Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Malaysia sedang merosot seperti Filipina dulu' - Musa Hitam

Posted: 11 Aug 2016 09:03 PM PDT

'Tanya budak 8 tahun pun boleh jawab siapa itu Malaysian Official 1' - Abdul Aziz

Posted: 11 Aug 2016 09:02 PM PDT

Noh terus tipu rakyat, Kerajaan Negeri umum peruntukan lebih awal

Posted: 11 Aug 2016 08:56 PM PDT

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dilihat berterusan menipu rakyat berhubung janji penyaluran peruntukan yang kononnya tidak dapat diberi selepas Kerajaan Negeri mengumumkan dalam Belanjawan 2015.
iskandar01Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad menyifatkan tidak sepatut Noh berdolak dalik sebagai seorang menteri, bahkan adalah lebih baik beliau mengakui kesilapan dan tidak terlalu ghairah bermain politik.

"Dakwaan Noh ini tidak tepat kerana peruntukan untuk PPR terkandung di dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2015 (Anggaran Perbelanjaan Negeri Selangor Tahun 2015).
"Anggaran perbelanjaan ini dibentangkan kepada Sidang Dewan Negeri Selangor pada November 2014. Sebelum Noh membuat janji," katanya menerusi aplikasi whatsapp.
Noh sebelum ini mendakwa, beliau tidak menunaikan janji untuk menurunkan peruntukan RM1.8 juta kepada PPR Kota Damansara kerana Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan khas untuk PPR itu selepas beliau membuat janji terbabit.
photo 1(62)Iskandar berkata, tindakan Noh itu seolah-olah Kerajaan Negeri hanya bertindak selepas Noh membuat pengumuman.
"Sebagai seorang Menteri Persekutuan, beliau tidak sepatutnya berdolak-dalik. Beliau perlu mengakui kesilapan dan inilah akibat terlalu ghairah bermain politik.
"Sekali lagi, saya menggesa beliau bersikap seperti seorang negarawan bukan seperti seorang ketua cawangan," katanya.
Sebelum ini, Noh menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara.
"Bukan kita tidak tunai janji. Soalnya kenapa mereka (Kerajaan Negeri) tidak umum (peruntukan) lebih awal," katanya.

Doktor didakwa sebabkan kematian menantu Zahid

Posted: 11 Aug 2016 08:23 PM PDT

Jika sabit kesalahan, Dr Ting Teck Chin boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Syed-Alman2
KUALA LUMPUR: Seorang pakar sakit puan hari ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jun lalu.
Dr Ting Teck Chin didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 204(b) Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi, 44, di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Bangsar.
Jika sabit kesalahan, Dr Ting boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Hakim Zainal L Saleh menetapkan wang jaminan pada RM20,000, dan mahkamah akan bersidang lagi pada Oktober 17.
Dr Ting diwakili K Kumaraendran and Dev Kumaraendran.
Syed Alman, ketika menerima rawatan di klinik swasta itu, dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau merupakan graduan teknologi maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ketua Pegawai Eksekutif iGEN Technology (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat vendor perisian bebas.
Syed Alman meninggalkan meninggalkan isteri, anak sulung Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak.

Ideas: Uber baik untuk pengguna dan pemandu teksi

Posted: 11 Aug 2016 08:19 PM PDT

Syed Hamid Albar harus dipuji atas usahanya yang menguntungkan pengguna, kata badan pemikir itu.
Wan-Saiful-Wan_uber_grab_teksi_600
PETALING JAYA: Keputusan membenarkan Uber dan Grabcar beroperasi bukan sahaja menguntungkan pengguna tetapi juga memberi kebaikan kepada pemandu teksi, kata badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Ketua Pengarahnya Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan Kabinet itu bijak bagi memastikan pengguna memperoleh perkhidmatan murah dan berkesan.
"Pengiktirafan ini penting bagi memastikan persaingan secara sihat dan adil buat penyedia perkhidmatan," katanya.
Putrajaya membenarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengawal konsep e-teksi menjelang akhir tahun ini, dilihat sebagai jalan perkhidmatan Uber dan Grab menjadi sah di sisi undang-undang.
Sebelum itu, SPAD membentangkan 11 inisiatif kepada mesyuarat Kabinety Rabu lalu, mengenai perkhidmatan teksi dan perkongsian perjalanan.
Ia termasuk menyusun semula industri teksi konvensional dan meluaskan perkhidmatan pengangkutan dengan menghalalkan perkhidmatan Uber dan Grab, menurut harian tersebut.
Wan Saiful berkata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar harus dipuji atas usahanya.
Beliau mempersoalkan dakwaan keputusan itu memberi kesan negatif kepada pemandu teksi.
Sebaliknya, Wan Saiful berkata ia memberi dorongan untuk sistem teksi ketika ini menambah baik dan belajar daripada pesaing baharunya.
"Teksi sentiasa diperlukan dan dengan insentif yang sesuai saya yakin mereka mampu bersaing secara sihat," katanya.

Benarkah Muhyiddin pilihan Mahathir?

Posted: 11 Aug 2016 07:42 PM PDT

Benarkah Muhyiddin pilihan Mahathir?
KETIKA tulisan ini disiarkan, tidak pasti sama ada Tun Dr. Mahathir masih di IJN ataupun sudah pulang. Apa yang hampir pasti ialah dia akan dapat kenderaan baharu untuk menggerakkan kempen menumbang Najib – Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama pendeknya,  Bersatu.
Saya yakin, meskipun dilantik pengerusi parti itu, Dr. Mahathir tidak akan bertanding pada PRU14, jauh sekali untuk kembali ke Sri Perdana. Apa yang jadi matlamatnya adalah menggantikan PM Najib dengan pemimpin lain. Najib pada pandangannya sudah melakukan banyak kerosakan dan tidak boleh dibiarkan.
Ketika memilih Pak Lah untuk menggantikannya, Dr. Mahathir sebenarnya lebih berminat kepada Najib. Pada masa itu, hubungan Najib – Pak Lah tidak begitu jernih dan dikatakan, Dr. Mahathir terpaksa mendapatkan jaminan Pak Lah untuk memastikan Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila dia (Pak Lah) dinamakan sebagai Perdana Menteri. Tujuannya adalah supaya selepas Pak Lah, Najib yang akan naik.
Mahathir bukan jenis lupa jasa orang kepadanya. Ada cerita, Tun Razak berpesan kepada birasnya, Tun Hussein Onn supaya melantik Dr. Mahathir jadi timbalannya setelah dia (Hussein) dilantik Perdana Menteri. Jika cerita ini benar, ia adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.
Hussein memang tidak menggemari Mahathir sejak awal. Dia yang jadi Perdana Menteri selepas kematian mengejut Tun Razak di London akibat kanser pada 1976,  lebih mahukan Tun Ghazali Shafie yang dianggap antara orang Melayu paling pintar dan berpengetahuan (hingga dilantik menganggotai Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan) untuk jadi timbalannya.
Bagaimanapun Ghazali bukan Naib Presiden Umno. Mengikut tradisi dan berdasarkan senioriti, Hussein seharusnya melantik seorang daripada tiga naib presiden iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba atau  Dr. Mahathir sebagai timbalannya.
Kata dua
Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden Umno yang paling popular ketika itu. Dia mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti, diikuti Ghafar dan Dr. Mahathir.
Bagaimanapun menurut Sanusi Junid, Hussein tidak berkenan untuk melantik Ku Li barang kali disebabkan status bujangnya ketika itu manakala Ghafar pula kerana Ghafar menyokong Tunku Abdul Rahman ketika krisisnya dengan bapa Hussein, Onn Jaafar pada 1951.
Berikutan ura-ura Hussein mahu melantik Ghazali sebagai timbalannya, ketiga-tiga naib presiden itu menemuinya dan memberi kata dua: "Lantik salah seorang daripada kami ataupun kami bertiga akan boikot Kabinet!"
Lantaran itu, Hussein akhirnya memilih Dr. Mahathir meskipun Dr. Mahathir ketika itu adalah naib presiden yang ketiga dari segi kedudukan dalam parti yang berasaskan pungutan undi.  Yang membantu Hussein membuat keputusan itu ialah Abdul Kadir Yusuf, Menteri Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Abdul Kadir sahabat karib Hussein sejak sama-sama menuntut di London.
Perihal keruhnya hubungan Hussein – Dr. Mahathir berlarutan hinggalah Dr. Mahathir dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Tokoh wartawan, A.R. Kamaludin  yang juga anggota Exco Pemuda Umno ketika era Suhaimi Kamaruddin pernah menceritakan hal keluhan Dr. Mahathir mengenai hubungannya dengan Hussein.
Menurut Kamaludin, ketika dia bersama beberapa anggota Exco Pemuda Umno menunggu giliran untuk menghadap Perdana Menteri di pejabatnya, mereka terserempak dengan Dr. Mahathir yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Dia menyapa mereka.
Apabila diberitahu tujuan mereka adalah mahu menghadap Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata: "Lagi untung jadi Exco Pemuda daripada Timbalan Perdana Menteri. Saya dah dua minggu buat appointment nak jumpa PM, tak dapat-dapat lagi."
Pada penghujung pentadbirannya, Hussein dikatakan memanggil  Tengku Razaleigh. Hussein beritahu Ku Li dia mahu letak jawatan dan Ku Li dipilih untuk menggantikannya.
Memanglah tiada peruntukan dalam Perlembagaan hanya Timbalan Perdana Menteri  yang boleh menggantikan jika Perdana Menteri meletak jawatan namun secara tradisi, seharusnyalah begitu. Dr. Mahathir adalah Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno, juga Timbalan Pengerusi BN.
Ku Li bagaimanapun dikatakan menolak tawaran itu, Dia yakin masa untuknya (jadi Perdana Menteri) akan tiba jua memandangkan usianya yang jauh muda berbanding Dr. Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan RM90 juta kerana PAS masih pilihan profesional, kata Nik Abduh

Posted: 11 Aug 2016 07:25 PM PDT

PAS kini menjadi tarikan golongan ilmuwan 'pemegang ijazah tertinggi' walaupun ada pihak melabelnya parti 'tok lebai'.
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa ia terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertinggi parti itu menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Katanya, ia susulan kegagalan beberapa pihak menyerang parti itu dalam usaha melabelnya parti "tok lebai".
"Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan PAN sebagai bukti kebenaran hujah mereka," kata beliau menggunakan rujukan yang kerap digunakan media pro-Umno terhadap Amanah.
Amanah ditubuhkan September lalu oleh kumpulan profesional dalam PAS, beberapa bulan selepas perpecahan parti Islam itu kemenangan besar golongan konservatif yang dinaungi presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Haron Din.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Najib meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.
Nik Abduh berkata tuduhan itu merupakan sebahagian "projek besar membuang PAS daripada persada politik negara", sambil menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menganggap pemimpin PAS "termakan dedak" yang diberikan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak dapat sentuh atau lihat, mata wang Bitcoin semakin popular

Posted: 11 Aug 2016 06:17 PM PDT

Dengan lebih 3,000 pengguna wang digital itu di Malaysia, Bitcoin semakin diterima walaupun pernah disangsi Bank Negara disebabkan risiko penggunaannya.
bitcoin
KUALA LUMPUR: Mata wang digital, atau dikenali "cryptocurrency", masih istilah asing di kalangan masyarakat umum, namun ia berpotensi menjadi kaedah utama urus niaga masa depan.
Di Malaysia, nilai urusniaga mata wang digital seperti Bitcoin naik mendadak sejak tahun lalu, daripada RM130,000 pada Julai 2015 kepada RM730,000 setakat 16 Julai tahun ini.
"Walaupun mungkin masih disandarkan kepada sistem fiat sedia ada, mata wang kripto atau sekurang-kurangnya pembayaran digital adalah masa hadapan," kata pengasas Bitcoin Malaysia, Colbert Low.
"Dunia sedang dalam perubahan. Persoalannya sama ada anda dapat menyesuaikan diri atau tidak," katanya dalam wawancara bersama FMT.
Pengguna aktif yang juga pelopor Bitcoin tempatan Ragunathan Ramankrishnan berkata nilai Bitcoin yang jauh meningkat sejak mula diperkenalkan adalah bukti ia semakin mendapat tempat di seluruh dunia.
"Empat tahun lalu, satu bitcoin hanya berharga RM50. Hari ini nilainya kira-kira RM2,000," katanya kepada FMT.
Low dan Ragunathan merupakan perunding "cryptocurrency" dan antara pelopor fenomena Bitcoin di negara ini.
Bitcoin adalah aset digital dan sistem pembayaran yang diasaskan seorang individu misteri bernama Satoshi Nakamoto pada 2009.
Melawan teori biasa
Melalui kaedah ini, transaksi dijalankan secara terus antara individu tanpa melibatkan orang tengah iaitu bank, dan setiap transaksi direkodkan dalam sebuah lejar awam yang dinamakan "blockchain".
Menurut Low, Bitcoin dicipta atas semangat mengenepikan teori ekonomi dan sistem mata wang semasa.
"Mata wang konvensional perlu disandarkan kepada sesuatu. Dolar AS dahulu disandarkan kepada emas, kini wang fiat tidak disandarkan kepada apa-apa. Ada yang menganggapnya sebagai kertas tandas.
"Maka individu yang mencetuskan Bitcoin ini mahu mengenepikan sistem ini. Pada satu sisi ia adalah anarkis dan mendakap semangat 'anonymous' zaman sekarang," katanya.
Pemilik Bitcoin tidak perlu membawa wang tunai ke luar negara, sebaliknya boleh menukarkan bitcoin miliknya dengan mata wang di sana.
Ragunathan berkata, kini sudah banyak negara menggunakan mata wang digital untuk semua transaksi.
"Kerajaan Switzerland misalnya memberikan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu kepada sesiapa sahaja yang ingin meneroka atau membangunkan syarikat berkenaan Bitcoin di negara itu," katanya yang pernah memberi taklimat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung mata wang digital beberapa tahun lalu.
Namun, beliau mengakui Malaysia sendiri agak lambat untuk memutuskan pendirian berhubung perkara ini.
Perubahan sikap Bank Negara
Dua tahun lalu, BNM berkata Bitcoin tidak diiktiraf di negara ini dan mengingatkan semua pihak agar berwaspada dengan risiko penggunaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Elak kemelut ASB/ASN berulang ke atas skim syariah KWSP

Posted: 11 Aug 2016 06:14 PM PDT

Bagi umat Islam, soal hukum halal haram sememangnya dijadikan panduan yang sangat penting dalam hal kehidupan harian terutama mencari nafkah untuk makan minum seisi keluarga dan mengumpul dana menjelang hari tua.
Menyedari kehendak golongan tersebut, tumbuh bagaikan cendawan produk kewangan takaful yang cuba memikat umat Islam untuk membeli insurans dan membuat pelaburan yang patuh syariah demi memastikan pulangan yang diterima bebas daripada unsur-unsur haram mahupun meragukan.
Justeru, ketika Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pengenalan skim simpanan syariahnya, puluhan ribu termasuk yang bukan Islam menerpa pejabat agensi tersebut di seluruh negara sejak 8 Oktober yang lalu untuk menukar skim simpanan konvensional kepada syariah.
Bagi mereka yang belum berbuat demikian, peluang untuk menukar skim itu masih terbuka luas sehingga peruntukan dana RM100 bilion habis, berdasarkan konsep 'siapa cepat, dia dapat' atau sehingga tarikh tutup permohonan pada 23 Disember ini.
Diberitakan, ekoran sambutan memberangsangkan terhadap skim simpanan syariah itu, KWSP bercadang untuk menambah peruntukan dana antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun selepas ini.
Rasional cadangan pertambahan tersebut ialah sebahagian besar daripada para pencarumnya yang mencecah 14,550,355 orang dengan 6,794,604 merupakan ahli aktif setakat 31 Disember lalu, akan menukar kepada skim simpanan syariah itu.
Demi menghalalkan simpanan yang akan digunakan oleh sebahagian besar pencarum untuk kegunaan di hari tua kelak, terutama menampung kos perubatan, maka ramai yang memilih untuk tidak mencampurkan dana tersebut dengan punca-punca pendapatan yang mendatangkan keraguan, apatah lagi haram.
Simpanan syariah
Jika pencarum memilih simpanan syariah, Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran kepada Simpanan Syariah dikecualikan daripada penyucian dividen.
Menurut laman web KWSP, muzakarah khas jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Syariah.
"Bagaimanapun, sekiranya ada ahli yang ingin melakukan penyucian dividen secara individu, ahli boleh melakukannya dengan merujuk kepada garis panduan penyucian dividen yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)," kata laman web itu lagi.
Ramai di kalangan pencarum juga bertekad untuk menukar kepada skim simpanan syariah ini walaupun KWSP telah menegaskan bahawa kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum.
Berbanding dengan skim simpanan konvensional, semua caruman kepada skim sedia ada itu akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minima 2.5 peratus.
Dividen bagi akaun para pencarum dikira berdasarkan baki harian agregat.
KWSP membayar dividen pada kadar 6.4 peratus dengan jumlah bayaran dividen keseluruhan sebanyak RM38.24 bilion bagi tahun 2015, kurang sedikit berbanding kadar dividen 6.75 peratus pada 2014, yang tertinggi sejak 1999.
Jika dipuratakan selama 16 tahun mulai tahun 2000 hingga 2015, KWSP membayar dividen pada kadar 5.5 peratus setahun.
'Elak sumber haram'
Selain mengelak punca pendapatan dari sumber haram kepada pencarum beragama Islam, pengenalan skim simpanan syariah ini juga berjaya memartabatkan lagi nama Malaysia di persada sistem kewangan global sebagai peneraju kewangan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh plok nak campur adukkan yang HARAM & HALAL.. Itulah sebenar2 nya sifat hakiki Umno..

Posted: 11 Aug 2016 06:02 PM PDT

JANGAN LAWAN KATA PUAN HAJJAH.. sbb mereka ni dah tunaikan haji. Ilmu agama korang tak setanding dgn mereka ini.. Berdosa korang kalau lawan kata mereka..

HANYA 'AHLI SYURGA' saja yg sanggup rela BERSETONGKOL dgn mereka ini..

"TANPA UMNO BERKUASA Melayu akan terbangsat" -Najib Razak.

Posted: 11 Aug 2016 05:55 PM PDT

KENAPA pemimpin melayu Ameno begitu gigih pertahankan arak di Malaysia ??

SEBAB MEREKALAH.. Yang meluluskan lesen2 arak..

Inilah ajaran Islam yg berpaksikan Umno..

Posted: 11 Aug 2016 05:51 PM PDT

PATUTLER First Lady Of Malaysia (FLOM) mengenakan pakaian yang sesuai dengan majlis..

Bila masuk Tanah Suci Mekah.. tutup kepala.

Bila keluar saja dari Tanah Suci Mekah.. TERUS TERTANGGAL TUTUP KEPALA...

‘Apa salah Pas, Umno bersatu’ - Nik Abduh

Posted: 11 Aug 2016 05:47 PM PDT

"Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. 
Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.
"Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
"Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.
Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.
 "Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.
"Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan," ujarnya.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.
"Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana Umno urus derma politik era 70-an? Ini cerita Musa

Posted: 11 Aug 2016 05:35 PM PDT

Teliti sungguh Tun Dr Ismail dengan wang derma kepada Umno - setiap sen direkodkan supaya aliran wang masuk telus, kata bekas timbalan perdana menteri itu.

PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata Umno satu ketika dulu amat teliti dalam penerimaan derma politik sehinggakan penderma berasa tidak selesa ketika diberitahu tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Menulis dalam buku Frankly Speaking yang mengisahkan pengalaman sepanjang karier politiknya, Musa yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno pada awal 1970-an kerap berjumpa timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, yang terkenal dengan ketegasan menguruskan wang.
Katanya, sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan, Umno akan mengumumkan parti itu bersedia menerima sumbangan kewangan bagi membiayai kempennya.
"Peraturan asas Tun Ismail ialah setiap sumbangan, termasuk dari sektor swasta, mesti diisytiharkan dan tidak boleh diterima secara peribadi," kata Musa, yang menganggap dirinya seorang jahil dalam soal mendapatkan dana bagi parti, walaupun ketika itu menjawat timbalan menteri perdagangan dan industri di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein.
Katanya amalan itu diteruskan pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, perdana menteri ketiga menggantikan Razak.
"Malah, Tun Hussein Onn mungkin lebih teliti," tulis Musa.
"Zaman itu, ketirisan dan salah guna dapat dielakkan.
"Malangnya, prosedur sedemikian tidak lagi menjadi amalan biasa pada hari ini."
Musa pernah dibuang parti sebelum kembali semula ke dalam Umno di bawah pentadbiran Razak, yang dibantu timbalannya Ismail.
Ismail memegang jawatan nombor dua itu selama tiga tahun sebelum meninggal dunia pada 1973.
Menceritakan lanjut, Musa berkata setiap sumbangan diterima Umno mesti ada saksi yang mengesahkan jumlah yang diterima, sebagaimana dituntut Ismail yang amat teliti dengan setiap sen diterima parti.
"Selalunya saya yang menjadi saksi tersebut, dan kerap kali membawa masuk orang lain termasuk setiausaha politik saya, Shahrir," kata beliau merujuk Ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad.
Musa menceritakan bagaimana penderma yang berjumpa Ismail merasa tidak selesa dengan sikap lantangnya.
"Beliau akan bertanyakan mereka tujuan mereka berkunjung," tulis Musa.
Apabila diberitahu mereka ingin membantu Umno, Ismail akan menyoal lagi, "Dan mengapa kamu mahu memberikan sumbangan ini?"
Read More / Baca Lagi >>

Parti Bersatu tidak akan bertahan lama - MCA

Posted: 11 Aug 2016 05:12 PM PDT


Liow Tiong Lai
MCA membayangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan bertahan lama.
 
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, asas penubuhan parti itu jelas mewakili suara satu kaum iaitu bumiputera.
 
"Kami bincangkan perkara itu dalam mesyuarat Jawatakuasa Pusat MCA tadi dan apa yang kami lihat ia lebih ambil berat tentang pribumi (bumiputra sahaja), bukannya mewakili suara rakyat majmuk pelbagai kaum di negara ini.
 
"Kita akan lihat sejauh mana parti itu boleh bekerjasama dengan parti lain. Bersatu tidak boleh hidup lama," katanya dalam sidang media selepas melancarkan pertandingan Klip Video Dare to Dream' anjuran MCA di Wisma MCA Jalan Ampang di sini.
 
Tambah beliau, berbanding parti Bersatu, BN lebih relevan dalam perjuangan suara dan hak semua kaum sejak kemerdekaan.
 
"MCA masih merupakan parti menonjol dari segi kepimpinan yang sentiasa bekerjasama dengan parti UMNO, MIC, tanpa sebarang masalah.
 
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu Tiada Identiti Dan Dasar Perjuangan Jelas - Noh

Posted: 11 Aug 2016 05:03 PM PDT


SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai identiti dan dasar perjuangan yang jelas dalam membela nasib rakyat di negara ini khususnya golongan Bumiputera.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, sebaliknya menyifatkan parti itu didukung kumpulan individu yang kecewa dan ditubuhkan atas dasar kepentingan peribadi semata-mata.
"Kumpulan (yang menubuhkan Bersatu) ini berselindung di sebalik perjuangan membela kebajikan rakyat dan masyarakat Bumiputera yang kononnya gagal dilaksanakan Umno ketika ini.
"Jika mereka (parti baru itu) menyatakan Umno tidak membela kaum Bumiputera dan menyimpang daripada perjuangan asal, ini tidak benar sama sekali. Contohnya dalam kerajaan hari ini yang dipimpin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), soal memperkasakan Bumiputera diletakkan sebagai agenda nasional," katanya kepada pemberita.
Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditemui selepas pelepasan Kontinjen Majlis Belia Selangor (MBS) sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia (PSMKBM) 2016 di sini Khamis.
Turut hadir, Presiden MBS Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Umno Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lepas, menyerahkan permohonan bagi mendaftar parti baharu itu di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya.

Susulan itu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat dari Umno sebelum ini, dilaporkan berkata parti baharu itu berhasrat mengambil alih peranan dan perjuangan Umno yang didakwa semakin menyimpang daripada perjuangan asal, dan memperjuangkan kebajikan rakyat dan Bumiputera.Read More / Baca Lagi >>

Umno mula 'sabotaj' kami, kata parti Bersatu

Posted: 11 Aug 2016 05:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan Umno yang menghalang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk meluluskan nama parti serpihannya - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah merupakan satu bentuk permulaan tindakan  sabotaj-mensabotaj.

Setiausaha Penaja Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, tindakan sabotaj itu juga boleh dijadikan bukti bahawa Umno kini berada dalam keadaan gelabah selepas parti yang baru ditubuhkan ini telah mendapat sambutan diluar dugaan.

"Pihak Umno-pemimpin Umno selalu mengatakan bahawa parti Bersatu tidak akan beri saingan kepada mereka, tetapi apabila Umno nampak Bersatu dapat sambutan yang diluar dugaan, maka mereka akan cari alasan untuk melambat-lambatkan kelulusan parti ini daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

"Jadi ini adalah satu cubaan untuk sabotaj parti kami. Sebenarnya Bersatu ini tak boleh dijadikan sebagai alasan terkandung dalam lagu Umno. Ia tak ada kena mengena pun. Adakah kerana benda seremeh itu kita terpaksa mengorbankan nama parti hanya mahu ikut Umno punya kehendak.

"Saya juga nampak Umno sekarang ini sedang mengelabah degan apa yang berlaku. Umno sudah sedar bahawa mereka ini tidak lagi mendapat kepercaan dari orang Melayu."

Katanya kepada Berita Daily ketika diminta mengulas kenyataan daripada Setiausa Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini yang mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan penggunaan nama parti baru iaitu (Bersatu) disebabkan ianya sering diguna pakai oleh orang ramai dan sekaligus akan mengelirukan masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Idris Haron: Tidak ada parti boleh tiru, ganti Umno

Posted: 11 Aug 2016 04:42 PM PDT

Tiada parti yang boleh meniru atau menggantikan Umno sebagai sebuah parti yang telah dan terus memperjuangkan kesejahteraan rakyat di negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata sejak ditubuhkan pada 1946, Ummo melalui proses kematangan sungguh hebat, terutama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan proses itu tidak boleh ditiru mana-mana parti yang baru ditubuhkan.

"Menubuhkan parti memiliki ciri-ciri seperti Umno, dari segi warna hinggalah kepada nama dan pendiriannya, adalah sia-sia sahaja kerana parti seperti itu tidak akan dapat bertahan diuji masa, apatah lagi untuk menggantikan Umno.

"Umno kuat disebabkan pengalaman dilaluinya, membentuk sebuah parti yang mempunyai rupa seperti Umno kerana kecewa atau berniat tidak baik, tidak akan memberi manfaat kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco semalam.

Idris berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan sebuah parti dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 9 Ogos lepas.

Parti Bersatu mustahil ambil peranan Umno, kata penganalisis

Posted: 11 Aug 2016 04:35 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin  (dua dari kanan) sudahpun mendaftarkan permohonan menubuhkan parti Bersatu pada 9 Ogos lalu.Tan Sri Muhyiddin (dua dari kanan) sudahpun mendaftarkan permohonan menubuhkan parti Bersatu pada 9 Ogos lalu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) bukan sahaja mustahil untuk mengambil alih peranan dan perjuangan Umno, malah ia akan terkubur selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata tahap kesediaan parti serpihan Umno itu untuk membela nasib rakyat masih menjadi tanda tanya sedangkan Umno telah mempunyai rekod sedemikian yang cemerlang.
"Memandangkan ia parti baharu, saya tidak yakin mereka boleh ambil alih (peranan) Umno dengan sekelip mata sahaja memandangkan pilihan raya tinggal lebih kurang 700 hari sahaja lagi.
"Malahan Umno mempunyai pengikut tegarnya sendiri yang setia dan tidak rela meninggalkan Umno untuk parti baharu yang dibina atas dasar kekecewaan dan balas dendam itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam laporan akhbar hari ini yang mendakwa parti itu berazam mengambil alih peranan dan perjuangan Umno.
Abdul Halim SidekAbdul Halim SidekAbdul Halim berkata parti itu hanya muncul menjelang PRU ke-14 dan akan terkubur selepas pilihan raya nanti, seperti yang terjadi pada parti serpihan lain sebelum ini yang telah lenyap, antaranya parti Semangat 46.
Berbeza dengan Umno yang telah berusia 70 tahun, ia mempunyai rekod cemerlang apabila terus kukuh dan mengutamakan perjuangan membela nasib rakyat walaupun beberapa kali menghadapi pertelingkahan dan salah faham antara pemimpinnya.
"Biasalah jika berlaku pertelingkahan, tetapi 'track record' Umno telah membuktikan ia adalah satu parti yang malar segar merentasi zaman. Jika dibandingkan dengan parti yang tidak sampai berapa hari ditubuhkan itu, mereka tidak boleh meyakinkan mampu memberi apa yang digembar-gemburkan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata sekiranya Parti Pribumi ingin mengambil alih peranan dan tujuan Umno, maka mereka perlu mengorak langkah dari sekarang dalam merekrut anggota seramai mungkin.
"Namun situasi sekarang ini masih belum nampak isyarat dan tanda-tanda yang parti itu mampu untuk ambil alih peranan Umno. Juga, belum ada tanda-tanda penghijrahan secara besar-besaran oleh anggota UMNO untuk bersama parti itu.
"Apakah anggota Umno bersedia menukar parti, itu masih lagi menjadi persoalan besar," kata Mohamed Mustafa.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Tanpa tadbir urus baik, Malaysia akan hancur

Posted: 11 Aug 2016 08:15 AM PDT

Ramon menyarankan perdana menteri mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkaitan ekstremisme serta rasuah bertambah serius dan menghancurkan negara.
ramon-malaysia
PETALING JAYA: Tanpa tadbir urus yang baik, tidak mustahil sesebuah negara itu akan mengalami kemerosotan dan berakhir seperti Filipina, termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, Pengarah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, perdana menteri perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkaitan ekstremisme serta rasuah bertambah serius dan menghancurkan negara.
"Kalau mencegah ini semua, kita boleh maju.
"Mana-mana negara kalau tak ambil tindakan seperti tadbir urus yang baik…United Kingdom dan Amerika Syarikat pun boleh (jadi) teruk, bukan Filipina dan Malaysia sahaja," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilaporkan berkata, Malaysia sedang mengalami kemerosotan dan boleh berakhir seperti Filipina.
Musa berkata, sejak kerajaan berdepan skandal mega, perkara lain seperti kejadian tembakan pada waktu siang tidak ditangani dengan baik, sehingga menyebabkan rakyat kini biasa dengan situasi itu, seperti keadaan di Filipina pada zaman dahulu, di mana rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.
Katanya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini dijadikan alat oleh anaknya, Najib bagi meraih undi Melayu luar bandar dan bimbang nasib Felda akan menimpa Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz untuk membantu umat Islam menunaikan haji.
Mengulas lanjut, Ramon berkata, masalah rasuah juga semakin serius berbanding dahulu.
"Ada yang dapat kontrak daripada kroni dan kronisme bertambah serius. Ini yang perlu dicegah," katanya.

PARTI BERSATU SUKAR DILULUSKAN?

Posted: 11 Aug 2016 07:01 AM PDT

Kemungkinan kelulusan pendaftaran parti BERSATU akan melalui jalan sukar  adalah hakikat yang barangkali harus diterima oleh Tun Mahathir Mohamad yang mengharapkan melalui parti baru itu dapat menyingkirkan Najib Razak melalui pilihanraya umum akan datang.

Sekurang-kurangnya dua alasan bakal menjadi halangan parti itu daripada diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan:-

- Logonya yang menggunakan bunga raya sebagai logo rasmi. Bunga raya adalah bunga kebangsaan dan penggunaannya mungkin tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan ke atas mana-mana parti politik, lebih-lebih lagi yang jelas bersifat untuk menumbangkan UMNO dan menyingkirkan Perdana Menteri.

- Penggunaan singkatan perkataan BERSATU kepada nama penuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 
Walaupun Tengku Adnan Tengku Mansor mengemukakan bantahan terhadap penggunaan perkataan "bersatu"  itu atas alasan ia perkataan yang sering digunakan umum dan mungkin mengelirukan orangramai, sebab sebenar ialah kerana lagu rasmi UMNO sendiri banyak menggunakan perkataan "bersatu", selain slogan UMNO pula ialah "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat".

Jika parti BERSATU diluluskan, ia tentunya bakal menjadi cabaran kepada UMNO kerana setiap kali ahli-ahlinya menyanyikan lagu UMNO, mereka secara tidak langsung sedang mempromosikan parti baru tersebut.

Ia juga membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya Najib Razak sentiasa keberatan untuk membuka mulut bagi sama-sama menyanyi ketika lagu itu didendangkan.

Dengan itu, sesuai dengan bantahan yang dikemukakan oleh Ku Nan, pemimpin nombor tiga paling berkuasa dalam UMNO itu, kebarangkaliannya adalah tinggi bahawa pendaftaran BERSATU tidak akan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bersandarkan dua alasan tersebut..

Ia dalam masa yang sama akan memaksa jawatankuasa penaja BERSATU untuk menukar logo bunga raya itu dan memilih singkatan perkataan lain selain daripada BERSATU. 

Penggunaan perkataan "bersatu"  untuk nama parti mungkin tidak menjadi masalah kerana UMNO sendiri bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan PBS pula adalah singkatan Parti Bersatu Sabah, tetapi penggunaan nama BERSATU sebagai nama sebutan harian sesebuah parti yang merupakan saingan UMNO dan tujuannya pula ingin menyingkirkan Najib, sudah tentu hampir mustahil untuk dibenarkan.

Barangkali, selain menukar logo bunga rayanya itu, jika singkatan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga ditukar kepada PPBM misalnya, maka ketika ini sedang tersenyum simpullah sekalian pimpinan UMNO terhadap parti baru itu.

Parti baharu Dr Mahathir buat Umno panik

Posted: 11 Aug 2016 06:18 AM PDT

Peguam Haniff Khatri Abdulla juga berharap Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak akan menyahut gesaan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang melarang parti itu menggunakan nama Bersatu.
umno
PETALING JAYA: Umno kini "panik" dengan ancaman daripada parti baharu yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata peguam Haniff Khatri Abdulla.
Haniff yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata sebelum ini, pemimpin Umno seperti wakil rakyat Tan Sri Shahrir Samad dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak idea penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.
Pemimpin Umno terbabit sebelum ini berkata parti baharu itu tidak akan menjejaskan apa-apa kerana ia tidak bersaing dengan Umno.
Bagaimanapun, Haniff berkata apabila Bersatu menghantar permohonannya untuk didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Selasa lalu, Umno nampaknya risau.
"Ia mahu menuntut hak eksklusif terhadap perkataan 'Bersatu'," katanya menerusi Facebook hari ini, sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini.
Pada sidang media hari ini, Tengku Adnan menggesa RoS supaya tidak meluluskan akronim 'Bersatu' yang digunakan parti itu, mendakwa perkataan itu akan mengelirukan kerana ia biasa digunakan dan muncul dalam banyak slogan seperti Bersatu Bersetia Berkhidmat" dan "Bersatu Malaysia Maju".
Haniff, yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata Umno fikir perkataan 'Bersatu' milik mereka.
"Kami percaya alasan lemah yang diberikan Tengku Adnan tidak akan dilayan RoS," katanya.
Haniff berkata Umno kini bimbang sehingga terpaksa "merayu" RoS supaya tidak meluluskan nama itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li ikrar setia bersama Umno

Posted: 11 Aug 2016 06:16 AM PDT

Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
ku-li-umno
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tekad untuk setia bersama Umno sekiranya ditawarkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya ahli Umno, dan saya tidak nampak apa-apa salah dalam parti itu dan jika terdapat apa-apa yang salah dalam parti, saya akan memberi cadangan, pendapat dalam parti.
"Saya menerima semuanya di dalam parti," katanya kepada pemberita selepas membuka Pameran Perdagangan dan Khidmat Berkaitan untuk Artifak Asia di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Kumpulan Asian Heritage Museum Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Mukhriz.
Tengku Razaleigh berkata penubuhan parti baharu itu akan menemui jalan sukar kerana ia membabitkan parti pembangkang yang kini jelas sedang berpecah-belah.
Kira-kira 50 artifak dari beberapa negara termasuk China dipamerkan bermula hari ini sehingga 14 Ogos di Muzium Warisan Seni, Universiti Malaya.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan permohonan pendaftaran parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya Selasa lepas.

'Jawatan menteri hal ehwal parlimen patut dimansuhkan'

Posted: 11 Aug 2016 06:08 AM PDT

Jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal parlimen patut dimansuhkan, kata seorang peguam dalam sebuah forum hari ini.
Nizam Bashir - yang membentangkan kertas kerja bagi pihak bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu menggunakan majoriti di dewan rakyat untuk membuat pembaharuan segera kepada perintah tetap parlimen dan mengukuhkan kedudukan speaker.
"Speaker mesti adalah anggota dewan rakyat dan mesti mampu berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas di parlimen secara adil tidak berat sebelah.
"Dengan memainkan peranan sebagai seprang pengadil, speaker mestilah tidak menunjukkan sebarang berat sebelah kerana ini akan merosakkan kerja-kerja pembaharuan.
"Dia mesti berani untuk mempertahankan maruah dan integriti Parlimen.
"Jika dia dari Jabatan Perdana Menteri yang mengambil arahan daripada menteri yang menjaga hal ehwal parlimen, dengan sendirinya jawatan itu perlu dihapuskan," katanya pada majlis penutupan forum yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia hari ini.
Forum itu diadakan di Kuala Lumpur dengan tajuk  'Tadbir Urus Ekonomi Negara: Peranan Jawatankuasa Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Ketum campur pil kuda, heroin makin menular di Kelantan

Posted: 11 Aug 2016 05:30 AM PDT

Ketum
Trend baharu penagih mencampurkan air ketum bersama pil kuda dan heroin semakin menular di Kelantan.
KOTA BHARU – Kaedah mencampurkan dadah sintetik ke dalam air ketum dikesan menjadi cara penagihan yang semakin popular dan kian menular dalam kalangan penagih di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, tabiat mencampurkan dadah jenis pil kuda dan heroin serta pelbagai dadah lain itu dikatakan mampu menghasilkan rasa khayal yang lebih kuat kepada para penagih.

Katanya, trend itu turut menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kes membabitkan ketum antara Januari sehingga Julai tahun lalu berbanding tempoh sama tahun ini iaitu daripada 36 kepada 86 kes.

"Wujud peningkatan tangkapan dadah daun ketum di Kelantan yang meningkat sebanyak 212 peratus.

"Pada tahun 2015, polis membuat rampasan dadah (ketum) berjumlah RM10juta dan jumlah itu meningkat kepada RM14 juta tahun ini dengan kenaikan sebanyak 44 peratus," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, daun ketum dipercayai diperoleh dari utara tanah air dan masuk ke pasaran Kelantan untuk diproses oleh individu dan dijual dengan harga RM10 hingga RM12 bagi setiap satu bungkusan seliter.

"Daun ketum diproses menjadi cecair ketum dan dibungkus kemudian dijual kepada pengedar  ke serata daerah di negeri ini. Penagih yang membeli air ini akan mencampurkannya dengan dadah seperti pil kuda atau heroin sebelum diminum.

"Terdapat juga penagih yang mengambil dadah lain pada masa sama diselang-selikan dengan meminum air ketum," katanya.

Menurutnya, selain ketum, rampasan dadah pil kuda turut meningkat sebanyak RM13 juta iaitu kenaikan sebanyak 43 peratus, heroin meningkat sebanyak 8 peratus manakala syabu meningkat sebanyak 196 peratus dan menyebabkan pihaknya terus fokus dalam jihad bagi memerangi dadah di negeri ini.

Read More / Baca Lagi >>

Comments (1)

If you are in search of the #1 Bitcoin ad network, take a look at MellowAds.