Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:18 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Pelbagai Pihak Bidas Noh Omar...

Posted: 03 Aug 2016 01:32 AM PDT

Kutip derma? Kami bukan bank untuk sekolah, jawab PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.

Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.

"Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah," katanya.


Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.

"Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing," katanya.

Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan "semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG."

Ini kerana semua orang merasai himpitan kos sara hidup sejak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan kutip derma wajib untuk sekolah-sekolah di Selangor, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.

Ali berkata mengikut hak, kerajaan sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah. Dalam belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan terima sejumlah RM41.3 bilion.

"Sekiranya kerajaan tidak peruntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah, kerajaan perlu merumuskan rancangan bersama GLC untuk sumbang sedikit dana," tambahnya.

Ali menambah dana daripada GLC boleh digunakan untuk menaiktaraf peralatan dan kemudahan sekolah. -FMT


PIBG mencari dana?

Menteri yang baru dilantik dalam rombakan jemaah menteri baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar dilaporkan membayangkan cadangan mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan program kutipan dana awam bagi menampung perbelanjaan sekolah.

Cadangan itu ditempelak Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mempersoalkan ke mana perginya dana kerajaan untuk melicinkan perjalanan pendidikan negara. Kerajaan sanggup berhabis dana membina bangunan pencakar langit dan sebagainya sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.

Sebenarnya isu perbelanjaan sekolah bukan suatu perkara baru malah sudah berlarutan sekian lama dek kerana kekangan belanjawan daripada kerajaan. Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan tahun lalu oleh menteri kewangan merangkap perdana menteri jelas belanjawan pendidikan mengalami pengurangan.

Ada sekolah yang terpaksa mengusulkan dan kemudian memutuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah. Perbelanjaan bagi kertas peperiksaan contohnya, ada sekolah meminta ibu bapa membuat bayaran sejumlah wang. Ada sekolah yang meminta ibu bapa menyumbangkan kertas dan sebagainya.

Noh boleh menempelak ahli Parlimen Segambut sebagai tidak reti bahasa tetapi hakikatnya yang tidak reti bahasa malah bertindak melepaskan tanggungjawab pendidikan ialah Noh. Pendidikan tanggungjawab kerajaan. Bagaimana kerajaan boleh bertindak melepaskan tanggungjawab tersebut dan meletakkannya kepada ibu bapa untuk mencari dana?

Tidak cukup lagikah ibu bapa, guru dan anak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekarang ibu bapa, guru dan anak hendak pula diminta mencari dana sendiri? Apa makna sekolah bantuan penuh kerajaan jika belanjawan sekolah perlu diletakkan atas bahu ibu bapa?

Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung?? Hutang judi kita tanggung. Hutang joli kita tanggung. Hutang Jho Low kita juga tanggung.
-Zulhazmi Shariff (Peguam)



ULASAN GB

Demikianlah pemerintahan era UMNO BN di bawah Najib.

Berbilion wang rakyat lesap dengan skandal 1MDB.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat.

GST dikenakan untuk menampung hutang 1MDB, Kini PIBG pula diwajibkan menjadi dana untuk menampung  menyelesaikan masalah infrastruktur dan perbelanjaan sekolah.

Tiada pilihan lain - kerajaan UMNO BN perlu ditamatkan segera.




FEATURED ADS


Comments (0)