Kerajaan perpaduan (Unity Governement).

Read More / Baca Lagi >>

312 HARI BERLALU !!..

Posted: 12 Aug 2016 07:20 PM PDT

6 Okt. 2015:
Raja-raja Melayu titahkan peringatan menegaskan agar Kerajaan selesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB.

TETAPI..
- Switzerland, Abu Dhabi, Singapura, USA dah bertindak.
- 3 negara, USA, S'pore & Switzerland dah mula sita aset yg berkait 1MDB.

- Malaysia ??.. LEMBAB NAK MAMPUS !!

Anda Sendiri Tahu Jawapannya....!!!

Posted: 12 Aug 2016 07:18 PM PDT

Ketika... 1MDB skandal kewangan TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA terpalit pada Najib sampai kemuncaknya, TIBA-TIBA wajah2 Peguam Negara, Gabenor BNM & Pengerusi PAC pantas berubah wajah... KENAPA ??!!!

Ketika... di peringkat antarabangsa MAS (S'pura), DoJ (US), AG Swiss dan AG Luxemborg sdg sibuk siasat kes 1MDB tapi di Malaysia dgn cepat dan mudah tutup kes 1MDB... KENAPA ??!!!

Perhimpunan Tangkap MO1 tidak ada permit - Amar Singh

Posted: 12 Aug 2016 07:03 PM PDT

Sekumpulan Gabungan Mahasiswa yang mahu menganjurkan Perhimpunan Tangkap Malaysian Officials No 1 (MO1) pada 27 Ogos ini diingatkan supaya melupakan hasrat mereka.
Amaran itu diberikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh selepas mendapati gabungan mahasiswa itu masih belum mengemukakan sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkannya di Dataran Merdeka.
"Saya sedia maklum bahawa pada 1 Ogos lalu, kumpulan gabungan mahasiswa mengumumkan mahu mengadakan Himpunan menangkap Malaysian Officials No 1 secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini.
"Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah wajib menyerahkan notis 10 hari sebelum program itu dijalankan sebagai mendapat kelulusan polis.
"Namun sehingga hari ini mereka masih belum kemukakan sebarang notis berkaitan, maka polis akan bertindak ke atas mana-mana pihak atau individu yang berhimpun," katanya pada sidang media di sini petang tadi.
Walaupun dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan memberi kebebasan berhimpun bersuara dibenarkan kepada semua warganegara dan tidak bersenjata tetapi ia ada had, kata Amar Singh.
"Maka kita tertakluk kepada Klausa 2B Perlembagaan yang mana Parlimen boleh mengehadkan kebebasan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Jadi saya ingin menegaskan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berhimpun secara melanggari undang-undang APA 2012 nanti, kita tidak akan berkompromi dalam soal menjamin ketenteraman awam," ujarnya lagi.

Orang sekarang pandai lesap duit parti, kata Akhbar Satar

Posted: 12 Aug 2016 06:40 PM PDT

Sistem urus derma politik Eropah juga boleh ditipu jika diurus orang tanpa integriti, tegas presiden Transparency International Malaysia
akhbar-satar_duit-parti_600
PETALING JAYA: Dana parti terdedah kepada penyelewengan kerana di negara ini kebanyakan derma politik dimasukkan ke akaun persendirian, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M).
Malah sistem pengurusan derma politik jika diperbaiki atau diubah tidak membantu sekiranya ia dikendalikan orang yang tidak berintegriti, tegas Datuk Akhbar Satar.
"Orang sekarang ini kreatif. Pandai tipu sana, bohong sini, dia ada cara dia," kata Akhbar ketika dihubungi FMT. "Apa pun cara Umno dahulu atau import sistem dari Eropah kalau orang yang mengendali itu tak berintegriti tak berguna juga."
Beliau mengulas nukilan Tun Musa Hitam dalam bukunya 'Frankly Speaking' yang menceritakan amalan urus derma politik pada zamannya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersara daripada Umno pada 1987.
"Zaman itu, ketirisan dan salah guna dapat dielakkan," tulis Musa. "Malangnya, prosedur sedemikian tidak lagi menjadi amalan biasa pada hari ini."
Menurut Musa, bekas TPM Tun Dr Ismail Abdul Rahman ketika menguruskan wang parti menetapkan setiap sumbangan kepada Umno mesti diisytiharkan, direkodkan dan tidak boleh diterima secara peribadi.
"Tak ada orang di Malaysia yang nak bagi dana politik tak berharap sesuatu," kata Akhbar mengulas syarat ketat yang dinyatakan Musa itu.
"Di luar negara apa yang parti politik buat adalah isytihar sumbangan secara dalam talian. Yang pertama, mereka lebih telus. Yang kedua, dana tak diseleweng. Itu yang terbaik," tegasnya.
Menurut Akhbar, menangani penyelewengan derma untuk parti tidak semestinya perlu sistem pengurusan dana yang kompleks.
"Kita nak orang yang mengendali ada integriti. Selesai banyak masalah," ujarnya.

Anina: Umno tak perlu masuk campur urusan ROS

Posted: 12 Aug 2016 06:28 PM PDT

Umno tidak perlu campur tangan urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan berkaitan kelulusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin berkata, tindakan Umno yang mahu nama Bersatu dipertimbang semula tidak berasas.
Anina Saaduddin "Bersatu adalah kata nama dan banyak lagi NGO lain yang guna kata nama itu, contohnya Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Jadi, dari sudut mana yang mereka kata ia mengelirukan?
"Umno tidak perlu campur tangan, biarlah ROS buat keputusan urus tadbir mereka dengan bebas," katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ROS mempertimbangkan semula nama parti Bersatu dalam permohonan parti politik kerana dianggap bakal mengelirukan rakyat.
Anina berkata, Umno tidak perlu tergugat dengan Bersatu jika ia hanya parti nyamuk seperti dilabel pemimpin Umno sebelum ini.
"Mereka kata Bersatu parti nyamuk dan bakal terkubur tidak lama lagi. Mereka (Umno) perlu sedar, kami hanya serpihan mereka, jadi tak perlu rasa tergugat," katanya.
Katanya, Tengku Adnan seharusnya beri tumpuan kepada Umno dan hapuskan politik wang yang berleluasa di dalam parti itu.

Pakatan Harapan dakwa 30,173 pengundi di Perak dipindahkan tanpa menerima notis SPR

Posted: 12 Aug 2016 06:01 PM PDT


Datuk Seri Nizar JamaluddinDatuk Seri Nizar Jamaluddin
Pakatan Harapan setelah meminta bantuan dari badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 telah mendapati terdapat sejumlah 30,173 pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat dan pusat pengundi mereka tanpa menerima notis dari SPR.
Dalam satu kenyataan bersama Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin (Ketua Pembangkang Dun Perak), Nga Kor Ming (DAP), Senator Dr Muhammad Manuty(PKR) dan Haji Asmuni Awi(Amanah) semalam menyatakan setelah merujuk kepada penwartaan senarai pengundi-pengundi terbaru penggal suku kedua yang diwartakan oleh SPR pada 29/4/2016 didapati jumlah tersebut adalah jumlah paling besar jika dibanding dengan negeri-negeri yang lain.
"Seramai 118,784 orang seluruh negara telah mengalami nasib yang sama dengan Perak menjadi negeri yang mempunyai pindaan & hijrah jumlah pengundi yang paling tinggi seramai 30,173 orang atau sebanyak 25.4% dari jumlah tersebut," katanya.

Pakatan Harapan juga mendapati bahawa kawasan yang mengalami penghijrahan pengundi terbesar berlaku di 10 kerusi Marginal yang mampu menentukan keputusan PRU-14 di negeri ini. 10 kerusi DUN tersebut mengalami secara purata penghijrahan pengundi seramai 1,814 orang di setiap DUN, satu keadaan yang cukup luar biasa.
" Kami mendapati dalam 4 kerusi DUN, penghijrahan pengundi adalah lebih tinggi dari keputusan majoriti pada PRU-13 dan ini adalah satu perubahan yang amat terkejut.
Read More / Baca Lagi >>

Musa Hitam letak jawatan kerana didakwa cuba guling Dr M

Posted: 12 Aug 2016 04:59 PM PDT

Musa yang terkejut dan kecewa dengan tuduhan itu, sedar tidak mampu mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan lagi, jadi beliau memutuskan untuk meletak jawatan.

PETALING JAYA: Tun Musa Hitam meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau cuba menjatuhkan beliau dan kerajaan pimpinannya.
Malah, katanya, Dr Mahathir membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Musa yang tidak tahu orang dimaksudkan Dr Mahathir itu kemudiannya bersemuka dengan perdana menteri keempat terbabit untuk mendapatkan jawapan.
"Jawapan kejam beliau ialah 'awaklah'," tulisnya dalam buku terbaharunya bertajuk 'Frankly Speaking' yang dilancarkan Sultan Nazrin Shah, Rabu lalu.
Beliau yang terkejut dan kecewa dengan tuduhan itu, sedar tidak mampu mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan lagi.
"Saya buat keputusan untuk letak jawatan. Macam mana saya hendak kekal apabila beliau tidak lagi percaya saya?
"Bagaimana saya hendak jalankan tanggungjawab sebagai timbalannya apabila didakwa cuba 'membunuh' beliau dari segi politik?
"Bagaimana saya hendak terus bekerja dan sokong beliau apabila hubungan kami sudah capai tahap itu?" soalnya.
Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa mendakwa Dr Mahathir cuba memanipulasi kekecewaannya berhubung pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam kabinet sebagai alasan untuk peletakan jawatan mengejutnya.
Ku Li dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, walaupun tewas kepada Musa dalam pemilihan jawatan timbalan presiden Umno pada 1984.
Musa menjelaskan ia seolah-olah mustahil untuk Ku Li mengekalkan jawatannya dan diberikan kedudukan tinggi selepas kekalahannya itu.
Beliau turut menafikan peristiwa Memali pada 1985 yang menyaksikan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terkorban, selepas sebuah kumpulan ajaran sesat mengepung kampung di Kedah itu, adalah punca utama beliau meletak jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak ugut batal permit kerja jika Petronas tidak akur

Posted: 12 Aug 2016 04:58 PM PDT

Selain jumlah anak watan dalam operasi Petronas di Sarawak ditambah, Adenan juga mahu royalti minyak dinaikkan melebihi 5%.
Sarawak, Petronas, Adenan Satem, workers, retrench
KUCHING: Permit pekerja Petronas dari luar Sarawak akan dibatalkan, jika syarikat itu enggan menambah bilangan anak watan yang berkhidmat dalam operasi di negeri berkenaan.
Ketua menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pembekuan permit kerja yang dilaksanakan ketika ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kutipan royalti minyak dan gas di Sarawak.
Adenan yang pertama kali mengulas isu pemberhentian 13 pekerja Sarawak oleh Petronas, bertegas mahu jumlah anak watan dalam operasi syarikat itu di Sarawak ditambah.
"Kami sentiasa tekankan rakyat Sarawak perlu diberikan keutamaan. Langkah seterusnya ialah kami akan membatalkan permit kerja yang sudah dikeluarkan dan digantikan pekerja kami sendiri.
"Tetapi, kami akan lakukannya langkah demi langkah. Kami tidak akan buatnya sekaligus dan kami mahu royalti dinaikkan melebihi 5%," kata Adenan dalam rakaman ucapan yang diperolehi FMT, ketika beliau menghadiri satu majlis makan malam bersama pekerja Sarawak di Johor Bahru, malam ini.
Pegawai dari Petronas akan menemui Douglas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada Isnin bagi membincangkan isu pengambilan pekerja syarikat itu.
Pada 4 Ogos lalu, Kumpulan Suarah Petroleum (SPG) mengecam tindakan Petronas memansuhkan 29 jawatan tetap sehingga menyebabkan 13 anak tempatan berpengalaman diberhentikan.
Ia disusuli pembekuan permohonan permit kerja baharu untuk pekerja dari luar Sarawak yang berkuat kuasa serta-merta yang diumumkan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas pada Isnin lalu, bagi memastikan Petronas berlaku adil kepada anak watan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Bertam 307: K'jaan pusat digesa gazet sempadan laut

Posted: 12 Aug 2016 04:57 PM PDT

Isu perebutan telaga minyak Bertam tercetus kerana kerajaan Persekutuan tidak pernah menggazetkan sempadan laut antara negeri-negeri, kata pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Menurut Husam, isu yang sama juga pernah berlaku antara Kelantan dan Terengganu apabila berlakunya pertindihan telaga minyak dan gas di kedua negeri tersebut.
Kekeliruan itu boleh menyebabkan wang royalti atau wang ihsan disalah bayar terhadap negeri yang sepatutnya menerima wang tersebut, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
"Selain menentukan sempadan, penentuan sebenar rizab minyak di bawah laut juga perlu dilakukan supaya Terengganu tidak dirugikan dengan hasil royalti," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu telaga minyak Bertam yang menjadi pertikaian sama ada milik Terengganu atau Pahang.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, isu perebutan telaga minyak akan berterusan selagi sempadan laut negeri-negeri tidak ditentukan.
Sehubungan itu, katanya, bagi memaksa kerajaan Pusat mewartakan sempadan laut, negeri-negeri boleh memutuskannya semasa mesyuarat tahunan Majlis Tanah Negara yang akan diadakan pada Oktober depan.
"Kerajaan Terengganu yang berkepentingan secara langsung dalam isu ini sepatutnya mengambil langkah berkenaan. Jabatan Ukur dan Pemetaan wajib menentukan sempadan laut.
"Selepas sempadan laut ditentukan, dengan sendirinya telaga itu milik siapa, mudah untuk ditentukan. Lazimnya setiap negeri telah mempunyai asas untuk menentukan sempadan laut dengan negeri jiran," katanya lagi.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin pula memberitahu bahawa sehingga hari ini tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Petronas tentang status telaga minyak berkenaan.
Menurutnya, kekeliruan timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Bertam 307 milik Pahang dengan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun akan diperolehi negeri berkenaan hasil daripada telaga minyak tersebut.
"Badan perunding dari Sweden dah buat penilaian bahawa ia milik Terengganu. Tetapi yang peliknya (menteri besar Terengganu) Ahmad Razif (Abdul Rahman) pula menyatakan Bertam bukan hak Terengganu tetapi kerajaan Pusat.
"Kalau dia nak beri hujah sedemikian, dia perlu kukuhkan dengan beritahu ia berasaskan apa sehingga menjadi milik Pusat," ujarnya.
Isu Bertam 307 menjadi pertikaian selepas Najib mengumumkan telaga minyak itu milik Pahang pada 2012.
Selepas menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, Ahmad Razif dilaporkan tidak menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu dikatakan bukan milik kerajaan negeri dan ia dikendalikan oleh Petronas.
Sehingga kini, Ahmad Razif dilaporkan berkata bahawa pihaknya masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan dari telaga minyak terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ jumpa Najib, bincang hal politik dan semasa

Posted: 12 Aug 2016 04:55 PM PDT

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke Seri Perdana, Putrajaya dalam rangka pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Gambar pertemuan tersebut disiarkan di laman Facebook milik Johor Southern Tigers yang sering-kali menjadi platform untuk putera mahkota itu menyampaikan pesanannya.
Gambar itu dimuat naik dengan penyataan yang menyebut Tunku Ismail sebagai menyampaikan pandangan dan suara rakyat demi kemajuan negara.
"Dalam pertemuan tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor yang menerima jemputan jamuan petang di sana turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal politik dan perkara-perkara berkaitan isu-isu tanahair terkini.
"Pertemuan ini secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dalam menyampaikan pandangan dan suara rakyat demi kemajuan negara. Allah Peliharakan Sultan," kata kenyataan tersebut.
Perihal mesyuarat itu turut disiarkan di laman Facebook milik Najib.
Tidak seperti kerabat diraja lain yang cenderung untuk tidak menonjolkan diri, Tunku Ismail dilihat sering menyampaikan pandangan beliau walaupun berbentuk kritikan terhadap kerajaan Persekutuan.

Johari Baharom: Ahli yang sokong Mukhriz boleh keluar Umno

Posted: 12 Aug 2016 04:52 PM PDT

Anggota Umno yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.

Ketua Umno bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam Umno, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.

"Sebelum ini ramai yang keluar Umno apabila menyokong kepimpinan Umno yang keluar parti dengan menubuhkan parti baru seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada Umno.

"Umno merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota Umno kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan," katanya selepas perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu di Jitra semalam.

Beliau yang juga timbalan menteri pertahanan berkata Umno tidak menghalang anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baru yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Johari berkata ini kerana sekiranya anggota parti yang menyokong Mukhriz dihalang daripada keluar parti berkemungkinan mereka ini akan menjadi duri dalam daging yang mana mereka akan menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan Umno.

Beliau berkata Umno tidak mahu mereka terbabit menjadi ejen kepada parti lain yang akan merosak dan memporak-perandakan keharmonian sesama anggota dan kepimpinan parti.

Read More / Baca Lagi >>

Inilah yg buat UMNO TAKUT !!!!

Posted: 12 Aug 2016 04:48 PM PDT

Ku Nan 'terlondeh' dah gelabah, nak nyanyi lagu UMNO kena sebut nama 'BERSATU' dulu. HAHAHA....

KENAPA dalam byk2 parti kat Malaysia tak kira dlm BN mahupun pembangkang, HANYA UMNO SAJA YANG GELABAH !!!

ADAKAH UMNO TAKUT jika parti "BERSATU" bertanding dlm pilihanraya nanti pengundi2 pro Umno/BN terutamanya pada PAKCIK & MAKCIK FELDA akan fikir parti "BERSATU" itu juga parti dalam BN..

'Biar rakyat dengar Najib patahkan hujah Tun M satu demi satu' - Zaid

Posted: 12 Aug 2016 04:43 PM PDT

Wan Azizah: Beristiqamah dan jangan berputus asa dlm perjuangan

Posted: 12 Aug 2016 04:41 PM PDT

Saifuddun Abdullah: Anwar adalah ikon orang muda dan mahasiswa

Posted: 12 Aug 2016 04:40 PM PDT

Lim Kit Siang: Selamatkan Malaysia dari menjadi a Failed State

Posted: 12 Aug 2016 04:40 PM PDT

Tony Pua: Perompak tidak layak jadi pemimpin negara

Posted: 12 Aug 2016 04:39 PM PDT

Hanipah: Najib & Rosmah lah yg patut dipenjarakan, bukan Anwar

Posted: 12 Aug 2016 04:38 PM PDT

Comments (0)