Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:07 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] #TangkapMO1: Syabas & Tahniah Untuk Mahasiswa/i

Posted: 28 Aug 2016 01:05 AM PDT

Laporan Langsung #TangkapMO1: Masjid Negara dan Sogo ke Dataran Merdeka

Hari ini himpunan aman #TangkapMO1 dimulakan di dua lokasi di hadapan Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang dianjurkan gabungan mahasiswa ini yang disokong dikalangan NGO, aktivis, Bersih dan parti politik telah bersama mengerakkan demontrasi aman ini, untuk membebaskan Malaysia daripada individu yang dilabelkan sebagai 'Malaysian Official 1' oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.


Lokasi Sogo : 1.30 petang

Dataran Merdeka dan sekitar Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudahpun ditutup dan dikawal oleh pihak polis. Di hadapan Sogo orang ramai sudah mula berkumpul.

Lokasi Masjid Negara : 2.00 petang

Selepas solat Zohor peserta demontrasi mula berhimpun dengan melaungkan slogan "Hidup Mahasiswa". Ketika ini Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sedang berucap di hadapan Masjid Negara.

Beliau mengucapkan tanniah kepada mahasiswa dan anak muda yang gigih menganjurkan himpunan #TangkapMO1. Mahasiswa ujarnya lagi, terpaksa menanggung beban atas penyelewengan kerajaan dalam isu 1MDB apabila pinjaman PTPTN terpaksa dipotong.

Lokasi Masjid Negara: 2.30 petang

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau berasa bangga kerana dapat melihat kebangkitan mahasiswa menuntut hak mereka.

"Saya berasa bangga menjadi seorang datuk kerana saya sempat melihat cucu-cucu saya menuntut hak mereka. Saya minta pihak polis memberikan kebenaran kepada kami untuk berarak ke Dataran Merdeka.

"Saya juga bangga kerana setelah beberapa dekad mahasiswa bangkit. Saya ini 'mahasitua' bukan mahasiswa tapi saya turut berada di sini. Saya merestui apa yang sedang dilakukan ini," katanya yang hadir bersama isterinya.

Lokasi Dataran Merdeka: 3.20 petang

Berlaku sedikit kekecohan di hadapan Dataran Merdeka namun berjaya diredakan ARiF.

Ketika ini dua kumpulan dari Sogo dan Masjid Negara sudah bergabung berkumpul di hadapan Dataran Merdeka.

Dua kumpulan dari Masjid negara dan dari Sogo mula berada di Dataran Merdeka sejak jam 3.20 petang

Sekitar Dataran Merdeka: Jam 4.00 petang

Pentas ucapan yang berada di hadapan kawasan Dataran merdeka kini di pindahkan di hadapan kawasan DBKL pihak penganjur tidak mahu menghalang lalu lintas.

Himpunan secara rasmi di hadapan kawasan Dataran Merdeka dimulakan dengan ucapan wakil mahasiswa.

Suasana himpunan yang dianggarkan dihadiri seramai 2,000 penyokong ini dimeriahkan dengan nyanyian lagu semangat 'Ale-ale Malaysiaku' yang diiringi gendang meriuhkan lagi suasana perhimpunan #Tangkap MO1 petang ini. Lagu-lagu mahasiswa ini bersama rakyat berkumandang di Jalan Raja Laut berhadapan bangunan DBKL.

Dalam ucapan mahasiswa itu, jurucakap Gabungan # TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof menyampaikan amanatnya dalam perhimpunan diadakan. Selain mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir untuk menyokongan usaha dilakukan gabungan mahasiswa ini.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak keselamatan terutama kehadiran seramai 600 anggota polis yang memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada semua peserta dan penganjur kali ini.

Himpunan tamat jam 4.30 petang. Anis Syafiqah meletakkan patung mirip Najib ke penjara olok-olok.

Terdapat juga patung mirip hartawan Jho Low, anak tiri Najib Riza Aziz dan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Low dan Riza dinamakan secara langsung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman AS.

MO1 dalam dirujuk sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan Riza dan seorang ahli politik yang berkuasa di negara ini. -MD/MK



VIDEO



ULASAN GB

Kita ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada anak-anak muda khususnya mahasiswa yang menganjur dan menyertai Himpunan #TangkapMO1 semalam.

Mereka membuktikan mereka boleh melakukan sekalipun terpaksa menghadapi dan menanggung risiko yang pelbagai terutamanya dari pihak berkuasa yang sebelum ini tidak henti-henti menyatakan himpunan itu tidak sah.

Dan mereka membukti mereka adalah pemuda-pemudi yang sanggup bangun menentang kemungkaran dan kezaliman tanpa rasa takut dan ragu.

Kebangkitan perjuangan mahasiswa ini adalah sesuatu yang menyegarkan iklim perjuangan rakyat setelah beberapa dekad mahasiswa meminggirkan diri akibat dari kehadiran Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Sebelum ini, slogan perjuangan mahasiswa sering menjadi laungan di kampus-kampus. Bermula dari zaman perjuangan mahasiswa UM dengan 'student union', kebangkitan mahasiswa Islam di zaman Anwar Ibrahim, hinggalah perjuangan mahasiswa pasca reformasi

Semalam mahasiswa kembali bangkit. Ia seperti menghidupkan kembali kenyataan bahawa mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat.

Meskipun tidak ramai yang menyertainya iaitu sekitar 2,000 kata pemerhat (walaupun anggaran sebenar jauh dari angka tersebut dan jauh lebih ramai dari demonstrasi anti perlaksanaan program dwi bahasa (DLP) yang dianjurkan sebuah parti Islam yang mendakwa telah ditubuhkan lebih 60 tahun di Taman Tasik Titiwangsa yang hanya dihadiri 500 orang), namun bagi satu aktiviti masyarakat yang terkepung dengan pelbagai rintangan dan tekanan, himpunan anjuran mahasiswa dianggap telah berjaya di dalam misi mereka.

Apa yang mereka tunjukkan semalam lebih baik dari ulama-ulama yang bisu terhadap kezaliman dan kemungkaran, yang berselindung di sebalik tema "politik matang" kononnya, menjadi penasihat kononnya, sedangkan pada masa yang sama memreka menjadi petualang rakyat yang menghulurkan tangan bekerjasama dengan para koruptor untuk menekan dan menindas rakyat. Yang paling jelek dan paling malang mereka seolah-olah memberikan endorsement dan rubber-stamp Islam terhadap kerja-kerja jahat dan zalim yang dilakukan oleh pemerintah.

Di dalam Al-Quran tercatat indah kisah pemuda-pemuda yang berani bangun untuk menyuarakan kebenaran:

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,
dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika kami berkata demikian, kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(QS Al-Kahfi 13-14)









FEATURED ADS


Comments (0)