Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Tak masuk akal kerajaan Umno@Bn tak cukup duit selenggara sekolah’

Posted: 01 Aug 2016 06:58 PM PDT

Berbilion ringgit untuk Jabatan Perdana Menteri pada belanjawan tahun ini sepatutnya digunakan untuk menyelenggara sekolah, kata ahli Parlimen DAP itu.
lim-lip-engKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membidas cadangan Tan Sri Noh Omar mewajibkan semua sekolah kerajaan melancarkan kempen kutip derma bagi menyelenggara bangunan mereka.
Ia susulan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata dana kerajaan bagi tujuan tersebut tidak mencukupi.
"Adalah langsung tidak masuk akal apabila kerajaan lebih sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk menghantar angkasawan menikmati roti canai di angkasa lepas, serta membina menara pencakar langit KL118 yang akan menjadi bangunan tertinggi di negara, sedangkan begitu banyak plaza komersial yang kian kosong berkadar dengan keadaan ekonomi yang perlahan, tetapi enggan menyediakan khidmat asas kepada negara dengan memberikan anak-anak kita kemudahan tempat belajar yang baik," kata Lim, merujuk misi menghantar angkasawan negara pada 2007.
Noh, yang dilantik menteri bulan lalu, dilaporkan berkata beliau bercadang mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah di Selangor menjalankan aktiviti pungut derma daripada orang awam.
Lim berkata Belanjawan 2016 sudah banyak mengurangkan peruntukan untuk sektor pendidikan, tetapi pada masa sama menambah dana untuk Jabatan Perdana Menteri daripada RM19 bilion tahun lalu kepada RM20.3 bilion.
"Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah," katanya.

Barisan Rakyat, nama parti politik baharu Dr M?

Posted: 01 Aug 2016 06:52 PM PDT

Menurut portal berita itu, Muhyiddin akan mengetuai parti baharu itu, manakala Dr Mahathir sebagai penasihat.

PETALING JAYA: Parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin dinamakan Barisan Rakyat (BR).
Malay Mail Online versi Mandarin memetik sumber sebagai berkata ia mungkin nama bagi parti baharu itu, jika tiada perubahan pada saat-saat akhir.
Ia turut melaporkan parti baharu itu akan diketuai bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu, manakala Dr Mahathir memainkan peranan sebagai penasihat.
Dr Mahathir pada 14 Julai lalu mengumumkan parti pembangkang turut mempersetujui penubuhan parti baharu itu untuk membentuk pakatan lebih besar bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau tidak semestinya memegang jawatan dalam parti baharu itu, katanya.

ANAK setuju dakwaan TMJ, Felda nafi

Posted: 01 Aug 2016 06:50 PM PDT

Presidennya menyokong kenyataan TMJ yang mendakwa Felda menyalahgunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, tetapi Felda menafikannya.
stadium-jengka-felda
PETALING JAYA : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa pembinaan Stadium Jengka dan rumah generasi kedua Felda di bawah projek Sentuhan Kasih menggunakan wang peneroka, tetapi dakwaan itu disangkal Felda.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata pembinaan Stadium Jengka dengan kos puluhan juta ringgit itu tidak sepatutnya dibebankan sepenuhnya kepada peneroka Felda dan dana seharusnya daripada kerajaan.
"Contohnya daripada Kementerian Belia dan Sukan. Sepatutnya kerajaan pusat memayungi pembinaan stadium itu. Sebab bila puluhan juta digunakan melalui dana peneroka tentu sekali ia akan menjejaskan kebajikan dan kehidupan peneroka," katanya ketika dihubungi FMT baru-baru ini.
Mazlan berkata pihaknya juga tidak bersetuju dengan Felda yang berasingan dengan kerajaan pusat untuk membina rumah generasi kedua.
"Apabila kerajaan negeri bekerjasama memberikan hak milik kepada pembinaan rumah generasi kedua, kos pembinaan rumah generasi kedua sepatutnya dibiayai kerajaan pusat.
"Malah setiap tahun perdana menteri akan umumkan bajet tertentu kepada pembinaan rumah generasi kedua. Apa yang pelik apabila Felda mengeluarkan peruntukan di bawah Projek Sentuhan Kasih untuk membina rumah anak peneroka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa Felda menyalahgunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan itu menubuhkan pasukan bola sepak.
Mazlan berkata beliau bersetuju dengan dakwaan TMJ dan itulah realiti yang terpaksa dihadapi peneroka Felda.
Pada 28 Julai lalu, TMJ membidas Felda kerana menyalahgunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah ‘dusta’, Ku Nan mahu BN kembali di Lembah Pantai

Posted: 01 Aug 2016 06:48 PM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata BN terus menabur jasa kepada penduduk Lembah Pantai walaupun kalah pada PRU lalu.
Nurul Izzah
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pencetus fitnah terbesar kerana tuduhan ke atas Barisan Nasional (BN).
"Jangan dengar apa Izzah cakap mengenai keburukan BN, segalanya dusta belaka. Nong Chik masih mengambil berat terhadap penduduk di Lembah Pantai meskipun kawasan ini bukan milik BN," katanya merujuk bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang ditewaskan naib presiden PKR itu pada pilihan raya umum lalu.
"Saya mohon rakyat tidak terus tertipu dengan cerita rekaan yang dibuat oleh pihak pembangkang dalam usaha memecah belahkan parti Barisan Nasional," kata Adnan pada majlis pecah tanah pembangunan semula Bukit Bangsar dan Sri Pahang malam tadi.
Adnan berharap rakyat akan sedar BN sebuah parti yang banyak berjasa, dan mahukan pucuk pimpinan tertinggi bersiap sedia menawan kembali Lembah Pantai.
"Saya sifatkan mereka 'pihak jahanam' yang membuat karenah untuk lihat kita jatuh. Ditambah dengan masalah bekas perdana menteri Tun Mahathir (Mohamad) kebelakangan ini bersetongkol dengan pembangkang," katanya.

Tentang mereka yang keluar Umno, kata KJ

Posted: 01 Aug 2016 06:46 PM PDT

Aspek mentaliti untuk berjaya, keberanian dan kesamaan perlu diterapkan di dalam hati dan minda anggota Umno bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini buat selama-lamanya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ketiga-tiga aspek itu perlu diberi perhatian bagi menghadapi pelbagai dugaan dan kontroversi melibatkan nama baik negara mahupun presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun sokongan terhadap Umno dan BN belum 100 peratus pulih, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan menyifatkan keyakinan serta mentaliti untuk berjaya itu amat penting bagi mendapatkan mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Inilah kunci kejayaan kita. Kita perlu ada 'mentaliti untuk berjaya'. Ada kalanya kita sedang melalui masa sukar tetapi kita perlu ada keyakinan diri sekiranya mahu menang dalam PRU14.
"Kalau kita sendiri tidak yakin, bagaimanakah orang luar boleh yakin bahawa Umno mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Putrajaya 2016.
Dalam pada itu, Khairy berkata anggota Umno juga perlu berani ketika berdepan dengan cabaran beberapa individu yang bukan calang-calang orangnya keluar parti Umno dan menentangnya secara habis-habisan.
"Ini adalah cabaran langsung, dan kita tidak boleh leka sebaliknya bangkit untuk berdepan dengan mereka bagi mempertahankan dan meneruskan perjuangan parti. Tidak kira siapakah mereka, kita mesti berani berdepan dengan mereka," katanya.
Bagi aspek kesamaan pula, Khairy menekankan warga Umno terus menunjukkan perpaduan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan negara walapun isu-isu baharu meletup dengan mengetengah agenda tersirat pihak-pihak tertentu.
"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan. Siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat seolah-olah berbentuk tuduhan tanpa diiringi bukti dan fakta. Kita berhadapan dengan tahap bias dan prejudis yang tinggi.
"Inilah masa kita guna akal dan perlu menunjukkan kebersamaan bersama dan berdiri teguh di belakang Presiden Umno untuk menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Pakatan Harapan, bukan yang lain?

Posted: 01 Aug 2016 06:43 PM PDT

Ketika Soviet Union menjajah Afghanistan, rakyat Afghanistan bangun berjihad dengan satu tujuan iaitu membebaskan negara mereka dari penguasaan kuasa asing. Ratusan ribu para syuhada yang gugur.
Pakatan Harapan adalah harapan baru Malaysia menunaikan amanahSebaik sahaja Soviet keluar dari bumi Afghanistan, maka muncung senjata para pejuang dihalakan sesama mereka.
Maka berlakulah perang saudara yang memakan korban yg lebih besar di kalangan rakyat.
Sentimen kelompok dan fahaman tribalisma mula menguasai pemimpin politik baru Afghanistan.
Bosan dengan pertelingkahan yang tiada hujungnya, rakyat akhirnya memberi sokongan pada Taliban.
Tapi Taliban juga gagal. Sehingga kini, rakyat Afghanistan masih menjadi korban keganasan pertembungan kuasa dan sektarian.
Kebangkitan Arab (Arab Spring) juga mengalami nasib hampir serupa. Rakyat bangun mahu menjatuhkan diktator yang korup. Di Tunisia, Mesir, Libya, dan Yaman ... rakyat bersatu menumbangkan rejim diktator yg memerintah begitu lama.
Namun, selain Tunisia, negara-negara lain tidak berjaya. Mesir kembali kepada junta. Libya masih terperangkap dlm perang saudara. Yaman juga tidak ke mana.
Apa pengajarannya? Bagi saya, kalau parti-parti politik pembangkang mahu menumbangkang BN, mereka perlu terlebih dahulu menyusun organisasi politik mereka dengan baik. Kita tidak mahu jadi macam Afghanistan atau Libya. Kejatuhan rejim lama hanya digantikan dengan pertelingkahan kelompok yang tiada kesudahan oleh parti-parti yang sebelumnya menentang rejim lama.
Maka itu, pendekatan "loose coalition", "election pact", "persefahaman satu lawan satu" dan seumpamanya bukan jawapan kepada kerosakan besar yang dilakukan oleh BN.
Parti-parti pembangkang perlu kepada sebuah kolisi politik yang tersusun, berdisiplin, dan bersatu-padu. Kolisi politik ini perlu mempunyai struktur dan dasar yang jelas dalam perkara-perkara yang kritikal. Mereka perlu diikat dengan perjanjian dan persefahaman yang utuh. Hanya kolisi politik seperti ini yang mampu memberi jawapan kepada dilema politik negara kita.
Maka itu, saya melihat hanya Pakatan Harapan yang setakat ini mempunyai persediaan ke arah itu. Saya sangat pesimis dengan pendekatan politik yang hanya mahu mengalahkan BN, tetapi tidak mempunyai komitmen untuk membina kolisi politik yang padu sebagai persediaan awal mengambil-alih pemerintahan.
Pada tahun 2008, lima negeri terlepas dari genggaman BN. Waktu itu, pembangkang tidak mempunyai kolisi yang baik untuk mengambil alih pentadbiran negeri. Tetapi kita bernasib baik kerana kita punya tokoh tersohor seperti TG Nik Abdul Aziz, DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berjaya membentuk Pakatan Rakyat.
Sebaik sahaja TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia dan DS Anwar Ibrahim masuk penjara, kolisi Pakatan Rakyat jadi berantakan.
Read More / Baca Lagi >>

Tazkirah akhir Syawal: Istiqamah penjenayah vs istiqamah rakyat

Posted: 01 Aug 2016 06:42 PM PDT


Tazkirah SyawalTazkirah Syawal
Sejak mutakhir ini dunia sudah terbalik kot, bukan kerana lagu dendangan Allahyarham R Azmi tetapi kerana para penjenayah kejam bersiri telah mula menggunakan terma serius Bahasa Arab seperti Istiqamah untuk menegakkan benang basah selepas perbuatan menghantar orang ke Mekah untuk menunaikan haji menggunakan hasil rompakan dan beramai ramai sesama penjenayah menunaikan umrah dari masa ke semasa.
Allah swt menerima Taubat Nasuha bukannya taubat yang berbentuk lakonan untuk tontonan umum. Airmata buaya ataupun airmata pelakon jelita filem Hindustan dari zaman Raja Kapoor hinggalah zaman Juhi Chawla tidak memberi apa apa nilai di sisi Allah swt melainkan cuma mempamerkan sifat munafiq kepuraan puraan cuba menutupi perbuatan jenayah sendiri ataupun orang lain.
Rakyat kini patut mempamerkan secara berjemaah yang mereka bersungguh sungguh mampu memohon ke hadrat Allah swt menerusi Solat Hajat yang berterusan untuk menghentikan segala kezaliman , segala perbuatan jenayah serta memastikan mereka mereka yang bertanggung jawap secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai siri perbuatan jenayah kejam di hukum Allah swt dengan sewajarnya. Hukuman Allah swt boleh datang dalam pelbagai bentuk yang tidak diketahui manusia namun rakyat mungkin mengharapkan penjenayah kejam tak berhati perut berkenaan di hukum gantung sampai mati yang akan nescaya di sambut dengan penuh kesyukuran tanpa langsung rasa sedih. Namun Allah swt boleh mentakdirkan hukuman lain seperti koma bertahun tahun sebelum akhirnya meninggal sepertimana Ariel Sharon bekas perdana menteri Israel ataupun mengalami strok ataupun mengalami serangan jantung ataupun lebih menarik lagi dihantar secara berkumpulan dalam kandang haiwan ke hospital sakit jiwa dan kekal menetap di sana ala babak filem Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, Antara Dua Darjat lakonan Allahyarham Seniman Ahmad Nisfu.
Seterusnya rakyat perlu sentiasa beringat yang selagi SPR tidak benar benar di rombak dengan ikhlas maka amatlah sukar untuk rakyat yang mengundi secara jujur untuk melihat kerajaan yang benar benar mereka undi berkuasa. Pengerusi SPR patut cuma dipilih oleh ahli ahli Parlimen sahaja dimana tanggungjawap Pengerusi SPR ialah untuk melapor kepada Parlimen sahaja apa saja isu berbangkit tanpa perlu merujuk kepada kerajaan yang sedang memerintah. Akta berkaitan dengan pilihanraya juga patut di pinda untuk mengenakan hukuman penjara 20 tahun kepada mana mana pegawai atau kakitangan SPR yang bersubahat untuk menipu pilihanraya samada sebelum, semasa ataupun selepas pilihanraya.
Mana mana menteri daripada pimpinan kerajaan yang sedang memegang tapuk pemerintahan yang cuba mengeluarkan arahan tertentu yang boleh di tafsirkan sebagai arahan untuk SPR berlaku tidak jujur dalam pilihanraya patut juga di penjara 20 tahun mandatori.
Seterusnya, calon calon wakil rakyat samada diperingkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri patut di perketatkan saringan di pelbagai peringkat.
Selain di pastikan tidak bankrap, calon juga perlu menjalani ujian mental untuk memastikan calon waras jika terpilih menjadi wakil rakyat. Calon seterusnya juga perlu menjalani ujian bertulis bagi memastikan mereka tidak akan bersifat membodek dan munafiq jika terpilih menjadi wakil rakyat nanti.
Read More / Baca Lagi >>

S'pura dikecam kerana tak dedah pemain dalam skandal 1MDB

Posted: 01 Aug 2016 06:41 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam pihak berkuasa Singapura kerana tidak mendedahkan nama-nama pihak yang terlibat dalam dakwaan skandal 1MDB.

Dalam wawancara bersama Financial Times, Mahathir berkata negara jiran itu tidak melakukan perkara yang betul.

"Saya perasan kerajaan Singapura sangat keberatan untuk tuding jari pada pihak yang terlibat dalam rasuah ini.

"Ia menjejaskan nama baik Singapura sebagai pusat kewangan. Ia tidak buat perkara yang betul.

"Orang yang terima rasuah bukan orang yang melakukan pengubahan wang haram," beliau dipetik sebagai berkata.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata badan itu bekerjasama dengan siasatan antarabangsa terhadap 1MDB tetapi tidak menamakan pemain utama dalam dakwaan skandal itu.

Badan itu bagaimanapun sudah mendakwa seorang warganya, Yeo Jiawei, yang juga seorang pegawai bank atas tuduhan membantu pengubahan wang haram menggunakan dana 1MDB.

Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion didakwa dicuri daripada dana Malaysia, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland.

Read More / Baca Lagi >>

Amaran Amnesty: Akta MKN beri Malaysia ‘salah guna kuasa’

Posted: 01 Aug 2016 06:38 PM PDT

Badan hak asasi manusia itu berkata undang-undang berkenaan "memperkasakan pihak berkuasa Malaysia untuk memijak hak asasi manusia dan boleh bertindak tanpa dikenakan hukuman."
Josef-Benedict,-AIKUALA LUMPUR :Amnesty International memberi amaran undang-undang keselamatan Malaysia yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengisytiharkan darurat, berkuat kuasa semalam, mungkin akan digunakan untuk memijak hak asasi manusia.
Mengikut Akta Majlis Keselamatan Negara, satu majlis yang diketuai Najib, yang berdepan tekanan supaya meletakkan jawatan susulan skandal kewangan, boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan di bawah ancaman keselamatan.
Pasukan keselamatan kemudian boleh mengenakan perintah berkurung dan ada kuasa luas untuk menangkap, menggeledah dan merampas tanpa waran.
Undang-undang itu menyasarkan untuk mengawal ancaman keganasan, tetapi pengkritik bimbang Najib akan menggunakannya sebagai alat bagi terus berpegang pada kuasa.
Amnesty berkata undang-undang itu "memperkasakan pihak berkuasa Malaysia untuk memijak hak asasi manusia dan boleh bertindak tanpa dikenakan hukuman".
"Dengan undang-undang baharu ini, kerajaan kini boleh melakukan pemeriksaan dan diandaikan berpotensi untuk salah guna kuasa," kata Timbalan Pengarah Amnesty bagi Asia Tenggara dan Pasifik Josef Benedict dalam satu kenyataan.
Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Najib dan kerajaannya semakin kerap menggunakan undang-undang yang menindas atas alasan melindungi keselamatan negara "tetapi secara praktisnya, membahayakan hak asasi manusia".
Read More / Baca Lagi >>

Subahat dengan Najib, pemimpin Umno dipandang hina, kata Tun Mahathir

Posted: 01 Aug 2016 06:32 PM PDT


Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir MohamadPemimpin-pemimpin Umno perlu mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi mengelakan kemungkinan ahli Umno dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian di dalam blognya semalam dipetik berkata, sejak skandal 1MDB didedahkan pemimpin Umno cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.
"Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah," ujarnya.

Kata beliau lagi,sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib adalah jelas bersalah.
"Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, BPR, Auditor General dan PAC. Tiap satu menerangkan kesalahan Najib.
"Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan. Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen.
"Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.
"Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV.
"Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin Umno sahaja yang tidak tahu malu," ujarnya.
Kata Dr Mahathir lagi, walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB skandal kewangan TERBESAR DUNIA.

Posted: 01 Aug 2016 07:56 AM PDT


SUDAH KENAL SIAPA DIKTATOR !!!

Posted: 01 Aug 2016 07:54 AM PDT

Mulai hari ini (1/8/2016) Najib tak sekadar seorang PM. Dia kini Pengerusi MKN dgn kuasa2 melampau bawah Akta MKN yg tak boleh dicabar mana2 mahkamah.

Walaupun MKN ada 8 anggota, kuasa efektif secara mutlak berada di tangan Najib selaku PM & Pengerusi.

BONGKAR & TERBURAI LAGI Skandal 1MDB !!!

Posted: 01 Aug 2016 07:53 AM PDT

Kali ini satu keluarga Tun Razak, yg juga adik-beradik PM Najib Razak terlibat sama...

Primus mendakwa, Goldman menggesanya penerimaan tawaran yang lebih tinggi untuk meningkatkan peranannya dengan Perdana Menteri Malaysia kerana penggabungan akan 'memberi kekayaan' kepada Nazim Razak, pengarah Hong Leong serta Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB.KL), yang menasihatkan Hong Leong dalam pengambilan alih itu.

NAMPAK TAK !!!

Penangan keluarga adik-beradik Najib Razak dlm membolot kekayaan negara...

TU PON KORANG MASIH BUTA PEKAK NAK PANGKAH BN LAGI !!!

NAJIB TAK FAHAM ATAU CUBA NAK PERDAYA MAKCIK FELDA?

Posted: 01 Aug 2016 07:48 AM PDT

Agak menjengkelkan mendengar reaksi terbaru Najib Razak mengenai saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita harta-harta bernilai RM4,000 juta yang dipercayai berasal daripada dana 1MDB yang telah dilencongkan.

Setelah reaksi pertamanya menyatakan kerajaan sedia memberi kerjasama berhubung saman sivil itu dan kemudian mahukan semua yang dinamakan, termasuk anak tirinya Riza Aziz, membersihkan nama masing-masing, kali ini Najib menyatakan 1MDB tidak terlibat dalam tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS itu.

Katanya, 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil itu memandangkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu tidak dinamakan sama sekali.

Dalam saman tersebut, 1MDB tidak dinamakan. Jadi, secara langsungnya 1MDB tidak terlibat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO.

Tambah Najib lagi, saman tersebut juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di AS, selain tidak mengambil pandangan mana-mana daripada 1MDB atau pun pihak berkuasa di Malaysia.
Apa yang Najib cuba gambarkan kepada rakyat dengan reaksinya yang sedemikian rupa itu?

Adakah Najib mahu menggambarkan 1MDB tidak bersalah dan AS sebenarnya yang salah?

Adakah Najib tidak faham mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS itu atau ini satu lagi percubaan untuk memperdaya pakcik kampung dan makcik Felda tentang putih bersihnya 1MDB itu?

Dalam kes saman sivil tersebut, adalah jelas disebut harta-harta itu mahu disita kerana kerana ia dipercayai dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan. Harta-harta bernilai RM4,000 juta itu dibeli sebagai kaedah mencuci wang haram atau penggubahan wang daripada 1MDB yang pihak AS dapat kesan berjumlah RM14,000 juta atau AS$3.5 bilion.

Empat pemilik harta yang disebut itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohamed Al-Badawy.

Dalam hal ini, memanglah nama 1MDB tidak disebut dalam saman sivil yang difailkan kerana 1MDB adalah mangsa kecurian. Apabila mahu menyita harta, yang dinamakan sudah tentu yang disyaki pencurinya, bukan pihak yang kena curi. 

Mereka yang dipercayai mencuri duit 1MDB itulah yang membeli harta-harta, membuat filem, berjudi dan sebagainya dengan wang tersebut. Oleh itu, siapa pun faham 1MDB memang tiada harta di AS, tetapi daripada wang 1MDB yang dicuri itulah mereka membeli pelbagai harta.
Read More / Baca Lagi >>

GULING PM: MENGAPA BARU SEKARANG KJ BERSUARA?

Posted: 01 Aug 2016 07:42 AM PDT

Semalam, Najib Razak memberitahu tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah atas kapasiti peribadinya.

Kata beliau, sesiapa jua yang mempunyai maklumat atas sesuatu perkara berhak untuk berbuat demikian.
Kharul Azwan, Naib  Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap tiga individu terbabit kerana didakwa terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan menyalurkan maklumat dan dokumen tertentu kepada pihak asing.

Gani Patail menafikan dakwaan tersebut dengan menganggapnya bertujuan mencari publisiti. Beliau juga sudah melantik peguam dan sedang dalam pertimbangan untuk menyaman Khairul Azwan.

Abu Kassim pula telah mendapat nasihat peguam dan dinasihatkaj tidak memberi apa-apa ulasan buat waktu itu.

Dr Zeti belum diketahui tindakan yang akan dilakukan selanjutnya, cuma ada menyatakan beliau tidak akan bercakap mengenai laporan polis itu tanpa kehadiran peguamnya.

Setelah beberapa hari berdiam diri, hari ini Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin  mengatakan tindakan naibnya itu adalah bersifat individu dan bukan merupakan pendirian Pemuda UMNO.

Ia adalah tindakan individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sudah pun dikongsi dengan pihak polis, tambahnya lagi.

Mengapa Najib dan KJ tidak mahu memikul tanggungjawab bersama terhadap laporan polis itu sedangkan Khairul Azwan adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Benarkah KJ tidak dimaklumkan langsung sebelum naibnya itu membuat laporan polis sedangkan sehari sebelum laporan itu dibuat telah berlangsung mesyuarat Exco Pemuda UMNO?
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Apandi pertimbang hantar peguam pemerhati dalam saman sivil DOJ

Posted: 01 Aug 2016 07:40 AM PDT

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang mempertimbangkan untuk menghantar wakil bertindak sebagai peguam pemerhati pada prosiding saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengenai sitaan aset-aset yang dikatakan dilesapkan dari IMDB.
"Saya sedang memikirkan idea bahawa mungkin saya atau pegawai saya akan ke sana semasa prosiding. Sekurang-kurangnya untuk menyatakan minat kita kerana kita dengar anda (AS) mahu memberikan wang kepada kita, kita mahu mendengarnya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri upacara mengangkat sumpah dua pesuruhjaya kehakiman.
Beliau juga berkata sebuah firma guaman Amerika Syarikat mungkin juga dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau untuk menghadiri prosiding itu.
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa peguam pemerhati bermakna bahawa wakil akan menghadiri prosiding mendengar saman dan mendengar apa-apa yang terbit dalam prosiding di mahkamah dan mungkin, dengan kebenaran mahkamah, akan bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.
Beliau berkata IMDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan memandangkan ada tanda-tanda oleh Peguam Negara Amerika Syarikat bahawa mereka akan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada Malaysia.

Apandi berkata beliau akan berhubung dengan peguam-peguam Amerika Syarikat untuk membantunya mengenai prosedur berhubung dengan kemungkinan wakil Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding mendengar saman sivil kerana sistem kehakiman Amerika Syarikat berbeza sama sekali dengan sistem di Malaysia.
"Saya masih mengkaji idea itu. Tetapi belum dinasihatkan oleh para peguam Amerika Syarikat," kata beliau.
Kepada soalan sama ada tindakan akan diambil ke atas Low Taek Jho yang dinamakan dalam saman sivil itu, Mohamed Apandi berkata siasatan belum selesai.
Beliau, bagaimanapun berkata apabila kertas siasatan siap, beliau akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan pendakwaan atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

BAGAIMANA UNTUK BERITAHU ORANG KAMPUNG MENGENAI SKANDAL 1MDB DALAM BAHASA PALING MUDAH?

Posted: 01 Aug 2016 07:38 AM PDT

Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orangramai.

Persetujuan itu diumumkan dalam suatu sidang akhbar di Subang Jaya pada tengahari Sabtu dengan dihadiri Muhyiddin sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Menurut Muhyiddin, penjelasan dalam bahasa yang mudah meliputi kawasan bandar dan luar bandar itu adalah penting supaya rakyat mendapat gambaran sebenar dan faham beban 1MDB kepada negara.

Ini kerana, katanya, isu melibatkan skandal 1MD bukan saja menjadi bualan dalam negara, bahkan juga sehingga ke luar negara.

Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah perlu dipertingkatkan lagi. Kalau rakyat tidak disedarkan mengenai kuasa mereka dalam menentukan masa depan negara, sampai bila pun mereka tidak akan sedar, ujar Muhyiddin dalam ucapannya.

Bagaimana untuk menggambarkan skandal 1MDB ini dalam bahasa paling mudah untuk difahami, khususnya kepada orang-orang kampung dengan matlamat akhirnya supaya mereka akan menolak UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak?

Jika diimbas pelbagai isu yang timbul yang berpunca daripada 1MDB daripada awal sehinggalah kepada Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi (harta curi) baru-baru ini, bahasa paling mudah untuk menggambarkannya ialah syarikat itu merupakan lubuk pencurian terhebat, bukan saja dalam negara, tetapi juga di dunia.

Untuk aktiviti pelaburan dan menambah pendapatan negara, sebenarnya tidak perlu sama sekali ditubuhkan 1MDB kerana kita sudah pun mempunyai Khazanah Nasional yang telah ditubuhkan sejak sekian lama?

Kenapa perlu ditubuhkan sebuah syarikat lain untuk menjalankan aktiviti pelaburan juga?

Jawapannya tentu saja ialah kerana Khazanah tidak boleh dipergunakan sesuka hati sepertimana 1MDB dioperasikan, lebih-lebih bukan saja Najib meletakkan dirinya sebagai pemberi kata putus dalam urusan perniagaan dan pelaburannya, malah melalui 1MDB jugalah diletakkan Jho Low untuk mencatur segala-galanya.

Semua itu tidak mungkin dapat dilakukan melalui Khazanah.

Melalui 1MDB, ia digunakan untuk meminjam secara besar-besaran atau menjual bon bagi membiayai aktiviti pelaburannya. Walaupun terikat dengan komisen yang tinggi, 1MDB juga diberikan tanah kerajaan TRX dengan harga RM60 sekaki, meskipun harga pasaran mencecah RM3,000 sekaki. Tanah di tapak TUDM Sungai Besi juga diberikan kepada 1MDB dengan harga yang tidak didedahkan.
Read More / Baca Lagi >>

Guling PM: 32 tahun dalam SPRM, saya pernah terima peluru hidup

Posted: 01 Aug 2016 07:07 AM PDT

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata beliau juga dituduh ingin menjatuhkan kerajaan, sama seperti tuduhan kepada Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada saat akhir persaraan.
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata sepanjang berkhidmat beliau pernah terima peluru hidup, menderita penyakit misteri, diperangkap dengan dadah dan turut difitnah.
Katanya, sepanjang mempertahankan integritinya memegang amanah dalam jawatan itu, beliau juga difitnah dan dimaki, dengan nasib serupa dialami Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
"Selama 32 tahun kami bersama menjadi pegawai SPRM bukan mudah nak jadi pegawai yang tulen. Terlampau banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi.
"Saya hampir mati diperangkap dengan dadah, rumah saya dihantar dengan peluru hidup, saya mengalami penyakit misteri selama sebulan, badan hilang 9kg. Saya juga tidak boleh tidur 14 hari 14 malam, saya difitnah, dimaki kerana perkhidmatan ini.
"Saya dituduh ingin menjatuhkan kerajaan, begitu juga dengan Tan Sri (Abu Kassim), pada saat akhir persaraannya dia dituduh ingin menjatuhkan kerajaan," katanya sebak sambil menundukkan kepala ketika berucap buat kali terakhir di hadapan 1,000 pegawai SPRM.
Ucapan pada Majlis Paluan Berundur itu sempena perpisahan tiga pegawai tertinggi badan itu, termasuk Abu Kassim dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.
Dalam ucapannya beliau turut membidas tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadap Abu Kassim apabila dituduh terlibat dengan komplot menggulingkan perdana menteri, sebagai tidak berilmu.
"Individu yang membuat laporan terhadap Tan Sri (Abu Kassim) adalah individu yang tidak berilmu, tidak boleh membezakan perjuangan rasuah kerana sayangkan negara," katanya.
Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail berkomplot menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Shukri dalam ucapannya turut memberi nasihat kepada ahli politik, hakim dan pegawainya supaya jujur dalam menjalankan tugas kerana akhirnya mereka akan menerima hukuman di akhirat.
"Nasihat saya, kepada para hakim jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak, siapa pun terlibat, kepada orang politik, menteri, wakil rakyat dan sesiapa saja yang dalam politik ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.
"Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai yang kecut, penakut dan gentar. Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah, banyak cabaran dan dugaan, hadapi rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Guling PM: 'Apa bukti maklumat 3 Tan Sri palsu jika audit 1MDB rahsia'

Posted: 01 Aug 2016 07:05 AM PDT

Kebelakangan ini Malaysia tidak sunyi dari berita mengemparkan.
Terakhir adalah berita nasib tiga bekas pegawai kanan tertinggi kerajaan yang bersara atau "dibersarakan".
Mereka adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim.
Ketiga-tiga mereka sebelum ini diakui kerajaan mempunyai rekod khidmat cemerlang.
Tiba-tiba Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis menuduh mereka memberi laporan tertentu mengenai 1MDB kepada kerajaan Amerika.
Ini adalah tuduhan yang amat serius dan mengemparkan.
Anehnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil masa beberapa hari untuk menjauhkan kerajaan dan Umno dari tuduhan yang amat berat tersebut.
Adakah kerana reaksi marah ramai rakyat Malaysia atas tuduhan tanpa bukti itu setelah mereka dinasihatkan menafikan yang laporan tersebut bukan dari arahan rasmi?
Gani sebagai peguam negara telah "dipencenkan" dengan mengejut atas alasan kononnya beliau kurang sihat.
Beliau ada mengeluarkan kenyataan selepas itu yang kesihatan baik seperti biasa. Banyak berita tersebar yang beliau dalam proses menyiapkan laporan lengkap yang membabitkan pihak tertinggi kerajaan dalam isu kontroversi 1MDB apabila beliau dibersararakan secara mengejut!
Zeti pula telah dilaporkan pernah mengeluarkan beberapa surat sebagai Gabenor Bank Negara kepada 1MDB kerana tidak mengikut syarat kelulusan bank pusat dan kesalahan kesalahan berkaitan.
Beliau diiktiraf olih bank-bank negara antarabangsa sebagai antara gabenor terbaik dan telus.
Abu Kassim pula terkenal sebagai ketua SPRM yang tegas dan berintegriti.
Pegawai- pegawai kanannya yang terlibat dalam siasatan 1MDB terlebih awal dahulu telah ditukar atau "direhatkan".
Semasa majlis perpisahannya dan dua lagi pegawai SPRM baru baru ini, timbalannya, Datuk Mohd Shukri Abdul telah menyatakan dalam ucapannya - "Kepada ahli politik, menteri dan wakil rakyat, ingatlah kamu dipilih kerana rakyat, berkhidmatlah dengan keikhlasan dan itegriti."
Ucapan tersebut telah disambut oleh linangan air mata pegawai-pegawai SPRM yang hadir.
Kepada ahli politik dan menteri manakah ucapan tersebut ditujukan?
Naib Ketua Pemuda Umno menyatakan ketiga-tiga pegawai kanan yang dituduhnya itu menyerahkan laporan 1MDB dan laporan palsu kepada kerajaan Amerika.
Ini juga adalah tuduhan yang amat serius. Lagi banyak tanda tanya yang timbul.
Persoalan saya sebagai Ahli Parlimen, dan juga rakyat biasa, jikalau laporan yang diserahkan kepada pihak Amerika itu didakwa laporan palsu, yang manakah laporan yang asal dan asli?
Read More / Baca Lagi >>

Dituduh mahu jatuhkan Najib, peguam arah Abu Kassim kunci mulut

Posted: 01 Aug 2016 07:03 AM PDT

Jawapan ringkas Abu Kassim itu dibuat sebagai menjawab soalan media berhubung laporan polis dibuat Pemuda Umno terhadapnya, baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata peguam menasihatinya supaya berdiam diri berhubung laporan polis Pemuda Umno kononnya beliau berkomplot ingin menjatuhkan perdana menteri.
"Saya dinasihati peguam saya yang meminta saya berdiam diri," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Paluan Berundur di Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun baru-baru ini membuat laporan terhadap bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Abu Kassim atas dakwaan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Azwan mendakwa Zeti, Gani dan Abu Kassim memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi di Amerika Syarikat seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tanpa kebenaran agensi kerajaan Malaysia.
Terdahulu, Abu Kassim dalam ucapannya pada majlis itu menggesa pegawainya yang masih bersama SPRM supaya memberi sokongan padu kepada ketua pesuruhjaya baharu.
"Di mana kita semua tahu, ketua (pesuruhjaya) baharu bukan dari dalam (pegawai SPRM). Saya yakin kerajaan akan membuat keputusan tersebut.
"Bagaimanapun saya serahkan kepada ketua pesuruhjaya yang baharu. Pegawai SPRM mestilah memberi penerangan serta mempengaruhi ketua pesuruhjaya yang baharu dan menjadikan SPRM sebagai salah satu agensi pencegahan rasuah terunggul," katanya.

Alahai...PM Negara Ku..!!!

Posted: 01 Aug 2016 05:41 AM PDT

FAKTA.. sememangnya Najib bodoh & tak faham apa yg DOJ perkatakan..

Memanglah dalam laporan DOJ tiada mengatakan aset 1MDB, TETAPI DOJ mengatakan 'ASET YANG BERKAITAN DENGAN 1MDB'..

TERANG2 DALAM BERITA TULIS 'Assets Tied to Malaysian Fund 1MDB'

Adakah PERDANA MENTERI MALAYSIA seorang yg BUTA ENGLISH !!!

FAKTA:
Dana2 1MDB diselewengkan utk beli hartanah, berjoli & bayar hutang main judi.

Mana ada aset 1MDB di AS, kata Najib

Posted: 01 Aug 2016 05:38 AM PDT

Perdana Menteri turut mempertikaikan publisiti besar-besaran yang diberikan kepada aduan DoJ
najib 1mdb
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tidak menamakan 1Malaysia Development (1MDB) secara langsung.
Ini bermakna syarikat milik kerajaan itu tidak terbabit secara langsung dengan saman penyitaan sivil yang dibuat DoJ, dan tidak ada aset-aset milik 1MDB di AS, tambahnya.
"Majlis Tertinggi (MT) Umno ambil maklum hanya mereka yang tertentu yang ternama dalam laporan tersebut telah disebut dalam laporan. Ini bererti bahawa secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut.
"Dalam erti kata lain, tidak ada aset 1MDB di AS," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Najib, yang juga merupakan Presiden Umno menambah, laporan yang diumumkan Peguam Negara AS Loretta Lynch minggu lalu itu berat sebelah kerana ia tidak mengambil kira pandangan kerajaan Malaysia mahupun 1MDB.
"Kita juga telah ambil maklum 1MDB tidak diminta apa-apa maklumat bererti bahawa DoJ tidak merujuk kepada 1MDB, katanya.
"Laporan tidak mengandungi apa-apa pandangan pihak Malaysia, maknanya tidak ada Peguam Negara, cumanya, orang ternama juga tidak ada penjelasan."
Beliau seterusnya mempersoalkan publisiti yang diberikan kepada aduan yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.12 bilion) dilesapkan daripada 1MDB.
Katanya, publisiti yang begitu banyak, dengan sidang media dan sebagainya, tidak pernah berlaku sebelum ini kerana lazimnya laporan-laporan seperti itu tidak dibuat secara besar-besaran.
Ketika ditanya adakah beliau merasakan laporan media sekitar 1MDB turut menyumbang kepada aduan DoJ, Najib berkata ia nampak seperti itu.
"Secara luarannya, ia nampak seolah maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber. Kita akan pantau prosiding yang akan menyusul.
"Saya tidak boleh kata secara pasti dari mana sumber mereka, yang pasti bukan daripada kerajaan atau Peguam Negara."
Read More / Baca Lagi >>

Pihak berkuasa AS sepina Goldman bantu siasatan 1MDB

Posted: 01 Aug 2016 05:37 AM PDT

Pihak berkuasa itu juga mahu menemu bual kakitangan dan bekas kakitangan Goldman berkaitan skandal itu.
1mdb-Goldman-doj_600
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan sepina kepada Goldman Sachs Group Inc bagi mendapatkan dokumen berkaitan dengan urus niaga bank yang ada kaitan dengan skandal 1MDB, lapor Wall Street Journal (WSJ).
Goldman menerima sepina itu awal tahun ini daripada Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran AS (SEC), lapor WSJ memetik individu yang arif mengenai perkara itu.
Pihak berkuasa itu juga mahu menemu bual kakitangan dan bekas kakitangan Goldman berkaitan inkuiri itu, tetapi pertemuan berkenaan masih belum diadakan sehingga semalam.
DoJ dan SEC enggan memberi komen. Tiada seorang pun daripada Goldman Sachs yang dapat memberi komen di luar waktu perniagaan biasa AS.
1MDB, yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009, tidak lama selepas memegang jawatan itu, sedang disiasat atas kesalahan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland.
Najib bagaimanapun terus-terusan menafikan sebarang salah laku.
Pegawai penguat kuasa undang-undang AS sedang cuba mengenal pasti sama ada Goldman melanggar undang-undang persekutuan selepas gagal menandakan transaksi di Malaysia, lapor WSJ pada Jun.
Pengawal selia negeri New York juga menyoal bank Wall Street bagi mendapatkan butiran siasatan berbilion dolar yang dikumpul dalam bentuk bond ditawarkan untuk 1MDB, lapor Reuters pada Jun, memetik individu yang biasa dengan perkara itu.

Skandal 1MDB: Najib berada dalam penafian terhadap laporan DoJ

Posted: 01 Aug 2016 05:35 AM PDT

Penafian Najib terhadap isu yang didedahkan oleh DoJ boleh membawa implikasi negatif kepada kebajikan rakyat selain merisikokan negara
Charles Santiago
PETALING JAYA: Sudah tiba masanya untuk Datuk Seri Najib Razak mengakui "Malaysian Official 1" (MO1) yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS adalah dirinya dan 1MDB terlibat secara langsung dalam laporan itu, pesan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Beliau dalam satu temuramah dengan FMT berkata, penafian oleh Perdana Menteri berhubung perkara itu akan hanya mengecewakan siasatan antarabangsa serta menghalang siasatan dalam negara.
"Dia berada dalam penafian dan ia membawa implikasi negatif kepada kebajikan rakyat selain merisikokan negara. Justeru eloklah beliau tampil menjelaskan perkara itu secara jujur," katanya.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang bersetuju dengan Tian Chua berkata laporan DoJ dengan jelas menyatakan dana amanah awam negara telah digunakan dengan disalurkan ke dalam akaun bank peribadi seorang individu.
"Beliau (Najib) berada dalam penafian. Beliau terlibat dalam penipuan terbesar terhadap sebuah negara. MO1 disebut beberapa kali dalam laporan itu dan adakah beliau cuba menafikan dirinya bukan MO1?" katanya kepada FMT.
Santiago berpendapat kenyataan itu ditujukan kepada Umno untuk mengubah tumpuan ahli Umno terhadap kaitannya dengan 1MDB dan laporan DOJ dengan menimbulkan isu lain.
Dalam sidang akhbar di Hotel Empire Subang di sini hari ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "pembohongan demi pembohongan" yang dikemukakan oleh pemimpin di negara ini menunjukkan mereka berada dalam penafian.
"Ada pihak yang cuba untuk menafikan kebenaran tetapi laporan DoJ dibuat berdasarkan bukti kukuh.
"Kenyataan mereka menunjukkan kononnya rakyat bodoh tetapi ia sebenarnya menjelaskan betapa tidak bijaknya mereka mengeluarkan sesuatu kenyataan."
Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib memberitahu laporan DoJ langsung tidak menamakan 1MDB.
Tambahnya, ini bermakna firma pelaburan awan negara tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh DoJ, sekali gus mengesahkan tiada aset milik 1MDB yang berada di Amerika Syarikat.

AMINNN...SAMA DAN SERUPA

Posted: 01 Aug 2016 05:34 AM PDT

Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan menjadikan firman Tuhan sebagai pegangannya.

Dalam kenyataan pertama bersama tugas barunya itu, Dzulkifli berkata beliau sedar akan perintah Tuhan yang menyeru orang-orang beriman agar tidak khianat kepada amanah yang diberikan.
Perintah Allah SWT itu akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang melaksanakan amanah yang berat ini, katanya lagi.

Aminnn...

Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran  yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan kepada pangkat atau hubungan kekeluargaan.

Katanya, falsafah itu bukanlah sesuatu yang asing kerana menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih adalah juga falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama.
Falsafah Al-Quran itu juga memberikan saya inspirasi untuk mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara "Bertekad Menegakkan Keadilan", tulis Apandi dalam sebuah akhbar.

Juga Aminnn...

Kedua-dua mereka nampaknya sama-sama berpegang kepada Al-Quran.

Tetapi, Dzulkifl didapati duduk bersebelahan Apandi ketika Peguam Negara itu mengadakan sidang media pada 26 Januari lalu yang membersihkan Najib daripada sebarang pertuduhan terhadap siasatan SPRM berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta serta dana RM42 juta milik SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)